Wednesday, February 29, 2012

Kitab Injil berusia 1,500 tahun ditemui


KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki
dan dikatakan mencatat ramalan
kedatangan Nabi Muhammad.



ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000.Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi




Satu Petang Di Pantai Cahaya Bulan

Saturday, February 25, 2012

Hutan Paya Laut Matang




Jika dalam entry sebelum ini, cerita tentang Perak, saya paparkan Kellie’s Castle dan Gua Tempurung, jadi kali ini saya ingin paparkan pula satu lagi permata yang amat bernilai dari negeri Perak, iaitu Hutan Paya Laut Matang






Kunjungan saya ke Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang ialah pada tahun 2009. Jadi gambar yang saya paparkan di sini ialah gambar yang diambil pada tahun 2009. Saya mula berminat untuk mengenali Hutan Paya Laut Matang setelah mengetahui tentangnya daripada sahabat saya, bekas pegawai Jabatan Perhutanan yang kemudiannya bertukar kerjaya menjadi guru.

(jangan dilayan kera nanti anda akan 'didera' oleh sang kera)


Disebabkan kunjungan saya sekadar jalan-jalan dan bukannya bersifat kajian, jadi saya terpaksa mencari info dari sumber-sumber yang lain untuk dipaparkan di sini. Rasanya info/maklumat dari Universiti Putra Malaysia, merupakan info yang terbaik untuk saya paparkan di sini.

(antara chalet yang disediakan)


Hutan Paya Laut Matang(HPLM) terletak di Kuala Sepetang. Ia Merupakan hutan paya laut bakau diurus secara terbaik di dunia. Berkeluasan 40,446 hektar dan terletak dalam daerah Kerian, Larut dan Matang dan Manjung. Kawasan hutan ini berbentuk bulan sabit mempunyai kelebaran sejauh 13.5 km dan di bahagian tengah panjangnya pula ialah 51.5 km. Ia terdiri daripada 19 hutan simpan yang diwarta secara berasingan dan mempunyai sebanyak 108 kompartmen.



Hutan Paya Laut Matang mempunyai sejarah pengurusan yang panjang apabila rancangan kerja pertama disediakan oleh A.E. Wells dalam tahun 1904. Sambutan ulang tahun ke 100 dan disempurnakan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 13 Oktober 2004 lalu.

(antara chalet yang disediakan)


HPLM juga memberi sumbangan yang besar kepada industri perikanan di mana hasil tangkapan perikanan adalah berjumlah lebih kurang RM251 juta setahun. Ini termasuklah hasil tangkapan udang dan ikan, ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan kerang. Ini menunjukkan bahawa pengurusan HPLM secara berkekalan amatlah penting supaya hasil tangkapan ikan dan udang serta hasil laut lain akan diperoleh secara berterusan dalam masa akan datang.




Di samping itu, nelayan yang dianggarkan seramai 4,909 orang dan bergantung hidup kepada industri perikanan dapat meneruskan hidup mereka pada masa akan datang. Ini secara tidak langsung boleh menjamin pendapatan yang berkekalan.








INFO TAMBAHAN:

Jika berminat untuk bermalam atau menginap di chalet.
Sila hubungi:

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak.
Tel. : 05-8072762









Wan Shades Saman Rotikaya.com




Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya.

Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan. Katanya, artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.

Wan berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.

“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.

Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya.

Wan turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.

Sumber: Berita Harian.

INFO TAMBAHAN:
Saya lupa peribahasa apa tapi seingat saya, ia adalah sebuah peribahasa. Peribahasa tersebut berbunyi “ Bercakap(termasuk juga menulis-tambahan dari penulis) tanpa berfikir, umpama menembak tanpa arahan.”

Profil Facebook bantu majikan memilih pekerja

Gambar serta profil seseorang dalam laman rangkaian web sosial Facebook mungkin dapat membantu bakal majikan untuk menetapkan sama ada orang berkenaan boleh menjadi pekerja yang baik.

Satu kajian terbaru menyatakan, majikan boleh mengetahui sejauh mana bagus seseorang itu untuk sesuatu pekerjaan berdasarkan kepada profil mereka di Facebook, lapor akhbar Daily Mail.

Dalam kajian berkenaan, penyelidik mengambil kira gambar, hobi dan bilangan rakan seseorang itu sebelum menjawab soalan mengenai ‘sejauh mana seseorang itu boleh diharapkan.’

Ini kerana, mereka mendapati wujud kaitan yang kukuh antara kejayaan seseorang dalam pekerjaan dengan beberapa elemen peribadi orang berkenaan yang didedahkan dalam laman Facebook.

Antaranya, termasuk bilangan rakan yang ramai, minat yang meluas dalam bidang tertentu selain gambar yang menunjukkan mereka kerap mengembara jauh, yang menunjukkan sejauh mana seseorang itu ‘sanggup mengambil langkah’.

Penyelidik juga mendapati bahawa gambar berparti secara keseluruhannya dilihat sebagai positif yang menunjukkan seseorang itu mudah bersosial.

