Tuesday, December 31, 2013

10 TAMAN TERCANTIK DI DUNIA.



Taman mempersonakan biasanya menggabungkan spesies berwarna-warni dan struktur unik sebagai elemen utama dalam dekorasi sesuatu landskap. 

Berikut adalah 10 taman tercantik di dunia yang mampu memukau pandangan. 

1. Chateau de Verailles, Perancis.

 Landskap taman ini dalah hasil cetusan idea pereka terkenal ,Andre Le Notre,ini dibina pada kurun ke-17 semasa era pemerintahan Raja Louis XIV. Taman bunga seluas 101 hektar ini dihiasi tasik dan arca purba yang masih tersergam indah ini terletak di barat daya Paris. 

 2. Taman Botani Diraja di Kew,England. 

Taman seluas 132 hektar ini meliputi pusat pemulihan dan penyelidikan sains botani di kawasan strategik terletak 16 kilometer dari London. Lebih 30 ribu speseis flora terdapat di taman ini termasuklah pokok berusia 150 tahun. Ia turut dilengkapi rumah hijau terbesar di dunia. 

 3. Taman Powerscourt, Ireland. 

Landskap seluas 19 hektar di hadapan sebuah vila selatan Dublin ini dibina pada abad ke-18 dan turut diiktiraf sebagai taman tercantik di Ireland. Hiasan taman memukau pandangan ini turut menggabungkan pengaruh landskap Perancis dan Jerman. 

 4. Taman Butchart, Columbia.

Taman berwarna-warni seluas 22 hektar ini adalah contoh kejayaan projek penebusan guna tanah. Jennie Butchart, isteri kepada pemilik tanah asal,Portland Cement menjadi perintis dan mengubahnya menjadi taman dihiasi lebih 700 tanaman bunga. 

5. Villa d’Este, Itali 

Taman mempersonakan ini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Ia turut dilengkapi air pancut unik digelar Fontana del Bicchierone.

6. Dumbarton Oaks, Washington. 

Pepustakaan dan koleksi penyelidikan Dumbarton Oaks ini diasaskan oleh pasangan Bliss. Ia kini ditadbir oleh pemegang Amanah Universiti Harvard selepas diserahkan pada tahun 1940. Ia kini menyokong biasiswa pengajian dalam reka bentuk kajian landskap. 

7. Taman Vila Ephrussi de Rothschild

Vila berkonsepkan tepi pantai ini terletak di St- Jean-Cap-Ferrat, Perancis dan direka arkitek tempatan,Aaron Messiah. Ia dibina antara tahun 1905 dan 1912 oleh Baroness Beatrice de Rothchild. Vila mewah ini dikelilingi Sembilan taman menggunakan tema berbza dan ladskapnya dibina menyerupai kapal.

 8. Stourhead,England. 

Taman seluas 1,072 hektar ini dibina untuk golongan bangsawan pada abad ke-18. Ia turut dilengkapi rumah agam Palladian, kawasan lading dan hutan. Amanah Negara telah mengambil alih hak pemilikan Stourhead sejak 1946. 

9. Taman Master of Nets, China. 

Taman digelar Wangshiyuan dalam bahasan Mandarin ini dibina semasa dinasti Song(960-1270 Sebelum Masihi). Susunana astaka,dewan,bilik muzik dan rumpun buluh didakwa sebagai satu bentuk keharmonian semula jadi. Ia turut dilengkapi jambatan digelar sebagai ‘jalan ketenangan’. 

10. Sans Souci, Jerman. 

Ia adalah sebuah taman luas mengelilingi istana Sanssouci di Potsdam yang dibina pada abad ke-18. Taman ini dilengkapi pelbagai spesies flora dan 3,000 pokok buah-buahan seperti limau,tembikai, pic,pisang dan sayur-sayuran. Pada tahun 1990, ia turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunis UNESCO. 

Sumber: Sinar Harian, Isnin 21.Januari.2013. m,s 52.

Monday, December 30, 2013

[Pelik] Festival Rogol Gadis Sunti Di Kg Assam



Sebuah website nationalreport.net pada 3 November 2013 melaporkan bahawa satu pesta rogol akan diadakan di Assam India. 

Berikut adalah terjemahan laporan tersebut.

Madhuban Ahluwalia yang mengetuai perayaan tahunan berkata kepada pemberita, "Ini adalah satu tradisi lama di Assam sejak beribu-ribu tahun," katanya. "Kami rogol syaitan jahat daripada gadis-gadis, jika tidak mereka akan menipu kita dan kita akan dipaksa untuk membunuh mereka. Oleh itu adalah kewajipan semua orang. " Tiap-tiap gadis berusia 7-16 yang belum berkahwin mempunyai peluang untuk melarikan diri atau membiarkan diri dirogol. Pesta Assam bermula pada tahun 43 Sebelum Masihi apabila Baalkrishan Tamil Nadu dirogol oleh orang di kampungnya di Doomdooma. Baalkrishan Tamil Nadu diingati setiap tahun melalui festival ini. 

Lelaki yang berjaya merogol paling banyak gadis akan diberikan trofi yang bernama "Baalkrishan ". Harikrishna Majumdar, 24 tahun, memberitahu pemberita bahawa beliau telah berlatih sepanjang tahun untuk acara ini. "Saya akan mendapatkan mangsa rogol paling banyak tahun ini. Saya telah berlatih sepanjang tahun. Saya rogol adik saya dan rakan-rakan beliau setiap hari. Saya akan menjadi superstar rogol nombor satu! Saya pasti akan mendapat hadiah 'Baalkrishan' tahun ini! "

 Jaitashri Majumdar, 12 tahun memberitahu pemberita bahawa dia hampir berjaya melalui perayaan tahun lepas tanpa dapat dirogol. Saya hampir sampai ke ' zon bebas rogol ' di pinggir bandar, tetapi pada saat-saat akhir 9 lelaki melompat ke atas saya dan merogol saya. Nasib baik saya sudah pulih sekarang dan dapat mengambil bahagian dalam acara tahun ini, jika tidak, saya akan dihukum mati secara rejam . " - nationalreport.net 

Walau bagaimanapun sebuah website lain iaitu manipurupdate.com menafikan kebenaran artikel berkenaan. Dengan bersumberkan Times Of India, penulis website berkenaan melaporkan bahawa Polis Assam memfailkan saman terhadap "nationalreport.net" kerana laporan bertajuk " The Assam Rape Festival In India Begins This Week". Siasatan akan dikendalikan oleh CID, unit jenayah siber India. 

