Thursday, March 31, 2011

RAHSIA TARIKH LAHIR, RAMALAN YANG MEROSAKKAN AQIDAH



Seolah-olah satu kegilaan yang menggila,begitulah hebatnya virus syirik yang menyerang umat islam di Malaysia. Entah ke mana hilangnya kewarasan diri hinggakan mereka begitu mudah diperbodohkan oleh golongan tolol yang menjaja Rahsia Tarikh Lahir demi keuntungan peribadi. Di facebook, gejala tag mengetag Rahsia Tarikh Lahir , Rahsia Bulan Lahir, Rahsia Bulan Lahir Pasangan, Rahsia Bulan Islam dan macam-macam lagi Aplikasi Yang Sesat dan Menyesatkan begitu menjadi-jadi.

Ada yang benar-benar percaya, kononnya ia menepati ( atau hampir-hampir menepati )hidup dan kehidupannya. Ada yang sungguh-sungguh yakin, dengan beralasan itu adalah hasil kajian tokoh tertentu selama berpuluh-puluh tahun, apatah lagi tokoh itu adalah tokoh terkemuka . DAN ada juga yang beralasan, ia sekadar suka-suka sahaja. Walau apapun alasan, jawapannya tetap sama iaitu ia sesat dan menyesatkan serta boleh merosakkan akidah.

Sayang seribu kali sayang, tokoh-tokoh yang tolol ini berjaya memperbodohkan golongan yang bahlul.Si Tolol menjadi jutawan dan si bahlol menjadi tak keruan.

Sebelum memulakan bicara, ingin saya tegaskan. Bicara kali ini tidak sekelumitpun bertujuan untuk mempertikaikan kewibawaan pakar-pakar motivasi yang bakal disentuh nanti. Jauh sekali untuk menidakkan sumbangan mereka. Mereka adalah tokoh yang ternama, itu benar tanpa dapat dipertikaikan lagi oleh sesiapa. Namun , itu semua bukanlah alasan untuk kita bertaqlid buta dan bukannya penyebab untuk menjadi pendengar yang setia. Tidak harus kita berdiam seribu bahasa andainya, pendapat mereka ini tersasar dan terbabas dari landasan yang sepatutnya. Untaian hikmah yang pernah dilafazkan oleh Imam Malik perlu kita hayati:

"Siapapun dapat diterima atau ditolak pendapatnya kecuali yang ada di makam ini(sambil menunjuk ke makam Rasulullah SAW)".

Jika pesanan Imam yang mulia ini dihayati, maka pasti sahaja kita tidak lagi ‘pekak dan tuli’ dalam segala urusan.




(Apabila kesesatan diniagakan)

Siapakah anda untuk mempersoalkan pakar-pakar motivasi ini ? Saya amat yakin, pertanyaan yang sebegini akan diajukan kepada saya dan sesiapa sahaja yang berbicara tentang isu ini. Sekali lagi saya ulangi kata-kata Imam Malik “Siapapun dapat diterima atau ditolak pendapatnya kecuali yang ada di makam ini(sambil menunjuk ke makam Rasulullah SAW)”.

Atas dasar menghormati ketokohannya, maka saya tidak ingin berbicara perihal peribadi tokoh-tokoh yang terkenal sebagai pakar motivasi ini, meskipun ia telah tersebar dengan rancaknya. Saya sekadar ingin membantah pandangan atau ramalannya, dan bukan batang tubuhnya.

Jujur! Dalam memperkatakan persoalan ini, saya berhujah dengan bersandarkan pandangan beberapa ulama terkenal Tanah Air yang turut mengkritik, malah menghukumnya sebagai syirik. Saya akan linkkan kenyataan mereka di sini disamping memetik pandangan-pandangan yang mereka kemukakan. Harap para pembaca, akan ke link tersebut untuk memperolehi maklumat yang semaksimum mungkin, demi memaksimumkan kefahaman tentang hal ini, sekali gus mematangkan diri dalam beragama.

