Tuesday, April 29, 2014

Pulau Nangka, persoalan mengenai harta karun akan terjawab esok


MELAKA – Persoalan tentang kewujudan harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka bakal diketahui esok.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Negeri Melaka, Datuk Abdul Ghafaar Atan, kerja-kerja mengorek lubang di tiga kawasan Pulau Nangka hanya berbaki kira-kira 10 peratus lagi. 

Katanya, sekiranya tiada aral melintang, persoalan mengenai harta dapat diketahui sebaik saja pintu masuk utama menghubungkan kesemua bilik dimaksudkan berjaya dibuka kontraktor dilantik, Smart Partnership International (M) Sdn Bhd. Beliau berkata, salah satu kawasan itu merupakan pintu masuk ke dalam gua dan syarikat terbabit mempunyai baki dua hari untuk menyelesaikan tugas mereka sebelum kontraktor baharu mengambil alih tugas.

 “Mereka sudah melakukan pengimbasan. Kawasan itu paling mudah untuk masuk kerana ia batu dan runtuhan tanah tidak akan berlaku. “Setakat ini, mereka sudah menebuk sedalam lima meter. Bagaimanapun mereka terpaksa melakukan kerja pembersihan terlebih dulu sebelum membolehkan pintu masuk ke gua ditemui kerana kawasan itu dipenuh air dan tanah," katanya ketika membuat lawatan ke Pulau Nangka, semalam. 

Lawatan turut disertai Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO negeri, Datuk MS Mahadevan dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). Ghafar berkata, Kerajaan Negeri Melaka akan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh lantikan Smart Partnership sekiranya harta itu ditemui esok, bagi membolehkan ia dibawa keluar. "Tapi, sekiranya gagal, tempoh perjanjian ditetapkan Perzim harus dipatuhi bagi membolehkan pihak lain menjalankan tugas terbabit," katanya yang menjelaskan usaha pencarian dipantau dari masa ke semasa oleh kerajaan negeri. 

Sementara itu, Abdul Ghafaar berkata, harta karun itu dipercayai wujud selepas melihat foto daripada mereka yang pernah memasuki gua berkenaan, selain berdasarkan kisah sejarah Kesultanan Melayu Melaka. "Bagaimanapun, harta terbabit amat sukar diambil biarpun usaha pencarian dilakukan sejak 30 tahun dahulu berikutan ia memerlukan peralatan moden berteknologi tinggi," katanya.

Sumber: Sinar Harian 

INFO TAMBAHAN: 

Misteri harta karun Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka benar-benar menimbulkan tanda Tanya. Ia diperkatakan sejak sekian lama, dan selama ini ia dianggap metos semata-mata. Walau bagaimanapun tidak kurang juga yang mempercayainya termasuklah Ketua Menteri Melaka. Hingga ke hari ini kerja cari gali sedang giat dijalankan dan esok bakal menjawab, adakah ia sekadar metos atau sebuah realiti.

Monday, April 28, 2014

Kecewa tiada teman wanita, lelaki nekad memotong zakarnya.


Gara-gara kecewa tidak mempunyai pasangan,seorang lelaki yang bernama Yang Hu, 26 tahun telah bertindak memotong kemaluannya hingga putus. 

Mungkin menyedari perbuatannya itu tidak wajar dan tidak waras, akhirnya lelaki tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Dia berharap agar doctor dapat menyelamatkan kemaluannya, tapi dia terlupa membawa zakarnya bersama. 

Doktor kemudiannya menyuruhnya kembali ke rumah untuk mencari dan membawa zakarnya ke hospital. Lelaki tersebut berjaya menemui zakarnya dan membawa alat sulit tersebut ke hospital, tapi sayang ia tidak dapat diselamatkan. 

Jurucakap hospital berkata, zakar tersebut terbiar tanpa darah dalam jangka masa yang agak lama selepas dipotong dan mustahil untuk disambung semula.

Sumber: Harian Metro , 31 Oktober 2013.

ULASAN/INFO TAMBAHAN: 

Kata orang tua ,ikutkan hati mati dan ikutkan rasa binasa. Dalam apa jua situasi, kita perlu waraskan diri dan wajarkan situasi, mudah-mudahan dengan ini kita mampu menghadapi segala dugaan dengan senang dan tenang. 

Kepada sahabat dan pembaca yang beragama islam, yakinlah sesungguhnya jodoh itu urusan Tuhan. Ia adalah ketentuan dan ketetapan dan bukannya kehendak dan pilihan. Cuma, kadang-kadang kehendak dan pilihan manusia itu menepati ketentuan dan ketetapan Tuhan.

