Thursday, March 29, 2012

Al-FATIHAH UNTUK AYAH



25 MAC, merupakan tarikh ayah saya dilahirkan, dan ia juga merupakan tarikh ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir. 25 MAC 2012, pukul 5.00 pagi, detik yang pastinya kekal melekat di ingatan selagi hayat dipinjamkan Tuhan.

Selama 3 bulan 12 hari ayah terlantar di Wad 8 Selatan Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM). Ayah mula dimasukkan ke Wad 8 Selatan HUSM pada 13 Disember 2011 dan ayah terus kekal ‘menghuni’ wad 8 Selatan(kecuali beberapa hari sahaja di ICU), hinggalah ayah menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 Mac 2012. Perihal ini pernah saya paparkan dalam ENTRY LEPAS

“Esok arijadi ayh.genap 73 tahun.pakat doa biar ayah pnjg umur lg.” Itulah sms yang dihantar oleh abang saya yang setia menemani ayah, sepanjang ayah menjadi warga Wad 8 Selatan. SMS tu dihantar pada pukul 10:08:07 malam, 24 Mac 2012.

Dengan penuh harap dan dengan penyerahan yang total, saya bersolat hajat sempena hari ulang tahun kelahiran ayah. Dengan harapan, mudah-mudahan ayah disembuhkan dari penyakitnya dan sekali gus dipanjangkan umur. Ya, tiada yang tidak mungkin dengan izin Allah dan tiada yang mustahil dengan kehendak Allah, namun kerja Allah tak siapa yang tahu. Pukul 4.30 pagi, 25 Mac 2012, abang saya menelefon memberitahu ayah dalam keadaan nazak. Saya mula gelabah dan terus bersiap siaga untuk pulang ke kampung. Setengah jam kemudian, abang mengkhabarkan berita duka, ayah sudah tiada….

“Innalillahiwainna-ilaihirajiun."

Sedih, terkejut ,resah dan gelisah saling bertindih dalam jiwa. Sedih sebab saya tiada di sisi ketika ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Resah dan gelisah kerana kereta saya masih kat workshop setelah terlibat dalam kemalangan, lantas saya meminta bantuan seorang sahabat untuk menghantar saya ke stesen teksi di Terminal Bas Medan Gopeng. Syukurlah ada teksi yang sudi ke Kelantan dengan tambang RM460.00. Juga resah dan gelisah, kerana takut tidak sempat menatap wajah ayah buat kali terakhir.

Syukur kepada Allah, kerana saya sempat menatap dan mengucup dahi arwah ayah. Amat bersyukur kerana saya dan adik beradik sempat memandi, mengkafan dan menyembahyangkan, serta sama-sama mengebumikan jenazah ayah.

Selamat Jalan Ayahku Tercinta, Semoga Damai Kau Di Sana.

Ya Allah, Ampunilah dosa dan kesalahan ayahku. Jadikanlah kuburnya sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga.



Friday, March 23, 2012

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012



Perhatian kepada pelajar lepasan SPM yang ingin mengambil atau memohon program perguruan anda bolehlah memohon program Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau sekarang lebih dikenali sebagai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian sesi ambilan jun 2012. Program ini akan dibuka pada 22 Mac 2012. Oleh itu, pastikan anda telah menyediakan apa yang patut bagi memohon program tersebut.






Cara-cara untuk memohon Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) ambilan Jun 2012 adalah seperti yang berikut:

  • Jangan lupa beli No. Pin di Bank-bank Nasional yang berdekatan dengan anda pada 22 Mac dengan bayaran sebanyak RM6.00 saja.
  • Jangan lupa, bila dah beli No. Pin, anda bolehlah melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysiauntuk mendaftar secara online pada tarikh yang sama iaitu pada 22 Mac 2012.
  • Pastikan anda mematuhi syarat-syarat permohonan apabila anda memohon Progran Ijazah Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian tersebut.

Syarat-syarat kemasukan ke Program Ijazah Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian ambilan Jun 2012 adalah seperti di bawah:






Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2012.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 boleh dibuat mulai 22 Mac 2012 (Khamis) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia
atau boleh terus ke :


Oleh itu, kepada pelajar-pelajar lepasan SPM jangan lupa isi cepat-cepat sebelum tarikh tutup tersebut.

Sumber: ikhwan

ENOT KINI BERTUDUNG.


kredit buat MIRAAKIM utk gambar ini



Saya benar-benar terkejut setelah mengetahui perkara ini. Dulu, dia antara artis yang paling celupar menghina hukum hudud, tapi hari ini dia mula mengenakan tudung. Moga-moga Enot ikhlas dan istiqamah menuju cinta Allah.

