Friday, May 9, 2014

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN BERBEKAM


Sudah lama saya ingin menulis tentang kebaikan berbekam. Apatah lagi setelah beberapa kali berbekam. Namun, kekurangan maklumat menyebabkan saya terpaksa menagguhkan hasrat tersebut. Dari sudut pengalaman, setelah beberapa kali berbekam, saya dapati perubahan yang ketara pada diri. Paling ketara ialah tubuh akan rasa lebih ringan dan tidur juga semakin senang dan tenang. Syukur kepada Allah, kerana info atau maklumat mengenai berbekam termasuklah kebaikannya turut disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada minggu lepas. Jadi untuk entry kali ini, saya sekadar ingin melebar luaskan info tersebut. 

KAEDAH rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik. 

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. 

Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit. 

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.

Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik. 

Kekeliruan perubatan bekam 

Kegagalan menjelaskan secara saintifik rawatan bekam dan kebaikannya mungkin antara punca wujudnya andaian-andaian itu. 

Pengusaha dan pakar rawatan bekam, Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad, Dr (homeopati) Ibrahim Burhanuddin berkata seseorang pengamal rawatan perubatan bekam harus mempunyai ilmu bukan sahaja ilmu bekam tetapi ilmu-ilmu berkaitan dengannya seperti psikologi dan saraf. 

Beliau yang telah berpengalaman lebih 17 tahun dalam rawatan bekam berkata, masyarakat hari ini yang berpendidikan tinggi dan terbuka, mahu mengetahui secara saintifik satu-satu rawatan itu sebelum bersetuju untuk melakukannya.

“Ramai pengusaha yang kurang mahir, jadi apabila ditanya apa tujuan bekam, macam mana fungsi setiap rawatan itu kepada anggota badan, mereka gagal menjelaskannya. “Ini menyebabkan masyarakat tidak faham dan ia antara kekangan mengapa rawatan bekam sukar untuk pergi lebih jauh sepertimana bidang perubatan akupuntur yang mendapat pengiktirafan dunia,” katanya.

Berkongsi pengalamannya sendiri, beliau berkata segalanya bermula pada tahun 1991 setelah mencuba rawatan bekam bagi mengubati penyakit gastrik dan paru-paru berair yang dialami sejak sekian lama. 

Setelah mencuba pelbagai ubat, masih gagal merawat penyakit yang dihidapi hingga beliau mencuba rawatan bekam dan kemudian pulih dari penyakit itu. “Dari situlah saya mengkaji dan belajar kaedah rawatan bekam daripada beberapa guru termasuk seorang guru bekam dari Korea. Saya kaji bagaimana bekam boleh menyembuhkan penyakit dan bagaimana ia menjadi perubatan terbaik sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi,” katanya, yang turut mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang homeopati dari Universiti Sumatera Utara, Indonesia. 

Toksin punca penyakit?

Daripada kajian-kajian perubatan, penyakit yang singgah dalam tubuh individu itu berpunca daripada toksin. Ia diumpamakan seperti sampah yang menyebabkan tiga pembuluh darah iaitu ateri, vena dan kapilari menjadi sempit dan lemah hingga tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna. 

Ketiga-tiga pembuluh darah ini jika disambungkan akan menjadi sepanjang 96 kilometer, menurut Ibrahim. Ia perlu dibersihkan bagi membolehkan ia mengalir dengan lancar. 

Jelas beliau, apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna, ia tidak dapat menghantar oksigen dan pemakanan yang diperlukan ke seluruh organ-organ tubuh.

“Apabila semakin banyak toksin dalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah-tambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup,” katanya. 

Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang. 

Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok. “

Cara untuk membuang toksin ini dengan cara membuang darah kotor yang terkumpul. Semakin banyak darah kotor yang dibuang semakin lancar dan bersih darah yang tinggal dan penghantaran oksigen dan pemakanan dalam tubuh akan berjalan lancar,” katanya.

Punca toksin 

Ramai yang menyatakan toksin dalam badan diperoleh melalui pemakanan dan minuman. Ia mungkin satu daripada puncanya. Namun punca sebenar toksin terkumpul dalam tubuh kerana terganggunya sistem buah pinggang dan hati yang bertindak sebagai penapis terbaik di dunia. 

Buah pinggang yang sihat bekerja sebagai penapis darah daripada segala kekotoran yang akan dikeluarkan melalui air kencing, manakala hati pula bertindak sebagai penapis bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh badan. 

Apabila seseorang itu alami penyakit kronik, fungsi hati dan buah pinggang yang akan terganggu terlebih dahulu. 

“Tidak akan berlakunya penyakit kronik kepada diri individu sebelum menurunnya fungsi kedua-dua organ ini. Selama buah pinggang dan hati seseorang itu sihat, dia akan sihat,” katanya. 

Cara perubatan dan penyembuhannya ialah dengan menyihatkan kedua-duanya kerana selagi organ utama ini tidak sihat, penyakit dihadapi tidak akan sembuh.

Bekam untuk pesakit kronik 

Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi menyebabkan luka sukar untuk disembuhkan.

Ibrahim berkata pendapat itu tidak benar, kerana beliau sendiri telah merawat pesakit kencing manis kronik melalui bekam dan pesakit telah menunjukkan kesan yang positif melalui kaedah itu. 

Katanya, seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu. 

Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat di dalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka. 

“Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya. “

Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul,” katanya. 

Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu. Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih. 

Dapatkan lebih info mengenai kesihatan, jom like page saya --> Hidup Biar Sihat

28 comments:

najiah shaharain said...

memang best bekam nie.dan ada sikit belajar cara2 nk bekam.:)

Titisan Hujan said...

bekam sgt bagus.pernah mencuba sekali kerana mempunyai masalah alergik ayam.kata doktor la.tp bl xmkn ayam pn tetap gatal jgk. bila lpas bekam alhamdulillah skg tidak bergantung pada ubat dah.

Anonymous said...

nak juga bekam ni tpi takutlah sbb gua ni mabuk darah

Nazmin Nazifa εїз said...

Waaa cam seronok je.... hehe

HiDa said...

Nampak gayanya saya pun kne cuba ni terutama berkaitan ngan kepala. Selalu gak sakit kepala, cepat mengantuk, mudah hilang tumpuan dan susah nak tidur.. Pelupa pun ada jugak.. Terima kasih atas perkongsian info yang sgt menarik ni..

shameel Iskandar said...

najiah shaharain.
Bestnya najiah prnah bljr berbekam. sy teringin juga nk belajar berkam ,tp setakat ni hanya jadi pengguna rawatan bekam

shameel Iskandar said...

Titisan Hujan .
Bekam mmg bagus utk kesihatan tapi kena cari pengamala bekam yg berpengetahuan.

shameel Iskandar said...

Anonymous.
x perlu takut sbb x sakit pun dan jka takut darah, pejam jer mata. lagipun berkam di kat belakang badan dan atas kepala. jadi kita tak nampak.

Anonymous said...

Alhamdulillah saya baru tadi petang berbekam, 17 tempat, nak pitam kejab mungkin bulan puasa. Sakit belakang dah 2 tahun, bahu mencucuk-cucuk, tapi alhamdulillah, macam semakin reda. Insyallah lepas raya nak 'overhaul' seluruh badan. Ibarat kereta tak pernah tukar minyak hitam..itulah badan kita. Especially kaum lelaki.

Anonymous said...

Saya bekam sendiri untuk bahagian kaki. Sebab ada gatal-gatal dan bisul. Selepas bekam tempat bisul dan gatal-gatal, alhamdulillah tiada lagi gatal dan bisul tumbuh. Darah bekam memang hitam pekat dan hampir penuh satu cup. Saya buang sampai 3 cup barulah lega dan habis untuk satu tempat bekam. Saya berasa ada 2 kilo darah bekam di kaki saya.

Mohd AffandiArif said...

masalah keseimbangan badan..perlu berbuat bekam ker juga? badan terasa seperti berat dan cepat letih dan ngantuk...pernafasan kadang2 lemah..penglihatan tiba2 pandai kabur...pastu kepala pndai pening n berpusing...adakah ini masalah saraf ada sumbat??

Mohd AffandiArif said...

masalah keseimbangan badan..perlu berbuat bekam ker juga? badan terasa seperti berat dan cepat letih dan ngantuk...pernafasan kadang2 lemah..penglihatan tiba2 pandai kabur...pastu kepala pndai pening n berpusing...adakah ini masalah saraf ada sumbat??

Kasih Insan said...

Baru lepas bekam kepala,rasa ringan sikit

Anonymous said...

Nak bekam boleh hubungi sy 0193469549- amry

Anonymous said...

Saya tukang bekam. Saya telah mengajar ramai orang tentang cara berbekam dengan baik. Apa yang ditulis adalah betul.Antibodi badan yang akan mengubati badan pesakit. Pesakit akan hilang penyakitnya jika darah kotor sudah dibuang. Setiap umat islam sebaiknya tahu cara berbekam. Rawatan nombor 1 dalam Islam.

Ggjack Ismay said...

Nak bekam boleh hubungi saya. Jack Farhan 0162621667. Jurubekam dan agen wangian gaharu.

gadis berkaca mata :D said...

Hi Assalam saya nak tanya, boleh ke umur 21 tahun nak berbekam juga? sebab mcm best je nak try. huhu

shameel Iskandar said...

Gadis Berkaca Mata.
Setahu saya takde masalah. Tapi untuk lebih detail elok juga rujuk kpd pengamal perubatan bekam yang bertauliah

Noor Aien said...

Hai.. sy nak tanye.. kalau ada 3 darah beku dlm otak.. apa harus buat ? Doc suruh buat operation tp hasilnye 50/50.. kalau bekam di kepala boleh x sembuhkan darah beku tu.. tlg beri penjelasan please

shameel Iskandar said...

Noor Aien.
Maaf banyak2 saya tiada kepakaran dlm hal ini, saya menulis berdasarkan pengalaman saya yg sering berbekam dan menerusi hasil pembacaan saya. Apa yang pasti berbekam dapat melancarkan aliran darah dan penyakit seperti darah tinggi, jantung, dan strok adalah berpunca daripada mslh saluran atau pembuluh darah yg tersumbat. Ttg mslh saudari, saya syorkan agar bertanya kepada yg lebih arif, Lgipun ini melibatkan kes 50/50. Saya doakan org tersebut diberikan kesembuhan oleh Allah.

izzati husna said...

saya dah strt bekam umur 17 . best3.

afendi nawiruddin said...

Hahaha samala

Anonymous said...


Utuk slip disc ok ke berbekam

Anonymous said...

slipsidk x leh, sebab slipdisk ni sakit disebabkan mekanikal tubuh terganggu.

Sharul Nizam said...

sakit x bekam ni.. tgok takot drh tu

fallss nn said...

Salam,bekam ni boleh x untuk 14 tahun,mohon penjelasan

shameel Iskandar said...

Falls nn.
Sebenarnya saya bukanlah pengamal perubatan bekam, cuma saya selalu berbekam. Namun, berdasarkan pembacaan saya tidaklah menjadi masalah untuk orang-orang yang berusia 14 tahun. Cuma untuk info lebih lanjut dan tepat eloklah rujuk kepada pengamal bekam yang bertauliah.

Haji Othman Tanah Merah said...

sy nak share ye.sangat bermanfaat ilmu yang dikongsikan