Saturday, April 26, 2014

Kelebihan berpuasa di bulan Rejab adalah Hadith Palsu


Hukum menyebarkan hadith palsu bagi mereka yang mengetahui kepalsuannya adalah HARAM, kecuali dengan menyatakan kepalsuan hadith tersebut. Sehubungan itu,penyebaran hadith-hadith yang semata-mata diambil dari internet, termasuklah facebook yang tidak diketahui kedudukan dan autoriti laman web tersebut mestilah dijauhi oleh umat islam. 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda “Sesiapa mendustakan aku dengan sengaja,sesungguhnya dia telah menempah tempat duduknya dari api neraka. "

Menjelang bulan Rejab yang bakal menjelma, terdapat segelintir pengguna facebook yang menyibukkan diri untuk menyebar hadis-hadis mengenai fadilat atau kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Fadilat tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. 

Matlamat penciptaan hadith palsu ialah untuk menggalakkan orang ramai beramal, termasuklah berpuasa di bulan Rejab, namun matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. Berdusta atas nama Rasulullah S.A.W adalah haram dan diizinkan oleh syarak walau dengan apa alasan sekalipun. 

Antara fadilat atau kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang tersebar luas di facebook ialah 
  1. Barangsiapa yang berpuasa 7 hari di Bulan rejab, maka ditutup pintu-pintu neraka Jahannam
  2. Barangsiapa yang berpuasa 8 hari di Bulan Rejab, maka dibuka 8 pinmtu syurga 
  3. Barangsiapa yang berpuasa 10 hari di Bulan Rejab, maka akan dikabulkan segala permintaannya.
  4. Barangsiapa yang mengingatkan kepada orang lain mengenai hadis ini, ianya bersamaan dengan ibadah selama 80 tahun. 

 


Syukurlah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), telah tampil membuat kenyataan rasmi tentang kepalsuan hadith mengenai kelebihan bulan Rejab ini. 

Sebenarnya isu ini bukanlah isu baru, malah sebelum ini beberapa orang ulama telah tampil menyatakan kepalsuan hadith-hadith mengenai kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Antaranya ialah, Bekas Prof Madya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Abdul Hayei Abd Shukor dan Dr Abdul Ghani Azmi b Haji Idris. 

Untuk huraian lanjut sila rujuk buku tulisan Dr Abdul Hayei bertajuk Islam & Manusia 1001 Kemusykilan, pada halaman 245, dan buku bertajuk Amalan Bid’ah pada bulan Muharram, Rejab, Sya’ban dan Ramadhan oleh Allahyarham Dr. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris. Perihal bulan Rejab terdapat pada halaman 39-102. 


INFO TAMBAHAN. 

KESIMPULANNYA AMAT MUDAH, menyebarkan hadith palsu walau dengan apa cara/medium dan apa sahaja matlamat, termasuklah matlamat yang baik,hukumnya tetap haram dan berdosa. Diulangi! hukumnya tetap haram dan berdosa. 

Menyebarkan hadith palsu bererti menempah tiket untuk ke neraka. Hari ini hadith palsu disebarkan dengan begitu meluas dengan bantuan media sosial termasuklah facebook. Ini gara-gara sikap pengguna facebook yang terlalu bermurah hati menawarkan diri untuk menjadi TUKANG SHARE. Kononnya cakna agama, padahal tindakan tersebut merupakan sebuah pengkhianatan terhadap agama. Diulangi! Perbuatan share hadith palsu di facebook adalah sebuah pengkhianatan terhadap agama. 

Sesetengah pengguna facebook sanggup menjadi TUKANG SHARE kerana ingin meraih pahala, padahal tindakannya itu umpama mengutip dosa. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan: Hukum Kongsi Hadith Palsu di Facebook

Thursday, April 24, 2014

Pulau Nangka, pintu ke bilik harta simpanan harta berkenaan sudah ditemui.


AYER KEROH - Usaha bagi mengenal pasti kewujudan harta karun di Pulau Nangka, semakin menampakkan hasil apabila pintu ke bilik yang menyimpan harta berkenaan disahkan sudah ditemui. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kejayaan itu bakal membuktikan sama ada kewujudan harta karun hanya satu mitos atau sebaliknya. 

Menurutnya, pihaknya sudah dimaklumkan bahawa syarikat dilantik, Smart Partnership International Sdn Bhd berjaya menemui pintu berkenaan selepas kajian dijalankan di pulau terbabit. 

