Friday, September 30, 2011

Kaedah Melupuskan Naskah Al-Quran Yang Usang.



Mushhaf atau kertas yang mengandungi ayat-ayat al-Qur’an tidak boleh dikoyak atau dicarik-carik, kerana cara itu bererti memutuskan huruf-huruf dan kalimatnya dan mempersia-siakan apa yang termaktub itu.

Jika mushhaf atau tulisan ayat-ayat al-Qur’an itu tidak boleh dibaca atau tidak boleh digunakan lagi, ia boleh dimusnahkan antara caranya ialah dengan membasuh tulisannya sehingga tidak kelihatan lagi, membakar atau menanamnya

Sebahagian ulama berpendapat membakarnya adalah lebih utama kerana Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan pernah membakar mushhaf-mushhaf tertentu dan tidak ada sahabat yang membantahnya.

Setengah ulama mutakhir berpendapat bahawa cara membakar itu adalah cara
yang paling ringan dilakukan. Disertakan dengan niat yang baik, maka cara ini
dilakukan hanya semata-mata untuk menjaga kesucian dan kemuliaan al-Qur’an,bukan merendahkan apa lagi menghinanya dan tidak mendedahkannya kepada pencemaran dan penghinaan. (Ahsan al-Kalâm: 2/210)

Mengenai dengan tempat pemusnahan atau pembakarannya itu, bolehlah ditentukan sendiri dimana-mana yang difikirkan sesuai.

Sumber
Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam

Di samping itu, saya sertakan sedikit info tambahan yang dikemukakan
oleh Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, seorang ilmuan dalam bidang hadis yang berasal dari negeri Kelantan. Beliau juga merupakan bekas Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan bekas Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan serta penulis Tafsir Pimpinan Muttaqin.

Beliau turut memperkatakan tentang tatacara melupuskan naskahAl-Quran di dalam bukunya yang berjudul Islam & Manusia 1001 Kemusykilan,iaitu pada mukasurat 89. Buku ini sangat bagus, kerana ia ditulis oleh seorang ilmuan hadis yang terkenal di Malaysia, jadi saya syorkan sahabat agar membelinya sebagai koleksi dan sebagai bahan rujukan.

Sebenarnya ia sama sahaja dengan kaedah yang dikemukakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Cuma ada sedikit tambahan. Tentang kaedah membasuh tulisan, beliau sertakan kaedah sampingan untuk memuliakan Al-Quran iaitu air basuhannya hendaklah dibuang ke tempat-tempat yang terhormat seperti di laut atau sungai-sungai besar.

Tentang kaedah membakar pula, Prof Madya Dr Abdul Hayei turut member info tambahan iaitu debu-debunya hendaklah dibuang atau ditanam ke tempat-tempat yang tidak terdedah kepada tapak-tapak kaki manusia dan haiwan. Syukur juga kepada Allah S.W.T, sebab Prof Madya Dr Abdul Hayei turut memiliki blog peribadi. Jadi tentang isu ini dan isu-isu yang lain, bolehlah sahabat merujuk ke blog beliau
Dr Abdul Hayei

36 comments:

zulkbo said...

salam..
alhamdulillah..
terima kasih perkongsian ilmu..
menafaat berguna d hari kemudian
jika ada yang nak di lupuskan..

aimie amalina said...

=]
sukenye dgn entri ni
baru taw
alhamdulillah
maceh ye!

kjaharun said...

ambil informasi ini untuk kehidupan :)

aibat said...

nice info..baru tau je ni...

gnesop.com said...

terima kasih atas perkongsian info..

shameel Iskandar said...

zulkbo.
moga dapat dimanfaatkan bila diperlukan

shameel Iskandar said...

aimie amalina.
Terima kasih juga sebab sudi bertandang ke blog saya. harap2 dpt dimanfaatkan.

shameel Iskandar said...

kjaharun.
sekadar berkongsi info. terima kasih ats komen.

shameel Iskandar said...

aibat.
moga-moga dpt dimanfaatkan nnt.

shameel Iskandar said...

gnesop.com.
sama-sama sop. yg ptg kita samapaikn info yg bermanfaat semampu mungkin.

Cikli said...

fardhu kifayah ni

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Cikgu Shameel,

Terima kasih berkongsi sesuatu yang ramai orang tidak mengetahuinya.

mamaNoriz said...

well done cikgu!

membuka minda dan menambah ilmu, harap takde lagi kes dibuang sesuka hati...

takut dgn bala Allah :(

NaeBlog said...

