Friday, July 8, 2011

Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim








Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim



Tarikh Keputusan:
26 Jul, 2007


Keputusan:
1. Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim juga meyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan Akidah Ahli As-Sunnah Wal-jamaah dan syariat serta akhlak Islam.

2. Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Quran mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya serta tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.


3. Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
4. Semua umat Islam dilarang membuat, mencetak, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mempamer, menjadikan perhiasan, menjadikan logo dan menjadikan azimat apa-apa sahaja benda atau barangan yang mengandungi angka 786 tersebut.


Status Penwartaan:
Diwartakan


Tarikh Diwartakan:
7 Nov, 2007


Nombor Rujukan:
JMJ.351/04/01/6/3; PUNJ.BIL.

Sumber : E-FATWA

Info Tambahan:
Tentang angka786, mari kita ikuti sedikit pandangan daripada Dr Asri Zainul Abidin...... banyak yang mengaku Islam di India yang percayakan angka, terutama angka 786. Mereka tulis angka ini di pintu masjid sebagai ganti kepada Basmalah (bismillah). Upacara mereka sangat pelik, tempat mereka bagaikan kuil yang dipenuhi pelita-pelita api. Mereka menabur bunga dan air wangi sebelum memohon hajat. Bahkan saya melihat dalam kalangan mereka sujud kepada kubur seperti dalam solat. Dalam masa yang lain, mereka juga bersolat lima waktu, membaca al-Quran dan berzikir dengan cara mereka. Cumanya yang menghairankan saya, di hadapan markaz utama jamaah tabligh sehingga ke tempat penyembah bagaikan pasar jualan peralatan upacara ibadat Bralewi.(klik SINI untuk infoo lanjut demi kefahaman dalam beragama)

39 ulasan:

ShErA said...

baru shera tau... selalu jugak nampak kat papan tanda kedai nasi kandar...

Afida Anuar said...

Saya baru tau ni shameel, kepercayaan diaorang lagu tu...

ahmad humairi said...

Moga dakwah ini di sebarluaskan, pahala mencurah, terima kasih atas perkjongsian ini.

nurkass said...

ooo..
patutlah hari tu ada nampak nombot ni dekat pintu rumah jiran..ya allah..kass baru tahu makna dia..thanks for sharing shameel..

qamarguyz said...

salam ziarah..
sejarah kemasukan Islam di India mempengaruhi..
bukan saja soal agama, malah soal budaya dan falsafah..hingga melahirkan Sikh akhirnya

gadisBunga said...

teringat lirik lagu too phat n yaasin - alhamdulillah

'786 alhamdulillah syukur....'

:)

shameel Iskandar said...

ShErA.
mmg angka 786 ni byk trdapat kt restoran mamak. Nak tegur pun tak beranikn, tapi fatwa dah dikeluarkn ttg syirik dan haramnya percaya pada angka 786 ni bismillah ataupun bawa tuah

shameel Iskandar said...

Afida Anuar,
Yer kepercayaan ni dikatakan diasaskn oleh pengikut brelvi. Brelvi pula satu ajaran yg pada mulanya mengabungkan ajaran hindu dan islam

shameel Iskandar said...

ahmad humairi.
Betul tu cikgu. Benda yg baik perlu disebarluaskan

shameel Iskandar said...

nurkass.
paling ptg kita tidak sesekali percaya dgn ajaran karut yg mendakwa 786 tu Bismillah

shameel Iskandar said...

qamarguyz.
Trima kasih ats tambahan info. Sejarah Islam di india juga mencatatkan pengaruh syiah berleluasa, malah trdapat syiah yg melampau ialah Syiah Ismailiah. Begitu juga dgn ajaran Brelvi.

Namun, India juga menyaksiakn kelahiran ulama-ulama terkenal spt Shah Waliyullah, Anwar shah al-Kashimiri dll.

shameel Iskandar said...

gadisBunga.
Yer kn lirik lagu too phat n yaasin tu pun agak berbahaya tu.

senyumSOYA said...

x pernah tahu pasal ni.. maceh kongsi..(^^!

tehr said...

tak pernah pulak aku perasan no ni kat mana2

apple hijau said...

bertambah ilmu lagi.

thanx shameel.. :D

Syuxer said...

dorang masih tertakluk kepercayaan lama kot..huhu..campur aduk dengan alasan mengekalkan adat resam

wan9 said...

kat kedai mamak selalu perasan nombor ni... baru fhm sekarang..

harrazdani said...

cukup tidak bersetuju apabila perkara yang tiada diada-adakan dan direka2...

shameel Iskandar said...

senyumSOYA .
Sekadar perkongsian utk manfaat bersama

shameel Iskandar said...

tehr.
Singgah jer kedai mamak gerenti perasan. hahahah.

shameel Iskandar said...

apple hijau
Trima kasih atas kunjungan. sama2 kita berkongsi info demi kefahaman dlm beragama

shameel Iskandar said...

Syuxer.
Itulh mslhnya.Dlm artikel dr asri, ada diceritakan kt india, masih terdapat umat islam yg mengamalkan sistem kasta, sdgkn itu dari pengaruh hindu.

shameel Iskandar said...

wan9 .
mmg benar no ni sgt sinonim dgn kedai mamak

shameel Iskandar said...

harrazdani .
Ini bkn lagi bid'ah tapi khurafat

Nora Shahaira said...

ada dgr ungkapan nombor ni dalam lgu Alhamdulillah..tanya kat hubby..dia kata buat penyedap lagu jek..
rupanya ada juga di sebalik nombor tu ya..

nahmy said...

akhir zaman ni mmg mcm2 berlaku. org buat syirik pd Allah, org takut kaler kuning...semoga kita semua dlm lindungan-Nya

shameel Iskandar said...

Nora Shahaira .
hahaha, paling bahaya, angka 786 ni ni melibatkan soal akidah

shameel Iskandar said...

nahmy.
Paling bahaya ramai yg takut warna kuning tapi percaya sama pulut semngat warna kuning. Boleh bawa syirik juga,

dyea irdina said...

patut la kat kedai mamak selalu ada no ni....

Adam Idris said...

only tahu pasal 786 ni dalam lagu too phat
bagi saya lah, dah ada Bismillah buat ape nak 786 lagi kan
thanx sebab share :)

Titisan Hujan said...

baru tau..perkongsian yg sgt menarik.tme kasih incik shameel

shameel Iskandar said...

dyea irdina
no ni sgt sinonim dgn org2 india muslim. kt india sana lagi teruk kepercayaan khuarafatnya

shameel Iskandar said...

Adam Idris.
Trima kasih ats kunjungan. moga kita terhindar dari khurafat sebegini

shameel Iskandar said...

Titisan Hujan.
Sekadar berkongsi utk manfaat brsama

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Cikgu Shameel,

Mereka di India ni mungkin dah keliru antara adat dan agama.

Hanis Azla said...

first time akak tahu ttg perkara ni.. thanks yer atas perkongsian ini..

shameel Iskandar said...

Kunang-Kunang .
Sy pun rasa begitu mrk keliru antra agama dan adat. Lebih malang, sampai ke Malaysia kepercayaan ini dibawa.

shameel Iskandar said...
This comment has been removed by the author.
shameel Iskandar said...

Hanis Azla .
Harap sebar luaskn utk memahamkan kpd rakan2 yg lain