Sumber: Canang

Sunday, December 29, 2013

Lima Negara Asia Paling Ramai Pelacur, Malaysia Tersenarai


Amat mengejutkan apabila Malaysia termasuk senarai lima negara di Asia ini mempunyai jumlah pelacur paling ramai. Perkara ini telah didedahkan oleh laman web liveandinvestoverseas.com, iaitu sebuah laman web peneliti industri pelancongan dikarang oleh Denis Foynes. Dari data yang dikumpulkan Foynes, berikut merupakan negara Asia yang mempunyai paling ramai pelacur.. 


1.Korea Selatan

Foynes melaporkan 110 dari 10 ribu orang Korea Selatan terdiri dari pelacur. Pada awalnya, hanya beberapa kawasan yang dibolehkan bagi para wanita ini menjual diri namun akhirnya, setiap daerah telah pun mempunyai organisasi pelacurannya sendiri. Jika ini jumlah yang sebenar, maka dengan populasi 50 juta penduduk Seoul, Korea Selatan mempunyai kira-kira 550 ribu orang pelacur. 

2. Filipina

 Kelab malam dan kafe-kafe yang menghidangkan minuman beralkohol sememang merupakan salah satu dari pelancongan yang ditawarkan di Filipina. Golongan perempuan bekerja sebagai pelayan bar namun tidak berhenti setakat itu sahaja. Kebanyakkan dari mereka juga menjual diri walaupun dari segi undang-undang, pelacuran ada lah satu kesalahan di Filipina. Menurut Foynes, sekitar 85 orang dari 10 ribu penduduk Filipina adalah pelacur. Ketika ini, populasi penduduk negara itu adalah seramai 97 juta orang. Itu bererti sekitar 800 ribu orang di Filipina adalah wanita golongan pelacur. 

3. China 

Pelacuran merupakan perniagaan yang boleh dijalankan menurut undang-undang di China, berikutan ia tergolong dalam industri pelancongan dan sering dilanggan oleh pelancong asing. Dengan populasi 1.3 juta warga China ketika ini, kira-kira 60 orang dari 10 ribu rakyatnya adalah pelacur. Ertinya di sini, China mempunyai 7.8 juta wanita yang bekerja sebagai pelacur. 

4. Malaysia 

Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara Islam, ia tidak menghalang negara ini dari memiliki sejumlah pelacur yang agak ramai. Sekitar 52 orang dari 10 ribu penduduk dengan populasi sebanyak 30 juta orang telah membuatkan negara ini memiliki sejumlah pelacur seramai 156 ribu orang. Bahkan, Amerika Syarikat juga telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara dalam daftar hitam perdagangan manusia dan pelanggaran hak asasi manusia dengan kekerasan. Di negara ini juga didapati terdapat berlakunya pelacuran kanak-kanak.

5. Thailand 

Sekitar 45 orang dari 10 ribu rakyat Thailand terlibat dalam kegiatan pelacuran. Meskipun dibenar oleh undang-undang, namun pemerintah Negara Gajah Putih ini sangat bertoleransi dalam memantau industri ini pada hal, ia mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang menikmati sajian seks. Di pelbagai tempat pelancongan di Thailand, hampir setiap malam diadakan pesta yang mampu mengundang kepada pelacuran. Para peniaga cenderamata dikatakan turut sering menyewakan tempat mereka bagi para pelancong melepaskan nafsu syahwat mereka. Dari jumlah yang telah disebutkan, dengan bilangan populasi penduduk seramai 67 juta orang , ini bererti bahawa kira 299 ribu wanita Thailand adalah pelacur. 

p/s: Malaysia tersenarai disebabkan ramai pelacur pendatang asing mencari makan di negara ini. 

Sumber:Canang

SALJI TURUN DI MESIR, DUNIA HAMPIR KIAMAT?


Menurut cerita orang-orang tua di kampung saya, sekitar tahun 1960-an( atau awal 70-an, saya kurang ingat) dahulu, pertunjukkan atau persembahan Sarkas telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Kumpulan sarkas itu didatangkan dari negara Barat(tak pasti negara mana) telah mengadakan persembahan di Kota Bharu,lokasinya secara tepat tidak pula dinyatakan. Pada masa itu kawasan sekitar kampung saya di Bachok belum lagi ada bekalan elektrik(rasanya seluruh Malaysia pun macam tu juga kecuali kawasan tertentu yg ada elektrik).

Disebabkan suasana malam yg gelap gelita, lampu dari pertunjukkan sarkas itu telah menerangi langit daerah Bachok. Orang ramai menjadi kecoh dan keadaan agak huru hara buat seketika. Akhirnya mereka sepakat mengadakan solat hajat memohon agar dijauhkan dari bala. Cahaya di langit itu dianggap sebagai petanda petaka dan ada yang beranggapan kiamat dah semakin hampir. Itu cerita tahun 1960-an.

Waktu saya bersekolah dahulu, kecoh kerana beberapa ayat dalam kitab suci Al-Quran terpadam. Ramailah yang buat teori dan sebarkan itu tanda-tanda kiamat semakin hampir. Tapi bila diadakan siasatan, rupa-rupanya ia kesilapan dan kelalaian syarikat percetakan 

HARI INI, Ikan tamban mendarat di Lahad Datu. Lalu cerita kiamat datang lagi. Penyebarannya menjadi rancak kerana adanya facebook. Padahal para pakar mengatakan itu fonemena biasa kerana masalah suhu dan ikan tamban adalah species yang amat peka dengan suhu. Kebanjiran ikan tamban sepatutnya dilihat sebagai rezeki tapi ditakutkan dgn cerita-cerita yang tak berasas. 

HARI INI, salji turun di Mesir. Kecoh lagi di facebook kononnya itu petanda kiamat. Hello.. tak belajar geografi ke? Mesir adalah negara yang mengalami 4 musim termasuklah musim sejuk dan persitiwa salji turun di sana berlaku beberapa minggu lepas, iaitu dalam musim sejuk. Jadi ia bukanlah perkara yang menghairankan. Cuma kebiasaannya musim sejuk di Mesir tidaklah bersalji, namun ia tetap sejuk sebagaiama sejuknya musim sejuk. Jadi bila salji turun, ia bukanlah sesuatu yg aneh sebab ia turun di lokasi yang mengalami musim sejuk dan ia berlaku dalam musim sejuk.Begitu juga dengan negara-negara lain di sekitar timur tengah seperti Jordan dan Syria yang merupakan negara yang mengalami 4 musim. Kalau salji turun di Malaysia barulah wajar dan waras untuk kita kecoh. 