“Sekiranya tiada aral melintang, saya dan wakil kerajaan negeri akan ke pulau berkenaan pada 28 April ini untuk membuka pintu ke bilik itu. “Berdasarkan perkembangan ini, saya yakin mereka dapat sampai ke bilik itu menjelang 30 April iaitu tarikh akhir yang diberikan kerajaan negeri kepada syarikat ini,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Idris berkata, penemuan pintu ke bilik rahsia itu merupakan satu kejayaan memandangkan usaha mencari harta berkenaan telah dilakukan sejak 1980, bagaimanapun gagal. Mengikut kajian, katanya, terdapat lebih 20 bilik di sebalik pintu berkenaan yang menyimpan pelbagai harta dipercayai milik Kesultanan Islam Melaka. Menurutnya, kerajaan negeri akan menyerahkan tugas-tugas mengeluarkan harta berkenaan kepada Jabatan Warisan Negara apabila ia berjaya ditemui. 

Bagaimanapun, beliau berharap Kerajaan Persekutuan akan berkongsi harta berkenaan dengan Kerajaan Melaka apabila selesai tugas mengeluarkannya, memandangkan hasil dari harta berkenaan boleh digunakan untuk pembangunan negeri ini. Malah, katanya, kerajaan negeri telus dalam menyenaraikan setiap barangan yang ditemui di dalam bilik itu kelak dan akan diumumkan kepada orang ramai. 

“Kita tidak mahu mana-mana pihak kelak membuat tuduhan bahawa kita mengambil barangan di dalam bilik itu untuk diri kita sendiri," katanya. Beliau berkata, fasa kedua nanti membabitkan usaha mengenal pasti sama ada harta ditemui ini merupakan harta peninggalan Kesultanan Melaka atau sebaliknya. 

Sumber: Sinar Harian 

INFO TAMBAHAN: 

Tahun 2014 nama Kesultanan Melayu Melaka kembali hangat. Jika, sebelum ini ia seakan-akan terperap di dalam buku teks sejarah tingkatan 1 dan 5 sahaja, tapi tahun 2014, keajaiban telah berlaku. 

Tiga faktor yang mempopularkan kembali Kesultanan Melaka yang berakhir pada tahun 1511, iaitu. 
  1. Dakwaan karut Noor Jan Shah yang mengaku dirinya sebagai waris Sultan Melaka. 
  2. Misteri harta peninggalan Sultan Melaka di Pulau Nangka. 
  3. Aksi berkemban dalam filem takhta yang dipertahankan bermati-matian oleh Erma Fatima. Beliau sanggup ke neraka kerana mmepertahankannya.

Tuesday, April 22, 2014

RM828,225 SEHARI UNTUK PERBELANJAAN PATI.



RM828,225 sehari. Itulah jumlah di¬belanjakan kerajaan untuk menguruskan 11,043 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih ditempatkan di 12 depoh tahanan imigresen di seluruh negara. Jumlah itu mengikut perkiraan kos keseluruhan RM75 sehari termasuk makan minum seperti didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Januari lalu. 

Menurut statistik terbaru, seramai 11,043 PATI masih ditempatkan di 12 depoh tahanan di seluruh negara membabitkan 8,896 orang tahanan lelaki dan 1,549 orang tahanan perempuan serta 598 orang kanak-kanak. Warga Myanmar merupakan PATI paling ramai yang ditempatkan di depoh tahanan, iaitu seramai 4,881 orang. 

Lebih lanjut, sila baca Metro bertarikh 20. April. 2014, halaman 9 atau Lebih lanjut, sila baca Metro bertarikh 20. April. 2014, halaman 9 atau langsung sahaja ke: SINI 




INFO TAMBAHAN:

Ketika era darurat atau zaman keganasan Komunis dahulu, Kerajaan terpaksa membelanjakan $250 ribu hingga $300 ribu sehari untuk membanteras komunis. Dalam temph 12 tahun( darurat diistiharkan pada Jun 1948 hingga 31 Julai 1960) Kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak $721.9 juta. Ini adalah untuk membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan sistem pertahanan, akibatnya Kerajaan kurang member tumpuan untuk membangunan kawasan luar bandar (rujuk buku teks sejarah tingkatan 3. M/S:110). 

Saya yakin, seluruh penduduk Tanah Melayu waktu itu menerima keputusan kerajaan dengan senang dan tenang sebab peruntukan sebegitu besar adalah untuk mempertahankan negara dan melindungi serta menjamin keselamatan rakyat. 

Tapi, bagaimana pula dengan peruntukan yang begitu besar untuk PATI pada hari ini. Kemungkinan ia mengundang rasa resah dan gelisah di dalam hati rakyat Malaysia. Resah dan gelisah dengan peruntukan yang sebegitu besar. Peruntukan yang amat bermakna dan sangat bermanfaat jika disalurkan untuk pembangunan negara. 

Tapi, apakan daya, PATI juga manusia yang memerlukan hidup dan kehidupan. Mahu atau tidak mahu kita terpaksa akur dan amat berharap agar masalah ini dapat diatasi.

