Saturday, July 23, 2011

KITAB TAJUL MULUK MENGANCAM AKIDAH

(Kitab Tajul Muluk Versi Moden)



Sebelum memulakan entry, saya ingin memohon jutaan maaf, andainya entry ini bakal mencalar hati dan merobek perasaan sahabat. Jujur, bukan itu niat saya. Dan,kalau diikutkan hati, saya tidak ingin berbicara isu ini, apatah lagi saya telah berbicara tentangnya secara umum dalam entry yang lepas.Boleh sahaja sahabat menganggap bicara saya kali ini, sebagai episod kedua tentang kesesatan Rahsia Tarikh Lahir. Cuma, kali ini ia hanya berfokus kepada kesesatan Kitab Tajul Muluk. Saya terpaksa berbicara tentang isu ini, kerana kesesatan dan kesyirikannya sedang disebarluaskan dengan rancaknya.

ADA APA DENGAN KITAB TAJUL MULUK. Ia merupakan sebuah kitab yang digunapakai oleh orang melayu zaman silam. Antara kandungan kitab ini ialah menyatakan ubat-ubatan tradisional bagi mengubati berbagai-bagai penyakit, suratan azimat dan rajah dan juga bacaan doa, jampi serapah dan hal-hal berkaitan nujum, jin dan sebagainya.

Sebenarnya kitab ini sudah lama dipinggirkan dan layak dianggap sebagai klasik. Kefahaman dalam beragama dan kesedaran tentang pentingnya akidah mengakibatkan kitab Tajul Muluk semakin pupus. Tapi, harapan para pencinta agama agar kitab Tajul Muluk yang mengarut ini menjadi pupus seperti dinosaur, rupa-rupanya tidak kesampaian. Entah dari mana datangnya sekumpulan manusia yang begitu gigih mempromosikan kesesatan kitab Tajul Muluk.Perkembangan teknologi maklumat dieksploitasi dengan begitu hebat untuk mengikis dan menghakis akidah. Lihat sahaja kat Facebook, betapa hebatnya sambutan terhadap aplikasi Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk . .




(Kitab Tajul Muluk Versi Klasik)




Binggung dan sungguh binggung apabila melihat keghairahan segelintir pengguna facebook yang begitu berselera dengan aplikasi Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk. Ada yang begitu teruja kerana sebahagian sifat-sifat yang dinyatakan menepati dirinya. Ada juga yang beralasan sekadar suka-suka sahaja. Namun harus diingat, suka-suka tu termasuk dalam bab redha meredhai dan restu merestui. Tidak wajar dan tidak waras untuk kita meredhai dan merestui segala bentuk kesesatan. Saya teringat kata-kata seorang rakan “ lebih baik upload gambar bogel kat facebook daripada letakkan rahsia tarikh lahir dan sikap wanita mengikut tajul muluk. Sekurang-kurangya gambar bogel ni tak bawa syirik.” Walaupun sekadar jenaka, tapi saya yakin, ia lahir dari hati yang memberontak terhadap penyebaran virus sesat yang kian rancak di facebook.

Sebelum melanjutkan bicara, eloklah kita rujuk dahulu, penjelasan dari JAKIM tentang status kitab Tajul Muluk. Sebenarnya, sejak tahun 2007 lagi JAKIM telah mengharamkan kitab ini. Antara ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh JAKIM ialah:

Kita boleh mempelajari Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh
mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah
S.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat
90 yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor
(keji) dari perbuatan syaitan,oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga
kamu berjaya".

Oleh itu , hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf
oleh pihak berkuasa agama dan kitab-kitab yang muktabar supaya ilmu-ilmu
tersebut memberi manfaat kepada diri di dunia dan di akhirat.
Sila klik JAKIM untuk info ini.










Dan, syukur juga kepada Allah S.W.T, kerana dengan izin-Nya,pada 7. Julai. 2011, saya telah digerakkan hati untuk menghubungi bekas seorang mufti untuk bertanyakan beberapa kemusykilan. Antaranya berkaitan dengan Kitab Tajul Muluk. Kata bekas mufti tersebut, kesesatan kitab Tajul Muluk telah lama dibincangkan oleh para mufti dan ia adalah antara kitab yang diragui, lalu dilarang daripada diajarkan kepada masyarakat. Saya rahsiakan nama dan no telefon bekas mufti yang saya maksudkan. Jika sahabat inginkan no telefonnya bolehlah emailkan kepada saya.