Ulama atau tokoh agama yang saya maksudkan ialah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Dr Asri Zainul Abdidin, Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Prof Madya Dr Shukeri Mohammad,Ustaz Azhar Idrus, di samping itu saya paparkan juga link daripada Kapten Hafiz Firdaus Abdullah (seorang penulis rencana dan buku agama,jua mengendalikan soal jawab agama dalam beberapa majalah) dan link seorang blogger yang mantap hujahnya tentang isu ini, iaitu El-ILMY.




Saya tak pasti, adakah ramalan di atas benar-benar dibuat oleh Dr Fadzilah Kamsah atau oleh manusia lain yang sememangnya tolol. Namun, seperti yang diketahui umum Dr Fadzilah kamsah, turut memperkatakan Rahsia Tarikh Lahir ( yang didakwa mengikut kajiannya selama 25 tahun). Cuba lihat baris terakhir ramalan itu. Bukankah ini boleh meretakkan rumahtangga seseorang. SUAMI AKAN MERAGUI ISTERI. ISTERI AKAN MENCURIGAI SUAMI. DAN AKHIRNYA PERKAHWINAN AKAN BUBAR. Untuk pengetahuan sahabat, KADAR PERCERAIAN pasangan islam di Malaysia hari ini amatlah membimbangkan,iaitu setiap 15 minit akan berlaku satu kes perceraian( statistik dari JAKIM).


Lagi satu, Ramalan yang kononnya hasil kajian di atas ternyata menyalahi tuntutan agama sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadis sahih, iaitu:

“Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat “.Muttafaqun Alaihi).

Menurut Prof Madya Dr Shukeri Mohamad( pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan, juga Presiden Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Kelantan) “…. untuk kepentingan keturunan/melahirkan keturunan yang baik, Allah SWT mensyariatkan kaedah-kaedah tertentu dalam perkahwinan seperti mengutamakan ciri-ciri keagamaan dalam memilih pasangan….” rujuk kertas kerjanya yang dimuatkan dalam buku berjudul Maqasid Syariah Dalam Pentadbiran Negara, Terbitan kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Perta(KIAS),m/s : 63.

Tapi, hari ini muncul pula, kriteria terbaru dalam memilih pasangan iaitu, pilihlah pasangan berdasarkan tarikh lahirnya. Ini kriteria yang menyalahi sunnah. Bayangkan, betapa resah dan gelisahnya pasangan yang sedang bertunang jika salah seorang daripada mereka dilahirkan pada tarikh tersebut ( 5 dan 17 Haribulan). Tidak mustahil pertunangan itu akan putus ditengah jalan jika pasangan tersebut taksub kepada tokoh motivasi tersebut. Ini ternyata membawa kepada syirik dan kufur.



(Nostradamus)


MUNGKIN ADA YANG BERALASAN, ini adalah hasil kajian terperinci pakar motivasi terkenal selama 25 tahun. Untuk menjawabnya, eloklah saya paparkan sebahagian daripada hujah Ustaz Zaharudin Abdul Rahman. Menurut Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang dan yang seumpama dengannya mestilah bersumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-

  • Al-Quran
  • Hadith Sohih dan Hasan
  • Fitrah kejadian alam (sunnatullah).

Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 :

"Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT"





Menurut Ustaz zaharuddin lagi, mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan adalah berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan. Namun, Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mengetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagainya amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.

Sesungguhnya kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir. Lebih lanjut sila baca ulasan penuh daripada Ustaz Zaharuddin, lihat :.--> SINI.

Disarankan juga untuk membaca entry INI untuk penjelasan yang panjang lebar tentang isu ini.


Demi kematangan beragama dan demi kemantapan berakidah, saya merayu kepada para pembaca agar saksikanlah rakaman kuliah agama tentang syirik dan batilnya Rahsia Tarikh Lahir yang disampaikan oleh Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman , pensyarah KIAS yang berkelulusan B.A, M.A dan PhD dalam bidang Fiqh di Universiti Islam Madinah (lihat:.--> SINI).Rakaman kuliah ini akan menjawab alasan dangkal kononnya Rahsia Tarikh Lahir ini bukanlah Ramalan tapi kajian dari pakar motivasi terkenal negara selama 25 tahun.