Rumah tangga Fiza dan Adam AF semakin retak, Fiza failkan permohonan cerai



Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan. 

Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan. 

Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut. Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan. 

Sumber : Metro 

INFO TAMBAHAN: 

Moga rumah tangga mereka berdua masih mampu diselamatkan. Doakan agar mereka terus bersatu dan berpadu. Bersatu sebagai suami dan isteri, dan berpadu dalam ikatan perkahwinan yang berkekalan.

Monday, April 21, 2014

DR. RIDHUAN TEE ABDULLAH MENEGUR USTAZ DON.



Dr Ridhuan Tee Abdullah turut terpanggil untuk melontarkan teguran, nasihat dan panduan kepada Ustaz dan Ustazah Selebriti. Di dalam Sinar Harian hari ini(21.04.2014), Dr Ridhuan Tee meluahkan teguran itu menerusi artikel bertajuk Fenomena asatizah segera. Antara Ustaz Selebriti yang dimaksudkan ialah Ustaz Don.

Walaupun nama Ustaz Don langsung tidak disebut dalam artikelnya ini, namun ia dapat diketahui dengan jelas apabila Isu Bani Tamim dan Ikhwan Muslimin disentuh oleh Dr Ridhuan Tee Abbdullah.. Pendekatan Dr Ridhuan Tee Abdullah adalah siapa yang makan cili, dialah yang merasa pedasnya dan siapa yang makan nangka, dialah yang terkena getahnya. 

Di sini, saya paparkan sebahagian sahaja daripada artikel Dr Ridhuan Tee, artikel lanjut dan lengkap, langsung sahaja ke Sinar Harian 

Berikut adalah sebahagian daripada tulisan Dr Ridhuan Tee Abdullah sebagaimana yang disiarkan menerusi akhbar Sinar Harian. 

KEBELAKANGAN ini sering kedengaran perkara yang pelik-pelik dibangkitkan selebriti agamawan segera, berikutan publisiti media, program realiti TV serta penampilan yang dibuat-buat bagi menarik perhatian. Ada yang kerjanya mengkafirkan orang. Orang lain semua tidak betul, dia sahaja yang betul. Ada juga memberikan pendapat yang pelik tanpa melakukan penyelidikan atau rujukan lebih mendalam. 

 Lebih teruk lagi, ada yang membawa cerita Israeliat, cerita tidak masuk akal, semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai dan menjadikan mereka menangis. Lebih menyeramkan ada yang buat-buat suara ‘gatal’ dan mendayu-dayu. Lebih dahsyat lagi, ada sudah berani demand dengan meletakkan sekian harga untuk ceramah yang ‘biasa-biasa je’. Kami yang lama ini pun tidak sebegitu berani. 

Terbaharu, ada kalangan mereka yang terlebih berani memberikan pandangan mengenai Bani Tamim, kononnya terdiri daripada kalangan orang Melayu atau merujuk kepada Tanah Melayu, hasil kombinasi huruf ‘ta’ dan ‘mim’. Saya terkejut. Ini belum lagi kontroversi menghalalkan darah Ikhwanul Muslimin, pimpinan Mohamed Mursi, dengan menyokong tindakan kejam dan zalim Abdel Fattah al-Sissi, di Mesir. 

Kontroversi isu ini menjadikan saya berminat untuk membuat pembacaan mendalam mengenai Bani Tamim. Hasilnya, saya tidak berani untuk membuat kesimpulan atau menyokong mana-mana teori yang dikemukakan. Ia memerlukan kajian mendalam dan pengkhususan. Kita tidak boleh begitu obsesif membuat kesimpulan simplistik. Apatah lagi untuk mengaitkan dengan huruf ‘ta’ dan ‘mim’. 

Justeru, nasihat saya kepada asatizah ‘segera’ ini, jangan terlalu obses untuk menjadi selebriti, sabar. Latih diri dahulu dengan permainan politik lensa. Kurangkan bercakap jika ia bukan bidang kita. 

Jika kurang pasti, perlu merujuk kepada pakar. Tidak boleh memberi pendapat semberono. Akhirnya menjadi bahan ketawa dan menjatuhkan reputasi sendiri. Kemudian, terhegeh-hegeh untuk membela diri. 

Sumber: Sinar Harian 
 


INFO TAMBAHAN:

Teguran ini sepatutnya diterima oleh hati yang lapang dan dada yang terbuka. Ustaz Don dan para Ustaz Selebriti serta peminat-peminat setianya perlu menerimanya dengan tenang dan senang. Beberapa minggu lepas, pelakon Wardina Safiyyah telah melontarkan teguran terbuka terhadap Ustaz Don menerusi laman facebooknya. Akibatnya, peminat-peminat setia Ustaz Don menggelupur kepanasan ,malah mungkin ada yang tidak mampu melelapkan mata. Beraneka komen termasuklah kutukan dan makian dihamburkan kepada Wardina. 

