Wednesday, April 27, 2011

HUKUM WANITA BERSOLAT TANPA MEMAKAI TELEKUNG.

(pemakaian telekung yang begitu
sinonim dengan muslimah melayu)


Pada mulanya, saya tidak berminat untuk memperkatakan perkara ini, saya kira semua sudah maklum akan hukumnya wanita yang bersolat tanpa memakai telekung.


Pada anggapan saya, rata- riti sudah mengerti dan isu ini tidak perlu diperkatakan lagi. Tapi setelah ‘mengembara’ ke facebook rakan-rakan dan ke youtube, ternyata salah faham tentang perkara ini masih lagi membelit segelintir umat islam. Saya amat yakin, semua ini berpunca apabila kelaziman dan kebiasaan telah dijadikan sandaran dalam menghukum, akibatnya si penghukum menjadi sangat anti terhadap apa-apa sahaja yang menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman. Saya juga amat yakin, andainya tidak dirungkai, salah faham ini akan terus melebar tanpa sekatan dan meluas tanpa sempadan.


Kat facebook, seorang rakan saya telah mengupload gambar wanita yang bersolat tanpa memakai telekung ini. Respons atau komen yang diterimanya laris sekali. Ada yang memberikan komen berdasarkan kefahaman dalam beragama. Tapi ada juga yang berhujah persis orang yang mandul akal, bagi mereka telekung berwarna putih itu adalah uniform wajib untuk seseorang wanita bersolat.





Jadi, berpunca dari ini, saya tergerak hati untuk menulis entry ini. Kata-kata seorang rakan blogger yang berbangsa Kadazan (bluedianthus ) kat shoutmix saya beberapa ketika yang lalu kembali segar dan bugar di ingatan “buatlah entri yang sekurang2nya boleh bagi input kepada pembaca. Kalau blog digunakan utk kebaikan..banyak pahalanya.. yup..rasa macam diri ni berguna kan”


Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.

Tentang aurat bagi wanita ketika bersolat, ia sama sahaja dengan aurat di luar solat, iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.

Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Namun, bersolat dengan memakai pakaian yang ketat dan sendat tetap sah hukumnya, kerana syarat penutupan aurat telah terlaksana, iaitu tidak menampakkan warna kulit. Cuma, ia tidak termasuk dalam kategori menutup aurat dengan sempurna.

Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) dan agak tebal ( tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah islam yang sebenar yang tidak sesekali merumitkan penganutnya.



Di sini, saya sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Untuk pengetahuan sahabat, di Kelantan, telah berkali-kali Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat( tolong jangan tafsrikan ini sebagai entry politik, walaupun saya telah menyentuh nama seorang tokoh politik) memperbetulkan salah faham ini menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu. Katanya, telekung dan warna putih bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara. Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.

Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.

Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.






Saturday, April 23, 2011

Kematian Itu Satu Temujanji



Kita Yakin

Kematian Itu Satu Temujanji.

Kita Tahu

Kematian Semakin Menghampiri.

Kita Sedar

Kematian Akan Kita Ketemui.

Carilah Ruang.

Untuk Lebih Lama Bersujud Kepada-Nya.

Intailah Peluang

Untuk Lebih Akrab Dengan-Nya.



‘Onlinedengan-Nya.

Perlu Disegera.

Usah DITangguh

Jangan DiTunda.

Kerna Kita Tidak Tahu.

Sampai BILAKAH

KITA AKAN TERUS BERNYAWA.







Wednesday, April 20, 2011

Kisah Guru Tadika Tak Percayakan Tuhan

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Dia menanya soalan soalan yang akan mengelirukan murid murid nya….

Guru tadika : Anak2, nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.

Guru tadika :
Pen ada kan.
Anak2 : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak2, nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.

Guru tadika :
pen ada tak?
Anak2 : takde cikgu.

Guru tadika:
Anak2 nampak tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.

Guru tadika :
tuhan ada tak?
Anak2 : takde cikgu.



Guru tadika sangat gembira sebab tujuan dia nak brain wash otak budak2 tu berjaya.Tetapi dalam banyak2 budak tu ada seorang budak yang pintar, dan dia mengangkat tangan untuk menanya guru tadika itu..