(formula kiraan tarikh lahir bagi meramalkan nasib)


Saya petik pula sebahagian hujah Dr Asri Zainul Abidin,( Mantan Mufti Perlis yang juga merupakan pakar hadis dan pensyarah di Universiti Sains Malaysia). Menurutnya, Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali. Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan pra-sangka terhadap ciptaan Allah semata.

Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka 1 mempengaruhi nasib tertentu dengan disertakan bukti beberapa tokoh atau individu, itu bukanlah bukti yang ilmiah. Ia sebenarnya,merupakan sebahagian warisan ahli-ahli nujum kono yang ditentang oleh Islam, atau mungkin rekaan baru mereka untuk melariskan ‘bisnes motivasi’.

Para penilik atau ahli nujum nasib seperti itu menipu manusia dengan mainan kata-kata. Jika apa yang mereka ramalkan itu kelihatan tidak tepat, mereka akan berkata ‘itu disebabkan awak belum lakukan itu dan ini’ atau ‘disebabkan awak belum tahu potensi awak’ dan seumpamanya. Mereka mempengaruhi psikologi sebahagian masyarakat. Orang-orang yang memandulkan akal, akan mempercayai tipu helah yang seperti itu. Warna kulit dan rupa paras adalah ciptaan Allah. Ia bukan pilihan manusia. Tarikh lahir juga adalah luar dari penguasaan seseorang individu. Meramal manusia berdasarkan rupa atau tarikh lahir, menyanggahi prinsip Islam yang menilai manusia berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Nabi s.a.w menyebut: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Lebih lanjut tentang penjelasan Dr Asri mengenai kesyirikan Ramalan Rahsia Tarikh Lahir, langsung sahaja ke:. -->SINI


MUNGKIN ADA yang berhujah, Ramalan Itu Benar-benar tepat atau 99 % menepati ciri-ciri potensi dirinya. Sebenarnya ia hanyalah kebetulan sahaja sebagaimana Ramalan Nostradamus juga yang bersifat kebetulan semata-mata.

Lagi satu, dalam Al-Quran ada diceritakan tentang perbuatan syaitan yang mencuri dengar berita di langit suatu ketika dahulu. Ia termasuklah rahsia masa depan yang disembunyikan daripada pengetahuan jin dan manusia. Boleh jadi, rahsia-rahsia yang dibuka kepada manusia daripada faktor-faktor ramalan itu adalah ilmu kuno / primitif yang diperkenal oleh para Syaitan yang pernah mendengarnya sebelum ini dengan ditokok-tambah bagi meyakinkan manusia kepada kebenarannya sedangkan tujuan asal mereka adalah untuk menyesatkan manusia. Namun Ketahuilah bahawa rahsia-rahsia hidup kita telah tertutup rapi, hanya diketahui oleh Allah S.WT. Kalau pun ada syaitan-syaitan yang dapat mendengarnya, ianya hanyalah pengetahuan primitif kerana selepas baginda Nabi Muhammad S.A.W diutus, mereka tidak dapat lagi mendengarnya ( kredit buat EL-ILMY )


Saya paparkan juga sedikit penjelasan daripada Kapten Hafiz Firdaus Abdullah tentang kesesatan Rahsia Tarikh Lahir. Menurutnya , Pada zaman Rasulullah, masyarakat meramalkan nasib yang baik atau buruk melalui arah penerbangan burung. Jika mereka dalam perjalanan atau melakukan sesuatu urusan lalu nampak burung terbang ke arah kanan, maka ia adalah ramalan nasib yang baik. Sebaliknya jika burung terbang ke arah kiri, maka ia adalah ramalan nasib yang buruk. Terhadap kepercayaan seperti ini, Rasulullah bersabda: Mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik, mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik. (Baginda mengulanginya tiga kali) [Shahih Sunan Abu Daud, no: 3910] Ini kerana nasib baik atau buruk ditentu oleh taqdir Allah dan bukannya kepada arah penerbangan burung. Pengajaran hadis di atas tidak terhad kepada kepercayaan arah penerbangan burung tetapi meluas kepada apa jua petanda atau amalan yang diyakini dapat memberi pengaruh kepada nasib seseorang.