Sekarang saya paparkan antara Sifat-Sifat Keji Dan Hina( yang saya boldkan) Yang Dimiliki Oleh Wanita Berdasarkan Hari Kelahiran Dan Sifat-Sifat Fizikalnya Menurut Kitab Tajul Muluk.

Wanita yang lahir pada hari khamis, merupakan wanita yang suka menyinggung hati orang lain. Cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Begitu juga dengan sifat fizikal, Wanita yang bibirnya selalu terbuka amatlah kuat nafsu syahwatnya, suka bertukar pasangan, tapi berdisiplin dalam kerja, selalu dapat kejayaan, pandangan luas, optimis, mudah jatuh cinta dan tergila-gila.


Wanita yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan, suka kebebasan, berfikiran terbuka, gemar cakap soal cinta dan seks, dapat memberi kesenangan, suka mencemuh dan membuat malu, tidak suka berpura-pura, kuat meyimpan rahsia, kuat bersolek, kurang ambil berat pada suami, rumahtangga dan anak-anak.

Sekarang mari kita lihat betapa bahayanya kitab ini. Cuba bayangkan, andainya seseorang lelaki beristerikan atau bertunang dengan wanita yang lahir pada hari khamis , dan memiliki sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal yang saya boldkan seperti di atas. Bayangkan juga, si lelaki atau suami itu pula buta agama dan mandul akal. tiba- tiba si suami pula dia mempelajari kitab ini. Pasti sahaja, si suami atau si tunang itu akan mula merasa sangsi dan mencurigai isterinya itu. Keadaan akan semakin parah, andainya ditakdirkan si isteri itu memiliki sekelumit akhlak yang tidak elok seperti mana yang diramalkan oleh kitab karut ini. Tentu sahaja, ia akan meruntuhkan kerukunan rumah tangga yang di bina.

Sekarang kita lihat kesan buruk yang seterusnya, iaitu kesan ke atas agama dan lebih tepat lagi terhadap akidah. Kitab Tajuk Muluk ini, seakan-akan menuduh Allah itu zalim dan kejam. Apa tidaknya, orang-orang yang ditakdirkan lahir pada hari tertentu dan memiliki ciri-ciri fizikal tertentu dianggap sial,hina dan keji. Jujur dan ikhlas, persoalan masa lahir ( baik hari mahupun tarikh) dan sifat-sifat fizikal, manusia sebenarnya tiada pilihan melainkan mengikut sahaja kehendak Allah. Itu adalah takdir. Takdir tidak sekadar suratan tapi ia merupakan kurnian-Nya. Jadi, siapakah kita untuk mempertikaikan kurnian Allah kepada kita. Jadi, bila meramalkan hari lahir yang tertentu dan sifat fizikal tertentu membawa sial, itu bererti menuduh Allah sebagai Tuhan Yang Maha Kejam dan Tuhan Yang Maha Zalim. Tidakah ini membawa kepada syirik.

Walaupun JAKIM mengatakan Kita boleh mempelajarai Kitab Tajul Muluk, tetapi ia disusuli dengan larangan, iaitu tidak boleh mempercayainya. Begitu juga dengan Prof Madya Dr. Abdul Hayei Shukor, seorang ilmuan Hadis yang berasal dari Kelantan (Sila klik SINI ) mengatakan, kitab-kitab seperti Tajul Muluk boleh dibaca dan dipelajari, namun beliau turut menyatakan syaratnya, iaitu Jika pembaca berpendapat, dirinya tidak akan dipengaruhi unsur-unsur yang menyesatkan akidahnya. Nyata sekali, walaupun dibenarkan dan diizinkan untuk membaca dan mempelajari kitab ini, namun ia tetap kekal bersyarat.

Amat tidak waras andainya mewajarkan semua pihak untuk membaca dan mempelajari kitab Tajul Muluk. Untuk para alim ulama termasuk para mufti dan pensyarah-pensyarah pengajian islam di mana-mana pusat pengajian tinggi, membaca kitab Tajul Muluk sememangnya wajar dan waras untuk kajian dan penyelidikan. Tetapi untuk orang awam pula apa manfaatnya. Untuk suka-suka atau sekadar untuk dijadikan aksesori facebook.

