Monday, April 19, 2010

sekadar bicara dari AKU

Di bawah langit yang meneduh.
Di atas bumi yang menadah.
Aku memerhati dengan hati yang luruh.

Bangsaku.
Agamanya kian terhakis.
Adatnya kian terkikis
Maruahnya kian menipis

Bangsaku
Tercari-cari arah
Ada yang kehilangan arah
Ramai juga yang tersesat di bumi yang bertuah.

Bangsaku
Dahulunya persis Hang Jebat
Kini kehilangan hebat
Dahulunya persis Hang Tuah.
Kini ibarat pokok yang tidak berbuah.
Dahulunya gagah meredah samudera.
Kini kudratnya kian tak terdaya.

Bangsaku
Jangan dilupa untaian sejarah.
Kerana kita bangsa yang gagah.
Jangan dilupa tali Allah.
Kerana dengannya kita takkan rebah.



16 comments:

Izzah Al-Maliziyyah said...
This comment has been removed by the author.
Izzah Al-Maliziyyah said...

Bangsaku..
ada engkau tahu
betapa ada sesuatu
yang masih terbuku
hanya pada-Nya tempatku mengadu~

Acik said...

Salam..

Sungguh kita manusia diuji empat perkara,
selalu menjerat dalam binasa,
Iblis, dunia, nafsu dan syahwat.
Bagaimana selamat, sedangkan mereka musuh semuanya.
kulihat syahwat merayu angan-angan,
dikegelapan syahwat dan keinginan...

ahmad humairi said...

salam,

bangsaku gagah,
mencari arah,
mengibar mengah
dalam mengah.

blueCITY® said...

salam shameel,
sajak yg indah penuh dgn makna semangat maruah bangsa dan agama..
ini lah hakikat nya
walau kita semua tahu
walau kita semua sedar
walau kita semua takut
tapi..
ini yang ada
ini yg datang
ini yang bersarang..

siapa yg nak jadi pejuang
siapa yg nak menentang...

salam sahabat

Pacifist said...

salam sahabat.

bangsa yg dahulunya dikenali sebagai pelaut, pedagang dan penakluk.
kini longlai dirantai faham penjajah,
mujurlah agama menjadi benteng,
jika tidak habis semua tergadai.

tetapi sisa-sisanya amat payah menghilang,
kerana ada anak bangsa yg sanggup/masih meneruskan kesinambungan citra barat,

ya,itu yg dimahuka mereka(penjajah)
bkn mudah mahu melepaskan tanah jajahan,
taruhannya ialah jiwa-jiwa yg boleh
diperhambakan.

kini anak bangsa yg berjiwa hamba masih berkeliaran menjunjung warisan penjajah!

blueCITY® said...

pagi..


ku datang lagi
ku datang dgn harap
agar jiwa ku sarat
agar hati ku berat
biar ku buang semua
biar ku tinggal disini..

semoga hatiku kosong
bila aku kembali
ke negeri ku nanti...


salam,
=(

shameel Iskandar said...

Izzah = hnaya kpd-Nya tempt mengadu. Agar kita selamat sampai ke destinasi yg dituju. Destinasi yg saya maksudkan ialah kegemilnagan bangsa di dunia dan akhirat.

Acik= 4 perkara yg menguji kita itu menyebabkan kita sering layu sebelum mekar berkembang.

shameel Iskandar said...

Cikgu Ahmad Humairi= Kita sering mengah untuk bermegah. Kita tercunggap2 mencari arah.


BlueCity= Tertarik dgn Frasa siapa yg menentang dan siapa pejuang. moga kita semua adalah pejuang meskipun berbeza lapangan.


Pacifist= Saya setuju dgn pandangan sahabat, betapa anak bangsa yang berjiwa hamba akan snetiasa diperhambakan oleh warisan penjajah. Yang mmeulaiakn bangsa kita hanya satu , iaitu islam. ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA.

nisa said...

wow.. pandai bersajak kan.. agama kite, kite perlu pertahankan.. hidup islam..

melatidaisy said...

salam ..

Hari ini orang menyebut Allah
bukan dari jiwanya.Ia disebut hanya sebagai budaya.Tuhan disebut sekadar untuk menyedapkan bahasa atau kata-katanya...

annfrendly said...

mendalam maksud nie..
moga negara kita tak dijajah balik...

eQuRlz said...

nice post :) peringatan utk diri ini yg kdg2 tersasar jgk..thankz

shameel Iskandar said...

Melatidaisy= benar kata ukhti, sebab kaki judi pun ada yg menyebut masa-Allah bila kalah judi.

Annfrendly= dijajah secara tersurat memang tidak, tapi secara tersiratnya, kita mmenag masih diajajah. maksud saya penjajahan minda.

equriz= moga dapat mengambil manfaat daripadanya.

ATikah Mustapa said...

bukan ckgu..shameel...tapi insyaallah..bakal...

kadang2 dengan adanya post yang macm ni bleh mengesan bakat seseorang like u shameel...

jngan sia2kan..bakat yang terendam...ahehhehehe

jane said...

bangsa kita sudah hilang seninya ;(
hope kita bakal pewaris, hidupkan seni ini kembali .. nice post !

suke!