Thursday, June 30, 2011

Kajol berhati kering.



KOTA BHARU: “Saya tidak kisah semua itu,” kata penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, yang akhirnya bersuara selepas usaha menemubualnya sebelum ini menemui jalan buntu.
Kajol berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi terbaru membabitkan dirinya yang disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu dan digam stesen radio swasta terkenal Kelantan, Manisfm.
Bagaikan ‘berhati kering’ Kajol selamba memberitahu tidak ambil kisah sebarang berita yang disiarkan mengenai dirinya.

Bagaimanapun, kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri yang terkenal dengan lagu irama Bollywood itu enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi membabitkan dirinyinya.
DOSA Kajol bukan setakat menjadi Mak Nyah, tapiu lebih teruk dari itu kerana mengisitharkan dirinya sebagai bukan islam.

HUKUM LELAKI MENYERUPAI WANITA DAN WANITA MENYERUPAI LELAKI.
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,aitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.


Keterangan/Hujah:

Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud) :

Rujukan : E-Fatwa

Info Tambahan:
Lagu-lagu Kajol , lihat SINI dan SINI







Wednesday, June 29, 2011

#2 Wordless Wednesday: Bunga.








Monday, June 27, 2011

Allah Tidak Pernah Penat



Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Allah Tidak Pernah Penat

Hadith :
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”

(al-Bukhari)



Huraian
Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan kepada umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat Islam juga turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka termasuk hal-hal ibadat. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 185 yang berbunyi : “Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“ Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. Yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya.


Rujukan ; E-Hadith JAKIM





p/s= Jutaan maaf, streamyx saya buat hal sejak semalam,Jadi saya tidak dapat BW. Sekarang ni saya buat kunjungan dari dari kedai mamak.

Sunday, June 26, 2011

Jom Terjah Blogger Terbaik Bersama Sharifdez



Wah! Sungguh tak dsangka, saya turut tersenarai dalam bloglist Sharifdez ni. Sebenanrya ada 20 blogger yg tersenarai, termasuk saya. Blogger tu sebagaimana yang tersenarai di bawah ni.

1. http://mssurayah16.blogspot.com/
2. http://norhafeezah.blogspot.com/
3. http://sempoi-zone.blogspot.com/
4. http://amayacrew.blogspot.com/
5. http://bibie-mumui.blogspot.com/
6. http://myazreenshafila.blogspot.com/
7. http://www.bicaradariaku.com/
8. http://platunkhaz.blogspot.com/
9. http://www.silampuneon.com/
10. http://duniakushida.blogspot.com/
11. http://tinta-sinarislam.blogspot.com/
12. http://sometimeshepisometimessad.blogspot.com/
13. http://wanitagirlz.blogspot.com/
14. http://ceritasana-sini.blogspot.com/
15. http://papamacho.blogspot.com/
16. http://farah-duta.blogspot.com/
17. http://ebeesabirah.blogspot.com/
18. http://mohamadnizammat.blogspot.com/
19. http://sayanakcerita.blogspot.com/
20. http://nurdalila-abdullah.blogspot.com/

Blogger2 yang dapat masuk bloglist blog sharifdez ni sebab memfollow blognya.Bagi saya blog sharifdez ni menarik dan mengundang pesona untuk menghayatinya. Serius bah.

Friday, June 24, 2011

Kenali Ulama Pewaris Nabi.

(Dr. Yusof al-Qaradawi)

Islam yang sampai kepada kita umpama air yang telah mengalir selama 1400 tahun. Jika air yang asalnya jernih, mengalir begitu lama sudah pasti dicemari dengan kelodak dan sebagainya, dan untuk membersihkannya semula memerlukan penapis.

( Dr. Wahbah Zuhaili)


Demikian juga Islam, untuk memahami Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW memerlukan penapis yang bersih.


( Tok Kenali)

Penapis itulah para ulama yang ikhlas mengajarkan ilmu. Semoga Allah SWT mengekalkan di bumi ini para ulama yang ikhlas membantu menegakkan agamaNya, insya-allah.





Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday: Bot Nelayan















Sunday, June 19, 2011

BERLIBUR KE JAKARTA DAN BANDUNG.