Andainya kita ingin mewajar dan mewaraskan semua pihak untuk membaca dan mempelajari kitab Tajul Muluk, mengapa pula kita melatah apabila pihak tertentu ingin menerbitkan bible berversi melayu. Mengapa kita perlu bimbang andainya bible versi melayu dijual dan disebarluaskan kepada semua warga Malaysia, termasuk kepada umat islam.

Tentu sekali tidak wajar dan tidak waras andainya umat islam yang buta Al-Quran tiba-tiba diajar supaya memahami bible. Juga,tidak wajar dan tidak waras andainya umat islam yang belum mantap akidahnya, tiba-tiba dipelawa untuk mempelajari dasar-dasar akidah dan ilmu teologi Krisitian dan lain-lain agama. Tapi, lain pula kepada tokoh-tokoh islam yang terlibat dalam perbandingan agama seperti Ahmed Deedat dan Dr. Zakir Naik. Kepada mereka, perbuatan membaca, mempelajari dan mendalami bible dan mana-mana kitab agama lain amatlah wajar dan sangatlah waras.

Seperkara lagi yang harus difahami, Kitab Tajul Muluk sebenarnya amat sinonim dengan ilmu astrologi zaman silam,khususnya bagi masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak manusia, tabiat dan cintanya, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Tentang hukum astrologi, iaitu meramalkan apa yang bakal berlaku telah saya nyatakan pandangan ulama-ulama tempatan dalam entry saya yang lepas ( klik sahaja Rahsia Tarikh Lahir) dan kali ini saya paparkan pula fatwa ulama al-Azhar, iaitu Fatwa Syeikh Ahmad al-Sharbasi dalam bukunya Yas`lunak fi al-Din wa al-Hayat,katanya:

"Apa jua jenis ilmu yang mendakwa boleh tahu perkara ghaib, semuanya dikategorikan sebagai ilmu hitam yang haram dipelajari atau dipercayainya, sama ada yang menggunakan kaedah hisab bintang, rajah, malihat tapak tangan, melukis pada pinggan mangkuk dan lain-lain. Kaedah ini banyak diguna oleh penipu-penipu yang berminat mencari rezeki dengan cara mudah, kadang-kadang ada yang membuat promosi khidmatnya secara profesional"

Tambahan Info Tentang Kesesatan Ilmu Astrologi Termasuklah Rahsia Tarikh Lahir
1) Klik USTAZ MUHD KAZIM ELLIAS untuk menonton rakaman kuliah Ustaz Muhd Kazim tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.

2) Klik DR ASRI ZAINUL ABIDIN untuk menonton rakaman kuliah Dr Asri tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.

3) Klik DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN untuk menonton rakaman kuliah Dr Abdul Basit tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.

4) Klik USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN untuk menonton rakaman kuliah Ustaz Zaharuddin tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.


P/S: Kitab Tajul Muluk merupakan virus sesat yang sedang merebak dengan pantasnya di facebook. Jadi vaksinnya juga perlu menerusi facebook. Oleh sebab itu, saya harap sahabat sudi likes atau share on facebook ‘vaksin’ ini demi kelangsungan dakwah.

64 comments:

tehr said...

ada versi baru rupanya
aku ingatkan kitab ni dah lama jadi abu

nahmy said...

kita bako je...kita bako je! byk lagi kitab2 yg kita terlupa pandang utk baca....seperti tafsir Ibnu Katsir, Ihya Ulumiddin, sirah Rasulullah, sahih Muslim/Bukhari...dan yg paling agung - Quran. letih tgk org zaman skrg ni...yg ada depan mata dan merupakan Kalamullah penuh dg mukjizat (yg mat salleh baca terjemahan Yusuf Ali tu pun boleh masuk Islam), diorang taknak baca. ini dicarinya kitab karut makrut yg dtg entah dari mana sumbernya....letih!

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Cikgu Shameel,

auntie pernah dengar tentang buku ni tapi tak pernah tengok apa lagi baca.

Semua manusia yang Allah cipta ada kelebihan dan kekurangan.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah ada entri ini sebagai rujukan untuk menentang isuyang berkaitan. Terima kasih.

? said...

kupasan yg sangat indah.

TK x bminat dngn pkara2 sbegini, bgitu jg pada zaman remaja dulu, masa kawan2 duk sibuk dngn rahsia bulan kelahiran (asal belek majalah je cr ruangan ni). mungkin cr pemikiran TK lain sikit kot..

tapi memang benar, ramai orang cukup taksub dngn hal2 mcm ni, dan mengambilkira dlm mmbuat keputusan.
aneh kan?

