Friday, February 28, 2014

Hipertensi: Punca dan langkah-langkah mengatasinya.


Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Universiti Teknologi Malaysia(UiTM), Prof Dr Sazzli Shahlan Kasim,Hipertensi biasanya terjadi pada tekanan darah 140/90 mmHg atau ke atas dan ia diukur pada kedua-dua lengan sebanyak tiga kali dalam jangka masa beberapa minggu. Jika bacaan masih sama, seseorang itu menghidap darah tinggi atau hipertensi. 

Hipertensi yang tidak dirawat akan menyebabkan berlakunya komplikasi kepada seseorang individu, termasuklah mendapat serangan jantung, strok serta kerosakan buah pinggang. Risiko semakin tinggi apabila penghidap hipertensi mempunyai kencing manis, berat badan yang berlebihan dan kolestrol tinggi.

Pada tahun 2008, 17.3 juta penduduk dunia meninggal disebabkan hipertensi/tekanan darah tinggi dan 80% daripadanya berlaku di negara berpendapatan sederhana dan rendah. Malah, dianggarkan lebih 23 juta penduduk dunia akan menjadi korban hipertensi pada tahun 2030. 

Disebabkan hipertensi amat berbahaya,maka amat penting untuk kita mengetahui punca-punca dan langkah mengatasinya. 

PUNCA HIPERTENSI 

  1. Sejarah hipertensi dalam keluarga  
  2. Obesiti  
  3. Pengambilan garam dan alkohol yang berlebihan  
  4. Merokok  
  5. Tekanan/stress yang melampau 
 
LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA 

  1. Elakkan memakan makanan yang banyak lemak dan bergaram  
  2. Elakkan pengambilan makanan dan ubat-ubatan yang tinggi kandungan natrium 
  3. Elakkan memakan bahan/makanan yang boleh meningkatkan tekanan darah.  
  4. Elakkan merokok dan jauhi alkohol 
  5. Banyakkan bersenam 
  6. Bijak menangani stress/tekanan. 

Sumber: Metro Ahad, 16 Febuari 2014, M/S E30-E31

Tajuk Lain Yang Berkaitan : Tekanan Darah Tinggi Mengancam Golongan Muda

Thursday, February 27, 2014

GARA-GARA FACEBOOK, ISTERI TINGGALKAN ANAK DAN SUAMI.




Gila dan memang gila, tapi inilah realitinya. Seorang isteri yang juga seorang ibu meninggalkan suami dan anak-anaknya yang berusia antara lapan hingga lima tahun kerana mengikut teman lelaki yang dikenalinya menerusi laman facebook. Wanita tersebut dipercayai mengikut teman lelaki yang juga kenalan lamanya yang ditemui semula melalui facebook hingga sanggup meninggalkan anak-anak dan suaminya yang mengalami masalah kesihatan sejak mei tahun lalu.

Sumber: Harian Metro, Rabu 17 Julai 2013. 

INFO TAMBAHAN/ ULASAN SAYA.

Jangan pula disalahkan facebook secara total kerana kejadian ini. Cinta beralih dan kasih pindah atau curang telah berlaku sejak zaman ‘Dinasour’ lagi. Umpama kemalangan jalan raya, jangan pula disalahkan kenderaan dan jalan raya secara total kerana mungkin ia berpunca daripada kesilapan dan kecuaian pengguna. 

Banyak kes kita perlu berterima kasih kepada Mark Zulkerberg kerana mengasaskan facebook. Terbaru, lihat sahaja apa yang berlaku sekitar minggu lepas, apabila Dr Kassim Ahmad mempopularkan kembali ajaran anti-hadisnya. Media arus perdana membisu seribu bahasa dan seakan-akan cuba menyembunyikan isu ini, kemungkinan besar kerana tangan-tangan ghaib yang ‘Maha Berkuasa’ berdiri teguh dibelakang Kassim Ahmad. Tapi dengan bersenjatakan facebook, kesesatan Kassim Ahmad dapat disebarkan tanpa batasan dan sempadan. 

Tajuk Sebelumnya: KEBAIKAN BERBOGEL

Tuesday, February 25, 2014

TIPS BERJIMAT KETIKA MAKAN DI LUAR


Marilah kita pakat-pakat amalkan tips/panduan berjimat yang disarankan oleh Ahli Parlimen dari Langkawi, Kedah ini.

Monday, February 24, 2014

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BERBOGEL.