(Tangkuban Parahu)


Ini adalah sambungan daripada entry lepas, sila lihat : -->SINI


Pada 31.Mei hingga 3 Jun 2011, saya sempat ke Jakarta dan Bandung . Ini merupakan kali kedua saya ke Indonesia , sesudah berkunjung ke Medan Sumatera Utara, pada tahun lepas. Sebenarnya tidak banyak tempat yang sempat dilawati memandangkan tempoh kunjungan yang agak terhad, empat hari sahaja.


(Tangkuban Parahu)


Sebaik sampai ke Soekarno–Hatta International Airport, saya dan rakan-rakan terus ke Bandung. Jarak antara Jakarta ke Bandung taklah jauh sangat, saya dimaklumkan sekitar 120KM sahaja, tapi kerana kesesakan jalan raya, ia terpaksa mengambil masa yang agak lama.

Jakarta dihuni oleh 20 juta orang ( rakyat Malaysia pula, secara keseluruhannya, dari Perlis hingga ke Sabah, hanyalah sekitar 27 juta orang), cuba bayangkan betapa kroniknya kesesakan jalan raya sekiranya 20% daripada penghuninya keluar ke ibu kota Indonesia itu. Keluar untuk berlibur,berwisata, membeli belah, urusan kerja atau apa sahaja, pasti sahaja mengundang kesesakan jalan raya yang ketara.



(Tangkuban Parahu)


Bandung dikenali juga dengan gelaran Paris van Java, iaitu "Paris di Jawa", Maaf, saya tidak bisa ngerti maksud disebalik ungkapan ini. Bandung teletak di Jawa Barat dan majoriti penduduknya adalah etnik Sunda dan juga Jawa. Tangkuban Parahu merupakan lokasi pelancongan yang terkenal di Bandung. Ia merupakan kawah gunung berapi, saya tak pasti adakah ia masih aktif ataupun tidak. Ada cerita di sebalik Tangkuban Parahu, cerita legenda Sangkuriang, yang jatuh cinta dengan ibunya, Dayang Sumbi.

Untuk menggagalkan niat anaknya yang ingin mengahwininya, Dayang Sumbi mensyaratkan Sangkuriang membuat sebuah perahu. Kerana usahanya gagal, Sangkuriang marah lantas menendang perahu itu, perahu inilah yang kemudiannya membentuk Gunung Tangkuban Parahu. Mitos semata-mata macam kisah Puteri Santubong kat Sarawak juga.



(Tangkuban Parahu)


Selain Tangkuban Parahu, lokasi yang boleh dianggap sebagai wajib dikunjungi apabila berkunjung ke Bandung ialah Pasar Baru Trade Centre. Ia persis Pasar Ikan di Medan dan Benh Thanh Market di Ho Chi Minh(Saigon) Vietnam. Macam-macam benda yang dijual di sini. Tapi hati-hati, sebab kes ragut sering berlaku di sini.


(Tangkuban Parahu)


Walau apapun, yang mengundang pesona saya sepanjang di Bandung, ialah sawah padinya yang ditanam secara berteres,. Landskap yang mustahil untuk kita tatapi di Malaysia. Sungguh, ia benar-benar menarik dan menawan. Saya yang sukakan keindahan alam terpana dengan keindahan itu.



(Tangkuban Parahu)



Berbicara tentang Jakarta pula, kami mulakan dengan mengunjungi Monumen Nasional (MONAS). MONAS merupakan monumen kebanggaan rakyat Indonesia dan dibina untuk mengenang perjuangan rakyat Indonesia memperjuangkan kemerdekaan Indonesia daripada Belanda.



Tangkuban Parahu- Penjual Angklong,
alat muzik tradisional etnik Sunda

Selain MONAS, Taman Mini Indonesia Indah juga merupakan lokasi wajib dikunjungi andainya berwisata ke Jakarta. Sebenarnya ia persis Taman Mini Malaysia di Melaka dan Sarawak Cultural Village di Kuching Sarawak, tapi disebabkan Indonesia mempunyai banyak etnik, tentu sahaja Taman Mini Indonesia ini lebih luas. Segala rumah yang mewakili setiap etnik atau suku kaum yang mendiami Indonesia didirikan di sini. Antaranya rumah etnik Batak di Sumatera Utara dan etnik Minangkabau di Sumatera Barat.



