Saturday, September 17, 2011

Nasi Lemak 2.0 : Filem sulung Namewee




Filem ini menggunakan dialog dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan dialek Cina di Malaysia, dibintangi Afdlin Shauki, Adibah Noor, Nur Fathia dan vokalis Alleycats. Dan ia merupakan filem pertama arahan Namewee, individu yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi video klip `Negarakuku'

Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak nampaknya menentang dan membantah penayangan filem ini, Presidennya Faizal Affendi Hashim berkata pihaknya terkilan kerana filem berkenaan ditayangkan sedangkan penerbitnya pernah mencetuskan isu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia iaitu menerbitkan video klip `Negarakuku' yang menghina lagi kebangsaan dan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula menegaskan mana-mana pihak yang tidak yang tidak berpuas hati dengan penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan individu yang pernah mencetuskan kontroversi, Namewee, boleh mengemukan bantahan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sumber:
Malaysia Kini

Info Tambahan:


Jangan jadikan kontroversi ‘Negarakuku’ sebagai alasan untuk memadam dan memendam bakat Namewee. Lagipun ramai juga artis Melayu yang mencipta kontroversi yang lebih hebat. Paling hebat ialah Rosnah Mat Aris yang pernah menghina Siti khadijah. Isteri junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Ada juga artis Melayu yang mencipta kontroversi dengan terlibat sebagai pelakon video lucah. Tapi kesemua mereka telah dibenarkan untuk melanjutkan hayat lakonan masing-masing. Drama yang dilakonkan oleh mereka mula disiarkan kembali di dalam TV.

33 comments:

penaberkala said...

dah tengok filem ni
banyak adegan melucah,haha
tapi, lawak tu memang lawak
ada la jugak mesej yg cuba disampaikan walaupun sedikit

shameel Iskandar said...

penaberkala.
sy belum tgk lagi.tiba2 terasa nak tgk juga.

anamizu said...

wahh penaberkala dah tengok? sgt pantas anda! ;)

shameel,cik ana nk tgk jugak la :)

shameel Iskandar said...

anamizu.
Hahahah. mmg pantas penaberkala ni. sy pun nak tgk jugak pas2 nak tahu apa yg mybabkan sesetngh pihak membantah filem ni. kalau disebabkan kontroversi lepas. sgtlh tak wajar.

a.samad jaafar said...

salam sahabat..
bantah sebab angka 2.0 tu kot hahaha.. angka tu ada yg pandang mcm ternampak setan ! artis telanjang takpe bagi dorang.. seni tu yob hahaha..

Jiwa Hamba said...

setuju sekali dgn pandnagan a. samad jaafar. angka 2.0 tu yg sgt digeruni, kalau telanjang tu ramai yg menyukai

ozzy said...

Melayu mudah lupaa...

Titisan Hujan said...

malas la nak layan cte melayu


last2 t mesti menyesal tgk.huhuu

Na'im Nikmat said...

Ada ramai yang nak boikot sbb dia pernah hina bangsa Melayu & Islam tapi rasanya dia dah minta maaf. Kita maafkan lah jangan dia buat perangai lama sudah.

tehr said...

belum tengok filem ni
tak tahu nak bantah apa yang tak kena dengan filem ni

shameel Iskandar said...

a.samad jaafar.
mungkin juga sahabat sebab angka 2.0 tu amat digeruni sejak akhir-akhir ini. hahaha

shameel Iskandar said...

Jiwa Hamba .
mungkin ada benarnya. hahaha

shameel Iskandar said...

ozzy.
melayu mudah lupa sbb mungkin byk mkn semut kot. kena amalkan mkn kismis selalu utk kuatkn ingatan .

shameel Iskandar said...

Titisan Hujan.
saya pun jrg sebenarnya layan filem melayu. saya lagi suka layan filem tamil sebenarnya dri filem melayu ni. filem tamil byk pengajaran.

shameel Iskandar said...

Na'im Nikmat.
terima kasih sahabat ats kunjungan dan komen. mmg itu kesilapan dan kesalahan lampau Namewee. Cuma kita berharap agar dia tidak mengulangi lagi kesilapan itu.

shameel Iskandar said...

tehr .
sy pun belum tgk filem ni jadi tak boleh menilai apatah lagi menghukum lagi. cuma kalau criter yg baik mesti kita sokong walaupun dari pengarah dan pelakon bukan islam mcm filem Malcolm X

kjaharun said...

mcm menarik jekan cerita ni..
nak tgok... hehe :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

tingin nak tengok ceta nie :)

shameel Iskandar said...

kjaharun.
kalau tgk kpd pelakonnya mcm menarik tp syg publisitinya kurang.

shameel Iskandar said...

::ini belog saya . cinta hati saya:: .
kalau filem ni berjaya, Namewee akn jadi terkenal mengalahkan pengarah2 lain.

nurr said...

mls nk komen ape2..& Malas nk tengok..

Afida Anuar said...

ohh ini lah filemnya...

nahmy said...

ooo...mamat yg dok rasa dialah yg bagus sgt ni...herrmm...tak taulah nak kata. atau tunggu tv tayang je..free!

shameel Iskandar said...

nurr.
adakalan kontroversi yg dicipta mybbkan dia popular.

shameel Iskandar said...

Afida Anuar.
inilha filem dri pengarah yg pernah mencipta kontroversi. setakat mana kejayaannya sama2 kita tunggu dan lihat

shameel Iskandar said...

nahmy .
samalah kita, tunggu tv tayang baru tgk or download dri internet kalau ada.

nyanyisunyi said...

kalau yg hina Islam rasanya lebih berat dr hina lagu negaraku kan...

shameel Iskandar said...

nyanyisunyi.
Benar sekali kak. Hina islam termasuklah hina Allah dan Nabi adalah satu kesalahan yg amat besar. Sedangkan menghina negaraku, walaupun satu kesalahan tapi taklah serius menghina islam.

si para para said...

rasa rasa nak tengok jgk cerita ni.. nampak mcam best je...

si para para said...

orang hina lagu negaraku tak boleh.. hina agama tak pe pulak.. hina ulama'..

Cik Jannah said...

macam best lah filem ni. :)

shameel Iskandar said...

si para para .
kadang2 org kita ni lebih cintakan bangsa dari agama

shameel Iskandar said...

Cik Jannah .
Kalau tgk kpd pelakonnya, rasa2nya best filem ni tapi sy tunggu DVD or layan kt TV jer nnt.