Di kalangan masyarakat Melayu umpamanya, wujud kepercayaan apabila dalam perjalanan ke satu tempat yang jauh, jangan berpatah balik ke rumah jika terlupakan sesuatu. Berpatah balik diyakini akan membawa nasib yang buruk.

Tidak ketinggalan ialah apa yang disebut-sebut masa kini sebagai “Rahsia Tarikh Lahir”, di mana diyakini tarikh sekian-sekian akan meramalkan nasib sekian-sekian. Semua ini tidak berbeza dengan kepercayaan kepada arah penerbangan burung pada zaman Rasulullah. Semua ini merupakan syirik kepada Allah kerana hanya Allah yang tahu apa yang bakal berlaku kepada kita, sama ada baik atau buruk.

Justeru hendaklah ditinggalkan, bahkan dijauhkan sejauh-jauhnya – apa-apa kepercayaan bahawa sekian-sekian petanda, amalan atau tarikh lahir dapat memberi pengaruh kepada nasib baik atau buruk seseorang. Lebih lanjut tentang penjelasan Kapten Hafiz Firdaus, lihat :.--> SINI


Tambahan Info Tentang Kesesatan Rahsia Tarikh Lahir

  • Klik SINI untuk menonton rakaman kuliah Dr Asri tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.
  • Klik SINI untuk menonton rakaman kuliah Ustaz Muhd Kazim tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.
  • Klik SINI untuk menonton rakaman kuliah Dr Abdul Basit tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.
  • Klik SINI untuk menonton rakaman kuliah Ustaz Zaharuddin tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.
  • Klik SINI untuk menonton rakaman kuliah dari Ustaz Azhar Idrus tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir


SAYA MERAYU tolonglah tonton rakaman kuliah ini, Dan marilah kita perangi golongan yang menaja Rahsia Tarik Lahir atas nama Motivasi mahupun atas nama Workshop Mengenali Potensi Diri




46 comments:

Zulfikar Hazri said...

aku setuju sangat dengan entry ko nih... kita seangkatan.. dan aku dah buat ulasan pasal ni awal2.. pun.. kalau ko nak baca pendapat aku, ko boleh tengok kat blog aku.. entry paling laris ...cari tajuk.. Rahsia mengenali perwatakan menerusi tarikh lahir...

http://zulfikarhazri.blogspot.com/2011/02/rahsia-mengenali-perwatakan-menerusi.html

aku takleh terima la org yg duk kaji2 tarikh lahir ni.. membantutkan akal....

norashikin rahmat said...

Bagus sangat post ni.
penat nak untag mende mengarut.

caliph shuriken said...

thanks for sharing shameel...

latest en3: hayabusa di taman sakura

nurkass said...

salam shameel..
moga sihat sejahtera hendaknya..

saya salah seorang yg sejak kebelakangan ni selalu kena tag pasal perkara ni di facebook..jenuh pulak asyik nak remove je..

inilah mentaliti masyarakat kita yg sering terpengaruh dgn perkara2 sebegini..seolah2 tidak yakin dgn qada' dan qadar dr yg esa..

insyaAllah..diharapkan sedikit sebanyak n3 shameel ini boleh menyedarkan mereka dari terus terpesong..
thanks for sharing..

