Tuesday, April 23, 2013

SEJARAH PILIHAN RAYA UMUM DI MALAYSIA


Sebelum Pilihan Raya Umum Ke- 13(PRU13) berlangsung pada 5. Mei.2013 ini, eloklah kita mengimbas kembali sejarah PRU yang lalu. Tidak sekadar untuk bernostalgia tapi sebagai bukti, sesungguhnya kita adalah warganegara yang cakna. Umum mengetahui, PRU yang bakal tiba ini adalah PRU yang ketiga belas, ini bermakna sudah dua belas kali PRU diadakan di Malaysia. Di sini saya sekadar memaparkan tarikh-tarikh Pilihan Raya Umum yang lepas serta keputusannya.

Dari seorang kenalan FB. Sekadar jenaka.



PRU PERTAMA(1959) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 27 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 Julai, manakala hari pengundian ialah pada 19.Ogos. 1959. 

Keputusan PRU 1959, adalah seperti berikut:

  • Parti Perikatan(kini dikenali sebagai Barisan Nasional) : memenangi 74 kerusi. 
  • Parti Negara : memperolehi 1 kerusi 
  • Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- kini dikenali sebagai PAS : memperolehi 13 kerusi 
  • Barisan Sosialis : memperolehi 8 kerusi 
  • Parti Malaya : memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 8 kerusi 

PRU KEDUA(1964)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 1 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 25.April. 1964.

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut:
  • Parti Perikatan : memperolehi 89 kerusi. 
  • Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 9 
  • Barisan Sosialis : memperolehi 2 kerusi 
  • Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 2 kerusi 
  • Parti Demokratik : memperolehi 1 kerusi 
  • Parti Tindakan Rakyat( PETIR) : memperolehi 1 kerusi 

PRU KETIGA(1969) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 20 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 5 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 10.Mei. 1969. Tempoh berkempen ialah selama 35 hari. 

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut: 
  • Parti Perikatan : memperolehi 74 kerusi. 
  • Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 12 kerusi 
  • Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 4 kerusi 
  • Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) : memperolehi 13 kerusi 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 13 kerusi 
  • Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) : memperolehi 8 kerusi 
  • Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP): memperolehi 5 kerusi 
  • Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Pesaka Sarawak(PESAKA): memperolehi 2 kerusi 
  • Persatuan Cina Sabah (SCA) : memperolehi 3 kerusi 
  • Bebas: memperolehi 1 kerusi 


PRU KEEMPAT (1974)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 31 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 8 Ogos, manakala hari pengundian pula ialah pada 24. Ogos. 1974. Tempoh berkempen ialah selama 16 hari.

Keputusan PRU 1974, adalah seperti berikut: 
  • Barisan Nasional : memperolehi 135 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Keadilan Masyarakat Malaysia(PEKEMAS): memperolehi 1 kerusi 


PRU KELIMA (1978) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 12 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Jun, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Julai. 1978. Tempoh berkempen ialah selama 17 hari. 

Keputusan PRU 1978, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 130 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 16 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi 
  • Pertubuhan Rakyat Sarawak (SAPO): memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 2 kerusi 

PRU KEENAM (1982) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 29 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 7 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 22. April. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari.

Keputusan PRU 1982, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 132 kerusi.
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 8 kerusi

PRU KETUJUH (1986) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 19 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Julai, manakala hari pengundian pula ialah pada 3. Ogos. 1986. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 

Keputusan PRU 1986, adalah seperti berikut: 
  • Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 24 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 4 kerusi 


PRU KELAPAN (1990) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Oktober. Tarikh penamaan calon pula ialah 11 Oktober, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Oktober. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 

Keputusan PRU 1990, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 127 kerusi.
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 20 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi 
  • Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 14 kerusi 
  • Parti Semangat 46 : memperolehi 8 kerusi
  •  Bebas : memperolehi 4 kerusi 


PRU KESEMBILAN (1995) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 6 April. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 25. April. 1995. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 
Keputusan PRU 1995, adalah seperti berikut: 
  • Barisan Nasional : memperolehi 162 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi 
  • Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 8 kerusi 
  • Parti Semangat 46 : memperolehi 6 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 4 kerusi 

PRU KESEPULUH (1999) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 10 November. Tarikh penamaan calon pula ialah 20 November, manakala hari pengundian pula ialah pada 29. Novemberl. 1999. Tempoh berkempen ialah selama 9 hari. 

Keputusan PRU 10, pada tahun 1999, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 10 kerusi
  •  Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 27 kerusi 
  • Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 3 kerusi
  •  Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 5 kerusi

PRU KESEBELAS(2004)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 13 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Mac. 2004. Tempoh berkempen ialah selama 8 hari. 

