Saturday, August 13, 2011

Apabila Puasa Dimusuhi.




Memusuhi ibadat puasa, Memerangi bulan Ramadhan dan Meragui agama Islam. Itulah kesimpulan yang dapat kita rumuskan apabila memperkatakan tentang Presiden Tunisia yang pertama, Habib Bourguiba.

Pada tahun 1961, Presiden Tunisia yang sering disama tarafkan denggan Mustafa Kemal Ataturk ini telah mengemparkan dunia islam. Habib Bourguiba, telah mengeluarkan perintah melarang rakyatnya, terutamanya dalam kalangan kakitangan awam daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Alasannya, berpuasa akan mengurangkan produktiviti negara.

Tidak cukup dengan itu, Habib Bourguiba telah muncul bersama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai. Itu cerita lama, cerita tahun 1961 dan Habib Bourguiba telah pun meninggal dunia. Moga dia bersemadi dengan aman. Cuma ‘reinkarnasi’ Habib Bourguiba masih wujud dalam kalangan muslim mana-mana pelusuk bumi. Mereka ini tidaklah seteruk Habib Bougirba sebab mereka tidak pernah mengharamkan amalan berpuasa, cuma mereka meninggalkan puasa tanpa sebab yang diharuskan oleh syarak, atau dengan istilah mudah mereka ni ponteng puasa.

Lihat sekali lagi alasan Habib Bourgiba dan benarkah berpuasa mengurangkan produktiviti? Jika kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai kayu ukur, tentu sekali kenyataan Habib Bourgiba itu salah dan tersasar.

Malah, kalau kita rujuk sejarah awal islam, di dapati kenyataan Habib Bourgiba silap dan terbabas. Sebab sejarah telah menjilidkan detik-detik gemilang yang diraih oleh umat islam di sepanjang bulan Ramadhan. Perang Badar yang dimenangi oleh umat islam berlaku di bulan Ramadhan. Kota Mekah dibebaskan juga di bulan Ramadhan. Ketibaan Islam di Andalus dan mengasaskan pemerintahan Islam dan begitu juga dengan Peperangan Ain Jalut yang menumpaskan pengganas Tatar juga berlaku di bulan Ramadhan. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi pun berlaku di bulan Ramadhan.(fakta ni saya petik dari Ustaz Hasrizal Jamil ).

Tak cukup dengan menyelongkar ‘kisah-kisah lama’ kita hidangkan pula realiti semasa. Perlu sekali dihidangkan agar ‘reinkarnasi’ Habib Bourguiba ini dapat ditundukan. Pasti ramai yang mengenali Frederic Kanoute, seorang bintang bolasepak yang tak perlu saya perkenalkan. Setelah memeluk islam, beliau telah mencuba sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu untuk menterjemahakn islam di dalam hidup dan kehidupannya. Dia dkatakan tidak pernah meninggalkan puasa walaupun terpaksa menjalani latihan sepanjang Ramadhan. Ini yang ingin saya paparkan, iaitu puasa tidak sesekalipun mengurangkan produktiviti Kanoute. Malah dia dikatakan tetap lincah mengharungi perlawanan demi perlawanan dan menjaring gol demi gol walaupun berpuasa. Kanoute antara bukti terbaik, sesungguhnya ibadat puasa tidak sesekali mengurangkan produktiviti diri.

Untuk pengetahun sahabat, Kanoute juga pernah dikenakan denda sebanyak 3,000 euro (RM14,500) oleh Persekutuan bola Sepak Sepanyol kerana beliau telah menunjukkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Paling hebat, beliau telah bertindak menyelamatkan sebuah masjid (sekali gus maruah agama islam). Masjid tersebut merupakan sebuah bangunan yang disewa oleh penduduk islam Seville. Pemilik bangunan tersebut ingin menjual bangunan itu setelah kontrak sewaan tamat. Ini bermakna umat islam di Seville tidak lagi mempunyai tempat untuk bersolat jemaah terutamanya solat jumaat dan hari raya. Dalam keadaan getir sebegini, Kanoute telah tampil dan membeli bangunan tersebut untuk kegunaan umat islam Seville. Bangunan itu dibeli dengan harga 510.860 euro (RM2.26 juta) dan yang paling mengharukan harga atau nilai tersebut hampir menyamai pendapatannya selama setahun.

