Monday, September 5, 2011

Hukum Menggabungkan Puasa Qadha dan Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal.


(sila klik untuk tumbesaran yang sihat dan kuat)



Ini adalah episod kedua dari tajuk lepas, iaitu Lain-Lain Tentang Dua Dalam Satu

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Hadis sahih ini menunjukkan betapa besarnya ganjaran pahala kepada sesiapa yang berpuasa sunat enam hari di bulan syawal.

Telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang terutamanya wanita, iaitu kecenderungan untuk menggabungkan puasa sunat enam syawal dengan puasa qadha, atau dengan istilah lebih mudah, puasa 2 dalam 1. Persoalannya, adakah amalan ini direstui oleh syarak atau sekadar pandangan segelintir ulama yang kemudiannya menjadi kebiasaan yang diterima pakai.

Bicara ini hanyalah lanjutan hujah daripada beberapa orang tokoh agama Tanah Air, saya sekadar melebarluaskan pandangan mereka dengan menggunakan bahasa dan pendekatan tersendiri. Untuk memudahkan sahabat melakukan rujukan, akan saya sertakan link mereka nanti. Antara mereka yang saya maksudkan ialah Prof Dr Mahmud Zuhdi,seorang Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM, Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, bekas Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM, juga penulis Tafsir Pimpinan Muttaqin, Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan (KIAS) dan juga Musyrif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan., Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri , bekas pensyarah di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM, dan sekarang ini diamanahkan sebagai Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat.

Terus kepada tajuk, mengenai hal ini, ulama sebenarnya berbeza pendapat. Ada yang berpendapat, Ia boleh dilakukan dan ada juga ulama yang berpandangan sebaliknya, iaitu tidak boleh digabungkan antara puasa sunat syawal dengan puasa qadha.

Tentang pandangan ulama yang mengharuskan, sahabat boleh langsung merujuk artikel yang ditulis oleh Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor( klik SINI). Cuma, secara ringkas, ulama yang berpandangan sebegini merumuskan, apa sahaja puasa yang dilakukan dalam bulan syawal(sama ada qadha, nazar atau apa sahaja), dianggap memenuhi kehendak puasa enam hari di bulan tersebut. Jadi pahala puasa sunat syawal akan diperolehi secara automatik apabila seseorang melakukan puasa qadha dalam bulan syawal, sama ada dia niat atau tidak diniatkan puasa sunat itu.

Tentang persoalan niat pula, mereka berhujah bersandarkan dalil yang umum tentang niat, iaitu “ Amalan-amalan itu hanyalah berdasarkan niat-niat. Dan setiap orang mendapat hanya apa yang diniatkan.” (Hadis riwayat Bukhari no1 dan Muslim no 3530)

Bentuk pengambilan dalilnya ialah: orang yang berpuasa tadi berniat kedua-duanya. Justeru, terhasillah pahala bagi kedua-duanya.

Namun, menurut kebanyakan ulama, niat puasa yang mengabungkan antara Qadha dan puasa sunat Syawal hanya menjadikan ia sah untuk puasa qadha sahaja. Menurut Ibn Hazim pula kedua-duanya tidak sah. Hujah mereka ialah kerana kedua-dua ibadah tersebut merupakan ibadah yang dimaksudkan dan menjadi matlamat secara tersendiri. (Ibn Rajab al-Hanbali, al-Qawa`id, hlm. 24).

Matlamat Puasa Qada Ramadhan adalah kerana meninggalkan puasa Ramadhan. Matlamat Puasa enam Syawal pula adalah ekoran daripada puasa wajib Ramadhan. Lebih lanjut tentang penjelasan ini, langsung sahaja membaca artikel yang ditulis oleh Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri (klik SINI)

Menurut Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, yang juga dikenali sebagai Abu Anas Madani, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Sila rujuk artikel beliau (klik SINI) atau langsung ke web site Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan ( klik KIAS)

Secara peribadi saya amat tertarik dengan hujah yang diblontarkan oleh Prof Dr Mahmud Zuhdi. Beliau juga tidak menerima atau tidak mengharuskan amalan puasa dua dalam satu ini. Prof Dr Mahmud Zuhdi menegaskan amalan mengabungkan puasa qadha dengan puasa sunat enam syawal ini bercanggah dengan hadis yang bermaksud “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Umum mengetahui, MENGIRINGI membawa maksud berasingan dan bukannya digabungkan. Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kata Prof Dr Mahmud Zuhdi lagi, ia ibarat seseorang yang ingin membayar hutang, namun dalam masa sama, duit itu ingin disedekahkan kepada orang memberi hutang kepadanya. Tentu sekali tidak dapat diterima, sebab hutang wajib dilunaskan manakala sedekah pula hanyalah amalan sunat.