Kisah Enot ini mengingatkan saya kepada sejarah hidup Shive Prasad. Beliau bertanggungjawab meruntuhkan masjid bersejarah di India iaitu Masjid Babri di Ayodhya pada 6 Disember 1992. Tapi sudah Kehendak-Nya, pada 6 Disember 1999, Shive Prasad telah memeluk islam. Hebatkan, ia berlaku pada tarikh yang sama(6 Disember).

Lagi-lagi tentang manusia yang beroleh hidayahnya pernah saya paparkan menerusi cerpen saya yang berjudul Sudah Kehendak-Nya, lihat :--> SINI



Thursday, March 22, 2012

Tunggakan Tiga Bulan Gaji Akan Dibayar Mulai April

Kredit buat MASMURNI untuk gambar ini.

  • Bayaran tunggakan tiga bulan gaji akan dibayar kepada penjawat awam mulai April ini.
  • Terima kasih kepada Cuepacs kerana lantang memperjuangkan nasib penjawat awam.
  • Terima kasih kepada kerajaan kerana sudi memahami keluh kesah penjawat awam.
  • Penjawat awam perlu meningkatkan prestasi kerja dan memahami tugasnya, dan jangan sesekali menjadi seperti Makhluk Tuhan Paling Tolol :-->lihat SINI

Wednesday, March 21, 2012

HUKUM BERURUS NIAGA DENGAN YAHUDI



Amat menghairankan apabila masih ada yang gagal membezakan antara durian dan buah-buhan. Mereka seakan-akan menganggap durian itu adalah buah-buahan dan buah-buahan pula adalah durian. Tak mengapa, biar saya jelaskan, Durian ialah sejenis buah-buahan dan buah-buahan pula tidak semestinya durian.

Apa perkaitan antara durian dan buah-buahan dengan entry saya ini?

Saya kembali teringatkan persepsi klasik berzaman-zaman. Dulu, bila disebut Cina terus dikaitkan dengan Komunis. Seolah-olah Cina itu Komunis dan Komunis itu Cina. Hakikatnya, Cina itu merujuk kepada bangsa(walaupun ia kurang tepat) dan Komunis pula merujuk kepada idealogi atau fahaman/isme yang diasaskan oleh Karl Marx. Hakikatnya juga, tidak sedikit orang-orang Cina yang turut menjadi mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya .


(Dari google- gambar lelaki Yahudi)


YAHUDI DAN ZIONIS.

Kecoh sekecohnya, apabila Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengatakan tidak salah untuk umat islam berurusniaga dengan orang-orang Yahudi. Apabila membaca hujah yang dilontarkan untuk mengutuk kenyataan Presiden PAS, baik di dada akhbar mahupun di laman-laman sosial termasuklah di blog, ternyata ia amat melucukan. Sesetengahnya berhujah dengan nada yang amat racis, seracis Hitler yang terkenal dengan misi Holocaust dalam memerangi orang-orang Yahudi. Sesetengah pulak berhujah persis orang mandul akal.

Jika tadi saya bawa perumpamaan Durian dan Buah-Buahan, sekarang saya ingin tonjolkan perkaitan antara Yahudi dan Zionis. Yahudi merujuk kepada orang, manusia, individu, bangsa dan sering juga dirujuk sebagai anutan. Manakala Zionis pula merujuk kepada sebuah pertubuhan, pergerakan dan fahaman/isme. Kesimpulannya mudah sahaja, Yahudi tidak semestinya Zionis, meskipun Zionis dianggotai oleh orang-orang Yahudi, sebagaimana durian yang merupakan sebahagian daripada buah-buahan, namun buah-buahan tidak semestinya durian.

Memang islam mengajar kita agar sentiasa berwaspada dengan yahudi dan nasrani namun dalam masa yang sama Allah menganugerahkan ‘sedikit keistimewaan’ dalam berinteraksi antara umat islam dengan penganut yahudi dan nasrani. Keistimewaan yang saya maksudkan ialah, umat islam dibenarkan memakan sembelihan ahli kitab dan mengahwini wanita ahli kitab. Pasti sahaja ada yang tertanya-tanya, masih wujudkah ahli kitab hari ini. Maaf saya tidak berminat untuk membincangkan isu ini secara panjang lebar di sini, Insha-Allah akan saya perincikan dalam entry akan datang. Cuma, secara ringkas, ingin saya jelaskan, jumhur(majoriti) ulama berpendapat ahli kitab masih wujud hingga ke hari ini meskipun mereka beriman dengan kitab(Taurat dan Injil) yang telah diubah. Cuma, para ulama berbeza pendapat dari segi keturunannya sahaja.

