Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem




Ramadhan Kareem buat sahabat-sahabat blogger. Moga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang paling kudus dalam hidup kita.

Ramadhan bukan sekadar untuk berlapar dan dahaga, tapi ia merupakan sebuah fakulti rohani untuk mencairkan antartika kejahilan diri.

Moga ramadhan kali, kita akan lebih lama bersujud kepada-Nya dan lebih akrab dengan-Nya, juga semakin mesra dengan kitab-Nya.


Tajuk Lain Yang Berkaitan
WAKTU IMSAK, ADAKAH BID’AH.

Friday, July 29, 2011

Kek Lapis Sarawak adalah halal: Pengusaha






KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit hari ini berkata kek lapis yang dibuat di negeri ini adalah halal.

Beliau berkata ramai orang mempersoalkan sama ada kek lapis itu menggunakan produk ''Golden Churn Creamy Butter'' selepas ia dilaporkan mengandungi DNA babi dan ini menyebabkan ramai telah memberhentikan tempahan buat sementara untuk memastikan status halalnya.
"Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis yang dibuat di Sarawak adalah halal kerana kami tidak menggunakan produk itu lagi sejak setahun lalu," katanya

Mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri, Abang Shamshudin Abang Seruji semalam yang menasihatkan umat Islam di Sarawak supaya berhenti menggunakan produk ''Golden Churn Creamery Butter'' selepas DNA babi didapati dalam satu sampel yang diambil dari pasar tempatan, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kek lapis di Sarawak menggunakan jenama mentega yang berbeza sekarang.

Bagaimanapun, awal bulan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengisytiharkan bahawa produk itu halal selepas satu pencemaran yang didapati hanya terhad kepada sampel yang diambil dari satu kelompok di Johor.

Permintaan untuk kek lapis Sarawak sempena Ramadan dan sambutan Aidifitri bulan depan menurun berikutan ketidakpastian peminat juadah itu berhubung status halalnya.

Rabiah berkata berikutan ketidakpastian itu, permintaan terhadap kek lapis telah menurun 30 peratus tahun ini berbanding 50 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Rabiah berkata banyak pembuat kek lapis di Sarawak memilih mentega yang murah tetapi berkualiti kerana sebelum ini bahan itu agak mahal dan ramai pelanggan terutama dari semenanjung, Singapura dan Brunei mengadu mengenai harganya.

"Kami menggunakan mentega yang telah disahkan halal sekarang dan mampu menjualnya dengan harga serendah RM10 atau lebih daripada RM50 bergantung kepada reka bentuk dan saiz berbanding RM15 hingga lebih daripada RM60 sebelum ini," katanya.

Seorang lagi pembuat kek lapis Dayang Aspriza Awang Tajuddin yang berpengalaman lebih 10 tahun, memberitahu Bernama, bahawa ramai penjual dan pelanggannya sejauh Pulau Pinang telah menghantar SMS dan meminta beliau untuk mengesahkan status halal kek lapisnya dan mengaku tanggapan salah telah menjejaskan tempahan tahun ini.

Mengikut satu laporan pada Mei 2008, sepanjang tahun 2007, 15 pengeluar Kek Lapis Sarawak membantu menyumbang sejumlah RM5.4 juta kepada ekonomi negeri. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian


INFO TAMBAHAN.
“Fas alu ahla zikri in kuntum la ta’lamun ”(bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui.). Inilah penyelesaian terbaik terhadap polemik halal dan haram sesuatu produk. Siapakah ahli zikri dalam persoalan ini, tentu sahaja JAKIM. Kakitangan JAKIM bukanlah para ustaz dan ustazah, atau lulusan agama semata-mata. Ramai juga yang berkelulusan dalam lain-lain bidang termasuklah teknlogi makanan yang menjadi penyelidik di JAKIM.

Ada yang beralasan kita perlu berhati-hati tentang soal dan haram sebab ia melibatkan darah dan daging. Memang benar, berhati-hati amatlah penting, tapi kita tidak diminta untuk berlebih-lebih dalam mengamalkan sikap berhati-hati, apatah lagi kita telah mempunyai ahli zikri dalam masalah ini, iaitu pihak JAKIM.

Dalam Shahih Bukhari ada diceritakan tentang sekelompok orang yang datang dengan membawa daging sedangkan mereka baru masuk Islam dan tidak diketahui apakah mereka membaca nama Allah atau tidak, Nabi mengatakan, ‘Bacalah ‘bismillah’ dan makanlah.’ Dari hadis ini jelas sekali, kita tidak sesekali diminta untuk memperincikan sesuatu yang diluar pandangan dan pengetahuan kita. Dan, dengan adanya ahli zikri dalam hal ini, iaitu para agamawan dan penyelidik dari JAKIM, maka tak perlulah kita menjadi mufti tak rasmi dengan memfatwakan makanan itu halal dan haram di internet dengan berwahyukan khabar angin.

Thursday, July 28, 2011

Fadilat Solat Tarawikh adalah Palsu




JABATAN MUFTI NEGERI TERENGGANU telah membongkar kepalsuan hadis tentang kelebihan atau fadilat solat tarawikh yang bermula sejak malam pertama hingga malam terakhir bulan Ramadhan. Di sini saya paparkan artikel daripada Jabatan mufti tersebut.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim) Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4). Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah.. Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari) Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir) Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

  • Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
  • Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
  • Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
  • Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Untuk info lanjut sila klik Jabatan Mufti Negeri Terengganu

INFO TAMBAHAN:
Suatu masa dahulu, penyebaran hadis tentang kelebihan bersolat tarawikh amat berleluasa. Dalam media baik cetak mahupun elektronik, di masjid dan surau, serta menerusi risalah-risalah
waktu imsak. Malah, di sesetengah tempat, imam atau bilal akan mengumumkan pahala yang bakal diraih pada malam tersebut sebelum memulakan solat tarawikh. Hari ini, ia masih lagi disebarluaskan dan lagi hebat terdapat pihak yang menyebarkannya dengan menggunakan kecanggihan teknologi, lihat SINI.

Sebenarnya, sudah agak ramai ulama-ulama tanah air yang cuba membetulkan salah faham orang ramai terhadap solat tarawikh dengan membongkarkan kepalsuan hadis ini. Antaranya ialah pensyarah saya sendiri, iaitu Prof Madya Dr Radzi Othman, seorang ilmuan hadis yang menyumbang ilmu di USM. Maulana Asri Yusoff, seorang ilmuan hadis dari Kelantan, Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, juga seorang ilmuan hadis yang berasal dari Kelantan dan pernah menjadi pesnyarah pengajian islam di beberapa buah universiti tempatan. Tapi sayang, suara mereka kurang didengari disebabkan masyarakat sudah sebegitu sebati dengan kepercayaan klasik zaman berzaman.