Kaji selidik berkenaan dijalankan di Universiti Northeastern Illinois, Universiti Evansville serta di Universiti Auburn.

Penaja kajian turut meminta seorang profesor dan dua pelajar untuk melihat dan meneliti profil 56 pelajar lain.

Mereka meneliti setiap profil terbabit selama 10 minit dengan mengambil kira maklumat peribadi seperti gambar, komen, rakan dan minat.

Berdasarkan akhbar Wall Street Journal, mereka kemudian menjawab soalan mengenai personaliti seseorang itu, seperti ‘Adakah orang ini boleh diharapkan’ dan ‘Bagaimana kestabilan emosi orang ini?’

Enam bulan selepas itu, keputusan dibandingkan dengan penilaian majikan mengenai pemantauan pelajar berkenaan.

Penyelidik mendapati wujud hubungan kukuh antara prestasi kerja dengan markah yang diperoleh pelajar itu khususnya dari segi sikat berhati-hati, kebolehan dan ambil tahu.

Kajian berkenaan dilakukan ketika ada laporan mengatakan kemungkinan majikan meminta pemohon kerja mendedahkan kata kunci laman web Facebook masing-masing. – Agensi

Thursday, February 23, 2012

RAJA BAYANGAN ALLAH DI BUMI : KENYATAAN HARUSSANI MENGGELIRUKAN




Sebaik sahaja membaca kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tentang kewajipan mentaati Raja, saya benar-benar keliru. Ingin sahaja, saya melontarkan segala kekeliruan di blog ini. Namun saya pendamkan seketika hasrat hati sebab takut dianggap kurang ajar kerana mempertikaikan kenyataan seorang Mufti, apatah lagi mufti yang paling senior.

Tapi, disebabkan hari ini(23.Feb.2012), Mantan Mufti Perlis,Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut mengulas dan sekaligus melakukan pemurnian terhadap isu tersebut, maka saya terpanggil untuk melebarluaskan isu tersebut di blog saya ini.

Kenyataan penuh Mufti Perak, Tan Sri Harussani boleh dibaca di :.--> Malaysia Kini. Saya cuma memetik dan sekaligus membicarakan isu-isu yang agak mengelirukan sahaja. Artikel penuh daripada Dr Asri pula, boleh di rujuk di :.--> SINI

  • Kenyataan Pertama : orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.
  • Kenyataan kedua : Perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

Ulasan saya(berdasarkan artikel daripada Dr Mohd Asri Zainul Abidin):

Kenyataan Pertama : orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah itu dengan khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan putarkan hadis untuk pemainan politik. Ertinya, secara literal dalam konteks Malaysia, Perdana Menteri juga zhillu Allah ataupun bayangan Allah di bumi. Demikian Presiden Mesir, Libya dan sebagainya.

Kenyataan kedua : Perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

Kita sepatutnya bertanya, apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya. Jika mereka itu berjudi di London ini sehingga tergadai balak dan minyak di negara mereka apakah itu bayangan Allah? Jika mereka kejam seperti Assad di Syria, atau mereka rasuah dan bermewahan dengan harta rakyat jelata, apakah mereka tetap dimuliakan sebab mereka bayangan Allah?

Pandangan Al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” perlu dihayati . Kata beliau “kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”.

Bagaimana pula dengan persoalan taat dan ketaatan kepada Pemerintah/Sultan sebagaimana yang diperkatakan oleh Tan Sri Harussani. Sejujurnya sejak sekian lama, Islam telah menyediakan formulanya. Perhatikan ucapan Abu Bakr al-Siddiq ketika menjadi khalifah(saya boldkan perkataan yang sangat perlu untuk dihayati)

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).



KLIP VIDEO YANG WAJIB DITONTON.



Intipati kuliah daripada DR Asri dalam klip video di atas ialah

  • Pada tahun 1915, British mengarahkan tentera-tentera dari negara-negara jajahannya,termasuk India dan Tanah Melayu untuk dihantar ke Palestin
  • Ustaz Nur Alam mengingatkan tentera-tentera yang beragama islam yang berkhidmat dengan British agar tidak menyokong British dalam usaha memerangi dan merampas Palestin. Ini kerana Palestin adalah bumi islam.
  • Akibatnya, hampir seribu orang tentera-tentera yang beragama islam yang ditempatkan di Singapura enggan menyertai British dan mereka telah memberontak(dinamakan sebagai peristiwa dahagi).
  • Akhirnya British telah meminta bantuan tentera daripada Sultan Melayu(maaf saya tidak ingin sebut Sultan dari negeri mana. Sila tonton klip video di atas untuk mencari jawapannya)untuk membunuh tentera-tentera islam yang enggan menyertai British merampas Palestin.
  • Pertanyaan ikhlas dari saya(penulis), Layakkah digelar Bayangan Allah Di Bumi kepada Sultan yang telah bertindak menyokong British dan membunuh tentera-tentera islam yang enggan menyertai British untuk merampas Palestin.