Sebenarnya Wardina bukanlah orang pertama yang menegur Ustaz Don, malah, agak ramai ulama atau tokoh agama yang menegur Ustaz Don, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Antaranya ialah Mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, Ustaz Salman Ali, Ustaz Aizam Mas’ud. Dikatakan teguran secara langsung kerana mereka menyebut/menulis perkataan Ustaz Don atau ucapan kontroversi Ustaz Don di dalam penulisan mahupun ceramah mereka. 

Terdapat juga beberapa orang tokoh agama yang menegur secara tak langsung, antaranya ialah Ustaz Hasrizal Jamil dan Dr Abdul Basit Abdul Rahman. Mereka semua merupakan tokoh agama atau ulama dan teguran mereka adalah bantahan terhadap kenyataan Ustaz Don mengenai Bani Tamim dan Ikhwan Muslimin. Umum mengetahui, Ustaz Don pernah mendakwa Bani Tamim sebagai Tanah Melayu atau bangsa Melayu. Kata Ustaz Don, huruf ‘ Ta’ itu Tanah dan ‘Mim’ pula Melayu, jadi Bani Tamim ialah Tanah Melayu. Dakwaan tidak berasas ini dikecam hebat oleh beberapa orang ulama dan golongan pencinta agama. Antaranya ialah Ustaz Salman Ali. 

Ustaz Don juga telah membuat dakwaan yang amat tidak berasas mengenai Ikhwan Muslimin Mesir. Melaui ucapan atau ceramahnya, Ustaz Don seakan-akan bersetuju dengan insiden penggulingan kuasa yang dilakukan As-Sisi ke atas pemerintahan Mohammad Morsi. Kata Ustaz Don, Ikhwan Muslimin dikuasai oleh Wahhabi dan mereka berniat jahat untuk menghapuskan sistem pendidikan Universiti Al-Azhar. Fitnah jahat ini mengundang kemarahan banyak pihak terutamanya dalam kalangan aktivis gerakan islam yang amat cakna dengan perkembangan Ikhwan Muslimin. 

Turut bangkit menjawab tuduhan dan tohmahan Ustaz Don terhadap Ikhwan Muslimin ialah Ustaz Mohd Aizam Mas’ud. Beliau merupakan Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan ( Akidah) JAKIM. Berikut adalah tulisan beliau di akaun facebooknya: 

“Antara perkara pertama yg dilaksanakan oleh Presiden Mursi & Ikhwan Muslimin apabila memerintah Mesir adalah mengembalikan kedaulatan Univ. al-Azhar dengan menetapkan pelantikan Syeikhul Azhar & Mufti Mesir bukan lagi "ditunjuk" oleh Presiden tetapi oleh para ulama besar al-Azhar sendiri. Oleh itu, amat dangkal sekali sesiapa yg menuduh Ikhwan Muslimin bakal menghapuskan pendidikan al-Azhar atas alasan kononnya dianggotai oleh ramai pengikut Salafi/Wahabi. Tahukah kita, bahawa Ikhwan bukan shj dimusuhi oleh gerakan zionis & puak sekular, tetapi Ikhwan juga dimusuhi oleh puak Salafi keras spt aliran Madkhali dan puak Asy'ari keras dari aliran Ahbash? Semoga Allah merahmati jamaah Ikhwan dan melindunginya drpd segala fitnah yg zahir mahupun yg tersembunyi..”

 Hari ini, Dr Ridhuan Tee Abdullah pula yang bersuara dan meluakan kebimbangan terhadap kegelojohan dan keghairan sesetengah Ustaz Selebriti. Harap-harap peminat tegar Ustaz Selebriti yang ditegur ini tidaklah melatah dan bertindak seakan-akan orang hilang akal. Terimalah teguran mereka ini dengan tenang dan senang. Budaya taksub membabi buta dan membuta tuli akan dapat diatasi andainya kita mengutamakan hujah dan ilmu dan bukannya mendahulukan populariti ustaz-ustaz selebriti. 

Sunday, April 20, 2014

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2014


Senarai Top Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2014 
1. Universiti Malaya (UM) 
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 
3. Universiti Sains Malaysia (USM) 
4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
5. Universiti Putra Malaysia (UPM) 
6. International Islamic University Malaysia (IIUM) 
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 
8. Multimedia University (MMU) 
9. Universiti Teknologi MARA – UiTM 
10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) 
11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 
12. Universiti Utara Malaysia (UUM) 
13. University Malaysia Perlis (UniMAP) 
14. Limkokwing University of Creative Technology (Lim Kok Wing) 
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 
16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 
17. Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM) 
18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

 Nota Penting: Kedudukan Berdasarkan QS ASIA Top University Ranking

 Sumber: Mummy Nemo

ULASAN:
Sebagai lepasan USM, saya turut berbangga kerana IPTA tempat saya menimba ilmu tersenarai sebagai Universiti yang ke-3 terbaik di Malaysia. 