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Kupasan yang panjang lebar dan jelas.
Haramkannya...bagaimana?

intan.maisarah said...

salam
suka membaca perihat ramalan ramalan ini
buat diri tersenyum :)

tapi
tak mudah percaya


qada' qadar itu
datangnya dari tuhan

bukan dari ramalan

apple hijau said...

terima kasih atas perkongsian ini. nanti sy remove kan benda2 itu. n3 sy berkenaan tarikh lahir tu pun akan di delete juga walaupun ia antara sy dan suami saja.

syukran jazilan..

toyolkiut said...

ulasan dan kritikan yg sangat2 baik.. TK xpnh amik cakna rahsia2 bgitu, tp golongan remaja skrg nkpknya sngt taksub dngn pkara bgini..

andai kajian mreka betul, nescaya xde kelahiran stiap hari, kenapa nak beranak pada tarikh2 yg d anggap malang kan?

takdir d tangan tuhan.. yg penting jangan lupa Tuhan..

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Shameel,

Ini adalah 'bertilik nasib' cara moden. Sama-samalah kita menghindarinya.

shameel Iskandar said...

Zulfikar Hazri.

Trima kasih kerana kita seangkatan dlm hal ini. Insha-allah, nanti saya berkunjung ke blog sahabat utk baca entry yg sahabat maksudkan.


Norashikin Rahmat.
Bersamalah kita tentang virus syirik yg sedang melanda ini.

shameel Iskandar said...

Caliph
Terima kasih ats kunjungan dan komentar.

Nurkass.
Benar sekali mentaliti org kita ni adakalanya masih purbakala walaupun berpendidkan tinggi. Ramalan karut mcm ni disebarluaskan dlm internet.

shameel Iskandar said...

Ahmad Humairi.
saya bersetuju dgn cikgu, harap para Mufti bertegas dlm soal ini utk mengharamkannya.

Intan Maisarah.
Andainya semua umat islam beriman dgn qada' dan qadar dgn sebernar2 beriman, pasti sahaja ramalan karut ini akan pupus di tempat kita

shameel Iskandar said...

Apple Hijau.
Terima kasih ats komentar. kita delate ramalan yg ditag kt fb kita sebagai lambang cakna terhadap isu agama.

Toyolkiut.
saya bersetuju dgn TK, paling saya suka frasa ni ......andai kajian mreka betul, nescaya xde kelahiran stiap hari, kenapa nak beranak pada tarikh2 yg d anggap malang kan?


Kunang-kunang.
Benar sekali, ini tilikan nasib versi moden

intan abidin said...

assalamualaikum sayapun selalu buat juga sekadar suka-suka je..tak ada percayala percaya ...info yang berguna saya akan deletela semua benda yang mengarut tu...thans

Nora Shahaira said...

erm..akak pernah bc tapi selintas..pada akak nora "argh..ko main hentam ikut kekerapan yang berlaku"..so, memang tak layan..

banyak isinye tak boleh di pakai..dan seperti yang kita tau amalan ramalan kan syirik

akak share ya..

shameel Iskandar said...

Intan Abidin.

Bagus seklai dleate lah ramalan karut yg ditag kt Fb kita. Dlm islam ada satu pendektan dianma sadduz zaraie9menuutp pintu kerosakkan), Walaupun kita tak terpenagruh tapi mana tau jika ada sahabat2 Fb lain yg trtengok kt Fb kita akn terpengaruh.

shameel Iskandar said...

Nora Shahaira.
benar sekali kak, ramalan adalah sesat dan menyesatkan. Silakan share kak utk manfaat bersama demi kemurnian akidah

cemomoi said...

kalu tak silap prof harun din kata, baca untuk suka-suka pon dah haram dan berdosa

intan abidin said...

ok, da delete da thans...

shameel Iskandar said...

Cemomoi.
Terima kasih banyak2 ats tambahan info. Kalau ada link ceramah Dr Haron Din tu alangkah baiknya.

shameel Iskandar said...
This comment has been removed by the author.
shameel Iskandar said...

Intan Abidin.
Tahniah kerana cakna dlm hal ini. Moga Allah memberkati.

shameel Iskandar said...
This comment has been removed by the author.
Cik SHiNJU said...

Saya pernah terbaca mase skolah dulu,kalau dok belek2 ramalan zodiak tu n percaya ramalannya ibadat kita x diterima selama bape thn ntah..tp pastu saya dh x baca kalau nampak dlm magazine...

shameel Iskandar said...