Berbogel atau bertelanjang memiliki seribu kebaikan dan sejuta manfaat. Pasti sahaja ramai yang tidak mengetahui kebaikan amalan tersebut, ini kerana masyarakat sejak zaman berzaman menganggap berbogel dan bertelanjang itu sebagai satu kesalahan dan mengaibkan 

Apakah kelebihan dan kebaikan berbogel? 

Sebenarnya berbogel atau bertelanjang amat baik untuk kesihatan terutamanya untuk meningkatkan tahap kesuburan, baik kepada lelaki mahupun perempuan. Ini kerana, dengan berbogel udara bersih akan dapat memasuki paha,celah kangkang dan organ pembiakan. 

Cuba perhatikan haiwan seperti lembu dan kerbau. Kenapa lembu dan kerbau dapat melahirkan anak dengan senang tanpa perlu bersusah payah ke hospital dan tidak memerlukan bidan. Dan, selepas melahirkan anak, lembu dan kerbau tak perlu berpantang seperti manusia. Mengapa lembu dan kerbau begitu hebat? Tentu sahaja kerana lembu sentiasa berbogel. 

Lihat pula ayam dan itik, mengapakah ia mampu dan berupaya memiliki anak yang ramai? Sekali bertelur hampir sepuluh biji. Jawapannya mudah, iaitu kerana ayam dan itik sentiasa berbogel. 

Bagaimana dengan manusia, paling ramaipun dapat anak kembar seramai tiga orang. Ini membuktikan ayam dan itik jauh lebih subur berbanding manusia. 

Kenapa ia lebih subur? 

Jawapannya mudah, kerana ayam dan itik sentiasa berbogel. 







Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa entry saya kali ini agak luar biasa, malah mungkin agak gila. Jujur dan ikhlas, bukanlah niat saya untuk mempengaruhi pembaca agar berbogel atau bertelanjang, tapi ada maksud tersirat yang ingin saya perkatakan. 

Beberapa hari yang lalu, manusia paling sesat di Malaysia, iaitu Dr Kassim Ahmad, seorang pemimpin gerakan anti-hadith yang telah difatwakan sebagai sesat dan murtad telah mengeluarkan kenyataan yang amat bertentangan dengan islam. Antaranya ialah mempertikaikan dua kalimah syahadah. Menurutnya syahadah yang kedua tercipta atau terhasil dari sikap mendewa-dewakan Nabi Muhammad. 

Tapi untuk entry ini, saya hanya ingin fokuskan pandangan sesat dan kufur Kassim Ahmad mengenai aurat wanita. Sila baca kata-kata Dr Kassim Ahmad yang saya paparkan di bawah.

Perkataan aurat berasal dari bahasa Arab. Ertinya ‘kebogelan’. Tiga puluh tahun dulu,wanita-wanita islam tidak memakai tudung. Mereka memakai selendang,sehelai kain yang diletakkan di bahu tanpa menutup semua rambut, kerana rambut bukan aurat wanita. Menutup rambut dengan tudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat.”. 

Gila dan teramat gila, tolol dan teramat bahlul, sebab Kassim Ahmad yang langsung tidak memahami bahasa Arab dan hanya memperolehi ilmu berkaitan agama menerusi buku-buku berbahasa Melayu dan Inggeris, tiba-tiba mengeluarkan pandangan dan tafisran yang bukan-bukan tentang agama. Kaedah yang digunakannya amat mudah iaitu logik dan rasional pada pandangan akal.  

Berdasarkan logik, dia berhujah amalan bertudung/menutup rambut bukanlah tuntutan agama dan bertudung juga tidak baik untuk kesihatan kerana mengahalang udara daripada memasuki rambut. Tidak setakat Dr Kassim Ahmad yang tersasar dan terpesong akidah, tapi seorang negarawan yang terkenal di Malaysia turut menyokong dan mempertahankan pandangan Kassim Ahmad. 

Negarawan yang telah lanjut usia itu mendakwa, orang-orang yang tidak membaca Al-Quran sering menyalahkan Kassim Ahmad. Sudah nyanyukkah negarawan tersebut hingga sanggup bersekongkol dengan manusia sesat bernama Kassim Ahmad. 

Saya ingin bertanya kepada negarawan tersebut, Adakah umat islam yang mengucap dua kalimah syahadah itu merupakan orang-orang yang tidak membaca Al-Quran? Adakah wanita yang bertudung/menutup rambutnya itu merupakan wanita-wanita yang tidak beriman dengan Al-Quran.?

Iblis manakah yang telah berhabitat di dalam hati negarawan tersebut hingga beliau menjadi begitu tolol. 

Jikalau mengikut logik akal Dr Kassim Ahmad, bertudung itu menghalang udara daripada memasuki rambut dan tidak baik untuk kesihatan. Maka, mengikut logik akal juga kita berhak mendakwa berbogel dan bertelanjang juga perlu dan baik untuk kesihatan. Ini kerana apabila memakai seluar, udara akan terhalang daripada memasuki celah kankang dan organ pembiakan,sekali gus menjejaskan kesuburan manusia. 

Harap-harap selepas ini, Dr Kassim Ahmad dan negarawan yang telah lanjut usia itu sentiasa berbogel sama ada ketika berada di rumah mahupun ketika berada di tempat awam. Kalau boleh biarlah kedua-duanya berbogel 24 jam sehari dan bila mati nanti usahlah dikafan dan biarlah mereka berkekalan telanjang seperti haiwan.

Sunday, February 23, 2014

Tekanan darah tinggi mengancam golongan muda.



Mesyuarat Persatuan Hipertensi Malaysia baru-baru ini merumuskan golongan berusia 18 tahun sudah perlu peka terhadap tekanan darah mereka. Mengikut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan(NHMS) 2011 oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 32.7 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi berbanding 20.7 peratus pada tahun 1996 dan 32.2 peratus pada tahun 2006. 

Peningkatan peratusan ini membimbangkan para pengamal perubatan kerana hipertensi tidak menunjukkan simpton khusus selain tidak disedari kewujudannya. Tekanan darah tinggi ditakrifkan sebagai keadaan apabila tekanan darah dalam arteri atau salur darah meningkat secara kronik. 

Tekanan darah seseorang yang kurang daripada 120/70 mmHg didefinisikan sebagai normal. Manakala hipertensi pula biasanya terjadi pada tekanan darah 140/90. Hipertensi juga dikenali sebagai pembunuh senyap. Lebih menggerunkan, bukan hanya golongan dewasa malah golongan remaja seawall 18 tahun turut menghidapi hipertensi. 

Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Universiti Teknologi Malaysia(UiTM), Prof Dr Sazzli Shahlan Kasim, dianggarkan kira-kira 8 hingga 10 juta rakyat Malaysia mengalami hipertensi tetapi hanya 3 hingga 5 juta sahaja yang mendapatkan rawatan awal, manakala kebanyakkan lambat dan ini menyebabkannya tidak dapat diselamatkan. Menurutnya lagi, bagi mengelak gejala hipertensi , orang dewasa disaran menjalani ujian darah tiga kali setahun, manakala golongan remaja seawal usia 18 tahun disaran membuat ujian darah sekali setahun.

Hipertensi menyerang golongan remaja seawal 18 tahun disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Keadaan ini jauh berbeza dengan negara Asia Barat dan negara maju apabila tekanan darah tinggi dalam kalangan golongan berumur 60 tahun ke atas. Perkara ini berlaku di Malaysia kerana ramai yang bekerja pada usia muda dan tidak menjaga pemakanan. Ia diburukkan apabila pesakit yang mempunyai sejarah genetik daripada ibu- bapa tidak membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali. 

Sumber: Metro Ahad, 16 Febuari 2014.Hlm E30. 

INFO TAMBAHAN: 

Entry ini ditulis setelah saya menjalani pemeriksaan kesihatan,termasuklah tekanan darah beberapa hari yang lepas. Pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tekanan darah, tahap kolestrol dan kencing manis. Alhamdulillah, hasilnya normal. Berhati-hatilah selalu dengan pengambilan makanan. 

Elakkan atau setidak-tidaknya kurangkanlah pengambilan garam dalam makanan dan kurangkan juga makanan berminyak. Pastikan jumlah rehat dan tidur yang mencukupi dan kawalah stress. 

“Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat.”

Saturday, February 22, 2014

Facebook beli WhatsApp RM62.9b



Perkhidmatan rangkaian sosial online, Facebook kelmarin mengumumkan pembelian sistem penghantaran mesej yang popular di dunia, WhatsApp pada harga AS$19 bilion (RM62.9 bilion). 

Sistem WhatsApp itu yang membolehkan orang ramai menghantar teks, gambar dan video menerusi telefon bimbit itu kini mempunyai 450 juta pengguna di seluruh dunia. Facebook membayar sebanyak AS$12 bilion (RM39.7 bilion) dalam bentuk saham dan AS$4 bilion (RM13.2 bilion) lagi dalam bentuk wang tunai.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg menyatakan, urusan pembelian itu akan dimuktamadkan dalam tahun ini. Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Jan Koum akan menjadi anggota pengarah Facebook selepas pembelian itu selesai. 

Perkhidmatan WhatsApp ditawarkan percuma kepada pengguna untuk tahun pertama dan ia popular di Eropah, Amerika Latin dan Asia. 

Sumber: Kosmo

Friday, February 21, 2014

10 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA



Tentu sahaja ramai yang pernah dengar lagu kalau aku kaya,yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael. Ramai yang ingin menjadi kaya, namun ramai yang tersungkur di alam ambisi semata. 

Berikut ialah senarai 10 individu terkaya di Malaysia sebagaimana dilaporkan oleh Majalah Malaysian Business menerusi terbitan 16 Febuari 2014.. 
   

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien. 
  • Kekayaan atau jumlah asetnya bernilai RM54.48 biion 
  • Hartawan Malaysia yang berpengkalan di Hong Kong. 
 2. Tan Sri T. Ananda Krishnan
  •  Kekayaan atau jumlah asetnya bernilai RM33.19 bilion  
  • Usaha Tegas Sdn. Bhd. 
  3. Tan Sri Teh Hong Piow 
  • Kekayaan atau jumlah asetnya bernilai RM18.07 bilion  
  • Tokoh perbankan Public Bank 

 4. Tan Sri Quek Leng Chan 
  • Kekayaan atau jumlah asetnya bernilai RM14.11 bilion 
  • Hong Leong Group 

 5. Tan Sri Lee Shin Cheng 
  • Kekayaan atau jumlah asetnya bernilai RM13.12 bilion 
  • IOI Group 
6. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 
  • Kekayaan atau jumlah asetnya bernilai RM11.07 bilion 
  •  Al-Bukhary Foundation. 
7. Tan Sri Lim Kok Thay 
  • Kekayaan atau jumlah asetnya bernilai RM9.43 bilion 
  • Genting Group 
8. Puan Sri Lee Kim Hua 
  • Kekayaan atau jumlah asetnya bernilai RM9.43 bilion  
  • Genting Group  
  • Ibu kepada Tan Sri Lim Kok Thay, individu ke-7 terkaya di Malaysia. 
 9. Datuk Mokhzani Mahathir. 
  • Kekayaan atau jumlah asetnya bernilai RM4.22 bilion  
  • Sapura Kenchana Petroleum 
10. Tan Sri Azman Hashim. 
  • Kekayaan atau jumlah asetnya bernilai RM4.11 bilion  
  • Arab-Malaysian Corporation. 


Tajuk Lain Yang Berkaitan: 

Thursday, February 20, 2014

(Parah) Remaja berbangga dengan dosa dan maksiat.


Inilah dugaan para ibu-bapa hari ini. Dan, lagi besar dugaan dan cabaran yang perlu diredah oleh ibu-bapa pada masa akan datang. 

Tidakah mereka malu kepada jiran tetangga, guru, sanak saudara dan paling penting terhadap orang tuanya. Atau, mungkinkah mereka telah kehilangan rasa malu hingga hilang kewarasan.

Kegilaan yang menggila ini melanda ramai remaja, baik yang masih mentah di alam persekolahan, mahupun yang sudah matang di alam kampus






Tapi yang menggilakan sekali gus membanggangkan ialah, sikap sesetengah ibu-bapa yang meredhai dan merestui perbuatan maksiat anak-anaknya. Apa tidaknya, sebab dalam sesetengah kes, ibu-bapa turut like pada gambar maksiat yang diupload oleh anaknya. Lagi gila, terdapat juga sesetengah ibu-bapa yang memberi komen berbunyi “ semoga jadi pasangan yang baik” pada gambar tersebut. 

Gambar-gambar ini saya ambil dari blog Naim Nikmat

Erra Fazira terkilan kerana penceraiannya menjadi bahan jenaka.




Aktres Erra Fazira melahirkan rasa terkilan kerana berita perceraiannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, menjadi bahan jenaka di internet. Pasangan tersebut bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kelmarin.

 “Saya sedikit terkilan kerana kisah perceraian saya menjadi bahan jenaka di internet. Pada saat saya bersedih, ada pihak yang kurang sensitif dengan situasi yang sedang saya lalui,” katanya ketika ditemui wartawan Kosmo! sebaik selesai rakaman program Primadona di Bukit Rimau di semalam. 

Sumber: Kosmo

Wednesday, February 19, 2014

Tun Mahathir terpengaruh dengan fahaman Anti-Hadis, Dr Kassim Ahmad.



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad. 

Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam. 

 "Saya hairan bagaimana Mahathir boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Kassim Ahmad hingga sanggup mempertahankannya. "Saya mengecam bekas perdana menteri (Mahathir) yang menyokong dan mempertahankan (kenyataan Kassim)," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya, dekat sini hari ini. 

Lebih lanjut, langsung ke SUMBER


 

INFO TAMBAHAN.

 " Menolak hadis yang sahih sebagai sumber hukum Islam jika dilakukan dalam keadaan waras dan sedar membawa individu berkenaan terkeluar dari Islam. Inilah yang disebut oleh as-Sayuti r.h (w 911H): “Ketahuilah –semoga Allah merahmati kamu- bahawa sesiapa yang membantah bahawa hadis Nabi s.a.w , -samada perkataan atau perbuatan baginda dengan syarat-syaratnya yang diketahui dalam ilmu Usul (iaitu yang digariskan dalam Ulum al-Hadith dan Usul al-Fiqh) sebagai hujah maka dia menjadi kafir. Dia terkeluar dari daerah Islam dan dihimpunkan bersama Yahudi dan Kristian, atau bersama sesiapa yang Allah mahu daripada puak-puak kafir” (Al-Sayuti Miftah al-Jannah fi Ihtijaj bi al-Sunnah, m.s 140. Mesir: Dar as-Salam)

Mereka yang bersekongkol dengan menzahirkan sokongan ataupun tidak membantah padahal dia perlu membantah dan boleh membantah, maka dia boleh jatuh ke dalam golongan yang sama-sama sesat. 

Allah dalam al-Quran menyebut kepada Yahudi di zaman Nabi s.a.w dan selepasnya tentang pembunuhan dan pendustaan terhadap para rasul: (maksudnya) "Sebahagian para rasul itu kamu dustakan dan sebahagian pula kamu bunuh" (Surah al-Baqarah: 87). Walaupun pembunuhan dan pendustaan itu berlaku pada masa yang lampau oleh datuk nenek mereka, namun Allah menyandarkan juga dosa itu kepada mereka dengan menyebut 'kamu' disebabkan mereka bersetuju ataupun tidak merasa itu satu kesalahan!!" 

"Petikan kata-kata Mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin"

BUNGA TERCANTIK DI DUNIA

Bunga! Rata-riti manusia,terutamanya wanita pasti sahaja menyukai bunga. Bunga memang cantik dan menarik, sesetengahnya wangi dan harum serta mendamaikan hati dan menenagkan fikiran. Sesekali ke taman bunga pasti sahaja mampu merehatkan diri dari kelelahan akal dan kepenatan fizikal. 

Bunga paling cantik di dunia. Jawapannya pasti sahaja tidak sama dan tentu sahaja berbeza. Tidak mengapa,namun, saya yakin, pasti sahaja ramai yang bersetuju dengan pandangan saya mengenai bunga tercantik di dunia.


(TULIP)
 Tulip memang cantik tapi bukanlah bunga yang tercantik di dunia.




(MAWAR)


Mawar terkenal kerana kecantikannya namun 
kecantikkannya tidaklah seberapa,

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V


     
BUNGA CITRA LESTARI.





        
  Inilah bunga paling cantik di dunia. 
Bersetujukah anda?    .  



Saturday, February 15, 2014

GAJAH MENGAMUK DI AYER LANAS, SEORANG TERBUNUH.



Pagi tadi, sekolah saya mengadakan aktiviti merentas desa. Tiba-tiba tidak jauh dari salah satu check point ada gajah liar mengamuk. Gambar di atas ialah tok bilal yang diserang gajah. Dalam kejadian tersebut, seorang terbunuh dilambung gajah.

Kejadian berlaku di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.

Friday, February 14, 2014

PANAS MELAMPAU: MALAYSIA BAKAL MENJADI PADANG PASIR


Bahang panas mula terasa, dan kemarau mula melanda negara. Sana- sinI dan sini-sana masyarakat mula memperkatakan perihal panas dan kemarau, malah di sesetengah tempat, tidak hanya panas dan kering, tapi gersang dan kontang. Kawasan paling sejuk di Malaysia,iaitu Kuala Krai kini suhunya mencecah mencecah 34 darjah celcius.

Encik Said bin Samad, seorang makhluk bergelar manusia dan berjantina lelaki telah mendakwa, Malaysia bakal menjadi padang pasir sedikit masa lagi. Ini memandangkan cuaca panas luar biasa ini berkait rapat dengan perubahan paksi bumi yang mengakibatkan kutub bumi berganjak. Sedikit masa lagi, mungkin 3 atau 5 tahun lagi, Malaysia akan menjadi padang pasir. 

Perubahan paksi bumi dan proses pergerakan kutub bumi bakal menyaksikan negara-negara timur tengah akan menjadi antartika dan kawasan antartika akan menjadi kawasan beriklim khatulistiwa. Manakala negara-negara di rantau Asia Tenggara, termasuklah Malaysia pula mungkin akan menjadi kawasan gurun atau padang pasir. 

Mengikut Encik Said lagi, dalam tempoh 3 atau 5 tahun akan datang, unta-unta akan berkeliaran di Malaysia mengantikan lembu serta pokok tamar akan tumbuh mengantikan pokok kelapa. 

Sementara itu, Lebai Che Him bin Che Kob(sambil membayangkan dirinya sedang mengejar biawak Dhab ) telah meminta umat islam di Malaysia agar bersiap siaga menanti perubahan iklim tersebut. Katanya, tidak mustahil Malaysia akan menjadi padang pasir. Siapa kata mustahil,maka mereka telah mendustai kuasa Allah. 

INFO TAMBAHAN:

Saya yakin, jika disebar di facebook, pasti ramai yang mempercayai dakwaan ini. Maklumlah orang-orang kita walaupun ramai yang sudah terpelajar dan berpendidikan, tapi amat mudah ditewaskan oleh media sosial seperti facebook.

Percayalah rakyat Malaysia amat ternanti-nantikan cerita dan dakwaan yang aneh- aneh. Tanpa berfikir panjang dan dengan penuh keghairahan, pasti sahaja akan di kongsi(share) di facebook masing-masing. 

TAJUK LAIN YANG BERKAITAN

Tuesday, February 11, 2014

ENAM LETUSAN GUNUNG BERAPI TERBESAR DI DUNIA.



Letusan gunung berapi antara fenomena alam semulajadi yang mampu membangkitkan bencana besar seperti gempa bumi, kebakaran hutan,penyebar gas beracun dan gelombang tsunami yang boleh mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa. 

Buat masa ini, terdapat sekitar 1,500 buah gunung berapi di seluruh dunia dan 500 daripadanya masih aktif. Berikut merupakan enam letusan gunung berapi yang terbesar di dunia, iaitu: 

1. GUNUNG VESUVIUS, ITALI 

  • Berlaku pada 24 Ogos 79 Masihi  
  • Memusnahkan Bandar Rom Kuno, Pompeii dan Herculaneum  
  • Mengorbankan 25 ribu nyawa

2. GUNUNG KRAKATAU, INDONESIA 
  • Berlaku pada 26 Ogos 1883  
  • Mencapai 30 ribu kali ledakan bom atom di Hisroshima dan Nagasaki, Jepun 
  • Mengorbankan36 ribu penduduk 


3. GUNUNG ETNA, ITALI 

  • Berlaku pada 11 Mac 1669  
  • Memuntahkan batuan cair tanpa berhenti selama seminggu  
  • Mengorbankan 20 ribu nyawa 


4. GUNUNG PELEE,PERANCIS 

  • Berlaku pada 8 Mei 1902  
  • Memusnahkan bandarSt Pierre, Martininque  
  • Mengorbankan 29 ribu nyawa

5. GUNUNG RUIZ, COLOMBIA 

  • Berlaku pada 13 November 1985  
  • Memusnahkan Kota Armero  
  • 29 ribu nyawa terbunuh 


6. GUNUNG UNZEN 
  • Berlaku pad 21 Mei 1792  
  • Menyebabkan bencana Tsunami  
  • Mengorbankan 15 ribu penduduk. 

Sumber : Berita Harian, 9. Feb.2014, M/S:18-19

Tajuk Lain Yang Berkaitan: 

Sunday, February 9, 2014

(GAMBAR) LEMBU LARANG ANAKNYA TENGOK TV



Ketika manusia menjadi ‘hamba’ tv, rupa-rupanya lembu memboikot TV dan tidak membenarkan anak-anaknya menonton TV. 

Sumber: Naim Nimat

Saturday, February 8, 2014

MURID TERLAMPAU: FITNAH GURU KERANA INGIN PINDAH SEKOLAH



Kampar: Seorang murid lelaki tahun enam sanggup memfitnah guru sekolahnya dengan mendakwa dia didera memanjat pokok seperti monyet selain dipukul semata-mata mahu berpindah ke sekolah lain. Murid itu turut membuat laporan palsu apabila mendakwa dipaksa guru wanita sekolah rendah di Gopeng, di sini, mencuci kipas dan lampu di dalam kelas menggunakan tangga. Sumber berkata, murid lelaki berusia 12 tahun itu bersama ahli keluarganya bertindak membuat laporan di Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teja, Isnin lalu atas dakwaan dianiaya. Lebih lanjut, langsung sahaja ke -->Metro 


INFO TAMBAHAN:
 
Izinkan saya bercerita tentang pengalaman saya dalam dunia pendidikan. Pernah dahulu, sahabat saya, juga seorang guru berhadapan pelajar yang bijak memfitnah dan ibu bapa yang mudah terpedaya.

Kisahnya begini, seorang pelajar ponteng sekolah selama seminggu. Bila guru kelas bertanya dia kata dia kemalangan dan patah kaki. Bila ibu-bapanya bertanya, dia kata tak guna pergi sekolah sebab guru selalu tak masuk kelas.. Si bapa terus percaya dan datang ke sekolah dan memarahi guru tersebut. Bila diterangkan dan dijelaskan perkara yang sebenar, dia terdiam. 

Di rumah, si bapa bertanya lagi kepada si anak apa sebab sebenar tak hadir ke sekolah. Si anak jawab tak suka pergi sekolah sebab ramai cikgu-cikgu tua yang mengajar kelasnya. 

Esoknya si bapa datang ke sekolah dan menyalahkan sekolah kerana ramainya guru-guru tua di sekolah tersebut. 

Moral: Ibu-bapa jangan mudah percaya dengan apa yang diperkatakan oleh anak-anak. Selidiklah terlebih dahulu.

Friday, February 7, 2014

FENOMENA AWAN GANJIL MELANDA MALAYSIA.

Awan Aneh
Beberapa tahun lepas kecoh apabila gumpalan awan didakwa terjatuh di bumi Arab. Beberapa tahun lepas juga, Lagu Awan Nano menjadi satu fonemena apabila menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL) Tapi ternyata fonemena itu tidak sehebat fenomena awan ganjil yang melanda Malaysia sejak beberapa hari kebelakangan ini. Fenomena ganjil ini menarik perhatian Biro Agama Pemuda sebuah parti terbesar di Malaysia, iaitu parti PERKEMBAR, atau nama penuhnya Pertubuhan Kebangsaan  Melayu Bersatu




Rupa-rupanya ia fenomena awan aneh ini tidak terhenti di situ, semalam tersebar pula di facebook mengenai awan yang berbentuk wajah seorang wanita paling popular di alam semesta. 


Thursday, February 6, 2014

Hukuman Mati Paling Kejam di Dunia



Di masa lampau beberapa negara masih memelihara hukuman mati yang sangat kejam. Seperti halnya yang pernah terjadi di China pada Dinasti Manchu (1644-1912). Pemerintahan yang berkuasa ketika itu melaksanakan hukuman mati paling kejam. Hukuman mati tersebut disebut Ling Chi. 

Hukuman ini dilakukan dengan mengikat orang yang bersalah tersebut pada sebuah tiang di depan umum, lalu bahagian tubuhnya diiris satu per satu selama tiga hari. Terhukum akan merasakan sakit yang luar biasa kerana bahagian tubuhnya dipotong sedikit demi sedikit hingga mati dalam tiga hari. Selama tiga hari tersebut terhukum akan merasakan penderitaan yang sangat berat akibat luka pada potongan potongan tubuhnya. Namun apabila dalam beberapa jam si terhukum sudah mati, maka si pertanda juga akan dihukum mati. Begitu kejamnya hukuman ini membuat semua orang takut melakukan kejahatan. 

Namun tidak semua kejahatan boleh diterapkan Ling Chi. Ling Chi hanya dikenakan kepada mereka yang melakukan kejahatan berat seperti membunuh keluarga kerajaan. Saat ini beberapa negara seperti di Eropah sudah menghapuskan hukuman mati dengan cara apapun. Namun sebahagian negara masih mengekalkan hukuman mati bagi penjenayah kelas atasan.

 Sumber: Nizarazu 

INFO TAMBAHAN: 

Selain bentuk hukuman mati di atas, saya juga pernah terbaca tentang bentuk lain perlaksanaan hukuman mati pada masa pemerintahan Dinasti Manchu. Hukumannya ialah, mencekik pesalah sampai mati. 

Pernah juga saya terdengar cerita,namun kesahihannya saya tak pasti. Kononnya tentera Thailand turut menggunakan hukuman mati yang kejam terhadap pejuang pemisah di Selatan Thailand. Iaitu dengan mengikat tangan dan kaki serta diletakkan batu, tahanan kemudiannya akan dicampak ke dalam sungai atau laut.

Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dilibas Bola Golf



Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dilibas Bola Golf | Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bertarung nyawa hampir 16 jam sebelum disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena bola golf diKelab Golf Keningau di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.40 petang, Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Alminda Jalimin bekerja sambilan sebagai kedi dikejarkan ke Hospital Keningau, namun dirawat sebagai sebagai pesakit luar sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Taman MDK Keningau pada keesokan hari. 



Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Robert Salisip David berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menarik beg peralatan golf milik seorang pemain di lubang ke-12 di padang berkenaan. “Tiba-tiba bola golf dilibas seorang pemain dalam jarak sekitar lima hingga enam meter melencong lalu terkena tengkuk kanan mangsa menyebabkannya rebah. 

“Akibat kejadian itu, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

 Menurutnya, sebaik tiba di hospital, mangsa hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibawa pulang ibu bapanya yang menetap di rumah kongsi. “Namun, pada jam 11.30 malam, mangsa mengadu sakit kepala selain mengalami muntah-muntah.

SUMBER

INFO TAMBAHAN: 

Mohon keadilan untuk adik ini. Walaupun dia bukan tokoh ternama dan tidak kerabat diraja,namun dia punya hak untuk hidup sebagai manusia. Mohon keadilan.

Wednesday, February 5, 2014

(GEMPAR) AWAN BERBENTUK KERIS DAN EVOLUSI HELLO KITTY.

awan berbentuk keris
Proses Evolusi Hello Kitty


Mula-mula sekali, ingin saya tegaskan, entry ini bukanlah bermotifkan politik dan saya bukanlah blogger politik. Sila anggaplah ia sebagai hiburan semata-mata dan jika entry ini menguris hati dan mencalar perasaan, maka saya mohon jutaan maaf. 

Gambar awan berbentuk keris itu, saya perolehi dari facebook Dr Maszlee Malik, manakala evolusi Hello Kitty itu saya perolehi dari kenalan facebook saya. Tergelak saya melihatnya dan saya ingin kongsi bersama sahabat-sahabat sekalian.

Tuesday, February 4, 2014

10 ATLET TERKAYA DI DUNIA



Sukan tidak sekadar riadah dan aktiviti di masa lapang, tapi ia merupakan sebuah kerjaya yang mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan. Berikut adalah 10 atlet terkaya di dunia. 

1. Floyd Mayweather.

  • Kerjaya : Petinju  
  • Pendapatan tahunan :AS$90 Juta (RM300 juta) 

2. Lebron James. 
  • Kerjaya : pemain pasukan Miami Heat untuk Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat(NBA) 
  • Pendapatan tahunan : AS$56.54(RM188 juta)

 3. Drew Bress. 
  • Kerjaya : Pemain pasukan New Orleans Saints untu Liga Kebangsaan Bola sepak Amerika (NFL) 
  • Pendapatan tahunan : AS$47.8 juta(RM159juta) 

 4. Kobe Bryant 

  • Kerjaya :Pemain Los Angeles Lakers untuk Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat(NBA) 
  • Pendapatan tahunan : AS$46.85(RM156 juta) 

 5. Tiger Woods

  •  Kerjaya : Pemain golf, AS  
  •  Pendapatan tahunan : AS$40.8 juta(RM136juta) 

 6. Phil Mickelson 
  • Kerjaya : Pemain golf, AS  
  • Pendapatan tahunan : AS$39.5 juta(RM132juta) 

7. Derrick Rose.
  •  Kerjaya : Pemain pasukan Chicago Bulls untuk Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat(NBA)
  •  Pendapatan tahunan : AS$33.4 juta(RM111juta) 

8. Peyton Manning 

  • Kerjaya : Pemain pasukan Denver Broncos untuk Liga Kebangsaan Bola Sepak Amerika Syarikat (NFL)  
  • Pendapatan tahunan : AS$31 juta(RM103 juta) 

9. Alex Rodriguez 

  • Kerjaya : Pemain pasukan New York Yankees untuk Liga Utama Besbol(MLB) 
  • Pendapatan tahunan : AS$29 juta(RM97 juta) 

 10. Zack Greinke 

  • Kerjaya : Pemain pasukan Los Angeles Dodgers untuk Liga Utama Besbol(MLB)  
  • Pendapatan tahunan: AS$19 juta(RM63 juta) 

Sumber : Sinar Harian, Selasa, 28 Januari 2014,m/s 6.