Monday, March 31, 2014

Selawat Perdana, Malam Cinta Allah dan Rasul: Teguran Menarik Oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah


Sejujurnya, saya beranggapan, teguran dan pandangan Dr Ridhuan Tee Abdullah adalah teguran dan pandangan yang paling wasatiyyah atau sederhana. Beliau tidak menentang, menyanggah dan membidahkan program tersebut, namun dalam masa yang sama beliau turut mengemukakan pandangannya untuk lebih memurnikan program tersebut. 

Beliau berpandangan atau beranggapan program ini amat baik sebagai ‘hiburan’ alternatif kepada masyarakat. Tetapi, agak stereotaip. Jika tidak diberikan penambahbaikan, sekali itulah sahaja. Ia sukar untuk menarik perhatian buat kali kedua, kerana semuanya sama, termasuk tazkirah yang disampaikan sebelum ini, 


Teguran Dr Ridhuan Tee Abdullah Yang Perlu Diambil Peduli

Dr Ridhuan Tee Abdullah menegur penonjolan yang terlalu berlebihan kepada Rasulullah sehingga menenggelamkan penonjolan kepada ALLAH SWT. Pada hemat saya(Dr Rdihuan Tee) perkara ini patut diperbaiki. Majlis ini sepatutnya membawa kita mengingati ALLAH, kemudian baharulah utusanNya, Rasulullah SAW, seperti mana temanya, Malam Cinta ALLAH dan Cinta Rasul. Dalam kata lain, utamakan ALLAH dalam segala hal. 

Kita memang diminta dan dituntut berselawat ke atas Rasulullah. Sabda Rasulullah SAW, barang siapa yang berselawat ke atas ku sekali, nescaya ALLAH akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Ini tidak termasuk mendapatkan syafaat Baginda di akhirat nanti. Cuma, persoalannya, Selawat Perdana terlalu ‘over’ menonjolkan Rasulullah SAW. ‘Lagu-lagu’ Cinta Rasul yang disampaikan seperti Qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan, sehingga membawa kepada tahap ‘pemujaan’ terhadap Nabi. 

Adakah Rasulullah mahukan kita memuja Baginda? Sudah tentu tidak. 

Memang tidak dapat dinafikan, kita memang dituntut mencontohi Nabi dalam apa jua keadaan dan cara hidup Baginda, tetapi janganlah terlalu berlebih-lebihan sehinggakan mengidolkan Baginda. Kita perlu ingat, perkara yang utama dalam Islam adalah akidah. 

Sebab itu Rukun Islam dan Rukun Iman disusun sedemikian rupa. Rukun Iman misalnya, pertama Percaya kepada ALLAH, diikuti dengan mengimani yang lainnya termasuk kepada para Rasul. 

Begitu juga dengan Rukun Islam, pertama mengucap dua kalimah syahadah, diikuti kedua adalah solat. Kalimah Syahadah adalah paling utama. Solat bukan penanda seseorang itu telah beramal dengan Islam, jika akidah tidak betul. Misalnya, soal mentauhidkan ALLAH SWT, Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. Bersolatlah dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia.

Sebab itu, akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada ALLAH SWT, sebelum kenalkan kepada PesuruhNya iaitu Baginda, Rasulullah SAW. 

Tulisan lengkap beliau,langsung sahaja ke Sinar Harian 

Info Tambahan/Ulasan:

Saya yakin, teguran dan pandangan yang dilontarkan oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah terhasil daripada kejujuran dan keikhlasannya sebagai pendakwah. Umum mengetahui, beliau amat tegas dan sangat teguh dengan prinsip dan pendiriannya. Prinsip dan pendirian ke arah kebaikan umat islam, terutamanya di Malaysia. Sebab itulah, dalam tulisannya, beliau tanpa gentar dan tanpa silu mengkritik mana-mana pihak baik termasuklah parti politik,baik dari BN mahupun dari PR. 

Saya yakin, ada ada golongan atau individu yang tidak menyenangi tegurannya, tapi cuba-cubalah perhatikan dengan teliti dan cuba-cubalah menghayati pesanan beliau itu.

BERAPA LAMA PERLU WARIS MH 370 PERLU TUNGGU



Selain kita terus berdoa agar mereka yang ditimpa musibah selamat dan mampu ulang ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Isu ini mesti diperbincangkan bagi menjelaskan kedudukan hubungan suami-isteri dan pemilikan harta orang yang hilang. 

Mazhab Hanafi ada pelbagai pandangan berkenaan tempoh perlu tunggu, yang paling relevan saya lihat adalah pandangan kelima mereka iaitu tempoh ditentukan oleh qadhi menurut ghalib zan ( atau kebarangkalian yang paling tinggi). (Syarah Fath Al-Qadir, 5/374) 

Mazhab Maliki mempunyai pelbagai pandangan, antaranya yang menyatakan perlu ditunggu hingga 4 tahun. Selepas 4 tahun tanpa sebarang berita dan jawapan, isteri akan bermula iddah 4 bulan 10 hari. 

Asas ijtihad ini adalah dari keputusan Khalifah Umar al-Khattab bagi kes kehilangan seseorang di sesebuah negara Islam bukan di musim waba’. Ini bermakna 4 tahun itu berlalu pada musim sihat tanpa bencana. Ketetapan khalifah Umar ini juga dinyatakan oleh para ulama’ disokong oleh sahabat-sahabat lain sehingga Ibn Qudamah mengganggapnya ijma’ sahabat. Menurut Imam Ibn Hajar, pandangan ini juga disokong oleh Al-Zuhri yang mensibahkanya kepada Umar, Ibn abs,Uthman Affan, Ibn Mas’ud, Ibn Umar r.a dan ulma besar tabi’en seperti Al-Nakha’ie, Ato’ ibn Rabah, Makhul dan Al-Sya’bi. 
 
Pun begitu, kesahihan ijma’ dipertikaikan kerana terdapat riwayat yang menunjukkan sahabat besar seperti Ali bin Abi Talib r.a tidak sependapat.

Jika ingin digunakpakai untuk kes MH370 mungkin boleh dipertikai kerana kehilangan pesawat yang melebihi tempoh biasa tanpa sebarang perhubungan di zaman mudahnya perhubungan boleh dianggap seperti kehilangan di zaman waba’. Antara sebab perlu dibincang hal ini adalah :-

1. WANITA 

Wanita atau isteri mungkin berganda deritanya, pertama, derita hasil kesedihan kerana kehilangan insan yang dikasihinya, ditambah lagi derita hidup tanpa suami dan seolah tergantung tanpa tahu bila kesudahannya. 

