Saturday, February 25, 2012

Hutan Paya Laut Matang




Jika dalam entry sebelum ini, cerita tentang Perak, saya paparkan Kellie’s Castle dan Gua Tempurung, jadi kali ini saya ingin paparkan pula satu lagi permata yang amat bernilai dari negeri Perak, iaitu Hutan Paya Laut Matang






Kunjungan saya ke Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang ialah pada tahun 2009. Jadi gambar yang saya paparkan di sini ialah gambar yang diambil pada tahun 2009. Saya mula berminat untuk mengenali Hutan Paya Laut Matang setelah mengetahui tentangnya daripada sahabat saya, bekas pegawai Jabatan Perhutanan yang kemudiannya bertukar kerjaya menjadi guru.

(jangan dilayan kera nanti anda akan 'didera' oleh sang kera)


Disebabkan kunjungan saya sekadar jalan-jalan dan bukannya bersifat kajian, jadi saya terpaksa mencari info dari sumber-sumber yang lain untuk dipaparkan di sini. Rasanya info/maklumat dari Universiti Putra Malaysia, merupakan info yang terbaik untuk saya paparkan di sini.

(antara chalet yang disediakan)


Hutan Paya Laut Matang(HPLM) terletak di Kuala Sepetang. Ia Merupakan hutan paya laut bakau diurus secara terbaik di dunia. Berkeluasan 40,446 hektar dan terletak dalam daerah Kerian, Larut dan Matang dan Manjung. Kawasan hutan ini berbentuk bulan sabit mempunyai kelebaran sejauh 13.5 km dan di bahagian tengah panjangnya pula ialah 51.5 km. Ia terdiri daripada 19 hutan simpan yang diwarta secara berasingan dan mempunyai sebanyak 108 kompartmen.



Hutan Paya Laut Matang mempunyai sejarah pengurusan yang panjang apabila rancangan kerja pertama disediakan oleh A.E. Wells dalam tahun 1904. Sambutan ulang tahun ke 100 dan disempurnakan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 13 Oktober 2004 lalu.

(antara chalet yang disediakan)


HPLM juga memberi sumbangan yang besar kepada industri perikanan di mana hasil tangkapan perikanan adalah berjumlah lebih kurang RM251 juta setahun. Ini termasuklah hasil tangkapan udang dan ikan, ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan kerang. Ini menunjukkan bahawa pengurusan HPLM secara berkekalan amatlah penting supaya hasil tangkapan ikan dan udang serta hasil laut lain akan diperoleh secara berterusan dalam masa akan datang.




Di samping itu, nelayan yang dianggarkan seramai 4,909 orang dan bergantung hidup kepada industri perikanan dapat meneruskan hidup mereka pada masa akan datang. Ini secara tidak langsung boleh menjamin pendapatan yang berkekalan.








INFO TAMBAHAN:

Jika berminat untuk bermalam atau menginap di chalet.
Sila hubungi:

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak.
Tel. : 05-8072762









42 comments:

Koding said...

Koding Berkata:
Menarik untuk dilawati bagi pencinta alam...

shameel said...

Koding.
mmg menarik dan sy juga teringin utk pergi ke sini buat kali kedua.

Teenager Housemaid said...

wah macam best ni..:D

shameel Iskandar said...

Teenager Housemaid .
Best jugak. Lagi best buat pencinta alam. Lepas tu boleh singgah mkn mee udang/mee banjir dkt2 situ jugak.

Nora Shahaira said...

pernah sampai sini dulu..tapi masa tu tak reti memahami alam sekitar..just lalu je dgn jiwa kosong..jiwa remaja yg memberontak ketika itu..

shameel Iskandar said...

Nora Shahaira
Wah jiwa yg mmeberontak. Bahaya tu.hahaha.


Apaun tempat ni mmg mrnrik buat pencinta alam utk mengenal Pencipta Alam.

Sham said...

ni kalau pecinta alam ni mesti teruja punya ni...

MOH KEMBARA said...

Salam Yob,

Hmm melawat utan bakau ni memang best, rasa nyaman terutama bila naik bot dgn nelayan.

shameel Iskandar said...

Cikgu Sham
bagus sekali kalau buat xtvt pelajar kt sini.

shameel Iskandar said...

MOH KEMBARA.
sayang sekali sy tak sempat naik bot nelayan. Insha-Allah bila ke kuala gula nnt, saya singgah lagi ke tempat no

faizah husna said...

wahh..menarik2..:)
bgga jd anak perak..ngeh3..

aimaniman said...

betapa kayanya Malaysia, tapi napa lae artis2 bila honeymoon nak p europe la (Yusri nak bawa Lisa oiii..), oversea tu best sangat ke, ...

Cik Nur said...

sini memang best...kalau tgh kusut2..lepak sini..mmg syok..walaupun dekat dgn umah cik nur..tp cik nur jarang pergi..huhu

shameel Iskandar said...

faizah husna.
Org perak rupanya. Pernah dtg tak tempat ni

shameel Iskandar said...

aimaniman.
hahaha. mungkin sbb byk duit sgt kit si yusri tu

shameel Iskandar said...

