Sunday, October 27, 2013

Gambar Pengawal Keselamatan Yang Menembak Pegawai Bank Ambank, Norazita Abu Talib.




KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan. 

 Bagaimanapun, polis berjaya mendapatkan semula wang kira-kira RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek, termasuk seorang wanita, berikutan serbuan di sebuah kedai di Subang Jaya pada Rabu. 

"Dua daripada mereka yang ditahan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka juga menggunakan MyKad palsu. "Semua mereka yang ditahan adalah warga asing, dipercayai warga Indonesia," kata beliau sambil menambah, ketiga-tiga mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa suspek utama, bersama-sama dengan kedua-dua pengawal keselamatan lain yang ditahan telah bekerja di Malaysia selama kira-kira dua tahun. Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.- mstaronline

Kredit buat: Dunia Kini

Thursday, October 24, 2013

Ramai belia muflis kerana bebanan hutang



Semakin ramai belia yang muflis, gara-gara menanggung beban hutang yang serius seperti kad kredit, pinjaman membeli kereta dan pinjaman peribadi. 

Perangkaan Jabatan Insolvensi Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012 menunjukkan seramai 243,823 orang diistiharkan muflis. Dan 57 peratus daripadanya berusia di bawah 45 tahun. Sebanyak 50 peratus daripada mereka ialah pemegang kad kredit yang berusia di bawah 30 tahun. Lebih menyedihkan 15 peratus daripada mereka tiada tabungan dan 37 peratus lagi tidak pernah memikirkan persediaan untuk persaraan. Secara purata, setiap hari akan terdapat 14 orang yang diisytiharkan muflis atau bangkrap.
 
Ini berlaku kerana sikap suka berbelanja lebih daripada pendapatan.

Sumber: Metro Ahad,20 Oktober 2013, m/s: 28

(GAMBAR) Banjir Lumpur Di Cameron Highlands.



Tiga maut, seorang lagi hilang apabila air yang dilepaskan dari Empangan Sultan Abu Bakar, di Ringlet, yang menyebabkan banjir lumpur, di Lembah Bertam.

Dua daripada mereka mati lemas selepas terperangkap dalam rumah yang ditenggelami banjir lumpur manakala seorang lagi diserang sakit jantung kerana terkejut dengan kejadian bencana alam yang tiba-tiba melanda Lembah Bertam. 

Dua mangsa yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh, Md. Zahangi Alam, 30, dan seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Kesmat, 46. Aliran air membawa sampah sarap, pokok dan pasir menyebabkan Sungai Bertam melimpah serta menghanyutkan kira-kira 80 rumah, yang terletak di tebing sungai itu. 

Kira-kira 15 rumah sebahagian besarnya diperbuat daripada papan lapis dan zink serta didiami warga asing ranap sama sekali, manakala 100 kenderaan turut rosak. 



Gambar dari:Terengganu Today

Tuesday, October 22, 2013

Cpuv atau BE dari Nuffnang : University of London


Alhamdulillah BE atau Cpuv sudi bertandang lagi ke blog saya. Kali ini iklan dari University of London . Terima kasih buat Nuffnang. 

Sebenarnya saya tak pasti ini adalah BE ke berapa sebab agak banyak juga saya dapat BE sejak mula terlibat dalam penulisan blog. Malah untuk tahun ini, boleh dikatakan saban bulan aka akan BE yang sudi singgah di blog saya. 

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Nuffnang.

Noreen Noor meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, akibat komplikasi buah pinggang, 5.50 pagi ini, demikian menurut laporan Harian Metro. 

Jenazah dijangka dikebumikan di kampungnya di Serkam, Melaka. 

