Monday, January 24, 2011

JALAN-JALAN KE CHINA (BEIJING & TIANJIN)

( Berhampiran Tiananmen Square)

Ini adalah sambungan daripada entry lepas, lihat -->: SINI

18 hingga 22 Disember 2010, saya mengambil kesempatan bercuti a.k.a jalan-jalan ke Beijing dan Tianjin China. Ia merupakan perjalanan kedua saya ke negara komunis selepas berkunjung ke Ho Chi Minh a.k.a Saigon Vietnam pada bulan November tahun lepas (sebenarnya sudah tak banyak negara komunis yang berbaki setelah runtuhnya Soviet Union, antaranya Korea Utara dan Cuba).

Kunjungan pada bulan Disember, cukup menyejukkan sebab disember adalah musim sejuk atau Winter kat China. Sungai dan tasik di kebanyakkan tempat di Beijing dan Tianjin telah membeku , meskipun salji belum lagi turun pada tarikh kunjungan saya itu.


(Summer Palace - Kunming Lake)
Tempoh 5 hari 4 malam, hanya beberapa tempat sahaja yang sempat saya kunjungi.Tak banyak tapi sudah memadai. Antaranya Great Wall a.k.a Tembok Besar China, Forbidden City( istana Larangan), Tiannamen Square. Summer Palace, Masjid Niujie, Muslim Super Market, Bird’s Nest Stadium(Stadium Sarang Burung, tempat berlangsungnya sukan Olimpik tahun 2008).




( Summer Palace, Kunming Lake yang membeku)


Bagi saya, pengalaman di Tiananmen Square amat bererti dan bermakna. Apa tidaknya, ketika sedang leka bergambar, saya dan rakan-rakan didatangi polis China. Kemudiaannya polis-polis ini memarahi kami lantaran mempamerkan kain rentang ketika bergambar. Kain rentang yang merujuk kepada group travel kami itu telah menimbulkan salah dalam faham dalam kalangan anggota polis China tersebut. Rupa-rupanya di situ dilarang sama sekali mempamerkan kain rentang, sebab ada sejarah hitam di Dataran Tiannamen itu.



(Summer Palace)


Sejarah telah menjilidkan, di dataran tersebut pernah berlaku peristiwa berdarah. Pada tahun 1989, para Mahasiswa pro-demokrasi telah mengadakan satu demontrasi terhadap Kerajaan. Dikatakan lebih 3 ribu orang telah meninggal (malah ada yang mendakwa jumlah korban melebihi 7 ribu orang)apabila kerajaan China menggunakan tentera untuk menamatkan demontrasi tersebut. Agak lama juga salah faham antara kami dengan pois China ni, hinggalah pemandu pelancong kami menjelaskan maksud sebenar kami. Sebenarnya dah puas kami terangkan tapi polis China tu memang tak faham –faham. Memang mereka tak bahasa Inggeris( apatah lagi bahasa inggeris yang saya gunakan itu ‘berversi’ Kelantan. Hahaha). Akhir sekali kami dibenarkan bergambar tapi tidak boleh mempamerkan kain rentang tersebut.




Great Wall (Tembok Besar China) merupakan destinasi wajib kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke Beijing. Saya difahamkan panjang Great Wall, dengan mengambil kira cabang-cabangnya ialah 8,851.8 KM( ini dikatakan hasil kajian terbaru yang menggunakan teknologi termaju). Sebelum ini panjangnya dianggarkan kira-kira kira-kira 6,400 km. Tak kisahlah berapa KM, yang penting saya naik sekejap jer pastu pergi minum kopi kat Great Wall Store, bergambar kejap dan turun.


(Summer Palace)


Masjid Niujie pula ialah masjid tertua di Beijing,China. Saya difahamkan, ia mula dibina pada tahun 996M dan dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja Qing Kangxi (1622-1722). Niujie merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat Islam di Beijing.

Tentang yang lain-lain tu biarlah gambar yang bercerita. Apa yang pasti, tentu sahaja ada pengajaran berselirat seribu disebalik lokasi-lokasi ini.


(Summer Palace- Pukul 4 petang)




(Geat Wall -Tembok Besar China)


(Geat Wall -Tembok Besar China)




(Geat Wall -Tembok Besar China)



( Bird's Nest Stadium- Olimpik 2008)



(Tiananmen Square)


(Tiananmen Square)



(Tiananmen Square)



(Tiananmen Square)




(Masjid Niujie yang Bersejarah)



(Aku kat Masjid Niujie)


(Masjid Niujie)




(Masjid Niujie)



(Tianjin)



(Beijing- xtvt masa lapang lelaki dewasa kt China)



(Aku kat Food & Cultural Street,Tianjin



(Food & Cultural Street , Tianjin.
Aku dok snap gambar Amoi kot)




Artikel yang berkaitan: Umat Islam di China



61 comments:

echah mashuri said...

seronoknyaaaa bro..rase nak pergi gak.eheheh

caliph shuriken said...

best dpt gi jln2 cmni ^^

p/s: klau sungai & tasik mbeku, cmner ikan2 tu trus idup?