Cik Nur.
org kuala sepetang ke. saya masih baru kt ipoh ni, tapi kalau perak utara sudah agak terbiasa sbb waktu study kt USM dulu slalu jugak ke parit buntar, bagan serai dan taiping/termasuk kuala sepetang ni

^_^ Zaza Nur Iman said...

wau..best nya tempat ni..buat aktivt sukan best

shameel Iskandar said...

Zaza Nur Iman.
mmg best. tp x pasti plak xtvt sukan apa yg sesuai kt cni. hehehe

^_^ Zaza Nur Iman said...

ada sungai tu..boleh berkayak...laluan chalet tu kalau mlm nampak seram je..hihi..tp menarik tmpt ni

Eye_nee said...

bg pencinta alam mmg menjadi tarikan lah tempat2 begini..sunyi dan mendamaikan...

shameel Iskandar said...

^_^ Zaza Nur Iman.
best juga kalau berkayak. mmg agak seram sbb chalet dlm hutan tapi nyaman sekali. waktu sy berkunjung dulu ia agak sepi.mungkin krn kunjungansy tidak pada hari minggu.

shameel Iskandar said...

Eye_nee .
selain pencinta alam, penulis2 juga perlu bertandang ke tempat ni utk mencari ilham. seingat saya hutan paya laut matang juga jadi lkasi pengambaran telefilem Kabus lakonan eman manan dan alex komang(aktor indonesia.)

faiz fakhirin said...

Nampak cam seronok...dh lama xbuat jungle trekk nih...bleh try nih..

Afida Anuar said...

klu kat kemaman, ada satu jambatan tu yang rentas sungai paya bakau ni...kat area mana entah, lupa dah saya..

btw shameel, thanks sudi bertanya khabar, saya ada je. tak hilang. cuma hilang kata tuk bertinta..hehe.
InsyaAllah jika Allah kasi kekuatan, saya akan menulis kembali.

Maaf lama sungguh tak menjengah ke sini. ke blog kawan2 yang lain juga..maaf banyak2..

Titisan Hujan said...

kt perak ada satu lagi taman iaitu Hutan Paya Bakau.kt sn boleh bagi kera mkn.tp betul la kita kena dera dek kera

masa TH p sn, TH xde bw pun mknan tetibe da kera datang serang.marah2 mungkin sebab xbawa makanan.agak terkejut bila dia bergayut kt kaki.tapi hanya tersenyum dengan gelagatnya itu

Jobless Girl said...

Tempat ni bagai syurga bagi pencinta alam semula jadi

remyhazza said...

kampung remy !!!!!!!
miss nyer nak mkn mee udang kat kuala sepetang tu....... murtabak kat changkat jering... rindunyer.....

shameel Iskandar said...

remyhazza.
org kuala sepetang ke?. Bestkn mkn mee udang kt warung mak jah. hahaha. murtabak changkat jering tu gerai yg mana satu. slalu jugak sy gi changkat jering.

shameel Iskandar said...

faiz fakhirin.
gemar jungle trek ke. sy pun dah lama tak buat jungle trek.

shameel Iskandar said...

Afida Anuar.
x perasan plak sy hutan paya bakau kt tgnu tu. Ingatkn afida dah nak beruzlah dri dunia blogger.

shameel Iskandar said...

Titisan Hujan.
kt mana tmpat yg satu lagi tu TH. Mayb sebelah larut matang selama jugakkan.

Miawruu said...

waahhh,, jadi kepengen kesanaaaaaaaa >.<

dwaty said...

jika ada kesempatan nak pegi juga...

kakchik@ella said...

Pencinta alam mesti suka tempat ni. BTW, Taiping tu rmh In-Law saya ..

Anaa said...

first time dengar nama tempat ni.. huhu.. banyak lagi tempat kat mesia ni yang saya tak tahu kewujudannnya..

Detective Fiqa said...

wahhh macam best je :D

LadyBird said...

sukenye kalau dpt melawat tempat2 mcmni.. honeymoon pun ok kan? hihi.. ade ke org honeymoon dlm hutan?

shameel Iskandar said...

Jobless Gir.
Benar skali. tmpat mcm n adlh syurga kpd pencinta alam.

shameel Iskandar said...

Miawruu.
Sekali-sekali datanglah ke Malaysia. Kita negara serumpun kena kunjung mengunjungi.

shameel Iskandar said...

dwaty.
dtglh, pasti awk akn teruja

shameel Iskandar said...

kakchik@ella.
Benar skali kakchik@ella. Temapatn ni amat diminati pencinta alam dan pengkaji2 dri IPT

shameel Iskandar said...

Anaa .
Terlalu byk tempat yg menarik di Malaysia yg belum kita kenali. Sbnrya setia negeri dri perlis sampai ke sabah, memiliki lokasi2 istimewa utl dikunjungi.