Monday, February 13, 2012

PANDUAN MEMILIH PEMIMPIN.





Sebelum memulakan bicara, ingin saya tegaskan, saya bukanlah blogger politik. Saya menulis sekadar untuk merakyatkan pandangan saya. Dan lebih penting dari itu ialah untuk melebarkan wilayah persahabatan dan memperluaskan empayar persaudaraan. Bersahabat dan bersaudara sesama insan, tapi kerana TUHAN.

Atas dasar yang sama, saya memaparkan pandangan dari seorang tokoh agama yang berada di luar lingkungan parti. Maksud saya, beliau bukannya PAS dan tidak juga UMNO. Jadi sila tonton klip video di bawah dengan cermat dan teliti.



Intipati penjelasan Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam klip video di atas ialah:

  • Imam Bukhari menyebut kata-kata Umar al-Khattab “ Hendaklah kamu faqih mempelajari agama, memahami hukum hakam, mempelajari ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemerintah.”
  • Orang jahil tidak boleh menjadi pemerintah atau pemimpin.
  • Sebagai umat islam, kita hendaklah bijak memilih pemimpin.
  • Barang siapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendenagar pengajian yang benar serta mendekatkan diri kepada Allah , maka dia layak untuk kita pilih sebagai pemimpin. Ini kerana dia telah menjadikan dirinya sebagai seorang yang memahami agama.
  • Seseorang pemimpin mestilah memahami agama, memahami syariat Allah dan mesti memahami hukum hakam syarak dan tidak sesekali terlibat menghancurkan majlis agama.
  • Orang yang layak dipilih sebagai pemimpin tidak semestinya seorang ulama, atau ada PhD (dalam bidang agama) atau berkelulusan agama, tapi yang penting, dia mestilah faham agama dan zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehahan. Penampilan dirinya pula membuktikan dirinya sebagai orang-orang yang tunduk dan rukuk kepada Allah.
  • Begitu juga dengan pakaiannya, pakaian anak dan isterinya hendaklah menunjukkan dia faham hukum hakam agama.
  • umat islam perlu menggunakan akal dan iman dalam menentukan kepimpinan.

Perkataan yang saya bold itu akan saya lebarluaskan perinciannya.

:Barang siapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendengar pengajian yang benar serta mendekatkan diri kepada Allah , maka dia layak untuk kita pilih sebagai pemimpin. Ini kerana dia telah menjadikan dirinya sebagai seorang yang memahami agama:

Ini selaras dan selari dengan sabda Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W

“Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama.”(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kefahaman dalam agama, inilah formula dari Allah kepada hamba-Nya yang inginkan kebaikan dalam hidup. Hanya formula ini sahaja yang dapat memanusiakan manusia. Formula ini jugalah yang dapat mengembalikan jati diri kepimpinan kepada seseorang pemimpin. Tak kiralah pemimpin keluarga, negeri atau pemimpin negara. Oleh itu, carilah peluang dan intailah kesempatan untuk hadir dalam majlis-majlis ilmu. Ilmu agama sangatlah penting kerana agamalah yang menjadi panduan hidup kita semua.

:Seseorang pemimpin mestilah memahami agama, memahami syariat Allah dan mesti memahami hukum hakam syarak dan tidak sesekali terlibat menghancurkan majlis agama:

Saya ingin lebarluaskan perbincangan mengenai aktiviti menghancurkan majlis agama. Sebenarnya, perbuatan menghodohkan wajah islam adalah lebih kejam, keji dan jijik berbanding menghancurkan majlis agama. Siapakah yang bertanggungjawab menghodohkan wajah islam.Sila tonton klip video di bawah dengan cermat dan teliti.


Intipati penjelasan Shah Kirit Kakulal Govindji(seoarng pendakwah yang terkenal terutamanya dalam bidang perbandingan agama) dalam klip video di atas ialah

  • 20 tahun lepas, beliau perlu bertandang ke Kelantan buat pertama kali kerana urusan kerja.
  • Pada waktu itu beliau belum lagi memeluk agama islam.
  • Beliau berkali-kali menangguh untuk ke Kelantan kerana media melaporkan perkara-perkara yang negatif tentang Kelantan.
  • Waktu itu berlaku perubahan Kerajaan di Kelantan( PAS ambil alih pada tahun 1990)
  • Media melaporkan islam adalah tak bagus, islam begitu dan islam begini ( saya yakin apa yang beliau maksudkan ialah pihak media mengatakan hukum hudud itu zalim dan kejam)

Begitulah jahat dan kejamnya media arus perdana. Lagi jahat dan kejam orang-orang yang menguasai media tersebut. Merekalah yang menghodohkan wajah islam. Akibatnya agama islam kelihatan hodoh dan bodoh. Media arus perdanalah yang menyebabkan orang-orang bukan takut untuk menghampiri dan mengenali islam. Media arus perdana jualah yang menyebabkan berlakunya salah faham terhadap agama islam di kalangan orang-orang bukan islam.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2004, atau lebih tepat lagi ketika menjelang pilihanraya umum ke-11. Tika itu, RTM berulang-ulangkali menyiarkan klip video tentera Taliban menembak mati seorang perempuan Afganistan. Tiap-tiap malam video klip ini disiarkan dengan matlamat agar rakyat Malaysia berhati-hati dan tidak memilih golongan dan gerakan agama sebagai pemimpin dan peneraju kerajaan.

