Wednesday, March 31, 2010

ayat-ayat CINTA


SERINGKALI kita lupa. Lupa akan ayat-ayat cinta yang begitu mengetarkan hati dan jiwa. Ayat-ayat cinta yang agak panjang (malah mungkin yang terpanjang) meskipun bukan berjela-jela. Bukan ayat-ayat cinta dari kekasih lama yang kini entah di mana, doakan sahaja kebahagiannya. Tapi, ayat-ayat cinta dari PENCIPTA kepada YANG DICIPTA. Ayat- ayat cinta yang dirakamkan di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 282, antara ayat terpanjang di dalam Al-Quran.
Hutang! itulah ayat-ayat cinta yang dimaksudkan. Kalimah yang mengundang gementar pada hati yang mengerti dan pada jiwa yang cakna. Betapa seriusnya persoalan hutang, hinggakan Allah s.w.t menjelaskannya dengan panjang lebar dalam kitab-Nya. Tetapi, harus juga diakui betapa sukarnya untuk menghindari hutang pada zaman sekarang. Ia seolah-olah satu kemestian untuk hidup. Apa tidaknya, tanpa berhutang dengan PTPTN, sudah tentu ramai yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Tanpa PTPTN, banyaklah mimpi-mimpi yang hancur. Tanpa PTPTN, banyaklah impian -impian yang lebur. Tanpa PTPTN, banyak hasrat-hasrat yang akan berkubur. Jujur! Tanpa PTPTN, gagasan yang ingin diukir dan wawasan yang bakal dilakar akan kekal terapung di wilayah ambisi.



Bagaimana pula dengan ‘masjid’ yang dimpikan. Jika tidak membuat pinjaman dengan mana-mana bank atau koperasi, pasti sukar untuk membina masjid yang diimpikan. Untuk menjadi raja sehari, bukanlah sedikit wang yang diperlukan. Baik wang hantaran mahupun untuk mengadakan walimah. Begitu juga dengan lain-lain urusan. Kesemuanya memerlukan biaya yang tinggi. Akibatnya, hidup dibayangi hutang. Walaupun setelah berbelas tahun ijab dan kabul, namun hutang masih lagi berbaki. Lagi malang, apabila usia hutang lebih panjang berbanding hayat rumah tangga yang didirikan.


Bagaimana pula dengan rumah untuk berlindung dan berteduh. Berlindung dan berteduh dari panas dan hujan. Urbanisasi dan modenisasi telah melonjakkan harga rumah. Hari ini, jarang benar harga rumah di bawah paras RM 100 ribu( yang pastinya membebankan golongan yang berpendapatan rendah). Hari ini lazimnya, 25 tahun diperlukan untuk melangsaikan hutang-hutang ‘habitat’ sementara ini. Ramai juga yang terpaksa berpindah ‘rumah’ sebelum sempat melunaskan hutang piutang rumahnya. Berpindah ke rumah yang lebih kecil dan sempit. Yang panjangnya sekitar tujuh atau lapan kaki. Lebar pula empat kaki dan dalamnya lebih kurang enam atau tujuh kaki. Tentang ‘rumah’ yang baru ini, Nabi s.a.w telah bersabda,“ Kubur itu satu taman dari taman-taman syurga atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.”

Berhutang untuk melanjutkan pelajaran, perkahwinan dan membina rumah, juga untuk memiliki kenderaan yang sesuai adalah satu kemestian yang tak dapat dielakkan. Tapi, bagaimana pula dengan hutang-piutang yang lain? Hutang piutang yang disengajakan meskipun tidak ‘diwajibkan’ demi menjenamakan hidup. Risaunya kalau ditakdirkan mati sebelum sempat dilunaskan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi dalam kitabnya Sunan al-Tirmizi, ada dinyatakan, roh orang mukmin yang mati akan tergantung lantaran hutangnya yang belum dijelaskan.