HARI INI, Kecoh juga bila salji turun di Utara Vietnam. Apa yang nak dihairankan sebab Utara Vietnam termasuklah Hanoi itu bersempadan dengan Selatan China. Malah Utara Vietnam juga mempunyai 4 musim, Cuma musim sejuknya tidak bersalji. Jadi bila salji turun, ia bukanlah sesuatu yg aneh sebab ia turun di lokasi yang mengalami musim sejuk dan ia berlaku dalam musim sejuk. Lainlah kalau salji turun di Ho Chi Minh, itu barulah dikatakan aneh dan wajar serta waras untuk dihairankan sebab Ho chi Minh mempunyai cuaca yang sama dgn Malaysia.. 

Jadi, usahlah kita mudah percaya dgn teori-teori yang tak berasas yang tersebar di facebook dan paling penting usahlah terlalu ghairah ingin share dan sebarkan ke serata alam. Kat sini, saya ingin berpesan kepada pengguna facebook, usahlah cepat melatah dan terlampau mudah ghairah… 

Baca pula penjelasan Mantan Mufti Perlis mengenai isu ini.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat. 

Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai". “…sebenarnya perkataan 'Tanah Arab' itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika. 

“Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat. 

“Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu hati-hati dalam memberi maksud hadis,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Sumber:Sinar Harian

Sila tonton penjelasan Dr Abd Basit Abd Rahman
 

Friday, December 27, 2013

PEMURNIAN MAKNA: SAMAK DAN SERTU.



Selama ini ramai yang terkeliru (temasuklah saya) dengan istilah SAMAK dan SERTU. 

Samak sebenarnya merujuk kepada perbuatan atau aktiviti menyucikan kulit binatang untuk kegunaan tertentu. Contohnya menyamak kulit ular sawa untuk membersihkan kulit tersebut dan selepas ini barulah boleh digunakan untuk dibuat beg, tali pinggang, kasut dan sebagainya.

Sertu pula ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah,iaitu anjing, babi dan keturunannya. Orang melayu memang menggunakan perkataan samak terhadap binatang tersebut. 

Terima kasih juga kepada Ustaz NorAmin kerana pernah menghuraikan isu ini secara panjang lebar dalam blognya, sila baca di :-- > SINI

Thursday, December 26, 2013

KHASIAT DAN KEBAIKAN BETIK.



Betik atau nama saintifiknya Carica Papaya L. Ia juga dikenali sebagai ‘paw-paw’ merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West India atau Mexico. Di Negara kita terdapat beberapa jenis betik yang dibiak secara tempatan dan juga beberapa jenis dari luar negeri. 

Betik jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan 1 mempunyai isi bermarna merah. Jenis betik dari luar negeri pula biasanya mempunyai isi yang berwarna kuning dan antaranya ialah Sunrise Solo




Betik sesuai ditanam ditanam di tanah yang mempunyai struktur dan saliran yang baik tetapi sentias lembap. Tanah yang terendam air tidak sesuai untuk penanaman betik. Selepas lapan hingga sembilan bulan ditanam,pokok betik sudah mula mengeluarkan hasil. Bila sebahagian kulit buahnya berwarna kuning, bolehlah dipetik buahnya. Buah yang dipetik ini boleh tahan hingga seminggu, tapi lagi bagus jika dibiarkan masak di pokok. 

Pernahkah anda membaca novel Tunggu Teduh Dulu. Ia sebuah novel yang hebat karya Faisal Tehrani. Novel tersebut kerana ia turut memperkatakan perihal betik, di mana watak utamanya Salsabila bertindak mengusahakan penanaman betik secara lading setelah tamat pengajian di luar negara.  



Info selanjutnya saya petik dari akhbar Sinar Harian bertarikh 23 April 2013. Selain buah, pucuk juga boleh dimakan. Ia sering dicelur untuk dibuat ulam. Pucuk mudanya berasa pahit,manakala buah muda jika dibuat halwa berasa masam-masam manis. Betik matang yang belum masak boleh dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Nutrien yang terkandung di dalam betik menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan tersendiri. Betik kaya dengan vitamin A, B, dan C Kalium,karotena, flavonid, magnesium serta serat.

Selain itu betik juga mempunyai banyak kompaun aktif biologi seperti kimopapain dan papain yang berkemampaun membantu sistem pencernaan manusia. Keunikkan betik yang mempunyai papain telah membuatkan pakar botani Australia, Dr TP lucas mencatatkan betik sebagai antiseptik terbaik yang pernah ditemuinya di dunia dalam buku tulisannya yang diterbitkan pada tahun 1906. 

Sehingga hari ini, salap betik dipercayai telah menjadi kaedah efektif mengatasi masalah ruam panas, kulit terbakar akibat sinaran matahari,kesan gigitan serangga,jerawat,luka dan kulit merekah. Ia juga boleh member kelegaan sementara kepada penghidap buasir selain merawat symptom dermatitis dan ekzema.

Wednesday, December 25, 2013

100 WANITA TERCANTIK DI DUNIA.




Laman Web Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat telah menyenaraikan 100 wajah tercantik 2013 kali ke-24 berdasarkan profil sebagai ratu cantik,personaliti televisyen dan penyanyi. 

Turut tersenarai ialah penyanyi Malaysia, Soo Wincci di mana namanya tersenarai pada kedudukan 91 dalam carta 100 wajah tercantik di dunia 2013.

Antara nama-nama lain yang tersenarai ialah Kate Winslet(United Kingdom),Freida Pinto(India), Jennifer Lawrence(Amerika Syarikat) dan penyanyi Yoona(Korea Selatan) 

Sumber: Harian Metro, 25 Disember 2013, m/s: 12

10 TELEFON PINTAR PALING POPULAR 2013.



Telefon pintar merupakan gajet paling popular di serata dunia. Di Malaysia, permintaannya meningkat hampir 300 peratus sejak tahun 2011.

Berikut adalah 10 telefon pintar paling popular sepanjang tahun 2013.