(Pasar Baru Trade Center- Bandung)


Tidak lengkap kunjungan ke Jakarta jika tidak bertandang ke ITC Mangga Dua Mall. Kompleks setinggi lima tingkat ini menjual pelbagai barangan. Dari peralatan komputer hinggalah ke souvenir. Begitu juga pakaian dan macam-macam lagi. Apa yang pasti, membeli belah di sini agak memuaskan hati. Kepakaran dalam tawar menawar amatlah diperlukan, jika tidak anda akan ‘disembelih’. Biasalah tu, kat mana-mana pun macam ni juga.

Lebih lanjut tentang Bandung dan Jakarta, biarlah gambar-gambar ini yang bercerita.



Bandung - bumbung rumah turut
dijadikan lokasi mempromosikan iklan.




(hotel penginapanku di Jakarta)




(Taman Mini Indonesia- Jakarta)

(Taman Mini Indonesia- Jakarta)


(Taman Mini Indonesia- Jakarta)



(Taman Mini Indonesia- Jakarta)


(Menara Monas-Jakarta)


(Menara Monas-Jakarta)



(peniaga berhampiran Monas)




(peniaga berhampiran Monas)



(Restoran Masakan Padang-Jakarta)



(Lenalah di mana juga dan
mimpilah tentang apa sahaja.)


(papan tanda yang menarik perhatianku)

Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung




PETALING JAYA: Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.
Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.
Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.Mstar

Sumber : Detikdaily





Saturday, June 18, 2011

Hari Derma Darah Sedunia




14 Jun telah dipilih oleh World Health Organization (WHO) sebagai World Blood Donor Day atau Hari Derma Darah Sedunia. Saya kira belum terlewat untuk saya berbicara persoalan ini, disebabkan menderma darah merupakan amalan yang mulia dan terpuji. Ia juga tidak terhad kepada masa dan lokasi, tapi dipengaruhi oleh situasi. Situasi kekurangan bekalan darah yang wajar diatasi demi kelangsungan hayat pihak yang memerlukan. Namun harus diakui, tidak semua orang boleh menderma darah, ini kerana terdapat segelintir manusia yang mabuk darah dan boleh pengsan andainya darahnya diambil.

Pertamanaya, saya ingin berbicara tentang pandangan ulama tentang amalan menderma darah. Menurut Dr. al-Syarbasi: Ramai ulama berpendapat, jika pesakit itu memerlukan darah untuk meneruksan hayatnya, maka harus memindahkan darah daripada badan orang yang sihat kepada badan orang yang memerlukannya( rujuk Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, Islam & Manusia, 1001 Kemusykilan. m/s 302). Namun menderma kepada Kafir Harbi ( kafir yang menentang islam), adalah tidak harus pada pandangan ulama. Sebab ia umpama menjual senjata kepada bukan islam, dan dipercayai ia akan disalahgunakan untuk memerangi umat islam.

Sedikit fakta tentang darah. Karl Landsteiner merupakan orang pertama yang mengklasifikasikan jenis darah kepada A, B, AB dan O. Hasil kejayaan ini, beliau menerima Anugerah Nobel Perubatan pada tahun 1930.

Namun sebagai umat islam, kita jangan pernah melupakan Ibn Al-Nafis. Beliau meruapakn tokoh perubatan kelahiran Damsyik pada tahun 1210 Masihi itu. Sumbangan dalam ilmu perubatan dan dunia kedoktoran amatlah besar. Beliau merupakan orang pertama yang menemui saluran pembuluh darah di dalam badan manusia. Ini merupakan kejayaan terbesar setelah beliau mewakafkan hidup dan kehidupannya untuk menelaah dan mengkaji.







Wednesday, June 15, 2011

SALAH FAHAM TERHADAP AYAT SERIBU DINAR.




“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar( dari perkara yang menyusahkannya). Serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan( ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” Surah At-Talaaq, ayat kedua dan ketiga ( rujukan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran m/s 1525 )






Bicara saya kali ini ialah tentang salah faham yang sejak sekian lama tertanam dalam minda segelintir umat islam. Salah faham tentang ayat seribu dinar atau lebih tepat lagi tentang amalan mengantung ayat seribu dinar sebagai pelaris perniagaan.

