(Confucius pengasas ajaran Confucianisme)Sebenarnya bukan hanya CONFUCIUS(Kungfu Tzu) malah BUDHA( Sidartha Gautama) juga didakwa sebagai Nabi Allah sebagaimana Nabi-Nabi yang lain. Dengan kata lain, kedua-dua tokoh ini juga mendapat wahyu dari Allah. Dari segi sejarah Confucius dikatakan lahir sekitar tahun 551 SM di negeri LU( Shantung). Jadi berdasarkan tarikh itu, dapat kita simpulkan CONFUCIUS ini lebih awal kewujudannya berbanding Nabi Isa A.S dan Muhammad S.A.W. Jadi, ia tidak menyalahi konsep Nabi Pertama adalah Adam A.S dan Nabi Terakhir adalah Muhammad S.A.W. Maka, dakwaan ini agak kuat dari segi hujah ilmiah berbanding hujah-hujah penganut Qardiyani yang mendakwa Mirza Gulam Ahmad sebagai Nabi.
SEBENARNYA, isu ini ( dakwaan Confucius sebagai Nabi Allah) tidak pernah dibincangkan oleh ulama-ulama Muktabar Islam, baik ulama silam mahupun ulama kontemporari. Malah, ia merupakan dakwaan golongan Abrahamic Religions yang didokong oleh cendekiawan Barat. Mereka mendakwa Confucius sebagai Nabi Allah dengan ‘bermodalkan’ ayat Al-Quran “Dan pada tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul( yang diutus kepadanya)” Surah Yunus, Ayat -47. Berdasarkan ayat inilah mereka membuat tafsiran bahawa utusan Tuhan boleh berada dalam mana-mana kaum termasuk di China, India dan sebagainya. Jadi, berdasarkan ayat ini juga, Confucius didakwa sebagai Nabi untuk orang Cina. Berdasarkan ayat al-Quran ini jualah mereka mendakwa Ajaran Confucianisme sebagai ajaran atau agama dari Tuhan(bersumberkan wahyu Allah) sebelum diselewengkan oleh penganutnya. Jadi atas alasan yang atas alasan yang sama, adalah tidak salah jika ada pihak yang mendakwa pernah wujud Nabi Allah berbangsa Melayu( merangkumi Jawa, Banjar, Bugis ), Siam dan sebagainya ketika zaman Paleolitik mahupun Neolitik.
Kalau dihayati pula artikel atau rencana dari Dr Ridhuan Tee Abdullah, beliau sering beralasan ( meskipun beliau sering menggunakan istilah kemungkinan besar dan hati saya terdetik untuk mengatakan) Confucius ini seorang Nabi Allah dengan alasan “ nilai-nilai yang dibawa oleh Confucius tidak bertentangan dengan Islam”. Memang kita akui terdapat nilai-nilai dari agama itu yang selari dengan islam, antaranya ialah “Janganlah berbuat sesuatu yang kau tidak inginkan orang berbuat kepadamu”. Begitu juga dengan prinsip moral ajaran Konfuciansime seperti berperikemanusiaan(ren), Kesusilaan(Li) dan Ketaatan kepada Ibu bapa (Xiao).
Sejujurnya, diakui memang tidak menjadi kesalahan untuk kita menerima nilai moral dan ajaran dari agama-agama yang lain (termasuk dari ajaran Karl Marx , Lenin , Stalin dan lain-lain tokoh Komunis) selagi ia tidak bertentangan dengan islam. Namun, dalam masa yang sama kita kena bezakan antara akhlak dan itikad.
Namun, adakah berdasarkan persamaan atau tidak bertentangan dengan nilai-nilai islam ini sudah cukup untuk mendakwa Confucius sebagai Nabi Allah dan Confucianisme sebagai agama wahyu.
PANDANGAN PRIBADI SAYA TENTANG ISU INI
Namun, sekali lagi saya ulangi, adakah berdasarkan persamaan atau tidak bertentangan dengan nilai-nilai islam ini sudah cukup untuk mendakwa Confucius sebagai Nabi Allah dan Confucianisme sebagai agama wahyu.
