Monday, September 15, 2014

Senarai kopi yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan beberapa produk kopi beracun kerana mengandungi kimia berbahaya yang memudaratkan kesihatan, termasuklah menyumbang kepada peningkatan kejadian serangan jantung. 

Hasil ujian mendapati kebanyakkan produk tersebut mengandungi kimia berbahaya seperti hydroquinone, sildenafil, steroid, antihistamin dan antibiotik. 

Berikut adalah senarai kopi yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 
  • 1. Cafe Abang Yes  
  • 2. Goji Guarana  
  • 3. Goji Guarana Extra 
  • 4. Guara Cafe  
  • 5. King Cappucino  
  • 6. Knight Cofee 
  • 7. Kolek Cafe Power Plus 
  • 8. Kopi Angguk  
  • 9. Kopi Asmara  
  • 10. Kopi Bagus AAA  
  • 11. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus  
  • 12. Kopi Pahlawan  
  • 13. Kopi Super Angguk 
  • 14. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus  
  • 15. Night CafĂ©  
  • 16. Kopi Panggung Al Ambiak  
  • 17. Kopi Jantan Tradisional 
  
Kimia Analog Penyebab Mati Muda. 

Pengunaan berleluasa kimia analog oleh sindiket atau syarikat penghasilan kopi ‘seks’ menyebabkan ramai lelaki muda mati mengejut. 

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Mazlan Ismail, Kimia Analog merupakan satu kaedah atau proses mengubah struktur kimia asal Taladafil atau Sildenafil kepada kimia baru. Kaedah ini mungkin membabitkan campuran beberapa kimia lain yang mempunyai bahaya tersendiri. 

Menurutnya lagi, kopi campuran untuk ransangan seks di pasaran mengandungi campuran satu atau dua kimia analog serentak. Ini amat merbahaya kepada kseihatan berikutan kajian menunjukkan kimia analog mempunyai kesan buruk berkali ganda kimia berbanding kimia asal yang belum diubahsuai. Kajian juga menunjukkan kamia analog ini bukan hanya menyebabkan serangan sakit jantung, malah boleh menyebabkan pendarahan pada otak , pendarahan dalaman, mata kabur, sakit buah pinggang dan pelbagai penyakit bahaya yang lain. 

Sumber : Dipetik dan diubahsuai dari Harian Metro, 4 September 2014.

20 comments:

Lynn Munir said...

Saya cuma peminat kopi kambing keluaran BOT aja.

Marou Apple Hijau said...

tu dia macam2 jenis kopi

shameel Iskandar said...

Lynn Munir .
Kopi kambing BOT. Sy x tak pernah try lagi. Best tak?

shameel Iskandar said...

Marou Apple Hijau.
Hehehe.. nama kopi2 ni pun dah menimbulkan sangsikan..

aTieYusof Family said...

bahaya nya.. mcm2 jenama kopi lah skrg ni.. kesan memudaratkan kesihatan tu yg bahaya.

sugar2 kapas strawberry said...

ada terbaca juga dalam metro tu. my mum peminat coffee. Luckily sy tak minum caffein

shameel Iskandar said...

aTieYusof Family.
mmg bahaya dan seingat saya banyak kedai kopi yg menggunakan kopi2 pra-campuran ni.

shameel Iskandar said...

sugar2 kapas strawberry.
dlm metro smlm pun keluar lagi isu ni..

Malaysia Tercinta said...

Kopi pra-campuran "kuat" memang biasanya mengandungi kimia terlarang.

Razemi Bin Kassim AMP said...

Saya hendak tahu tentang kopi Red
Guara Cafe DCL adakah tersenarai
dalam kopi yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ?
Mahu penjelasan. Terima kasih.

shameel Iskandar said...

En. Razemi Bin Kassim AMP

Kalau berdasarkan senarai yg dikelaurkan oleh Kementerian Kesihatan ni mmg xde dlm senarai kopi yg En. Razemi maksudkan.

Namun, utk info yg lebih tepat, elok juga En, Azmi rujuk kepada Kementerian Kesihatan.

Terima kasih banyak2 kerana sudi bertandang ke blog saya ini

Razemi Bin Kassim AMP said...

Terima kasih atas penjelasan diberikan.sebab saya sudah lama mengguna dan meminum kopi ini sudah bertahun2 lamanya hingga sekarang.oleh kerana saya tak boleh minum kopi jenama lain.Terima kasih.

shameel Iskandar said...

En. Razemi Bin Kassim AMP
Sama-sama En. Razemi. Saya sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.

Anonymous said...

alhmdullh..kta di beri pndedahan tntng brgan yg di hramkan...

khairul asri said...

Rakan saya selalu bercerite rntg kopi ambiak ni..kte dowg mmng superb..xsngke superb2 pon byk mendtg kn keburukan.

shameel Iskandar said...

Khairul Asri.
Kopi ambiak atau dikenali juga sebagai kopi cap songkok mmg dikatakan superb. Tapi ia mengandungi bahan terlarang

Anonymous said...

Boleh saya tahu apa kopi jantan yang bagus buat masa kini.. ?

Anonymous said...

Saya ada cuba..kopi jantan tapi banyak masala seperti sakit kepala and sebagainya. Dan nasihat oleh doctor jangan cuba.

Zulkeple Othman said...

Mudah je nk tau klu ada bahan trlarang, klu satu peket dijual melebihi RM2, ini brmakna adalah dadah dicampurkn wlupun x byk tp ada..Tips nak power bg yg muda2, bykkn lh dn rajin2 riadah dn senaman, itu lebih baek utk melancarkn peredaran darah dr darah kita brcampur racun yg tdk elok utk kesihatan kerana kesannya apabila umur kita meningkat.

Gambir Emas - Ubat Kuat Lulus KKM said...

Untuk para suami... jom cuba ubat kuat untuk lelaki yg lulus kkm

Memang terbukti berkesan

Layari :
http://gambiremasmarketing.blogspot.my