Ayat Seribu Dinar sebenarnya adalah sebahagian daripada ayat-ayat dari Surah At-Talaaq( ayat kedua dan ketiga ). Ia sangat popular sebagai amalan untuk memurahkan rezeki. Di kalangan peniaga pula, terutamanya para pengusaha restoran, lazimnya akan mengantung ayat tersebut di premis perniagaan dan ia di jadikan pelaris untuk memajukan perniagaan.

Sebenarnya terdapat beberapa versi tentang kemunculan istilah atau kewujudan perkataan ayat seribu dinar ini. Tapi, dalam entry ini, saya tidak berminat untuk bercerita tentang asal usul ayat seribu dinar yang beraneka versi itu. Cuma yang pasti, istilah ayat seribu dinar ini tidak pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Dan harus diingat, semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat, telah lahir beberapa orang tokoh perniagaan yang berjaya dalam kalangan sahabat-sahabat yang mulia ini. Walaupun begitu, tidak pernah tercatat di dalam sejarah islam tentang kewujudan amalan mengantung ayat –ayat ini.

Jika diteliti dan dihayati ayat maksud tersebut, didapati syarat untuk dimurahkan rezeki ialah bertqawa. Taqwa walaupun ada beberapa maksud dan dibahagikan kepada beberapa pengertian, namun maksud dan pengertian yang dinyatakan dalam tafsir di atas amat wajar untuk kita fahami dan hayati, iaitu mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Kesimpulannya, bertaqwa adalah syarat untuk dimurahkan rezeki dan dikeluarkan dari masalah. Harus diyakini sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah dan salah satu daripada nama-nama Allah ialah Ar-Razzaq( الرزاق) , iaitu Maha Pemberi Rezeki. Tapi, sayang sekali, kerana terdapat segelintir umat islam termasuk yang bernama Abdul Razak( Hamba Allah Yang Maha Memberi Rezeki ) sanggup mengampu majikan untuk meraih pangkat dan jawatan hingga sanggup mencantas dan memburuk-burukan rakan-rakan sejawatan. Dan, takrif rezeki juga tidak wajar disempitkan kepada laba dan keuntungan dari aspek kewangan semata-mata, malah ketenangan, kebahagian, kerukunan rumah tangga ,kesihatan. dan zuriat yang baik juga merupakan rezeki daripada Allah.

Kembali kepada tajuk, iaitu tentang salah faham yang sejak sekian lama tertanam dalam minda segelintir umat islam. Salah faham tentang ayat seribu dinar atau lebih tepat lagi tentang amalan mengantung ayat seribu dinar sebagai pelaris perniagaan. Malah, kalau diperhatikan di beberapa buah restoran, ayat seribu dinar ini ditulis dengan begitu cantik dengan warna keemasan dan dibingkaikan dengan begitu sempurna lalu digantung di sudut-sudut tertentu. Matlamatnya ialah supaya dimurahkan rezeki atau dengan bahasa yang mudah agar restorannya sentiasa dikunjungi. Persoalannya, adakah amalan ini menepati tuntutan agama atau jauh tersasar dari landasan agama. Kalau dilihat kepada maksud ayat kedua dan ketiga dari Surah At-Talaaq yang dikenali sebagai ayat seribu dinar ini, ternyata yang dituntut ialah bertaqwa dan bukannya mengantung ayat tersebut.