Kesimpulannya, eloklah dilaksanakan secara berasingan meskipun ada pendapat yang mengatakan ia boleh disatukan. Ambil jalan selamat di sebalik khilaf ulama. Selesaikan dahulu puasa ganti yang bertaraf wajib , kemudian barulah kita kejar puasa enam syawal yang bertaraf sunat. Segunung ibadat sunat tetap tidak mampu menandingi ibadat wajib. Jutaan solat sunat yang dilakukan tetap tidak bererti andainya solat fardhu tidak dilaksanakan. Segunung sedekah tiada maknanya andainya zakat diabaikan.

Saya berminat sekali untuk perturunkan nasihat yang titipkan oleh Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]”

51 comments:

zulkbo said...

salam..
selamat hari raya..
maaf andai ada kesilapan
antara kita..

terima kasih panduannya
itu..moga di berkati Allah
selalu.

nyanyisunyi said...

assalamualaikum..
terimakasih pejelasan yg terperinci untuk panduan lebih2 lagi para wanita.

Hatim said...

Ooo...
mcm tu rupanya,nice info,thanks....

Atika Aula said...

alhamdulillah
memang ustaz saya pun pernah bg tau, perkara ni memang ada khilaf.
terima kasih atas huraian :)

mamaNoriz said...

bagus ustaz,

menjelaskan lagi keadaan sbb mmg sya selalu duk berselisih pendapat dgn ofismate yg suka buat 2-in-1 ni...huhu

semoga kite dpt amalkan ibadah dgn lebih baik..

fathiah said...

tq 4 da info ya :D btw camat ary raya

:: Into The New World :: said...

terima kasih sudi berkongsi.

sy ada terbaca tentang ini perkongsian seorang saudara,
namun terbalik dgn info ni.
antara petikan :
'Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qadha dan puasa enam dengan berniat puasa qadha dibulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekaligus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qadha terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qadha adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.'
'Kebanyakan ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha, sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.'
byk lagi.
Wallahualam

Afida Anuar said...

Banyak sangat khilafnya. Tapi betul la, nak selamat, baik buat kedua2nya. Selesaikan dulu yang qada, kemudian baru diteruskan dengan puasa sunat. InsyaAllah moga2 Allah bagi kesempatan untuk melunaskan hutang2 ni...

shameel Iskandar said...

zulkbo .
Selamat hari raya juga dari saya. jutaan maaf juga saya pohon.

moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.

shameel Iskandar said...

nyanyisunyi.
Terima kasih kak ats kunjungan. selamat hari raya dan maaf byk2 jika ada salah dan silap sepanjang menjadi sahabt blogger. moga entry ini dpt dimanfaatkan.

shameel Iskandar said...

Hatim .
walaupun ulama berbeza pendapat tapi kita seeloknya ambil jalan selamat dgn melaksanakan qadha puasa dahulu sebelum menunaikan puasa sunat enam syawal.

shameel Iskandar said...

Atika Aula.
Sekadar perkongsian utk manfaat bersama. mmg ia khilaf ulama cuma kita hendaklah memilih jalan selamat

shameel Iskandar said...

mamaNoriz .
Trima kasih ats kunjungan. Tapi jgn larang pula ofis mate yg buat puasa 2 in 1 sbb ia juga diharuskan oleh sesetngah ulama. cuma, yg terbaik ialah buat secara berasingan.

shameel Iskandar said...

fathiah.
Selamat hari raya juga dari saya

shameel Iskandar said...

