Ini adalah sambungan daripada entry lepas, sila lihat : -->SINI
Pada 31.Mei hingga 3 Jun 2011, saya sempat ke Jakarta dan Bandung . Ini merupakan kali kedua saya ke Indonesia , sesudah berkunjung ke Medan Sumatera Utara, pada tahun lepas. Sebenarnya tidak banyak tempat yang sempat dilawati memandangkan tempoh kunjungan yang agak terhad, empat hari sahaja.

(Tangkuban Parahu)
Sebaik sampai ke Soekarno–Hatta International Airport, saya dan rakan-rakan terus ke Bandung. Jarak antara Jakarta ke Bandung taklah jauh sangat, saya dimaklumkan sekitar 120KM sahaja, tapi kerana kesesakan jalan raya, ia terpaksa mengambil masa yang agak lama.
Jakarta dihuni oleh 20 juta orang ( rakyat Malaysia pula, secara keseluruhannya, dari Perlis hingga ke Sabah, hanyalah sekitar 27 juta orang), cuba bayangkan betapa kroniknya kesesakan jalan raya sekiranya 20% daripada penghuninya keluar ke ibu kota Indonesia itu. Keluar untuk berlibur,berwisata, membeli belah, urusan kerja atau apa sahaja, pasti sahaja mengundang kesesakan jalan raya yang ketara.

Bandung dikenali juga dengan gelaran Paris van Java, iaitu "Paris di Jawa", Maaf, saya tidak bisa ngerti maksud disebalik ungkapan ini. Bandung teletak di Jawa Barat dan majoriti penduduknya adalah etnik Sunda dan juga Jawa. Tangkuban Parahu merupakan lokasi pelancongan yang terkenal di Bandung. Ia merupakan kawah gunung berapi, saya tak pasti adakah ia masih aktif ataupun tidak. Ada cerita di sebalik Tangkuban Parahu, cerita legenda Sangkuriang, yang jatuh cinta dengan ibunya, Dayang Sumbi.
Untuk menggagalkan niat anaknya yang ingin mengahwininya, Dayang Sumbi mensyaratkan Sangkuriang membuat sebuah perahu. Kerana usahanya gagal, Sangkuriang marah lantas menendang perahu itu, perahu inilah yang kemudiannya membentuk Gunung Tangkuban Parahu. Mitos semata-mata macam kisah Puteri Santubong kat Sarawak juga.

Selain Tangkuban Parahu, lokasi yang boleh dianggap sebagai wajib dikunjungi apabila berkunjung ke Bandung ialah Pasar Baru Trade Centre. Ia persis Pasar Ikan di Medan dan Benh Thanh Market di Ho Chi Minh(Saigon) Vietnam. Macam-macam benda yang dijual di sini. Tapi hati-hati, sebab kes ragut sering berlaku di sini.
(Tangkuban Parahu)
Walau apapun, yang mengundang pesona saya sepanjang di Bandung, ialah sawah padinya yang ditanam secara berteres,. Landskap yang mustahil untuk kita tatapi di Malaysia. Sungguh, ia benar-benar menarik dan menawan. Saya yang sukakan keindahan alam terpana dengan keindahan itu.
(Tangkuban Parahu)
Berbicara tentang Jakarta pula, kami mulakan dengan mengunjungi Monumen Nasional (MONAS). MONAS merupakan monumen kebanggaan rakyat Indonesia dan dibina untuk mengenang perjuangan rakyat Indonesia memperjuangkan kemerdekaan Indonesia daripada Belanda.
Selain MONAS, Taman Mini Indonesia Indah juga merupakan lokasi wajib dikunjungi andainya berwisata ke Jakarta. Sebenarnya ia persis Taman Mini Malaysia di Melaka dan Sarawak Cultural Village di Kuching Sarawak, tapi disebabkan Indonesia mempunyai banyak etnik, tentu sahaja Taman Mini Indonesia ini lebih luas. Segala rumah yang mewakili setiap etnik atau suku kaum yang mendiami Indonesia didirikan di sini. Antaranya rumah etnik Batak di Sumatera Utara dan etnik Minangkabau di Sumatera Barat.
(Pasar Baru Trade Center- Bandung)
Tidak lengkap kunjungan ke Jakarta jika tidak bertandang ke ITC Mangga Dua Mall. Kompleks setinggi lima tingkat ini menjual pelbagai barangan. Dari peralatan komputer hinggalah ke souvenir. Begitu juga pakaian dan macam-macam lagi. Apa yang pasti, membeli belah di sini agak memuaskan hati. Kepakaran dalam tawar menawar amatlah diperlukan, jika tidak anda akan ‘disembelih’. Biasalah tu, kat mana-mana pun macam ni juga.
Lebih lanjut tentang Bandung dan Jakarta, biarlah gambar-gambar ini yang bercerita.
Lebih lanjut tentang Bandung dan Jakarta, biarlah gambar-gambar ini yang bercerita.
Bandung - bumbung rumah turut
dijadikan lokasi mempromosikan iklan.
dijadikan lokasi mempromosikan iklan.

