Thursday, November 8, 2012

Dakwah Menerusi Facebook Sesuai Ikut Zaman


Saya mulakan entry ini dengan memetik untaian nasihat daripada Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi( kata-kata ini saya jumpa dalam sebuah majalah lama, Majalah Akademik, tahun terbitan 1995

"Media umpama pedang yang tajam. Andainya digunakan untuk berjihad, jadilah ia alat berjihad. Tapi, andainya digunakan untuk merompak, maka jadilah ia alat untuk merompak.”

Mesej yang ingin disampaikan oleh ulama tersohor itu amat jelas. Media, termasuklah Facebook( FB) adalah ‘PEDANG’ yang boleh dimanfaatkan sekali gus meraih redha-NYA. Namun, ia juga ‘PEDANG’ yang boleh memudaratkan dan sekali gus berupaya mengundang murka-NYA. 

Persoalan manfaat dan mudarat perlu ditimbang dan disukat di atas neraca agama yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Ia juga perlu diukur dengan menggunakan elemen wajar dan waras. Andainya ditimbang dan disukat dengan menggunakan neraca agama, hasilnya sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Qaradawi tadi. 

Mengukur dengan menggunakan elemen wajar dan waras pula memerlukan kepakaran membaca situasi dan meneliti realiti. Amat tidak wajar dan sangat tidak waras untuk kita memusuhi dan memerangi FB, gara-gara ia diasaskan oleh seorang pemuda berketurunan Yahudi, Mark Zuckerberg. 

Generasi hari ini adalah generasi facebook, ini realiti yang perlu kita fahami. Pengaruh facebook amat kuat dan ia juga digunakan dengan begitu meluas, ini pula situasi yang perlu kita akui. Perlu juga untuk diketahui, pengguna facebook tidak terbatas kepada usia dan kerjaya, juga tidak terhad kepada jantina, bangsa, negara dan agama. 

Betapa kuat dan meluasnya pengaruh facebook(dan lain-lain laman sosial), sehingga ia mampu menoktahkan hayat politik Hosni Mubarak di Mesir dan Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia.

Menyeru manusia ke jalan Tuhan memerlukan kebijaksanaan. Kebijaksanaan menyusun strategi dan mengatur pendekatan. Kekadang pendekatan itu perlu menyanggahi kebiasan dan menyalahi kelaziman.

Perlu sahaja menyanggahi dan menyalahi agar dakwah dapat disebarluaskan. Boleh sahaja menyalahi dan menyanggahi selagi tidak terbabas dari landasan agama dan orbit akidah. Imbas kembali pendekatan Sunan Kudus yang menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman ketika melaksanakan misi dakwahnya di Tanah Jawa. Beliau telah melarang penyembelihan lembu ketika hari raya korban. Ini adalah sebahagian daripada strateginya untuk memenangi hati masyarakat yang waktu itu majoritinya beragama Hindu. Dengan izin Allah, misi dakwahnya berjaya dan islam dapat disebarluaskan di Tanah Jawa.

Kalau kita perhatikan, agak ramai para ulama atau tokoh agama yang menggunakan Facebook sebagai medium dakwah. Ini disebabkan dakwah menerusi Facebook amat berkesan kerana ia melangkaui sempadan masa dan geografi. Jadi, ruang untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan semakin luas terbuka, sekali gus peluang untuk mencairkan antartika kejahilan semakin melebar dan meluas.

Dalam konteks Malaysia, antara ulama atau tokoh agama yang menjadikan Facebook sebagai wasilah dakwah ialah Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Basit Abd Rahman, Dr Mazlee Malik dan Dr Juanda Jaya(sekadar menyebut beberapa nama). 

Harus juga diingat tugas menyeru manusia ke jalan Tuhan tidak terhad kepada para alim ulama sahaja. Ia merupakan tanggungjawab setiap invidu islam berdasarkan kemampuannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W 

"Sampaikan dariku walaupun satu ayat.” 

Bagaimana Caranya Untuk Menjadikan Facebook Sebagai Medium Dakwah:

Perlu difahami, tidak semestinya ayat Al-Quran dan Hadis sahaja yang dipaparkan untuk menyampaikan mesej agama sebab apa sahaja yang baik sudah pasti direstui oleh Allah dan Rasul. Apatah lagi andainya ia bermatlamat untuk ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firmannya:

 "Berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman" (Surah az-Zariyat:55)

Jadi boleh sahaja sebarluaskan(post) segala nasihat dan peringatan di di status facebook.Moga-moga ia mampu menjadi panduan untuk mencari jalan pulang dan menuju redha Tuhan.

Biar Gambar Yang Berbicara 

Ada apa dengan gambar? 

Tentu sahaja anda pernah mendengar ungkapan berbunyi "sekeping gambar mempunyai seribu cerita". Cerita inilah yang perlu dirungkai sebab ia mempunyai seribu erti dan sejuta makna. Pastikan gambar yang diupload itu tidak sekadar berbicara isu manusia dan kemanusiaan, tapi biarlah gambar tersebut turut bercerita perihal agama dan keagamaan serta tuhan dan ketuhanan.

Antaranya gambar- gambar yang dipaparkan di bawah: 

Gambar segelintir penyokong Kelantan yang solat berjemaah di stadium.

pemain pertahanan Selangor, Bunyamin Umar mengingatkan
 pemain dan penyokong Selangor agar tidak meninggalkan solat.


Gambar-gambar tersebut(di atas) mengandungi seribu erti dan sejuta makna. Ia bercerita perihal mengingati-Nya tanpa mengira lokasi, dan memuja-Nya tanpa mengenal situasi. Gambar sebegini perlu disebarluaskan ke setiap ruang dan inci agar ia mampu dihadam dan dicerna hingga sebati di dalam hati nurani. Biar semua tahu, bola sepak atau apa-apa sahaja sukan bukanlah halangan untuk memuja dan mengingati Maha Pencipta. Percayalah tindakan penyokong Kelantan yang bersolat jemaah di stadium dan kenyataan dari bunyamin,pemain pertahanan Selangor agar rakan-rakan sepasukan dan penyokong tidak meninggalkan solat amatlah berertidan sangatlah bermakna. Secara tidak langsung perbuatan dan ungkapan ini berperanan sebagai 'duta-duta agama' yang mempamerkan wajah islam yang cantik dan indah.

Lihat pula gambar-gambar di bawah:

 
Utusan Malaysia : Bila kita punya, tak semestinya akan bersama. 


Sinar Harian :Bila bersama tak semestinya kekal selamanya 


Dua keping gambar di atas juga mengandungi seribu erti dan sejuta makna. Makna redha dan erti pasrah. Lebih penting dari itu ia mengajar kita agar menjadi pencinta takdir. Maksud tersirat atau frasa-frasa maknawi di sebalik gambar ini ialah marilah menjadi pencinta takdir.

Perlu kita fahami, dugaan pasti singgah dalam hidup, selagi kita bernyawa. Kadang-kadang dugaan yang biasa-biasa sahaja, tapi kadang-kadang dugaan itu di luar jangka. Sukar utk mewaraskan diri dan mewajarkan situasi selagi kita tidak menjadi pencinta takdir. Kita perlu mennjadi pencinta takdir kerana itu tandanya kita cinta dan kasih kepada Pencipta Takdir(Allah).

Yang pasti, apa sahaja yang Allah takdirkan, maka itulah yg terbaik untuk hamba-Nya. Walaupun kekadang takdir itu amat bisa berbisa dan sangat tajam menikam, tapi yakinlah ia juga penyelamat hidup dan kehidupan kita, kerna ia telah di atur oleh Allah Yang Maha Bijaksana 

Share artikel dan video(youtube) yang berunsurkan agama. 

Dakwah menerusi facebook juga boleh dilakukan dengan share segala artikel tentang agama yang ditulis oleh ulama-ulama dan tokoh-tokoh agama. Dalam hal ini kita perlu menjadi ‘tukang kongsi’ dengan share segala artikel-artikel (termasuk juga video youtube) yang ditulis oleh oleh agamawan yang berwibawa seperti artikel-artkel dari web site atau dari facebook Dr Asri Zainul Abidin, Dr Abdul Hayei Shukor, Dr Basit Abdul Rahman, Dr Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr Marzlee Malik. 

Setiap kali usai membaca artikel mereka, silalah menekan butang share on facebook atau likes dengan matlamat untuk merakyatkan dakwah tersebut kepada rakan-rakan facebook yang lain.

Mungkin ada yang bertanya setakat manakah usaha yang kerdil ini mampu mengembalikan manusia ke paksi agama ?

Untuk menjawabnya, izinkan saya berkongsi satu cerita. Cerita ini cukup mahsyur, namun saya tidak pasti kesahihannya. Kepada sahabat yang lebih arif rujuklah kitab-kitab yang muktabar. Seingat saya, ia hanya kisah Israiliyyat( namun ada sebuah hadis seakan-akan membenarkan kisah ini. Hadis yang turut dimuatkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsirnya, Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim). 

Begini ceritanya, Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu. Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil lalu menyiram ke atas unggun api hanyalah perbuatan sia-sia kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu. Tapi burung itu menjawab dengan penuh keyakinan 

‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”

Jadi, MANFAATKAN Facebook untuk meraih redha-NYA. DAN jangan sesekali mengundang murka-NYA. Jadikanlah facebook sebagai tapak semaian untuk menuai pahala, dan bukannya memetik dosa dari perkebunan noda. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan: Sudah Kehendak-Nya

Friday, November 2, 2012

300,000 hilang Mykad setahun



Faktor Hilang: 

  1. Kecuaian 
  2. Bencana Alam 
  3. Gejala Jenayah 


 Penyumbang Utama: 

  1. Warga Emas
  2.  Orang Kurang Upaya
Harap-harap ia hanya suratan dan kebetulan, dan tidak sekali-kali satu perancangan.