Sunday, July 3, 2011

HUKUM BERSOLAT DENGAN MEMAKAI KASUT



Bersolat dengan memakai kasut sememangnya menyalahi kelaziman dan menyanggahi Kebiasaan di Nusantara termasuklah di Malaysia. Walaupun begitu, dalam persoalan agama, kebiasaan dan kelaziman tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menghukum. Ini kerana, menyalahi kelaziman dan menyanggahi kebiasaan tidak bererti menyanggahi agama. Malah, dalam sesetengah perkara, terdapat juga kelaziman yang wajb disanggahi kerana tersasar dari landasan agama.
Bersolat dengan memakai Kasut Adalah Sunnah Nabi, namun perlaksanaanya perlu mengambil kira situasi dan lokasi.









Ketika
berkunjung ke China pada penghujung tahun lepas, saya memperolehi pengajaran yang amat bermakna. Benar sekali, langkah yang disusun dan langkah yang diatur ketika ke sana tidak sekadar menganugerahkan pengalaman, lebih penting dari itu ia telah memberikan saya ruang dan peluang untuk mengutip pengajaran yang berbentuk kefahaman dalam beragama. Ia bermula apabila saya memerhatikan dua orang sahabat saya yang bersolat dengan memakai kasut di ruang balai berlepas Binhai International Airport , Tianjin. Saya kemudiannya bersolat, tapi dengan memakai kasut. Usai solat dan ketika bersembang, seorang daripada mereka menegur saya. Katanya, saya tak perlu membuka kasut bila bersolat dalam situasi sebegitu. Terima kasih sahabat, kerana ingatkan aku . Dan, saya terpanggil pula untuk berkongsi hal ini dengan sesiapa sahaja yang sudi bertandang ke laman bicaradariaku ini. Kata-kata seorang rakan blogger yang berbangsa Kadazan (bluedianthus) kat shoutmix saya beberapa ketika yang lalu, telah menjadi pendesak yang mengasak saya agar menulis entry ini. Katanya “buatlah entri yang sekurang2nya boleh bagi input kepada pembaca. Kalau blog digunakan utk kebaikan..banyak pahalanya.. yup..rasa macam diri ni berguna kan”

Syukur kepada Allah kerana persoalan ini mudah terungkai apabila saya terziarah blog Imam Muda Asyraf dan Hafiz Firdaus Abdullah, seorang penulis buku-buku agama. Jadi, dalam entry ini, saya akan melanjutkan bicara mereka, dengan memetik hujah-hujah yang mereka lontarkan tapi dengan menggunakan bahasa dan pendekatan yang tersendiri. Ini kerana saya tidak menyukai budaya copy and paste. Walaupun begitu, saya tidak pernah menghalang, malah menggalakkan sesiapa sahaja yang ingin copy and paste mana-mana entry saya untuk melebar luaskan wilayah dakwah. Tentang hujah-hujah mereka ini, tidak saya sertakan secara keseluruhan sebab saya tidak ingin entry saya ini menjadi terlalu panjang. Jadi,saya sertakan sekali link blog mereka untuk rujukan sahabat nanti.







(Solat berkasut amat sesuai dalam situasi sebegini)




Amalan bersolat dengan memakai kasut ini, sebenarnya bermula di awal penghijrahan umat Islam ke Madinah. Ketika itu memang telah wujud beberapa kumpulan kaum Yahudi yang tinggal di sana. Apabila Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam mendirikan solat di Masjid yang baru dibina dengan tidak berkasut maka berkata penduduk kaum Ansar Madinah, bahawa orang Yahudi juga beribadah tanpa berkasut. Maka dengan itu Nabi S.A.W memerintahkan agar umat Islam bersolat dengan berkasut, dengan sabda beliau - Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang Yahudi kerana mereka tidak mengerjakan solat dengan sandal atau kasut mereka. Jadi sebab atau punca permulaan hukum diharuskan memakai kasut ketika bersolat ialah bagi membezakan diri daripada perbuatan ibadah kaum Yahudi. Islam sememangnya sejak dari awal kelahirannya amat menekan kepada umatnya agar membezakan diri dari kaum-kaum yang lain. Ini termasuklah cara peribadatan, cara berpakaian, adat kebiasaan dan sebagainya. Tuntutan ini ialah bagi membuktikan Islam adalah agama yang unggul dan ia tidak bercampur aduk atau hasil tiruan dari agama-agama lain. Membezakan diri dari agama lain juga bermatlamat supaya kita dapat memastikan bahawa amal ibadah kita adalah tulen dari ajaran Islam yang sejati dan bukan pinjaman dari agama lain.

Tentang bersolat dengan memakai kasut, terdapat beberapa buah hadis yang menunjukkan ia adalah Sunnah. Antaranya dari Abu Maslamah Said Bin Yazid Al-Azyid radhiyallahu ‘anhu katanya, “aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah Rasulullah SAW pernah solat dengan memakai kasut?” Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Imam Bukhari no. 386, Muslim no. 555 dan dalam sunan Tirmidzi n0. 396). Kemudian Abu Maslamah mengatakan bahawa para ulama sepakat mengamalkannya.

Begitu juga hadis dari Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash dia berkata : “Aku pernah melihat Rasulullah mengerjakan solat dengan kaki telanjang (tidak berkasut) dan berkasut”. Hadis riwayat Ahmad no.6627, Abu Daud no.653, Ibn Majah no. 1038. Hadis ini menunjukkan Nabi S.A.W adakalanya bersolat tanpa memakai kasut dan adakalanya pula bersolat dengan memakai kasut.





Kita selongkari pula pandangan ulama-ulama muktabar tentang persoalan ini. Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’e dalam kitabnya Majmu’ Rasa’il ‘Ilmiyyah telah mengatakan bahawa solat dengan memakai sepatu merupakan suatu sunnah yang sudah dilupakan. Imam al-Iraqi pula di dalam syarahnya terhadap kitab sunan Imam Tarmidzi “Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-khatab,Uthman Ibnu Affan,Abdullah Ibnu Abbas,Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi (RA). Selain itu, Ibnu Muflih dalam kitabnya al-Aadaab Al-Syar’iyyah Jil 3 hlm 511 telah meletakkan bab khusus “Fasl Istihbab Salah fi Ni’al” (Perihal Disunnahkan solat dengan memakai kasut), lalu dia berkata Syeikh Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan bahawa solat dengan memakai sandal atau sejenisnya itu disunnahkan.

Mungkin ada yang meragui tahap kebersihan kasut. Tentang masalah ini Nabi S.A.W , telah memberikan Formula untuk menyelesaikannya, iaitu sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri, “ Suatu ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat, beliau membuka kedua kasutnya, lalu orang-orang yang ada dibelakang beliau pun membuka kasut mereka. Selesai solat, beliau bertanya : Kenapa kamu semua membuka kasut kamu? Mereka menjawab : Wahai Rasulullah SAW, kami melihat engkau membuka kasut, sebab itu kami juga membuka kasut. Beliau berkata : “Sesungguhnya Jibril mendatangiku, lalu memberitahuku bahawa ada kotoran ( Najis ) di kedua kasutku. Jika salah seorang diantara kamu mendatangi masjid, maka tengoklah kasutnya. Kemudian lihatlah, jika ada kotoran (najis) pada keduanya, maka gosok-gosokkanlah ke tanah, setelah itu solatlah dengan memakai keduanya”. hadis riwayat Ahmad no. 1153, Abu Daud no. 605, Ibn Khuzaimah no. 1017. Pentahqiq kitab al-Musnad Imam Ahmad mensahihkannya.

Senang dan mudah, jika anda melihat ada najis pada kasut maka gosoklah di atas tanah. Amalan menggosok kasut di atas tanah untuk menyucikan kasut daripada najis juga ada dinyatakan oleh Nabi S.A.W dalam hadith berikut - Apabila di antara kamu memijak najis dengan kasutnya maka debu tanahlah yang mensucikannya.

Untuk memastikan samada terdapat kotoran atau tidak pada kasut, maka sudah cukup dan amat memadai dengan melihatnya dengan mata kasar dan tidaklah dituntut melebihi had dan kadar itu. Walaubagaimanapun, kebolehan menyucikan najis dengan menggosoknya di tanah hanya di bolehkan bagi najis di kasut dan tidak bagi di lain-lain bahagian seperti pakaian atau kulit. Jikalau ada najis di pakaian atau kulit maka ia wajib di bersihkan seperti biasa.