Afida Anuar said...

Assalamualaikum shameel, saya pun pernah terdengar perihal tajul muluk ni waktu sekolah menengah dulu2, tp tak pernah pun baca kitabnya lagi...

terima kasih atas perkongsian ni shameel, saya percaya ramai orang di luar sana yang masih percaya dengan benda ni semua, seperti kata nahmy la...Al-Quran yang paling agung tidak mahu diikut, tapi nak ikut kitab lama yang tak tahu sumber..Allahualam..

shameel Iskandar said...

tehr .'susah nak jadi abu sbb ada manusia moden tapi berjiwa kuno

shameel Iskandar said...

nahmy.
Itulah masalahnya Nahmy. Kitab2 yg muktabar masih berlambak tapi kitab karut juga yg disebarluaskan.

shameel Iskandar said...

Kunang-Kunang.
rasa-rasanya agak susah dah nak dapatkan kitab ni, tapi dgn kemajuan ICT, ia disebarluaskan dgn amat rancak.

shameel Iskandar said...

Cikgu ahmad humairi.
Itulh harapan dan matlamat saya. Entry ni sebagai vaksin utk mmebunuh virus tajul muluk yg berlegar2 dlm FB

shameel Iskandar said...

?.
Itulah mentaliti masy kita. W/pun para ustaz dah kerign air liur menrangkan kesesatan ilmu ramalan dan zodiak trmasuk tajul muluk. Tapi, yg degil tetap degil

shameel Iskandar said...

Afida Anuar.
Sy pun yakin, masih ramai yg percayakan semua ni. Dan sy juga percaya ramai juga yg ikut serta atas dasar suka-suka.

sop said...

sop perasan org dulu (tua) suka merujuk kpd tarikh tertentu, hari tertentu dan berkaitan. tp skrg rasanya dah kurang.. jika kitab tersebut mula dijadikan panduan, akan kembali pula padangan2 yg serong ini..

terima kasih atas perkongsian

Titisan Hujan said...

alhamdulillah akan perkongsian ini..sgt bguna

JIWA HAMBA said...

Assalamualaikum.
Benar kata kamu shameel. Org kita terpedaya dgn tipu daya syaitan yg berwajah manusia.

ada masa datagnlah ke blog saya
http://jiwa-hamba.blogspot.com/

shameel Iskandar said...

sop.
kitab ni mmg dah lama dilupakan dan kalau diajar pun secara terpencil. tapi skrg ni entah siapa yg cuba hidupkan kmebali dgn jadikan sbgai aplikasi kt fB, itulh mslhnya dan ramai org2 kita yg terpngaruh

shameel Iskandar said...

Titisan Hujan.
Semoga kita diberi kekuatan utk memerangi karut marut ini.

shameel Iskandar said...

JIWA HAMBA.
Trima kasih ats kunjungan dan komentar. insha-Allah sy akn berkunjung ke blog sahabat nnt.

syafiqakarim said...

ramai sangat yg teruja dengan tajul
muluk ni sampai percayai itu ini.
susah nak tegur kadang2.

ashrafi said...

Semakin kita menuju kemajuan, semakin itu pula fikiran kita semakin 'mengecil'.

shameel Iskandar said...

syafiqakarim .
benar t usyafiq. silap tegur kita kena remove dri jg member FB nya. Kena tegur dgn hati2 dan wajib tegur sbb ni mslh akidah.

shameel Iskandar said...

ashrafi.
org yg promosi benda2 mengarut ni tak faham agaknya kitab ni dah diwartakan haram.

satu lagi masalah org melayu ni byk yg melatah x bertempat. bila artis main2 dgn anjing trus kecoh, padahal ia prkara khilafiah. Tapi dlm perkara akidah buat tak tahu pulak.

missSenget said...

aaaaaaaaaaaaaaa...

penah main applikasi ni kt fb..

T___T

terima kasih atas kupasan ini..

shameel Iskandar said...

missSenget .
Trima kasih miss ats kunjungan. sy sekadar menerang dan tidak ada niat utk menyerang.

Syaza Kelyza said...

kalau kita percaya 100% peratus memang boleh membawa kepada khurafat.

terima kasih untuk kupasan ini . memang banyak sangat benda ni ada kat facebook.

shameel Iskandar said...