Dalam Majalah al-Islam , terbitan Ogos 2011 turut membicarakan isu ini. Pada halaman 18 hingga 20, Timbalan Dekan Jabatan al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd Fauzi Amin, turut memperkatakan perihal hadis-hadis palsu termasuklah hadis tentang fadilat solat tarawikh ini. Apa yang pasti beliau meminta agar hadis palsu ini disekat daripada disebarkan.

Mengikut ulama-ulama hadis, salah satu tanda-tanda kepalsuan sesebuah hadis ialah menjanjikan ganjaran pahala yang terlalu besar bagi mereka yang menunaikan ibadat tertentu( sila rujuk Dr Abdul Hayei Abd Sukor , Islam & Manusia 1001 Kemusykilan, M/S : 246). Dan syukur kepada Allah, kerana Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ( klik UZAR) turut memperkatakan isu ini,

Begitu jugalah tentang hadis tentang fadilat solat tarawikh. Lihat sahaja ganjaran pahala kepada orang-orang yang bersolat tarawikh pada malam ke -17, iaitu ganjaran pahalan sebanyak pahala para Nabi-Nabi. Amat tidak munasabah dengan hanya pergi bersolat tarawikh pada tarikh malam 17 Ramadhan, maka kita akan memperolehi pahala yang menyamai pahala para Nabi yang bermula dari Adam A.S hinggalah Muhammad S.A.W. Amat mustahil kita akan memperolehi pahala yang mengatasi pahala Nabi Muhammad S.A.W,( sebab pahala Nabi-Nabi bererti gabungan atau keseluruhan pahala semua Nabi yang tidak terhitung jumlahnya. 25 orang itu yang perlu diketahui sahaja )

Mungkin ada yang berhujah, apa mustahilnya sebab Allah Maha Pemurah. Memang betul Allah itu Maha Pemurah. Tapi , dalam memperkatakan isu agama kita hendaklah berhujah bersandarkan dalil-dalil syarak. Status kepalsuan hadis ini juga dinilai dari segi sanadnya dengan meneliti kewibawaan perawi yang meriwayatkannya. Betapa palsunya hadis ini hinggakan beberapa tokoh agama tidak dapat memberikan penjelasan tentang sumber hadis ini diambil. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita sebagai orang awam sepatutnya akur dengan pendapat dan keputusan mereka. Mereka berkata berdasarkan ilmu termasuklah menguasai ilmu termasuklah ilmu jarh wa ta'dil.

Andainya masih ada yang ingin beralasan, ganjaran pahala sebegini adalah tidak mustahil sebab Allah itu Maha Pemurah, maka cuba fikirkan pula situasi sebegini. Seorang anak gadis telah mengandung kerana terlanjur. Tapi untuk menyelamatkan diri, dia telah berhujah. Katanya, dia mengandung bukan kerana terlanjur tapi kerana Allah inginkan dia mengandung sebagaimana Allah mengkehendaki Siti Maryam mengandung tanpa mengalami proses persetubuhan. Pertanyaan saya, bolehkah kita terima alasan anak gadis itu dengan alasan Allah Maha Berkuasa? Dan, andainya kita tidak mempercayai alasan anak gadis itu, adakah kita dianggap menafikan kekuasaan Allah?

Hujah kedua daripada pihak yang ingin mewajarkan hadis-hadis palsu termasuklah hadis ini, ialah walaupun ada ulama hadis kata ia palsu tapi masih ada sesetengah ulama hadis yang mengatakan ia sebagai sahih. Itu memang betul sebab tidak semua ulama bersepakat dalam semua perkara. Mereka pasti sahaja berbantah-bantah dalam perkara-perkara tertentu atau tentang status hadis tertentu. itu ijtihad mereka berdasarkan penguasaan ilmu yang mereka miliki. Tapi, kita perlu ambil kira kewibawaan ulama yang terlibat serta suara majoriti ulama-ulama dalam isu tersebut. Pendapat jumhur atau majoriti ulama tentu sahaja lebih selamat untuk digunapakai. Kalau masih berdegil ingin menyebarkan hadis palsu ini dengan alasan ada ulama tertentu mengatakan ia sebagai sahih, maka fikirkan pula situasi sebegini. Wajarkah kita sembelih seekor anjing untuk dijadikan hidangan makan tengah hari. Sebabnya ada ulama dari Mazhab Maliki, seperti Shuhnun berpendapat anjing bukannya najis dan boleh dimakan dagingnya. Tentu sekali kita menolak pandangan shuhunun sebab ia bercanggah dengan pandangan Jumhur ulama yang mengharamkan anjing. Kembali kepada status hadis kelebihan solat tarawikh, ternyata ia tidak dimuatkan dalam kitab-kitab induk hadis seperti Sunan Sittah, iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi Sunan Ibnu Majah. Sedangkan semua tahu, ini adalah kitab-kitab hadis yang muktabar dan kewibawaan penulis kitab ini diperakui oleh seluruh ulama sejak zaman berzaman.

Pernah dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan dalam kuliahnya(saya perolehi maklumat ini menerusi mp3)menerangkn punca kemunculan hadis-hadis palsu, Antara kandungan kuliah tersebut menyebut faktor orang-orang zaman dahulu perkenalkan fadilat itu dan fadilat ini dengan tujuan nak menggalakkan orang berbuat kebaikan. Tetapi kaedah ini tidak betul kerana berdusta atas nama Nabi SAW.

Akhir sekali, sebagai orang awam, kita seharusnya akur dengan pandangan para ulama termasuklah para Mufti. Moga-moga ramadhan tahun ini akan menjadikan kita akrab dengan-Nya dan lebih mesra dengan kitab-Nya.

Wednesday, July 27, 2011

#6 Wordless Wednesday: BOKEH YANG TAK SEBERAPA.








Tuesday, July 26, 2011

Award Dari Kak Ani.



Award bulan Julai ini dianugerahkan oleh Kak Ani (Kerdipan Rohani) kepada beberapa orang blogger termasuklah saya. Kak Ani juga seorang blogger yang mengunapakai nama Kunang-kunang dalam dunia blog.

Kerdipan Rohani dan Kunang- Kunang, tentu sahaja mengandungi seribu erti dan sejuta makna. Jujur! Sepanjang saya berkunjung ke blognya, ia tidak sekadar menyajikan makna hidup dan kehidupan, tapi lebih penting dari itu turut memaparkan erti Tuhan dan Ketuhanan.