Saya akhiri bicara saya ini dengan memetik sebahagian daripada artikel Dr Asri yang bertajuk Agama Sering Menjadi Mangsa.Lebih lanjut tentang artikel ini, sila klik :.--> SINI

Jika orang seperti Hitler dan Assad mampu mendapat restu golongan agama, maka tidak pelik jika dalam dunia ini ada mufti atau syeikh yang sanggup memuja-memuji pemerintah atau raja atau sultan dalam khutbah Jumaat dengan perhiasaan kata yang berlebihan.

Doa bertujuan mengampu disusun khas untuk penguasa, sultan dan raja serta keturunannya sekalipun mereka itu perasuah, perembat harta rakyat, bermewahan dengan istana, kereta dan harta sedangkan rakyat bawahan menderita airmata. Doa untuk rakyat yang miskin hanya secebis. Sebaliknya berlimpahan doa untuk penguasa, raja dan sultan dengan perhiasaan kata puja dan puji seakan mereka lebih tinggi dari para nabi.

Khutbah Jumaat yang menjadi tempat umat memuja dan pemuji Tuhan, bertukar pada bahagian doanya sebagai ampuan memuja dan memuji kerajaan dan sultan. Hal ini bukan sangat dengan pemintaan penguasa atau raja, tetapi ‘sang berjubah agama’ yang mempunyai agenda hidupnya yang tersendiri.

Juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dia dipecat ialah membela Islam, melayu dan raja. Sedangkan melayu tidak semestinya selari dengan Islam, demikian juga raja. Jika Islam itu diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat.


p/s = kepada sahabat yang ingin meninggalkan komen, diminta tidak memberi komen yang boleh disifatkan sebagai menghina Sultan/Raja-Raja Melayu.

Wednesday, February 22, 2012

FITNAH TERHADAP KELANTAN: USTAZ AZHAR VS HAJI NAJIB AMIRUL MUKMININ


Haji Najib Amirul Mukminin adalah suami kepada Hajah Rasmah. Cerita lanjut tentang tololnya Haji Najib Amirul Mukminin telah saya paparkan dalam entry lepas, lihat-->.: SINI

#16 Wordless Wednesday: TERINGIN

Sunday, February 19, 2012

PESANAN BUAT MUFTI JADI-JADIAN, HENTIKANLAH KERJA GILA



Ini adalah sambungan daripada entry lepas, lihat --:.> SINI

Hari ini terlalu mudah untuk menjadi seorang mufti. Tak perlu belajar agama tinggi-tinggi, tapi sudah terlampau cukup dan tersangat memadai dengan memiliki akaun facebook. Kalau ada akaun twitter sekali, maka darjatnya semakin tinggi dan amat layak untuk digelar Sheikh ul-Islam. Inilah mufti jadi-jadian yang hidup dengan suburnya di negara kita.

Terdapat ribuan malah jutaan mufti-mufti jadian ni. Ia berkeliaran sana –sini, sesetengahnya sangat tolol dan dan sesetengahnya pula terlampau bahlul.Sila lihat gambar di bawah untuk lebih memahami isu ini.

(ini saya ambil dari sahabat FB, Topeng Perak Unmasked)


Saya salin balik sesetengah 'fatwa' dalam gambar di atas untuk renungan bersama:.
  • Tahukan anda? MCD, daging lembu diletak sekor2 di dalam pengisar daging
  • Sesama islam, wajib sebarkan benda2 yg baik. Kalau tak sampaikn akak dpt dosa nanti( inilah yang dikatakan menjual TUHAN dan AGAMA, sebab menggunakan agama untuk menyebarkan fitnah)
  • Ada juga yang halal tp kotor. Mcm milo ada campur cacing. Mcm sardin cap ayam brand ada campur katak.
Kegilaan apakah yang melanda umat islam di Malaysia sekarang ini? Kegilaan yang benar-benar menggila. Kegilaan yang dicipta oleh si Maha Gila dan disebarkan pula oleh si gila dan ditujukan kepada si gila agar sama-sama gila. Lihat kembali gambar di atas.

Kemungkinan besar Si Maha Gila memfatwakan sesetengah produk sebagai haram kerana bermotifkan ekonomi. Mereka langsung tidak bermotifkan agama dan sedikitpun tidak bermatlamatkan dakwah. Cita-cita mereka ialah ingin menghancurkan pesaing-pesaing mereka dengan menjual TUHAN dan AGAMA. Lalu tersebarlah SMS dan status kat FB kononnya produk itu haram dan perlu diboikot. Lalu si mangkuk yang tak tahu apa-apa pun dengan penuh sopan dan santun turut ‘melacurkan agama’ dengan share dan like kat FB dan seterusnya sebarkan ke FB masing-masing. Kenapa saya gunakan istilah melacurkan agama, ini kerana ramai tukang share ni yang abaikan formula dari TUHAN, iaitu :.