LELAKI WARGA EMAS SAWAN KETIKA BERASMARA DENGAN KEKASIH GELAP


Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya di sebuah hotel, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi itu menyebabkan teman wanitanya berusia 20-an panik dan segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan selepas lelaki berusia 60-an itu mengalami kekejangan di seluruh tubuh. 

Difahamkan, lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga tetapi dipercayai mengunjungi hotel terbabit bagi memadu asrama dengan wanita berkenaan, dipercayai kekasih gelapnya. 

Menurut sumber, sepasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan. “Tindakan pantas paramedik Hospital Miri berjaya menyelamatkan warga emas terbabit yang dipercayai kekejangan seluruh badan selain mulutnya berbuih. 

 “Lelaki itu dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar hari ini (semalam),” katanya. 

Menurut sumber itu, selepas disoal siasat, wanita terbabit mengakui mangsa diserang sawan secara tiba- tiba ketika mereka melakukan hubungan seks. 

Sementara itu, jurucakap Hospital Miri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan sebelum membawa lelaki itu ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut. 

Sumber: Metro 

ULASAN/INFO TAMBAHAN: 

Usia 60-an tapi nafsu masih remaja. Jauhilah zina kerana ia perbuatan yang hina dan Kepada umat islam ingatlah dosa dan neraka serta syurga dan neraka.

Remaja diliwat dan dirogol teman lelaki


Seorang remaja berusia 14 tahun terpaksa menempuh detik hitam dirogol teman lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Jaras dekat sini, minggu lalu. 

Menurut sumber, mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan keluar dari rumah di Tanjong Karang Selangor tanpa pengetahuan keluarganya. “Mangsa dibawa ke rumah sewa teman lelakinya di Kampung Paya Jaras sebelum dirogol dan diliwat. 

 “Siasatan mendapati mangsa turut dirogol oleh dua lagi lelaki yang merupakan kawan serumah teman lelakinya," katanya. Menurutnya, teman lelaki mangsa kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan, manakala dua lagi rakannya diburu. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan 377 kanun keseksaan kerana merogol dan meliwat.

Sumber(tidak termasuk gambar): Sinar Harian 

ULASAN/INFO TAMBAHAN:

Banyak kes rogol melibatkan remaja bawah umur terutamanya sekitar usia 13 dan 14 tahun. Kebanyakkan mereka diperdaya oleh teman lelaki. Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru, jujur dan ikhlas agak ramai pelajar-pelajar perempuan tingaktan 1 dan 2 yang terperangkap di dalam jerat cinta. Mereka ini masih terlalu mentah dan mudah terpedaya oleh janji-janji yang ditabur. 

Terdapat pelajar-pelajar perempuan sekitar usia 13 dan 14 tahun ini memilih lelaki yang berusia. Jangan terkejut, sebab pernah beberapa pelajar perempuan tingkatan 1 yang saya ketemui mengatakan kekasihnya berusia pertengahan 20-an dan awal 30-an. Bayangkan, sanggupkah si lelaki tersebut menunggu pelajar berusia 13 tahun ini untuk diperisterikan, jadi kebanyakkannya hanyalah untuk dipermainkan.

Saturday, April 19, 2014

WAKIL RAKYAT PALING TOLOL DI MALAYSIA


YB Datuk Hj Md Alwi Hj Che Ahmad Adun Kok Lanas Kelantan. Beliau adalah antara Adun UMNO dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. 

Jujur dan ikhlas, entry ini tidak ada kena mengena dengan politik, tapi ia amat kena mengena dengan insan dan keinsanan serta manusia dan kemanusiaan. 

Apa yang ditulis di facebooknya ini amat tidak wajar. Inikah akhlak seorang YB, dan inikah akhlak seorang Melayu Muslim. 

Lagi satu, kalau jahil sekalipun usah dipertontonkan kepada orang ramai. Jahil hinggakan Malaikat dan Iblis pun tak boleh nak dibezakan. Malaikat yang mengambil nyawa tu namanya Izrail dan bukannya Azazil. Azazil tu nama Iblislah YB. 

Saya kagum dengan PM, Dato Seri Najib Tun Razak dan YB Khairi Jamaluddin kerana mereka matang dalam berpolitik. Mereka sedar dan faham tidak semua situasi yang menghalalkan serangan. 

