Sunday, September 30, 2012

Guru Terlampau



Ini kisah di Singapura, dan harap-harap ia tidak akan berlaku di Malaysia tercinta.

Guru adalah profesion yang sangat mulia. Namun kerana sikap buruk segelintir guru,
ia menyebabkan imej guru dan profesion keguruan sedikit tercalar. 

Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan:

Isteri guna darah haid dan air mani gajah untuk menyihir suami


SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja. Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami. 

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram. Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu. 

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu. 

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya. “Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak. “Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. 

Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.

Sumber :Sinar Harian 

Tajuk Lain Yang Berkaitan: 

Leuniey(, Nur Eilunie Natasha Nazri) mengakui hubungan cintanya dengan Khairul Fahmi Che Mat


Teka-teki mengenai status hubungan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey dengan penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, akhirnya terjawab apabila Leuniey mengaku hubungan mereka kini lebih daripada sekadar kawan biasa. 

Menurut Leuniey, sebelum ini dia tidak mahu mengulas lanjut hubungannya dengan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek kerana berasakan tidak perlu berbuat demikian berikutan hubungan mereka sekadar biasa. 

“Bagaimanapun, saya akui kini kami dalam fasa mengenali antara satu sama lain. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi gosip tidak benar seperti kami kononnya sudah bertunang. “Yang penting, kami kini bukan sekadar kawan biasa,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Sumber: Metro

Suami Rebus Mayat Isteri Untuk Melupuskan Bahan Bukti.



Macam-macam cara dilakukan oleh penjenayah untuk menghapuskan bahan bukti dan sekali gus menyelamatkan diri dari dihadapkan ke muka pengadilan.Di Malaysia, mangsa bunuh biasanya dibakar untuk menghapuskan bahan bukti.

Tapi rasanya, tindakan seorang suami di Los Angeles ini lagi kejam dan zalim. Tergamak dia merebus mayat isterinya selama empat hari. Bayangkan betapa teruknya keadaan mayat tersebut selepas empat hari direbus. 

Tajuk Sebelumnya: 

Saturday, September 29, 2012

Demi Kemewahan, Suami Izinkan Isterinya Menjadi GRO



Gilakan kemewahan,menyebabkan seorang suami menjadi begitu dayus. Tidak setakat mengizinkan isteriya menjadi GRO, malah suami 'penyayang' ini turut berbangga, dengan pendapatan isterinya sebagai GRO, yang mampu mencecah RM11,000.00(RM11K) sebulan.

Lumayan beb!. 


Tajuk Lain Yang Berkaitan:

Ringkasan Belanjawan 2013(Budget 2013)


  • BONUS - Satu setengah bulan gaji(1 ½) kakitangan awam, pesara terima  RM500. 
  • BR1M 2.0 untuk ketua isi rumah bergaji RM3,000 dan ke bawah.
  • BR1M 2.0 - RM250 seorang bagi individu bujang 21 tahun ke atas bergaji tidak lebih RM2,000,00.
  • BANTUAN RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.
  • BAUCAR BUKU MAHASISWA - Naik daripada RM200 kepada RM250.

  • TELEFON PINTAR 3G - Rebat RM200 bagi belia berumur 21- 30 tahun bergaji RM3,000 ke bawah. 
  • PESARA KERAJAAN - Pencen minimum yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun naik kepada RM820 berbanding RM720.

  • TENTERA - 125,708 pegawai dan anggota dapat insentif khas RM200 sebulan mulai 1 Januari depan.

  • RUMAH - 123,000 unit rumah harga RM100,000 - RM400,000 dibina di seluruh negara .

  •  PTPTN - Diskaun antara 10 hingga 20 peratus bagi bayaran balik 

PELEPASAN CUKAI -

  • Daripada RM4,000 kepada RM6,000 bagi pendidikan tinggi anak-anak.

  • Daripada RM,3,000 kepada RM6,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
  • KR1M - 57 buah dibuka di Sabah dan Sarawak. Gas masak pada harga RM26.60 setong berbanding RM70.