Malah, Lokman Ab. Rahman, seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan juga Presiden Persatuan Eksekutif Halal Malaysia menjelaskan, pada zahirnya ahli kitab yang masih mempertahankan peraturan kitab mereka(tentu sahaja kitab yang telah diubah- tambahan dari saya) hingga ke hari ini ialah kaum Yahudi jika dibandingkan dengan Nasrani(sila rujuk majalah al-islam, disember 2011, m/s:23)


Wajarkah kita memusuhi keseluruhan orang Yahudi?

Hari ini jumlah bangsa Yahudi di seluruh dunia hanyalah sekitar 12 atau 14 juta orang. Hampir 6 atau 7 juta orang mendiami Israel dan saki baki yang lain pula bertebaran di seluruh dunia terutamanya di benua Eropah dan Amerika.

Tentu sekali tidak wajar dan tidak waras untuk kita memerangi keseluruhan orang Yahudi, sebab tidak kesemua mereka ini menyokong perjuangan Zionis. Malah, terdapat juga orang-orang Yahudi yang mengutuk kekejaman terhadap Palestin. Malah, tidak kurang juga yang turut membantah pencerobohan tentera Amerika Syarikat ke atas Afghanistan dan Iraq.

Begitu juga dengan orang-orang Yahudi di Maghribi satu ketika dahulu. Mereka saling berinteraksi dengan umat islam di Maghribi dan hidup sebagai warga Maghribi yang baik. Jutaan terima kasih kepada Saudara Nazel Hashim Mohamed kerana telah menulis sebuah cerpen yang hebat berjudul Bertemu Zulaikha Di Kasbah Des Oudayas. Cerpen tersebut turut membicarakan isu kaum Yahudi di Maghribi menerusi watak Ra’il seoarang wanita Yahudi kelahiran Casablanca.


PANDANGAN TOKOH-TOKOH AGAMA TENTANG HUKUM BERURUSNIAGA DENGAN ORANG-ORANG YAHUDI.

Pandangan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat(TGNA)


Di dalam hadis ada menjelaskan, bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga.

Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi?

Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.
Kenyataan penuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz boleh rujuk :-->SINI

Apa yang pasti, Presiden PAS hanya mengatakan boleh berurusniaga dengan orang Yahudi dan bukannya dengan Zionis, tapi Kerajaan Malaysia sudah sekian lama menjalin hubungan dagang dengan Zionis. Ini adalah jawapan daripada Menteri Kewangan Malaysia terhadap soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012.

".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. … (tolong perhatikan perkataan yang saya boldkan itu)

Pasti akan ada yang mempertikaikan pandangan TGNA, dengan alasan TGNA tu Mursyidul Am PAS dan sudah tentu akan menyebelahi Presiden PAS. Tidak mengapa saya paparkan pula pandangan ulama di luar lingkungan parti.

Pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin:

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tidak salah bagi umat Islam untuk berurusan dengan bangsa Yahudi yang tidak bermusuhan dengan Islam.

Mengulas polemik berikutan pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa berurusniaga dengan Yahudi dibenarkan tetapi bukan dengan Zionis, Asri berkata, "maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan (dengan) Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar."

Bagaimanapun menurut beliau, pihak yang memerangi Islam, maka "dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya."

Kenyataan beliau ini boleh dirujuk:-->SINI


Pandangan Dr Zaharuddin Abd Rahman:

Allah SWT menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat kelima surah Al-Maidah.

Jika perkahwinan dibenarkan, sudah tentu jual beli lebih lagi akan termasuk dalam kategori dibenarkan oleh Islam (selagi mana menurut syarat jual beli Islam).

Telah ijma' atau sepakat seluruh umat islam keharusan urusan dengan ahli zimmah dan lain-lain orang kafir selagi mana (urusniaga itu) tidak jatuh dalam perkara haram. Tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka " ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)

Justeru, telah ijma' berkenaan keharusan membeli dan menjual samada kepada Yahudi, Nasrani (Kristian), Buddha, Hindu dan lain-lain selagi mana mereka tidak terlibat secara langsung (dan rasmi) memerangi Islam.

Artikel penuh dari Dr Zaharuddin,sila rujuk:--> SINI

Ada satu perkara yang menghairankan saya, iaitu kritikan terhadap kenyataan Tuan Guru Haji Hadi turut disebarkan menerusi Facebook. Mungkin mereka terlupa Facebook juga merupakan hasil ciptaan seorang anak muda Yahudi bernama Mark Zuckerberg.