Manakah lebih utama - Solat berkasut atau tanpa kasut ?
Sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang mulia memperlihatkan bahawa baginda adakalanya solat berkasut dan adakalanya tidak. Yang pasti, apabila solat di rumah baginda tidak berkasut manakala apabila beliau solat di masjid atau di kala musafir baginda memakai kasut. Ini adalah kerana masjid di ketika itu tidak di alaskan permaidani dan solat di kala musafir jarang-jarang di alas sejadah. Maka apabila berhadapan dengan dua suasana berlainan ini Nabi sallallahu-alaihi-wasallam solat dengan tidak berkasut dan juga solat dengan berkasut, bersesuaian dengan suasananya itu.

Walaubagaimanapun suasana masjid mahupun surau di zaman kini memperlihatkan ia dilengkapi dengan susunan jubin yang kemas atau dengan permaidani yang indah maka sudah tentu tidaklah dituntut solat dengan memakai kasut di atasnya. Hanya apabila wujud suasana yang memberikan pilihan bagi kita untuk bersolat dengan kasut atau membukanya, atau dalam suasana yang lebih mudah dengan berkasut maka dalam kes-kes seperti ini adalah lebih baik untuk meneruskan solat dengan memakai kasut. Ini adalah kerana sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam sebagai seorang perutusan Allah yang dimuliaiNya adalah lebih utama untuk kita ikuti dari pendapat sendiri atau keraguan nafsu.

Perlaksanaan solat samada berkaedahkan berdiri atau duduk dalam pesawat terbang atau dalam apa jua bentuk kenderaan seperti keretapi, bas ekspres, teksi dan sebagainya amat menjemput agar sunnah solat berkasut di amalkan.
Kebanyakkan orang enggan solat dengan berkasut kerana ragu-ragu akan hukumnya. Dan ada juga meragui akan sahnya solat kerana kasut yang tidak bersih atau merasakan solat itu lebih afdal dengan tidak berkasut. Semua ini menjauhkan diri dari sunnah yang sepatutnya kita pegangi. Keraguan najis pada kasut dapat ditepis dari hati dengan melihat pada tapaknya, jikalau ada najis maka ia boleh dibersihkan dengan hanya menggosok di tanah dan jikalau tiada tanah maka barulah dituntut agar dibuka dan solat tanpanya. Keraguan yang berlebihan tidak perlu wujud dalam hal ini kerana kasut di zaman Nabi S.A.W sudah tentu lebih terdedah kepada pijakkan najis dari kasut kita masa kini yang berpijak hanya dijalan atau lantai yang terjaga.

Islam Itu Tinggi Dan Tiada Yang Lebih Tinggi Darinya. Namun Islam Itu Mudah Dan Tak Pernah Membebankan Penganutnya. Ini yang perlu kita fahami. Jadi tidak perlu lagi untuk meragui hukum bersolat dengan memakai kasut. Ia adalah sunnah dan petunjuk dari Nabi S.A.W dan ia juga bukti islam itu mudah dan tidak pernah membebankan penganutnya. Andainya, kita tidak selesa dengan memakai kasut ketika bersolat, maka jangan pula kita mengeji dan mencaci mereka yang mengamalkannya. Kejahilan adalah punca kenapa amalan ini dipandang aneh dan jelik. Seperti saya katakan di awal entry, perlaksanaanya atau menunaikan solat dengan memakai kasut perlu kebijaksanaan menilai situasi dan lokasi. Kalau di rumah, surau ataupun masjid, maka membuka kasut adalah perlu diutamakan. Jika di padang, stadium, airport yang tidak disediakan surau dan dalam kenderaan(sekadar menyebut beberapa lokasi), maka wajar sekali untuk menunaikan solat dengan memakai kasut. Melaksanakan sunnah ini juga perlu dilaksanakan dengan hikmah demi mengelakkan salah faham dan fitnah dalam kalangan masyarakat. Jadi, kejahilan mesti dihakis dan dikikis, agar masyarakat dapat mengerti sesungguhnya bersolat dengan memakai kasut adalah sunnah yang telah ditinggalkan. Dan, percayalah jua, sesungguhnya blog dan laman sosial seperti Facebook dapat dijadikan medium dakwah yang amat berkesan untuk melebur dan menguburkan kejahilan dan salah faham.