Sumber: Berita Harian

11 Fakta Mengenai Payu Dara.

11 Fakta Mengenai Payu Dara. 
  • 1. Sekitar 85 peratus wanita memakai baju dalam dengan saiz yang salah
  • 2. Dianggarkan 70 peratus wanita tidak berpuas hati dengan saiz payu dara mereka – Kajian diterbitkan di dalam International Journal Of Sexual Health.   
  • 3. Berdasarkan kajian tahun 2006, 82 peratus wanita mengakui ransangan pada payu dara mampu meningkatkan libido 
  • 4. Merasa sakit( pada payu dara) ketika bersenam adalah suatu kelaziman. Malah satu daripada tiga pelari marathon mengalaminya. Kenyataan berdasarkan kajian di United Kingdom
  •  5. Jika anda berlari, payu dara anda turut melakukan perkara yang sama.
  •  6. Pemegang Guiness World Record bagi pemilik buah dada terbesar semula jadi diberikan pada tahun 1999 kepada seorang wanita yang memiliki dada dengan ukur lilit 70 inci atau 5.88 kaki 
  • 7. Saiz ‘pasangan kembar’ payu dara adalah tidak sama. Ini kerana sebelah daripadanya adalah lebih besar sehingga satu perlima berbanding yang sebelah lagi- Ini secara purata. Kenyataan ini dipetik dari buku Breasts: A Natural and unnatural History oleh Florence Williams. 
  • 8. Di Amerika Syarikat, pembedahan kosmetik membabitkan buah dada mendapat permintaan paling tinggi pada tahun 2012. Menurut American Society of Palstic Surgeons, sekitar 286,000 wanita melakukannya- walaupun menurun tujuh peratus berbanding tahun 2011
  • 9. Mary Phelps Jacob menerima paten “backles brassiere” pada tahun 1914, namun Ida Rosenthal dan suaminya,pengasas Maindenform, telah mencipta bra dengan saiz yang dipakai sekarang, sekitar tahun 1920-an 
  • 10. Nipplegasms sememangnya wujud di mana orgasma diransang pada bahagian puting payu dara. 
  • 11. Ramai wanita membeli bra yang lebih besar. Saiz tersebut sekitar tiga inci lebih besar. Kenyataan tersebut berdasarkan data daripada pembekal pakaian dalam di negara Uncle Sam.

 Sumber: Majalah iSihat, Utusan Karya Sdn Bhd, Bil :72, Keluaran Oktober 2013, m/s : 81

Sunday, October 20, 2013

Sultan Sulu Jamalul Kiram III meninggal dunia


 
Sultan Sulu Jamalul Kiram III (gambar) yang dikaitkan dengan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dikatakan meninggal dunia awal pagi tadi. 

The Star melaporkan Jamalul Kiram, 75, yang mendakwa dirinya pewaris kepada kesultanan Sulu dikatakan meninggal dunia akibat kegagalan organ. Pada Februari lalu, pengikut Jamalul Kiram menceroboh perairan Lahad Datu, di Sabah dan mengakibatkan pertempuran dengan pasukan keselamatan negara. - 20 Oktober, 2013. 

Remaja Tanpa Segan Silu Up date Keseronokan Berzina di FB


Tanpa segan silu seorang perempuan bawah umur dengan selambanya memuat naikkan gambar dia dengan kekasihnya yang baru sahaja selesai berzina dengan status kontroversi “YESS AKHIRNYA DAPAT TERUNA DIA. FUHH SELESA ^^)” 

Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ini? Semakin hari semakin rosak. Pendedahan internet yang tidak terkawal mungkin mendorong mereka ke arah gejala maksiat.

 Sumber:Abu Luqman

Keputusan anggota Majlis Tertinggi UMNO


KUALA LUMPUR - Berikut keputusan tidak rasmi jumlah undi yang diterima 25 calon teratas kerusi Majlis Tertinggi (MT) UMNO setakat 2 pagi ini, berdasarkan papan carta Pusat Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. 

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed: 168 undi
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom: 168 
3. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob: 166 
4. Datuk Seri Idris Jusoh: 166
5. Datuk Seri Idris Haron: 165
6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek: 164
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim: 164 
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan: 163 
9. Datuk Hasan Malek: 151 
10. Datuk Seri Shahidan Kassim: 149 
11. Datuk Seri Mohamad Hasan: 149 
12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis: 145 
13. Datuk Razali Ibrahim: 141 
14. Datuk Seri Mahdzir Khalid: 138 
15. Tan Sri Annuar Musa: 129 
16. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin: 129 
17. Dr. Mohd Puad Zarkashi: 117 
18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman: 116 
19. Datuk Seri Azalina Othman Said: 106 
20. Datuk Abd Latiff Ahmad: 104 
21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah: 102
22. Datuk Ab Aziz Kaprawi: 93 
23. Datuk Bung Moktar Radin: 91
24. Datuk Reezal Merican Naina Merican: 88 
25. Datuk Sohaimi Shahadan: 81 -

Bernama 

Sumber: Kosmo

Tiga penyandang Naib Presiden Umno kekal jawatan


Menurut keputusan rasmi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengekalkan jawatan naib presiden Umno untuk penggal 2013-2016. Keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di ibu pejabat Umno di PWTC pada jam 1.40 pagi ini.