Tuesday, March 20, 2012

KHASIAT BELUT

(sebahagian belut yang dijual di Pasar Jelawat Bachok Kelantan)


Tak kenal maka tak cinta. Jom kita berkenalan dengan belut dan sekali gus menjadi pencinta belut. Mudah-mudahan dengan ini, perasaan geli terhadap belut akan segera terhakis dan terkikis. Mudah-mudahan juga, segala pandangan negatif terhadap belut akan segera lebur dan berkubur.

Sejujurnya, saya adalah antara pengemar belut. Setiap kali bercuti di kampung, saya pasti akan mengunjungi mana-mana warung atau restoran yang menyajikan masakan belut. Di sekitar Bachok Kelantan, pelbagai masakan belut dapat dinikmati di beberapa buah restoran dan warung-warung. Antara yang popular ialah sup belut, tom yam belut, belut paprik dan maggi belut. Jujur dan ikhlas, belut sangat enak dan mesra selera.

KHASIAT BELUT( fakta ini saya perolehi dari SINI)

  • Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.
  • Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.
  • Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
  • Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.
  • Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.
"Jom Pakat Jadi Pencinta Belut."

Siti NurFatihah Di Culik Ketika Beli Kad Prabayar.

Gambar dari Nurazizahyahaya


Seorang pelajar perempuan dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.

Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun.

Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.

Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361.

Sumber: Utusan Malaysia.

Monday, March 19, 2012

KECOH BILA BENDERA UMNO KENA BAKAR.



Umpama taufan yang melanda dan persis Tsunami yang menghentam, begitulah keributan yang tercipta apabila bendera umno dibakar.

Sejujurnya, perbuatan ini merupakan perbuatan yang jahat dan khianat. Jadi perbuatan sebegini tidak boleh dipuji dan wajar dikeji.

Walaupun begitu, perbuatan membakar bendera umno(termasuklah membakar bendera mana-mana parti politik) hanyalah kesalahan yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Amat memalukan apabila perkara yang seremeh ini pun nak melibatkan pihak polis. Tak usahlah nak bebankan polis untuk menyiasat kes-kes yang remeh temeh ini. Sudah terlampau cukup dan amat memadai jika kes sebegini hanya diselesaikan oleh ketua kampung, tok imam, tok bilal, tok mudin dan tok bidan.

Hari ini tugas polis terlalu banyak dan kes jenayah juga semakin berlambak. Daripada menyibuk menyiasat kes bendera umno kena bakar, lebih baik pihak polis lebihkan tumpuan untuk menyiasat kes manusia yang dibakar.

Dan, harap-harap tidak ada nanti mana-mana menteri yang sakit jiwa atau rosak mental yang mengarah atau menetapkan agar setiap bendera umno perlu dijaga oleh seorang anggota polis.

Sebenarnya aku musykil dengan senario di Malaysia hari ini. Apa tidaknya, bendera umno ni lebih berharga daripada nyawa manusia. Sebelum ni rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor diserang dan dan dua buah keretanya terbakar, tapi tak pulak kecoh. Begitu juga dengan peristiwa cubaan membakar rumah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, tak pula bising. Tapi bila bendera umno kena bakar, kecoh satu Malaya.


Gila sungguh negaraku ini.

Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno




Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.

Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.

17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya.

Sumber : Arituarini

Tuesday, March 6, 2012

ROGOL




Entri ni bukanlah khas untuk Cik Seksi binti Menggiurkan, Cik Jarang binti Nipis dan Cik Singkat binti Sendat. Ini kerana perogol tak pernah memilih mangsa. Malah kategori Halimah Jonggang dan yang sewaktu dengannya juga turut menjadi mangsa.





Isu ini pernah saya angkat sebagai tema di dalam sebuah cerpen saya yang berjudul Post Mortem. Cerpen tersebut pernah disiarkan di dalam akhbar Berita Minggu (NSTP), lihat -> SINI

Sunday, March 4, 2012

10 Video Klip Youtube Paling Popular Sepanjang Febuari 2012.



  1. Justin Bieber – Baby ft. Ludacis : 684,597,595 penonton.
  2. Jennifer Lopez - On the Floor ft. Pitbull: 563,245,100 penonton
  3. Lady Gaga – Bad Romance: 438,181,560 penonton
  4. Shakira – Waka Waka(This Time For Africa): 435,406,537 penonton
  5. Eminem – Love The Way You Lie ft. Rinhana : 419,238,359 penonton
  6. Charlie bit my finger –again ! : 403,885,492
  7. Lmfao– Party Rock Anthem ft Lauren Bennet, GoonRock : 338,476,990 penonton
  8. Parto in Un Letto : 324,724,343 penonton
  9. Eminem – Not Afraid : 305,724,343 penonton
  10. Justin Bieber – Never Say Never ft. Jaden Smith : 290,917,758 penonton.