SKIM INSURANS KEMALANGAN DIRI - Maksimum RM100,000 bagi pelajar sekolah guna khidmat bas berpermit.


Sumber- UTUSAN

BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013): Bonus Satu Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam


Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus satu setengah bulan gaji manakala pesara pula RM500. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember manakala selebihnya pada Januari depan. Katanya, setengah bulan lagi telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri lalu. “

Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji," katanya dalam pembentangan Bajet 2013 di sini hari ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga bagi menghadapi musim persekolahan pada awal Januari depan.

Najib turut mengumumkan bakal-bakal haji yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi menampung kekurangan kos tambang. Katanya, inisiatif itu terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000. 

Sumber :Utusan Malaysia

Thursday, September 27, 2012

DEMI CINTA, IBU DIBUANG




Nasi Lemak Bidara 
Sayang Selasih Hamba Lurutkan 
Tinggal Emak Tinggal Saudara
 Kerana Kasih Hamba Turutkan.
(sungguh tak islamik pantun ini).



1,706 ORANG KANAK-KANAK DAN REMAJA GAGAL DITEMUI SEJAK DUA TAHUN LALU. Itu yang dilaporkan dalam akhbar arus perdana sedikit masa dahulu. 

 

Seramai 1,504 orang atau 85 peratus daripadanya berusia 14 hingga 17 tahun diikuti 10 hingga 13 tahun (155 orang atau 12 peratus) dan sembilan tahun ke bawah (47 orang atau 2.7 peratus).

Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman mendedahkan ada beberapa faktor mendorong kehilangan golongan itu. Paling tinggi disebabkan dipengaruhi rakan iaitu 621 orang diikuti mengikut kekasih (597 orang) dan cari kebebasan di luar rumah (474 orang). Selain itu, punca perselisihan faham dengan keluarga (260 orang), tidak minat belajar (92 orang), dilarikan ibu bapa sendiri (53 orang) dan kurang perhatian keluarga (33 orang). 



Lari mengikut kekasih, ini yang ingin saya fokuskan. Tak kiralah kekasih warga tempatan atau warga Lombok. Lari ikut kekasih adalah seramai 597 orang( yang belum diketemui) .Tambahan pula remaja yang hilang ini kebanyakkanya berusia 14 hingga 17 tahun (seramai 1,504 orang atau 85 peratus).

Inilah dugaan hebat yang bakal menanti bakal-bakal ibu bapa. Percayalah dugaan hari ini tak seperti dugaan semalam, dan dugaan hari esok pastinya lebih hebat dari dugaan hari ini. 

Sebagai anak, ingatlah selalu,sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

Monday, September 24, 2012

TRIP KE HO CHI MINH CITY, VIETNAM


Ini adalah lanjutan daripada entry lepas, lihat :.--> SINI 

Pada 30 Mei hingga 1 Jun 2012, saya berkunjung Ho Chi Minh City (HCMC) Vietnam, dahulunya dikenali sebagai Saigon(namun, rata-riti penduduk tempatan lebih selesa dengan istilah Saigon). HCMC merupakan bandaraya terbesar di Vietnam, walaupun ibu negaranya ialah Hanoi. 

Sebenarnya ini adalah kali kedua saya berkunjung ke HCMC. Kunjungan pertama ialah pada 3-7.11.2010. Kunjungan kali ini sangat singkat dan lokasi kunjungan juga agak terhad, namun tetap ada pengalaman tertentu yang bisa saya pungut, meskipun saya agak kurang teruja dengan kunjungan kali kedua ini.

Disebabkan telah ada catatan yang saya buat ketika kunjungan pertama ke HCMC dahulu, jadi untuk kali ini, saya lebih cenderung memaparkan gambar-gambar yang sempat saya rakam sahaja,disertakan dengan sedikit info. Tentang cerita atau catatan ketika kunjungan pertama dahulu,bolehlah  lihat di:.--> SINI.
Cu Chi Tunnel.