2. HARTA 

Dibincang juga oleh ulama, mudarat ke atas isteri atau anak-anak apabila ditinggakan tanpa nafqah zahir dan belanja, tambahan pula tidak boleh membahagikan harta peninggalan mangsa kerana belum disahkan kematian. Justeru, ketetapan untuk menentukan penantian sehingga tempoh bila adalah sangat penting. 

IJTIHAD SILAM DAN MODEN 

Terdapat tidak sedikit ulama kontemporari yang melihat ijtihad dan pendapat ulama silam termasuk para sahabat seperti Khalifah Umar r.a adalah berdasarkan kepada situasi dan keadaan alatan perhubungan dan komunikasi di waktu itu. Contohnya dalam perbincangan Kesatuan Fiqh Sedunia, Prof. Dr Abd Naseer Abul Basal:- فأنا أرى أن القرار يكون فيه قوة لولي الأمر باختيار هذا الرأي في التفريق بالضرر حتى نرفع الضرر عن النساء، بعد استنفاد جميع وسائل التقنية المعاصرة لتبليغه، لذلك أرى أن يمنح القاضي سلطة التفريق. Ertinya: Aku melihat, ketetapan yang kuat adalah (kuasa) diberikan kepada pemerintah untuk memilih pendapat ini iaitu memisahkan (perkahwinan) kerana mengelak kemudaratan dari wanita, itu dengan syarat setelah lesu dan habis teknik moden untuk mencarinya, oleh itu, aku melihat qadhi boleh diberikan kuasa memutuskan (ikatan pekahwinan) 

Prof. Dr. Abdullah Al-Rukban menyatakan: ما ذكر من آثار عن الصحابة ومن اختلافات عن العلماء، أظنهم لو عاشوا هذا العصر لغيروا كل ما طرحوه لأن الوسائل التي جدت في وسائل الاتصال والمواصلات غيرت أموراً كثيرة، لأن ما أشار إليه عمر بن الخطاب من تحديد أربع سنوات، المراد به التأكد من كون المرأة حاملاً أو ليست بحامل، الأمر الذي لم يعد الآن واجباً، لأن الآن هناك تحاليل مخبرية تكشف عن هذا الأمر». Ertinya: Apa yang disebut berkenaan athar para sahabat dan perbezaan ijtihad para ulama, aku menggangap sekiranya mereka hidup di zaman ini pasti akan ditukar pendapat-pendapat mereka kerana melihat pengangkutan, perhubungan dan komunikasi di zaman ini pastinya banyak ketetapan akan berubah. 

Apa yang ditunjukkan bahawa Umar al-Khattab menetapkan empat tahun, target darinya adalah untuk memastikan wanita itu benar-benar telah bersih dari benih suaminya (yang hilang), perkara ini (menunggu empat tahun) tidak lagi dianggap wajib di zaman ini kerana banyak teknik moden makmal yang boleh mengenalpasti hal ini (dengan lebih cepat). 

Setelah berbincang panjang dan meneltii semua dalil dan pendapat silam dan moden, keputusan Al-Majma’ Al-Fiqh Al-Islami di bawah Rabitah al-‘Alam al-Islami dalam persidangan mereka yang ke 21 bertempat di Mekah al-Mukarramah pada 8 – 12 Dis 2012 memutuskan dalam hal "Tempoh Penantian Orang Hilang "

 : أولاً: ينتظر في المفقود, فلا يحكم بموته حتى يثبت ما يؤكد حاله من موت أو حياة. ويترك تحديد المدة التي تنتظر للمفقود للقاضي بحيث لا تقل عن سنة ولا تزيد على أربع سنوات من تاريخ فقده؛ ويستعين في ذلك بالوسائل المعاصرة في البحث والاتصال, ويراعي ظروف كل حالة وملابساتها, ويحكم بما يغلب على ظنه فيها. ثانياً: بعد انتهاء المدة التي يقررها القاضي يحكم بوفاة المفقود, وتقسم أمواله, وتعتد زوجته, وتترتب آثار الوفاة المقررة شرعاً. ثالثاً: للزوجة إذا تضررت من مدة انتظار زوجها المفقود أن ترفع أمرها للقاضي, للتفريق بينها وبين زوجها المفقود للضرر. وفق الشروط الشرعية لهذا النوع من التفريق. 

Ertinya : Pertama : Hendaklah ditunggu yang hilang, tidak dihukum matinya orang yang hilang sehingga sabit (sesuatu bukti) yang menunjukkan keadaannya mati atau hidup.

Tempoh penantian ditentukan oleh qadhi (pemerintah yang berwajib) yang mana mesti TIDAK KURANG dari 1 tahun dan TIDAK LEBIH dari 4 tahun dari tarikh hilangnya. Dan diusahakan pencarian dan perhubungan menggunakan alatan moden. Setiap situasi dan perubahan keadaan mestilah diambil kira. 

Kedua : Selepas tamatnya tempoh (penantian), qadhi boleh memutuskan bahawa orang yang hilang telah meninggal dan bolehdibahagikan harta peninggalannya (menurut hukum faraid), dan isterinya bermula iddah dan terpakai lain-lain urusan kematian.

Ketiga : Bagi seorang isteri, jika sangat termudharat disebabkan tempoh penantian suaminya yang hilang, diharuskan membawa kesnya kepada qadhi bagi memohon pemisahan dengan suaminya yang hilang (lebih cepat dari tempoh 1 tahun)

Dr. Zaharuddin Abd Rahman 
Presiden, MURSHID 

Sumber: UZAR

Saturday, March 29, 2014

MH370: Populariti Ustaz Mimpi Mengatasi Encik Mimpi.


Mimpi.. mimpi dan terus bermimpi.. kerana tidak pernah menjadi kesalahan untuk bermimpi.. 


Kemabali kepada tajuk, Sejak tragedi MH370, Ustaz Mimpi tiba-tiba menjadi begitu popular, malah jauh lebih popular berbanding Encik Mimpi yang terkenal dengan lagu, Rindukanlah. Setakat ini sudah dua kali Ustaz Mimpi bermimpi dan entah berapa kali lagikah beliau akan bermimpi mengenai MH370. 