Perlu sekali setiap blogger muslim menjadikan dirinya dan blognya sebagai kerdipan rohani. Meskipun kerdipan itu tidak terlalu terang buat menerangi buana yang gelita, namun ia tetap memberi sejalur cahaya agar manusia tidak teraba-raba dalam mengatur langkah dan menyusun jejak. Maksud saya, ialah mengislamisasikan penulisannya. Tidak semestinya selalu,dan boleh sahaja sekali sekala. Sebab ia jauh lebih bererti daripada langsung tidak ada.

Dan tidak semestinya persis khutbah jumaat yang sarat dengan firman dan padat dengan sabda. Tapi cukuplah dengan paparan yang baik-baik sebagai panduan dan pedoman buat pembaca. Panduan buat melayari kehidupan dan pedoman untuk mencari jalan pulang.


“Kalau tak mampu menjadi pelita yang menerangi kegelapan, cukuplah sekadar menjadi kunang-kunang yang menemani malam”.



Award ini saya lanjutkan kepada.

Afida Anuar
Cikgu Ahmad Humairi
Nora Shahaira
Nyanyi Sunyi
APPLE HIJAU



Thursday, July 21, 2011

Acu Cuba Try Test Flickr Pulok






Tentang Flickr ni saya tak ambil tahu sangat. Cuma, yang pasti ia ni agak populer di internet. Kegunaannya sama sahaja dengan Fotopages, iaitu untuk menyimpan koleksi foto (dan juga video ). Secara mudahnya, ia umpama photo album secara maya yang boleh ditatap oleh sesiapa sahaja dan di mana jua. Apapun, sebagai pengguna yang bijak, kita tidak harus menjadikan ia sebagai wadah untuk share apa sahaja gambar. Pengguna yang bijak akan mengambil kira eleman wajar dan waras dan seterusnya menimbang di atas neraca agama, agar setiap gambar yang ingin dimuatkan, lantas dikongsikan tidak memberi aib kepada diri, keluarga, masyarakat , dan paling penting kepada agama. Sejujurnya, setelah disuruh berkali-kali oleh rakan-rakan, lalu secara rasmi, pada 19 julai 2011, saya pun turut ‘melibatkan’ diri dengan flickr, (lihat sahaja Shameel Flickr)

Suruhanjaya Dapati Teoh Beng Hock Bunuh Diri

(Teoh Beng Hock)


Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor dikenalpasti berpunca daripada bunuh diri.
Keputusan tentang punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.

Teoh, 30 tahun, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan

Sumber : SINI

Info Tambahan:
Pengumuman ini dapat meredakan keadaan dan merungkaikan segala teori di sebalik kematian Teoh Beng Hock. Hakikat sebenar di sebalik kematian beliau, hanya Allah yang Maha Mengetahui, dan kita menghukum secara zahir menerusi apa yang tersirat menerusi bukti yang berasaskan fakta dan hujah. Moga ia dapat diterima dengan tenang dan senang oleh semua pihak. Sila baca juga, rencana dari Dr Asri Zainul Abidin ( mantan Mufti Perlis), klik SINI. Harap-harap isu berkait dengan kematian Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed juga dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Wednesday, July 20, 2011

#5 Wordless Wednesday: ALAM TURUT BERZIKIR.








Monday, July 18, 2011

Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)



Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


1.Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.


2.Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.


Sumber :E-FATWA

Tuesday, July 12, 2011

#4 Wordless Wednesday: PARI-PARI.



Friday, July 8, 2011

Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim








Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim



Tarikh Keputusan:
26 Jul, 2007


Keputusan:
1. Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim juga meyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan Akidah Ahli As-Sunnah Wal-jamaah dan syariat serta akhlak Islam.

2. Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Quran mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya serta tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.


3. Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
4. Semua umat Islam dilarang membuat, mencetak, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mempamer, menjadikan perhiasan, menjadikan logo dan menjadikan azimat apa-apa sahaja benda atau barangan yang mengandungi angka 786 tersebut.


Status Penwartaan:
Diwartakan


Tarikh Diwartakan:
7 Nov, 2007


Nombor Rujukan:
JMJ.351/04/01/6/3; PUNJ.BIL.

Sumber : E-FATWA

Info Tambahan:
Tentang angka786, mari kita ikuti sedikit pandangan daripada Dr Asri Zainul Abidin...... banyak yang mengaku Islam di India yang percayakan angka, terutama angka 786. Mereka tulis angka ini di pintu masjid sebagai ganti kepada Basmalah (bismillah). Upacara mereka sangat pelik, tempat mereka bagaikan kuil yang dipenuhi pelita-pelita api. Mereka menabur bunga dan air wangi sebelum memohon hajat. Bahkan saya melihat dalam kalangan mereka sujud kepada kubur seperti dalam solat. Dalam masa yang lain, mereka juga bersolat lima waktu, membaca al-Quran dan berzikir dengan cara mereka. Cumanya yang menghairankan saya, di hadapan markaz utama jamaah tabligh sehingga ke tempat penyembah bagaikan pasar jualan peralatan upacara ibadat Bralewi.(klik SINI untuk infoo lanjut demi kefahaman dalam beragama)

SAYA BUKAN BLOGGER POLITIK

(Apa sahaja Agama Yang Kita Anuti.
Dan Apa Jua Parti Yang Kita Sokongi.
Kita Hanya Ada Satu Negara.
Sayangilah Negara Kita.
Kerana Negara Kita Adalah Tanggungjawab Kita.)







Mungkin ada yang beranggapan entry saya yang berjudul TANYA SAMA MUFTI, itu berbaur politik. Saya akui ia berbaur politik tapi ia bukanlah bermakna blog saya itu blog politik dan ia juga tidak bererti saya ini blogger politik. Jika dilihat kepada entry-entry saya yang lepas, rasanya hampir sifar entry-entry saya yang bernada politik. Cuma, mungkin entry saya yang berjudul LOMPAT SI KATAK LOMPAT, agak bernada politik. Tapi ia tidak bias kepada mana-mana parti. Ia sekadar luahan dari sudut hati saya terhadap kegilaan yang menggila yang melanda polikus dan politik. Jutaan maaf, saya pohon jika entry tersebut dan entry ini bakal menguris hati dan mencalar perasaan sahabat.