Budak A : Cikgu boleh saya tanya sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.

Budak A : kawan2 nampak cikgu tak.
Kawan2 : nampak.

Budak A :
cikgu ada kan?
Kawan2 : ada.

Budak A : kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kawan2 : tak nampak.

Budak A: cikgu ada otak tak?
Kawan2 : tak de



Sumber : lihat sini

Sunday, April 17, 2011

SULTAN KELANTAN DIFITNAH PEMABUK


( lihat SINI kalau nak lihat kebiadapan Sulaiman yang lain. Klik gambar di atas untuk Tumbesaran)


Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Begitu juga dengan ungkapan berbunyi, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata , badan binasa. Begitulah hebatnya nenek moyang kita mendidik cucu cicitnya agar berhati-hati menyusun kata dan mengatur bicara. Entah dari mana datangnya makhluk yang bernama Sulaiman Ali Sulaiman. Biadap dan amat biadap, dengan penuh kebiadapan dia telah menghina seluruh Kelantan. Dan paling biadap Sultan Kelantan turut dituduhnya sebagai kaki botol. Saya dimaklumkan laporan polis telah dibuat terhadapnya semalam(16.4.2011).






( Inilah Sultan Yang di Gelar Setan Pemabuk)








(Mabukkah Sultan Kelantan)



(Pujian Dr Asri terhadap kewarakan Sultan Kelantan yang dituduh pemabuk)

Friday, April 15, 2011

Jangan Pernah Lupa

Mereka Sering DiBuru Resah

Mereka Selalu DiHambat Gelisah.

Mereka Terhukum Oleh ‘Kesilapan’ Sejarah.

Hinggakan Bumi Indah Bermandikan Darah.

Namun.

Tanpa Penat Tanpa Lelah.

Perjuangan Mereka Takkan Bernoktah.


Sekadar Mengingatkan Diri Sendiri. Sesungguhnya Mereka Terlalu Dekat Dengan Kita. Dekat Bukan Kerana Sempadan Geografi. Tapi Kerana Kita dan Mereka, Adalah Sebangsa Dan Seakidah.

Info Tambahan: Perjanjian Bangkok 1909 itu, kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Namun perjanjian ini juga telah menyaksikan Wilayah Selatan Thailand yang terdiri dari Pattani , Narathiwat dan Yala pada asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Melayu , telah diserahkan kepada kerajaan Thailand. Penduduk Selatan Thailand, Narathiwat , Yala dan Pattani, adalah berbangsa Melayu dan bahasa yang mereka gunakan dalam pertuturan adalah bahasa Melayu loghat Kelantan( dengan sedikit perbezaan).












Tuesday, April 12, 2011

UMAT ISLAM DI VIETNAM

Saigon Mai, Ho Chi Minh City.
Kelihatan pakaian untuk wanita islam dijual
di dalam kedai tersebut



Bicara saya kali ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya perolehi berasaskan pemerhatian dan penelitian saya sepanjang Berkunjung Ke Vietnam

Di sini, saya sekadar ingin berkongsi dan bukannya menjalankan peranan sebagai ahli kaji masyarakat. Ia berdasarkan pemerhatian dan penelitian secara peribadi terhadap masyarakat dan tempat yang dilawati. Adalah mustahil untuk saya meneliti dan memerhati secara tuntas jika tempoh dan waktu saya berada di sana hanyalah sekejap sahaja, cuma lima hari . Jadi, untuk menjadikanya lebih segar dan bugar, saya gabungkan pengalaman itu dengan sedikit fakta yang saya kutip melalui pembacaan.

Paling penting bagi saya, pengalaman dan pengetahuan yang disepadukan dapat pula menatijahkan pengajaran yang bermakna buat diri sendiri.