P/S :Entry asal boleh lihat di Tengok TV Online 

Baiklah, saya paparkan sahaja mimpi Ustaz Mimpi tersebut dan terserahlah kepada anda untuk menilainya, sama ada ingin mempercayai atau sekadar hiburan semata-mata. Biarlah anda yang menghakimi mimpi dan ustaz tersebut. 

 Mimpi Ustaz Mimpi

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak. Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. 

Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut. Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat….. Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk… 

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata. Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri. 

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya. Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Dia mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. 

Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan. Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ…. Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara. 

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa. Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku. 

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan.. 

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada. 

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar. Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar. 

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung. Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka. Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama…… 

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal… 

Saya tersedar.. Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam.. 

Info Tambahan:
Secara peribadi saya beranggapan,tidak perlulah Ustaz Mimpi menyebarluaskan mimpi-mimpinya ini. Sebab, sedikit sebanyak ia akan menambahkan duka ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

Lagi satu, walaupun Ustaz Mimpi awal-awal lagi telah mengatakan agar tidak mempercayai mimpinya seratus peratus, namun ia tetap diyakini dengan teguh, malah mungkin diimani oleh golongan-golonagan yang taksub dengan mimpi.

Tuesday, March 25, 2014

MH370: TIDAK PERLU ADAKAN SOLAT GHAIB SETAKAT INI



PUTRAJAYA - Muzakarah Jawankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan solat ghaib ke atas penumpang MH370 beragama Islam tidak diperlukan buat masa sekarang. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, ia berikutan pihak berkuasa yang menjalankan kerja mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang mayat, sebahagian mayat atau cebisan mayat berhubung kejadian tersebut. - KOSMO!

Sumber:Kosmo 

BERIKUT IALAH PENJELASAN DARIPADA TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG. 

Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya. 

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira.

 "Dari segi Islam, pernah disabitkan kematian setelah berlalu selama empat tahun. "Selagi tak jumpa, selagi tak sampai empat tahun, itu terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan hal itu," kata beliau pada sidang media pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen hari ini. 

Ustaz Hadi yang ditemui Harakahdaily selepas sidang media itu menjelaskan, hukum empat tahun itu merujuk satu kisah di zaman Saidina Umar. Khalifah kedua itu dikatakan menunggu sehingga empat tahun sebelum memutuskan fasakh seorang wanita yang kehilangan suaminya untuk berkahwin lain. 

"Selagi tak dapat bukti jasad, atau fizikal atau saintifik, hukum ini terpakai. "Kita tak boleh bergantung hanya kepada imej satelit, yang mengandaikan pesawat pecah. "Kita perlu terus mencari sehingga jumpa kotak hitam, baru kita boleh sahkan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Monday, March 24, 2014

Berita Terkini MH370 : Sah Pesawat Terhempas di Lautan Hindi




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.

 “Tempat ini lokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan yang mungkin,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi. Maklumat lanjut akan diumumkan dalam sidang media esok. 

Katanya, Malaysia Airlines (MAS) sudah memberitahu perkara itu kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu. “Beberapa minggu yang lepas sungguh meremukkan hati mereka. Saya tahu berita itu tentu sukar diterima. 

 “Saya gesa media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan pada masa sukar ini,” katanya lagi. 

Petang tadi, Najib berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi. 

Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi.

Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat. 

Sumber:Malaysia Kini 

Ulasan/ Info Tambahan:

Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk para penumpang dan anak kapal pesawat Mas MH370. Berat mata memandang, namun berat lagi bahu yang memikul.

Thursday, March 20, 2014

Misteri Kehilangan MH370 hampir terhurai : Dua objek di selatan Lautan Hindi kemungkinan besar adalah serpihan MH370


Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika diwawancara pemberita TV3 sebentar tadi menyatakan keyakinan tentang objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian rangka pesawat MH370. "Inilah dia" - Kata Kapten Nik Ahmad Huzlan. 

Walaubagaimanapun, Kapten Nik menyatakan itu adalah pendapat peribadinya semata-mata. Beliau melihat beberapa perkara seperti berikut: Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen. 

Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek. Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut. Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh. Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan".

Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh. Ketika di tanya apakah objek pada bahagian pesawat itu: Dimensi objek 24 Meter. Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat(Pengimbang pesawat) Ini berikutan imej berbentuk persegi. 

Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan. Beberapa andaian yang turut dibuat Kapten Nik: Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat. 

Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan. Walaubagaimanapun, Kapten Nik mengatakan ini hanyalah permulaan yang dilabelnya sebagai BAB 1- Penemuan. Menurutnya lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat, kos dan siasatan.

Tuesday, March 18, 2014

Konsert Festival Future Music Asia 2014: 12 orang masih dirawat di hospital



Dua belas individu yang dimasukkan ke hospital akibat penyalahgunaan dadah semasa konsert Festival Future Music Asia 2014(FMFA), masih dirawat dan dilaporkan stabil. Tiga lagi iaitu dua warga Singapura telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang lagi warga Taiwan dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kata Ketua Polis Daerah Cheras Mohan Singh Tara Singh.

 "Sebanyak 12 orang masih menerima rawatan, termasuk dua orang di HKL, seorang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan sembilan di PPUM. "Lapan daripada 12 orang itu merupakan warga Singapura manakala masing-masing seorang warga tempatan, warga Myammar, Iran dan Filipina, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata setakat ini sebanyak 29 orang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah yang membabitkan 14 warga tempatan dan 15 warga asing. Daripada jumlah itu, 17 ditahan reman untuk siasatan lanjut




Awal pagi Sabtu lepas, enam warga tempatan termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat mengambil dadah ketika menonton konsert berkenaan di Stadium Bukit Jalil di sini. Mereka berumur antara 19 dan 28 tahun. – Bernama 

Sumber(tidak termasuk gambar):Harakahdaily.


INFO TAMBAHAN/ULASAN. 

Saya cuba berprasangka baik. Mereka terpergi dan bukannya pergi ke FMFA. Mereka mungkin ingin ke lokasi lain, tapi tersesat hingga sampai ke FMFA. Ini mungkin perbuatan makhluk halus, kalau tak percaya sila tanya Raja Bomoh Penampar Buaya, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin. 