Jadi apa hukumnya mengantung ayat seribu dinar di premis perniagaan ? Sebelum membuat penilaian, kita perlu merujuk kepada maksud atau niat si pengantung ayat seribu dinar tersebut. Jika sekadar untuk mengingatkan diri sendiri, pekerja dan pelanggan agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, maka ia adalah amalan yang terpuji dan sejajar dengan tuntutan agama sebagaimana firman-Nya "Dan tetaplah memberi peringatan, Kerana Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." – (Adz-Dzaariyaat;55). Dan ia juga selari dengan sabda junjungan mulia, “Agama itu nasihat”

Tapi andainya untuk menarik pelangan atau sebagai pelaris, ditambah pula dengan kepercayaan dengan mengantung ayat seribu dinar ini akan dimurahkan rezeki, maka hukumnya syirik. Lagi teruk, di sesetengah restoran, pelayan perempuannya bukan main seksi, pekerja pula mengabaikan solat tapi ayat seribu dinar dihias indah dan digantung tinggi. Ini sudah menjauhi konsep taqwa. Begitu juga dengan amalan mengaut keuntungan berlebihan dengan menipu pelangan, ini juga tidak menepati konsep taqwa walaupun mengantung ayat seribu dinar yang berbicara tentang taqwa. Kesimpulannya, taqwa merupakan intipati daripada ayat seribu dinar dan itu yang dituntut dan itu jualah yang wajib dilaksanakan. Taqwa dalam maksud melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Apabila kita bertaqwa kepada Allah, itu bererti kita akrab dan rapat dengan-Nya. Dengan ini, mudah-mudahan kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah yang bersifat al-Razzaq( الرزاق) Maha Pemberi Rezeki dan dimerdekakan dari belenggu masalah yang membelit diri.



INFO TAMBAHAN.

Klik SINI untuk mendengar penjelasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman tentang hukum mengantung ayat seribu dinar.


Tajuk Lain Yang Berkaitan.
SALAH FAHAM TERHADAP TAKRIF NAMA ISLAM

SALAH FAHAM TERHADAP SURAH YASIN

Sunday, June 12, 2011

Hidup Persis Perlawanan Bola Sepak

(Khairul Fahmi bersama TGNA.
Gambar dari rakan FB dengan izin)





Pernah saya nyatakan dalam entry saya yang lepas, iaitu entry tentang Malcolm X, sesungguhnya hidup ini persis perlawanan bola sepak. Disebabkan piala FA baru berakhir semalam dengan kejayaan yang berpihak kepada pasukan Terengganu. Tahniah saya ucapkan kepada pemain dan penyokong Terengganu. Sejujurnya, saya sedikit kecewa dengan kekalahan Kelantan, kecewa sebab Kelantan tewas hanya beberapa detik ( lebih kurang seminit rasanya sebelum wisel penamat ditiupkan). Tapi disebabkan bukan rezeki Kelantan, pemain Kelantan pula tersilap hingga terjaring gol sendiri, hingga menatijahkan masa tambahan lantas menatijahkan kekalahan buat Kelantan. Cukup setakat itu, ia telah menjadi sejarah dalam dunia bola sepak tempatan. Cuma pengajaran dari bola sepak yang ingin saya perkatakan di sini mengajar kita. Pengajaran yang kita perolehi apabila menonton bola sepak dengan mata hati yang suci.






(Sebahagian daripada penyokong Kelantan ketika
final Piala Malaysia tahun 2010.
Gambar dari blog Milo Suam.)





HANYA DIA YANG TAHU CERITA KITA SAMPAI HABIS. Ya, hanya DIA, iaitu Allah. Sesungguhhnya dalam hidup ini kerap kali kita dihidangkan dengan realiti di luar duga. Kekadang permulaan yang baik, tapi pengakhiran pula tidak baik. Begitu juga sebaliknya, permulaan yang tidak baik, tapi pengakhirannya pula baik. Benar sekali, hidup ini persis perlawanan bola sepak, separuh masa pertama teruk ketinggalan, tapi separuh masa kedua pula, mampu bangkit dan memenangi perlawanan. Walau apa jua situasi, penilaian yang diberi adalah berdasarkan titik noktah atau pengakhiran sesebuah kehidupan atau perjuangan. Titik noktah inilah yang menatijahkan penilaian, sama ada berbentuk pujian mahupun kejian.( saya sekadar mengulang kembali sebahagian dari bicara yang saya ungkapkan dalam entry bertajuk Malcolm X)

Sejarah telah menjilidkan, kisah sebuah permulaan yang keji tetapi berakhir dengan pengakhiran yang terpuji. Kisah pelacur yang membantu menghilangkan dahaga seekor anjing dan juga kisah taubat seorang pembunuh yang kejam( yang telah melakukan 100 pembunuhan). Dalam kedua-dua kes ini, jelas sekali betapa kejinya si pelacur dan si pembunuh. Si pelacur yang keji menolong binatang yang hina, namun syurga sebagai natijahnya. Begitu juga si pembunuh yang belum lagi memulakan ibadat tetapi sekadar mengatur langkah dan menyusun jejak ke arah redha Tuhan dan tiba-tiba disapa ajal, namun tetap dianugerahkan syurga.