Sediakan wang cukup-cukup.
Pastikan USD dibawa bersama selain VND



Setelah terpandang Saigon Mai ( sebuah tempat atau kedai menjual pakaian di HCMC) seperti dalam gambar di atas saya terus beranggapan, pasti sahaja ramai muslim di sini memandangkan terdapat pakaian-pakaian untuk wanita-wanita islam yang dijual di situ. Menerusi pekerja kedai itu, saya dimaklumkan pakaian-pakaian itu( baju kurung, telekung dan macam-macam lagi yang biasa digunakan oleh wanita islam dari Asia Tenggara ) biasanya dibeli oleh pekerja-pekerja beragama islam dari Malaysia dan Indonesia. Tertanya-tanya sendiri, bagaimana dengan penduduk tempatan yang beragama islam?

Satu lagi petunjuk yang untuk mengetahui jumlah atau bilangan umat islam di sesuatu tempat ialah dengan melihat kewujudan restoran halal. Tentang Restoran Halal di Ho Chi Minh, sebenarnya agak susah juga untuk saya ketemui, ini memandangkan pertama kali saya menjejakkan kaki ke sana. Pesan saya kepada sahabat yang ingin berkunjung ke sana, eloklah melayari internet terlebih dahulu untuk mencari maklumat tentang restoran halal sekitar Ho Chi Minh. Lainlah kalau sahabat berkunjung ke sini dengan menggunakan khidmat pakej muslim, tentu sekali tiada masalah untuk makanan halal.



Setelah beberapa hari berada di sini, barulah saya sedari terdapat agak banyak juga restoran halal di Ho Chi Minh (antara yang terkenal ialah Restoran Shamsudin dan Halal Saigon), Cuma harga makanan yang dihidangkan agak mahal. Sangat mahal sebenarnya, harga untuk nasi goreng biasa berserta milo ais hampir mencecah RM40.00.




lunch kat restoran Halal Saigon


Apa yang pasti,kebanyakan restoran halal di sini diusahakan oleh warga luar seperti Pakistan,dan terdapat juga sebuah restoran yang dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia, Restoran Shamsudin namanya. Namun yang paling menarik minat saya ialah Restoran Halal Saigon, yang lokasinya bertentangan dengan Masjid Musulman.


tiga gadis vietnam - pekerja hotel yang membantuku
dalam mengenali restoran halal di Ho Chi Minh


Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada beberapa orang pekerja hotel di tempat saya menginap,( tiga orang gadis Vietnam yang manis)kerana memberikan phamplet tentang lokasi-lokasi restoran halal sekitar Ho Chi Minh. Sedikit sebanyak ia membantu saya mencari lokasi tersebut.


bersama rakan kat Chu Chi Tunnel


Tapi, yang menjadi persoalannya, kebanyakkan yang menjamu selera di restoran-restoran halal ini adalah warga-warga luar seperti pelancong dari Malaysia dan Indonesia. Bagaimana pula dengan warga tempatan yang beragama islam?

Jutaan maaf saya pohon, sebab tidak merakam gambar-gambar restoran yang saya kunjungi. Mungkin disebabkan Kunjungan saya bukan bermatlamatkan jalan-jalan cari makan, maka saya kurang berminat untuk merakam gambar restoran halal ini, meskipun saya tahu ia amat penting untuk sahabat-sahabat yang ingin jadikan rujukan apabila ingin berkunjung ke sana.

kebetulan terserempak dengan Mat Sabu di Muzium Perang


Bagaimana pula dengan lain-lain kawasan seperti di ibu kota Vietnam, iaitu Hanoi yang nun jauh di Utara. Tidak dapat saya perkatakan memandangkan ia di luar pemerhatian dan penelitian saya, ini kerana tempoh lima hari itu saya habiskan sekitar Ho Chi Minh( Bandar terbesar di Vietanam) dan beberapa kawasan di sekitar Vietnam Selatan termasuklah sekitar lembah sungai Mekong.Tetapi secara kebetulan, saya berjumpa Mohammad Sabu, seorang AJK PAS Pusat( tolong jangan anggap ini sebagai entry politik) di Muzium Perang Ho Chi Minh.

