Monday, April 5, 2010

GUA BATU TULUG KINABATANGAN SABAH

(Cantikkan keranda ni)
Disebabkan sekarang ni muzium negara mengadakan pameran keranda, jadi saya pun nak bercerita juga perihal keranda. Tentang keranda, manusia melihatnya dari pelbagai sudut. Ada yang melihatnya dari sudut kesenian ,lantaran nilai estetika yang terdapat padanya seperti corak, ukiran dan macam-macam lagi. Namun, sewajarnya kita melihat dan memperkatakan perihal keranda dari kacamata kerohanian. Sebabnya keranda melambangkan kematian dan kaedah pengebumian. Setiap daripada kita pasti mati, itu pasti dan tidak dapat dielakkan lagi.





( Antara keranda yang harus diselamatkan daripada kereputan)
Gua Batu Tulug Kinabatangan, Sandakan Sabah menyimpan ratusan buah keranda lama yang dipercayai diperbuat daripada kayu belian(saya dimaklumkan species kayu ini hanya terdapat di kepulauan Borneo sahaja). Agop Batu Tulug dianggarkan berusia 20 hingga 25 juta tahun.Agop( ertinya Gua dalam bahasa suku kaum sungai yang banyak mendiami sekitar Kinabatangan). Manakala keranda-keranda di sini dikatakan hampir seribu tahun usianya. Sebenarnya ada cerita tersendiri disebalik keranda-keranda ini. Cerita mitos dan lagenda yang mengiringi kewujudannya sejak ratusan, malah mungkin juga ribuan tahun yang lalu. Pengkaji dari dari Barat, turut berminat untuk mengkaji dan seterusnya memperkatakan tentang keranda-keranda lama ini. Tak perlu dihairankan sebab ramai ilmuan dari Barat yang beragama Kristian dan Yahudi yang lebih mengetahui tentang sejarah dan kebudayaan Nusantara dan juga tentang islam berbanding orang islam sendiri. Di Universiti Leiden Belanda, contohnya berlambak manuskrip silam tentang Melayu dan Kemelayuan dan tentang Islam dan Keislaman yang masih tersimpan dengan rapinya


(Pose istimewa dari rakanku di depan keranda)


Antara pengkaji Barat yang mengkaji tentang keranda ini, ialah Tom dan Barbara Harrisson dalam buku mereka yang bertajuk "The Prehistory of Sabah" ratusan keranda kayu juga boleh ditemui di Agop Miasias di Sungai Lokan, Agop Gomantong, Tempadong, Madai, Baturong, Agop Kala Bugir, Agop Sapa Tareng, Agop Sarupi dan juga di beberapa Agop yang lain



(Di sinilah lokasinya, Gua Batu Tulug Kinabatangan, Sandakan, Sabah Bah)
Ketika ditemui keranda-keranda dalam keadaan berselerak di merata tempat gua dan ada juga yang masih utuh sementara yang lain sudah mulai reput, terdapat keranda terpisah antara badan dan penutupnya. Tidak kurang juga yang masih dalam keadaan tersusun rapi.



( Ni kat puncaknya)
Terdapat keranda-keranda di gua-gua tersebut adalah dalam rupa bentuk yang hampir sama. Ukiran yang amat terkenal terdapat pada kerana-keranda tersebut ialah kepala kerbau ataupun tempadau, buaya, ular, cicak, burung serta ukiran-ukiran yang sungguh menarik pada sebelah atas keranda (penutup keranda).


12 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

byk jugak kesenian yg hampir pupus ye..huhu

p/s:dunia mmg sementara..kn??buat rumah besa2 nti ddk dlm keranda gak ;)

cemomoi said...

patutnya org kita la buat kajian baru dapat perpektif dari kita dan orang barat datang belajar kat kita.. disebabkan dorang rajin dan ada agenda tersembunyi tu yang kita perabih duit belajar dengan dorang, tak ke pelik nak dapat phd tentang islam kena belajar dari kristian dan yahudi?

maCy said...

ingat mati..humm

KucingTengil said...

jadi pengen kesana^^ tapi, seram tak???

noor afzan said...

ada keranda..

shameel Iskandar said...

sugar2 kapas= mmg byk kesenian yg dh hampir pupus. Mungkin satu masa nnt ia akan jadi mcm dinasour yg pupus ditelan waktu.Btul tu, buat rumah besar2 pn satu masa kita kena berpindah rumah juga. pindah ke rumah kecil yg dinamakan kubur/keranda. lagi malang kalau rumah yg besar tu dibina dari sumber yang haram, meranalah kita di rumah yang kecil nnt.


Macy= Betul tu, ingat mati bila tgk keranda. “Maka ziarahilah perkuburan, kerana perbuatan yang sedemikian akan mengingatkan kamu kepada kematian.” Hadis riwayat Imam Muslim.

shameel Iskandar said...

Afzan= takut keranda ke?. hehehe


Kucing Tengil= Tak seram sebab dah tak ada mayat. Cuma berdasarkan cerita yang disampaikan oleh penduduk tempatan/local, ada juga pengunjung/pelawat yang lemah semangat( lemah iman)akan mengalami histeria. Mereka akan ternampak-nampak dan terbayang-bayang keranda tu ketika bersendirian terutamanya tika malam. Malah ada juga penduduk tempatan/local mengatakan sesekali ternampak juga kelibat manusia di keranda itu. Tapi, itu semua sekadar cerita yang disampaikan. Tiada bukti yang boleh mengesahkan. Apa pun kuasa Allah mengatasi segalanya.

shameel Iskandar said...

Cemomoi= Tahniah sebab anda mmeperkatakan dari sudut ilmiah. Memang lumrah hari ini , pelajar2 agama di negara kita berminat untu kmelanjutkan pelajaran peringkat Phd di negara Barat. Timur Tengah( Al-Azhar, Mut'ah dll) dan India( Deoband) dan Pakistan(darul uloom lucknow)( apatah lagi IPT tempatan) bagaikan hilnag serinya.

Prof Dr Ismail Raji al-farooqi, bekas ketua jabatan pengajian islam di temple University Amerika Syarikat (AS) pernah mengingatkan tentang kejahatan AS yg cuba menjahanmkan islam menerusi sistem pengajian islam yg AS bina. Dr Fazlurahman dari Pakistan telah sebagai professor di University Chicago utk menyebarkan ajaran islam liberal. hari ini berla,bak dan bersempah anak didik fazlur rahman di dunia islam.

pamuji99 said...

Lihat gambar kerandanya kelihatan seram yach bang...mantap sekali..posting yg model begini

Willyo Alsyah P. Isman said...

datang berkunjung dgn formasi dan PR baru...semoga mav terucap oleh sebab lama aku ngga' berkunjung kesini....

Athirah Ibrahim said...

eh eh sabah. heehee.

✿bieyra dhamira✿ said...

berseni la keranda 2..hehe