Dan sejarah juga turut menjilidkan perkara yang sebaliknya, iaitu permulaan yang terpuji tetapi berakhir dengan pengakhiran yang keji. Lihat sahaja kisah si abid yang telah memilih arak kerana pujuk rayu syaitan. Akhirnya, si abid itu, telah melakukan kesalahan tiga serangkai( minum arak, merogol dan membunuh). Lagi malang, akhir hayatnya pula si abid itu tunduk kepada Syaitan.

Sesungguhnya hati kita ini boleh berbolak balik.Inilah yang kita bimbang. Dan sesungguhnya iman pula ada turun dan naiknya, inilah yang kita runsing. Bimbang dan runsing, andainya ketika ‘wisel penamat dibunyikan’ denyup nadi dan degup jantung kita terhenti sebagai seorang yang tewas. Tewas dalam berakidah dan beragama.

“Oh! Tuhan yang membalikkan segala hati, tetapkanlahlah hatiku terhadap agama-Mu.

p/s = maaf jika entry agak caca marba. Saya baru sampai dari Kelantan. Bertolak di kampung sekitar pukul 3 petang dan sampai Perak lebih kurang pukul Sembilan malam.


Wednesday, June 8, 2011

Skuad negara menentang Myanmar di Kota Bharu


Assalamualaikum, buat semua. Mohon maaf banyak2 sebab sudah lama tidak BW, maklumlah sekarang ni saya masih bercuti di kampung dan kat kampung pula saya tidak menggunakan streamyx(entah betul entah salah ejaannya, saya tak pasti) mahupun broadband. Ni pun saya kat kopitiam bersebelahan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa Kelantan. Anggaplah entry ni sekadar untuk mengelakkan blog saya dari bersawang. Jutaan maaf kerna tidak mampu mnegunjungi blog sahabat2 blogger sbb internet terlampau perlahan, sebagaimana perlahannya pergerakkan kenderaan di Kota Bharu sekarang ini, gara-gara cuti persekolahan.


SKUAD bola sepak kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal akan berkunjung ke Kota Bharu bagi mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Myanmar, 18 Jun ini selepas FAM bersetuju mengadakan perlawanan itu di luar Lembah Klang.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad keputusan dibuat selepas mempertimbangkan permohonan rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menganjurkan perlawanan itu di Stadium Sultan Mohamed ke-IV.

“Keputusan ini akan memberi peluang kepada penyokong skuad kebangsaan di Pantai Timur melihat aksi pemain negara. Malah selepas perbincangan dengan Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah), selepas ini mana-mana persatuan negeri yang mahu menjadi tuan rumah perlawanan persahabatan antarabangsa boleh berbuat demikian asalkan stadium yang digunakan menepati standard yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media semalam.
Azzuddin berkata, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sudah memberikan kelulusan bagi perlawanan itu diadakan di stadium yang mempunyai kapasiti penonton sebanyak 18,000.

Skuad kebangsaan Myanmar yang dibimbing jurulatih Milan Zivadenovic akan tiba di Kota Bharu pada 16 Jun sementara skuad Malaysia akan berkumpul pada 15 Jun bagi sesi latihan pusat di Wisma FAM Kelana Jaya sebelum bertolak ke venue perlawanan pada 17 Jun.

Perlawanan persahabatan itu antara rangka persiapan Rajagobal dalam menyediakan skuad terbaik menjelang perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil 29 Jun ini dan akan bertandang ke gelanggang lawan pada 3 Julai.
Tiket bagi perlawanan di Kota Baharu berharga RM15 bagi tempat duduk terbuka, RM30 hingga RM50 bagi Grand Stand dan RM5 untuk kanak-kanak.


Sumber : Metro