Keputusan rasmi pemilihan naib presiden Umno: 

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - 185 
2. Datuk Seri Shafie Apdal -174 
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 100 
4. Datuk Mukhriz Mahathir - 91 
5. Tan Sri Isa Samad - 7 
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 7 

Sepanjang sesi pengiraan undi, Hishammuddin dan Mukhriz bersaing sengit dengan perbezaan undi yang kecil dan keputusan undian antara mereka seri di beberapa bahagian. Bagaimanapun, Tajol Rosli berkata, tiada kiraan semula dilakukan memandangkan perbezaan jumlah keseluruhan undi bagi dua calon itu jauh berbeza. "Hishammuddin memperoleh 100 undi manakala Mukhriz mendapat 91 undi. Perbezaannya adalah sembilan undi maka tidak ada undi semula atau cabut undi akan diadakan. "Jika perbezaan adalah tiga barulah kita akan adakan undian semula," kata Tajol Rosli. 

Sementara itu, Bernama melaporkan Tajol Rosli menjelaskan bahawa Hishammuddin dan Mukhriz mendapat undi seri di tiga bahagian iaitu Keningau, Semporna dan Baling. Tajol Rosli juga mengumumkan Datuk Mohamad Aziz mengekalkan kerusi timbalan pengerusi tetap Umno setelah menewaskan dua pencabarnya Datuk Abd Rahman Palil dan Ahmad Fariz Abdullah. Mohamad menerima 158 undi, Abd Rahman 25 undi dan Fariz tidak memperoleh sebarang undi. Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata keputusan penuh pemilihan Umno itu akan diumumkan pada pukul 5 petang Ahad.

Zahid - antaranya Bukit Bendera, Cheras, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah, Batu Gajah, Pagoh, Kota Kinabalu, Ampang, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Tampin, Temerloh, Raub, Padang Rengas, Kota Melaka, Alor Gajah, Bera, Putrajaya, Jelebu, Pekan, Jerantut, Pengerang, Tampin, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Rasah, Simpang Renggam, Bukit Katil, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Seremban, Jasin, Penampang, Indera Mahkota, Sembrong, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Gombak, Bukit Gelugor, Tanjong, Bandar Tun Razak, Hulu Langat, Selayang, Tuaran, Jelutong, Rembau, Ketereh, Klang, Sungai Besar, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Setiawangsa, Kimanis, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Beaufort, Segambut, Kota Raja, Gua Musang, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Pasir Mas, Wangsa Maju, Masjid Tanah, Lipis, Tanah Merah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang, Pengkalan Chepa.

Shafie - antaranya Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah, Bentong, Batu Gajah, Pagoh, Ampang, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Tampin, Temerloh, Raub, Padang Rengas, Kota Melaka, Jempol, Alor Gajah, Bera, Putrajaya, Jelebu, Pekan, Jerantut, Pengerang, Tampin, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Rasah, Simpang Renggam, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Seremban, Jasin, Indera Mahkota, Sembrong, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Gombak, Bukit Gelugor, Bandar Tun Razak, Hulu Langat, Selayang, Tuaran, Rembau, Ketereh, Klang, Sungai Besar, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Setiawangsa, Kimanis, Beaufort, Segambut, Kota Raja, Gua Musang, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Pasir Mas, Lipis, Tanah Merah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang, Pengkalan Chepa. 

Hishammuddin - antaranya Bukit Bendera, Bentong, Cheras, Tapah, Pagoh, Kota Kinabalu, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Temerloh, Raub, Jempol, Bera, Putrajaya, Pekan, Jerantut, Pengerang, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Simpang Renggam, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Penampang, Indera Mahkota, Sembrong, Bukit Gelugor, Tanjong, Tuaran, Jelutong, Klang, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Beaufort, Segambut, Pasir Mas, Masjid Tanah, Lipis, Tanah Merah, Pengkalan Chepa. 

Mukhriz - antaranya Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Ampang, Padang Rengas, Kota Melaka, Alor Gajah, Jelebu, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Bukit Katil, Jasin, Penampang, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Tanjong, Bandar Tun Razak, Selayang, Jelutong, Rembau, Ketereh, Sungai Besar, Setiawangsa, Kimanis, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Kota Raja, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Wangsa Maju, Masjid Tanah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang. 

Mohd Ali - antaranya Bukit Bendera, Batu Gajah, Kota Kinabalu, Bukit Katil, Wangsa Maju. Isa - antaranya Tampin, Jempol, Rasah, Seremban, Gua Musang. Sementara itu, Bernama melaporkan mesyuarat perwakilan Umno bahagian dan pemilihan kepimpinan peringkat bahagian serta Majlis Tertinggi parti bermula serentak di 191 bahagian 8 pagi ini. Mesyuarat itu akan ditangguh kemudian bagi memberi laluan kepada proses pemilihan itu. 

Monday, October 14, 2013

Kaedah Pembahagian Daging Korban

 



Korban merupakan ibadah yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT.Ibadah korban dilaksanakan pada hari raya ‘Idul Adha,iaitu 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. 




Pembahagian Daging Qurban Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis iaitu sembelihan Korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut:

Pembahagian daging qurban wajib atau nazar: 

Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan dagingnya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

Pembahagian daging qurban sunat ada beberapa cara iaitu: 
  • Menurut pandangan ulama mazhab Hanafi dan Hanbali, daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian berasaskan kepada hadith Ibn Abbas seperti yang berikut: 
  1. 1/3 - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya. 
  2. 1/3 - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin. 
  3. 1/3 - untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran atau saudaranya. 
  • Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul jadid(pendapat baharu): 
  1. 1/3 - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya. 
  2. 1/3 - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin. 
  3. 1/3 - untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran. 
  • Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul qadim(Pendapat Terdahulu): 
  1. ½ - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya. 
  2. ½ - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
  • Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul asah. 
  1. Wajib disedekahkan daging walaupun dengan kadar yang sedikit seperti setengah kilo atau setengah kati dengan syarat hendaklah daripada daging yang mentah, bukannya yang telah dimasak. 
  2. Tujuannya supaya orang fakir atau miskin itu boleh memasak daging itu mengikut seleranya atau membolehkan dia menjualnya kepada orang Islam yang lain bagi mendapatkan harga dalam bentuk mata wang ataupun pertukaran dengan barangan yang lain.
  • Yang paling afdhal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau sesuap yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.

Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat (tatawu’) memakan daging korbannya.


Dr Haron Din menyokong pendapat mengharuskan
 beri daging korban kepada orang bukan islam

Beberapa Larangan Ke Atas Daging Korban.


LARANGAN PERTAMA.

Larangan menjual daging, kulit, bulu, kepala atau apa sahaja juzuk sembelihan korban dan akikah, baik yang bertaraf sunat mahupun wajib. Namun jika dimusnahkan seperti ditanam atau dibuang begitu sahaja dengan alasan islam mengharamkan, maka ia adalah satu pembaziran dan kerugian.

Ini kerana kulit dan bulu binatang korban mungkin berharga dan mempunyai nilai yang tinggi jika diselenggarakan dengan baik. Jadi, ia boleh dijual dan hasil jualannya dimanfaatkan untuk kepentingan umat islam, termasuklah membayar bil-bil elektrik dan air di masjid atau apa sahaja- rujuk Prof Dr Abdul Hayei Abdul Shukor, Islam & Manusia 1001 Kemusykilan,m/s 167.

Pandangan yang sama pernah diutarakan oleh Syeikh Muhammad Ghoni,iaitu seorang AJK Majlis Fatwa di Mesir dan juga Mufti Perancis. Ketika saya menghadiri ceramahnya seminggu sebelum Ramadhan baru-baru ini, beliau turut menyarankan pendekatan yang sama untuk mengelakkan pembaziran dan hasil jualan pula dimanfaatkan untuk kepentingan umat islam.

LARANGAN KEDUA.