Afida Anuar said...

Salam shameel...
best tuh...jeles pun ada ni..hehe..antara tempat yang saya bercita2 nak lawat sejak kecil adalah great wall.. tak kesampaian lagi.huhu

maCy said...

cantiknya view! pic cntik. ;D

kakchik@ella said...

Salam Shameel. 1st time masuk page u. U ikut pakej or jln sendiri-sendiri?

Bijen M. said...

Ni yang pakej Muslim tu eh?
Best oh.
Berapa ribu ni?

shameel Iskandar said...

Echah- seronak jugak wat rehatkn diri dri keja.

shameel Iskandar said...

Caliph- Itulahmesterinya, mcm mn ikn bleh hidup? Sty tgk kt sn aritu, org jalan2 atas sungai, pastu dia buat lubang utk pancing ikan.

shameel Iskandar said...

Afida- Great wall sgt cantik musim bunga. Jd disyorkn gi pda musim bunga

shameel Iskandar said...

Macy- Kalo salji dh turun lagi cantik view. Tym spring & autumn pun cantik view kt Beijing.

shameel Iskandar said...

Kakchik- Ni sy gi ikut pakej. Nak ikut mmeber backpacks saya kesuntukan masa sbb kena jd pengawas spm aritu

shameel Iskandar said...

Bijen M - Yer ni pakej musim. harga (tak termasuk tiket flight) rm300(merangkumi hotel lsma 5 ari 4 mlm, mkn minum, pengangkutan dll)

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

cantik gaya penceritaan foto-foto itu....entah bila giliran saya ke sana...

cemomoi said...

memang menarik gi cina tapi tak tahan sejukkk

meowwmania said...

wahhh seronoknya...bila la dpt ke sana agaknya :)

shameel Iskandar said...

Cikgu Ahmad Humairi - Insha Allah, biasanya ada promosi harga murah ke China kt airasia. Adakalanya rm500 jer tiket flight pergi & balik.

shameel Iskandar said...

Cemomoi- yer kn cemomoi ade gi china juga thn lps,kalo gi tym summer baru x sejuk

shameel Iskandar said...

Meowmania- insha Allah, ada nnt promosi harga murah ke China. Kalau shanghai lagi murah berbanding Beijing.

+akufobia+ said...

woaa.

shameel Iskandar said...

akufobia - Trima kasih ats kunjungan.

BezBuddy said...

uwaaa...nak g gak...huhu...bape eg tiket flight nk g sane? :)

shameel said...

BezBuddy - tym murah rm500 jer gi dan balik ke Beijing. Tapi kalo lewat beli, ade yg mencecah rm2000.00. Saya hari tu tiket rm1600 pastu harga utk pakej rm300(utk 5 ari 4 mlm meliantkan penginapan, mlm, pengangkutan dll)

Idalara said...

Assalam shameel..
rasanya tk kesampaianlah akak ke Cina ni..tkpelah tumpang tguk dari entry shameel je lah..

ASSOYFINGER67 said...

Thanks bro..bawa aku ke China....gambar2 yang best...aku terhibur!

penaberkala said...

pergh, best molek gi melancong oversea
nice place la
bilo la nk sampai sana,haha

nuriz said...

bertuahnya dapat pi tembok china tu

shameel Iskandar said...

Idaalara- insha Allah kak, ada masa juga pergi tu. tym promosi agk murajh tiketnya.

shameel Iskandar said...

Assoyfinger- Trima kasih atas kunjungan. sama2 kita berkongsi info.

shameel Iskandar said...

Penaberkala- berst jugaklah. kalo demo gi backpack lgi mencabar sebenarnya. ajak beberapa oghe saing hok minak jale, pakat molek.

shameel Iskandar said...

nuriz- Trima kasih nuriz ats kunjungan. tembok china tu kira destinasi wajib dikunjungi kalo gi beijing.

penaberkala said...

tu la, cam nak try gak plan ke luar plak
kat dalam negara byk gak jalan2
estimate brapo kos abis utk sorang bro?

shameel Iskandar said...

kalo booking awl dlm rm500 jah gi dan balik ke beijing. Tapi kawe booking lewat kena rm1600. aritu gi tym promosi. rm300 utk hotel,mkn,pengangkutan slma dok sana(5 ari 4 mkm). member kawe gi india selatan, kena rm500 jah tiket gi balik.

penaberkala said...

bereh boh
tenkiu for the info
ada rezeki, panjang umur boleh la gi etek
time muda la nk kenal tempat ore,hehe

shameel Iskandar said...

beres gu. btol tu, time mudalh msa nak kenal tempat org.