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan” Surah al-Hujuraat, ayat 6.

Sedih melihat situasi hari ini, internet yang sepatutnya dijadikan tapak semaian untuk menuai pahala, kini dijadikan perkebunan noda dan dosa. Sepatutnya kita selidik betul-betul sebelum menyebarluaskan berita tentang haramnya sesuatu produk. Sesungguhnya mengkaji dan menyelidik itu adalah tuntutan Allah sebagaimana yang tertera dalam ayat Al-Quran yang dipaparkan di atas. Kaji dan selidik siapakah pencipta fatwa tersebut(golongan yang mengharamkan produk tersebut), dan jangan sekali-kali gatal tangan ingin menyebarkannnya. Jika tidak mampu mengkaji, rujuk sahaja www.halal.gov.my. Jadi semua produk yang disahkan halal oleh JAKIM, tak perlulah kita nak haramkan.

PESANAN IKHLAS BUAT MUFTI JADI-JADIAN DAN BAKAL MUFTI-MUFTI TERSEBUT.

“Fas alu ahla zikri in kuntum la ta’lamun ”(bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui.).Inilah penyelesaian terbaik terhadap polemik halal dan haram sesuatu produk. Siapakah ahli zikri dalam persoalan ini. Tentu sahaja JAKIM.

Kakitangan JAKIM bukanlah para ustaz dan ustazah, atau lulusan agama semata-mata. Ramai juga antara mereka yang berkelulusan dalam lain-lain bidang termasuklah teknlogi makanan, dan mereka telah menjadi penyelidik di JAKIM. Selain JAKIM,penyelidikan bersama juga dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan agensi-agensi lain termasuklah Jabatan Kimia.

Ada yang beralasan kita perlu berhati-hati tentang soal dan haram sebab ia melibatkan darah dan daging. Memang benar, berhati-hati amatlah penting, tapi kita tidak diminta untuk berlebih-lebih dalam mengamalkan sikap berhati-hati, apatah lagi kita telah mempunyai ahli zikri dalam masalah ini, iaitu pihak JAKIM.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam bukhari sewajarnya kita hayati, iaitu kisah suatu kaum yang bertanya kepada Nabi: "Bahwa ada satu kaum yang memberinya daging, tetapi kita tidak tahu apakah disebut asma' Allah atau tidak. Maka jawab Nabi: Sebutlah asma' Allah(baca Bismillah) atasnya dan makanlah," (Riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis ini jelas sekali, kita tidak sesekali diminta untuk memperincikan sesuatu yang diluar pandangan dan pengetahuan kita. Dan, dengan adanya ahli zikri dalam hal ini, iaitu para agamawan dan penyelidik dari JAKIM, maka tak perlulah kita menjadi mufti tak rasmi dan mufti jadi-jadian dengan memfatwakan sesuatu produk/makanan sebagai haram dengan berwahyukan khabar angin.

Jadi mulai sekarang, jika ingin mengetahui status halal atau haramnya sesuatu produk, langsung sahaja ajukan tanya kepada JAKIM, atau rujuk sahaja status tersebut di www.halal.gov.my

Malek Noor bakal menamatkan zaman bujang.




Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan, seorang doktor pakar pediatrik.
Beliau yang juga pemegang gelaran Mr Asia enam kali berturut-turut dalam tempoh tujuh tahun bermula 1985, 1986, 1987, 1988, 1990 hingga 1991 berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima anak itu diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Bharu, Kelantan, pada 12 Mac depan.

“Majlis resepsi perkahwinan pula diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Malek berkata, dia tidak menyangka hubungan yang dibina selama empat bulan dengan wanita berusia 52 tahun berasal dari Terengganu itu bakal membawanya ke jenjang pelamin.

“Saya mengenalinya ketika menjadi duta produk kesihatan Go Cell di Kota Bharu apabila dia menawarkan saya beberapa produk penjagaan kesihatan. “Bermula saat itu kami sering berhubung melalui telefon untuk bertanyakan khabar pada setiap hari sehingga dia bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan,” katanya.

Katanya, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita yang bekerja di sebuah hospital swasta di ibu kota itu dengan baik hingga timbul perasaan sayang dalam diri masing-masing.
“Sejak itu, kami sering membahasakan dan memanggil diri dengan perkataan sayang menyebabkan saya selesa ketika bersamanya dan nekad untuk memperisterikannya,” katanya.

Dia yang tidak mahu identiti bakal isterinya itu didedahkan berkata, dirinya bersyukur kerana dalam usia 56 tahun, tuhan menemukan jodoh dengan wanita yang berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali berumah tangga selepas lebih 20 tahun membujang.

“Saya mempunyai ramai kenalan perempuan sebelum ini, tapi tiada seorang pun yang menawan hati. Saya tidak memilih kecantikan atau paras rupa, lebih penting sikap saling menghormati dan percaya antara satu sama lain bagi mewujudkan keserasian antara pasangan. “Dia memiliki segala aspek yang saya mahukan dan ini peluang terbaik untuk saya memenuhi kewajipan sebagai umat Islam,” katanya.