(hotel penginapanku di Jakarta)
(Taman Mini Indonesia- Jakarta)
(Taman Mini Indonesia- Jakarta)
(Taman Mini Indonesia- Jakarta)
(Taman Mini Indonesia- Jakarta)
(Menara Monas-Jakarta)
(peniaga berhampiran Monas)
(peniaga berhampiran Monas)
(Restoran Masakan Padang-Jakarta)
(Lenalah di mana juga dan
mimpilah tentang apa sahaja.)
mimpilah tentang apa sahaja.)
(papan tanda yang menarik perhatianku)

55 ulasan:
Best, kan? kakchik pun baru balik dari sana.
seronok ye shameel jln2....korea bila pulak?
wah ! nice..belum ada rezeki untuk ke sana.insyaAllah , someday :)
kakchik@ella.
Bestlh jugak bila jalan2 sekali sekala. dpt rehat2kn diri dri penat kerja.
penDragon.
Korea tu mcm x jadilh sbb member2 senyap jer.Mayb thn dpn kot.
Otak.
Insha-Allah ada rezeki dan peluang nnt.
wahhh shameel, dah dua kali pergi sana. Saya masih belum berpeluang pun lagi nak pergi... ..;)
lain kali nak pergi jangan lupa ajak eh.. he he
wah best2..tak pernah lg sampai indonesia..huhu
waa...menarik tu.mn souvenirnye??eheheh
tp skg merancang utk ke thailand.melawat nenek kt sana.
indonesia bila ada rezeki lah
Afida.
Ke jakarta & bandung baru sekali jer. Dulu ke medan kt sumatera utara
アヌム ちゃん.
Terima kasih tas kunjungan. kt Jepun lagi best sebenarnya. Teringin sekali sy nak ke Jepun, tapi hanya smapai kt beijing jer
Titisan Hujan.
Soveniernya ada jer. hahah. nenek org Thailand ke? nak pegi jakarta ni kalau tym tiket murah ok jer. rm200 jer gi dan balik
wah. seronoknya.
harap nanti ada rezeki utk ke sana juga.
planning ada, utk tengok gunung berapi. huhu
um, macy nak cmpare taman mini tu pn macy tak tahu. duduk di melaka tapi belum pernah sampai.. huhu
Macy.
insha-Allah, ada rezeki dan peluang nnt dptlah Macy ke Jakarta. Trbru sy dpt tau gng tangkuban Parahu ni masih aktif lagi dan masih diawasi oleh kerajaan Indonesia. Nape tak prnh pegi taman mini malaysia kt melaka tu, alang2 dok melaka baik kenal2 seluruh melaka.
wah... tak pernah lagi pegi jakarta... bandung shera pegi tahun lepas...
Shera.
bandung pun best jugakkn, rasanya bandung tu bandar ke 4 terbesar kt indoneisa selps jakarta, surabaya dan medan.
seronok dapat berjalan tengok negara orang.. semoga ada rezeki saya utk jenguk negara luar.. :)
ahli gigi?
hehe
yang tak ada gigi macam mana, bro?
boleh diterima menjadi ahli?
lain padang lain belalang
Fiqas.
Insha-Allah dpt nnt jenguk dan jejak negara luar bila ada rezeki dan peluang. Lagipun ke Jakarta ni murah jer.
tehr.
hahaha, sy rasa ahli gigitu merujuk kpd doktor gigi. Kat sini tandas pun dipanggil kamar kecil. benar tu lain padang lain belalang.
bestnyer dpt ke negara org...
nice pic
Pernah ke Bandung namun tidak sempat menjejakkan kaki ke Tangkuban Perahu tu...huaaaaaaa....Tour Guide Penipu..
uwaaaa....jalan tak ajaaaak!!! ha ha
jauh berjalan luas pemandangan :)
wahh seronoknya...
dah lama teringin nak ke Bandung tp belum kesampaian :(
Uwaa... pengembaraan yang menarik....
Kereta masa hadapan
liyana
Trima kasih ats kunjungan. Best jugak jalan2 sekali sekala.
Eye_nee.
Cainnya, klau tak sampai Tangkuban Parahu, mcm x lengkap gi ke bandung.Tour Guide mana yg menipu tu. Kena lapor tu spy pengguna boleh hati2.
apple hijau.
hahah, betul tu, pengalaman dpt dikutip spnjng perjalanan dan pemerhatian trhdap sosiobudaya sesuatu tmpt yg dikunjungi.
meowwmania.
Insha-Allah, akan kesampaian nnt. Amin.
Miecyber.
Agak menarik jugak dpt lihat2 tmpt org
i love Bandung..
Syurga beli belah... :D
Tambah sket citer Tangkuban Parahu tu...si ibu mensyaratkan anaknya menyiapkan perahu sebelum subuh..Dan anaknya hampir berjaya menyiapkan perahu tersebut tapi si ibunya menggunakan kesaktian membuatkan semua ayam2 berkokok seolah2 subuh sudah menjelma...
Cik SHiNJU.