Shinju.
Dalam hadis dinayatakan solat tak diterima selama 40 hari. bayangkan, jika kita mati waktu tempoh tu. ini bererti kita mati dlm keadaan meruntuhakn agama

syaza kelyza said...

setuju dengan entry ni :)

betul , benda2 macam ni la yg boleh membawa kite kepada benda2 khurafat .

shameel Iskandar said...

Syaza.
Terima kasih atas sokongan. Marilah kita sedarkan kawan-kawan yang seakidah dgn kita tentang bahayanya ancaman syirk versi moden ini

senyumSOYA said...

betul2..kadang2 ada org islam y terlalu percaya dengan ramaln zodiak n tarikh lahir...

shameel Iskandar said...

senyum Soya.
Hari ni terlalu ramai umat islam di Malaysia yg 'beriman' dgn Rahsia Tarikh Lahir. Lagi malang apabila golongan profesional spt arkitek, engineer, dan doktor turut disesatkan oleh pakar motivasi yg tolol yg mejaja rahsia tarikh lahir demi wang.

sarah-najwan said...

bab aplikasi gini atau buku2..mmg akak xpenah baca..mana bole yakin dgn setiap yg diceritakan..

utk suka2 bole..hendak percaya mmg tak sesuai..

shameel Iskandar said...

Sarah Najwan.

Sebaik-baiknya, jgn terlibat langsung walaupun untuk suja-suka. Mengikut pendekatan Sadduz Zaraie (menuutp pintu keburukan), kita hendaklah menuutp terus segala pintu ke arah kekufuran, termasuklah tag atau menjadikan Rahsia Tarikh Lahir ini sebagai aksesori kat FB, sebab takut ada org terbaca dan terpengaruh.

aNiS aNiSa said...
This comment has been removed by the author.
AinCepet said...

Rase menyampah dgn kengkwn Fb yg suke taq mengetaq mende ni...mc xdek akai nak pk...pjlnan kita kan Allah yg tentu kan...!!

nuriz said...

saya suka jugak baca psl tarikh lahir ni tapi tak percaya le..kalau ada kena mengena tu, mungkin kebetulan

shameel Iskandar said...

Aincepet:
Mmg mereka ug tag mengetaj ni takde akal sbb tak yakin akan kekuasaan Allah Maha Perancang Yang Sempurna

shameel Iskandar said...

Nuriz.
Benar sekali, ia hanyalah kebetulan sahaja.Sebab segala-galanya telah dicipta dan dirancang Oleh Allah Yang Maha Sempurna.

tehr said...

rupanya ada perjuangan ke arah itu
aku pun tak percaya

sedangkan perkara yang akan berlaku untuk beberapa saat yang akan datang juga tidak kita tahu, inikan pula perkara yang menyentuh seluruh kehidupan

memang karut je

shameel Iskandar said...

tehr.
dakwaan rahsia tarikh lahir seolah2 menuduh Allah menzalimi hamba-Nya, kerana sial dan tuah terletak pada tarikh lahir

AkuMuzikFilem said...

panjang sekali ulasan cikgu. kalau yang dalam facebook tu paling takleh blah sekali. oh dr azizan itu dr mickey mouse saja bak kata blog aidid

Rahsia Tarikh Lahir Syirik&Sesat said...

Sila join Group&Fans (Rahsia Tarikh Lahir Syirik&Sesat)Di Facebook Insya Allah...
http://www.facebook.com/pages/Rahsia-Tarikh-Lahir-SyirikSesat/183392151680126

http://www.facebook.com/update_security_info.php?wizard=1#!/group.php?gid=106359096058899

alep_jr. said...

assalamualaikum...
saya ingin bertanya..
bgaimana jikalau kita lihat ramalan2 tersebut...da kita sedar mmg ade yg hampir sama dgn sifat atau sikap kita..tetapi kita yakin bahawa itu adalah kebetulan da tidak mempercayai ramalan tersebut..bagaimanakah hukumnya..?? adakah kite berdosa atau tidak..??

shameel Iskandar said...

alep_jr.
Wa'alaikumussalam.
Seboleh2nya elakan drp melihat atau membaca ramalan sebegini w/pun sekdar utk suka2,sebab dibimbangi ia termasuk dlm kategori mendatangi tukang tilik.kecuali jika utk mengkaji dan sekali gus utk menentang kemungkarannya.