Sumber: Metro

INFO TAMBAHAN:
Sudah Kehendak-Nya , walaupun agak terlewat tapi jodohnya tetap ada. Sesungguhnya ajal, maut, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan-Nya. Tahniah kepada Datuk Abdul Malek Noor.


Friday, February 17, 2012

NENEK TERMUDA DI DUNIA



PUAN BINTI AHMAD telahpun mempunyai empat orang anak yang berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini. Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang.

"Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.

Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan dia menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dipetik dari : Zuhairifirdaus




Dalam Sinar Harian hari ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kangar akan memproses semula borang rayuannya selepas membaca kisah berkenaan di Sinar Harian, semalam.

Lebih lanjut, langsung sahaja ke
SINAR HARIAN

Wednesday, February 15, 2012

Sepi Seekor Beruk

Monday, February 13, 2012

PANDUAN MEMILIH PEMIMPIN.





Sebelum memulakan bicara, ingin saya tegaskan, saya bukanlah blogger politik. Saya menulis sekadar untuk merakyatkan pandangan saya. Dan lebih penting dari itu ialah untuk melebarkan wilayah persahabatan dan memperluaskan empayar persaudaraan. Bersahabat dan bersaudara sesama insan, tapi kerana TUHAN.

Atas dasar yang sama, saya memaparkan pandangan dari seorang tokoh agama yang berada di luar lingkungan parti. Maksud saya, beliau bukannya PAS dan tidak juga UMNO. Jadi sila tonton klip video di bawah dengan cermat dan teliti.



Intipati penjelasan Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam klip video di atas ialah:

  • Imam Bukhari menyebut kata-kata Umar al-Khattab “ Hendaklah kamu faqih mempelajari agama, memahami hukum hakam, mempelajari ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemerintah.”
  • Orang jahil tidak boleh menjadi pemerintah atau pemimpin.
  • Sebagai umat islam, kita hendaklah bijak memilih pemimpin.
  • Barang siapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendenagar pengajian yang benar serta mendekatkan diri kepada Allah , maka dia layak untuk kita pilih sebagai pemimpin. Ini kerana dia telah menjadikan dirinya sebagai seorang yang memahami agama.
  • Seseorang pemimpin mestilah memahami agama, memahami syariat Allah dan mesti memahami hukum hakam syarak dan tidak sesekali terlibat menghancurkan majlis agama.
  • Orang yang layak dipilih sebagai pemimpin tidak semestinya seorang ulama, atau ada PhD (dalam bidang agama) atau berkelulusan agama, tapi yang penting, dia mestilah faham agama dan zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehahan. Penampilan dirinya pula membuktikan dirinya sebagai orang-orang yang tunduk dan rukuk kepada Allah.
  • Begitu juga dengan pakaiannya, pakaian anak dan isterinya hendaklah menunjukkan dia faham hukum hakam agama.
  • umat islam perlu menggunakan akal dan iman dalam menentukan kepimpinan.

Perkataan yang saya bold itu akan saya lebarluaskan perinciannya.

:Barang siapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendengar pengajian yang benar serta mendekatkan diri kepada Allah , maka dia layak untuk kita pilih sebagai pemimpin. Ini kerana dia telah menjadikan dirinya sebagai seorang yang memahami agama:

Ini selaras dan selari dengan sabda Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W

“Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama.”(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kefahaman dalam agama, inilah formula dari Allah kepada hamba-Nya yang inginkan kebaikan dalam hidup. Hanya formula ini sahaja yang dapat memanusiakan manusia. Formula ini jugalah yang dapat mengembalikan jati diri kepimpinan kepada seseorang pemimpin. Tak kiralah pemimpin keluarga, negeri atau pemimpin negara. Oleh itu, carilah peluang dan intailah kesempatan untuk hadir dalam majlis-majlis ilmu. Ilmu agama sangatlah penting kerana agamalah yang menjadi panduan hidup kita semua.

:Seseorang pemimpin mestilah memahami agama, memahami syariat Allah dan mesti memahami hukum hakam syarak dan tidak sesekali terlibat menghancurkan majlis agama:

Saya ingin lebarluaskan perbincangan mengenai aktiviti menghancurkan majlis agama. Sebenarnya, perbuatan menghodohkan wajah islam adalah lebih kejam, keji dan jijik berbanding menghancurkan majlis agama. Siapakah yang bertanggungjawab menghodohkan wajah islam.Sila tonton klip video di bawah dengan cermat dan teliti.