Wah detail sekali criter ttg Tangkuban Parahu tu. hehe. Sy pun dpt tahu bila tgk criter lagenda dri indonesia yg disiarkn kt tv3 tym cuti sekolah tu.
Benar skli Bandung tu syurga beli belah. Bandung juga kota fesyen di Indoensia.
aku pernah je makan mee bandung..tak dapat pergi sane pun tak pe..haha
Tapak Kaki.
Kalu mkm mee bandung dgn air bandung pun dah kira ok dah. haha. Trima kasih yer ats kunjungan.
Seronoknyaa dpt gi jln2 ke sana.. tak tau ler bila saya dpt sampai ke sana plak.. insyallah kalau ada rezeki nak ler pegi.. :)
Rinna.
Insha-Allah, ada rezeki nnt dptlh Rinna ke jakarta & bandung. Lagipun tiket flightnya taklah mahal. kalau booking awal2 RM200 jer pergi dan balik
brasa nak ke sana la...
uuu kecek pon doh srupo indon
jakarta tak pernah sampai lagi.. cuma sampai bandung saja.. bestnya tgk gambar2 di sini..
salam...
jakarta pernah sampai dulu...
seronoknye pergi trip kat jakarta dengan bandung :))
haha . yang pasang gigi kawat tu siyes kelakar.
cemomoi.
automatik pandai kecek indon bila gi sana. hahaha
Hanis Azla.
Dah sampai Bandung kira ok dah sbb kt Bandung byk tmpt menarik brbanding jakarta
sekamar rindu.
Tentu byk perubahannya kn. Mcm KL tym sy kerja kilang dulu( tunggu resukt SPM), jauh brbeza dgn KL skrg.
syaza kelyza.
banayak lagi perkataan yg agak lawak kt sana, Kamar kecil( tandas)dan mcm2 lagi
hye.
travel to bandung n jakarta ye?
mmg best:) byk shopping? atau wisata budaya shja??
lots of things we can learn bila berada di tangkuban perahu n also taman mini indonesia, jakarta:)
had been there for several times:)
----->answering ur question: yes, i'm kelantanesse mixed with aceh, indonesia.
FIFIEY LYCHEE MARATION.
Sy ke sana sekadar wisata budaya sahaja. Baru saya tahu awk ni mix kelantan & Acheh.
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.......... shaaaaameeeeeelll,, kenapa ga bilang mau ke bandung?? mia kan di bandung tuuuh hahahaha,,, :))
kapan nak ke indonesia lagi??
KucingTengil.
Nanti jika mahu ke Bandung lagi saya bilang sama Mia. Bulan disember nanti, mungkin saya ke Sumatera Barat, sekitar padang pula.
Indonesia indah kan, sobat?
loopdreamer - Puisi Pemimpi.
Terlalu indah sebenarnya sahabat. Saya teringin pergi lagi ke indonesia,dan kalau boleh saya ingin mengenali indonesia dengan lebih dekat. Kangen sama Bandung dan Jakarta.
Pelancong ke bandung harus berhati-hati dengan gologan penipu iaitu:-
1) pemandu teksi:- jika kita bagi duit besar, dia tak pulang baki atas alasan tiada duit kecil. Contoh tambang dari airport ke bandar hanya Rp40,000. Jika kita bagi duit Rp50,000 dia akan ambil terus tak pulang baki Rp10,000.
2) pemandu teksi:- caj ikut jam. Saya naik teksi dia 2 jam 5 minit, dia caj harga 3 jam pulak.
3) penjaja:- jual barang macam keychain harga mahal sampai RM100,000
4) penjaja di tangkuban perahu:- dia ikut-ikut kita dari kawah ratu hingga kawah domas konon untuk tunjuk jalan (Guide?)tapi kita boleh jalan sendiri tanpa ditunjuk. Nanti dia cas kita. Ada makcik tu bayar sampai Rp1,000,000. Hai makcik kesian aku tengok.
5) penjaja di tangkuban perahu:- sambil ikut kita, 5-6 orang penjaja berkeliling kita ala-ala paksa kita beli barang dia. Tasbih harga Rp800,000. Keychain harga Rp500,000. Alat urut harga Rp700,000.
Oleh kerana saya telah beberapa kali ditipu di Bali jadi saya tahu mereka di Bandung pun ada taktik tipu. Sebab itu saya dengan tegas enggan bayar apa jua yang mereka minta.
Sayangnya ramai rakyat Malaysia yang terkena tipu di Bandung ni.. Amalkan dan baca-bacalah ayat kursi jika ke sana.

Anonymous.
Terima kasih banyak2 Anom atas panduan dan tambahan info. moga2 dapat dijadikan panduan dan diambil manfaat oleh sesiapa yg ingin berkunjung ke bandung.
Post a Comment