P/S: sekadar respons bila saya ‘dipaksa’ berprasangka baik terhadap mangsa yang 'syahid' dalam konsert FMFA

Monday, March 17, 2014

MH370: PESANAN BUAT KEYBOARD WARRIOR



Bersenjatakan internet proses menyebarkan maklumat menjadi begitu mudah, dan maklumat juga 
mampu meluas tanpa sempadan dan melebar tanpa sekatan. Sambil menghisap rokok, meneguk kopi atau apa sahaja aktiviti Keyboard Warrior mampu mencipta cerita dan berita serta melebarluaskannya ke seantero dunia. Yang menjadi mangsa ialah golongan mandul akal yang terus menerima apa sahaja cerita dan berita tanpa berfikir dan tanpa bertanya. Si mandul akal seakan-akan bertuhankan facebook dan WhatsApp hingga membenarkan apa sahaja yang diterima.

Kepada keyboard warrior, cukup-cukuplah menjaja cerita dan sudah-sudahlah mencipta berita. Cuba-cubalah untuk bersimpati dengan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370. Mereka diburu resah dan dihambat gelisah memikirkan orang-orang yang mereka sayang, yang kini masih lagi menjadi tanda tanya. Mereka tidak pernah tenang dan senang sejak hari pertama tragedi, tapi kalian pula tidak pernah jemu dan lesu untuk menyebarkan cerita yang tak berasas. 

Sejak hari pertama pesawat dilaporkan hilang, khabar angin bertiup kencang, kononnya pesawat terhempas di perairan Vietnam dan semuanya penumpang serta anak kapal terbunuh. Sumbernya mudah sahaja, iaitu dakwaan Sarjan Abd Hamid. Siapakah Sarjan Abd Hamid? Wujudkah manusia itu atau sekadar watak rekaan untuk melariskan karut-marut tersebut. Tersebar dakwaan,kononnya dalang di sebalik semua ini ialah pilot dan pembantunya sebab mereka kecewa Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 5 tahun. Lagi teruk apabila wujudnya si tolol yang berlagak sebagai mufassirin dan cuba mengaitkan tradegi MH370 dengan ayat tertentu dari surah Yassin.

Dan, sekiranya para Keyboard warrior tidak tenang dan tidak senang andainya tidak dapat mengulas tragedi MH370, tumpukan sahaja usaha anda untuk mengutuk bomoh khurafat, sekurang-kurangnya kita menentang khurafat. 

P/S: Sama ada pesawat terhempas atau dirampas, biarlah pihak berkuasa yang uruskan.. Biarkan mereka berusaha dan tugas kita ialah berdoa.

Saturday, March 15, 2014

ENAM NAHAS UDARA YANG PELIK.




Ketika seantero dunia memperkatakan tentang MH370, elok juga kita meneliti kembali nahas-nahas udara yang pernah berlaku di seluruh dunia. Untuk kali ini, elok juga untuk kita mengetahui enam nahas udara yang pelik dan aneh yang pernah menimpa pesawat. 


Enam Nahas Udara Paling Pelik.


1. Tarikh : 3 Mei 1966. 
Pesawat : British Overseas Airways B-707-436 
Tempat : Gunung Fuji. 

Pesawat terhempas pada Gunung Fuji selepas dilanda gelora udara yang dahsyat selepas juruterbang memutuskan untuk menunjukkan pemandangan indah Gunung Fuji kepada penumpang. Semua 124 orang terkorban.

2. Tarikh : 23 Mac 1994. 
Pesawat : Aeroflot Airbus A310-304 
Tempat : Mezhduretshensk, Russia

Pesawat terhempas selepas seorang kapten membenarkan dua anakny untuk bermain dengan alat kawalan penerbangan. Mereka yang masing-masing berusia 11 dn 16 tahun bergilir-gilir ‘mengawal’ sehingga menyebabkan pesawat menjunam seraya membunuh semua 75 penumpang. 

3. Tarikh : 23 November 1996.. 
Pesawat : Ethiopian Airlines B-767A 
Tempat : Perairan Moroni, Comoros 

Pesawat dirampas sejurus berlepas dari Ethiopia oleh tiga banduan yang melarikan diri. Mereka yang mabuk menuntut supaya pesawat diterbangkan ke Austalia, tetapi tidak membenarkan juruterbang mendarat untuk mengisi minyak. Pesawat akhirnya kekeringan bahan api dan terhemapas dan menyebabkan 127 daripada 157 orang terbunuh. 

 4. Tarikh : 23 Julai 1999. 
Pesawat : All Nippon Airways B-747 
Tempat : Tokyo Jepun 

Dua minit selepas berlepas, seorang lelaki bersenjatakan pisau telah memaksa seorang anak kapal membawanya e kokpit pesawat. Selepas mengarahkan pembantu juruterbang kelaur dari kokpit, dia mengarahkan juruterbang menerbsngkn pesawat ke Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Barat Tokyo . Apabila juruterbang enggan, lelaki itu menikam juruterbang dan mengambil alih kawalan menyebabkan pesawat terjunam. Perampas kemudian ditewaskan pembantu juruterbang dan seorang kru penerbangan. Pesawat mendarat dengan selamat, tetapi jurutterbang mati akibat kecederaan parah. 

5. Tarikh : 27 Ogos 2006. 
Pesawat : Comair,Canadair Crj-200ER 
Tempat : Lexington, Kentucky 

Pesawat berlepas dari landasan yang salah yang terlalu pendek. Ini menyebabkan pesawat terbabas pada penghujung landasan menyebebkan 49 daripada 50 penumpang terbunuh.

6. Tarikh : 25 Ogos 2010 
Pesawat : Filair 
Tempat : Bandundu, Republik Demokratik Congo. 

Seorang penumpang telah membawa naik seekor buaya dengan menyembunyikannya dalam bes sukan. Reptilia itu dapat meloloskan diri, sekali gus menyebabkan semua penumpang bergegas ke satu bahagian pesawat. Ini menyebabkan pesawat hilang keseimbangan lalu terhempas.

Sumber: Harian Metro, Khamis,13.Mac.2014,M/S:22

Thursday, March 13, 2014

MH370: Gara-gara bomoh, tragedi sedih bertukar lawak


 
Seantero Malaysia dan beberapa buah negara masih lagi bersedih dan berdukacita di atas tragedi yang menimpa pesawat MAS MH370. Kehilangan yang penuh misteri ini benar-benar menimbulkan tanda-tanya. Malaysia dengan kerjasama beberapa buah negara, termasuklah Amerika Syarikat, China,Vietnam, Singapura, Indonesia tidak pernah jemu dan lesu dalam misi pencarian MH370. Hari ini genaplah enam hari tragedi tersebut menimpa dan pencarian masih diteruskan tanpa jemu dan tanpa lesu. Tahniahhh… 

Namun, dalam masa yang sama, masyarakat dikejutkan oleh kemunculan bomoh-bomoh karut yang turut menyibuk dalam pencarian tersebut. Dengan aksi bodoh dan penuh ketololan, mereka beraksi di KLIA.

Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin muncul dengan upacara ritual yang Maha Lawak dan Maha Khurafat. Muncul dengan membawa teropong buluh dan bubu, dia membuat dakwaan yang gila, kononnya pesawat MAS MH370 tergantung di langit tiga negara




Dan, semalam bomoh sesat itu muncul lagi, dan kali ini dengan membawa permaidani, air zam-zam dan buah kelapa. Maka. Berdayunglah bomoh tolol ini di perkarangan KLIA sambil disaksikan oleh seluruh penghuni bumi di seantero dunia. 

Berbekalkan youtube,facebook, blog dan lain-lain media sosial, aksi gila mereka ini tersebar dengan meluas tanpa sempadan hingga ke segenap inci dan ruang di dunia. 
Saya yakin, Stephen Chow turut menyaksikan aksi bodoh Raja Bomoh ini. Dan,saya yakin Stephen Chow pasti mengaku kalah, sebab beliau tidak akan mampu untuk melakukan aksi lawak sebegini rupa.. 

Dan, mungkin juga sedikit sebanyak aksi-aksi tolol dan bahlul Raja Bomoh ini mampu menghakis dan mengikis rasa sedih yang begitu menebal sejak tragedi kehilangan pesawat bermula.

Cuma, mungkin masyarakat antarabangsa akan tertanya-tanya, adakah Malaysia telah ketandusan teknologi, atau sememangnya bumi Malaysia ini masih dihuni oleh golongan mandul akal yang masih memerlukan khidmat bomoh.

Paling memalukan, imej Islam turut tercemar dan maruah Melayu turut tercalar lantaran manusia-manusia bodoh seperti Raja Bomoh ini.

populariti Raja Bomoh kini mengalahkan Hanez Suraya
hahaha..lawak..demam Raja Bomoh melanda negara.

Wednesday, March 12, 2014

KENYATAAN MEDIA JAKIM MENGENAI PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH DALAM USAHA PENCARIAN PESAWAT MH370



KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN PENGHARAMAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370 

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri. 

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim diwww.islam.gov.my. 

Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt. 

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat. 

Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak. 

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt. 

Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH SWT adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua. 
Sekian, terima kasih.

 BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA


 ‘Saya Yang Menurut Perintah’ 

 DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA 
12 Mac 2014



ULASAN. 

Dunia sedang mentertawakan kita. Mungkinkah negara telah ketandusan teknologi atau orang-orang kita kehakisan iman, atau masyarakat dilanda kemandulan akal.

Bomoh yang mendakwa MH370 ‘Tergantung’ Antara 3 Negara telah diwartakan sesat oleh JAKIM




Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang mengemparkan negara kerana mendakwa MAS MH370 tergantung antara tiga. Bomoh yang tiba-tiba terkenal kerana menggunakan bubu mata dan mata pancing ini turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Bomoh tersebut juga mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu.

Tapi, tahukah anda, Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) pada 22-23 November 2004 telah memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin, bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan. 




 
Hairan dan amat hairan, bagaimana tiba-tiba dia muncul menawarkan khidmat. Adakah kerana dijemput atau diminta khidmat atau secara sukarela. 

Umum mengetahui, ramai juga orang-orang ternama di Malaysia yang masih setia menggunakan khidmat bomoh untuk pelbagai tujuan, termasuklah ahli politik yang menggunakan khidmat bomoh untuk memastikan kelangsungan kedudukan.

ISU KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370, DR.MAZA BELASAH AKSI BODOH BOMOH (STATUS FB)

Lawak Jenaka apakah ini?


Kredit buat:Naim Nikmat 

Info Tambahan/Ulasan. 

Adakah kita sudah kepupusan teknologi hingga terpaksa mengundang bomoh untuk menyelsaikan misteri ini.. khurafat dan syirik mendatangi bomoh/dukun.

Tuesday, March 11, 2014

TRAGEDI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370 DIEKSPLOITASI OLEH DAJJAL


Dajjal yang saya maksudkan bukanlah merujuk kepada mahkluk yang bakal muncul dan mengganas pada akhir zaman atau pada saat-saat menjelang kiamat. Tapi, ia merujuk kepada segelintir atau sekumpulan individu yang cuba menangguk di air yang keroh di sebalik tragedi kehilangan pesawat Mas MH370. Dajjal yang tak pernah jemu dan lesu untuk mencetuskan huru-hara. Dajjal yang tidak mengenal erti penat dan makna lelah dalam merealisasikan cita-cita jahatnya.

Tolol dan bahlul, itulah yang layak dilabelkan kepada manusia berakhlak dajjal tersebut. Apa tidaknya, sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu si dajjal ini cuba mengeksploitasi tragedi tersebut untuk menghuru-harakan negara.

Sebelum melanjutkan entry ingin saya tegaskan, tidak salah untuk berpolitik tapi amat salah apabila gila berpolitik. Berpolitik ada lokasi dan situasinya, dan tidak boleh berpolitik dalam semua keadaan. Atas sebab itulah, kita tidak boleh bersetuju dengan tindakan seorang pemimpin PAS, YB Nizar Jamaludin yang menjadikan tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 ini sebagai bahan lawak jenaka. Kita juga mengutuk sekeras-kerasnya lawak bodoh yang dibuat oleh Zed Zaidi





Kembali kepada tajuk. Semalam, saya amat terkejut apabila beberapa orang sahabat facebook berkongsi/share gambar yang diupload oleh sebuah laman Fan Page Facebook. Gambar yang memaparkan gambar YB Teressa Kok yang mendakwa ;peristiwa kehilangan pesawat MH370 didalangi oleh pengganas muslim;.