Begitu juga dengan entry saya yang berjudul WACANA PERDANA : BOLEHKAH MELAYU BERSATU, nyata lagi bersuluh, saya mengambil pendirian berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana parti. Sekudrat yang mampu dan sedaya yang boleh, saya ingin blog saya ini bersih dari cerita politik dan politikus, sebab blog saya ini adalah blog persahabatan dan persaudaraan. Sudah ramai blogger politik dalam negara. Biarlah Milo Suam, Perisik Rakyat, Sharpshooter, Sanggahtoksago dan Nota Merah yang berbicara mewakili Pakatan Rakyat. Dan, cukuplah dengan Kickdefella, Papa Gomo, Ruang Bicara Faisal dan Sahabat Gunung yang mewakili BN. Jujur, saya tidak ingin menjadi sebahagian daripada mereka. Dan, apa yang saya inginkan daripada para mufti ialah perkara yang sama, usah jadi Papa Gomo dan usah jadi Milo Suam, tapi jadilah seperti Dr Asri Zainul Abidin, Dr Juanda Jaya, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr Maszlee Malik. Kenapa mereka ini perlu dicontohi? Jawapannya mudah sahaja, iaitu supaya mufti tersebut dapat berlaku adil dalam menjatuhkan hukum atau mengeluarkan fatwa. Dengan cara ini segala fatwa yang dikeluarkan tidak akan diperlekehkan dan insititusi mufti akan sentiasa disanjung dan dijunjung.

Sejujurnya, dalam banyak-banyak hal saya lebih berminat untuk mendengar hujah daripada pihak ketiga yang berada diluar lingkungan parti. Secara zahir, Dr Asri Zainul Abidin, Dr Juanda Jaya, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr Maszlee Malik yang saya kenali, bukanlah seorang penyokong PAS dan tidak juga penyokong UMNO. Walaupun mereka merupakan penyokong dan juga mungkin ahli kepada parti tertentu, tapi kebijaksanaannya bersesuaian dengan konsep ‘undi adalah rahsia’, sekali gus khalayak tidak dapat meneka parti mana yang mereka yang mereka sokong. Inilah kebijaksanaan mereka yang wajib mufti tertentu pelajari. Iaitu kebijaksanaan menyembunyikan identiti politik. Dan saya amat berharap agar mereka ini terus berada diluar lingkungan(maksud saya tidak menzahirkan keahlian dan sokongan kepada mana-mana parti) agar mereka berupaya untuk ‘menembak’ sesiapa sahaja termasuklah Raja-raja Melayu. Saya akan sertakan kritikan dan teguran, juga pandangan yang dilontarkan oleh Dr Asri dan Dr Maszlee Malik kepada politikus di Malaysia. Sengaja saya tidak paparkan teguran dan pandangan Dr Juanda dan Ustaz Zaharuddin, semata-mata untuk memastikan entry ini panjang berjela.

Dr Asri, cuba kita lihat cara beliau ‘menembak’ ternyata ‘peluru’ yang diledakkan tidak mengenal kawan dan lawan, juga tidak mengenal Barisan(BN) atau Pakatan(PR). Beliau pernah berbeza pendapat dengan Dr Aziz Hanafi, seorang ulama yang pernah menjadi calon Pas di Arau Perlis. Bukan, itu sahaja, beliau juga sering kali juga menembak Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dalam beberapa perkara. Tapi, beliau juga lantang mempertahankan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dalam beberapa isu, termasuklah isu maulidur rasul dalam sebuah artikelnya (lihat SINI). Malah, kalau kita perhatikan di SINI (harap tolong baca) jelas sekali pendirian Dr Asri yang tidak memihak kepada mana-mana Parti Politik, tapi lantang menembak sesiapa sahaja yang tersasar dan terbabas. Malah, rakan-rakanya yang kini bergelar ulama muda Umno turut ditembak kerana gagal memahami teks dan konteks. Tentang teks dan konteks ini ,Sahabat boleh mendengar rakaman kuliah oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ( sila klik SINI).

Lihat pula pendekatan Dr Maszlee Malik. Pernah dahulu, beliau berbantah-bantah dengan Ustaz Idris Ahmad( seorang pimpinan Pas, yang juga adik kepada mufti Pulau Pinang) tentang isu ummah centric vs jemaah centric. Tapi, dalam hal tertentu beliau memuji Pas. Pujian terbaru dapat kita lihat menerusi artikelnya yang berjudul Mengapa Ikhwanul Muslimin Mesir Perlu Belajar dari PAS. Artikel ini disiarkan dalam Majalah I, Karangkraf, Mei 2011, halaman 92-93.

Saya amat berharap agar suatu masa nanti, Dr Maszlee Malik dan Ustaz Zaharuddin( yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD) akan menjawat jawatan mufti. Saya yakin dengan keilmuan dan kewibawaan mereka ini, sebagaimana saya mengagumi kewibawaan Dr Asri, yang pernah menjadi mufti Perlis dan Dr Juanda Jaya, mufti Perlis hari ini.

Kembali kepada entry TANYA SAMA MUFTI, saya sebenarnya ingin meluahkan rasa terkilan terhadap mufti tertentu di negara kita. Saya tidak pertikaikan kuasanya untuk mengeluarkan fatwa, atas kapasiti sebagai seorang mufti. Tapi, saya terkejut bila mufti tersebut memfatwakan, menyertai perarakan haram boleh menjejaskan iman. Saya tidak ingin berbicara panjang tentang isu perarakan yang dimaksudkan sebab ustaz zaharudin telah menjawabnya awal-awal lagi ( sila klik SINI ). Jujur, saya sifatkan fatwa itu agak bias dan berpihak kepada pihak tertentu sahaja. Kalau kita buka mata dan otak, kita dapati siri-siri perhimpunan dan perarakan haram ini telah beberapa kali berlaku di Malaysia dan ia juga turut diadakan oleh UMNO. Lihat sahaja tindakan Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang bertindak membantah kerajaan Selangor dalam beberapa perkara. Mereka mengadakan perarakan atau demontrasi dan mengutuk MB Selangor dengan perkataan-perkataan yang amat jijik. Tapi, kenapa mufti tersebut lena ketika itu. Kenapa membisu dan tidak memfatwakan ahli-ahli GAPS sebagai manusia yang rosak iman, bughah atau penderhaka.

Begitu juga ketika isu perkauman dan keagamaan diapi-apikan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. Kalau kita perhatikan, terdapat usaha dari pihak tertentu yang ingin mencetuskan perbalahan dan peperangan antara umat islam dengan penanut hindu dan kristian di Malaysia. Mereka ingin mengambil kesempatan untuk melanjutkan hayat polikusnya dengan cara melaga-lagakan umat islam dan penganut –penganut agama lain, terutamanya hindu dan kristian. Cuba ingat kembali, perarakan membawa dan memijak kepala lembu kerana membantah pemindahan sebuah kuil hindu di Shah Alam. Seantero dunia tahu, dalangnya ialah beberapa orang pemimpin UMNO Selangor. (Kalau yang belum tahu klik jer SINI.) Demontrasi tersebut lagi bahaya dan mengancam negara( tidak sekadar mengancam penjual air soya dan air tebu kalau perhimpunan bersih diadakan, sebab air mereka mengalami keracunan disebabkn gas pemedih mata) kerana ia bisa mengundang perbalahan antara penganut islam dan hindu. Tapi ,mufti tersebut diam seribu bahasa. Kenapa tak bersuara wahai mufti kesayanganku. Saya ingin sahabat merenung kembali betapa teruknya musibah yang terpaksa dihadapi oleh India akibat beberapa siri perbalahan antara penganut islam dan hindu. Lihat perbalahan yang berlaku menjelang detik-detik pemisahan pakistan dari india, juga ketika persitiwa membabitkan masjid Babri di Ayodhya. Mungkin ada yang beranggapan, itu India dan bukannya di Malaysia. Ok, ini jawapannya. “Bukalah mata supaya dapat melihat fakta-fakta sejarah. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 berlaku di Malaysia dan bukannya di India ataupun Algeria”

Warga Malaysia juga tidak pernah lupa ketika Ibrahim Ali mengistiharkan perang ke atas penganut-penganut Kristian. Ibrahim Ali seolah-oleh telah menghalalkan darah penganut-penganut Kristian. Tapi sungguh menghairan kenapa mufti tersebut membisu dan lagi menghairankan kenapa ahli akademik jadi batu dan kayu hingga tidak berani menegur perbuatan ibrahim ali yang terkutuk itu. Sekali lagi kita perlu buka mata dan hati agar kita celik sejarah. Ingat kembali krisis Balkan (lebih tepat lagi Bosnia) apabila berlaku perang antara penganut islam dgn kristian . perang mengorbankan 200 ribu orang dan 65 % daripadanya ( mangsa korban ini) ialah etnik Bosnia yang beragama islam. Kita juga perlu mengambil iktibar dari peristiwa peperangan agama antara penganut islam dan kristian di Sudan, apabila tentera SPLA pimpinan John Garang berperang dgn presiden omar al-Bashir. Begitu juga dengan permusuhan agama antara penganut islam dan krisitan di Ambon dan Nigeria. Kenapa mufti tersebut berdiam diri. Kenapa tidak lantang mengutuk atau sekurang-kurangnya menegur kebiadapan Ibrahim Ali. Mungkinkah mufti tersebut takut kepada ahli-ahli PERKASA yang gagah dan perkasa. Mengapa beliau tidak memfatwakan PERKASA sebagai haram kerana cuba MEMPERKOSA perpaduan rakyat Malaysia.

p/s= opps, hampir terlupa. Perkataan beruk jalanan yang saya gunakan dalam entry Tanya Sama mufti, adalah sekadar meminjam kata-kata YB Khairi Jamaludin. Maaf, jika kata-kata itu agak kasar dan menguris serta mencalar perasaan.

Thursday, July 7, 2011

Naik taraf akses Internet negara



KUALA LUMPUR - Pelbagai langkah diambil kerajaan bagi menaik taraf kelajuan dan kualiti akses Internet di negara ini agar setanding negara maju. Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, bagi meluaskan liputan Internet di Malaysia, projek menara T3 di bawah Dana

Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) akan menyediakan liputan sehingga 97 peratus di kawasan berpenduduk dan boleh digunakan untuk menambah liputan 3G, jalur lebar mudah alih. Menjawab soalan Dr Syed Husin Ali pada persidangan Dewan Negara semalam, beliau berkata, setakat ini kadar liputan jalur lebar termasuk 3G adalah 80 peratus di kawasan berpenduduk. “Pada masa ini, kelajuan akses Internet dari aspek keperluan aplikasi semasa adalah setanding negara serantau seperti China, India dan Filipina,” katanya.

Salang berkata, kelajuan jalur lebar pengguna ditawarkan pemberi perkhidmatan adalah antara 384kbps dan 20Mbps, manakala bagi kegunaan perniagaan adalah sehingga 1Gbps. Menurutnya, antara usaha sedang diambil untuk menaik taraf kelajuan dan kualiti Internet di negara ini, meningkatkan kapasiti dan kualiti teras, rangkaian meningkatkan keupayaan rangkaian antarabangsa termasuk membangunkan infrastruktur baru seperti stesen pendaratan kabel dasar laut.


Menurutnya, kerajaan juga menggalakkan pertukaran trafik Internet dalam negara dengan mewujudkan lebih banyak pusat pertukaran trafik Internet (MyIX) dan menggalakkan pemberi kandungan utama antarabangsa seperti Yahoo dan Facebook meletakkan pelayan laman web mereka di Malaysia bagi mengurangkan pengaliran trafik Internet keluar negara. - Bernama

Sumber : Sinar Harian:

Info Tambahan:
Harap2-harap, ini menjadi kenyataan, pernah saya suarakan betapa teruknya tahap kelajuan
Internet menerusi entry saya yang berjudul persis ULTRAMAN. Hari ini internet amatlah perlu. Perlu untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya untuk kita menilai. Kita perlu mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai agar kita matang, agar kita tidak mudah melatah dan agar kita bijak dan waras dalam menghukum. Kita bukan generasi yang hidup dalam tahun 70-an mahupun 80-an, baca surat khabar semata-mata sambil minum kopi atau tengok TV semata-mata sambil makan kuaci. Zaman itu telah berlalu. Secara peribadi, saya akan meluangkan masa untuk ‘berkunjung’ ke Malaysia Kini dan The Malaysian Insider.

Wednesday, July 6, 2011

#3 Wordless Wednesday: BERUK.























TANYA SAMA MUFTI

Demontrasi haram yang boleh menyebabkan
umat islam dan hindu berkelahi.





Tanya Sama Mufti(Tanya juga sama bapak Menteri).
Kenapa demontrasi yg mengheret dan memijak kepala lembu dipandang sepi.
Kenapa beruk jalanan ini.
Tidak dikasari dan digari.
Kenapa beruk jalanan ini
Tidak dikeji.
Kenapa beruk jalanan ini
Dipuja dan dipuji.
Adakah kerana beruk jalanan ini
Orang kamu dan bukan orang kami.
Sedangkan demontasi ini
Bisa menyebabkan penganut
islam dan hindu berkelahi






solat hajat dan bacaan yassin atas motif politik





Tanya Sama Mufti.
Apa hukumnya bila masjid dipolitikkan.
Jawab sama mufti.
Haram jika dari parti pembakang.





ibrahim Ali bersedia melnacarkan perang
ke atas penganut kristian.
kenyataannya bisa mengundang perang
antara orang islam dan kristian.