Keputusan PRU 11, pada tahun 2004, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 199 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 12 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 6 kerusi 
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 1 kerusi 

PRU KEDUA BELAS (2008)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 13 Febuari. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Febuari, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Mac. 2008. Tempoh berkempen ialah selama 13 hari. 

Keputusan PRU 12, pada tahun 2008, adalah seperti berikut:
  •  Barisan Nasional : memperolehi 140 kerusi.
  •  Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 28 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 23 kerusi 
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 31 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 1 kerusi


Maklumat Tambahan: 

Tarikh yang dipaparkan diatas hanya sesuai untuk digunapakai di Semenanjung Malaysia sahaja, ini memadangkan tarikh mengundi di Sabah dan Sarawak adalah berbeza dengan Semenanjung, baik untuk Dewan Rakyat(Parlimen) mahupun Dewan Undangan Negeri. 

Sebagai contoh, bolehlah rujuk kepada PRU 1969. Hari mengundi di Semenanjung telah ditetapkan pada 10 Mei 1969. Bagi negeri Sabah, tarikh pengundian berperingkat telah ditetapkan pada 10 sehingga 25 Mei 1969 dan tarikh pengundian berperingkat di Sarawak bermula dari 10 Mei sehingga 7 Jun 1969. 

Info Penting

  • Hanya bermula PRU ke-10 pada tahun 1999: Hari mengundi untuk kerusi Dewan Rakyat telah ditetapkan satu hari sahaja untuk seluruh negara iaitu pada 29 November 1999. Walau bagaimanapun PRU Ke-10 ini hanya melibatkan DUN-DUN di Semenanjung. DUN di Sabah dan Sarawak tidak terlibat dalam pilihan raya umum kali ini kerana ia diadakan secara berasingan.
  • Hanya bermula pada PRU 2004, buat pertama kalinya DUN Sabah menyertai pilihan raya umum bersama dengan DUN-DUN di Semenanjung. Dun Sarawak masih tidak terlibat dalam pilihan raya umum ini dan ia berkekalan hinggalah ke hari ini.
  • PRU 1969 juga merupakan PRU pertama yang melibatkan Sabah dan Sarawak, setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Persekutuan Malaysia melibatakan Tanah Melayu/Malaya( sekarang dikenali sebagai Semenanjung Malaysia), Sabah,Sarawak dan Singapura.

30 comments:

Mizz Aiza said...

sejarah yang ringkas, tetapi lengkap&padat.. mudah aiza nak faham..

mula2 ditubuhkan dulu semua parti nama lain dari sekarang ya.. macam parti perikatan=BN, PMIP=PAS, baru aiza tahu.. :D

shameel Iskandar said...

Mizz Aiza.
Perubahan masa n keadaan mungkin menyebabkan pertukaran nama parti tersebut. Bukan nama parti sahaja tapi, logo n lambanngya juga berubah. PAS dulu kalau tak silap saya ada lambang bulan sabit n bintang. Perikatan pula lambang kapal layar sebelum dtukar kpd dacing bila berlakunya pertukaran nama dari Perikatan kpd BN

hainom OKje said...

Macamanalah agaknya PRU tahun ni.....YB YB yang bertanding mesti seram sejuk masing2 haha

shameel Iskandar said...

hainom OKje .
Hehehe. Skrg ni YB tidak lagi berada dlm zon selesa sbb rakyat sudah bijak menilai.

Eye_nee said...

Dari PRU ke PRU..Parti selain Parti Perikatan mendapat kepercayaan undi yg meningkat...Syabas..Ini Kali Lah...

Fyna Ahmad said...

info yang berguna.

shameel Iskandar said...

Eye_nee.
Setuju dgn Eynee. Ini kalilah...ubah..

shameel Iskandar said...

Fyna Ahmad.
Trima kasih fyna ats kunjunan. moga2 dapat ambil manfaat drinya.

aTieYusof Family said...

wah! dapat tahu ttg sejarah semua PRU bila baca ni..TQ info nya cikgu:)

shameel Iskandar said...

aTieYusof Family.
sama2 Atie. Sekadar berkongsi utk manfaat bersama.

Qhaifa Nur said...

memang kita patut tahu semua ini...
tq share...

shameel Iskandar said...

Qhaifa Nur.
Trima kasih ats kunjungan n komen. Sy sekadar berkongsi, moga2 kita semua mampu menjadi warganegara yg cakna.

Puteri Kasih said...

perkongsian yang sangat menarik..nampaknya selepas 12 PRU, tiada perbezaan yang ketara dari segi kemenangan. Tapi perubahan pada pengundi makin terserlah bila ramai yang dah mula berani bersuara

shameel Iskandar said...