Chu Chi Tunnels terletak di daerah Cu Chi. Ia merupakan rangkaian terowong bawah tanah sejauh 200 km. Ia digunakan oleh tentera Viet Cong ketika menentang US Army. Cu Chi Tunnel yang terletak di bawah tanah ini, lengkap dengan segala kemudahan seperti bilik rehat, bilik mesyuarat, bilik memasak, hospital dan stor.

Saya difahamkan panjangnya hingga ke sempadan Vietnam- Kemboja. Saya difahamkan juga, masih banyak lagi info mengenai Chu Chi Tunnels yang dirahsiakan(hanya pihak tertentu sahaja di Vietnam yang mengetahuinya), dan yang didedahkan hanyalah sedikit sahaja. Ini kerana,terowong ini akan digunakan kembali andainya Vietnam berhadapan dengan perang.

Cu Chi Tunnel 

Kat dalam Chu Chi Tunnel 

Lautan motorsikal di jalanraya HCMC.


Majoriti penduduk HCMC menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. Saya tak pasti, jumlah sebenar motorsikal yang terdapat di HCMC, namun saya pernah terbaca, jumlahnya lebih kurang sejuta buah motorsikal yang digunakan oleh penduduk HCMV untuk kegunaan harian. Paling menarik perhatian saya, terdapat ‘R&R’ khas untuk penunggang dan pembonceng motorsikal. Ia merupakan gerai-gerai yang didirikan untuk penunggang motorsikal ini berehat setelah melakukan perjalanan yang jauh. Di Gerai-gerai itu disediakan makanan dan minuman serta buaian(Hammock).
Sungai Mekong.


Kunjungan dan seterusnya menyusuri Sungai Mekong adalah satu kemestian andainya berkunjung ke HCMC. Tujuannya adalah untuk ke beberapa lokasi(Pulau) yang memasarkan produk-produk penduduk sekitar lembah Sungai Mekong. Antaranya ialah Honey Island dan Coconut Island. Sungai Mekong merupakan Sungai terpenting di Vietnam. Ia merupakan sungai ke-10 terpanjang di dunia. Saya difahamkan(menerusi pembacaan) panjangnya ialah sekitar 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. 

Pulau Sekitar Lembah Mekong.


Benth Thanh Market juga merupakan lokasi wajib dikunjungi andainya anda berkunjung ke HCMC. Ia persis Pasar Ikan di Medan dan  Pasar Baru di Bandung ,atau setidak-tidaknya seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan dan Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah. 

Selanjutnya,bialrah gambar yang bercerita.

Pulau Sekitar Lembah Mekong

Pulau Sekitar Lembah Mekong 


Pulau Sekitar Lembah Mekong 

Pasar Malam Berhampiran Benth Thanth Market. 


Tajuk Lain Yang Berkaitan: Summer Palace, Beijing

Sunday, September 23, 2012

Adakah Anda Orang Misteri Gegar.


Adakah Anda Orang Misteri Gegar?

Itu adalah soalan yang perlu dikemukakan oleh setiap pemburu Orang Misteri Gegar. Andainya soalan itu ditujukan kepada orang yang tepat, maka hadiah lumayan menanti si pemburu. Hadiah berupa wang bernilai ribuan ringgit, ia adalah antara sebahagian daripada RM40k yang ditawarkan oleh Orang Misteri Gegar. Anda Tak Bertanya, Anda Tak Menang.

Bagi pendengar setia Station Radio THR Gegar, Orang Misteri Gegar bukanlah sesuatu yang asing. Bermula 2 hingga 29 September 2012, Ia muncul di lokasi-lokasi rahsia di neger-negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang. Kehadirannya penuh misteri dan amat dinanti-nanti, memburunya pula sukar sekali. Pemburu dibekalkan dengan tiga pembayang yang amat samar-samar sekali. 

Apapun tahniah kepada Station THR Gegar kerana Orang Misteri Gegar amat bererti dan bermakna buat kami warga Pantai Timur. Tahniah juga kepada pemburu-pemburu yang telah Berjaya menangkap Orang Misteri Gegar.