Rujukan:
Hafiz Firdaus Abdullah
Imam Muda Asyraf













42 comments:

Cik SHiNJU said...

ooo..baru tau..
mekasih...penerangan yg sgt lengkap..
Dulu saya pelik gak tgk org solat pakai kasut..yelah kan,cemane kedudukan jari kaki dia mase sujud tu...sah ke tidak.. sekarang baru jelas... :)

Afida Anuar said...

Info baru buat saya ni shameel. sungguh saya tak tahu pun yang kita dibolehkan untuk bersolat dengan memakai kasut....

thanks sudi share..;)

shameel Iskandar said...

Cik SHiNJU.
Masalah ni kurang dibincang dan diamalkan sbb tu ia tak tersebar luas

shameel Iskandar said...

Afida.
Sekadar perkongsian utk manfaat bersama.

Titisan Hujan said...

perkongsian yg sgt menarik..dlu tau pn ckit2 je.masa camping,jurulatih ade gtau.skg ni lebih jelas.tme kasih incik shameel

shameel Iskandar said...

Titisan Hujan.
Trima kasih ats komentar. Kalau selalu ikut khemah ibadat pasti didedahkan dgn hal inikn.

tiefazatie said...

baru tau nie bro..terima kasih utk pengetahuan nie..=)

tehr said...

belum pernah solat pakai kasut
kami selalu je singgah kat mana2 surau dalam perjalanan
lagi pun banyak surau di negara kita

lagi pun belum pernah mengembara jauh2

kasihredha said...

thanks
kena ikut lokasi lah kan
kalau di negara sejuk dan bersolat pula di kawasan yg terbuka..sure le kena pakai kasutkan...kalau tak sejukkkk nya :)

nairaariaa said...

pom penah dengar solat pakai kasut ketika keadaan tertentu..terutama pada askar yang berjaga2..he..tq..nice info...dapat jgk taw lebih lagi...

shameel Iskandar said...

tiefazatie.
sekadar menyahut seruan Nabi S.A.W, sampaikan dariku walaupun satu ayat.

shameel Iskandar said...

tehr.
Betul tu, kalau singgah kat surau bersolat dgn memakai kasut yg perlu diutamakan. tgk lokasi dan situasi juga sblm diamalkan.

shameel Iskandar said...

kasihredha.
Benar sekali kak, kena tgk lokasi sblm diamalkan. Kt negara yg sejuk antara lokasi sesuai utk solat berkasut. Pastu kena juga tgk situasi, jika majorit org kt sesuatu tmpat x biasa lihat, elok jgn buat nnt timbul slah faham

shameel Iskandar said...

nairaariaa .
Trima ksih ats kunjungan. askar kita yg bertugs dlm hutan pun rasanya bersolat dgn memaki kasut jugak.

Подтверждаю said...

as salam..
yap. askar memakian kasut. dikhuatiri berlaku serangan hendap. kecederaan pada kaki, perlu dielakkan.

=)

entri terbaru :

4.Berubat Dengan Minyak Wangi Ka'abah

nurkass said...

tahniah shameel..
perkongsian yg sangat bagus..
sebelum ni pernah dgr pasal solat pakai kasut tapi tak terpeinci isinya spt entry ni..alhamdulillah..bertambah ilmu pengetahuan..thanks..

sop said...

terima kasih atas info..
guna kemudahanan yg diberi.. di malaysia lebih sesuai x pakai kasut sbb biasa sembayang di surau, masjid , rumah dan lain. lagipun was was dgn kesucian kasut: pijak macam macam

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Mudah-mudahan tiada ragu lagi jika kita bersolat dengan memakai kasut. insyaAllah. Terima kasih atas dakwah ini.

Fiqas said...

salam..

perkongsian ilmu yang sgt bagus.. terima kasih.. perjelasan yg lengkap dan jelas difahami..

shameel Iskandar said...