Saya langsung ke Fan Page Facebook tersebut dan ternyata ia amat ‘lumayan’. Apa tidaknya ribuan pengguna facebook yang share dan likes gambar tersebut. Respons atau komen juga ratusan banyaknya. Paling ketara ialah respons atau komen yang mengutuk dan memaki hamun Teressa termasuklah seruan agar Teressa dibunuh. Tidak cukup dengan itu, bangsa Cina dikutuk dan dimaki hamun oleh pengguna-pengguna facebook yang majoritinya mandul akal lantaran terpengaruh dengan hasutan jahat si Dajjal yang mengendalikan Fan Page Facebook tersebut.

Persoalannya, benarkah YB Teressa Kok mengeluarkan kenytaan tersebut? 

Apakah bukti Teressa mengeluarkan kenyataan tersebut(termasuklah rakaman video di youtube sebagai bukti sandaran)? 

Ternyata tidak ada dan ternyata YB Teressa tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang sebiadap itu. 

Terang lagi bersuluh, ia adalah fitnah yang diada-adakan oleh individu berakhlak Dajjal. Matlamatnya satu, iaitu agar berlakunya huru-hara dan ketegangan kaum. Dajjal pasti bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan andainya berlakunya pertumpahan darah.

Bagi golongan yang ada akal, tentu akan berfikir dan terfikir betapa mustahil dan sangat tidak logik, untuk YB Teressa mengeluarkan kenyataan sebegini bodoh, apatah lagi di saat-saat PRK Kajang bakal menjelma. Tapi sayang, majoriti yang berkunjung ke Fan Page Facebook tersebut adalah golongan mandul akal. Mereka amat beriman dengan Facebook. Rata-ritinya telah menjadikan facebook sebagai Tuhan dan Twitter pula sebagai Nabi dan Rasul. Lagi malang majoritinya(mungkin 100%) ialah pengguna facebook yang berbangsa Melayu termasuklah beberapa orang sahabat saya. 







Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Si Dajjal melakukan kejahatan melampau. Beberapa minggu lepas, manusia berakhlak Dajjal juga telah mencetuskan huru-hara apabila mengedit gambar para peserta yang hadir dalam sebuah program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bangunan ISTAC. 

Gambar dewan ISTAC diedit menjadi gereja dan diberi tajuk gambar Melayu di murtadkan di dalam gereja. Motifnya hanya satu, iaitu mencetuskan permusuhan dalam kalangan umat islam dan penganut Kristian. Percayalah manusia berakhlak Dajjal amat bergembira jika berlakunya persengeketaan dan pertumpahan darah di Malaysia. 

Kepada sahabat terutamnya yang para pemilik akaun facebook, berhati-hatilah selalu agar tidak mudah terpedaya dengan agenda Dajjal yang laknat dan durjana. 


Tajuk Lain Yang Berkaitan: 

Monday, March 10, 2014

KHURAFAT DI SEBALIK TRAGEDI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370




Kehilangan pesawat MAS MH370 masih lagi misteri, namun golongan taksub nombor sudah mula mengatur strategi untuk menyebarkan karut-marutnya. Terkini mereka cuba sedaya upaya untuk mengaitkan tragedi tersebut dengan ayat-ayat tertentu dari Surah Yassin. Malah, karut-marut tersebut kini sedang rancak tersebar di facebook. 

Berikut adalah jawapan daripada Ustaz W.Md.Hazim Bin W.Md.Hashim al-Shoubrawy (Imam Masjid Negeri, Kuala Terengganu) mengenai isu ini. Harap-harap selepas ini tiadalah lagi golongan yang ghairah nombor ini membuat tafsiran mengarut dan melulu. 

Isu kehilangan pesawat MAS MH370 dan ayat dalam surah Yaasin ini sebenarnya tidak ada kaitan langsung kerana beberapa sebab seperti berikut:

1- Dalam bahasa arab perkataan “Fulk” adalah merujuk kepada kapal yang berlayar di atas air. (Rujuk Kamus al-Wasit) # Maknanya ia tidak merujuk kepada kapal yang berlayar di atas awan (kapal terbang). 

2- Ayat ini juga merujuk kepada kapal Nabi Nuh a.s yang belayar ketika banjir yang amat dahsyat ditimpakan oleh Allah s.w.t ke atas ummat Nabi Nuh yang tidak beriman. (Rujuk Tafsir at-Tobari dan Tafsir Ibnu Kathir) # Maknanya di dalam ayat ini tidak berkait langsung dengan cerita pelayaran kapal terbang. 

 3- Perkataan “zurriyatuhum” dalam ayat ini pula ditafsirkan oleh ulama dengan dua pendapat: -Keturunan kaum musyrikin Mekah (diungkit oleh Allah supaya mereka sedar) -Keturunan yang terdahulu semasa zaman Nabi Nuh a.s. (Rujuk Tafsir Fathul Qadir) # Maknanya tidak ada kaitan langsung tentang cerita-cerita yang terkemudian daripada zaman Nabi Nuh a.s untuk dikaitkan dengan ‘keturunan’ dalam ayat ini.

4- Bagaimana pula kaedah ulama tafsir yang disebut: “ Ibrah (pengajaran dalam al-Quran) adalah diambil berdasar umumnya lafaz bukan khususnya sebab turun ayat .” Maka jika melihat kaedah ini bukankah ayat ini boleh juga kita guna pakai untuk kita hari ini yang bukan hanya tertakluk kepada zaman Nabi Nuh a.s?

Jawapan: Kaedah yang digariskan oleh ulama tafsir ini adalah bermaksud untuk mengambil pengajaran BUKAN untuk menafsirkan keadaan yang berlaku berdasarkan ayat al-Quran. 

Ustaz W.Md.Hazim Bin W.Md.Hashim al-Shoubrawy (Imam Masjid Negeri, Kuala Terengganu) 

INFO TAMABAHAN/ULASAN: 

Selain berfungsi sebagai sumber hukum dan sumber ilmu, Al-Quran juga banyak menerangkan kisah-kisah umat terdahulu. Ia bukanlah untuk bernostalgia semata-mata, tetapi untuk diambil iktibar dan dijadikan panduan dalam melayari kehidupan, baik kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat, mahupun bernegara. Contohnya kisah Luqmanul Hakim, mengenai nasihatnya kepda anak-anaknya, antaranya ialah agar tidak menyukutukan Allah dan menjauhi syirik, dan nasihat agar berbuat baik kepada ibu bapa. Inilah mesej penting di yang perlu diambil iktibar dari surah Luqman. 