Saturday, September 22, 2012

Shila Amzah juara Asian Wave 2012


Shila Amzah juara Asian Wave 2012 - Penyanyi yang semakin meningkat naik Shila Amzah berjaya menjadi juara dalam pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China. Dalam pertandingan akhir itu Shila Amzah menewaskan peserta dari Singapura , China , Korea , Thailand dan India.

Pertandingan Asian Wave terdiri daripada 30 peserta yang bertanding di peringkat awal yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September lalu dan pada peringkat ini Shila telah mempersembahkan lagu popular Adele, ‘Set Fire to the Rain’ dan sebuah lagu Mandarin berjudul ‘Forever Love’.Selepas itu, hanya seramai 12 penyanyi terpilih ke peringkat akhir. Kemenangan Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, disahkan sendiri oleh adiknya, Syahir Amzah melalui laman Twitternya. 

 Sumber:Kizmyself

Thursday, September 20, 2012

LAIN –LAIN KEGUNAAN LAPTOP YANG PERLU DIKETAHUI




Wednesday, September 19, 2012

Gadis dirogol lelaki kemaruk seks dalam bilik air




KUALA LIPIS - Berikutan tidak mampu mengawal nafsu serakah, seorang lelaki sanggup menceroboh rumah seorang gadis sunti di Kampung Gemunchor, di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Lebih menyayat hati, suspek bersama dua rakan sanggup mengikat ibu gadis terbabit sebelum mengheret mangsa yang berusia 17 tahun ke dalam bilik air lalu merogolnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek bersama dua rakannya dipercayai pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.

“Suspek dan dua rakannya menaiki sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

“Suspek kemudiannya mengikat ibu mangsa di bahagian dapur sebelum mengheret mangsa yang ketika itu berada di rumah tamu ke bilik air untuk merogolnya,” katanya, di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, selepas merogol mangsa, suspek bertindak merampas gelang tangan emas milik ibu mangsa sebelum melarikan diri.

“Namun dalam keadaan tergesa-gesa, gelang tangan itu terjatuh di pekarangan rumah mangsa. Mangsa kemudiannya bertindak berlari ke rumah kakaknya yang terletak kira-kira 500 meter untuk meminta pertolongan,” katanya.

Abdul Razak berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membuat laporan polis sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Berdasarkan siasatan awal daripada mangsa dan ibunya, polis percaya suspek mengenali keluarga terbabit. Ibu mangsa juga dipercayai dapat mengecam suspek berdasarkan bentuk tubuhnya.

“Polis giat mengesan suspek yang dipercayai tinggal berhampiran dengan rumah mangsa,” katanya.

Manakala, mangsa pula menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, akibat cedera selepas bergelut dengan suspek.

Acu parang

Sementara itu, nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan ketika ditemui Sinar Harian memberitahu, dia turut berada dalam sebuah bilik di rumah sama ketika kajadian itu berlaku.

Wan berkata, anaknya berada di dapur, sementara cucunya pula sedang mengemas pakaian dalam bilik tidur kerana mahu kembali ke asrama sekolahnya, semalam.

Kemudian dia dikejutkan dengan kekecohan di ruang dapur sebelum mendengar anak dan cucunya meminta tolong.

"Saya keluar dari bilik selepas mendengar suasana kecoh di dapur sebelum melihat dua lelaki sedang mengacukan golok ke leher anak saya. Kemudian, saya nampak seorang lagi lelaki mengheret cucu keluar dari bilik dan dibawa ke bilik air," katanya.

Menurutnya, akibat ketakutan, dia masuk ke dalam bilik sebelum menolak katil ke pintu untuk menghalang penjenayah masuk.

"Penjenayah itu menendang pintu bilik, tapi tak dapat membukanya. Ketika itu, saya masih dengar jeritan anak dan cucu meminta tolong. Saya hanya mampu menangis sambil berdoa supaya keluarga tidak diapa-apakan penjenayah itu," katanya.

Mangsa pengsan

Wan berkata, lebih kurang 15 minit kemudian, keadaan kembali tenang apabila semua penjenayah melarikan diri. Menurutnya, dia memberanikan diri keluar dari bilik untuk melihat anak dan cucunya.