Sekali lagi kita renung pandangan Habib Bourgiba, iaitu berpuasa mengurangkan produktiviti. Pandangan yang ternyata salah dan silap. Kenyataan yang tersasar dari orbit iman dan terbabas dari fakta sejarah.

Walaupun begitu, janganlah pula kita ‘membenarkan’ pandangan ini menerusi sikap dan perbuatan kita. Bukan apa, sebab di bulan yang diwajibkan berlapar dan berdahaga ini, kita wajibkan pula diri kita untuk malas dan culas. Amat malang jika rakan sekerja dengan kita itu terdiri daripada rakan-rakan bukan islam. Dan, lagi malang, jika majikan kita pula bukan islam. Mereka akan memandang ibadat puasa sebagai satu penyeksaan dan seterusnya mengurangkan produktiviti. Sama-samalah kita muhasabah diri, agar kita tidak menjadi duta yang menghakis dan mengikis imej islam, meskipun kita tidak menjadi ‘jelmaan semula’ Habib Bougirba.

50 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Cikgu Shameel,

Puasa akan memberi shafaatnya kepada kita nanti, jadi semua pendapat yang dibuat oleh manusia itu hanyalah untuk menyenangkan diri mereka sendiri sahaja.

Allah yang mencipta kita, DIA tahu kemampuan kita.

Cikli said...

memusuhi puasa, memusuhi Allah.
bodohnya mereka.
entry yang cantik tuan shameel.

Afida Anuar said...

Allahuakbar...sampai macam tu sekali?
mmg sama taraf dgn kamal attartuk dah ni..


Bagi saya bulan puasa la produktiviti meningkat, macam pemain bola sepak tu, saya pun tak terkecuali...lagi khusyuk nak buat kerja pasai tak perlu ulang alik ke toilet.. he he:)

shameel Iskandar said...

Kunang-Kunang.
Terima kasih Kak Ani ats komentar. sy suka ayat ni;

"Allah yang mencipta kita, DIA tahu kemampuan kita."
Allah Maha Mengetahui dan DIA mengetahui kemampuan kita, cuma kita kekedanang terlepas pandnag akan Kemampuan Allah. Kita terlepas pandnag betapa Allah boleh mengakhiri hidup dan kehidupan kita bila-bila masa saha. Kemampuan Allah mengatasi segala-galanya dan cukuip dgn berkata Kun Fayakun.

shameel Iskandar said...

Cikli.
Golongan yg memusuhi puasa ni sebenarnya terlebih barat dari barat.

shameel Iskandar said...

Afida Anuar.
Habib Bourgiba ni mmg anti islam hinggakan puasa pun dipersalahkan. Sepatutnya sikap Kanoute yang kita contohi dan sewajarnya bulan ramadhan menjadikan kita lebih aktif.

NaeBlog said...

Assalamualaikum,
Cg.Shameel, saya amat tertarik dan bersetuju dengan ingatan ini:
"sama-samalah kita muhasabah diri, agar kita tidak menjadi duta yang menghakis dan mengikis imej Islam...."
Sebab saya ada kisah yang baru berlaku minggu lepas.
Sibuk memulakan Kerja Kursus Perakaunan, saya dan rakan baik 'Chinese' berbalas maklumat. Menyuarakan semangat kerja saya yang semakin luntur berbeza semasa mula2 posting dulu "Lye, i memang malas sekarang... entahlah" Tapi terkejut saya denagn balasan sms dari dia "why? adakah kerana u letih puasa?"
menyedarkan diri saya. Cepat2 menjelaskan maksud saya yang sebenar, dan menjelaskan pula hikmah puasa ... semoga dia faham
Terima Kasih atas ingatan

cemomoi said...

berbahagialah kanoute dengan sifat pemurahnya hasil kemanisan iman yang diperolehi melalui hidayah Allah

berbanding kita yang mewarisi iman sampaikan posa pon nak dijadikan perbalahan

Titisan Hujan said...

sgt suka entri ni

smlm terserempak dgn sorg pemuda melayu dgn slumber nye isap rokok..


hanya mampu menegur dlm hati

mamaNoriz said...

knapa la ibadah yg baik nak dimusuhi ek? pelik lak...

kan ia beri kesabaran, contoh org yg hisap rokok leh tahan dr merokok selama 12 jam...

klu tak, abis sekotak sehari dia leh hisap...iskhhh

senyumSOYA said...