Amat menghairankan , kenapalah Menteri Penerangan pada waktu itu begitu banggang hingga sanggup mengarahkan RTM menyiarkan video klip yang diragui kebenarannya. Benarkah Taliban sekejam itu? Sahih ke video klip itu atau ia direka-reka oleh musuh-musuh islam seperti Amerika Syarikat dan sekutunya.

Realiti menunjukkan Taliban tidak sekejam yang dimomokkan oleh media barat dan media arus perdana Malaysia. Lihat sahaja nasib Yvonne Ridley, seorang wartawan Sunday Express , yang ditangkap oleh tentera Taliban. Beliau dilayan dengan baik oleh pihak Taliban. Bukan beliau sahaja, malah tiga tawanan lain yang beragama Krsitian yang ditempatkan bersamanya turut dibenarkan menyanyi dan bermain gitar. Mereka dibenarkan berbuat demikian oleh Taliban. Dan tidak berapa lama setelah bebas dari tahanan Taliban, Yvonne Ridley telah bertindak memeluk agama islam. Beliau menyifatkan Talibanlah yang memperkenalkannya dengan islam. Jadi kepada bekas Menteri Penerangan tersebut. Tolonglah bertaubat.

:Orang yang layak dipilih sebagai pemimpin tidak semestinya seorang ulama, atau ada PhD (dalam bidang agama) atau berkelulusan agama, tapi yang penting, dia mestilah faham agama dan zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehahan. Penampilan dirinya pula membuktikan dirinya sebagai orang-orang yang tunduk dan rukuk kepada Allah:

Ada perbezaan yang ketara antara orang agama dengan orang yang beragama. Orang agama, ialah golongan yang berkelulusan dalam bidang agama. Ada dalam kalangan mereka yang digelar ustaz dan ada juga yang digelar Kiai dan Tok Guru.

Manakala orang beragama pula ialah golongan yang tidak semestinya berkelulusan dalam bidang agama. Dia mungkin seorang saintis, namun dia sentiasa sedar akan kewujudan Tuhan yang sentiasa memerhatikan. Dia mungkin seorang peguam, namun dia sentiasa ingat akan dosa dan pahala. Mungkin juga dia seorang arkitek, namun dia faham hakikat syurga dan neraka. Atau mungkin juga seorang doktor, namun sentiasa sedar betapa denyut nadi dan degup jantung boleh terhenti bila-bila masa sahaja.

Dengan kata lain, mereka mungkin sesiapa sahaja, termasuk buruh, nelayan dan petani, tapi mereka terikat dengan agama. Mereka sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menambahkan kefahaman dalam agama. Mereka tidak pernah lalai dan leka dari tuntuan agama dan sentiasa bercita-cita ingin memartabatkan agama. Antara contoh orang beragama ialah Almarhum Necmettin Erbakan, seorang jurutera yang pernah memimpin parti Refah di Turki dan Almarhum Dr Abdul Aziz al-Rantisi, seorang doktor gigi yang pernah memimpin pergerakan islam HAMAS.

:umat islam perlu menggunakan akal dan iman dalam menentukan kepimpinan:

Berpaksikan waras dan wajar yang dipandu oleh ilmu dan iman, umat islam mestilah berhati-hati dalam membuat pengundian. Jadilah pengundi yang bijak. Pelbagaikan bahan bacaan dan lihatlah sumber yang pelbagai untuk memperluaskan horizon pemikiran, dan seterusnya membolehkan kita ‘berijtihad’ untuk memilih pemimpin. Ucaplah selamat tinggal kepada budaya membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian semata-mata atau menonton berita di TV1,TV2 dan TV3 sahaja. Itu budaya masyarakat paleoltik dan hanya sesuai untuk Perak Man yang 'bersemadi' di Muzium Arkeologi Lenggong.


23 comments:

Mutiara Bernilai said...

Subahanallah sangat sarat, [adat dan informatif..

setuju, untuk menjadi pemimpin dia hendaklah orang yang faham agama bahkan jalankan agama itu sebaiknya..

sangat terkesan dengan Ustaz Shah kirits tu..begitu sekali penangan media dan fitnah,,ini bukan sahaja merugikan negara, tetapi agama..

Mutiara Bernilai said...

oh ya. terima kasih

shameel Iskandar said...

Mutiara Bernilai .
Terima kasih atas komentar.
“Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama.”(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

saya antara peminat Shah Kirit.

Cikli said...

ABU

shameel Iskandar said...

Cikli.
Hahaha, kita sokong ABU. Nampaknya xtvt ABU banyak diganggu akhir2 ni.

nahmy said...

syukran atas 'pencerahan' ini...terutama dgn PRU13 dah dekat ni. senang nak buat pilihan...

Eye_nee said...