Intipati penjelasan Shah Kirit Kakulal Govindji(seoarng pendakwah yang terkenal terutamanya dalam bidang perbandingan agama) dalam klip video di atas ialah

  • 20 tahun lepas, beliau perlu bertandang ke Kelantan buat pertama kali kerana urusan kerja.
  • Pada waktu itu beliau belum lagi memeluk agama islam.
  • Beliau berkali-kali menangguh untuk ke Kelantan kerana media melaporkan perkara-perkara yang negatif tentang Kelantan.
  • Waktu itu berlaku perubahan Kerajaan di Kelantan( PAS ambil alih pada tahun 1990)
  • Media melaporkan islam adalah tak bagus, islam begitu dan islam begini ( saya yakin apa yang beliau maksudkan ialah pihak media mengatakan hukum hudud itu zalim dan kejam)

Begitulah jahat dan kejamnya media arus perdana. Lagi jahat dan kejam orang-orang yang menguasai media tersebut. Merekalah yang menghodohkan wajah islam. Akibatnya agama islam kelihatan hodoh dan bodoh. Media arus perdanalah yang menyebabkan orang-orang bukan takut untuk menghampiri dan mengenali islam. Media arus perdana jualah yang menyebabkan berlakunya salah faham terhadap agama islam di kalangan orang-orang bukan islam.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2004, atau lebih tepat lagi ketika menjelang pilihanraya umum ke-11. Tika itu, RTM berulang-ulangkali menyiarkan klip video tentera Taliban menembak mati seorang perempuan Afganistan. Tiap-tiap malam video klip ini disiarkan dengan matlamat agar rakyat Malaysia berhati-hati dan tidak memilih golongan dan gerakan agama sebagai pemimpin dan peneraju kerajaan.

Amat menghairankan , kenapalah Menteri Penerangan pada waktu itu begitu banggang hingga sanggup mengarahkan RTM menyiarkan video klip yang diragui kebenarannya. Benarkah Taliban sekejam itu? Sahih ke video klip itu atau ia direka-reka oleh musuh-musuh islam seperti Amerika Syarikat dan sekutunya.

Realiti menunjukkan Taliban tidak sekejam yang dimomokkan oleh media barat dan media arus perdana Malaysia. Lihat sahaja nasib Yvonne Ridley, seorang wartawan Sunday Express , yang ditangkap oleh tentera Taliban. Beliau dilayan dengan baik oleh pihak Taliban. Bukan beliau sahaja, malah tiga tawanan lain yang beragama Krsitian yang ditempatkan bersamanya turut dibenarkan menyanyi dan bermain gitar. Mereka dibenarkan berbuat demikian oleh Taliban. Dan tidak berapa lama setelah bebas dari tahanan Taliban, Yvonne Ridley telah bertindak memeluk agama islam. Beliau menyifatkan Talibanlah yang memperkenalkannya dengan islam. Jadi kepada bekas Menteri Penerangan tersebut. Tolonglah bertaubat.

:Orang yang layak dipilih sebagai pemimpin tidak semestinya seorang ulama, atau ada PhD (dalam bidang agama) atau berkelulusan agama, tapi yang penting, dia mestilah faham agama dan zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehahan. Penampilan dirinya pula membuktikan dirinya sebagai orang-orang yang tunduk dan rukuk kepada Allah:

Ada perbezaan yang ketara antara orang agama dengan orang yang beragama. Orang agama, ialah golongan yang berkelulusan dalam bidang agama. Ada dalam kalangan mereka yang digelar ustaz dan ada juga yang digelar Kiai dan Tok Guru.

Manakala orang beragama pula ialah golongan yang tidak semestinya berkelulusan dalam bidang agama. Dia mungkin seorang saintis, namun dia sentiasa sedar akan kewujudan Tuhan yang sentiasa memerhatikan. Dia mungkin seorang peguam, namun dia sentiasa ingat akan dosa dan pahala. Mungkin juga dia seorang arkitek, namun dia faham hakikat syurga dan neraka. Atau mungkin juga seorang doktor, namun sentiasa sedar betapa denyut nadi dan degup jantung boleh terhenti bila-bila masa sahaja.

Dengan kata lain, mereka mungkin sesiapa sahaja, termasuk buruh, nelayan dan petani, tapi mereka terikat dengan agama. Mereka sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menambahkan kefahaman dalam agama. Mereka tidak pernah lalai dan leka dari tuntuan agama dan sentiasa bercita-cita ingin memartabatkan agama. Antara contoh orang beragama ialah Almarhum Necmettin Erbakan, seorang jurutera yang pernah memimpin parti Refah di Turki dan Almarhum Dr Abdul Aziz al-Rantisi, seorang doktor gigi yang pernah memimpin pergerakan islam HAMAS.

:umat islam perlu menggunakan akal dan iman dalam menentukan kepimpinan:

Berpaksikan waras dan wajar yang dipandu oleh ilmu dan iman, umat islam mestilah berhati-hati dalam membuat pengundian. Jadilah pengundi yang bijak. Pelbagaikan bahan bacaan dan lihatlah sumber yang pelbagai untuk memperluaskan horizon pemikiran, dan seterusnya membolehkan kita ‘berijtihad’ untuk memilih pemimpin. Ucaplah selamat tinggal kepada budaya membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian semata-mata atau menonton berita di TV1,TV2 dan TV3 sahaja. Itu budaya masyarakat paleoltik dan hanya sesuai untuk Perak Man yang 'bersemadi' di Muzium Arkeologi Lenggong.


