Sunday, January 29, 2012

SBPA Menindas Doktor Pakar.




Doktor Pakar antara yang paling banyak mengadu mengenai kelemahan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA). Ini memandangkan pendapatan mereka jauh lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas.

Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam(Ceupacs), Lok Yin Theng berkata, Ceupacs banyak menerima surat daripada golongan ini(doktor pakar) dan meminta pihaknya(Ceupacs) mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) mengkaji semula perkara ini.

Golongan doktor pakar terutamanya dari Gred 51 hingga 54 dikatakan menerima gaji bulanan yang jauh lebih rendah(saya rasa bukan gaji yang lebih rendah ,cuma jarak gaji antara mereka yang tidak jauh berbeza. Maksudnya dari aspek kenaikan tahunan dan kadar imbuhan yang diterima)berbanding doktor yang baru bertugas, sedangkan peranannya di hospital terlalu besar.

Info Tambahan:
Sistem Kenaikan Gaji Dalam SBPA.
a) Kumpulan Primer = RM60,000.00(RM60K)
b) Kategori dua = RM45,000.00(RM45K)
c) Kategori tiga = RM40,000.00(RM40K)
d) Kategori empat =RM35,000.00(RM35K)
e) Jusa C = RM6000.00 hingga RM12,000.00( RM6K –RM12K)
f) Kumpulan Pelaksana( termasuklah guru-guru dan doktor)=RM80.00,RM100.00,RM200.00


Semua tentang isu ini saya petik dari akhbar Sinar Harian, Ahad 22 Januari 2012, halaman N4.
(Perkataan yang saya Italickan adalah tambahan perkataan dari saya secara peribadi. Mohon diperbetulkan andainya saya silap)


P/S = Ada yang mengatakan kakitangan awam dari golongan pelaksana sebagai golongan yang tidak bersyukur dan tidak ikhlas dalam pekerjaan. Sebenarnya ini bukanlah persoalan syukur atau iklhas tapi soal ketidakadilan.

Andainya masih ada yang menuduh kakitangan awam dari golongan pelaksana ini sebagai tidak bersyukur, maka apa kata kalau Kerajaan selaraskan sahaja gaji kakitangan awam tanpa mengira taraf pendidikan atau kelulusan. Maksudnya,baik lepasan SPM, STPM/Diploma, Sarjana Muda, Master dan PhD akan menerima gaji yang sama.

Ini baru betul-betul bersyukur dan benar-benar ikhlas, sebab manusia akan menuntut ilmu atas dasar keihlasan dan buaknnya kerana inginkan jawatan dan gaji yang lumayan. Agak-agaknya tak sampai sebulan tiada lagi manusia yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA/S dan tak sampai dua bulan semua IPTA/S akan ditutup.

Adilkan?
Benar-Benar Bersyukurkan?
Betul-Betul Ikhlaskan?

No comments: