Wednesday, September 25, 2013

Video Kebiadapan Isteri Mat Yo Tersebar Luas

Bini Mat Yo gelar anjing kpd Anuar Musa..


Bukan sekali tapi sudah berkali-kali isteri Mat Yo bersikap kurang ajar,.sebelum ni dia pernah memanggil aning kepada Tan Sri Annuar Musa. Terbaru ialah pertengkarannya dengan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang. 



Rakaman video berdurasi 55 saat yang disiarkan di laman YouTube, dan isu ini turut  menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo.
 
 

Thursday, September 19, 2013

Hukum Menderma Organ






Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23 - 24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam,dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

  1. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.
     
  2. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.
     
  3. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.
     
  4. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya didalam kematian akibat kemalangan.
 

Keterangan/Hujah: 

1. Sumber yang menjadi asas hukum di atas ialah:

  1. Untuk menghapuskan kemudharatan, sepertimana yang dituntut oleh Hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi " لا ضرر ولا ضرار " yang bermaksud “Tidak boleh memudharatkan diri sendiri dan tidak boleh memudharatkan orang lain”. 
  2. Memberi kemudahan, sepertimana yang terkandung dalam firman Allah 185 Surah al-Baqarah yang bermaksud “Allah berkehendakkan kemudahan untuk kamu dan tidak berkehendak kepayahan”. 
  3. Melakukan kemudharatan yang paling ringan di antara dua kemudharatan, sepertimana yang terkandung dalam kaedah Fiqh yang berbunyi " ارتكا ب أخف الضررين " yang bermaksud " melakukan kemudharatan yang lebih ringan ".

 2. Hukum harus menderma dan memindahkan organ juga tertakluk kepada berbagai-bagai syarat yang pada prinsipnya menjaga berbagai kepentingan selaras dengan kehendak syariat Islam.
Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

  1. Ia tidak akan menyebabkan penderma menanggung kemudharatan atas dirinya seperti mati atau cacat seperti hilang pendengaran, penglihatan, kemampuan untuk berjalan dan sebagainya. 
  2. Pemindahan berkenaan berlaku dengan izin penderma berkenaan. 
  3. Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma memiliki kelayakan penuh untuk melakukannya. Kerana itu ia tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila, atau orang yang dipengaruhi oleh tekanan atau paksaan atau kekeliruan. 
  4. Ia tidak berlaku dengan cara yang mencabuli kehormatan manusia, seperti melibatkan urusan jual beli. Sebaliknya ia perlu berlaku berasaskan keizinan dan pendermaan semata-mata. 
  5. Para doktor yang melakukan urusan pemindahan berkenaan mempunyai asas keilmuan yang cukup untuk membuat pertimbangan baik buruk ke atas penderma dan penerima berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah sepertimana yang terdapat dalam Syariat Islam.




 INFO TAMBAHAN. 

Menurut Prof Madya Dr. Fariza Md Sham (Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia), Rawatan pemindahan organ telah dimulakan oleh Rasulullah SAW apabila beliau meminta pemindahan mata dilakukan ke atas seorang sahabat yang bernama Qatada Ibn Nu’man. 

Rujukan : Majalah Nur, Karangkraf, Mac 2012, halaman 159.

Menurut Prof Dr Abdul Hayei Sukor, seorang ilmuan hadis terkenal tanahair, adalah tidak menjadi kesalahan untuk seseorang islam mendermakan organnya kepada orang bukan islam dan tidak menjadi kesalahan juga untuk orang islam menerima organ daripada bukan islam. 

Ini kerana organ-organ tidak boleh disifatkan sebagai islam atau bukan islam. Ini kerana organ hanyalah alat, dan baik serta buruk bergantung penuh kepada pengguna. Jika ia dipindahkan daripada orang bukan islam kepada orang islam, dengan sendirinya ia menjadi anggota orang islam yang tunduk dan patuh kepada budaya dan cara hidup islam. 

Walau bagaimanapun tidak harus mendermakan organ kepada golongan kafir harbi yang dipercayai memusuhi islam, ia sebagaimana tidak harus menjual pedang kepada orang-orang bukan islam yang dipercayai akan menggunakannya untuk memerangi umat islam. 

Rujukan:Prof Dr Abdul Hayei Sukor, Islam & Manusia 1001 Kemusykilan,Jilid 1,halaman 302, 

SEJARAH PEMINDAHAN ORGAN DI MALAYSIA 

Pemindahan organ pertama di Malaysia ialah pada 15.12.1975, apabila Hospital Besar Kuala Lumpur(HBKL) berjaya memindahkan buah pinggang Augustus Sittin kepada abangnya Martin Rinyeb yang mengalami kerosakkan buah pinggang. 

Pemindahan jantung pertama di Malaysia pula ialah pada 18.12.1997. Ia diketuai oleh Dato’ Dr Yahya Awang terhadap Sathurugnam Ramakrisnan di Institut Jantung Negara (IJN) 

Rujukan: Buku Teks Bahasa Melayu, Tingkatan 3, Halaman 118. 


FAKTA PERLU DIKETAHUI
Permintaan untuk pemindahan buah pinggang dan lain-lain organ terlalu tinggi di Malaysia. Setakat ini(berdasarkan kenyataan Pengurus Pusat Sumber Transplan Nasional sebagaimana yang disiarkan di dalam Mingguan Malaysia bertarikh 21.10.2012) terdapat 16,479 orang pesakit yang sedang menunggu pemindahan organ. 

Masalah utama ialah Malaysia kekurangan penderma organ. Mengikut nisbah bilangan penderma organ di Malaysia ialah 7 orang daripada sejuta rakyat Malaysias( 7: 1000000.00)

Wednesday, September 18, 2013

SEJARAH HIDUP DAN BIODATA RINGKAS CHIN PENG.


Namanya pasti sahaja menjadi sebutan. Dirinya tentu sahaja dikenang. Disebut dan dikenang bukanlah kerana jasa dan peranannya terhadap negara, tetapi kerana kekejaman dan kezaliman yang pernah dilakukannya suatu ketika dahulu. Meskipun beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 16.September.2013, namun kekejaman dan kezaliman yang pernah dilakukannya tidak akan mati dan terus kekal terpahat dalam catatan sejarah. Di sini dipaparkan sedikit biodata dan kisah hidupnya( dengan merujuk Sinar Harian,Selasa 17 Sept 2013, halaman 4,) untuk tatapan bersama. Ia bukanlah untuk dikagumi tetapi sekadar untuk diketahui.

BIODATA CHIN PENG
  • Nama sebenarnya Ong Boon Hua dan dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan Perak. 
  •  Dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya(PKM) ketika berusia 23 tahun bagi mengantikan Setiausaha Agung sebelumnya Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand.
  •  PKM dibawah pimpinannya menjadi semakin militant, menyerang lading getah dan gudang milik British. 
  •  Dianggar seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 orang cedera. 
  • Ramai perajurit yang cacat anggota kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. 
  • Dikalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 orang terbunuh,1,385 cedera dan 810 orang ditawan komunis 
  • Kematian pihak gerila komunis pula ialah 6,710 orang dan yang ditawan pula seramai 3,989 orang. 
  • Pada tahun 1955,PKM meminta satu rundingan diadakan( dikenali sebagai Rundingan Baling) namun menemui kegagalan kerana Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan pihak kerajaan enggan mengiktiraf PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.
  • PKM yang semakin lemah telah diasak semakin jauh ke dalam hutan,sehinggakan kadang kala tersingkir keluar daripada Malaysia,khususnya di sempadan Malaysia/Thailand. 
  • Perjanjian Haadyai 1989, merupakan perjanjian damai antara PKM,kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand Ahli PKM diterima sebagai warga Malaysia dan boleh kembali ke Tanahair 

Namun Chin Peng,Rashid Maidin dan beberapa pemimpin utama PKM yang lain dibenarkan hanya menetap di sebuah perkampungan khas di Yala.