beza 2 org individu..
satu x nk puasa
satu puasa sebab puasa tu wajib..
alhamdulillah..kalau niat kita ikhlas puasa krana Allah, Allah bagi kita kekuatan utk buat pekerjaan harian kita..produktiviti x pernah kurang dalam bulan puasa..^^"

tapi skang..kalau tgok kat pjbt2..muka sorang monyok2..

sama2 kita ambil iktibar..

si para para said...

dalam bidang sains atau perubatan pula, puasa terbukit baik untuk kesihatan tubuh badan..


yang menjadi silapnya kita, bila berbuka, bukan main banyak lagi makanan kita telan. sampai penuh rongga perut.. menjadi malas.. tubuh pun lemah..
time sahur pulak ada yang tak bersahur.. ada yang bersahur, tapi berlebih lebihan..
dan berlebih lebihan itu tidak baik untuk kita.

Miecyber said...

Hebatnya Frederic Kanoute dan kejinya Habib Bourguiba .

shameel Iskandar said...

NaeBlog.
sama2 kita muhasabah diri agar imej islam kekal terpelihara, Dan agar ibadat puasa dan bulan ramadhan tak disalahfahami.

shameel Iskandar said...

cemomoi.
org kita kerana bilangan rakaat solat tarawikh pun boleh berbalah

shameel Iskandar said...

Titisan Hujan.
Itulah reinkarnasi Habib Bourgiba yg bertebaran di mana-mana pelusuk bumi. Dahlh tak puasa, selamab pula merokok.

shameel Iskandar said...

mamaNoriz .
org2 yg sifar iman di hati sanggup lakukan apa sahaja mengikut hawa nafsunya.

shameel Iskandar said...

senyumSOYA.
Sevoleh2nya jgn tonjolkan muka monyok kt member2 bkn islam, nnt mrk salah faham trhadap ibadat puasa.

ada kes, seorg llaki muslim tak pergi solat tarawaikh dan bila jirannya yg berbangsa cina brtanya kenapa tak pergi tarawikh. Dia menjawab penat sebab puasa. Ini menyybkan cina itu menganggap puasa itu satu penyeksaan.

shameel Iskandar said...

si para para .
puasa mengikut kriteria yg Nabi S.A.W tetapkan pasti mampu menjana kekuatan rohani dan jasmani,

shameel Iskandar said...

Miecyber .
Itulah beza antara dua tokoh ini. seorg yg brnama Habib Bourgiba, islam sejak lahir tapi memusuhi hukum islam. Kanoute lahir sbagai bukan islam dan menerima hidayah kemudiannya, lantas berusaha utk menjadi muslim yg baik.

Aida Omar said...

dah ternyata puasa itu tidak langsung mengurangkan produktiviti seseorang

gnesop.com said...

mmg dia silap..
sejarah membuktikan semasa peperangan, org islam menang besar pada bulan puasa..

thx utk perkongsian info bro shamel

caliph shuriken said...

mmg benci dgr nama Mustafa Kemal Ataturk.. hancur turki krn individu ni...

Asyila Zainuddin said...

budak2 kecik pun boley puase.. tak paham nape yg dh tue bangke tak nak puase..

shameel Iskandar said...

Aida Omar.
org yg tak faham agama selalu guna logik akal utk mewajarkan tindakan. itulah yg berlkau kpd mustafa kamal attarturk dan Habib bouirba

shameel Iskandar said...

gnesop.com.
Sama2 Sop. Habib Borgiba sbnrya tak faham agama sbb tu dia boleh beranggapan mcm tu

shameel Iskandar said...

caliph shuriken.
Benar skali caliph. si mustafa kemal atatrturk tu mmg terlampau sekular. turki yg terknal dg ndasar2 islam era Uthmaniyah habis dibinasakan olehnya.

shameel Iskandar said...

Asyila Zainuddin.
Trima kasih ats kunjungan. tua bangka yg tak faham agama lebih teruk mentalitinya berbanding budak2 tadika

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

hebatnya frederic kanaute menyelamatkan masjid

dah memang terbukti puasa tidak mengurang kan produktiviti negara

tehr said...

tak pernah saya tahu kisah sejarah ni
memang tak patut betul tu

abah aman said...

salam shameel,
sungguh. membenarkan pandangan ini seumpama menyalahkan Allah mensyariatkan puasa.

shameel Iskandar said...

ini belog saya . cinta hati saya::.
puasa sbnrnya meningkatkn produktiviti tapi golo yg x faham akn menjadikan puasa sebagai alsan utk malas dan culas

shameel Iskandar said...