Sunday, February 12, 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA | TERIMA KASIH KERAJAAN.




RM500.00 yang diagihkan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) amatlah bererti dan sangatlah bermakna buat golongan marhaen, termasuklah kepada kedua orang tua saya. Saya amat yakin, seluruh warga marhaen pun begitu juga.

Di samping berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kepada Tuhan, jauh disudut hati warga marhaen, amat mengharapkan agar program membela rakyat ini akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang. Janganlah tahun ini menjadi kali pertama dan terakhir untuk BR1M. Biarlah ia menjadi agenda tahunan dan bukannya agenda memancing sokongan.

Whitney Houston meninggal dunia




LOS ANGELES – Penyanyi pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat dalam tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, kata polis.

“Pada pukul 3:55 petang (semalam), Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis, Mark Rosen.

Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha telah dibuat untuk memulihkan beliau.

“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes ini sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kata jurucakap tersebut.

Punca kematian belum dapat diketahui pada masa ini. – AFP

Sumber : KOSMO





Hujan Ikan Di Honduras Australia



Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.
Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup.


Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.

Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

Sumber : Harian Metro

Kelantan rampas persada liga Super




KELANTAN kembali menguasai persada Liga Super selepas menundukkan Terengganu 2-1 di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu tatkala pendahulu sebelumnya, Perak tersungkur 1-0 di tangan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Norshahrul Idlan Talaha membuktikan kehebatannya sebagai penjaring prolifik apabila memperdayakan dua pertahanan sebelum membuka jaringan The Red Warriors pada minit ke-36.

Kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi menambah jaringan pada minit ke-52 sebelum skuad Mat Zan Mat Aris memperoleh gol tunggal menerusi Abdul Manaf Mamat pada masa kecederaan.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Perak kehilangan status pendahulu apabila tumpas 0-2 kepada T-Team, menerusi jaringan pemain import tuan rumah, Bojan Petric (m-56) sebelum Zairo Anuar Zailani mengukuhkan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-88.

Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah berkongsi satu mata dengan Sabah selepas terikat 2-2 dengan pelawat terlebih dulu membuka jaringan menerusi Sharudin Yaakup (m-21) sebelum Kenari bangkit meledak dua gol menerusi Khyril Muhymeen Zambri (m-29) dan Faizal Abu Bakar (m-38).

Sharudin memastikan satu mata buat Sabahawks apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-56 sebelum anak buah Justin Ganai kehilangan seorang pemain selepas Brendan Gan dibuang padang pada minit ke-73 kerana mengasari Baddrol Bakhtiar.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, PKNS merakamkan kemenangan sulung musim ini selepas menewaskan pasukan yang berdepan masalah ketumpulan penyudah, Selangor 2-0.
Gol PKNS terhasil menerusi rembatan Rudie Ramli pada minit ke-33 dan tandukan Helmi Remeli pada minit ke-60, tatkala Selangor terus buntu tanpa penyerang import, Bosko Balaban yang masih belum mendapat sijil perpindahan antarabangsa (ITC).

Di Stadium Jalan Besar, Singapura, Lions XII mula menunjukkan kemampuan sebenar untuk mencabar kejuaraan musim ini selepas mengatasi Negeri Sembilan 3-1 hasil jaringan kapten Shahril Ishak (penalti m-30, m-60) dan Shahdan Sulaiman (m49) manakala pelawat mendapat gol sagu hati menerusi pemain gantian, Firdaus Azizul.

Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak memperoleh kemenangan kedua musim ini selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan FELDA United 2-1 walaupun ketinggalan menerusi jaringan Mohd Firdaus Faudzi (m-42).

Tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Vedran Muratovic (m-45) sebelum Ashri Chu Chu meledak gol kemenangan pada minit ke-85.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, Kuala Lumpur terus kempunan selepas tewas 0-2 kepada Johor FC, hasil jaringan Haris Safwan Kamal (m-6) dan tolakan Jasazrin Jamaluddin (m-83).

Sumber : Berita Harian

Nikon sasar 50 peratus pasaran DSLR




Nikon Corporation Jepun (Nikon) yakin ia akan memperoleh penguasaan 50 peratus pasaran kamera refleks lensa tunggal digital (DSLR) di Malaysia tahun ini selepas operasi kilangnya di Thailand dijangka pulih sepenuhnya menjelang bulan Mac ini.

Penguasaan pasaran kamera DSLR Nikon di Malaysia menguncup kepada 40 peratus tahun lalu apabila bencana banjir yang berlaku pada bulan Oktober lalu telah menjejaskan operasi pengeluaran dan komponennya di Taman Perindustrian Rojana, Ayutthaya.