Persoalannya kedua pula, wajarkah teori Confucius itu seorang Nabi Allah digembar-gembur atau dihebohkan kepada umum. Kita sepatutnya faham, tidak semua umat islam di Malaysia ini memiliki ilmu agama yang tinggi. Malah , dalam akhbar minggu ini ( rasanya Metro) ada melaporkan tentang segelintir Mahassiwa/wi islam di beberapa buah IPT di Malaysia yang tidak faham maksud dua Kalimah Shahadah dan Surah Al-Fatihah. Risau dan bimbang, jika dakwaan Confucius ini sebagai Nabi dihebohkan kepada umum, nanti terdapat segelinitir umat islam yang menganggap agama Kunfucianisme dan islam sama sahaja. Dan , tak mustahil akan ada title Alaihi Salam dihujung nama Confucius ( Conficius A.S)
Bagi saya, cukuplah kita menyakini Nabi Pertama adalah Adam A.S dan Nabi terakhir ialah Muhammad S.A.W. Antara dua orang Nabi ini terdapat ribuan Nabi dan yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang. Cukup setakat ini. Berbicaralah tentang Nabi dan Kenabian setakat Allah dan Rasul berbicara. Dan berhentilah berbicara tentang Nabi dan Kenabian yang melebihi had atau kadar itu. Jika ada cerita tentang Nabi dan Kenabian dari sumber Israiliyyat, maka pastikan ia diakui oleh ulama-ulama Muktabar seperti imam Ibn Kahtir.
P/S = ada orang beranggapan, hanya blogger yg tak matang yang menulis entry berwarna-warni. Tapi, ingin saya tegaskan, sengaja saya warna-warnikan untuk memudahkan pemahaman. Yang saya warna-warnikan itu adalah perkara penting yang perlu difokuskan. Penting kerana ia melibatkan agama dan keagamaan.




49 ulasan:
hanya Allah saja yg tahu
azhar.
itulah jawapan yg palig selamat.
salam shameel, first time ni rasanya saya dgr pasal dakwaan semua yang tersebut adalah Nabi Allah..
Allahualam...
Afida.
Isu ni sy dgr tahun lepas lagi tapi tak brminat nak tulis. Tp rasanya perlu dikngsi
jika individu itu ikhlas berdakwah, baguslah.. hanya Allah yg tau niat di hati masing2 kn...
p/s: x salah en3 warna-warni.. teknik ni slalu diamalkan dlm nota2 study dak IPT ^^
berat topik ni..hanya jauhari mengenal manikam..apapun olahan yang baik dari anda..
iKaN kELi HaSiL dARiPaDA BaHaN KiTar SemULa
suka baca permasalahan kontemporari dlm islam....
moga teruskan usaha merungkai permasalahan2 yg timbul....
Assalamualaikum,
Kalau lembu makan, manusia pun makan, jadi kita serupalah dengan lembu yang makan yang sebenarnya tidak sama.Benar, nilai yang baik kita semua terima tetapi tidak secara total.
Pernah juga saya dengar pendapat Dr Ridhuan Tee Abdullah yang saya tidak setuju bila beliau menyatakan "kita jangan mengharap pada Allah bila melakukan sesuatu - lakukan sesuatu dengan ikhlas" - wallahualam.
Kita perlu berbincang untuk mendapat kefahaman yang jelas nyata.
caliph.
saya bersetuju dgn caliph, keikhlasan amat perlu dlm berdakwah. harap Dr Ridhuan Tee juga ikhlas dlm dakwahnya.
Trima kasih krn menyetujui pandagan saya ttg entry berwarna warni
Keli Oh Keli.
Benar sekali sahabat, hnaya jauhari yg mengenali manikam. Dan atas dasar itulah sepatutnya perkara sebgini hnaya layak dibincangkan secara tertutup seperti ketika seminar perbnadingan agama dan bukannya didedahkan dlm akhbr dan majlah
Nazriey.
Bagus sahabat sebab meminati isu2 kontemporari dlm persoalan agama. Teruskan, moga bermanfaat
Cikgu Ahamd Humairi.
betul tu cikgu, perkara sebegini perlu dibincankan utk mendapat kefahaman yg jelas. Apapun seeloknya perbincnagan itu bairlah melibatkan gllongan cerdi kpandai agama spt ulama-ulama dan tokoh perbandingan agama.