Tidak boleh memberikan daging korban kepada tukang sembelih atau tukang lapah atas nama imbuhan atau upah. Ini kerana daging korban tidak boleh dijual. Sesungguhnya memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah dari kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja.

Namun, ada yang berpendapat, tidak mengapa jika daging itu diberikan secara percuma kepada mereka jika mereka itu terdiri daripada golongan yang layak menerima daging korban.

Langkah terbaik, elok juga jika diberi atau dibayar wang(berpakatlah 7 orang yang mewakili setiap bahagian) kepada tukang sembelih dan tukang lapah. Ini untuk menyelamatkan semua pihak yang terlibat, memandangkan bayaran tersebut tentu sahaja tidak termasuk dalam kategori daging korban.

 HUKUM MEMBERIKAN DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

Ditegah memakan daging bagi orang yang melakukan qurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit sebagai mana juga ditegah memberikan daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam.

Manakala hukum pemberian daging qurban sunat kepada orang bukan Islam, para ulama memberi padangan yang berbeza:

  • Ulama Mazhab Hanbali mengharuskan pemberian qurban sunat kepada orang bukan Islam dan tidak mengharuskan bagi qurban wajib.
  •  Ulama Mazhab Shafi‘i tidak mengharuskan pemberian daging qurban sunat dan wajib kepada orang bukan Islam,kecuali Imam al-Nawawi mengharuskan pemberian qurban sunat kepada orang bukan Islam
  • Ulama Mazhab Maliki makruh dijamu kepada orang Yahudi dan Nasrani.Walau bagaimanapun tidak dilarang memberi daging qurban sunat kepada orang fakir di kalangan ahli zimmah (orang bukan Islam) atas sebab sifat kemanusiaan dan bukan sebab agama. 
  • Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, al-Hasan al-Basri dan Abu Thur mengharuskan pemberian qurban sunat kepada orang bukan Islam (ahlu zimmah).

Dalam konteks Malaysia terdapat beberapa orang ulama atau tokoh agama yang mengharuskan pemberian daging korban kepada orang-orang bukan islam, antaranya ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din, Mantan Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, Dr Abdul Basit Abdul Rahman, iaitu pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),dan Musyrif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan serta Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr Abdul Rahman Haqqi, iaitu seorang pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam.

Lebih lanjut mengenai hukum memberikan daging korban kepada orang-orang bukan islam, bolehlah merujuk entry lepas, lihat: -->SINI

Rujukan:

Tajuk Lain Yang Bekaitan:

Saturday, October 12, 2013

HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN



Korban merupakan ibadah yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT. Taqarrub bermaksud perbuatan atau amalan yang dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah qurban adalah salah satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT berdasarkan kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36.

Ibadah korban dilaksanakan pada hari raya ‘Idul Adha,iaitu 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN.

Menurut pandangan jumhur ulama hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat (sunat muakkadah) bagi individu yang berkemampuan. Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ’ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.

Walaupun begitu terdapat sebahagian ulama mengatakan hukum melaksanakan ibadat adalah wajib bagi mereka yang berkemampuan. Antara dalilnya adalah sabda Nabi S.A.W

Barang siapa memiliki kelapangan (rezeki) tetapi tidak menyembelih korban maka jangan sama sekali mendekati tempat solat kami.”(Hadis Hasan, Riwayat Ahmad, Ibnu Majah,Al-Daruquthni, Al-Hakim)."

Dalam hadis ini, Baginda S.A.W secara tegas melarang orang yang mampu berkorban daripada menghampiri tempat solat. Ini menunjukkan meninggalkan ibadah korban bererti meninggalkan kewajipan.

Sebagai langkah berhati-hati, ulama menasihatkan kaum Muslimin berusaha keluar daripada khilaf iaitu melaksanakan ibadah korban jika mampu. Lagipun ia hanya dilaksanakan setahun sekali. Amat malang, jika kita tidak pernah ragu-ragu untuk menghabiskan duit untuk perkara-perkara tertentu yang adakalanya tidak penting dan tidak perlu tetapi amat berkira-kira untuk melaksanakan ibadah korban.

Sumber:  
  1. JAKIM 
  2. Ustaz Fathul Bahri, Sinar Harian, Ahad 22 September 2013, m/s 47. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan: 

Wednesday, October 9, 2013

Faktor ketidaksuburan lelaki dan perempuan



Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia(WHO), ketidaksuburan merupakan penyakit sistem pembiakan yang diukur dengan kegagalan mencapai kehamilan yang tidak dirancang selepas melakukan hubungan seks selama 12 bulan atau lebih. Wanita yang mampu hamil tetapi keguguran juga dikategorikan sebagai tidak subur. 

Walaupun begitu,ketidaksuburan bukanlah masalah yang dihadapi oleh wanita sahaja, tetapi turut dialami oleh kaum lelaki. Cuma, metos dahulu kala, bila gagal memperolehi anak, maka si isteri yang dipersalahkan.

Kajian menunjukkan satu daripada 10 atau 9.6 peratus pasangan yang berkahwin berhadapan dengan masalah ketidaksuburan. Sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksuburan.

Faktor Penyebab Ketidaksuburan. 
  • Usia :Selepas usia menjangkau 30-an seseorang wanita akan menghadapi masalah ketidaksuburan, manakala lelaki pula akan menghadapi masalah ini selepas usia 40-an
  • Merokok : Amalan ini bukan sahaja menyukarkan kehamilan tetapi turut menganggu sebarang rawatan ketidaksuburan. Keguguran banyak berlaku dalam kalangan wanita yang merokok 
  • Alkohol : Alkohol boleh mengurangkan peluang hamil bagi wanita. Obesiti: Lelaki yang obes memberi kesan kepada kitaran sperma yang sangat rendah
  • Kurang berat : Wanita yang mempunyai masalah pemakanan seperti aneroksia nervosa, bulimia atau diet rendah kalori.
  • Senaman ekstrem: Kajian mendapati bersenam lebih tujuh jam seminggu menganggu ovulasi. 
Sumber: Kosmo,Jumaat 4 Oktober 2013, m/s 39. 

Monday, October 7, 2013

Khasiat Beras Perang


Beras perang ialah beras yang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras tersebut. Oleh itu teksturnya agak kasar berbanding beras biasa yang lembut dan cepat dimasak.

Ia dinamakan beras perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras putih yang sudah diproses dan dibuang kulitnya. Bahagian yang dibuang itulah yang mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan tubuh. Ini termasuklah serat,protein,magnesium,manganese dan zink,iaitu antara nutrisi terbuang semasa proses penapisan.

Beras Perang sebenarnya jauh lebih baik dan berkhasiat berbanding beras biasa yang seringkali kita nikmati. 

Antara Khasiat Beras Perang. 

  • Mengandungi mineral mangan sebagai bahan antipengaratan dalam tubuh manusia. 
  • Mengekalkan berat badan ideal 
  • Mengandungi selenium dan serat sebagai antikanser 
  • Menurunkan paras kolestero dalam badan
  •  Baik bagi wanita menopaus bagi menjaga jantung dan darah tinggi 
  • Bagi penyakit kencing manis, ia dapat menstabilkan kandungan gula dalam darah. 
  • Mengandungi vitamin B1,B2,B6 dan zat besi serta fosfat 
  • Kandungan kalsiumnya lebih tinggi berbanding beras putih. 
  • Membuat cepat rasa kenyang dan sekali gus membantu untuk mengambil makanan dalam jumlah yang kecil. 
  • Memudahkan proses penghadaman memandangkan kandungan seratnya yang tinggi. Kandungan serat yang tinggi juga membantu mencegah kanser usus. Serat ini menjaga bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus. 
  • Ia juga amat sesuai untuk individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah

Walaupun rasanya yang kurang enak, namun khasiat dan kebaikkan beras perang tidak boleh dinafikan lagi. Jadi untuk kesihatan, bolehlah mencampurkan beras biasa atau beras putih dengan segenggam beras perang setiap hari. 

Sumber: 
  1. Kevin Zahri, Harian Metro, Isnin, 9 September 2013,m/s H16.  
  2. Rujukan-rujukan lain, termasuklah info dari Nature’s Own Instant Brown Rice. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan:  

Sunday, October 6, 2013

Madonna belajar al-Quran



Los Angeles: Ikon pop AS, Madonna semalam mendedahkan dia sedang mempelajari Al-Quran. “Adalah penting mempelajari semua kitab suci penganut agama lain,” kata penyanyi berusia 55 tahun itu kepada edisi terbaru majalah Harper Bazaar. 

