Wednesday, July 25, 2012

Isteriku yang sendat...ketat.. abang hari-hari melekat.

m


Amat memalukan apabila iklan berbaur seks ditayangkan secara terbuka. Lagi memalukan kerana modelnya pula wanita islam yang bertudung.


Banyak cara dan pendekatan untuk memaparkan kemersraan suami- isteri. Tak perlulah nak lucah melucah. Kenapalah tolol dan bahlul sangat pihak yang terlibat...


P/S : Rasanya lebih sopan dan bermoral menggunakan ayat F**K(sekurang-kuranngya ia memantapkan penguasaan bahasa Inggeris) berbanding mengunakaan ayat "Oh, isteriku yang sendat...ketat.. abang hari-hari melekat.

Tajuk Sebelumnya : Adik Wani Erotik Perosak Dikir Barat

Tuesday, July 17, 2012

Fynn Jamal Memerlukan Bantuan.

Saya terbaca di fanpage Fynn Jamal lalu saya kongsikan di sini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuhu.

nama saya fynn jamal, dan saya meminta jasa baik sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu saya mencari dana untuk anakanda saya Bakti Arjuna Fitri untuk pembedahan jantung.

kami perlu mencari rm 35 ribu dalam masa terdekat ini sebelum jantung anakanda saya bengkak. anakanda saya berumur 1 bulan 2 minggu dan besarlah harapan saya kalau2 ada sesiapa yang sudi menderma walau sekecil mana. jenis pembedahannya adalah seolah bypass di mana dadanya akan dibuka utk memperbetul lubang di jantungnya.

kalau mahu diganti, berilah nama dan jumlah. saya berjanji akan memulangkan wang tuan / puan bila saya ada wangnya. insyaAllah sebelum hujung tahun ini.

panjang2kanlah rayuan saya ini. moga2 ada yang dapat membantu kami anak beranak.

nur affina yanti binti jamalludin
maybank
164810008992

SUMBER

INFO TAMBAHAN:

Dalam sebuah hadis ada diceritakan, kisah seorang pelacur yang diampunkan dosa dan dianugerahkan syurga lantaran membantu anjing yang dahaga. Berbakti kepada anjing pun begitu hebat ganjarannya, apatah lagi kalau berbakti kepada manusia. Tambahan lagi kepada anak kecil yang suci dan bersih dari sebarang dosa dan noda.

Friday, July 13, 2012

Rohingya : Air Mata dan Darah Saudara Seakidah




Air mata dan darah saudara seakidah mengalir dan menitis lagi. Umat islam Rohingya kini sedang terseksa, sebenarnya derita yang mereka tanggung hari ini hanyalah episod-episod duka yang tidak pernah bernoktah sejak zaman-berzaman. Dari sudut geografi, umat islam Rohingya tinggal di utara negeri Rakhine(dahulunya dikenali sebagai Arakan) yang terletak di barat daya Mynmar yang bersempadan dengan Bangladesh. Tapi dari sudut agama, mereka amatlah dekat dengan setiap umat islam lantaran persamaan akidah.





Orang islam Rohingya pada asalnya adalah sebahagian penduduk pemerintahan beraja Mrauk-U di Arakan. Mereka terhimpit antara pemerintahan beraja di Burma yang mengamalkan agama Budha di sebelah timur, dengan raja-raja Moghul yang beragama islam di barat.Walaupun raja-raja Mrauk-U beragama Budha, namun orang-orang islam tetap memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran kerajaan mereka.

Pada tahun 1784, Raja Burma,Bodawpaya telah bertindak menakluki wilayah Arakan. Ini menyebabkan orang-orang islam, termasuk orang Rohingya menjadi pelarian di Chittagong Bangladesh dan ramai juga yang terus menetap di sana. Di bawah pemerintahan British pula, Burma ditadbir sebagai sebahagian daripada India.




Apabila Burma mencapai kemerdekaan pada 1948, hubungan negara itu dengan orang Rohingya semakin tegang, terutamanya apabila sekumpulan Muslim di Arakan cuba menyatukan Maungdaw dan Bthidaung bagi membentuk Pakistan Timur. Akibatnya, Rangoon menafikan hak kerakyatan kepada orang-orang Rohingya, dan mereka tidak dibenarkan menjadi tentera dan bekerja dalam perkhidmatan awam.

Menjelang tahun 1950, sesetengah orang Rohingya melancarkan pemberontakan bersenjata, tetapi dapat dipatahkan empat tahun kemudian. Setelah pihak tentera berkuasa di Burma pada tahun 1962, orang-orang Rohingya semakin teruk ditindas sehingga menyebabkan lebih 200,000 orang melarikan diri ke Bangladesh pada tahun 1978.
Pada tahun 1991-1992, lebih 250,000 orang lagi orang Rohingya menjadi pelarian di Bangladesh bagi mengelak dari menjadi buruh paksa, dirogol dan pembersihan etnik oleh pemerintah Burma.

Manakala orang-orang Rohingya yang terus tinggal di Burma dikatakan terus tertindas sehingga kini. Mereka masih tidak diberikan hak warganegara, anak-anak mereka pula hanya dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan hingga peringkat rendah sahaja, dan terpaksa menjadi buruh paksa.





Monday, July 9, 2012

Blogger Tinta Hijau Dari Kaki Bukit Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Gambar: Tinta Hijau Nik Hazman Nik Hashim

Sebak menerjah dada, apabila saya terbaca berita pemergian Facebooker/blogger Tinta Hijau di Facebook. Sejujurnya, seringkali juga saya mencari info di blognya, walaupun tak sekerap mana. Innalillahi wainna ilai hiraji'un .... Semoga arwah ditempatkan bersama mukmin yang dikasihi Allah ...Al Fatihah ...................



Paparan blog Tinta Hijau Dari Kaki Bukit yang beralamat
di malaysiaberih.blogspot.com


Tinta Hijau atau Nik Hazman Nik Hashim.... Sedang Mengerjakan Umrah... Meninggal di Mekkah Hari ini 9/7/2012... 6.30 ptg waktu Arab Saudi.. .al Fatehah.....aminnn' -fb Ibn Batutah

Sumber: Zakri Ali.