Saya bersetuju dgn cikgu, yg kita boleh menerima nilai dari ajaran lain tapi bukan secara total. trima yg baik dan tolak yg buruk. Tapi dlm kes ini, persamaan nilai tak menjanjikan keserupaan. Mcm cikgu kata, lembu mkn dan manusia juga mkn, tapi mansia dan lembu tetap berbeza
entah lah
tak banyak rujukan boleh dibuat berdasarkan dakwaan ni.
bak kata tukang komen pertama diatas,
hanya tuhan yang tahu.
kita hanya perlu menegakkan agama ,
dan terus menambahkan iman didada
eh, pada akak nora bukan warna-warni yang melambangkan ketidakmatangan penulis. Isinya yang penting..sekarang ni budak tak matang pun hisap rokok dan berhubungan yang bukan2 kan..nauzubillah..
akak nora memang risau bab-bab yang berkaitan agama ini. Bukan pa, yang selalu terpesong adalh mereka yang berilmu tinggi. MAcamana pula yang kurang pergi sekolah ni kan..kan bahaya..tu pasal akak nora selesa dengan menetapkan pendirian memahami apa yang telah dipelajari dan berguru dengan melandaskan al-quran dan sunnah..tapi, bukan sekadar ayatnya tp maksudnya juga.
lastly kklik HB
salam shamel,
first time saya dgr pasal isu ini...
hanya tuhan yang tahu kebenarannya kan, kita sebagai hamba allah, penuhkan ilmu akhirat di dada, semoga jalan yang lalui, diberkati..
entry yg berani dr shameel iskandar, berat isu ni...kena buat perbincangan antara ulamak sebelum dihebahkan kpd umum,
intan Maisarah.
saya bersetuju sekali. kita perlu teguhkan agama dan mantapkan iman di dada.
tentang isu ini, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Itulah jawapan paling tepat.
Nora Shahaira.
Itulah yg perlu diajdikan akar umbi jati diri muslim, iaitu pastikn al-quran dan sunnah yang dipelajari, dihayati, dan diamalkan
Terima kasih atas pandangan kak Nora
fiqas.
Sekadar perkongsian utk manfaat bersama.Trima kasih ats komentar.
My Name Is Yana
Betul tu, perbincangan tertutup antara ulama dan pakar perbandingan agama yg perlu dilakukan sblm dihebohkan kpd umum.
As salam...
Susah nak komen sbb ilmu yg ciput neh..Tapi seeloknya umat Islam yg kurang ilmu mcm kami ni tdk dikelirukan dgn bermacam2 hujah yg tdk pasti..
Saya pun x matang la kalau camtu..n3 saya kalerful gak :p
tak brani nak komen lebih
tapi pnah dengo antara yang dikatakan dek confucius, "jangan tanya tentang akhirat jika hal dunia @ akhlak (lebih kurang gitu la) masih tak abih blajar lagi" - bererti dia lebih mengutamakan kerohanian/etika di dunia tanpa menitik-beratkan hal pembalasan akhirat - sedang ajaran bersumberkan wahyu dari para nabi terarah ke hari akhirat
wallahu a'lam
salam..
jika rasul yang perlu kita imani ada 25..nabi pula tidak terkira jumlahnya..jadi saya lebih mengambil sikap tunggu dan lihat pandangan mereka yang lebih arif..wallahulam
cik shinju
sebab kebanyakan drp kita ciput ilmulh isu sebegini x perlu dihebohkn. tapi dlm mingguna malasyia dan al-islam ia sering dikemukakan.
cemomoi.
mmg saya pun tak berani nak hurai pajang2 sbb ia melibatkan sola agama dan keagamaan.
Apaapun ,agama yang diredhai Allah hanyalah islam.
cemomoi.
mmg saya pun tak berani nak hurai pajang2 sbb ia melibatkan sola agama dan keagamaan.
Apaapun ,agama yang diredhai Allah hanyalah islam.
zulkbo.
yg paling jelas, nabi pertama adalah Adam A.S dan yg terakhir ialah Muhammad S.A.W.
sama2lah kita tunggu penjelasan dari pihak yg lebih arif. Tapi ketua jabatan akidah UKM itu sudah boleh dikira arif dlm persoalan akidah sbb dia seorg ilmuan dlm akidah atau usuluddin
Nanti kekalutan akan berlaku di dalam masyarakat...
Tatu
Miecyber.
Itulah yg dibimbangi. Sbb tu ia tak sepatutnya dihebohkan dalam akhbar dan majalah.
p/s= saya sekadar menjernihkan situasi.
erk, saya pun tak berani nak komen sebab cetek ilmu, biar je orang yang arif /yang tahu buat ulasan
nuriz.
ttg hal ni, sy bukannya komen tapi sekadar menjernihkan dan sekadar mengingatkan.
gara-gara xminat baca ahbar yg slalu menipu, maka xtahu ttg isu ni. terima kasih ats perkongsian yer shameel.