Katanya, di Hanoi(kebetulan Mat Sabu baru pulang dari Hanoi sebelum ke Ho Chi Minh), lagi susah nak mencari restoran halal. Insha-Allah, jika diizinkan-Nya, teringin juga saya ke Hanoi satu masa nanti.


tidak jauh dari Pasar Ben Thanh- terdapat juga sebuah restoran halal


Tentang masjid pula, terdapat beberapa buah masjid yang saya ketemui sepanjang berada di Ho Chi Minh. Saya dimaklumkan terdapat lebih kurang 16 buah masjid di sekitar Ho Chi Minh. Namun, saya hanya sempat solat qasar di Masjid Musulman sahaja, ini kerana lokasi masjid ini bertentangan dengan restoran Halal Saigon.

Apa yang pasti,berdasarkan pemerhatian saya sewaktu berada di dalam masjid itu, kebanyakkan yang bersolat ialah warga luar yang terdiri daripada pelancong dan pekerja. Sesudah solat, sempat saya bersalaman dengan beberapa orang penduduk islam tempatan yang bersolat di situ.



Masjid Musulman

Tapi, disebabkan masalah bahasa(dia hanya boleh berbahasa Vietnam), komunikasi kami terhalang. Semasa berbicara, dia sering menununjuk-nunjuk ke arah janggut dan kopiahnya. Jujur, saya tidak dapat memahami apakah yang ingin lelaki islam warga tempatan itu sampaikan. Namun, beliau dan penduduk islam tempatan lain (yang beribadat di dalam masjid itu) amat menyenanagi kehadiran saya dan rakan-rakan. Mereka satu persatu saya salami, terasa eratnya ukhwah dan jauh di sudut hati, saya cuba menebak tentang keperitan yang mereka alami pada peringkat awal perlaksanaan sistem pentadbiran komunis di Vietnam.

Langsung sahaja ke -->SINI, untuk maklumat lanjut tentang masjid dan restoran halal di Vietnam



Masjid Musulman


Apa yang paparkan di atas adalah berdasarkan pemerhatian dan penelitian saya, sekarang saya paparkan pula perihal umat islam di Vietnam yang saya perolehi menerusi pembacaan. Sebelum meneruskan bicara, ingin saya tegaskan betapa pentingnya kita mengetahui sejarah Kerajaan Melayu Champa yang menguasai bahagian tengah Vietnam hari ini. Ini kerana kerajaan tersebut merupakan sebuah kerajaan yang dimiliki oleh etnik Cham ,sebuah etnik yang dikategorikan dalam kelompok rumpun Melayu sebagaimana etnik Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan lain-lain.

Etnik Cham merupakan penganut islam terawal di Vietnam, dan merekalah yang membina Kerajaan Champa (sering ditulis sebagai Kerajaan Melayu Champa). Pada mulanya orang melayu Cham beragama Hindu tapi lama-kelamaan mereka menganut agama islam. Jadi, bahagian tengah dan selatan Vietnam sekarang adalah di bawah kekuasaan umat islam pada suatu ketika dahulu.

ini dalam perjalanan ke Sungai Mekong- Mungkinkah perkataan CHAM PHA itu
merujuk kepada petempatan etnik Champa



Mengikut Steen Hansen dalam bukunya Vietnam (Economically Developing Countries),negara Vietnam mula dibentuk setelah Kerajaan Champa dimusnahkan oleh orang-orang Vietnam pada tahun 1656. Malah, dari situlah bermulanya tapak dan asas ke arah pembentukan Vietnam yang ada hari ini(meskipun pernah dibahagikan kepada Vietnam Utara dan Selatan buat seketika kerana perbezaan idealogi) .


Kekalahan dan seterusnya penguasaan orang-orang Vietnam menyebabkan masyarakat Melayu Cham mula bertaburan, sesetengahnya membina kehidupan di Kemboja(dikenali sebagai Khmer Islam dan mereka adalah sebahagian daripada 4% penganut islam di Kemboja) dan sesetengah lagi melarikan diri ke tempat-tempat lain termasuklah Thailand dan Tanah Melayu. Malah dipercayai keturunan Tuan, Nik dan Wan yang terdapat di Malaysia adalah berasal dari keturunan Melayu Cham. Hingga ke hari ini, kerajaan yang dahulunya ditadbir oleh bangsa Melayu Cham ini mula luput dari peta dunia hinggakan warga dunia seakan-akan lupa akan kewujudan kerajaan Melayu Champa suatu ketika dahulu


Mengikut HarakahDaily peta asal Kesultanan Melayu Champa masih lagi berada dalam simpanan Perancis, sebuah kuasa Barat yang pernah menguasai Vietnam suatu masa dahulu. Tentang sejarah masyarakat Melayu Cham dan Kesultanan Melayu Champa, jika sahabat ingin mengetahui dengan lebih panjang lebar, eloklah merujuk sebuah rencana ilmiah yang ditulis oleh pengkaji di Universiti Teknologi Mara (UiTM), lihat-->: SINI


sebuah perkampungan berhampiran lembah sungai mekong.
mungkinkah terdapat masyarakat islam di sini terutamanya dari etnik Cham.



Kembali kepada tajuk, Mazlan Nordin, konsultan Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia dalam ahkbar Mingguan Malaysia bertarikh 12 April 2009, ada mengulas sebuah laporan yang ditulis oleh Prof Hussin Mutalib dari National University Of Singapore, tentang keadaan minoriti umat islam di mana-mana negara. Dicatat di situ tentang jumlah umat islam di Vietnam hanyalah satu peratus (1 %) atau 800 ribu orang daripada 85 juta orang rakyat Vietnam. Kalau di Kemboja, seramai 34 % masyarakat melayu Cham mendiami kawasan sekitar Sungai Mekong, jadi saya beranggapan begitu jugalah dengan Vietnam. Sebabnya masyarakat Cham ini berasal dari Vietnam dan pasti sahaja masih ramai yang menetap di Vietnam berbanding di Kemboja. Apatah lagi Sungai Mekong juga dikongsi bersama antara Vetnam dan Kemboja. Malah, ketika dalam perjalanan ke Sungai Mekong tempoh hari saya ternampak papa tanda bertulis CHAMPA. Mungkinkah ia merujuk kepada perkampungan masyarakat Melayu Cham.

Lagi malang, tidak cukup dengan jumlah yang kecil ( 1 %), umat islam di Vietnam ini terbahagi pula kepada dua, iaitu Islam sunni dan islam Bashi( sesetengah sumber menyebut sebagai islam Bani, yang dikatakan tergelincir dari ajaran islam sebenar- Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Hakikat Ini)

Moga, apa yang saya paparkan dengan mengabung jalinkan pemerhatian, penelitian dan fakta menerusi pembacaan dapat memperkenal sahabat dengan umat islam di Vietnam. Moga, selepas ini, jika sahabat berkunjung ke Vietnam, terutamanya di Ho Chi Minh City (Saigon),sahabat tidak hanya membeli belah di Pasar BenThanh atau sekadar ke Chu Chi Tunnels . Tidak juga semata-mata ingin menyusuri Sungai Mekong, tapi lebih dari itu ialah untuk mengenali saudara seagama dan seakidah dengan kita yang seakan-akan dilupakan oleh dunia.


Info Tambahan : Mulai 13. April.2011, Astro Oasis akan menyiarkan Rasa Halal Vietnam, pada setiap hari rabu, pukul 7.30 petang. Mungkin, info tentang restoran halal di Vietnam akan dapat sahabat perolehi dari rancangan ini.

Telur Tiruan, Dakwaan Yang Tidak Benar

PUTRAJAYA – Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya. Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.

“Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam. Sumber : kosmo

Sunday, April 10, 2011

kerja RUMAH



Anggaplah entry sebagai kerja rumah, tanpa perlu menyusun kata dan tanpa perlu mengatur bicara. Diistilahkan sebagai kerja rumah bukalah disebabkan ia ditulis di rumah sambil menonton TV, tapi sebab gambar-gambarnya saya shoot ketika pulang bercuti di kampung baru-baru ni. Entry ni sebenarnya untuk memastikan blog saya tidak bersawang.