"Ketika keluar, saya dapati anak saya sedang menangis, manakala cucu sudah tiada dalam rumah kerana keluar meminta bantuan kakaknya yang tinggal berhampiran," katanya.

Manakala, kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya berlari dalam keadaan separuh bogel ke rumahnya untuk meminta pertolongan.

"Saya mendengar jeritan adik meminta tolong dan memberitahu dia bersama ibu jadi mangsa rompakan. Namun saya terkejut apabila melihat dia dalam keadaan separuh bogel dan memberikan sehelai kain batik untuk dipakai sebelum dia pengsan di rumah saya," katanya.

Sinar Harian difahamkan seorang daripada suspek adalah bekas banduan berusia dalam lingkungan 50-an yang pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan rogol. Lelaki itu dikatakan sudah mengamati pergerakan mangsa ketika bertemu di sebuah kenduri beberapa hari sebelum kejadian .

Sumber Sinar Harian

Info Tambahan:
Mungkin si bangsat ini hobinya ialah merogol. Kalau tak pun memang cita-cita ingin menjadi perogol yang berjaya. Sebabnya suspek telah berusia 50-an yang pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan rogol.


Tajuk Lain Yang Berkaitan.

SEMAKAN SAMAN TRAFIK ONLINE DAN SMS




SEMAKAN SAMAN TRAFIK ONLINE DAN SMS | Berikut adalah cara untuk semak atau check saman trafik PDRM Malaysia dan JPJ secara online dan sms. Saman kesalahan kereta dan motor pun boleh disemak melalui sistem yang telah disediakan.

Semak Saman Trafik PDRM melalui SMS:

Taip POLIS SAMAN [Nombor Kad Pengenalan] hantar kepada32728
contohnya; POLIS SAMAN 891025122948 hantar kepada 32728

Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu saman dan ingin mendapatkan maklumat lebih detail, sila taip sms berikut; kepada 32728

POLIS SAMAN [Nombor Pendaftaran Kenderaan] SEMUA, hantar

Kalau inginkan maklumat itu dihantar ke email anda:

POLIS SAMAN [Nombor Pendaftaran Kenderaan] [Email] hantar kepada 32728
contoh; POLIS SAMAN 876543-01-9876 abgteror@yahoo.com dan hantar kepada 32728

Sumber : AbgTeror.com

Tuesday, September 18, 2012

Tembok Besar China : Binaan Hebat Sepanjang Zaman



Ini ada sambungan daripada entry lepas, lihat -->SINI

Tembok Besar atau Great Wall merupakan kebanggaan rakyat China. Kunjungan ke Beijing dianggap tidak lengkap seandainya tidak berkunjung ke tembok yang dianggap sebagai symbol and soul of China.
Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi binaan yang diiktiraf sebagai antara tujuh keajaiban dunia, ini ketika mengunjungi Beijing pada Disember 2010.




Tembok Besar China merupakan projek terbesar dalam sejarah manusia ketika mula dibina lebih 2,000 tahun lalu. Selain itu, ia juga merupakan struktur pertahanan zaman purba paling panjang di dunia.

mangga yang kelihatan itu adalah lambang cinta.
Pasangan kekasih akan mengunci mangga tersebut sebagai tanda
cinta mereka akan kekal selamanya- begitulah saya dimaklumkan.


Tembok Besar China dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin(221-206 S.M). Panjangnya lebih kurang 5000 kilometer. Lebarnya pula antara 4.5 meter hingga 9 meter. Ketinggiannya pula ialah 7.5 meter. Pada zaman Dinasti Ming, tembok ini disambung hingga panjangnya menjadi 6400 kilometer. Fungsinya adalah untuk mempertahankan wilayah-wilayah di China ini daripada serangan orang Hun(nomad). Pembinaannya menggunakan tenaga kerja yang ramai, iaitu lebih daripada 30 ribu orang.-(Fakta dari buku teks sejarah Tingakatan 4, ms 50)



Di sebalik Tembok yang gah ini terselit juga episod duka, iaitu ramai tenaga kerja yang terkorban ketika proses membina tembok ini. Dengan kata lain, di sebalik kehebatan Tembok Besar China, terdapat titisan air mata dan keringat serta darah golongan marhaen yang dikerah dan dipaksa. Di sebabkan itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'. Saya difahamkan oleh pemandu pelancong, mereka yang terkorban ketika membina tembok besar China, akan dikebumikan di situ juga. Jadi, mayat-mayat mereka kekal bersemadi di dalam tembok tersebut.