Tanya sama mufti.
Apa hukumnya menghina agama orang.
Tak apalah mufti.

Biar aku tolong jawabkan.
(Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, Karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan...”. Surah al-An’am: 108.)






INi yang ditulis oleh Dr Asri dalam status facebooknya

ramai yang bertanya saya tentang huraian-huraian siyasah Ulama Muda UMNO kebelakangan ini..menurut pendapat saya yang kerdil, walaupun Ulama Muda UMNO itu pada asasnya bermanhaj 'salafi' dan saya antara yang menyetujui manhaj itu, namun kefahaman sebahagian mereka mengenai hadis-hadis politik menjurus kepada aliran Madkhali yang agak literal dalam menafsirkan nas-nas siyasi tanpa melihat teks dan konteks..mereka seakan aliran 'zahiri' atau literalist dalam memahami dalil-dalil siyasi..di Barat, mereka melebelkan literalist ini sebagai 'wahabi'..itu label yang salah kerana mereka masukkan sekali sesiapa sahaja yang kuat berpegang dengan nas sebagai 'wahabi' ..namun fonomena literal dalam memahami nas-nas siyasi ini banyak datang dari Arab Saudi..pada beberapa sudut mungkin ada kebaikannya, namun ia boleh menjumudkan banyak situasi umat dan negara.

Tentang hukum sebenar mengadakan demontrasi, bacalah penjelasan dari ustaz zaharuddin abdul Rahman( lihat SINI )








p/s= aku tidak bias kepada mana-mana parti, tapi senario sekarang amat meyakitkan hati.



















Sunday, July 3, 2011

HUKUM BERSOLAT DENGAN MEMAKAI KASUT



Bersolat dengan memakai kasut sememangnya menyalahi kelaziman dan menyanggahi Kebiasaan di Nusantara termasuklah di Malaysia. Walaupun begitu, dalam persoalan agama, kebiasaan dan kelaziman tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menghukum. Ini kerana, menyalahi kelaziman dan menyanggahi kebiasaan tidak bererti menyanggahi agama. Malah, dalam sesetengah perkara, terdapat juga kelaziman yang wajb disanggahi kerana tersasar dari landasan agama.
Bersolat dengan memakai Kasut Adalah Sunnah Nabi, namun perlaksanaanya perlu mengambil kira situasi dan lokasi.









Ketika
berkunjung ke China pada penghujung tahun lepas, saya memperolehi pengajaran yang amat bermakna. Benar sekali, langkah yang disusun dan langkah yang diatur ketika ke sana tidak sekadar menganugerahkan pengalaman, lebih penting dari itu ia telah memberikan saya ruang dan peluang untuk mengutip pengajaran yang berbentuk kefahaman dalam beragama. Ia bermula apabila saya memerhatikan dua orang sahabat saya yang bersolat dengan memakai kasut di ruang balai berlepas Binhai International Airport , Tianjin. Saya kemudiannya bersolat, tapi dengan memakai kasut. Usai solat dan ketika bersembang, seorang daripada mereka menegur saya. Katanya, saya tak perlu membuka kasut bila bersolat dalam situasi sebegitu. Terima kasih sahabat, kerana ingatkan aku . Dan, saya terpanggil pula untuk berkongsi hal ini dengan sesiapa sahaja yang sudi bertandang ke laman bicaradariaku ini. Kata-kata seorang rakan blogger yang berbangsa Kadazan (bluedianthus) kat shoutmix saya beberapa ketika yang lalu, telah menjadi pendesak yang mengasak saya agar menulis entry ini. Katanya “buatlah entri yang sekurang2nya boleh bagi input kepada pembaca. Kalau blog digunakan utk kebaikan..banyak pahalanya.. yup..rasa macam diri ni berguna kan”

Syukur kepada Allah kerana persoalan ini mudah terungkai apabila saya terziarah blog Imam Muda Asyraf dan Hafiz Firdaus Abdullah, seorang penulis buku-buku agama. Jadi, dalam entry ini, saya akan melanjutkan bicara mereka, dengan memetik hujah-hujah yang mereka lontarkan tapi dengan menggunakan bahasa dan pendekatan yang tersendiri. Ini kerana saya tidak menyukai budaya copy and paste. Walaupun begitu, saya tidak pernah menghalang, malah menggalakkan sesiapa sahaja yang ingin copy and paste mana-mana entry saya untuk melebar luaskan wilayah dakwah. Tentang hujah-hujah mereka ini, tidak saya sertakan secara keseluruhan sebab saya tidak ingin entry saya ini menjadi terlalu panjang. Jadi,saya sertakan sekali link blog mereka untuk rujukan sahabat nanti.







(Solat berkasut amat sesuai dalam situasi sebegini)




Amalan bersolat dengan memakai kasut ini, sebenarnya bermula di awal penghijrahan umat Islam ke Madinah. Ketika itu memang telah wujud beberapa kumpulan kaum Yahudi yang tinggal di sana. Apabila Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam mendirikan solat di Masjid yang baru dibina dengan tidak berkasut maka berkata penduduk kaum Ansar Madinah, bahawa orang Yahudi juga beribadah tanpa berkasut. Maka dengan itu Nabi S.A.W memerintahkan agar umat Islam bersolat dengan berkasut, dengan sabda beliau - Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang Yahudi kerana mereka tidak mengerjakan solat dengan sandal atau kasut mereka. Jadi sebab atau punca permulaan hukum diharuskan memakai kasut ketika bersolat ialah bagi membezakan diri daripada perbuatan ibadah kaum Yahudi. Islam sememangnya sejak dari awal kelahirannya amat menekan kepada umatnya agar membezakan diri dari kaum-kaum yang lain. Ini termasuklah cara peribadatan, cara berpakaian, adat kebiasaan dan sebagainya. Tuntutan ini ialah bagi membuktikan Islam adalah agama yang unggul dan ia tidak bercampur aduk atau hasil tiruan dari agama-agama lain. Membezakan diri dari agama lain juga bermatlamat supaya kita dapat memastikan bahawa amal ibadah kita adalah tulen dari ajaran Islam yang sejati dan bukan pinjaman dari agama lain.

