Monday, October 14, 2013

Kaedah Pembahagian Daging Korban

 



Korban merupakan ibadah yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT.Ibadah korban dilaksanakan pada hari raya ‘Idul Adha,iaitu 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. 




Pembahagian Daging Qurban Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis iaitu sembelihan Korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut:

Pembahagian daging qurban wajib atau nazar: 

Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan dagingnya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

Pembahagian daging qurban sunat ada beberapa cara iaitu: 
  • Menurut pandangan ulama mazhab Hanafi dan Hanbali, daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian berasaskan kepada hadith Ibn Abbas seperti yang berikut: 
  1. 1/3 - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya. 
  2. 1/3 - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin. 
  3. 1/3 - untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran atau saudaranya. 
  • Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul jadid(pendapat baharu): 
  1. 1/3 - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya. 
  2. 1/3 - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin. 
  3. 1/3 - untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran. 
  • Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul qadim(Pendapat Terdahulu): 
  1. ½ - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya. 
  2. ½ - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
  • Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul asah. 
  1. Wajib disedekahkan daging walaupun dengan kadar yang sedikit seperti setengah kilo atau setengah kati dengan syarat hendaklah daripada daging yang mentah, bukannya yang telah dimasak. 
  2. Tujuannya supaya orang fakir atau miskin itu boleh memasak daging itu mengikut seleranya atau membolehkan dia menjualnya kepada orang Islam yang lain bagi mendapatkan harga dalam bentuk mata wang ataupun pertukaran dengan barangan yang lain.
  • Yang paling afdhal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau sesuap yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.

Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat (tatawu’) memakan daging korbannya.


Dr Haron Din menyokong pendapat mengharuskan
 beri daging korban kepada orang bukan islam

Beberapa Larangan Ke Atas Daging Korban.


LARANGAN PERTAMA.

Larangan menjual daging, kulit, bulu, kepala atau apa sahaja juzuk sembelihan korban dan akikah, baik yang bertaraf sunat mahupun wajib. Namun jika dimusnahkan seperti ditanam atau dibuang begitu sahaja dengan alasan islam mengharamkan, maka ia adalah satu pembaziran dan kerugian.

Ini kerana kulit dan bulu binatang korban mungkin berharga dan mempunyai nilai yang tinggi jika diselenggarakan dengan baik. Jadi, ia boleh dijual dan hasil jualannya dimanfaatkan untuk kepentingan umat islam, termasuklah membayar bil-bil elektrik dan air di masjid atau apa sahaja- rujuk Prof Dr Abdul Hayei Abdul Shukor, Islam & Manusia 1001 Kemusykilan,m/s 167.

Pandangan yang sama pernah diutarakan oleh Syeikh Muhammad Ghoni,iaitu seorang AJK Majlis Fatwa di Mesir dan juga Mufti Perancis. Ketika saya menghadiri ceramahnya seminggu sebelum Ramadhan baru-baru ini, beliau turut menyarankan pendekatan yang sama untuk mengelakkan pembaziran dan hasil jualan pula dimanfaatkan untuk kepentingan umat islam.

LARANGAN KEDUA.

Tidak boleh memberikan daging korban kepada tukang sembelih atau tukang lapah atas nama imbuhan atau upah. Ini kerana daging korban tidak boleh dijual. Sesungguhnya memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah dari kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja.

Namun, ada yang berpendapat, tidak mengapa jika daging itu diberikan secara percuma kepada mereka jika mereka itu terdiri daripada golongan yang layak menerima daging korban.

Langkah terbaik, elok juga jika diberi atau dibayar wang(berpakatlah 7 orang yang mewakili setiap bahagian) kepada tukang sembelih dan tukang lapah. Ini untuk menyelamatkan semua pihak yang terlibat, memandangkan bayaran tersebut tentu sahaja tidak termasuk dalam kategori daging korban.

 HUKUM MEMBERIKAN DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

Ditegah memakan daging bagi orang yang melakukan qurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit sebagai mana juga ditegah memberikan daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam.

Manakala hukum pemberian daging qurban sunat kepada orang bukan Islam, para ulama memberi padangan yang berbeza:

  • Ulama Mazhab Hanbali mengharuskan pemberian qurban sunat kepada orang bukan Islam dan tidak mengharuskan bagi qurban wajib.
  •  Ulama Mazhab Shafi‘i tidak mengharuskan pemberian daging qurban sunat dan wajib kepada orang bukan Islam,kecuali Imam al-Nawawi mengharuskan pemberian qurban sunat kepada orang bukan Islam
  • Ulama Mazhab Maliki makruh dijamu kepada orang Yahudi dan Nasrani.Walau bagaimanapun tidak dilarang memberi daging qurban sunat kepada orang fakir di kalangan ahli zimmah (orang bukan Islam) atas sebab sifat kemanusiaan dan bukan sebab agama. 
  • Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, al-Hasan al-Basri dan Abu Thur mengharuskan pemberian qurban sunat kepada orang bukan Islam (ahlu zimmah).

Dalam konteks Malaysia terdapat beberapa orang ulama atau tokoh agama yang mengharuskan pemberian daging korban kepada orang-orang bukan islam, antaranya ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din, Mantan Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, Dr Abdul Basit Abdul Rahman, iaitu pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),dan Musyrif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan serta Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr Abdul Rahman Haqqi, iaitu seorang pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam.

Lebih lanjut mengenai hukum memberikan daging korban kepada orang-orang bukan islam, bolehlah merujuk entry lepas, lihat: -->SINI

Rujukan:

Tajuk Lain Yang Bekaitan:

3 comments:

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Selamat hari raya Aidil Adha pada Cikgu Shameel dan keluarga.

faizah husna said...

syukran atas perkongsian :)

aTieYusof Family said...

sALAM Aidil Adha cikgu..
bagus perkongsian ni..sblm ni kekadang terkeliru juga ttg ibadah korban ni....