Tapi sayang, kita lebih gemar kepada ramalan yang macam-macam. Bila berlaku tragedi buruk sepatutnya berdoa dan berikhtiar, ini tidak sibuk cari mana-mana surah untuk direlevenkn dgn tragedi..

Dulu, bila Tsunami melanda Acheh pada 26 Disember 2004, sibuklah orang-orang kita mencari ayat dan surah yang berkaitan dengan 26,12,2004 yang boleh dikaitkan dengan peristiwa tersebut, begitu juga apabila berlakunya persitwa 11 september 2001, sibuklah mencari mana ayat dan surah yang berkaitan dengan angka 11,9,2001 untuk dikaitkan dengan tragedi tersebut. 

P/S= Saya ingin bertanya kepada golongan yang suka mengaitkan seseuatu peristiwa dengan ayat dan surah tertentu dalam kitab suci Al-Quran,adakah mana-mana ayat atau surah yang menceritakan perlaksanaan sistem PBS di Malaysia.

Saturday, March 8, 2014

MACAI CELAKA MENGHINA PILOT PESAWAT MAS MH370


Dalam keadaan seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan tragedi ngeri ini, rupa-rupanya  masih ada macai yang menyalak secara gila babi. Tidak salah untuk membenci PAS, tapi biarlah ada had dan batasnya. Takkanlah disebabkan pilot MAS MH370 berasal dari Kelantan(dan Kelantan di bawah pentadbiran PAS) lalu dikutuk dan dihina pilot tersebut. 



Pesawat MAS MH370 ke Beijing dilapor hilang hubungan



SEPANG 8 Mac - Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 hilang hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini. Kenyataan MAS itu memberitahu, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Katanya, penerbangan itu membawa sejumlah 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 petugas. Kerakyatan para penumpang adalah dari 13 negara. 

Menurut kenyataan itu lagi, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, yang sudah pun memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat. MAS akan memberikan berita terkini mengenai kejadian ini dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi maklumat terkini.

Sumber:Utusan Malaysia 

Info Tambahan/Ulasan. 

Sama-sama kita mendoakan agar tiada musibah yang menimpa dan agar penerbangan tersebut baik-baik sahaja.

Friday, March 7, 2014

Ultraman The Ultra Power boleh merosakkan akidah



Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata pengharaman komik 'Ultraman The Ultra Power' adalah berikutan kandungannya yang merujuk watak Ultraman King sebagai Allah. Menurut kenyataan KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman. 

 "Perintah larangan terhadap bahan penerbitan itu disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah, yang disamakan dengan Ultraman King. 

 "Kalimah Allah juga adalah kalimah suci bagi umat Islam dan merupakan kalimah sensitif serta boleh mencetuskan provokasi bagi penganutnya, sekiranya disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

 Lebih lanjut, langsung sahaja ke, Sinar Harian

Cpuv atau BE dari Nuffnang : British Council Education dan NIVEA Jacuzzi Skin



Alhamdulillah BE atau Cpuv sudi bertandang lagi ke blog saya. Sebenarnya saya jarang-jarang sahaja terjah akaun nuffnang dan bila terjah tadi rupa-rupanya saya dianugerahkan dua BE oleh pihak Nuffnang. 

BE yang pertama daripada British Council Education yang bermula pada 24 Feb 2014, manakala yang kedua daripada NIVEA Jacuzzi Skin Condit yang bermula 10 Feb 2014. Tapi hanya BE daripada British Council Education yang masih bertaraf ‘on going’ manakala daripada NIVEA Jacuzzi Skin Condit sudah berstatus ‘credited’ 

Sebenarnya saya tak pasti ini adalah BE ke berapa sebab agak banyak juga saya dapat BE sejak mula terlibat dalam penulisan blog. Malah untuk tahun 2013 sahaja, saya dianugerahkan 23 BE atau Cpuv. Jadi, untuk memudahkan pengiraan dan hitungan, saya istiharkan ini adalah BE saya yang ke 35. 

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Nuffnang. Dan, percayalah saya tidak pernah menduakan Nuffnang.

Hanez Suraya tetap bersalah

Gambar dari google.



HANEZ SURAYA? 

Siapa Hanez Suraya? 

Saya sebenarnya kurang meminati drama dan filem melayu jadi tak tahu menahupun kewujudan artis bernama Hanez Suraya. Hanez Suraya nama itu tiba2 menjadi popular lantaran kegedikan yang terlampau. Kalau nak diharapkan mutu lakonannya, rasanya lebih baik tengok wonderpets. Tapi kontorversi yang dicipta olehnya umpama Tsunami yang maha dahsyat. Apa pun alasan Hanez Suraya tetap salah. 

Sebenarnya saya lebih minat menonton filemTamil. Saya minat pelakon2 filem Tamil seperti Vikram, Arjun, Surya, Ajith Kumar, Madhavan dan lain-lain lagi. Kehebatan filem tamil ialah kerana ia tema dan mesej yang ditonjolkan amat hebat dan menepati realiti. Kisah kemiskinan golongan marhaen, kisah penindasan golongan bangswan. Kisah rasuah dlm kalangan polis, kisah kepincangan sistem kehakiman dan kisah kedurjanaan para menteri. 

HANEZ SURAYA TETAP PERAMPAS SUAMI ORANG

Bagi saya Hanez Suraya adalah seorang yang gelojoh dan kemaruk cinta serta belaian lelaki. Dalam situasi belum jelas dan masih samar, dia dah jaja kisah cintanya ke serata alam. Apa tidaknya, dia sendiri yang mendakwa, lelaki idamannya, Romie seorang duda anak dua. Tak cukup dengan itu, aksi seksi dan manjanya dengan Romie turut disebarkan. 

Hairan dan amat menghairankan kerana Hanez Suraya tidak faham istilah duda dan istilah suami orang. Ini kerana Romie sendiri mengakui dia belum bercerai, jadi ia bermakna Romie dan isterinya masih ada ikatan perkahwinan. Walaupun rumah tangga mereka bergolak dan mereka dalam proses penceraian, kehadiran Hanez Suraya amat tidak wajar. Ini kerana masih ada ruang dan peluang untuk mereka kembali berdamai dan bersatu.Tapi tiba-tiba Hanez Suraya mengedik dan bermesra-mesraan bersama Romie dan disertai gambar-gambar mesranya yang jauh tersasar dari landasan agama dan budaya. 