"Kilang di Thailand mula beroperasi sejak bulan lepas, namun masih belum pada kapasiti sepenuhnya," kata Pengurus Besar Komunikasi Nikon, Tetsuya Morimoto dalam temu bual bersama Bernama di ibu pejabat Nikon di sini baru-baru ini.

Sumber: KOSMO

Saturday, February 11, 2012

Surat Terbuka Kepada Dato' Dr Hasan Ali

(Hassan Ali dan Zulkifli Nordin)


Surat terbuka ini ditulis oleh Dr Maszlee Malik, seorang tokoh agama dan juga pensyarah di
UIAM. Surat terbuka ini telahpun disebarluaskan di Facebook. Anda juga boleh membacanya di MalaysiaKINI dengan tajuk "Hasan Ali disaran berdakwah tanpa bayaran".


Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik.

Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.

Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.


Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).


Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?


Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.


Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.


Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.


Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.


Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Dr Maszlee Malik
Ahli Akademik Politik Warga
UIAM


Friday, February 10, 2012

Mufti Perak dakwa Datuk Seri Najib telah ‘gadai akidah’ kerana menghadiri upacara Thaipusam di Batu Caves.




KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.


INFO TAMBAHAN:
Saya tak ingin ulas tentang isu ini, sebenarnya ada beberapa pendapat dan pandangan ulama tentang hukum menziarahi rumah ibadat penganut agama lain, begitu juga dengan hukum mengucapkan ucapan selamat sempena perayaan mereka seperti ucapan "Merry Christmas".

Lajnah Fatwa Tetap Arab Saud, contohnya mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa.

Untuk memudahkan rujukan sahabat, lansung sahaja ke -->:. SINI dan juga jangan lupa klik -->:. DRMAZA

Kaji punca siswazah kejururawatan menganggur

SUBANG JAYA — Terdapat satu keperluan mendesak agar kajian dilakukan mengapa ramai siswazah kejururawatan tempatan gagal memperolehi pekerjaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kajian berhubung perkara itu adalah penting, katanya pada Persidangan Penyelidikan Kejururawatan Antarabangsa Kedua anjuran Jabatan Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya di sini semalam.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rohani Abdullah ketika merasmikan persidangan dua hari itu.

Mohamed Khaled berkata, jabatan itu berusaha ke arah meningkatkan kualiti kejururawatan di dalam negara agar mencapai taraf dunia.

Salah satu pendekatannya, beliau berkata adalah menggalakkan penyelidikan kejururawatan dan menggunakan penemuan penyelidikan dalam amalan kejururawatan.

Menyentuh tema persidangan itu, “Akses Untuk Kesihatan Berkualiti Melalui Penyelidikan”, menteri itu berkata penyelidikan adalah satu daripadan elemen dan mekanisme penting ke arah mencapai masyarakat inovatif dalam pelbagai bidang termasuk kejururawatan.

Persidangan itu dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-50 fakulti berkenaan.

Sumber :KOSMO

Peguam terkenal(Datuk Sukri Mohamed) saman Papagomo




Seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap blogger pro-Umno, Papagomo di Mahkamah Tinggi di sini. Datuk Sukri Mohamed juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.


Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit. Dalam blog terbabit, Papagomo menyiarkan tulisan bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011. Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas.


(papagomo)


Dalam tuntutannya plaintif(Datuk Sukri) memohon defendan(Papagomo)membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.

Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta.

Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Lebih lanjut langsung ke :.->
SINI

INFO TAMBAHAN:
Jangan pula Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman Papagomo. Dan, jangan pula ada mana-mana Mufti yang memfatwakan papagomo layak menerima peruntukan zakat atas dasar Fisabilillah. Maklumlah, sekarang ni memerangi dan menghapuskan Pakatan Rakyat sudah diangggap sebagai Fisabilillah.

Thursday, February 9, 2012

Biodata Tasha Manshahar



Jika sebelum ini Yuna, Ainan Tasneem, dan Najwa Latif. Kini giliran Tasha Manshahar pula untuk melakar nama menerusi youtube, Videonya dikatakan ditonton hampir 140,000 dalam masa 6 hari dengan lagu Be Mine.



Biodata Tasha Manshahar
Nama : Nur Nadia Natasha Bt Mohd Manshahar
Umur : 20 Tahun
Tarikh Lahir : 22 November 1992
Asal : Sandakan Sabah tapi tinggal di Kajang.
Adik Beradik : Anak pertama daripada 3 adik beradik
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG ILMU KHAS Kuala Lumpur
Facebook : Tasha Manshahar (Clora Studio)
Youtube : Tasha Manshahar Youtube
Blog : Little Letters To Myself
Lagu : Be Mine, Hati Ini, Put The Blame On Me.


Info tentang biodatanya ini sila rujuk : Prof Hariz

Wednesday, February 8, 2012

BERTANI SATU IBADAH




Kita Sering Diingatkan.
Pertanian Itu.
Satu PERNIAGAAN.

TAPI.
Kita Jarang Difahamkan..
Sesungguhnya Pertanian Itu.
SATU IBADAT..


“ Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat.” Hadis riwayat Muslim