  1.  iPhone 5S 
  2. Sony Xperia ZI 
  3. HTC One 
  4. Samsung Galaxy Note 3 
  5. Nokia Lumia 1020
  6. Google Nexus 
  7. BlackBerry Q10 
  8. Motorola Droid Maxx 
  9. LG Optimus G Pro 
  10.  Huawei Ascend P6. 

Sumber: Harian Metro, 25 Disember 2013,M/S V6-7.

Fenomena ikan Tamban naik ke darat di Lahad Datu



Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi. Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami. Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini. 

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah. 

Sumber: Metro. 

INFO TAMBAHAN. 

Lahad Datu tiba-tiba terkenal kerana pencerobohan lanun-lanun Sulu dan sekali lagi menjadi terkenal apabila fonomena ikan tamban naik ke darat. Lahad Datu amat dekat di hati saya kerana saya pernah mendiami Lahad Datu selama enam tahun lima bulan kerana berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu.

Banyak kejadian di luar jangka dan luar duga sejak akhir-akhir ini termasuk peristiwa ‘kehadiran’ salji di Mesir dan Vietnam. Moga-moga ia tidak membawa sebarang petaka. 

Permohonan BR1M 3.0 2014 Secara Online



Permohonan BR1M serta kemaskini permohonan secara online boleh dibuat sekarang melalui link di bawah : 

https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx 

Borang permohonan BR1M ni boleh juga didapati dlm suratkhabar ataupun boleh download dan print melalui link ini : http://www.scribd.com/doc/193111812 

Permohonan dibuka bermula 23 Disember 2014 iaitu minggu hadapan sehingga 31 Januari 2014. jangkaan penerimaan adalah pada Februari 2014.

Link yg berkaitan untuk pendaftaran permohonan br1m 3.0 2014 dan lain-lain maklumat: http://www.hasil.gov.my/
http://www.br1m3.com/
http://www.br1m3.com/permohonan-br1m-3/
http://www.br1m3.com/syarat-br1m-3/

Untuk info lebih lanjut boleh tgk kat fb ni https://www.facebook.com/BR1M3 

Untuk pendaftaran secara manual atau offline , borang br1m juga boleh didapati di kaunter-kaunter di lokasi berikut bermula minggu depan: 

1. kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
2. pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah 
3. Jabatan Pembangunan Persekutuan 
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat 
5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

 Syarat BR1M 3 / 

Kelayakan Isi Rumah(RM650) 
1. Isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 
2. Warganegara Malaysia 

Isi Rumah (RM450)
1. Isi rumah berpendapatan di antara RM3,000 to RM4,000 
2. Warganegara Malaysia 

* Additional RM50 Group Takaful Rakyat 1 Malaysia Contribution (i-BR1M) 

Individu/ Bujang (RM300) 
1. Pendapatan bulanan of RM2,000 ke bawah 
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 21 dan ke atas. (lahir 1993 dan sebelumnya) 
4. Tidak termasuk pelajar yang menerima Bauver Buku 1 Malaysia (BB1M) 

Tuesday, December 24, 2013

45 PERATUS PENJAWAT AWAM TIDAK MAMPU MEMILIKI RUMAH.


Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga yang semakin meningkat.

Menurut Presiden CEUPACS, Datuk Omar Osman rata-rata penjawat awam tersebut terdiri daripada golongan sokongan dan bergaji rendah. Golongan ini terpaksa tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup. 

Sumber: Kosmo, 29 Jun 2013, m/s 4.

Sunday, December 15, 2013

Panduan dan Langkah Menghadapi Banjir.



Langkah-langkah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ini merangkumi langkah-langkah dan panduan sebelum, semasa dan selepas banjir. 

 PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR.
  • Dapatkan maklumat, banjir di tempat anda 
  • Pastikan system amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negerei atau Daerah yang berhampiran. 
  • Periksa Lubang air seperti longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya. 
  • Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda 
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya 
  • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah 


SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN 

  • Dengar melalui pengumuman radio,televisyen atau pihak-pihak tertentu 
  • Pindahkan perabot atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat 
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air 
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas 
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah



keadaan rumah mertua adik saya di Kuantan ketika banjir baru-baru ini
 


SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN 

  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan 
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ia lebih mudah dan selamat 
  • kut laluan yang telah ditentukan,laluan singkat mungkin terhalang


SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN. 

  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke kawasan yang selamat. 
  • Jika kenderaan anda terhenti,kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat

 SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH 
  • Dengar pengumuman melalui radio,televisyen atau pihak tertentu 
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan
  • Jika diarahkan keluardan berpindah, segera lakukan. 


SEMASA BANJIR- DI LUAR RUMAH 

  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat 
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir,arus deras boleh menghanyutkan anda. 
  • Jangan sengaja bersiar-sir di kawasan banjir, sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki. 
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh 
  • Awasi kanak-kanak,jangan biarkan mereka bermain-main di longkang,sungai atau lombong 
  • Jangan minum air banjir.


 SELEPAS BANJIR.
  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat 2.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya(orang tua,kanak-kanak atau golonga istimewa) 
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ia mungkin tidak selamat 
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati kerana banyak bahaya yang tersembunyi 


 SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
  • Pakai kasut 
  • Periksa kerosakkan dinding,lantai,pintu dan tingkap 
  • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda. 
  • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, relai atau jatuh.  

SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA. 

  • Periksa paip saluran gas yang mungkn pecah atau bocor 
  • Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
  • Periksa alatan elektrik yang tenggelam 
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir( minyak tanah,petrol,diesel dan sebagainya) 
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin 
  •  Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi 
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa. 


Sumber : Utusan Malaysia, Jumaat, 2 November 2012.Halaman 13.

Wednesday, December 11, 2013

SEPULUH TAPAK WARISAN DUNIA YANG PALING TERKENAL.



Setakat ini sebanyak 981 kawasan di seluruh dunia yang telah disenaraikan oleh Pertubuhan Pendidikan,Saintifik dan Kebudayaan,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO) sebagai tapak warisn dunia. Ia membabitkan 759 tapak bagi kebudayaan, 162 tapak bagi kawasan semula jadi dan 29 tapak bgi ciri bercampur. 

Semua kawasan tersebut mempunyai cirri-ciri istimewa yang tersendiri. Ada antaranya dipercayai telah wujud sejak jutaan tahun dahulu dan mempunyai kaitan dengan kewujudan manusia prasejarah. Antara kawasan yang disenaraikan sebagai tapak warisan dunia ialah, Pirmid Giza, Tembok Besar China, Candi Borobudur. 

Di Malaysia juga terdapat empat kawasan yang disenaraikan sebagai tapak warisan dunia, iaitu Bandara Bersejarah Melaka dan George Town, Taman Negara Gunung Mulu Sarawak, Taman Kinabalu,Sabah dan Tapak Arkeologi Lenggong, Perak. 

Berikut adalah 10 tapak warisan dunia yang paling terkenal di dunia.
  1. Baitul Maqdis 
  2. Istana Fontainebleau, Perancis 
  3. Abu Simbel, Mesir 
  4. Drottningholm Theatre, Sweden 
  5. Cesky Krumlov, Republik Czech 
  6. Pulau Lord Howe, Australia 
  7. Istana Schonbrunn, Austria 
  8. Vatican City 
  9. Angkor Wat, Kemboja 
  10. Venice, Itali. 


Sumber: Metro Ahad,29 September 2013,Halaman 32-33.

Friday, December 6, 2013

HUKUM KONGSI HADITH PALSU DALAM FACEBOOK.


Berikut adalah jawapan daripada Dr. Mohd Al’ikhsan bin Ghazali,Felo Hadith dan Pengajian Islam di Pusat Penyelidikan Fiqh Sains danTeknologi ,UTMKL(rujuk Majalah Dian ‘Ihya As-Sunnah, Halaman 12. Bil.19).  

Hukum menyebarkan hadith palsu bagi mereka yang mengetahui kepalsuannya adalah HARAM, kecuali dengan menyatakan kepalsuan hadith tersebut. 

Sehubungan itu,penyebaran hadith-hadith yang semata-mata diambil dari internet, yang tidak diketahui kedudukan dan autoriti laman web tersebut mestilah dijauhi oleh umat islam. 

 Nabi Muhammad S.A.W bersabda “Sesiapa mendustakan aku dengan sengaja,sesungguhnya dia telah menempah tempat duduknya dari api neraka. 

Harus bagi mereka yang tidak tahu –menahu berkenaan dengan kedudukan hadith menyebarkan hadith yang terdapat dalam karangan para ulama yang muktabar,asalkan hadith tersebut tidak didhaifkan oleh ulama tersebut. Namun begitu, adalah lebih baik ia menyatakan rujukan hadith tersebut. Berhubung dengan hadith dhaif,sebahagian ulama memberi kelonggaran dalam periwayatan dan pengamalannya dengan syarat-syarat yang tertentu. 

INFO TAMBAHAN

KESIMPULANNYA AMAT MUDAH, menyebarkan hadith palsu walau dengan apa cara/medium dan apa sahaja matlamat, termasuklah matlamat yang baik,hukumnya tetap haram dan berdosa. Diulangi! hukumnya tetap haram dan berdosa. Menyebarkan hadith palsu bererti menempah tiket untuk ke neraka.

Hari ini hadith palsu disebarkan dengan begitu meluas dengan bantuan media sosial termasuklah facebook. Ini gara-gara sikap pengguna facebook yang terlalu bermurah hati menawarkan diri untuk menjadi TUKANG SHARE. Kononnya cakna agama, padahal tindakan tersebut merupakan sebuah pengkhianatan terhadap agama. Diulangi! Perbuatan share hadith palsu di facebook adalah sebuah pengkhianatan terhadap agama. Sesetengah pengguna facebook sanggup menjadi TUKANG SHARE kerana ingin meraih pahala, padahal tindakannya itu umpama mengutip dosa. 

Perbuatan Share hadith palsu di facebook tidak hanya memperlihatkan ‘KEJAHATAN’ tukang share(pemilik akaun FB) tetapi ia turut menghodohkan wajah islam yang amat sempurna. 

Tolong! jangan nodai kesucian hadith dengan menghentikan perbuatan tak bermoral dan tak bermaruah ini. Tolong jangan menjadi penyebar hadith palsu termasuklah di facebook. Berhentilah menghodohkan agama, dan cukup-cukuplah diperbodohkan oleh golongan jahat yang gemar menyebarkan hadith palsu,termasuklah di facebook.

Para ulama hadith, terutamanya generasi awal islam telah bersusah payah mewakafkan hidup dan kehidupannya untuk mempelajari dan menguasai ilmu hadith. Mereka sanggup menjelajah ke seluruh pelusuk dunia islam dalam usaha menekuni ilmu-ilmu hadith. Mereka amat cermat dan teliti ketika membukukan kitab-kitab hadith, untuk memastikan kesahihan hadith yang diterima dan dibukukan.Tapi sayang, generasi islam hari ini dengan berbekalkan komputer dan facebook,bertindak menyebarkan hadith-hadith palsu dengan senang dan tenang,tanpa sedikitpun rasa malu terhadap para ulama hadith, dan tanpa sekelumitpun rasa bersalah terhadap Rasulullah S.A.W dan Allah S.W.T. 

 Sebagai orang awam yang tidak menguasai ilmu hadith, jika ingin berkongsi status mengenai hadith atau apa sahaja mengenai agama, eloklah merujuk kepada tokoh-tokoh agama yang diakui keilmuannya. Hari ini, sudah ramai para ulama atau tokoh agama yang memiliki akaun facebook, blog,web site dan lain-lain laman sosial. Mengapa tidak dimanfaatkan. Mengapa harus kita share status tentang agama terutamanya tentang hadith dari orang-orang yang tidak diiktiraf kelayakannya.

Lagi elok, andainya dinyatakan rujukan bagi setiap hadith yang ingin ditulis di facebook, contohnya dipetik dari Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan sebagainya. Andai itu juga kita tidak mampu, cukup sekadar menyatakan kitab-kitab atau ulama-ulama yang kita rujuk. Contohnya,hadith ini dipetik dari kitab dari Kitab Fiqh Sunnah, karya Sayyid Sabiq, atau hadith ini dipetik dari Kitab Fatwa Mua'sirah, Dr Yusof al-Qardhawi.

Thursday, December 5, 2013

Video Ahmad Ammar ditonton 1.4 juta kali.



Video eksklusif bertajuk Ahmad Ammar Dalam Kenangan(1993-2013) yang dimuat turun melalui akaun Youtube Grup Penjejak Tamaduan Dunia(GPTD) sejak 17 November lalu mendapat tontonan sebanyak 1,433.921 kali sehingga pukul 2.30 petang semalam. 

Video berdurasi 24 minit 14 saat itu menayangkan gambar perjalanan hidup remaja, Ahmad Ammar Ahmad Azam,20, yang merupakan aktivis masyarakat islam di turki sehinggalah hari beliau meninggal dunia akibat nahas di Istanbul pada 2 November lalu. Ahmad Ammar mendapat keistimewaan di mata penduduk Turki kerana bergiat aktif dalam bidang dakwah dan menyertai pelbagai misi kemanusiaan di negara-negara islam. 

Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn. perkuburan tersebut turtu menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, Auliya’,Panglima Turki Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan Turki. 

Sumber: Kosmo,5 Disember 2013. 

INFO TAMBAHAN: 

Menonton dan membaca kisah perjalanan hidup Ahmad Ammar benar-benar mengundang sebak di dada. Perjalanan hidup beliau ada dipaparkan di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 3 Disember 2013 pada halaman 15 dan 16. Jika ingin mengetahui kisah perjalanannya dengan lebih lengkap, eloklah dibaca tulisan tersebut. 


Allahyarham dilahirkan dalam keadaan yang mulia dan membesar sebagai seorang yang mulia dan meninggal juga dalam keadaan mulia. Allahyarham merupakan anak kepada aktivis islam terkenal, Ahmad Azam Abd Rahman, iaitu bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM). 

Allahyarham terdidik dan membesar dalam suasana keagamaan. Awal-awal lagi beliau diterapkan ilmu keagamaan dan bersekolah di Sekolah Rendah Islam Abim Al-Huda dan di Sekolah Menengah Agama Bestari sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja(RMC).

Di Turki Allahyarham mempelajari Tafsir Al-Quran Risalah an-Nur. Beliau berjaya menamatkan pengajian ini dalam tempoh lapan bulan. Beliau kemudiannya mengajar Tafsir tersebut kepada pelajar baru dari Malaysia, Thailand dan Kemboja. Malah, beliau syahid ketika dalam perjalanan untuk mengajar Tafsir Risalah An-Nur kepada pelajar Malaysia, Kemboja dan Thailand.

Kitab tafsir tersebut merupakan hasil tulisan ulama terkenal Turki, Ustaz Bediuzzaman Said Nursi. Ulama Turki, Omer Dongeloglu mengatakan bahawa Ammar adalah orang yang dimuliakan Allah dan dikira sebagai mati syahid. Pandangan ini turut sama dikongsi oleh ulama lain di Turki.


Monday, December 2, 2013

PHOOLAN DEVI, PEJUANG ATAU PEMBERONTAK.



Phoolan Devi pernah dilabelkan sebagai pengganas wanita paling kejam. Beliau telah melakukan 55 pembunuhan,68 rompakan bersenjata api dan 27 penculikan. Beliau juga terkenal dengan gelarn Bandit Queen. Walaupun beliau telah dipenjarakan selama 11 tahun,namun semua itu tidak mampu memadamkan api dendam pihak tertentu terhadapanya, akibatnya dia ditembak mati pada tahun 2001.

Siapakah Phoolan Devi yang sebenarnya. Mengapa dia mengganas hinggakan dilabel sebagai wanita paling kejam. Adakah dia seorang pejuang atau mungkinkah dia seorang pemberontak. Atau mungkinkah dia seorang pejuang yang memberontak, atau mungkin juga seorang pemberontak yang berjuang.


 

LATAR BELAKANG

Phoolan Devi dilahirkan sekitar tahun 1963 di Uttar Pradesh India. Beliau seorang marhaen kasta terendah dan dibesarkan di desa kecil di Sungai Yamuna. Bapanya mewarisi enam hektar tanah,namun, kerana tamak haloba, tanah itu dirampas oleh sepupunya, Maiyadin.

NASIB MALANG PHOOLAN DEVI

Ketika berusia 11 tahun, Phoolan Devi ditukarkan dengan seekor lembu untuk dikahwinkan dengan Putti Lal yang berusia 30 tahun dan telah beristeri. Selepas berkahwin beliau dipukul dan dinodai secara sadis hingga terpaksa melarikan diri ke rumah ibu bapanya. Tiba di rumah, ibunya mendesak beliau membunuh diri kerana perbuatannya itu dianggap memalukan keluarga.

Pada usia 15 tahun, Phoolan Devi dirogol oleh ketua kampong dihadapan ibu dan bapanya kerana masalah hutang. Sepupunya, Maiyadin telah membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Allahabad. Namun, sekali Phoolan Devi dianiaya kerana Maiyadin tidak membelanya sebagai mangsa rogol, sebaliknya menuduhnya sebagai pencuri. Akibatnya dia dipenjarakan selama sebulan.Di penjara nasib malang terus memburu dan mengejar Phoolan Devi, ini kerana semasa di dalam penjara beliau telah dirogol secara beramai-ramai dan bergilir-gilir. 

Selepas dibebaskan, Maiyadin telah mengupah kumpulah penjenayah yang diketuai Babu Gujar untuk menculiknya. Nasibnya agak baik, kerana beliau dikahwini oleh Vickram Mallah. Siapakah Vikram Mallah? Lelaki tersebut merupakan pembantu geng Babu Gujar. Vickram Mallah menjadi terkenal setelah berjaya membunuh Thakur,pemimpin tertinggi dari kasta Brahmanical. Kejayaan tersebut membolehkan Vikram Mallah menjadi ketua baru dan dia mengambil keputusan untuk mengahwini Phoolan Devi dan menetap di kampong halamannya. 

Vikram Mallah telah melayan Phoolan Devi sebagai wanita dan isteri dengan baik. Malah Phoolan Devi pernah berkata

“ Vickram adalah manusia pertama yang melayan saya seperti manusia, bukan sebagai hamba atau sekeping daging.” 

Namun, kebahagiaannya tidak lama,pada tahun 1980, Vickram Mallah dibunuh oleh serpihan kumpulan Thakur,iaitu Sri dan Lala Ram sebagai membalas dendam. Dalam serangan tersebut, Phoolan Devi telah dirogol beramai-ramai. Tidak cukup dengan itu, beliau juga diseksa dan dipaksa mengambil air di sungai sambil berbogel dengan disaksikan oleh penduduk kampong. Penderaan seksual sebegini berterusan hinggalah beliau berjaya meloloskan diri.

 PERJUANGAN PHOOLAN DEVI

Sebenarnya keberanian Phoolan Devi telah terserlah sejak awal lagi. Beliau pernah berkerja sebagai buruh binaan ketika menetap di kampung dan beliau juga telah membakar rumah yang siap dibina kerana pemiliknya enggan membayar upah.

Keberaniaan dan sekali gus perjuangannya semakin terserlah setelah kematian suaminya Vickram Mallah. Pada tahun 1981, ahli kumpulan penjenayah pimpinan mendiang Vickram Mallah telah memberi sokongan dan mendesaknya agar membalas dendam. Phoolan Devi telah dilantik menjadi ketua kumpulan. Sepanjang dua tahun, kumpulannya semakin berpengaruh dalam kalangan penjenayah dari kasta rendah. Phoolan Devi dan kumpulannya telah melakukan rompakan dan pembunuhan.

Pembunuhan paling menggerunkan yang dilakukan olehnya ialah dalam satu persitiwa di Behmai. Dalam kejadian itu, Phoolan Devi telah menghimpukan sekumpulan 22 orang lelaki. Kesemua mereka telah dibogelkan terlebih dahulu dan kemudiannya ditembak hingga mati di khalayak ramai. Kerana peristiwa ini, beliau menjadi terkenal di India hingga dilabelkan sebagai penjenayah wanita tunggal paling bahaya dan paling kejam di India. 

Pada tahun 1983, Phoolan Devi dan kumpulannya telah menyerah diri kepada Ketua Menteri Madhya Pradesh, Arjun Singh, di Bandar Bhind. Beliau dipenjarakan di Tihar Delhi. Selepas 11 tahun beliau dibebaskan pada tahun 1994 tanpa dikenakan perbicaraan. 

Dua tahun kemudian, Phoolan Devi kembali berjuang, tapi kali ini bukanlah dengan dengan mengangkat senjata dan memimpin kumpulan penjenayah, sebaliknya beliau berjuang menerusi politik. Beliau telah menggegarkan India apabila berjaya merebut kerusi Parlimen di bawah tiket Parti Samajwadi dan mewakili kawasan kasta rendah wilayah mirzapur, Uttar Pradesh. Namun, beliau gagal mempertahankan kerusianya setahun kemudian.

 KEMATIAN PHOOLAN DEVI

Pada tahun 2001, Phoolan Devi telah dibunuh di Delhi oleh Sher Rana Singh. Pembunuhan ini bermotifkan dendam terhadap pembunuhan beramai-ramai di Behmai. Beliau ditembak mati di hadapan rumahnya. Namun, bahan bukti dan senjata yang digunakan ketika pembunuhannya telah hilang dari simpanan polis, lalu kes ini ditutup.

Rujukan: Sebahagian daripada entry ini adalah dengan merujuk sebuah rencana dalam akhbar Sinar Harian, Isnin, 21.Januari 2013. 


INFO TAMBAHAN: 

Penindasan oleh golongan kaya dan kepincangan sstem kasta serta ketidakadilan undang-undang telah mengubah hidup dan kehidupan Phoolan Devi. Manakala kekejaman dan kezaliman yang menimpanya menyebabkan beliau mengubah sifat dan sikapnya 

Phoolan Devi, asalnya hanyalah wanita kampung dan seorang warga marhaen yang menumpang hidup di bumi Tuhan, namun akhir bertukar menjadi pengganas yang kejam. Phoolan Devi telah dizalimi,ditindas dan dianiaya tanpa perikemanusiaan. Dia dirogol,dirogol dan dirogol lagi berulang-ulang kali oleh semua pihak. Bayangkan ketika berusia 11 tahun, beliau ditukar dengan seekor lembu lalu bermulalah kehidupannya sebagai mangsa kerakusan nafsu. Kemudian dirogol lagi dihadapan orang tuanya gara-gara masalah hutang. Tidak cukup dengan dirogol dia dipenjarakan pula kerana pengkhianatan sepupunya dan dipenjara dia dirogol lagi bergilir-gilir dan beramai. 

 Ketika ada lelaki yang sudi menjadi penaung hidupnya, dia bahagia seketika, tapi itu semua hanyalah sementara, suaminya dibunuh dan dia kembali diirogol secara beramai-ramai dan bergilir. Tidak sekadar itu, dia dipaksa mengambilair dari sungai dalam keadaan berbogel dan disaksikan oleh seluruh warga kampung. Jadi, siapakah Phoolan Devi yang sebenarnya. Pejuang atau pemberontak. Atau mungkinkah dia seorang pejuang yang memberontak, atau dia hanyalah seorang pemberontak yang berjuang.

Kisah hidup dan perjuangannya pernah diadaptasikan ke layar filem Hindi. Di bawah adalah sebahagian daripada sedutan filem tersebut.

Thursday, November 28, 2013

PINJAMAN PERIBADI, ANTARA KEPERLUAN DAN KEHENDAK



Mengikut Jabatan Insolvensi Malaysia(Mdl), sebagaimana dilaporkan di dalam akhbar Kosmo bertarikh 1 November 2013, seramai 60 orang diisytiharkan muflis setiap hari di Malaysia. Pinjaman peribadi pula merupakan antara penyumbang utama peningkatan kes muflis, malah merupakan punca atau penyebab yang ketiga berlakunya kes muflis di negara kita, iaitu seramai  18,053 orang (15.50%). 

Sebelum berbicara dengan lebih lanjut perihal pinjaman peribadi, eloklah kita renung dan perhatikan perihal hutang. Dalam Al-Quran, ayat mengenai hutang merupakan ayat yang paling panjang, meskipun bukan berjela-jela. Ia merupakan ‘surat amaran’ dari Maha Pencipta untuk umat manusia. Ia dirakamkan menerusi surah Surah Al-Baqarah, ayat 282. Ayat-ayat ini sepatutnya menggetarkan hati dan jiwa. 

Hutang! Kalimah yang mengundang gementar pada hati yang mengerti dan pada jiwa yang cakna. Betapa seriusnya persoalan hutang, hinggakan Allah s.w.t menjelaskannya dengan panjang lebar dalam kitab-Nya.Tetapi,harus juga diakui betapa sukarnya untuk menghindari hutang pada zaman sekarang. Ia seolah-olah satu kemestian untuk hidup. Apa tidaknya, tanpa berhutang dengan PTPTN, sudah tentu ramai yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Tanpa PTPTN, banyaklah mimpi-mimpi yang hancur. Tanpa PTPTN, banyaklah impian -impian yang lebur. Tanpa PTPTN, banyak hasrat-hasrat yang akan berkubur. Jujur! Tanpa PTPTN, gagasan yang ingin diukir dan wawasan yang bakal dilakar akan kekal terapung di wilayah ambisi. 