Friday, April 18, 2014

Uniten Awareness :CPUV Terbaru dari Nuffnang.


Alhamdulillah, satu lagi campaign BE atau CPUV sudi bertamu di blog saya. Kali ini datangnya dari Uniten Awareness 

Ini adalah BE yang ke-4 untuk tahun ini dan untuk kali yang ke-37 sejak saya bersama Nuffnang. Harap-harap BE dari Uniten Awareness ini bertahan lama status ‘on goingnya’. Hehehe. 

Orang berbudi, kita berbahasa dan atas dasar itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kepada Uniten Awareness dan tidak lupa juga kepada Nuffnang 

Dan, percayalah saya tidak pernah menduakan Nuffang

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh maut kemalangan


Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 

Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian. 

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu. 

 "Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit. 

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Tuesday, April 15, 2014

Pesanan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil kepada Ustaz dan Ustazah Selebriti.


Saya amat yakin akan keikhlasan dan kejujuran Ustaz Hasrizal(Abu Saif) ketika menitipkan nasihat dan teguran ini. Dan, bagi saya terguran atau nasihat ini amat kena pada masanya. 

Tajuk asal entry beliau ialah Keghairahan Menjadi Selebriti Agamawan (Yang Membinasakan). Saya paparkan sahaja di sini.

Alhamdulillah, Allah menjadikan proses melarikan diri daripada lensa itu mudah buat saya. Dia yang memudahkan. Mungkin kerana saya sendiri, juga masih kelam-kelam di pinggiran disimbah cahaya studio dan gemerlapan pentas. Belum jadi bintang. Belum jadi purnama.

Keberagamaan hari ini amat membingungkan. 

Bagi mahasiswa dan mahasiswi sarjana muda Pengajian Islam semasa, jauhkanlah diri daripada menjadi selebriti sebelum habis mengaji. Jangan sekali-kali mencita-citakannya. Lebih baik, hindari lensa, hindari publisiti sebelum usia mencecah 30′an. Sibukkan diri dengan mengaji. 

Menjadi selebriti itu bererti, di alam realiti pendapatmu dinilai berdasarkan populariti. Jarang kerana hujah dan ilmu. Maka, kukuhkan dulu ilmu dan pengalaman, sebelum engkau menyerah leher kepada kehidupan yang berisiko tinggi itu. Hakikat menjadi selebriti agamawan, kesilapanmu dipertahankan peminat, kebenaranmu dicemburui lawan. Selamatkah dirimu, tanpa ilmu yg jitu? 

Justeru, dalam banyak keadaan, rebutlah kelebihan menjadi insan bertaqwa yang tidak dikenali. Viral, trend, populariti, ia adalah ujian yg berat. Mengapa engkau dengan sengaja menempa susah? Apatah lagi kesusahannya adalah beban yang jauh dari berbaloi.

Setiap kali berpendapat, engkau boleh melapikkan ‘fatwa’mu dengan permohonan maaf dan meminta nasihat jua teguran. Tetapi agama mengkehendaki kita tawadhu’ dengan ilmu mendahului tawadhu’ dengan mad’u. Tawadhu’ dengan ilmu bererti kita membataskan diri daripada berkata-kata pada perkara yang kita tiada pengetahuan mengenainya. 

Pengetahuan ialah apa yang kita pelajari, kita dalami, kita fahami. Bukan apa yang kita dengar, tidak sekali-kali sekadar meminjam apa yang orang kata. Jika salah, salah yang berkata, bukan salah kita yang meminjamnya. 

Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berpesan di dalam Majmū’ al-Fatāwā beliau: 



Dek kerana bahayanya perbuatan memetik buah sebelum ranum, rancangan-rancangan realiti keagamaan itu berbahaya. 

Jika dalam dunia masakan, Chef Wan risaukan chef segera melalui rancangan realiti masakan, kita pula risaukan ulama segera yang dihasilkan oleh rancangan realiti di kaca televisyen. 

Mendengar ceramah-ceramah alumni program realiti televisyen yang banyak itu, sungguh dukacita hati saya dibuatnya. Demikianlah akibat mensesiakan usia muda yang sepatutnya diisi dengan belajar, bukan mengajar, biar pun berdakwah masih fardhu ain dalam rutin seharian masing-masing. 

Al-Imam al-Shāfi’ī rahimahullāh berpesan, seperti yang ternukil di dalam Fath al-Bārī, syarah kepada Sahih al-Bukhārī: 



Mengapa tergesa-gesa beraksi di lensa, sebelum ilmu secara amanah disemat di dada? Lidah tidak bercabang, lancar berkata-kata, tidak selancar mata membaca dan akal memikirkannya. Jika televisyen mensyaratkan ada ASAS agama, maka ASAS itulah racunnya, kerana pada usia yang begitu muda, kalian sudah sibuk ke sana sini mengajar (kalau boleh dikatakan mengajar), bila masanya yang ASAS itu hendak ditambah, diperbaiki dan ditingkatkan? 