Wednesday, September 11, 2013

NEGARA - NEGARA YANG MEMPUNYAI UMAT ISLAM PALING RAMAI DI DUNIA.




Islam merupakan agama yang pesat tersebar di serata pelusuk dunia.. Berkat kebijaksanaan dan kegigihan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat menyampaikan risalah islam, dan diteruskan oleh para pendakwah yang kemudiannya, kini islam bertapak kukuh di serata pelusuk negara. 

Hari ini,tiada negara yang tidak dihuni oleh umat islam. Walaupun sejak zaman berzaman islam diperangi oleh para kuffar, namun cahaya islam terus bersinar dan islam terus berkembang dengan suburnya dari semasa ke semasa. 

 "Mereka hendak memadamkan cahaya Allah(agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka(yang demikian). Dialah yang megutuskan Rasul-Nya(Muhammad) dengan menbawa petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), untuk dimenangkan-Nya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." Surah al-Saf, ayat 8-9. 

Berikut adalah negara-negara yang mempunyai umat islam paling ramai di dunia.
  1. Indonesia = seramai 195,677,976 orang 
  2. Pakistan = seramai 156,491,617 orang 
  3. India = 144,755,562 orang  
  4. Bangladesh = 127,001,272 orang  
  5. Mesir = 70,530,237 orang  
  6. Turki = 68,963,953 orang  
  7. Iran = 67,337,681 orang  
  8. Nigeria = 64,385,994 orang  
  9. China = 39,189,414 orang  
  10. Ethiopia = 34,700,310 orang 
  11. Maghribi = 32,300,410 orang  
  12. Algeria = 32,206,534 orang  
  13. Afghanistan = 29,629,697 orang  
  14. Sudan = 26,121,865 orang  
  15. Iraq = 25,292,658 orang  
  16. Arab Saudi = 26,417,599 orang  
  17. Uzbekistan = 23,897,563 orang  
  18. Russia = 21,513,046 orang  
  19. Yaman = 20,519,782 orang  
  20. Syria = 16,234,901 orang  
  21. Malaysia = 14,467,694 orang  
  22. Tanzania = 12,868,224 orang  
  23. Mali = 11,062,337 orang  
  24. Niger = 10,499,343 orang  
  25. Senegal = 10,459,222 orang

(Lawak)Ibu Negara Malaysia.



Hahaha, saya no komenlah

Sumber:  GAGS Malaysia

Monday, September 2, 2013

Kenaikan Harga Minyak: Statement menarik daripada Bung Mokhtar .



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telahpun mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini(12.00 am). 

Tapi bukan isu ini yang ingin saya sentuh. 

Saya tak tahu, apakah gelaran yang layak dianugerahkan kepada Bung Mokhtar Radin kerana kenyataannya yang penuh ketololan berhubung isu kenaikan harga minyak. 

Apa yang pasti ia jelas melambangkan Ahli Parlimen Kinabatangan itu tidak matang dan tidak prihatin terhadap nasib rakyat jelata.

VCD KL Gangster 2, Hanya RM5


Selepas filem KL Gangster 2 di’sebarkan ke internet oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kini lanun VCD cetak rompak pula menyertai pesta meratah filem arahan Syamsul Yusof ini. Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang sudah ada pengedar VCD cetak rompak menjual salinan KL Gangster 2 secara haram kepada orang ramai & hanya di’jual dengan harga RM5.

“Kita jual VCD ini RM5 saja. Ramai membelinya,” ujar seorang peniaga VCD yang mengakui filem KL Gangster 2 merupakan barang panas ketika ini. 

Penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam yakin yang mereka di’sebalik penyebaran filem KL Gangster 2 ini mempunyai kaitan & telah menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya. 

“Tindakan segera perlu dilakukan dan saya meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini,” kata Yusof Haslam.

Sumber: Rotikaya