Kembali kepada tajuk. Pinjaman peribadi juga sebahagian daripada hutang. Ia dilakukan oleh pihak yang berkelayakan,termasuklah kakitangan kerajaan dengan institusi tertentu terutamanya institusi kewangan.

Berhutang dengan bank adalah lebih cepat dan mudah serta lebih ‘bermaruah’ jika nak dibandingkan berhutang dengan sanak saudara mahupun sahabat handai. Asalkan berkelayakan dan berkemampuan sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana institusi kewangan dan koperasi,segalanya akan berjalan dengan lancar. 

Kerana mudah dan cepat, maka ramailah yang menyerbu mana-mana bank untuk membuat pinjaman. Pinjaman peribadi sememangnya bukanlah satu kesalahan andainya matlamatnya tidak tersasar dan terpesong, iaitu untuk memenuhi keperluan. 

Namun, ia merupakn satu kesilapan ‘Yang Maha Besar’ andainya sekadar satu kehendak atau untuk melunaskan keinginan. Ini kerana kehendak dan keinginan tidak akan bernoktah selagimana hidup dan kehidupan belum berakhir.Adalah satu kesilapan andainya kita berhutang sekadar untuk menjenamakan hidup. 

Berhutang atau membuat pinjaman peribadi untuk memenuhi keperluan seperti perkahwinan dan membina atau membeli rumah, mungkin satu kemestian yang tak dapat dielakkan. Tapi, bagaimana pula dengan hutang-piutang yang lain? Hutang piutang yang disengajakan meskipun tidak ‘diwajibkan’ demi menjenamakan hidup. Jadi, kita perlu mewaraskan diri agar tidak lemas dan terkulai dalam pelukan hutang yang amat merimaskan. Risau dan bimbang andainya dalam situasi lemas dan terkulai itu kita tiada sandaran untuk berpaut, lantas menatijahkan muflis.

P/S: Pinjaman peribadi untuk membeli hartanah dan sebagai modal perniagaan juga adalah langkah yang bijak tetapi perlu dirancang dan diteliti dengan rapi.


Tajuk Lain Yang Berkaitan: Punca-Punca Muflis di Malaysia

5 Diet Paling Popular Malaysia



5 Diet paling popular sekarang? Disini saya akan menekankan beberapa diet popular yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Diri anda yang boleh memutuskan sama ada ia adalah pelan diet yang sesuai untuk anda ataupun tidak.

Mari kita lihat satu persatu 5 diet popular di Malaysia.

1. Diet Atkin Diet

Ini memang popular dan kini juga menjadi asas diet bagi produk suplemen Malaysia popular Alpha Lipid SDII. Secara am, konsep diet atkin adalah mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak – proses ini dinamakan ketosis. 

Diet atkin membolehkan seseorang turun dengan cepat kerana karbohidrat telah dikeluarkan dalam senarai pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, dan membawa kepada penurunan berat badan. 

Pada masa yang sama, pengurangan pengambilan karbohidrat akan memaksa badan untuk membuang air dengan banyak. … awal-awal, anda boleh kurangkan 3-4kg seminggu tapi itu bukan 100% lemak, sebenarnya ia lebih kepada pembuangan air hasil daripada pengurangan makanan berkarbohidrat… 

Hati-hati kerana kalau anda berhenti diet Aktins dan beralih kepada pemakanan karbohidrat yang lebih “biasa”, berat badan anda naik dengan cepat semula disebabkan water retention. Ini lebih kurang macam “carbo loading” yang diamalkan oleh atlit larian marathon. 

2. Diet Detox 

Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, jenama dan lain-lain. Ianya juga diet yang membolehkan berat badan seseorang berkurangan dengan cepat.

Tetapi harus ditekankan disini, pengurangan berat bukan kerana kehilangan lemak semata-mata tapi lebih kepada kehilangan air jugak. Kenapa air? Keraan badan kita tidak boleh menghadamkan serat yang kering dan keras. Jadi untuk membuangnya semula, badan terpaksa gunakan air yang banyak untuk “push it through” usus badan. ianya adalah disebabkan kotoran di usus telah hilang. Oleh itu terdapat kesan sampingan apabila mengamalkan diet ini secara berterusan. 

3. Diet mengikut jenis darah

Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja. 

Berkesankah? Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat. 

Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang 
sihat


 4. Diet seimbang 

Panduan pemilihan diet terbaik? Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu. 

Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.

Berkesankah? Memakan diet yang seimbang boleh meringankan masalah kesihatan termasuk masalah jantung, artritis, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Badan yang seimbang dari segi mental dan fizikal boleh mengakibatkan kecergasan dan kekuatan yang lebih, membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Orang yang lebih aktif dan bertenaga juga dapat menangani lebih baik stress, trauma, kebimbangan dan lan-lain 

…tapi hati-hati! Walaupun anda makan diet yang seimbang, pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian anda. Kalau tidak, diet seimbang pun boleh menggemukkan…

5. No rice diet 

Diet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata. Sila rujuk article saya(Kevin Zahri) terdahulu tentang kalori no rice diet dihttp://kevinzahri.com/blog/health-fitness/weight-loss-the-no-rice-diet/


Nasi tidak bersalah tetapi saiz hidangan nasi yang diambil menjadi faktor utama dalam pengawalan kalori seseorang. Menghentikan sesuatu nutrisi dalam pemakanan kita bukanlah sesuatu yang bijak dan tidak berkesan untuk jangka masa yang lama kerana nasi adalah makanan ruji orang asia. 

Jadi diet mana yang terbaik? Bagi saya(Kevin Zahri), tiada masalah untuk mencuba mana-mana diet. Yang penting: faham asas-asas nutrisi mana-mana diet dan sesuaikan untuk kehidupan anda yang unik. Tapi ingat, tiada diet yang boleh membangkang fakta berikut: Naik-turun berat badan ditentukan oleh kadar pengambilan kalori berbanding keluar. Kalau pengambilan berlebihan, maka naik-lah berat badan. Jadilah pengguna dan pengamal diet pemakanan yang bijaksana.


Sumber :Kevin Zahri