mugnkin juga nabi, mungkin juga seorang leader yg punya akhlak yg baik. hanya Allah je yg tahu. rasul yang wajib diketahui pun blum tentu org kte boleh hafal namenye kalau tak nyanyi lagu raihan 25 rasul tu. apetah lagi nak bercerita ttg kenabian tokoh2 lain. kan kan?
cukuplah kte berpegang pada Quran dan Sunnah.. moga terhindar dari fitnah akhir zaman.. (perang ideologi yg dahsyat)
besaaaanye patung budha kat tumpat tuu ek....kat bachokk pun ade ekk...
emm nak komen pun tak berapa sedap ni.sebab tak tahu sangat pasal ni..
tapi bagi aku la...setakat kita percaya dan yakin pada 25rasul dan nabi2 yang di sebut dalam al quran dan hadis tu pun dah cukup.tak perlu la nak cari cari lagi..
buat kacau bilau je nanti..
tapi tak salah kalau nak selidik..tapi kena la berlandaskan ilmu..bimbang tersalah nanti..buruk padahnya,
betul la
hanya allah yang maha tahu
bab prof riduan tu, xmo r komen pape.. kecik g nak bincang isu2 yang camni.. tapi part kahar tu.. memang x patut.. ish ish.. paling xleh blah pengikut2 die taksub betul..ish ish
Munnie.
Segalanya mungkin. mugnkin juga nabi, mungkin juga seorang leader yg punya akhlak yg baik. Apa pun dr Ridhuan Tee Abdullah sgt saya hormati. Dan, entry ini sekadar pandangan saya utk menjernihkan situasi.
Amy Sensei.
Patung Budha kat Tumapt tu yag terbsar di Asia Tenggara. kat bachok pun ada juga sbb ada 3 buah perkampungan siam kat bachok. Pernah dtg ke Bachok ke.
si Para-para.
Saya setuju dgn saudara, tak salah kalau nak selidik mana-mana fahaman lain termasuklah idealogi komunis seperti mengkaji buku The das capital tulisan carl Marx atauypun baca satanic verses tulsian salman Rushdie, cuma yg penting bimbingan agar tak tersasar dan terpesong.
Tujuan saya tulis entry ini, sekadar kurang bersetuju dgn pendedahan isu ini di akhbar dan majalah sbb ia terlalu umum. takut nanti, ada yg tersalah faham.
tehr.
Benar sekali. Hnaya Allah Yang Maha Mengetahui.
Kay- are.
Si Kahar tu memang sesat dan mneyesatkan.
Ttg Dr Ridhuan Tee, saya sangat hormati keilmuan dia. Namun, itu bukankah bererti mesti bersetuju dalam smeua keadaan. saya tak menafikan yg berkemungkinan Confucius ni seorg nabi, cuma pendedahan secara terbuka seperti dlm majalah adakalanya boleh menyebabkan berlakunya salah faham.
sedangkan permasalahan khilafiah spt doa qunut waktu solat subuh,dll pun tak digalakan dibincnagkan di khayak umun, maka apatah lagi isu sebegini.
assalamualaikum..
sy baca artikel ini dari majalah al-islam keluaran terbaru..mmg bagus info ini
kena study lagi ni nak tahu mana betul.aa.
erm, tak banyak sangat ilmu nak berbicara, tapi dulu di unversiti tahun 2007 selalu berbincang dengan kawan2 tentang ini. selalu tengok video debat zakir naik tentang religious comparison, tidak lupa juga ahmad deedat. pandangan saya, nak tolak total pun tak boleh, lagi pun, itu juga tanda kebesaran agama kita. actually ramai lagi, seperti ajaran zoroaster dari parsi.
warna warni itu pula berjenis. cikgu punya bukan jenis menyakitkan mata, hanya untuk highlihgt. yang menyakitkan mata itu benar tak matang saya akui
setuju dengan pendapat kau. dan aku memang berfikir macam ni pun..
dan aku jadi meluat bila orang bersungguh2 nak bercerita pasal Buddha dan kung fu tze itu nabi.
sedangkan ia tidak mendatangkan manfaat.
Zulfikar Hazri.
Trima kasih bro. mmg mrk ni membuang masa dgn mengkaji perkara yg tidak berfaedah
xpyh la kita p'cya 2 smua..just p'cya rkun islam dn rkun iman..ALLAH pon dh ckp bhwa Nabi Muhammad adalah nabi yg t'akhir.x da lg nabi lain.
detectiveconan .
Sebaik2nya kita serahkan kepada Allah. Dan tak perlu ghairah nak tabalkan konfucius dan budha sebagai Nabi Allah.
Post a Comment