Sumber: Mingguan Malaysia(04.03.2012)

Gara-Gara Menyokong Pembangkang: Bantuan Terhadap OKU Dihentikan



Gara-gara menyokong parti pembakang, seoarng OKU, dikenakan tindakan yang Maha Kejam. Baca betul-betul surat diatas yang ditandatangani oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang.

Surat tersebut mengarahkan bantuan kerajaan kepada seorang lelaki kurang upaya dihentikan atas tuduhan menyokong pembangkang.

Ketika dihubungi olehMalaysiakini, Datuk Mong Dagang yang juga ADUN Bukit Begunan enggan mengulas mengenai perkara itu.

Selanjutnya sila baca --> SINI


INFO TAMBAHAN:
Wahai Menteri Yang Tolol lagi Bahlul, kau ingat Wang Negara/Pendapatan Kerajaan ni milik mak bapak kau ke? Banggang tahap cipanlah Menteri bahlul ni.

Sebagai lulusan ekonomi, biar aku ajar kamu wahai menteri takde otak, Antara sumber utama pendapatan Kerajaan, ialah cukai yang dikenakan terhadap rakyat. Pembayar cukai pula ialah orang ramai atau rakyat yang terdiri daripada pelbagai parti. Jadi tak wajar dan tak waras jika kau nak jadikan ini sebagai senjata politik






Wahai menteri tolol lagi bahlul,gambar di atas sudah cukup untuk memahamkan kau, sesungguhnya Rakyat Sebenarnya Yang Memberikan Nyawa Kepada Kerajaan.




Saturday, March 3, 2012

Tun Dr Mahathir Mendakwa, Kenaikan Gaji Akan Menyebabkan Malaysia Muflis




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar bagi meningkatkan produktiviti.

Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.
jika.

“Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan.

“Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu.

“Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan, walaupun agama itu mempunyai penganut yang kecil.

"Kita sekarang pula menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain,” katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk "Gaji Minimum".
Gaji minimum

Dr Mahathir juga melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.

Pada 24 Februari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.

Menurut menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, tindakan itu akan menyaksikan kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu.

Menurur Dr Mahathir, Malaysia boleh menjadi muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.

"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya.

Menurutnya, Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka.

"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.

"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.
Tidak baik

Dr Mahathir juga membidas pentadbiran selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.

Walaupun, tidak menamakan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan gaji.

“Pernah seorang perdana menteri, pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat sehingga 25 peratus.

Lazimnya, peningkatan adalah hanya kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan pembangunan,” katanya.

Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.

Sumber: Malaysia Kini.

INFO TAMBAHAN:
Nampaknya UMNO/BN dah jemu memerintah negara. Percayalah! Kalau gaji kakitangan awam diusik kerajaan UMNO/BN juga akan diusik dengan usikan maut yang akan menamatkan pemerintahan UMNO/BN .

“Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu” .

Kata-kata Tun DR Tun Dr Mahathir ini mengingatkan saya tentang tololnya seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2008, iaitu ketika pemimpin Pakaran Rakyat bermimpi di siang hari, ingin membentuk kerajaan baru pada tarikh 16 September 2008. Bagi merealisasikan mimpi tahap melampau ini, Pemimpin Pakatan Rakyat menjanjikan 16 september sebagai cuti umum andainya cita-cita mleangitnya tercapai.

Dalam keadaan sebegini,munculah sang pensyarah bergelar Prof Madya, tapi orangnya sangat tolol dan amat bahlul. Katanya, Malaysia sudah terlalu banyak cuti umum dan sebarang usaha untuk menjadikan 16 september sebagai cuti umum adalah tidak wajar, ini kerana ia akan menjejaskan produktiviti negara.

Jeng!Jeng!Jeng! pada tahun 2010, Kerajaan mengistiharkan 16 september sebagai cuti umum, lalu sang pensyarah yang tolol dan bahlul ini ‘berfirman’ lagi di kaca tv. Katanya, tindakan kerajaan menjadikan 16 september sebagai cuti umum membuktikan kerajaan menghargai warga sabah dan Sarawak. Dan cuti ini amat wajar kerana ia melambangkan jatidiri dan identiti Malaysia.

Tolol dan bahlulkan sang pensyarah tu.

Inilah yang terjadi bila ilmu dilacurkan.