PESANAN BUAT HANEZ SURAYA. 

Kalau yer pun kamu kemaruk cinta dan belaian lelaki, tunggulah mereka betul-betul bercerai dahulu, kemudian barulah jaja kisah cinta kamu berdua hingga ke palnet pluto. Kalau yer pun kamu kemaruk cinta dan belaian lelaki, usahlah bermesra-mesraan dengan lelaki orang, dan kalau Romie dah menduda pun kamu tak layak bermesra-mesraan begitu sebab Romie bukanlah suami kamu. Lupakah kamu kepada agama dan adat budaya.?

Thursday, March 6, 2014

NEELOFA DAN LELAKI SOLEH




Neelofa! Siapa tak kenal Neelofa, artis seksi yang mempopularkan kembali Power dan Dragon Ball. 

Walaupun dia seksi dan menghairahkan, namun kita berdoa dan berharap agar dia bertemu dengan lelaki soleh,sebagaimana yang diharapkan oleh ibunya. 


Solehah walaupun seksi

Monday, March 3, 2014

EMPAT LELAKI PALING RAMAI ISTERI.



Berkahwin, atau lebih tepat lagi beristeri adalah lumrah kepada mana-mana lelaki. Tapi memiliki ramai isteri merupakan perkara yang luar biasa. 

Tuntuan agama, melunaskan nafsu , imej dan kebanggaan diri atau apa sahaja faktor merupakan pendorong seseorang lelaki memiliki ramai isteri.

Berikut merupakan empat lelaki yang memiliki ramai isteri. 






1. Mohammad Bello Abu Bakar( 86 orang isteri dan 170 orang anak) 

Beliau mempunyai 86 orang isteri dan 170 orang anak. Guru yang juga imam ini pernah dihadapkan ke sebuah mahkamah di wilayah Niger, tengah Nigeria, pada tahun 2008 kerana didakwa menghina mahkamah dan melanggar hokum syariah yang membenarkan lelaki muslim hanya mempunyai empat isteri pada satu masa.

Kisahnya medapat perhatian dunia, namun menaikkan kemarahan penduduk islam di negaranya sendiri. Pada awalnya dia berdegil,namun akhirnya mengaku salah dan bertindak menceraikan 82 orang isterinya

 

2. Warrenn Jeffs( 80 orang isteri dan 250 orang anak) 

Lelaki ini merupakan pemimpin gereja aliran Fundamentalist Church Of Jesus Christ of Latter- Day Saints(Gereja FLDS) yang mempunyai ribuan pengikut. 

Dia mewarisi kepimpinan daripada bapanya yang berkahwin dengan 20 wanita dan mempunyai 60 orang anak. Jeffs walaubagaimanapun mengatasi bapanya dari segi perkahwinan dan memimpin gereja. 

Dia dikatakan berkahwin dengan lebih 80 wanita dan mempunyai 250 anak. Malah, dia juga turut mengahwini 17 bekas ibu tirinya- iaitu wanita yang pernah berkahwin dengan bapanya sebelum ini. 

Jeffs ditangkap pada tahun 2006, setelah menyembunyikan diri untuk beberapa tahun kerana terlibat dalam jenayah salah laku seksual dengan bawah umur. 






 3. Ziona Chana (39 orang isteri dan 94 orang anak)

Lelaki berusia 67 tahun ini hanyalah seorang tukang kayu yang berasal dari perkampungan Baktwang, Mizoram, di timur laut India. 

Setakat ini, dia dilaporkan mempunyai 39 orang isteri, 94 orang anak, 14 menantu dan 33 orang cucu. Kesemua mereka tinggal bersama di sebuah rumah besar yang mempunyai 100 bilik. Chana merasakan dirinya umpama ‘anak istimewa tuhan’ yang telah diberi amanah untuk menjaga ahli keluarganya yang ramai. 

Isteri pertamanya bertindak sebagai setiausaha dan akan membahagikan tugasan harian antara kesemua isterinya setiap hari. Untuk makan malam sahaja, sekurang-kurangnya 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dan 100 kilogram beras diperlukan. 

Setiap isteri akan mengikut giliran untuk tidur bersamanya, namun isteri yang paling muda akan diletakkan berhampiran biliknya. Sehingga kini Chana masih berusaha untuk menambah bilangan isteri, bahkan dia sanggup ke Amerika Syarikat untuk mencari calon isteri. 





 4. Daad Murad Abdul Rahman(15 orang isteri dan 93 orang anak) 

Kisah lelaki berusia 64 tahun berasal dari Emeriah Arab Bersatu(UAE) ini sangat unik. Ini kerana bekas pemandu lori ini hanya mempunyai sebelah kaki kerana pernah terlibat dalam kelamangan jalan raya. Namun, di sebalik kecacatannya itu, ia tidak pernah menghalangnya untuk berkahwin ramai. Malah beliau merancang untuk melengkapkan anaknya seramai 100 orang menjelang tahun 2015. 

Setakat ini, beliau mempunyai 93 orang anak, dan lebih menarik lagi, kehidupannya ditaja oleh seorang hartawan tempatan yang menyokong usaha kerajaan untuk menambah jumlah penduduk di negara kecil itu kepada empat juta orang. 

Bagaimanapun, memandangkan dalam islam hanya dibenarkan lelaki mempunyai empat orang isteri dalam satu-satu masa, maka beliau dikatakan telah berkahwin dan bercerai dengan lebih 15 wanita sejak tahun 1960-an lagi. Namun beliau masih tetap menyara dan menempatkan kesemua anak dan bekas isterinya di rumah-rumah yang disediakan, berdekatan dengan kediamannya sekarang. 

Isterinya yang paling tua sekarang berusia 50 tahun, manakala yang paling muda pula berusia 19 tahun. 

Rujukan: Mingguan Malaysia, 21. Oktober. 2012. M/S 3 

INFO TAMBAHAN/ULASAN.

Mungkin lelaki-lelaki ini layak diistiharkan sebagai lelaki paling berjaya. Berjaya mengumpul isteri. Apakah motif sebenar mereka beristeri sebegitu ramai, mungkin mereka ada alasan tertentu.

Tajuk Lain Yang Berkaitan: 5 Filem Terpanjang di Dunia