Syaza Kelyza.
Sepatutnya jgn percaya langsung

shameel Iskandar said...

Syaza Kelyza.
Maksud saya jika ada yg menepati ramalan tersebut anggap sahaja sebagai kebtulan semata2

harrazdani said...

kitab tajul muluk ni saya pernah dengar tapi tak tahu lak kitab ni mcm ni.....

azi nur said...

suke entry ni..untuk konsian bersama...thanks for share. :)

shameel said...

harrazdani
mmg ada kandunannya yg baik mcm buat ubat2 tradisonal spt makjun. tap mslhnya yg buruk tu byk lagi spt ttg nujum dan jin dan ramalan yg karut

shameel Iskandar said...

azi nur
trima kasih ats kunjungan dan komen. moga entry ini memberi manfaat kpd semua

a.samad jaafar said...

Salam..err cikgu rupanya..

sebelum tu nak ucap t kasih krn sudi ke blog saya.. saya org Karai..menulis sekadar melepaskan rasa ingin menulis juga utk tatapan anak2 suatu masa nanti..

ttg n3 ini..
jujurnya, saya mencari tajul muluk sejak sekian lama.. dua tahun lepas saya dapat membelinya di satu pesta buku.. tak habis membaca krn jawinya jawi lama yg buat saya agak lambat membacanya. saya juga membaca ttg petua dan ramuan utk ubat-ubatan..rasanya, itu tiada masalah.. cuma bahagian 'psikologi klasiknya' itu membuat saya tersenyum....saya baca dan hati saya berkali2 menyebut.. alangkah mengarutnya.. bagi saya, membaca tidak salah.. mempercayainya.. sgt salah.. dgn membaca sendiri kitab itu, kita mungkin lebih adil utk mengulas ttg nya.. walla hua'lam..

muhamad hanif said...

waaahhh,

siapakah gerangan orang yang rajin mencari cebisan kitab lama untuk dibukukan ni ?


thumbs up !

shameel Iskandar said...

a.samad jaafar.
Trima kasih juga sahabat sbb sudi bertandang ke blog saya. Pernah juga beberapa kali saya ke karai.mungkin ada waktu nnt boleh kita kenal dgn lebih dekat sbb karai dgn chemor tidaklah jauh jaraknya.

Ttg n3 ni sebenarnya, mmg diakui kitab tajul muluk turut mengandungi aturan membuat ubat-ubatan tradisional tmasuk makjun. sy prnh baca juga dulu utk tgk isi kandunagnya. ia mcm kitab2 kuning yg lain , tulisan jawi dan bahasanya nya agak sukar utk difahami. ada sumber mengatakan ia mula ditulis di acheh pada zaman kesultanan Acheh.

Mcm sy jelaskn di dlm entry,hanya golongan yg dapat membezakan antara intan dan kaca sahaja yg berhak membaca kitab ini. Mcm sahabat, syukur kpd Allah sbb tahu menilai antara intan dan kaca sbb sahabat hanya ambil yg baik2 dan singkirkan yg karut marut.

Tapi yg dipopularkan kt facebook ialah ramalan atau psikologi klasiknya. malah ini juga yg disebarluaskan kt internet baik dlm blog mahupun web site tertentu. Dan mmg ada yg mempercayainya, antaranya kenalan saya. ini yg kita bimbnag. andainya sekadar baca utk dijadikan bhn penyelidikan spt mengkaji ttg ramuan ubat-ubatan maka tiada masalah. Dan bukan setakat tajul muluk, sbb kita juga dibenarkan mmbaca kitab agama lain tapi sekdar utk mengetahui dan bukanya utk diyakini.

shameel Iskandar said...

muhamad hanif .
manalah saya tahu. hahah. saya serahkan kpd hanif utk mencarinya.

Tapi adalah lebih baik, jika kandungan kitab kuning mcm sairus salikin, hidayatus salikin ( kedua-duanya karangan syiekh abdul samad al-falimbani), Bahrul Mazi(syiekh idris al-marbawi), furu ul-masail (shiekh daud al-fatani) yg disebarluaskan melalui internet. cubalah hanif buat aplikasi kitab2 ni.

Eye_nee said...