Salam cg.Shameel,

Masa kecik2 dulu, saya ingat ayah akan kumpul helaian Quran yang usang dan dibakar dalam bekas tin. Kemudian debu-debu tu dikumpul. Kata mak ayah letak debu tu kat atas kubur...
(kawasan tiada orang melangkah)

Terima Kasih atas perkongsian!

eszyamin said...

terima kasih...tapi kan klu quran tu dh trkoyak sendiri..xpe kan..??

Syuxer said...

tq perkhabaran info ini..ramai tidak tau camner nak hapuskan al-quran yang lusuh secara berhemah..semoga info ini dapat membuka mata muslim dan muslimah untuk menguruskan al-quran yang lusuh..:)..

kaedah yang dicadangkan diatas itu sungguh menarik seperti membasuh al-quran dengan sehingga hilang tulisannya dan airnya dibuang ke laut..satu kaedah yang terpuji kerna masih lagi terselit menghormati al-quran..:)

shameel Iskandar said...

Cikli.
Betul tu cikli. ni dah kategori fardhu kifayah.

shameel Iskandar said...

Kunang-Kunang.
trima kasih jugak kak ats kunjungan. moga2 kita semua dpt manfaatkan bila berhadapan dgn situasi sebegini.

shameel Iskandar said...

mamaNoriz.
amat menyedihkan apabila terdapat naskah al-quran dibuang sesuka hatiatas alasan trsala hcetak. padahal ada tatacara tertentu utk melupusaknnya.

shameel Iskandar said...

NaeBlog.
yer kn letak ats kubur, gerenti org tak melangkah. tapi elok juga jika ditanam seklai kt kawasan perkuburan sbb spy ia tak diterbangkan angin dan biar ia sebati dgn tanah

shameel Iskandar said...

eszyamin.
kalau terkoyak sendiri takpe tapi seeloknya cubalah lekatkan balik sbaia tanda menghormati dan memuliakannya. jika dah tak mau diguna sbb dah ada naskhah al-quran yg baru, boleh sajaha al-quran yg usang tu dimasukkan ke dalam bekas or kotak dan simpan baik2 di tempat yg mulia spt tempat yg agak tinggi.

shameel Iskandar said...

Syuxer.
moga dpt dimanfaatkan oleh semua

anamizu said...

wahhh bagus info ni..
cik ana tau jugak kaedah bakar tu..
yg kaedah basuh hingga hilang tulisan tu pon lebih afdhal :)






cik ana.

sobri yaacob said...

salam
pkongsian yg bagus
saya kita tau kaedah yg pling btul..
tq utk pkongsian :)

a.samad jaafar said...

salam buat sahabat yg dihormati..
akan saya ke blog yang sahabat nyatakan.. t kasih atas perkongsian..

Cik Yuyun Nadira said...

Betol ! ustaz saya penah gtau waktu kat skolah dlu , bakar dulu pas2 abu dia buang kat laut , tapi kna bagi tggelam dlu . am i right ? :)

Afida Anuar said...

a'aa, yang mahsyur saya dengar membakarnya la.

moga2 dapat manfaat bersama..

nahmy said...

السلم عليكم ورحمة الله

terima kasih atas info (termasuklah info berkenaan blog Dr Abdul Hayei). sesamalah kita jaga 'kesucian' kalamullah ini....

shameel Iskandar said...

anamizu.
ada mslh juga kaedah basuhan sbb ada juga naskhah al-quran yg dicetak guna dakwat kekal. lagi jika susah2 sgt bakar jer pastu tanam abunya kt tempat2 yg tidak dipijak oleh manusia dan haiwan. atas kubur contohnya.

shameel Iskandar said...

sobri yaacob.
Teirma kasih ats kunjungan dan komen. moga2 dpt memanfaatkn bila keadaan dan situasi memerlukan.

shameel Iskandar said...

a.samad jaafar.
Bagus sekali info kt blognya itu.

shameel Iskandar said...

Cik Yuyun Nadira.
tahniah Yuyun sbb dah tau kaedah melupuskan naskhah al-quran yg usang. harap2 dgn ini tidak berlaku lagi kesilapan dlm menghadapi masalah ini.

shameel Iskandar said...

Afida Anuar.
bakar tu kaedah paling mudah utk dilakukan. lagipun utk menghilangkan tulisan tu adakalanya sukar sebab adakalanya terdapat naskhah yg dicetak gunakan dakwat kekal

shameel Iskandar said...

nahmy.
moga2 dpt dimanfaatkan agar kalamullah sentiasa terjaga dan terpelihara

nuriz said...

kes buang al quran sekarang menjadi2, suk hati je buang camtu

shameel Iskandar said...

nuriz,
itulah msalahnya nuriz. padahal bukannya susah utk dilupuskan secara sah