Sunday, March 28, 2010

anak HARAM



SERAMAI 17,303 Orang anak luar nikah berbangsa Melayu yang dilaporkan sepanjang tahun 2009. Ini peningkatan yang amat menggerunkan berbanding hanya 16,541 orang pada tahun 2008. Lagi menggerunkan kerana sepanjang lima tahun yang lalu, seramai 74,723 orang anak luar nikah yang terhasil dari benih lelaki dan perempuan Melayu. Itulah statisitk yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah jabatan Pendaftran Negara. Ini sungguh membimbangkan, kata Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dalam Mingguan Malaysia hari ini(28.3.2010.).




SIAPAKAH yang harus dipersalahkan atau dijadikan sebab atau punca semua ini. Terlalu banyak untu kdisenaraikan. Tapi, Kalau kita perhatikan kepada realiti dan kita telitikan fakta dalam Hadis Nabi, ternyata ibu-bapa merupakan salah satu faktor yang mewujudkan masalah ini. Saya ulangi, salah satu faktor dan bukan satu-satunya faktor..

“Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
Hadis ini jelas menerangkan peranan ibu bapa untuk mencorak dan melakarkan kehidupan anak-anak dari aspek kerohanian.

Kata orang, anak-anak itu merupakan bayangan ibu-bapanya. Dan harus diketahui apakah sifat bayang-bayang. Kayu yang bengkok tidak akan sesekali menghasilkan bayang yang lurus. Lumrahnya, kalau ibu bapa itu jauh dari agama, maka anak-anaknya juga akan mencetak watak yang sama. Lazimnya, jika ibu-bapa itu cakna agama, maka anak-anaknya akan menyalin kecaknaan tersebut.


Namun kita kena akur, dalam kes-kes tertentu( yang mungkin jarang berlaku) terdapat peristiwa yang menyanggahi kelaziman dan menyalahi lumrah atau kebiasaan. Ya, menyalahi kelaziman kerana seseorang bapa yang kufur adakalanya ‘menghasilkan’ anak yang beriman seperti kes Nabi Ibrahim a.s. Menyanggahi lumrah dan kebiasaan, apabila terdapat anak yang kufur yang lahir dari zuriat insan yang soleh seperti dalam kes Nabi Nuh a.s. Itu kuasa Allah dan tidak perlu kita pertikaikan. Cuma, di sini saya berbicara tentang perkara yang bersifat lumrah, lazim dan kebiasaan.


Ada cerita yang ingin saya kongsi. Cerita benar yang benar-benar terjadi. Cerita tentang maksiat yang kini dijadikan hobi oleh sesetengah muda-mudi. Juga cerita tentang ibu bapa yang merestui maksiat ini. Pernah seorang sahabat saya, juga seorang guru menegur pelajarnya yang baru berusia 16 tahun kerana sering berdua-duaan dengan teman lelaki. Bukan setakat berdua-duaan, malah pelajarnya itu, dilihat dan dilaporkan oleh banyak pihak telah pun berbuat serba serbi, di sana-sini dan begitu –begini. Tapi jawapan pelajarnya itu amat menarik untuk direnungi. Kata pelajar tersebut, “Cikgu, walaupun mak saya hanya bersekolah sampai tingkatan dua, tapi mak saya sangat matang. Dia tak pernah halang saya bergaul dengan mana-mana jantan. Apa hak cikgu nak campuri urusan saya kat luar sekolah. Mak saya yang berusah payah mengandungkan saya pun tak bising-bising. Ni , cikgu yang takde kena mengena pulak nak bising” Dan daripada sumber yang didapati, mak gadis tersebut sememangnya baik hati, bukan setakat tidak menghalang anaknya di bawa keluar malam-malam oleh jantan, malah turut membenarkan jantan tersebut( yang merupakan teman lelaki anaknya itu) bermalam di rumahnya. Peristiwa gila yang kedua pula berlaku di sebuah sekolah(saya rahsiakan nama sekolahnya demi kebaikan semua pihak). Ibu dan bapa kepada seorang pelajar tingkatan satu telah dipanggil untuk dimaklumkan yang anaknya sudah bertaraf ‘kelapa ditebuk tupai’. Maka berkatalah si bapa yang gila itu “ Cikgu, saya dah lama tahu semua tu. Kalau cikgu nak tahu, kakak dia lagi teruk. Saya tak kisah cikgu, yang penting dia tak bunting.” Masya-Allah, inilah penyakit gila yang melanda segelintir ibu-bapa. Kepada rakan-rakan guru, jangan sesekali alpa, tugas kita hanyalah di sekolah. Kalau pelajar kita merompak atau membunuh, itu tugas polis untuk menyelesaikan. Kalau pelajar kita bersekedudukan, itu tugas pencegah maksiat. Tolong jangan masuk campur, nanti anda akan ‘ditembak’ oleh mak-bapak dan masyarakat.