Info yg cukup bagus untuk dikongsikan.Kita mudah terpedaya dan terikut ikut dgn dakyah kitab ini...mmg banyak saya tgk rakan2 mendownloadkan ke dalam FB..rahsia Tarikh lahir..tahi lalat..bulan kelahiran...rupanya semua ni boleh memesongkan Akidah kita...Agar kita dapat belajar dari kesilapan dan tidak sewenang-wenang menyebarkan sesuatu yg tidak betul.

shameel Iskandar said...

Eye_nee.
Terima kasih ats kunjungan dan sokongan. Moga kita sama2 dpt perbetulkan kesilapan agar tidak sewenang2nya menyebarkan sesuatu, malah status hukumnya perlu diketahui. jika kita sebarkn perkara yg khurafat dan org lain turut percaya, maka kita berkongsi dosanya.

Hanis Azla said...

perkongsian yg baik.. lengkap sekali hujahnya.. terima kasih yer.. sebelum ni dah faham ttg perkara ni.. hari ni bertambah faham lagi.. terima kasih yer..

Syuxer said...

kitab tajul muluk neh bahaya..takut boleh menyebabkan terbatal akidah dan menilai manusia secara membabi buta..

mamaNoriz sini.. said...

macam2 bentuk ancaman pd umat islam skang yea...

harap jgnlah kite terpedaya...

salam kenal...sya folooooo :)

Aida Omar said...

ada orang yang terlalu xcited dgn tajul muluk nie..tapi kan shameel kalau yang versi dato dr fadzilah kamsah tu mcm ne erk? lebih kurang macam tajul muluk nie ke?
entry shameel nie sgt berguna utk generasi yang kurang mengetahuinya.. =)

Nora Shahaira said...

selalu dengar tentang kitab tajul muluk ni. tapi, tak pernah nak mendalami sebab takut juga iman ni lemah..nanti mudah je percaya..jadi lebih baik kita dalam dan pelajari apa yang sepatutnya menjadi pegangan..Al Quran dan Sunnah..

shameel Iskandar said...

Hanis Azla
Trima kasih krn memahami dan prihatin dgn masalah ini. Kesatuan fikiran dan kesatuan tindakan amat perlu untuk memerangi fahaman karut ini,

shameel Iskandar said...

Syuxer ,
Benar skali syuxer. inilah yg dietgaskan oleh jakim dan dr abd hayei shukor. kepercayaan trhdap ramaln dlm kitab tajul muluk mmg boleh membawa kpd syirik atau terbatal akidah

shameel Iskandar said...

mamaNoriz sini,
Moga Allah berikan kita kekuatan utk menjauhi dan seterusnya memerangi kesesatan ini

shameel Iskandar said...

Aida Omar.
Ttg yg dr fadilah kamsah tu sbrnya kita tak pasti adakah benar Dr fadilah kamsah yg buat atau rg lain yg mengambil kesempatan atas namanya. Tapi apapun segala bentuk ramalan trmasuk rahsia tarikh lahir tetap ditolak dlm islam.

p/s = telah saya perincikan isu ini dlm entry bertajuk rahsia tarikh lahir , ramalan yg merosakkan akidah.

shameel Iskandar said...

Nora Shahaira.
Saya sokong 100% iaitu kita dalami al-quran dan sunnah. Lepas akrab dgn kitab2 muktabar yg ditulis oleh ulama2 muktabar dan berguru dgn guru2 yg musyid, andainya kita membaca buku ttg isu agama dan tak faham serta inginkan penjelasan lanjut, kita hendaklah merujuk kpd guru2 yg mursyid

JIWA HAMBA said...

Bro, sepatutnya mufti bertindak tegaskan. Ini tak bising2 ngan poco2 aje

chemay said...

macam2 orang islam sekarng niee.
-.-

alif haris said...

huhu ..
ni yg bahaya ni ..
boleh pesongkan akidah umat islam ..

TQ for sharing ya :)

shameel Iskandar said...