Kita akan memilih Pemimpin dlm waktu yg terdekat ini...Semoga perkongsian ini tidak lagi membutakan mata dan menulikan telinga kita menentukan siapakah yg layak memimpin kita kemudian nnt...

shameel Iskandar said...

nahmy.
moga dapat jadi pengundi yg bijak. Masa dpn negara terletak di tgn kita.

shameel Iskandar said...

Eye_nee.
Andainya neraca waras dan wajar serta dipandu oleh ilmu dan iman, pasti sahaja tiada lagi golongan yg buta dan tuli dlm membuat pilihan

TaTJ said...

Dari sudut pandangan orang yang berilmu spt cikgu pun semestinya tahu memilih yg mana baik/buruk utk pilih ssorg pemimpin itu...ia mestilah adil&kepimpinan juga berteraskan agama Islam serta mengamalkan perkara2 yg disuruh oleh Allah&meniggalkan apa yg ditegahNYA. Pemimpin juga adalah perlu menjadi ikon yg terbaik dimana akan memberi perwatakan yg baik kepada rakyatnya jugak. InsyaAllah...sesiapa pun bleh menilai siapa yg perlu dipilih utk PRU13 nanti & smg pilihan itu tidak tersasar kearah org yg zalim&toghut....spya kita tidak terpedaya dengan gula2 PRU nanti...Allahuakhbar!minta maaf deh...ambo komen ckit...lama xmari lah kok ni...

shameel Iskandar said...

TaTJ.
Terima kasih ats kunjungan dan komentar. Yg pasti, pengundi kena bijak membuat pengundian agar tidak tersasar dan terbabas dlm memilih pemimpin.

Cara nak jadi pengundi yg bijak ialah bebaskan diri dari konkongan media. Pelbagaikan bahan bacaan dan jgn terhad kepad utusan malaysia, berita harian, tv1,tv2 dan tv3 sahaja.

Kakzakie said...

Allah... kalaulah pemimpin kita tak perlulah 100% tapi kalau 80% pun jadilah (20% given to other races) kalau mereka mengikut garis panduan N3 ini pasti aman/maju negara kita.

Contoh terdekat di Acheh nak masuk jadi calon pun kena uji pembacaan Qurannya baru boleh jadi calon, bukan pemimpin lagi tu. Beerti setelah lepas ujian membaca quran baru boleh masuk pencalonan... kalah/menang rakyat yg tentukan..

Si Pencerah said...
This comment has been removed by the author.
shameel Iskandar said...

Kakzakie

Terima kasih kak atas tambahan info. Ni first time saya tahu ttg syarat nak jadi calon pemimpin di Acheh. Alangkah indahnya kalau syarat2 sebegini diperkenalkan juga ke atas calon2 muslim dari pelbagai parti di negara kita.

School Of Tots said...

Pilihlah pemimpin daripada para ulama pewaris nabi, iaitu ulama yang takut Allah.

shameel Iskandar said...

School Of Tots.
Itulah yg sebaik2nya. Atau sekurang2nya pemimpin dari kalangan para pencinta agama.

caliph shuriken said...

jgn cari pemimpin yg hanya sibuk mengumpul harta berbanding dgn sibuk membantu masyarakat di sekelilingnya...

LadyBird said...

lady suke penulisan dr asri zainul abidin.. :D.. semenjak beliau jadi pensyarah lady kat universiti dulu sampailah skrg.. suke.. :D tapi kalau die bagi ceramah mcm ni x suke dgr sgt..

shameel Iskandar said...

caliph shuriken.
Setuju sekali caliph. Pemimpin hendaklah sibuk membantu masyarakat dan bukannya sibuk mengumpul harta.

Kehebatan seseorg pemimpin perlu juga dilihat dari segi kemampuannya menyumbangkan idea dan jasa, dan bukannya kerana kemegahan mengumpul harta serta berjalan rata-riti seantero dunia.

shameel Iskandar said...

LadyBird.
x-student USM ke dulu, samalah saya pun x-student USM. Dulu dok desasiswa Harapan.

Ni asalnya vcd khutbah jumaat kat masjid di Perlis, waktu Dr Asri masih lagi jadi mufti perlis. khutbah ni menjelang PRU ke 12 tahun 2008 aritu. Jadi saya upload balik ke akaun youtube saya.

Sebenarnya saya suka melihat pandangan Dr Asri dlm hal politik sbb dia berada di luar lingkungan parti. Kadang2 'peluru' yang diledakkan oleh Dr Asri mengenai semua sasaran termasuklah Raja-Raja Melayu dan pihak berkuasa agama(terutamanya JAIS)

cikguNae said...

bara... arang...
errr... abu lah.... :)

shameel Iskandar said...

cikguNae.
ABU yg digeruni akhir2 ni

Cik Matahariku said...

tahniah dan terima kasih. entri yang bernas. boleh menjadi panduan kepada masyarakat pembaca di luar sana. Semoga sdr akan terus diberi kekuatan dan ilham untuk membicarakan hal2 yang memberi rasa sedar kepada ummat.:)-