SEJUJURNYA! NAK salahkan ibu bapa seratus peratus pun tak boleh juga. Banyak juga faktor lain yang perlu diambil kira. Pernah dahulu, seorang artis wanita mengatakan para artis tidak boleh dijadikan ikon atau idola masyarakat. Maka melentinglah sesegelintir artis. Tetapi masyarakat tidak buta dan pekak dengan realiti semasa. Berpeluk-pelukan dah jadi ‘sunnah’ para artis. Lagi gila ‘sunnah’ ini direstui oleh media sebagai lumrah dan kebiasaan pasangan yang bercinta. Artis /penyanyi lelaki yang langsung tak popular telah mencium pipi artis wanita yang masih lagi bergetah, atas alasan menganggapnya sebagai ciuman mesra dari seorang anak kepada ibu angkatnya. Lepas tu, artis perempuan yang baru nak mencipta nama berpelukan mesra dengan teman lelakinya ketika berbaris membeli tiket di sebuah pawagam. Bila ditanya, maka inilah jawapannya “ secara jujurnya saya juga ingin dibelai mesra seperti insan lain yang bercinta.” Ada juga kes artis perempuan yang langsung tak dikenali, begitu asyik bermesra dengan seekor anjing. Lepas tu bila ditanya oleh wartawan, maka dengan bangganya dia mempertahankan perbuatannya. Meskipun isu anjing/ termasuklah babi masih khilaf antara ulama, namun dalam konteks Malaysia, amat tidak sesuai untuk bermesra dengan anjing. Dalam pancaindera hari ini pulak tentang seorang artis perempuan yang amat berbangga dengan darah Arabnya suatu ketika dahulu, telah bergambar hampir separuh bogel. Namun, berdasarkan jawapannya kepada wartawan, ternyata dia tak rasa bersalah malah berbangga dengan tindakannya itu. Lagi menghairankan, tidak bolehkah digubal satu enakmen untuk mendakwa artis yang tak bemoral ini ke mahkamah syariah atas alasan menghina agama apabila berkelakuan gila macam kera ini.


Kes penzinaan dan seterusnya melahirkan anak luar nikah juga tidak hanya berlaku dalam kalangan budak2 hingusan, malah golongan dewasa pun tidak terkecuali. Tidak salah rasanya, faktor kesukaran untuk mendirikan rumah tangga turut menjadi punca penzinaan. Jujur! hari ini terlalu sukar untuk berkahwin tetapi terlalu mudah untuk berzina. Semua pihak kena akui, hari ini pintu untuk pernikahan seolah-olah tertutup rapat tetapi pintu untuk perzinaan seakan-akan terbuka luas.


Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’