JIWA HAMBA.
sebenanrya jakim dah fatwakan tapi org tak nak dgr.

shameel Iskandar said...

alif haris.
Tahniah alif sbb awak prihatin. mmg ia boleh memesongkan akidah.

shameel Iskandar said...

chemay.
mmg mcm2 pernagai org kita. ada yg percaya sungguh dan ada yg sekadar suak2. tapi yg pasti semua itu trmasuk dlm redha merdhai

Pacifist said...

salam sahabat.
maaf lama x ziarah disini.harap sihat adanya.tahniah kerana entry2 yg sentiasa menyegarkan.
-jika keburukkan dtg dr internet dgn internet juga kita menangkisnya.
-spt yg mengatakan komputer ini ciptaan yahudi dan utk mempromosikan dakyah2 mereka.jadi kita gunakan komputer juga utk menangkis serangan mereka.jgn memboikot membuta tuli.jika ada kelebihan kpd kita,kita gunakan utk menyerang mereka balik.bknnya hanyut dengan aplikasi yg terkandung didlmnya.
-hal ini pernah berlaku kpd mujaddin Afganistan suatu masa dahulu.menggunakan senjata yg dibekalkan amerika utk menentang soviet union(russia) kemudian mereka menentang kembali amerika dgn senjata td.
-kita mesti berhikmah dlm setiap tindakan

ummu said...

assalamualaikum saudra
terima aksih atas pandangan saudara ini,
sekurangnya mengingatkan saya,
memandangkan saya terlibat dengan pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu dunia dan ilmu akhirat.
semoga kita terpelihara dari perbuatan dan amalan syirik
benarlah, syirik itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam gelap pekat...

shameel Iskandar said...

Pacifist .
Terima kasih atas kunjungan. Maaf byk2 sbb sy terlepas pandang komentar sahabat kt sini. Benar sekali sahabat, kita perlu memanfastaakn teknolgi ciptaan musuh utk memerangi musuh. sikap menjauhi dan melarikan diir dari teknologi membawa kerugian kpd diri dan paling teruk, kerugian kpd agama.

shameel Iskandar said...

ummu.
Terima kasih ats kunjungan dan komentar. Sama2lh kita menentang segala bentuk kebatilan dan kesesatan dgn memanfaatkan ICT semaksimum mungkin.

fathin hanani said...

cra ko tegor aq salute...nice to an islam like u...

shameel Iskandar said...

fathin hanani.
Trima kasih tas kunjungan. Menegur perkara sebegini ibarat menarik rambut di dlm tepung, atau dgn kata mudah, menegur dgn hikmah.

akram musafir said...

tq atas info ni saya ade satu kitab tajul muluk ni memang isinya mengelirukan aqidah tetapi ada juga yang betul..yang penting siapa yang membaca nya perlu pandai menapis isi dan mempunyai basic ilmu tauhid yang tinggi..lagi pun bahasa yang di gunakan ialah jawi lama susah nak memahami ...tq atas info ni:)

shameel Iskandar said...

akram musafir.
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada sahabat sbb boleh membezakan isi kandungan Tajul Muluk, antara yag merosakkan akidah dan yg betul.

Dalam soal ini kebijaksanaan dan pengetahuan agama amat penting utk menapis dan sekali gus mengambil yg baik2.

Cuma yg jadi mslh, kt FB yg tersebar ialah sistem tilik nasibnya yg amat bertentangan dgn akidah.

Anonymous said...

shameel.. saya ni org aceh, knapa kmu ngomong sprti bkn muslim, kami merasa trsinggu atas ucapan mu menghina taju muluk, jelas2 kamu menghina islam,, kalau kamu tdk bisa memahami dtg lah ke aceh biar km ajarin,krn kandungan nya tinggi jd mkn susah kmu phami,jd km perlu lsg dtg ke aceh tmpt asal nya tajumuluk, org sebelum kta dgn susah nya membuat karya untk kpntgn umat manusia,tp kamu tega2 nya menghina,ulama diaceh membnrkan tajumuluk dan ulama yg membenarkanya keromah,tp knp kmu brani menghna, nauzubillah

Puan tia said...

saya nak share..saya creditkan ke acct blog u..tq

Anonymous said...

assalamualaikum.....terimakasih pandanganya muda2han bisa bermamfaat.saya salah satu putra aceh menurut sepengetahuan saya kitab itu pertama sekali di himpun oleh ulama aceh pada zaman iskandar muda, dan banyak juga org negri sebrang yang berguru di aceh kitab tersebut yang beredar sekarang diragukan ke aslianya,di aceh saja kitab aslinya sudah menjadi kitab langka hanya beberapa ulama saja yang memilikinya dan tidak di ajarkan ke sembarang santri.jangan sesekali meniru ilmu tapi berguru karena ilmu itu punya tarikat(sisilah) masing2 muda2han kita org2 yang menghargai ulama2