Rama2Ungu said...

waaah...sonoknya....jalan2 smapi obersea...hehehehe

ain said...

smpe mc tu sekali eh...!!!Xboley bergambo sekali ngan kain rentang..!!!Xpe lah..da sejarah..dorang kan..!!

missSenget said...

syoknye die pi jalan2...

shameel Iskandar said...

Rama2ungu - saje jn2 ke beijing wat rehat2kn otak dri ngajar

shameel Iskandar said...
This comment has been removed by the author.
shameel Iskandar said...

ain- trukkn polis china ni, x benarkn brgambar ngan kain rentang. Pas2 marah2 plak guna bahasa cina. mn kita nak faham

shameel Iskandar said...
This comment has been removed by the author.
shameel Iskandar said...

miss senget- jalan2 hilangkan lelah akal dan penat fizikal. heheeh

Zura said...

bestnye dpt mengembara tmpat org...sy dulu dpt jenjalan kat sekitar shanghai je...

shameel Iskandar said...

Zura- shanghai lagi moden dri beijing kn. Mesti best kn.

Rian said...

blognya saya follow ya ^^

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

china is one of the historical places. mesti banyak dpt timba ilmu kalau ke sna. geat experiences from u then. insyallah, nnt ada rezeki, nk jugak jijak tanah China:)

abah aman said...

salam shameel,
lain kali kalau nak pegi melancong ke mana-mana bawaklah abah sekali. hehehe...

Cik Kyla said...

salam,

wahh jalan2 ke beijing.
sy pun pernah kesana.. :D
seronok!! :)

penDragon said...

lawak ler cikgu tuan "bahasa inggeris berversi kelantan"...x dpt dibayangkan!

mi2omar said...

as salam,
macam mana nak dapat pakej rm300 tu?
saya nak pergi beijing dgn family, kalau bole nak ambil pakej macam encik sb murah.pakej y malaysia byk rm2000++..harap encik dpt bg email utk saya bertanyakan lebih lanjut.terima kasih

shameel iskandar said...

mi2omar.
Agak susah juga utk dapat pakej tu. RM300 tu tidak termasuk tiket fligh ( ia hanya melibatkan mkn dan minum, penginapan dihotel,pengangkutan di Beijing dan Tainjin juga tiket utk ke lokasi lawatan).

email saya Shameel_iskandar@yahoo.com

mi2omar said...

terima kasih byk~
sy baru blik dri beijing guna pakej..
parents mintak sy bawa mereka dan rakan2 mereka ke beijing. jd sy igt nk pergi macam awak, beli tiket flight sendiri..sy akan email awk utk tnya maklumat lanjut..terima kasih banyak

shameel Iskandar said...

Rian .
Trima kasih sahabat blogger dari seberang. sy folow juga nnt

shameel Iskandar said...

FIFIEY LYCHEE MARATION.
setiap tempat or negara ada kelebihn trsendiri. sy baru pulang dri jakarta & bandung. di sana juga ada keistimewaan tersendiri

shameel Iskandar said...

abah aman.
Boleh jer abah. hahah. lama abah menyepi dari dunia blog

shameel Iskandar said...

Cik Kyla.
Wah suka jalan2 jugak yer org sekampung dgn sy ni.bila balik bachok.

shameel Iskandar said...

penDragon.
hahaha, bahasa inggeris versi kelantan tu, bunyinya ala-ala jerman ckit.

a.samad jaafar said...

salam sahabat..
Masjid Niujie dibina pada tahun 996.. di mana islam di kepulauan melayu waktu itu? hihihi..

bertuahnya sahabat kerana dah sampai ke sana..

link yg lagi satu tu tak boleh buka plk..nanti saya cuba lagi..

shameel Iskandar said...

a.samad jaafar.
tahun 996 Melaka pun belum wujud. Ternyata warga China terlebih dahulu memesrai dan mengakrabi agama islam.

Lyn said...

Salam shameel, berkenaan dgn rm300 utk hotel transport dan mkn tu, di china ade lg tak kos tambahan lain yg dikenakan oleh travel agency tu?contoh nk masuk ke forbidden city or mana2 tmpt bersejarah lain?

shameel Iskandar said...

Lyn.
Maaf byk2 sbb lewat reply. RM300 tu dah termasuk semua kos trmasuklah tiket ke forbiden city, pengangkutan dan lain-lain lagi.

Cuma harga tiket flight dan lebihan bagasi jer yg tak termasuk.hehehe