 “Seperti kata sahabat saya Yaman, seorang penganut Islam yang baik adalah juga Yahudi yang baik dan Yahudi yang baik adalah juga penganut Kristian yang baik dan seterusnya. Saya amat bersetuju dengannya,” kata Madonna. 

 Dalam wawancara itu, Maddona mengaku pernah diperkosa dengan pisau diacu pada belakangnya ketika terkial-kial menempa nama sebagai artis di New York. Selain diperkosa, apartmen didiaminya turut diceroboh tiga kali dan berkata dia sentiasa dalam ketakutan sebelum muncul sebagai penyanyi dan penari tersohor. Dalam artikel itu, Madonna mengimbau kenangannya ketika di Britain. 

Dia berkahwin dengan pengarah Guy Ritchie dan tertarik dengan kehidupan dan pandangan desa di situ. “Kehidupan di New York bukan seperti apa yang saya impikan. Kedatangan saya di situ tidak diterima dengan tangan terbuka,” kata penyanyi itu. 

Madonna pernah menjadi model bogel untuk kelas lukisan. Kami duduk bertentangan dan saling berpandangan. “Ketika pertama kali diperkosa, saya diseret ke atas bumbung rumah sambil lelaki itu mengacu pisau di belakang badan. 

“Tiga kali apartmen saya dipecah masuk. Saya tidak tahu mengapa. Tiada barang berharga pun di situ. Kali pertama mereka cuma mengambil radio. “Saya sentiasa dalam ketakutan dan tidak selesa dengan bau kencing dan muntah terutama pintu masuk tangga ke apartmen saya,” kata penyanyi itu. 

 Namun penyanyi itu kagum dengan kehebatan bangunan tinggi dan keluasan New York. “Kesesakan laluan pejalan kaki, bunyi bising trafik dan kesibukan warga kotanya memberi kejutan kepada urat saraf. 

 “Saya seperti berada dalam dunia asing. Saya seperti pahlawan yang merempuh musuh untuk hidup. Saya rasa kembali hidup dan bertenaga,” katanya dalam temu bual berkenaan. 

 Dalam temu bual itu, Madonna juga mengimbau kenangannya menjadi bintang dalam seawal usia 20-an, menganut Kabbalah dalam usia 30-an sebelum berkahwin dengan Ritchie dan berpindah ke Britain pada usia 45 tahun. – AFP 

Sumber:Metro

Mudahan-mudahan Madonna beroleh hidayah-Nya. 

Wednesday, October 2, 2013

Larangan memotong kuku dan rambut kepada orang yang ingin melakukan ibadat korban.




Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: 

“Apabila masuk 10 terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim]. 

Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulamanya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang tidak sampai kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim]. 



HURAIAN: 

  • Orang yang ingin melaksanakan ibadah korban dilarang memotong kuku dan rambut mulai 1 Zulhijjah sehinggalah selesai melaksanakan ibadah korban. Ini khusus kepada orang yang hendak melaksanakan ibadah korban sahaja. 
  • Walaubagaimanapun larangan ini bukannya bermakna haram, tapi sekadar makruh. Ini mengikut pandangan Imam Syafie dan ulama syafieyah yang lain.
  • Namun, terdapat juga ulama-ulama yang mengatakan larangan tersebut membawa maksud haram, iaitu haram membuang kuku dan rambut bagi sesiapa yang ingin melakukan berkorban bermula 1 Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban tersebut. 
  • Termasuk dalam larangan menghilangkan rambut ialah perbuatan mencukur, mencabur, mengunting atau memendekkan rambut atau menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut. Ia turut merangkumi bulu ketiak, misai dan bulu ari-ari dan bulu-bulu yang lain pada anggota badan. Lihat : Islam Grid 

LANGKAH DAN PENDEKATAN TERBAIK

Kepada sesiapa yang ingin melaksanakan ibadah korban, berusahalah sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu untuk tidak memotong kuku dan membuang rambutnya bermula 1 Zulhijjah sehinggalah selesai melaksanakan ibadah korban. Kecuali jika terpaksa seperti atas sebab-sebab kesihatan. 


Tajuk Lain Yang Berkaitan: