Wednesday, January 18, 2012

Azwan Ali disiasat Polis kerana nak bakar Ummi Hafilda




KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.

Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.





Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.

“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber :MyMetro

13 comments:

kakchik@ella said...

aduhai .. manusia semakin hilang sifat kemanusiaan. dunia akhir zaman.

rahimie said...

Memang laser bangai pon.. menyampah..Unfollow trus.

Eye_nee said...

Marah punya sebab...yg dimarah adik sedarah sedaging....Jadi Abang tak semestinya betul..Jd Adik tak pula tidak bersalah...biarkan lah mereka..air yg dicincang tak akan putus...bulu ayam yg tercarik pasti bercantum semula....

mamaNoriz said...

iskhhh, pelik betul la!

adik beradik gaduh samapi cam tu sekali ek....huhuuu

S..U..D..@..I..S said...

berita terkini dah bersalaman

mira maisara said...

hai si lezer nie..ngn adik sendiri pon wat sanggup wt cm tu..masyAllah..

shameel Iskandar said...

kakchik@ella .
Trima kasih kakchik ats kunjungan dan komnetar. entah apa punca sebenarnya dua beradik ni bergaduh sebegini rupa.

shameel Iskandar said...

rahimie.
benar skali rahimie. azwan ni laser sgt. hahaha

shameel Iskandar said...

Eye_nee.
harap2 mrk berdamailah. biasanya pergaduhan adik beradik ni tak kekal lama. Carik2 bulu ayam akhirnya bercantum juga.

shameel Iskandar said...

Blogger mamaNoriz.
kita kena jadikan semua ini sebagai pengajaran.

shameel Iskandar said...

S..U..D..@..I..S.
Alhamdulillah jika mereka dah benar2 berdamai

shameel Iskandar said...

mira maisara.
tiada apa utk dihairankan mira maisara. sbb habil dan qabil sudah lama melakukan.

Afida Anuar said...

tadi saya baca kat blog sapa entah, azwan ali dah minta maaf dah..adehh macam2..