Puteri Kasih.
sesetengah pihak melihat keberanian pengundi utk bersuara n berubah sebagai malapetaka, tapi sesetengah pihak melihat ia sebagai rahmat.

gadisBunga™ said...

detailnya. dalam buku sejarah pun takde ni kan? hihihI~

teh ramuan said...

moga2 calon pilihan kita akan menang nanti

Kakzakie said...

Mesti dah ramai YB-YB yg tak lena tidur melihat angka-angka pembangkang kian menunjukkan angka penambahan..

Kita tunggu!!

shameel Iskandar said...

gadisBunga™.
Hehehe.Kebetulan saya ni guru sejarah, jdi sy minat benda2 berkaitn sejarah.

shameel Iskandar said...

teh ramuan.
Itulah yg diharapkan, tp andai sebaliknya, kenalah redha n pasrah.

shameel Iskandar said...

Kakzakie.
Pertarungan kali ini mungkin paling sengit dlm sejarah PRU. Sama ada PR atau BN yg menang pasti mendebarkan.

Tambah2 lagi bila bekas MB selangor masuk PAS dan kebanjiran bekas2 pemimpin tentera serta polis ke dlm PR.Ini semua memberi nilai tmbah kpd PR

Sama2 kita tunggu

cikguNae said...

Semoga sejarah tercipta... Insya Allah...

Lynn Munir said...

PRU 13 ni paling hot dalam sejarah Malaysia. Banyak cubaan dan rintangannya, apa pun biarlah kita mengundi pada calon yang layak dan pasti hala tuju negara ini. Bagi saya undi bukan 'percubaan' untuk sesuatu yang tidak pasti. Selamat mengundi Shameel :-)

Rian Ra-kun said...

interesting historical knowledge :)

kartika kamaruddin said...

setuju dengan pendapat Lynn Munir. undilah pada calon yang betul2 layak. tanggungjawab pengundi yang mengundi bukan perkara mainan dan percubaan.rakyat sebagai pengundi perlu bertindak untuk menentukan masa depan, hala tuju negara dengan memilih calon yg berkelayakan.. :-)

shameel Iskandar said...

cikguNae.
sama2lah kita mendoakan.Insya-Allah, tiada yg tidak mungkin dgn izin Allah.

shameel Iskandar said...

Lynn Munir.
Dlm soal ni setiap pengundi perlu menjadi pengundi yg bijak yg mengundi berdasarkan 'ijtihad' yg berpaksikan ilmu dan berpandukan iman.

shameel Iskandar said...

Rian Ra-kun.
Terima kasih sahabat atas kunjungan ukhwah ini. Entry ini tentang sejarah pilihan raya umum di Malaysia.kalau di Indonesia ia dinamakan PEMILU.

shameel Iskandar said...

kartika kamaruddin.
Trima kasih atas komen. memilih calon yg berkelayakan adalah satu kewajipan sebab Nabi S.A.W ada berpesan(lebih kurang maksudnya), jika amanah diberikan kpd yg tidak berkelayakan maka tunggulah kehancurannya.

Mohd Fuad Mohd Salleh said...

Ada kesilapan besar dalam susunatur sejarah pilihanraya ni. Pilihanraya pertama sebenanya diadakan pada tahun 1955 dengan Perikatan memanangi 51 daripada 52 kerusi. Satu kerusi dimenangi oleh PAS. Harap dapat dibetulakn fakta ini.

shameel Iskandar said...

Mohd Fuad Mohd .
Terima kasih sahabat atas tambahan info. Sebenarnya sengaja saya tidak masukkan pilihanraya 1955 sebab ia berlaku sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Malah,seingat saya, setiap kali pengulas politik dan sejarawan mengulas ttg pilihanraya umum di negara kita, ia akan dimulai dgn pilihanraya umum 1959 sebagai yg pertama. Secara peribadi, mmg saya amat bersetuju utk menganggap pilihnaraya umum 1955 sebagai yang pertama.

Dalam pilihanraya umum pada 27 Julai 1955, 52 kerusi di pertandingkn dan Parti Perikatan memenangi 51 drp 52 kerusi tersebut. Bakinya(1 kerusi) dimenangi oleh PAS di Kerian Perak.Calon PAS tersebut ialah Tuan Haji Ahmad Tuan Hussain

Sebenarnya pilihnaraya 1955 juga bukanlah pilihnaraya yg pertama, tapi lebih awal dari itu iaitu pilihnaraya Majlis Bandaran Pulau Pinang dan diikuti pilihnaraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur( yg menyaksikan buat pertama kalinya umno dan mca bergabung)

Terima kasih sekali kepada saudara, dan saya masukkan info ini dalam bahagian info tambahan.