Dan andainya ada yg diramalkan itu menepati atau hampir menepati diri2 kita, maka percayalah itu hanyalah kebetulan sahaja dan ia tak lebih dari itu.

Abu Daud said...

"Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu." (surah Ar-Ra'd: Ayat 8)

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd: Ayat 11)

Suak untuk saya nyatakan bahawa sesungguhnya cabang ilmu metafizik penomboran ini BERTUJUAN untuk:

Mengenali POTENSI/KEKUATAN diri; dengan harapan agar segala kelebihan yang Allah SWT kurniakan dapat digunakan dengan sebaik mugkin.

Pola-pola penomboran yang digunakan bukan bertujuan untuk dipercayai, tetapi sebagai kod yang mewakili potensi diri kita. Itu sahaja. Sebagai contoh, seorang yang mempunyai pola 786 dikurniakan Allah kelebihan untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain. Maka, itu adalah salah satu kekuatan dirinya. Maka jika digunakan pada perkara yang BETUL, orang ini boleh menjadi seorang yang berguna untuk orang lain. Contoh paling dekat adalah seorang guru. Kebanyakan guru mempunyai pola 786, di mana mereka membantu orang dengan cara memberikan pengajaran dan ilmu dengan tujuan untuk mendidik.

Kaedah penomboran ini dapat membantu kita mengasah kekuatan yang ada pada diri.

Ia bukan bertujuan untuk dipercayai sehingga membawa kepada syirik seperti tafsiran saudara. Cukup sudah mengatakan orang lain dengan bahasa yang sangat 'sopan' seperti tolol. Kita bukan siapa-siapa untuk menghukum orang begitu dan begini.

Berbalik kepada Kaedaha Penomboran ini, ia tidak lain tidak bukan merupakan salah satu daripada cabang ilmu milik Allah. Dan saya percaya, tidak semua orang akan diberikan kelebihan oleh Allah untuk memahami Metafizik ini.

shameel Iskandar said...

Abu Daud.
Tak payah nak mengarutlah abu daud. Metafizik konon... baru syirik tu bro.. Jgn hang dok ambik pandnagan pakar motivasi yg dok jual air liur tapi ambillah pandnagan ulama yg merujuk kpd Al-Quran dan Sunnah.

Abu Naim Hasani said...

Bismillah.


Walau blog ini lama tetapi rujukan dan youtube para astatizah sangat membantu. Hari ini diberi nags baru diguna pakai Metafizik Pernomboran berlandaskan Al Quran pula. Jelas kebatilan dan ditambah pula dengan amala kesulitan dan tasawuf yang batil.

Dzkir tertentu dia dun pula dengan interpertasi bila buka Al Quran mengikut masa terjah tidur. Jika jaga jam 5.11 pagi mak bukanlah Surah 5 ayat 11 dan itulah Allah berbicara dengan individu tersebut.


Ditanya mana sandaran tiada mahu diberi. Percaya wang dengan no tertentu diguna untuk bawa rezeki masuk, di mana sandaran pun tiada.

Solat dan wudhu ada cara berbeza ada hakikat ada makrifat ada method berbeza dengan pandangan imam Mazhab Muktabar. Solat dan wudhu tanpa cara mereka lebih baik dari apa sandaran pada Imam Mazhab.

Hebat bawa Khurafat. Bagi yang percaya perkara sebegini bertaubat lah. Tiada asas ilmu begini dan sekadar fatamorgana dunia dan apa berlaku kebetulan semata-mata.


Anonymous said...

mana yg benar mngikut ramalan mungkin kebetulan je..apa yg brlaku adalah qadaq n qadar..