Into The New World.
Apa yg awk nyatakan tu mmg tepat. mmg sebahagian ulama mengharuskan termasuklh syikeh atiyah saqr. jika awk terus ke blog prof dr abdul hayei syukor yg telah sy linkn mmg ada huraian sebegitu( maksud saya hujah2 ulama yg menharuskan puasa qadha dan sunat 6 syawal digabungkan).

Cuma,ramai juga ulama yg membantah amalan puasa 2 in 1 ini. dan bagi majoriti ulama2 fiqh , tunaikan secara berasingan itulah yg terbaik

shameel Iskandar said...

Afida Anuar .
itulah yg sepatutnya. lunaskan dahulu puasa yg wajib dan anmdainya tidak berkesempatan utk menunaikan puasa sunat 6 syawal sekalipun, mudah2an kita dianugerahkan pahalanya disebabkan azam dan keinginan utk melaksanakannya.

Cikli said...

perbedaan pendapat bijak pandai dalam perkara-perkara macam ini adalah rahmat bagi orang Islam.

tehr said...

bila kita mahu amalan kita jadi terbaik
seeloknya buat dengan cara yang terbaik

selamat hari raya

NaeBlog said...

Salam cg.Shameel,

Terima Kasih kerana sertakan link2 tersebut... :-)
Ya, pentingkan yang wajib diganti dulu.

shameel Iskandar said...

Cikli .
Benar sekali. Ia adalah rahmat,dan kita hormati pandangan mereka yg berbeza ini, cuma kita seeloknya memilih yg terbaik dari segi hujah dan dalilnya.

shameel said...

tehr .
Selamat hari raya juga tehr. benar sekali, jika inginkan amalan yg terbaik kena buat dgn yg terbaik. buat secara berasingan, itulah yg terbaik

shameel said...

NaeBlog .
Link2 tersebut perlu disertakan sebagai rujukan. Satu lagi supaya saya tak dituduh memandai-mandai.

a.samad jaafar said...

salam dan selamat hari raya buat saudaraku shameel..

bagus saudara.. perbincangan yg memaparkan pandangan pro dan kontra adalah langkah yg bijak..

biasanya org kita lebih cenderung mengambil jalan yang mudah melebihi jalan yg selamat.. saya berkongsi pendapat yg sama dgn saudara..ambil saja jalan yg selamat..itu jalan yg terbaik..

~PENCHENTA~ said...

khilaf.

TQ untuk post ni.
banyak ilmu.

:)

Titisan Hujan said...

utamakan yg lebih utama

shameel said...

a.samad jaafar.
selamat hari raya juga buat saudara a.samad jaafar.Terima kasih kerana sehaluan dgn saya, pilih jalan selamat antara khilaf ulama.

shameel said...

PENCHENTA~.
Sekadar berkongsi utk manfaat bersama.

Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

shameel said...

Titisan Hujan .
Masih kat kampung ke?. Benar sekali utamakan yg utama dan pentingkan yg lebih penting. Inilah prinsip dlm fiqh al-awlawiyat

Latifah said...

terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat :)

~selamat hari raya

♥ nana i am ♥ said...

salam..
mohon share yee :)

selamat hari raya aidilfitri..

shameel Iskandar said...

Latifah.
Sekadar perkongsian utk manfaat bersama.

shameel Iskandar said...

♥ nana i am ♥ .
Dialu2kan utk share utk manfaat bersama yg perlu disebarluaskan.

Selamat Hari Raya

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. bertambah pengetahuan.. jelas dah apa yg tak jelas.. terima kasih atas perkongsian ini..

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. bertambah pengetahuan.. jelas dah apa yg tak jelas.. terima kasih atas perkongsian ini..

Anaa said...

terima kasih for the detail info... kalo combine rasa macam tak best je kan..rasa macam kedekut, hihi..

Syaza Kelyza said...

saya memang tak berani buat 2 dalam 1 ni . sebab takut bercanggah pulak .


salam Aidilfitri yek Shameel :)

shameel Iskandar said...

Hanis Azla.
sekadar perkongsian utk manfaat bersama. moga dapat di manfaatkn bersama.

shameel Iskandar said...

