Tuesday, January 17, 2012

Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Li Po Tidak Wujud - Profesor Sejarah




PETALING JAYA: Menurut sejarah, Puteri Hang Li Po dari China adalah isteri kelima kepada Sultan Melaka Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456-1477.


Dalam tempoh itu juga terdapat legenda terkenal lima pahlawan bersaudara kepada Sultan, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Ia adalah sebuah kisah persahabatan dan kesetiaan, di mana setiap rakyat Malaysia telah mendengarnya.

Walau bagaimanapun, ahli sejarah yang terkenal Prof Khoo Kay Kim telah memberitahu stesen radio BFM pagi ini bahawa Hang Li Po dan lima pahlawan-pahlawan tersebut tidak pernah wujud.

Bercakap kepada FMT kemudiannya, beliau menjelaskan: "Dinasti Ming di China pada abad ke-16 tidak mempunyai sebarang rekod tentang mereka. Rekod ini adalah rekod yang dipelihara dengan sangat baik."

Canselor kepada Kolej KDU ini juga berkata beliau telah membaca penulisan dua ahli sejarah Barat dan satu lagi sejarah terkemuka Wang Gung Wu berkaitan rekod Ming yang tidak ada menyebut mana-mana watak tersebut.

"Sejarah mestilah berdasarkan rekod empirik. Ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod yang bertulis," katanya, sambil menambah bahawa rekod empirik yang boleh didapati di sini adalah lebih kepada "skanky ".

"Tidak ada bukti dalam rekod-rekod di Malaysia," katanya. "Ini adalah sekadar cerita-cerita. Sejarah awal Malaysia adalah berdasarkan cerita."

"Kita mempunyai banyak cerita. Hanya baru-baru ini pengkaji sejarah telah bersusah payah untuk membuat penyelidikan berkaitan tempoh awal sejarah Malaysia. Banyak cerita-cerita yang diterima sebelum ini tidak dapat dibuktikan," katanya.

Khoo juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod yang membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.

Beliau menambah bahawa kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa sukatan pelajaran melalui sukatan pelajaran sejarah sekolah untuk membetulkan kesilapan-kesilapan tersebut.

Sukatan pelajaran ini, kata Khoo, akan diperkenalkan pada tahun 2014.

Sumber : minda cikguPJ


INFO TAMBAHAN:
Memang cerita tentang Hang Tuah lima sahabat dan puteri Hang Lipo sangat kabur dan amat samar. Malah saya pernah terbaca kritikan seorang ahli akademik(maaf saya lupa namanya sebab saya terbaca kritikan ini sekitar tahun 1999), katanya peristiwa pertikaman antara Hang Tuah dengan Taming Sari adalah antara bukti yang jelas kepalsuan kisah Hang Tuah. Ini kerana Taming Sari adalah pahlawan dari Kerajaan Majapahit dan Hang Tuah pula laksamana dari Kerajaan Melaka. Dari sudut sejarah, Majapahit telah lenyap dan berkubur 500 tahun sebelum kemunculan Melaka.

Malah kalau kita tinjau Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu, kita dapati dua watak berbeza yang bertikam dengan Hang Tuah. Dalam Sejarah Melayu, Hang Tuah bertikam dengan Hang Kasturi, tapi dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat.

Jika perlu diubah, ubah sahajalah sukatan sejarah. Cuma, jangan pula ditulis British bukan penjajah tapi penaung dan pelindung Tanah Melayu, manakala Tok Janggut dan pejuang kemerdekaan pula pemberontak dan penganas.


19 comments:

nyanyisunyi said...

Salam Shameel..
akak org Melaka...tak tahu lah mana yg salah mana yg benar..
macam mana pula timbulnya kubur Hang Jebat di melaka...
nak percaya atau tidak sukar nak dinyatakan..

PENCONTENG said...

Salam :)

Tahun lepas, Prof Khoo ada datang UIA jadi panelis dalam forum kuota dan meritokrasi orang melayu dan beliau nasihat pada kami semua belajarlah sejarah ttg orang melayu tapi jgan terkinja2 mahu belajar sejarah hang tuah, hang jebat yg hakikatnya hanya mitos sahaja

hehe. tersenyum lebar saya.

remyhazza said...

sukar nk percaya....
sedangkan kite semua membesar dgn kisah tuah dan jebat......

shameel Iskandar said...

nyanyisunyi.
saya pun musykil kak. sebab selama ni kita dibiaskan dgn kisah hang tuah lima bersaudara, malah kt melaka ada perigi hang tuah yg dikatakan pernah digunakan oleh hang tuah.

mungkin juga mrk ini pernah wujud tapi kerana tokok tambah meyebabkan kisah mereka tercemar dan terhakis nilai2 sejarah dan bertukar menjadi metos sahaja2

shameel Iskandar said...

PENCONTENG.
Nmapaknya bermula tahun 2014, kisah hang tuah akan dipadam dari teks sejarah

shameel Iskandar said...

remyhazza.
selain teks sejarah melayu dan hikayat hang tuah, filem hang tuah laknan Allahyarham P.Ramlee dan filem hang jebat lakonan Allahyarham Nordin Ahmad telah menyebabkabn kisah hang tuah lima bersaudara begitu sebati dlm jiwa kita.

diana said...

bangga dengan cerita dongeng..heheh
tapi ada siapa2 pernah jumpa keturunan hang tuah??

shameel Iskandar said...

diana.
hahaha.mcm cerita dongeng dari indonesia yg tv3 siarkan waktu cuti2 sekolah kan.

Tapi ada tau org yg mendakwa berketurunan hang tuah, siap kelaur surat khabar lagi.

Titisan Hujan said...

bagaimana pula dengan panglima awang??


yg pernah disebut oleh mantan PM kt.Tun Dr Mahathir Mohamad?

sal semua hang yg ada tu mmg ada cari bahan tapi seperti en shameel ckp la,da bertikam dgn hang jebat/hang kasturi.hmmm...garis melengkung banyak2.

tehr said...

tiba2 pulak orang kedah yang cakap 'hang'
ntah...

Azmi Khan said...

wah byk kemusykilan dlm sejarah melayu....

sy pun x tau mana btul dan mana yg salah.....

wa said...

memang betul , sampai sekarang pun masih confius lagik..:(

Afida Anuar said...

tengah baca 5 tahun 5 bulan ni..Hlovate, ada tulis pasal hang 5 bersaudara tu dan puteri hanglipo. Tapi ni takde kaitan dengan sejarah.. hehe;)

Eye_nee said...

Kebenaran semestinya berdasarkan fakta namun sejauh mana Fakta boleh menentukan mitosnya suatu kisah sejarah andai minda dan fikiran kita yg dah bertahun-tahun ni disematkan dgn kisah 5 bersaudara itu..mereka seolah-olah ujud dan menidakkan keujudannya terasa payah sgttt....hrmmm....

Anaa said...

puteri gunung ledang pulak, macam mana, shameel? ada ke.. sebab hang tuah kan pegi meminang puteri gunung ledang untuk raja melaka.. siap nak sedulang hati nyamuk lagi..

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum......

Dikhabarkan sejak berkurun dahulu terdapat usaha dari pihak tertentu seperti gerakan sulit (bawah tanah) yang mahu memadamkan atau merosakkan sejarah sebenar bangsa Melayu di Nusantara ini. Mereka buat begini bagi mengelakkan keturunan bangsa Melayu sekarang menjadi semakin bersemangat lantaran mengambil ikhtibar di atas peristiwa lalu.

Pihak tersebut yang juga musuh kepada Islam mahu keturunan bangsa Melayu percaya yang sejak dahulu bangsa Melayu adalah lemah dan pemalas sedangkan yang sebenarnya tidak begitu. Atas sebab itulah banyak kebenaran sejarah Melayu dan Melaka dirosakkan dengan pelbagai cerita yang diubahsuai. Matlamat mereka ingin menyekat pengaruh Islam dalam dunia Melayu.

Melayu adalah salah satu bangsa yang hebat dan kedatangan Islam dalam dunia Melayu membuatkan bangsa Melayu semakin kuat!!! Inilah yang ditakuti oleh mereka (pendakwah Kristian/freemason/Illuminati).

Tekongdrop Putera said...

berhak kah bangsa lain memadamkan sejarah bangsa melayu...?

Taufiq Silva said...
This comment has been removed by the author.
Norwahi Aziz said...

Walaikomsalam en Ahmad Zaki..saya setuju sangat dengan pendapat awak..saya yakin hanya sedikit anak melayu yang tahu asal usul nya sendiri..yang lagi sedih bila Ada yang akui bangsa melayu adalah bangsa yang taj wujud digelar bangsa lanun..pergi LA di muzium Singapore..baca sendiri..pada tun sri lanang telah coretkan asal usul melayu utk tatapan anak cucu..termasuk kait cerita hang tuah..yg masih berada DLM simpanan sulit belanda Dan potugis..melayu tidak akan hilang selagi berpegang pada agama Islam..mereka sedaya upaya membuatkan melayu lupa bahawa kita bangsa yg dijanjikan..kini bangsa melayu yg sudah tidak seperti orang terdahulu..bijak Dan disegani seluruh nusantara yg berpegang teguh dgn agama allah