Tentang bersolat dengan memakai kasut, terdapat beberapa buah hadis yang menunjukkan ia adalah Sunnah. Antaranya dari Abu Maslamah Said Bin Yazid Al-Azyid radhiyallahu ‘anhu katanya, “aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah Rasulullah SAW pernah solat dengan memakai kasut?” Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Imam Bukhari no. 386, Muslim no. 555 dan dalam sunan Tirmidzi n0. 396). Kemudian Abu Maslamah mengatakan bahawa para ulama sepakat mengamalkannya.

Begitu juga hadis dari Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash dia berkata : “Aku pernah melihat Rasulullah mengerjakan solat dengan kaki telanjang (tidak berkasut) dan berkasut”. Hadis riwayat Ahmad no.6627, Abu Daud no.653, Ibn Majah no. 1038. Hadis ini menunjukkan Nabi S.A.W adakalanya bersolat tanpa memakai kasut dan adakalanya pula bersolat dengan memakai kasut.





Kita selongkari pula pandangan ulama-ulama muktabar tentang persoalan ini. Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’e dalam kitabnya Majmu’ Rasa’il ‘Ilmiyyah telah mengatakan bahawa solat dengan memakai sepatu merupakan suatu sunnah yang sudah dilupakan. Imam al-Iraqi pula di dalam syarahnya terhadap kitab sunan Imam Tarmidzi “Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-khatab,Uthman Ibnu Affan,Abdullah Ibnu Abbas,Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi (RA). Selain itu, Ibnu Muflih dalam kitabnya al-Aadaab Al-Syar’iyyah Jil 3 hlm 511 telah meletakkan bab khusus “Fasl Istihbab Salah fi Ni’al” (Perihal Disunnahkan solat dengan memakai kasut), lalu dia berkata Syeikh Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan bahawa solat dengan memakai sandal atau sejenisnya itu disunnahkan.

Mungkin ada yang meragui tahap kebersihan kasut. Tentang masalah ini Nabi S.A.W , telah memberikan Formula untuk menyelesaikannya, iaitu sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri, “ Suatu ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat, beliau membuka kedua kasutnya, lalu orang-orang yang ada dibelakang beliau pun membuka kasut mereka. Selesai solat, beliau bertanya : Kenapa kamu semua membuka kasut kamu? Mereka menjawab : Wahai Rasulullah SAW, kami melihat engkau membuka kasut, sebab itu kami juga membuka kasut. Beliau berkata : “Sesungguhnya Jibril mendatangiku, lalu memberitahuku bahawa ada kotoran ( Najis ) di kedua kasutku. Jika salah seorang diantara kamu mendatangi masjid, maka tengoklah kasutnya. Kemudian lihatlah, jika ada kotoran (najis) pada keduanya, maka gosok-gosokkanlah ke tanah, setelah itu solatlah dengan memakai keduanya”. hadis riwayat Ahmad no. 1153, Abu Daud no. 605, Ibn Khuzaimah no. 1017. Pentahqiq kitab al-Musnad Imam Ahmad mensahihkannya.

Senang dan mudah, jika anda melihat ada najis pada kasut maka gosoklah di atas tanah. Amalan menggosok kasut di atas tanah untuk menyucikan kasut daripada najis juga ada dinyatakan oleh Nabi S.A.W dalam hadith berikut - Apabila di antara kamu memijak najis dengan kasutnya maka debu tanahlah yang mensucikannya.

Untuk memastikan samada terdapat kotoran atau tidak pada kasut, maka sudah cukup dan amat memadai dengan melihatnya dengan mata kasar dan tidaklah dituntut melebihi had dan kadar itu. Walaubagaimanapun, kebolehan menyucikan najis dengan menggosoknya di tanah hanya di bolehkan bagi najis di kasut dan tidak bagi di lain-lain bahagian seperti pakaian atau kulit. Jikalau ada najis di pakaian atau kulit maka ia wajib di bersihkan seperti biasa.

Manakah lebih utama - Solat berkasut atau tanpa kasut ?
Sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang mulia memperlihatkan bahawa baginda adakalanya solat berkasut dan adakalanya tidak. Yang pasti, apabila solat di rumah baginda tidak berkasut manakala apabila beliau solat di masjid atau di kala musafir baginda memakai kasut. Ini adalah kerana masjid di ketika itu tidak di alaskan permaidani dan solat di kala musafir jarang-jarang di alas sejadah. Maka apabila berhadapan dengan dua suasana berlainan ini Nabi sallallahu-alaihi-wasallam solat dengan tidak berkasut dan juga solat dengan berkasut, bersesuaian dengan suasananya itu.

Walaubagaimanapun suasana masjid mahupun surau di zaman kini memperlihatkan ia dilengkapi dengan susunan jubin yang kemas atau dengan permaidani yang indah maka sudah tentu tidaklah dituntut solat dengan memakai kasut di atasnya. Hanya apabila wujud suasana yang memberikan pilihan bagi kita untuk bersolat dengan kasut atau membukanya, atau dalam suasana yang lebih mudah dengan berkasut maka dalam kes-kes seperti ini adalah lebih baik untuk meneruskan solat dengan memakai kasut. Ini adalah kerana sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam sebagai seorang perutusan Allah yang dimuliaiNya adalah lebih utama untuk kita ikuti dari pendapat sendiri atau keraguan nafsu.

Perlaksanaan solat samada berkaedahkan berdiri atau duduk dalam pesawat terbang atau dalam apa jua bentuk kenderaan seperti keretapi, bas ekspres, teksi dan sebagainya amat menjemput agar sunnah solat berkasut di amalkan.
Kebanyakkan orang enggan solat dengan berkasut kerana ragu-ragu akan hukumnya. Dan ada juga meragui akan sahnya solat kerana kasut yang tidak bersih atau merasakan solat itu lebih afdal dengan tidak berkasut. Semua ini menjauhkan diri dari sunnah yang sepatutnya kita pegangi. Keraguan najis pada kasut dapat ditepis dari hati dengan melihat pada tapaknya, jikalau ada najis maka ia boleh dibersihkan dengan hanya menggosok di tanah dan jikalau tiada tanah maka barulah dituntut agar dibuka dan solat tanpanya. Keraguan yang berlebihan tidak perlu wujud dalam hal ini kerana kasut di zaman Nabi S.A.W sudah tentu lebih terdedah kepada pijakkan najis dari kasut kita masa kini yang berpijak hanya dijalan atau lantai yang terjaga.