tehr .
Takpe yg ptg saling berkongsi info

shameel Iskandar said...

abah aman.
Mempertikaikan puasa bererti mmepertikan sifat Allah yg Maha Mengetahui. Sbb Allah pasti mengetahui tahap kemampuan hamba-Nya sbb tu disyariaktan brpuasa.

a.samad jaafar said...

komentar yg amat menyentuh hati saya.. komen2 yg diberi juga cukup baik.. t kasih krn 'memaksa' diri saya bermuhasabah...

saya berasa cukup sihat pada berpuasa.. malas saya bukan krn berpuasa, mungkin terbiasa..

shameel Iskandar said...

a.samad jaafar
Trima kasih sahabat ats komen.

moga kita sama2 muhasabah diri dan dpt meniti jalan Ilahi dgn penuh keberkatan

Hanis Azla said...

byk perkara baru yg akak dpt dari entry ni.. terima kasih kerana berkongsi di sini.. mmg entry yg dapat memuhasabahkan diri..

stuck said...

entry nih menarik...terima kasih kerana berkongsi...=D

gadisBunga said...

hmm..sebenarnya puasa cuma aktiviti tak makan. ia akan jadi sesuatu yang melemahkan produktiviti kalau itu arah fikiran kita (mind setting).

mcm selalu je org yg kerja terlalu sibuk, lupa nak makan atau minum sepanjang hari sampai waktu dia tersedar yang dia belum makan. tapi kerja tetap berjalan kan?

ASSOYFINGER67 said...

Salam ...setuju benar dengan perenggan terakhir kao...jgn jadikan org bukan Islam memandang puasa satu penyeksaan...sepatutnya bekerjalah macam biasa pada bulan puasa ..mungkin lemah di hujung hari adalah munasabah...tapi menjadikan puasa alasan untuk bermalas memburukkan lagi pandangan bukan Islam ke atas Islam itu sendiri.Rasailah pertolongan Allah jika kita betul2 menghayati..pertolongan itu ada bila2 masa asal kita dapat melawan nafsu malas.mengantuk,melayan lapar dsb..apapun puasa bukan alasan..itu sepatutnya

shameel Iskandar said...

Hanis Azla .
Trima kash kak atas komen. sekadar perkongsian utk manfaat bersama

shameel Iskandar said...

stuck.
Terima kasih ats kunjungan dan moga dpt mengambil manfaat dri entry yg tak seberapa ini

shameel Iskandar said...

gadisBunga .
adakalanya mind setting yg mempengaruhi sikap dan kelakuan. jadi yg paling ptg, kena tanam dlm minda seseugguhnay Allah maha mengetahui tahap kemampuan kita dan puasa yg difardhukan itu tidak sesekali mengatasi kemapuan kita.

shameel Iskandar said...

ASSOYFINGER67.
setiap muslim adalah duta agama dan agama kita adalah tanggungjawab kita.

PENCONTENG said...

tak cukup lah keislaman kita kan andai tidak laksanakan rukun islam ketiga ni
:)

moga diberikan kekuatan menahan diri.

Anaa said...

sebelum bulan posa hari tu dok tanya member "bulan puasa ni nak kuar audit tak".. sebab mind set kalo puasa kerja kena dikurangkan.. Alhamdulillah, member tu jenis yang mind set nya berbeza... bukan satu malah dua assingment kena buat bulan posa ni..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum cikgu..

trime kasih atas entri ini..selamat berpuasa ya

shameel Iskandar said...

PENCONTENG.
kalau kita lihat pada realiti, org yg x berpuasa mmg seteruk2 manusia. sbb, org yg x solat pun biasanya turut berpuasa dan begitu juga dgn org2 yg melakukan dosa2 besar spt mkn rasuh dll, mrk tetap berpuasa. Jadi muslim yg tak berpuasa ni bolehlh dikategori sebagai golongan yg kronik imannya.

shameel Iskandar said...

Anaa .
tahniah Anaa, sentiasa kekal cergas w/pun berpuasa.Ini yg sepatutnya. Dan ada seorg member sy mamapu jogging sejah 7 km tiap2 ari w/pun berpuasa.

shameel Iskandar said...

sahromnasrudin .
Sama2 sahabat, sy sekadar berkongsi untuk manfaat bersama. selamat berpuasa juga dari saya.