Подтверждаю.
Terima kasih ats tambahan info. serang hendap boleh berlaku bila2 masa sahaja trhadap asakr

shameel Iskandar said...

nurkass.
Sekadar perkongsian utk manfaat bersama

shameel Iskandar said...

sop .
Terima kasih juga ats komentar. Benar seklai jika bersola tdi syrau atau masjid, eloklah buka kasut. Tapi ketika berkhemah dlm hutan atau ketika dlm kenderaan, bolehlah mencuba solat dgn kasut

shameel Iskandar said...

ahmad humairi.
Trima kasih ats kunjungan. Iutlah matlamat sy. harap2 kita tidak ragu2 lagi utk bersoalt dgn memakai kasut. cuma yg ptg perlu ambil kira kesesuaian lokasi dan situasi terlebih dahulu

shameel Iskandar said...

Fiqas.
Moga-moga dapat dimanfaatkan dlm kehidupan.

Miecyber said...

Saya pernah sembahyang menggunakan kasut semasa berada di luar negara..

Tebuan Tanah Menyertai Program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

shameel Iskandar said...

Miecyber
Tahniah Mie sbb tidak meragui sunnah.

syaza kelyza said...

info yang sangat bagus. baru tahu kalau solat pon boleh pakai kasut . terima kasih untuk ini :)

Cikli said...

saya pernah melihat, tetapi masih tertanya-tanya. dan entry ini menjawab. terima kasih

eelobor said...

huhuhu....nasib baik baca sini. baru tahu gak...

shameel Iskandar said...

syaza kelyza.
boleh jer pakai kasut tika bersolat cuma kena lihat lokasi dan situasi agar tak timbulkan fitnah.

shameel Iskandar said...

Cikli.
Trima kasih ats kunjungan. Paling ptg bila kita tahu hukumnya, kita takkan menghukum pelakunya.

shameel Iskandar said...

eelobor.
Sekadar perkongsian utk manfaat bersama

AkuMuzikFilem said...

quote hari ini

"melanggar kelaziman yang biasa di sini tak semesti melanggar hukum islam"

masih banyak

intan.maisarah said...

salam
alhamdulillah

ada satu info baru yang dapat dipelajari
huraian yang diberikan juga cukup mendalam

terima kasih

shameel Iskandar said...

AkuMuzikFilem .
Benar sekali melangar kebiasaan tak semstinya melangar hukum islam. malah sesetngah kebiasaan mmg perlu dilanggar sbb bercanggah dgn hukum agama.

shameel Iskandar said...

intan.maisarah.
Terima kasih ats kunjungan. Moga kita semua dapat mengambil manfaat.

nahmy said...

syukran jazilan atas perkongsian maklumat. wlpn dah tahu lama tp saya belum pernah lg melakukannya. mmg benarlah 'islam itu mudah'...cuma jgn mempermudahkannya sudahlah...kan?

shameel Iskandar said...

nahmy.
agama menuntut kita mengambil pendekatan bersederhana. Tidak boleh terlalu rigid hingga menyusahkan dan tidak boleh terlalu liberal hingga meremehkan hukum hakam. Yang pasti al-quran dan sunnah dijadikan panduan dlm melayari hidup dlm apa jua urusan. Cuma, kekadang dlm sesetngah kes, masyarakat kita terlalu dibalut adat leluhur yg menebal hingga nas-nas agama diketepikn

Anonymous said...

tiada masalah solat menggunakan kasut.. tapi kita mesti yakin tiada najis yang melekat ditapak kasut..

shameel Iskandar said...

Anonymous.
Benar skli apa yg sahabat katakan.

mala cozy said...

salam. nak tanye, orang bukan Islam memijak sejadah menggunakan kasut, itu dikatakan menghina Islam ke?

shameel Iskandar said...

mala cozy.
maaf banyak2 sebab baru terbca pertanyaan anda. Sejadah adalah antara benda/alat yg digunakan utk bersoalt(w/pun tidak diwajibkan dan boleh bersolat tanpa sejadah). Jika non- muslim memijak dgn sengaja mmg mereka sudah dikira menghina islam, ini termasuklah memijak kopiah(w/pun kopiah bukanlah wajib dipakai ketika bersolat). Ini kerana benda/alat tersebut amat sinonim dgn solat, namun jika tanpa disengajakan atau mereka tidak mengetahui fungsi sejadah, ia bukanlah satu kesalahan ,cuma kita kena terangkan/beri kefahaman.