Islam Itu Tinggi Dan Tiada Yang Lebih Tinggi Darinya. Namun Islam Itu Mudah Dan Tak Pernah Membebankan Penganutnya. Ini yang perlu kita fahami. Jadi tidak perlu lagi untuk meragui hukum bersolat dengan memakai kasut. Ia adalah sunnah dan petunjuk dari Nabi S.A.W dan ia juga bukti islam itu mudah dan tidak pernah membebankan penganutnya. Andainya, kita tidak selesa dengan memakai kasut ketika bersolat, maka jangan pula kita mengeji dan mencaci mereka yang mengamalkannya. Kejahilan adalah punca kenapa amalan ini dipandang aneh dan jelik. Seperti saya katakan di awal entry, perlaksanaanya atau menunaikan solat dengan memakai kasut perlu kebijaksanaan menilai situasi dan lokasi. Kalau di rumah, surau ataupun masjid, maka membuka kasut adalah perlu diutamakan. Jika di padang, stadium, airport yang tidak disediakan surau dan dalam kenderaan(sekadar menyebut beberapa lokasi), maka wajar sekali untuk menunaikan solat dengan memakai kasut. Melaksanakan sunnah ini juga perlu dilaksanakan dengan hikmah demi mengelakkan salah faham dan fitnah dalam kalangan masyarakat. Jadi, kejahilan mesti dihakis dan dikikis, agar masyarakat dapat mengerti sesungguhnya bersolat dengan memakai kasut adalah sunnah yang telah ditinggalkan. Dan, percayalah jua, sesungguhnya blog dan laman sosial seperti Facebook dapat dijadikan medium dakwah yang amat berkesan untuk melebur dan menguburkan kejahilan dan salah faham.


Rujukan:
Hafiz Firdaus Abdullah
Imam Muda Asyraf













KEISTIMEWAAN BULAN REJAB




Bulan rejab. adalah bulan yang termasuk antara empat bulan yang dilarang berperang,selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. BULAN REJAB juga merupakan antara bulan-bulan yang dinantikan oleh segelintir umat islam, termasuklah di Malaysia. Ia dianggap sebagai bulan yang penuh kesitimewaan dan keberkatan.

Sebenarnya, dalam berbicara persoalan keistimewaan bulan Rejab ini, kita tidak sewajarnya berbicara mengikut nafsu apatah lagi secara membuta tuli tanpa menilai kesahihan fakta. Dalam persoalan ini, Ibn Hajar al-Asqalani telah mengumpul hadis-hadis tentang kelebihan bulan Rejab dalam kitabnya yang berjudul Tabyyin al-ajab bima warada fi fadl rajab. Kata Ibn Hajar ” Tiada satupun hadis sahih yang diketemui, sama ada mengenai kelebihannya(kelebihan bulan rejab) dan fadilat puasa padanya. Menurut Dr Abdul Abdul Sukor, dalam bukunya Islam & Manusia, 1001 Kemusykilan, halaman 246: semuanya ( hadis tentang kelebihan bulan Rejab dan fadilat puasanya) adalah bertaraf daif atau palsu (Maudhu’). Sila lihat juga kuliah yang disampaikan oleh Maulana Asri Yusoff tentang kepalsuan hadis tentang bulan Rejab . Jadi, kesimpulannya, hukum berpuasa sunat pada bulan rejab sama sahaja dengan berpuasa pada bulan-bulan yang lain, seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis.

Antara ciri-ciri hadis palsu(Maudhu’) ialah ganjaran pahala yang terlalu besar terhadap amalan-amalan yang dilakukan. Dan ciri-ciri ini jelas kelihatan pada hadis-hadis tentang fadhilat berpuasa sunat di bulan rejab. Lihat SINI untuk melihat ganjaran pahala yang dijanjikan itu. Lihat juga, kilp video tentang tanda-tanda hadis palsu(ganjaran pahala yang berlebihan yang tak tertanggung oleh amalan), yang disampaikan oleh Ustaz Zaharudin Abdul Rahman (UZAR)

Antara hadis yang paling popular yang dikaitkan dengan kelebihan bulan Rejab ialah “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.(Hadis ini dikatakan mun’kar. Malah sesetngah ulama mengangapnya sebagai hadis palsu(maudhu’) dan tiada nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan pada hadis ini). Malah hadis ini dikatakan direka oleh Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Seperkara lagi , ialah tentang peristiwa Israk dan Mikraj yang dikatakan berlaku pada 27 Rejab. Saya masih ingat kuliah agama yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, beberapa tahun yang lepas di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu Kelantan. Kata Tuan Guru Nik Aziz, sebenanrya ulama khilaf 9berbeza pendapat) tentang tarikh sebenar peristiwa Israk dan Mikraj. Beberapa pendapat ulama telah dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, dan yang pasti tarikh 27 Rejab bukanlah tetap dan tepat sebagaimana tetap dan tepatnya tiga, sebagai jawapan kepada satu tambah dua (1+2=3).

Seorang ulama yang terkenal, iaitu Imam Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah telah menjelaskan secara terperinci pendapat ulama-ulama tentang tarikh persitiwa Israk dan Mikraj. Kata Imam Ibn Kathir “ Ahli sejarah tidak sepakat menyebutkan tahun berlakunya kejadian itu. Ada sumber menyatakan, ia berlaku berpuluh tahun selepas kebangkitan baginda menjadi Nabi, atau tiga tahun sebelum Hijrah.”

Dr Abdul Hayie Sukor juga dalam buku yang sama telah memetik pandangan Dr. Yusuf al-Qradawi tentang tarikh peristiwa Israk dan Mikraj. Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya tentang tarikh Israk dan Mikraj, mengatakan Imam Nawawi yang berpendapat sebegitu dalam Fatwanya . Dan sememangnya Imam Nawawi merupakan seoramg tokoh yang diterima pendapatnya. Lihat juga kuliah MAZA , untuk memantapkan kefahaman tentang Israk dan Mikraj.

Mudah-mudahan entry ringkas saya ini mampu merungkaikan salah faham terhadap bulan rejab. Andainya, sahabat tidak bersetuju dengan entry ini, itu hak sahabat dan saya hormati. Cuma, ingin saya tegaskan, dalam hal ini saya hanya melanjutkan bicara para tokoh-tokoh ulama yang sememangnya berwibawa, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Abdul Hayie Abdul Sukor, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Dr Asri Zainul Abidin dan Maulana Asri Yusoff.



Friday, July 1, 2011

TAKUT! AKU TAKUT.

(Bukan Pocong Yang Aku Takuti)




Seminggu dua ni rasa takut semakin menjadi-jadi. Rasa takut yang mula merajai hati sejak beberapa minggu yang lepas, dan kini menjalar ke seluruh jasad. Takut bah! Sebab blog saya berwarna kuning. Dahlah berwarna kuning, blog saya ni BERSIH sekali. Bapak Polisi jangan tangkap aku. HUHUHU