Sebelum Maharaja Shih Huan Ti ( Qinshihuang) menyatukan China pada 221 Sebelum Masihi, banyak negeri di pelbagai tempat di China membina tembok besar yang kemudian dihubungkan ketika era Dinasi Qin dan membentuk rangkaian tembok yang kini masih berdiri gagah.

Bersama rakan-rakan merakamkan kenangan

Bahagian tembok tumpuan pelancong sekarang dibina pada Zaman Dinasti Ming, lebih 700 tahun lalu dan masih dipelihara dengan baik membabitkan jarak lebih 6,000 kilometer yang dibina dalam bentuk berliku-liku dan terletak di utara China.

Perlu juga diketahui, angkasawan terkemuka, Neil Amstrong yang menjelajah angkasa lepas mendedahkan Tembok Besar adalah satu daripada dua binaan di muka bumi yang dapat dilihat dengan jelas dari angkasa.


Cafe yang disediakan kat Great Wall

Bersama rakan menikmati kopi di Great Wall Store- Aku(kiri)

Touris Souvenir-Tercatat Info ringkas tentang Tembok Besar China


Tajuk Lain Yang Berkaitan:


Tuesday, September 11, 2012

Takdir Penentu Segala

Utusan Malaysia :Bila kita punya, tak semestinya akan bersama.





Sinar Harian :Bila bersama tak semestinya kekal selamanya




“Nakkan seseorang tak semestinya kita dapat. Bila dah dapat, tak semestinya kita punya.Bila kita punya, tak semestinya akan bersama. Bila bersama tak semestinya kekal selamanya. Tapi segalanya tak akan mustahil, andainya jodoh itu milik kita.”

Itu adalah pesanan yang dititipkan oleh seorang sahabat, menerusi sms. Untaian nasihat yang diterima pada 20 Mac 2008(08:07:00PM) ini masih kekal melekat di dalam telefon bimbit saya.Sengaja saya biarkan begitu, sebagai rujukan pada hari-hari mendatang. Dan,dua peristiwa di atas telah memaksa saya untuk meneliti kembali kandungan sms tersebut.



< SEMUANYA MILIK ALLAH DAN DIA BERHAK MENGAMBILNYA KEMBALI >

Sesungguhnya Allah berhak mengambil kembali hidup dan kehidupan ini bila tiba masanya nanti. Hidup diambil oleh Allah dengan menamatkan degup jantung dan denyut nadi. Kehidupan pula diambil dengan ‘meragut’ apa yang telah kita miliki. Ini termasuklah kedudukan, kekasih, tunang, isteri, suami dan segalanya yang kita miliki.

Setakat mana Allah pinjamkan seseorang kepada kita, kita perlulah redha. Kita cuma meminjam, dan satu waktu nanti yang entah bila dan di mana, kita perlu memulangkannya kembali. Kita tiada pilihan melainkan redha dan pasrah.

Begitu juga apabila cinta dan kasih seseorang terhadap kita mula beralih dan berpindah. Beralih dan berpindah kepada orang lain, maka, mungkin setakat itu jugalah Allah meminjamkannya kepada kita. Kita tiada pilihan melainkan akur dan pasrah. Sesungguhnya itu bukanlah semata-mata kehendak orang yang kita cinta, tapi ia juga adalah ketentuan dari Maha Pencipta

Walaupun pesanan yang ditititipkan ini terlalu ringkas namun ia sudah cukup untuk mengembalikan kita ke paksi normal yang berobitkan agama. Ia sudah memadai untuk kita mewaraskan diri dan mewajarkan situasi