Thursday, April 19, 2012

Kisah Cinta Antara Datuk Shafie Apdal Dan Zahida Rafik (pendedahan oleh pemandu artis tentang skandal menteri bayar RM100 ribu setiap kali jumpa)





Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.
Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.(tambahan dari saya- ribuan malah mungkin jutaan rakyat Malaysia yang kais pagi makan pagi, tapi artis jelita juga yang diberikan 'zakat' oleh bapak menteri)

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.

Lebih lanjut lihat SINI

21 comments:

kasihredha said...

wauuuuu
ishhh ishhh

shameel Iskandar said...

kasihredha.
hahaha. x sangka kan. harap2 diorg ni kawen cepat2.

Cikli said...

pepijat alaf kalau mahukan orang lawa dan seksi memanglah kena bayar banyak walaupun terpaksa melanun.

Maya Mayana said...

hmmmm...

shameel Iskandar said...

Maya Mayana.
mari kita pakat doakan moga2 dorg ni jadi kawen

shameel Iskandar said...

Cikli .
kalau bayar guna duit sendiri takpe, maslhnya takut bayar guna wang negara

Zura said...

wow..byknye melabur tuk org yg senang lg senang..

Eye_nee said...

banyak jumlahnya tu...kaya2 betul menteri2 kita kan....Nak dengar berita TV kerajaan lah nnt..Apakah DSApdal ini akan diangkat menjadi WIRA jika mengaku kesalahan nya....hai lai PAK MENTERI....mmg berbakti datuk ni...tp pada SEORG rakyat jer ker???...

shameel Iskandar said...

Zura .
Pelaburan cinta ni zura. hahaha

shameel Iskandar said...

Eye_nee.
punyalah ramai rakyat malaysia termasuklah sabah yg miskin, tapi kt seorag rakyat yg jelita jer bapak menteri kita berbakti.

"Nafsu didahulukan, Artis jelita diutamakan"

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

banyaknya duit dia. alangkah elok berbagi kepada rakyat jelata yang hidup melarat kemiskinan.

tehr said...

Aku masih tertanya
Apakah mereka sebenarnya telah berkahwin
Cuma masih dirahsiakan dari pengetahuan umum

Anonymous said...

jelita ke zahida tu? nampak botok sgt! berbaloi ke bayar sampai rm1.5juta? byk sgt ke gaji menteri?

shameel Iskandar said...

FIFIEY LYCHEE MARATION .
Itulah masalahnya FIFIEY. Malaysia ada 28 juta penduduk, dan mungkin 50% amat memerlukan bantuan kerajaan. Tapi sayang, bapak menteri ni hanya nak berkhidmat kpd seorg rakyat jer. Pilih kasih kan.

shameel Iskandar said...

tehr.
Saya rasa diorg ni dah berkahwin secara rahsia. Tapi isunya mereka membazirkan wang negara

shameel Iskandar said...

tehr.
Saya rasa diorg ni dah berkahwin secara rahsia. Tapi isunya mereka membazirkan wang negara

shameel Iskandar said...

Anonymous.
yg pasti lebih jelita berbanding rasmah mansor. hehehe. Mmg byk duit meteri tu, sbb dia samun duit rakyat kot.

along said...

Ehh.. ehhh.
Dayak laut kat pulau Mabul tu..daif
sunguuh hidup mereka aa betoi tak?
Kawan2 DS pak2 memteri..yg lain memang cam tu ke live depa...

shameel Iskandar said...

along .
Bajau lautlh along, bukannya dayak laut. hahaha.

Kebanyakkan mereka mmg hidup dlm kedaifan, itu yg sy perhatikan sepanjang hampir 6 tahun menetap si sabah.

Tapi malang skali pak2 mentri kt sabah(trmasuk)srwk ni hidupnye sgt mewah, jarak kekayaan depa dgn rakyat ni umpama langit ngan bumi.

caliph shuriken said...

kira ni pelaburan yg menguntungkan laa yer, huh...

Hacker 77 said...

biar kan klo suka buat cemburu huhuhuhu from hacker