Dua hari yang lepas, ketika sedang minum di sebuah warung, pelbagai topik kami perkatakan. Dari topik politik yang kian menggila hinggalah ke topik kesukaran mendirikan rumah tangga. Seorang rakan saya yang agak berusia berkata “Kalau takde RM10 ribu sebagai wang hantaran, jangan harap nak pinang anak dara orang. Kalau takde RM30 ribu jangan mimpi nak nikah.” Seorang rakan yang masih muda, berusia 22 tahun bertanya sambil melawak “ Kalau RM 5 ribu tak cukup ke sebagai wang hantaran.” Lalu seorang lagi rakan saya yang berasal dari kuala kangsar dan pernah berkhidmat di perkampungan orang asli Lasah Sungai Siput menjawab, “ Kalau setakat RM5 ribu tu, nak pinang anak orang asli pun tak layak. Nanti orang asli akan jawab, Aku jual tupai dan kera pun dah lebih dari RM5 ribu sebulan.”
Lalu dinyatakan tentang perbelanjaan yang perlu agar walimah itu dianggap bermaruah dan dikagumi para hadirin. Antaranya, kelengkapan untuk persandingan mestilah hebat dan gah, Kugiran yang diundang pula mestilah boleh menyampaikan lagu dan bermain alat muzik dengan baik, kad undangan juga mestilah cantik dan kalau boleh mesti ada keunikkan yang tersendiri hinggakan dikenang oleh orang yang bertandang. Pendek kata, kena ada paling kurang RM30 ribu kalau nak kahwin.
Dalam asyik bersembang, saya terkenangkan kata-kata Datuk Seri (skrg Tan Seri) Harussani yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 18.7.2003. Katanya “ Hantaran perkahwinan yang tinggi adalah punca ramai lelaki sukar kahwin.”

Cuba sahabat bayangkan. Pasangan muda yang baru bekerja( paling awal pun berusia 23 atau 24 tahun, kerana itu usianya bagi yang baru menamatkan pengajian di IPT. Dan itupun kalau terus dapat kerja kerana lumrahnya terpaksa menganggur terlebih dahulu) di manakah dia nak mencari wang sebegitu banyak. Bank Rakyatkan ada, mungkin itu jawapannya. Tapi jangan lupa dgn bayaran PTPTN, bayaran ansuran kereta dan macam2 lagi. Kalau pasangan yang lemah iman tetapi perkasa nafsu, pasti sahaja mereka terjerumus ke kancah penzinaan. Berzina kerana terpaksa lantaran perkahwinan yang sudah bersifat urus niaga. Perkahwinan yang diwajibkan “berjenama” dan mesti dikenang selagi hayat bersisa telah mengundang sengsara kepada pasangan muda. Maka berzinalah jawapannya. Berzina juga semakin mudah kerana pil perancang dan kondom ada dijual merata-rata dan di mana-mana.

Tuesday, March 23, 2010

Duri dan Api

Tika di depan ada duri.
Kala di belakang ada api.
Apa yang harus dilakukan lagi.
Andai melangkah,
Pastinya terluka.
Andai undur,
Pastinya terbakar.
Sukarnya untuk memilih.
Kedua-duanya menatijahkan kecederaan
Yang tiada jaminan untuk segera sembuh.
Wajarkah untuk membatu.
Waraskah untuk membisu.
Aku masih lagi mencuba
Untuk berwajar dan berwaras. …

AWARD DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT

Assalamualaikum w.b.r. dan salam ukhuwah buat sahabat semua.

Alhamdulillah, saya menerima satu award (anugerah) dari seorang sahabat, nama bloggernya /Ibnu Jamaluddin (http://kusujud.blogspot.com/) dan dari blogger bergelar Warkah Seorang Hamba (http://leogurlz-lightofhappiness.blogspot.com/)

.Terima kasih ye sahabat. Award yang mempunyai seribu erti dan sejuta makna. Erti persahabatan dan makna persaudaraan. Dan sebagai balasannya saya dikehendaki menghantar pada sahabat yang lain dengan mematuhi kriteria yang diberi, ini kriterianya:

1. Thank and link the person that gave you the award.
2. Pass this award to 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
4. State 7 things about yourself.

Kepada sahabat yang terpilih terimalah award daripada saya ini ye, moga anda sekalian sejahtera dan gembira.




(Luaskan empayar persahabatan dan lebarkan wilayah persaudaraan )

Sahabat terpilih:

http://naimnikmat.blogspot.com/


http://filzfa.blogspot.com/


http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/


http://blekenyek.blogspot.com/

http://arrajasmy.blogspot.com/


http://syairsiparapara.blogspot.com/


http://albertusgoentoer.blogspot.com/


http://bersamakepuncak.blogspot.com/


http://wanitamutalib.blogspot.com/


http://kucingtengil.blogspot.com/

http://kabilahmerdeka.blogspot.com/


http://cheritakudankamu.blogspot.com/


http://kintaro-kun.blogspot.com/


http://madi2mudamudi.blogspot.com/


http://cikguilhamikhlas.blogspot.com/



Dan tujuh perkara mengenai saya adalah:
1. Rakyat Kelantan
2.Warganegara Malaysia
3.Penghuni Planet Bumi
4. suka puisi
5. suka menulis cerpen( pernah juga mencuba menulis novel tapi tak pernah siap)
6. Sopan santun dan berbudi bahasa (he he he)
7. suka ke pantai

Sunday, March 14, 2010

LENTERA PENYULUH BUANA

( Allahyarham Prof Dr Ismail Mohd Salleh )


Mereka akan PERKASA jika menjadi ORANG KUAT USAHA , namun, mereka akan kekal sebagai ORANG KURANG UPAYA, jika terus DIPERKOSA oleh persepsi negatif kita.

Agar OKU tiada nanar mencari haluan keluar. Kerana OKU juga mampu menjadi lentera yang menyuluh kamar buana. Lantas, entri lama ini saya paparkan semula. Lantaran teruja dengan kejayaaan adik-adik OKU dalam SPM yang lepas.

LELAKI ITU.
(Tentang Prof Datuk Dr Ismail Mohd Salleh
yang telah dijemput Ilahi,
sebagai pedoman buat adik-adik OKU
dalam melayari hidup ini )

Lelaki Itu
Bukanlah Pengemis dan Peminta
Walaupun siangnya gelap
Meskipun malamnya gelita

Lelaki Itu
Bukanlah penagih simpati di kaki lima
Tapi pemberi ilmu yang setia
Menabur budi di puncak menara

Lelaki Itu
Tidak pernah mengalah dengan suratan yang menimpa
Tidak pernah tewas dengan peningkatan usia
Dia tetap gagah dan perkasa
Demi kecemerlangan bangsa
Demi kegemilangan Negara

Lelaki Itu
Contoh yang nyata
ORANG KURANG UPAYA
Mampu Berjaya dan Ternama
Jika menjadi
ORANG KUAT USAHA.

Shameel Iskandar
Pantai Irama
Bachok Kelantan.

Wednesday, March 10, 2010

kena ROGOL selalu




Kalau diajukan tanya kepada pelajar, apa itu KRS. Tentu sahaja jawabnya, KRS tu maksudnya Kadet Remaja Sekolah. Tapi jangan lupa, ada pengertian lain disebalik aksara itu. Pengertian yang perlu kita ambil tahu dan perlu kita ambil peduli. KENA ROGOL SELALU,itulah yang saya maksudkan sebagai KRS.

Entri ni, secara khasnya untuk sahabat saya yang bernama Cik Seksi binti Menggiurkan, Cik Jarang binti Nipis dan Cik Singkat binti Sendat. Namun, secara umumnya, ia adalah untuk semua. Tak kira jantina, agama, umur mahupun bangsa. Untuk Satu Malaysia, itulah yang paling tepat.

Di bumi bertuah yang bernama Malaysia , setiap enam jam akan terdapat seorang mangsa rogol, atau dengan kata lain empat orang akan menjadi mangsa rogol setiap hari. Perangkaan polis menunjukkan 1,210 orang dirogol pada tahun 2000, dan jumlah ini meningkat kepada 1,354 pada tahun 2001 dan ia terus meningkat kepada 1,418 pada tahun 2002.

Maaf saya takde data untuk tahun-tahun yang berikutnya. Tapi, kepada Cik Seksi binti Menggiurkan, Cik Jarang binti Nipis, dan Cik Singkat binti Sendat, janganlah pula anda mengubah statistik ini dengan menjadi mangsa kepada pemangsa yang buas ini. Sebenanrya, bukan Cik seksi dan member kamcengnya sahaja yang perlu berjaga-jaga, sebab pemangsa bernama perogol ni tak pernah memilih mangsa. Malah Halimah Jonggang dan yang sewaktu dengannya juga turut menjadi mangsa. Lagi gila kerana nenek tua pun turut menjadi mangsa cabul( kira cucu kepada rogol lah tu). Dan lagi gila kerana pencabul itu pula berusia dalam lingkungan 12 tahun (mereka meragut dan merogol). Bayangkanlah apabila budak-budak gila ini meningkat dewasa. Pasti sahaja mereka akan menjadi perogol yang berjaya. Pasti sahaja sukar untuk menanganinya. Lagi gila kerana bakal-bakal perogol ini mendapat mandat dari ibu-bapa. Jangan terkejut dan jangan hairan dengan apa yang saya katakan. Sebabnya, dalam sesetengah kes di sesetengah sekolah, sering kali kes-kes disiplin seperti pergaduhan dan pencabulan cuba diselesaikan dengan baik ( dgn memanggil ibu-bapa pelajar terlibat dan tidak membuat laporan polis). Namun sering kali juga, ibu-bapa datang memarahi guru/pihak sekolah apabila anak lelakinya dikenakan tindakan kerana mencabul pelajar perempuan. Tahniah kepada ibu-bapa yang sebegini, sebab anda secara tak rasmi telah menubuhkan AKADEMI PEROGOL di rumah anda.

Kita jenguk pula Afrika Selatan. Di sana aktiviti rogol merogol seakan-akan telah menjadi hobi atau aktiviti masa lapang. Sebab itulah Afrika Selatan, antara negara yang mencatatkan kadar rogol yang tertinggi di dunia. Bukan itu sahaja, di sana juga ada ‘kempen’ MARILAH ROGOL MEROGOL yang dilancarkan oleh dukun-dukun di sana. Kata dukun-dukun gila ni, sesiapa yang dijangkiti HIV ( Afrika selatan juga antara negara yang tertinggi kadar HIV di dunia) akan sembuh jikalau mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan yang bebas HIV. Maka ramailah anak-anak dara yang suci murni sesuci pagi nirmala telah dirogol oleh perogol yang telah dikotori oleh HIV.
.
Ini lagi gila dan menggilakan. Sebabnya, rogol merogol telah dijadikan sebagai salah satu bentuk hukuman. Lucu tapi memilukan. Lucu kerana selama ini kita menyangka hukuman mati ,penjara, dan rotan serta denda sahaja sebagai hukuman. Pilu kerana ia telah memperlakukan wanita dengan sebegitu kejam. Lagi pilu kerana ia dilakukan oleh sekelompok manusia yang beragama islam. Ini kisah di sebuah penempatan di Pakistan. Jun 2002, beberapa ekor manusia gila yang menganggotai Jawatankuasa Kampung di Meerwala Pakistan, telah mengarahkan agar si gadis yang bernama Mukhtar Mai dirogol beramai-ramai dan bergilir-gilir di hadapan ratusan penduduk kampung. Gadis malang itu dijatuhkan hukuman yang sebegitu malang kerana kesalahan yang dilakukan oleh adiknya. Adiknya didapati bersalah kerana telah menjalin hubungan cinta dengan seorang perempuan dari kasta yang lebih tinggi. Gila, memang gila. Dua kali gila sebenarnya. Gila pertama kerana si kakak yang menerima hukuman sedangkan kesalahan dilakukan oleh si adik. Gila yang kedua pula, kerana sistem kasta yang sinonim dengan agama Hindu rupa-rupanya telah menjadi ‘Rukun Iman’ sebahagian masyarakat islam di Pakistan. Dalam hal ini bukan hanya gadis itu yang dirogol tetapi imej islam juga turut dirogol dengan kejamnya. Ini kerana Pakistan merupakan negara umat islam dan pernah terkehadapan dalam menegakkan syariat islam era pemerintahan Almarhum Zia Ul-Haq.

Ya Allah selamatkan kami dan keluarga kami, serta zuriat kami daripada menjadi perogol dan dirogol. Amin.