Anaa .
hahaha, betul tu. mcm berkira sgt dgn Allah kan. sdgkn Allah telah beri kita mcm2 nikmat sejajar dgn nama2nya sebagai Ar-Razaq dan al-Wahhab.

shameel Iskandar said...

Syaza Kelyza .
Tahniah syaza sbb memilih jalan selamat antara khilaf ulama.

Selamat hari raya juga dari saya dan maaf andai ada silap dan salah sepanjang menajdi sahabat blogger.

ika said...

info yg bagus...:) kita kerjakan yg wajib dulu baru sunat...

shameel Iskandar said...

ika .
Benar skali ika. utamakan yg wajib dan susuli dgn yg sunat.

caliph shuriken said...

nice sharing shameel ^^

TaTJ said...

Selamat Hari Raya Syeikh, info baik ni...minta permohonan utk copy info ni bagi tatapan teman2 hok lain...

Selamat Hari Raya Eidulfitri...

shameel said...

caliph shuriken.
Sekadar perkongsian utk manfaat bersama sejajar dg nsabda junjungan "sampaikan dariku walaupun satu ayat"

shameel said...

TaTJ .
Dialu-alukan sahabat utk copy dan share. kita sebarluaskan ilmu yg bermanfaat.

noornazuha said...

panduan yag berguna....just nak share ttg puasa ni kan..kalo diperhati,time bulan puasa,ramai yg berpuasa ikut org,tpi solat tetap tinggal..x paham btol dgn org mcm gitu...lepas tu time nak bbuka,dia yg beriya iya....sia sia jeh puasa kan

shameel Iskandar said...

noornazuha .
Dipersilakan Zuha utk share. Sebarluaskan ilmu utk manfaat bersama.

HaiDa HiDa said...

dah byak pendapat saya dgr berkenaan puasa qhada dan puasa enam ni.. dulu mmg selalu gabungkan sebb tak pernah kuar isu ini.. tapi lpas saya tahu, saya lbh prefer tuk asingkan..

terima kasih share info yg menjadi isu femes apabila abisnya bulan ramadan dan tibanya syawal..

Anonymous said...

Masih lg musykil tentang hal ini. Sahabat saya hanya mampu berpuasa 5 hari di bln ramadhan apabila dinasihatkn oleh doktor utk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkn kandungan beliau. Tiba bln syawal beliau rasa mampu utk berpuasa 6 dan berniat utk mengqada'kan yg trtinggal pd bln yg lain. Tapi jika beliau perlu mengqada puasa dahulu kemudian puasa 6, sudah tentula mustahil utk dilakukan. Mohon pendapat dr yg arif tntng hal ini.

shameel Iskandar said...

Anonymous.
Trima kasih Anon. Sbrnya mmg ada ulama yg berpendapat boleh di gabungkan puasa qadha ramadhan dgn puasa sunat 6 syawal. Tapi utk yg terbaik, kita cenderung utk memilih selesaikan yg qadha dahulu.

Mcm situasi sahabat Anom,kegigihannya utk berpuasa amatlah kita kagumi. Dgn mengambil kira situasi sahabat Anom,eloklah juga jika sahabat Anom buat puasa sunat enam syawal dahulu, dan saki baki bulan syawal tu bolehlah berpuasa qadha, lagi pun qadha itu tempohnya panjang, yakni sbln ramadhan tahun depan bertandang.

(Antara juga ulama pendapat sesetgah ulama ialah, apa sahaja puasa yg dilakukandlm bulan syawal akan tetap mendapat pahala puasa sunat enam syawal.Ada yg mengsyorkan agar diniatkan puasa qadha dan dgn sndirinya pahala 6 syawal akan tetap diraih. Allah a'lam.

Mansoura said...

Bagi sy yg dhoif ini, sy rasa boleh niat puasa enam & qadha dulu lps itu kalau di pjg kan umur mesti diganti puasa yg qadha itu. Samalah rasanya kalau sesaorang hendak menunaikan haji sedangkan hutang rmh & kenderaan masih belum habis dibayar. Sekiranya hendak menunggu htg ini habis di byr mungkin kesihatan& umur tidak mengizinkan. والله اعلم.