Bunga, apa-apa bunga sekalipun (kecuali Bunga Citra Lestari) sering kali dikaitkan dengan perempuan. Tentu ada makna berselirat seribu di sebalik perkaitan ini. Baru-baru ini wanita yang diibaratkan sebagai bunga ini dianggap mengundang kecelakaan kerana sering cuai apabila memandu di jalan raya seperti yang didakwa YB Bung Mokhtar( MP Kinabatangan). Tidak cukup dengan itu, Pahlawan Melayu yang gagah perkasa YB Ibrahim Ali (MP-Pasir Mas),pula medakwa peningkatan kes hubungan sulit kerana isteri mengabaikan ‘tanggungjawab mereka’ terhadap suami (LIHAT SINI).






Shoot gambar kanak-kanak memang menarik, sebab kecomelan mereka adalah satu kesenian. Tapi menarik juga kalau dapat shoot gambar makcik-makcik yang sedang menjemur ikan kering di perkampungan nelayan atau shoot sahaja aktiviti-aktiviti nelayan seperti menjahit jala, menolak perahu ke laut atau bermain dam pada waktu petang. Tapi sayang, saya belum berkesempatan. Pulang ke kampug jarang-jarang sekali dan di Ipoh pula,langsung tidak ada perkampugan nelayan. Tapi, Kampung Baru yang didiami orang Cina memang ada dan agak banyak.





Friday, April 8, 2011

Bersamamu TV3- Kisah Ayang






Mungin ada antara sahabat yang menonton Bersamamu TV3, pada malam rabu lepas (6.4/2011), Kisah tentang Ayang atau nama sebenarnya Muhammad Nur Hakim bin Hasram. Untuk pengetahun sahabat, arwah bersekolah di sekolah saya sejak tingkatan satu(2009) dan saya merupakan guru kelasnya untuk tahun ini( tingkatan tiga). Sepanjang sesi persekolahan tahun 2011, arwah tidak pernah hadir ke sekolah lantaran masalah kesihatannya. Beberapa bulan yang lepas, rasanya bulan Febuari, arwah dan ayahnya datang ke sekolah untuk berjumpa saya . Masalah pendaftaran untuk PMR dan buku teks yang diutarakan. Itu bukti, arwah seorang yang prihatin terhadap pelajaran, meskipun dalam kesakitan tapi masih memikiran buku teks untuk mengulangkaji di rumah.


Sepanjang menderita kesakitan, saya sempat menziarahi arwah. Tika itu, arwah masih boleh berbual dengan ramah meskipun menahan kesakitan. DAN, pada hari jumaat pada pukul 2.40 petang saya dimaklumkan oleh seorang Guru Penyelia Petang dan Guru Kanan Bahasa tentang pemergiannya. Tika tu, saya berada di Sungai Siput atas urusan peribadi. Agak terlewat saya ke rumah arwah, iaitu sewaktu solat jenazah diadakan. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Monday, April 4, 2011

nota hati seorang GURU




VIDEO ini mendapat kritikan yang hebat. Ditambah pula dengan kes yang dilaporkan dalam akhbar METRO ini. Nak salahkan orang yang mengkritik 100% pun tak boleh juga, cuma sebagai guru ia sewajibnya dijadikan pengajaran agar pisang tidak berbuah dua kali. NOTA HATI buat diri sendiri(kerana saya juga seorang guru) dan juga rakan-rakan guru( termasuk rakan-rakan blogger yang sedang mengikuti kursus perguruan baik di IPGM dan IPTA)Dan IA telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkan kepada malaikat lalu ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda itu semuanya, jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: “ Maha Suci Engkau ( Ya Allah) kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang kau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana.” (SURAH AL-BAQARAH , ayat ke-31-32). Berdasarkan kalam Allah ini, jelaslah sejarah PEMBELAJARAN telah bermula sejak sekian lama. Allah yang MENGAJAR dan Adam(termasuk Malaikat) yang DIAJAR. Tentang profesion keguruan, walaupun bukan itu cita-cita saya, namun inilah denyut nadi dan degup jantung saya sekarang. Cintanya saya terhadap profesion keguruan pernah saya abadikan dalam dua buah cerpen saya, iaitu Dalam Hati Seorang Guru dan Resah Seorang Guru . Kedua-duanya telah disiarkan dalam sebuah Majalah terbitan Karangkraf.