Jika zaman belajar tidak rancak belajar, mustahil zaman mengajar boleh rancak mengajar. Kecuali ada penyakit yang direstui penyebarannya. 

Dek besarnya bebanan berkata-kata di pentas ceramah, apatah lagi di depan lensa, saya sendiri lebih tenang menulis berbanding berceramah. Sebelum menulis, saya kena membaca dan punya ruang berfikir sebelum menyebarkannya. 

Ceramah, mudah benar kemalangan ilmu berlaku. 

Semoga Allah ampunkan saya, bekas orang muda yang banyak bercakap, bakal orang tua yang kurang beramal. Sekadar berkongsi nasihat buat yang sudi. 

(Dan amaran buat yang enggan bermuhasabah diri) 

Sumber: Saiful Islam 


INFO TAMBAHAN/ULASAN 

Selebriti agama atau Ustaz/Ustazah Selebriti, kadang-kadang popularitnya mengalahkan para artis. Benar, tingkah laku dan penampilan mereka jauh lebih islamik berbanding kebanyakkan artis, namun kadang-kadang bahaya yang dicipta oleh mereka, berkali ganda lebih merbahaya berbanding artis. 

Ambil contoh mudah, jika Neelofa, Hanez Suraya atau Tasya Shila bercerita tentang agama termasuklah perihal hari kiamat atau menulis hadis-hadis tertentu di facebook atau lain-lain laman sosial milik mereka, pasti sahaja tidak ada yang terus ‘menelan’ tulisan-tulisan tersebut atau sekurang-kurangnya mereka akan tertanya-tanya tentang kebenaran cerita dan kesahihan hadis yang ditulis oleh artis-artis tersebut,meskipun mereka adalah peminat tegar artis-artis tersebut. 

Tapi, jika selebriti agamawan yang bercerita tentang perihal agama baik di kaca tv, mahupun di laman sosialnya, pasti sahaja ia akan terus ditelan, dicerna dan dihadam tanpa soal. Ia akan diterima buat-bulat, dan lebih teruk teruk ia akan dipertahankan bermati-matian oleh peminat tegarnya meskipun adakalanya ia hanyalah cerita rekaan atau dakwaan yang tidak berasas. 

Benarlah kata Ustaz Hasrizal:

“Menjadi selebriti itu bererti, di alam realiti pendapatmu dinilai berdasarkan populariti. Jarang kerana hujah dan ilmu.”

Lihat sahaja di Youtube, betapa peminat-peminat tegar ustaz selebriti tertentu bermati-matian mempertahankan hujah ustaz tersebut walaupun ternyata ia amat tersasar dari kebenaran dan sangat terpesong dari fakta dan realiti.

Pernah dahulu, ada Ustaz Selebriti yang bertindak mengharamkan produk-produk tertentu sesuka hatinya, dan bila ada individu yang menyeru agar merujuk kepada badan yang lebih berautoriti, iaitu JAKIM tentang status produk tersebut, maka melentinglah peminat tegar Ustaz Selebriti berkenaan dan dengan penuh ketaksuban dia berhujah:

 “kau nak jadi kafir ke?.. Ulama kau tak nak dengar, tapi nak dengar jawapan puak-puak jahil( maksudnya -JAKIM)” 

Inilah bahayanya apabila pendapat dinilai berdasarkan populariti dan bukan kerana hujah. .

Sunday, April 13, 2014

CIA tahu hal sebenar yang berlaku kepada MH370


WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370. 

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam. 

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya. 

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu. “Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya. 

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini. 

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja. “Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror.

Sumber: Sinar Harian

Nahas bas di Bentong:Gara-gara pemandu leka dengan sms


"Sebelum kemalangan, pemandu bas sibuk 'bermain' SMS (khidmat pesanan ringkas), malah kenderaan turut dipandu laju," dakwa seorang penumpang bas, Norfazilah Zainuddin, 22, ketika ditemui di Hospital Bentong, semalam.

Norfazilah mendakwa, dia yang duduk bersebelahan pemandu bas berasa tidak sedap hati melihat kelakuan lelaki itu yang leka dengan telefon bimbit sambil memandu. Menurutnya, dia menegur pemandu bas beberapa kali, namun tidak diendahkan. 

 "Saya cakap baik-baik minta dia fokus kepada pemanduan kerana bimbang berlaku perkara buruk yang boleh membahayakan saya dan penumpang lain. "Dia tidak hiraukan saya langsung dan terus memandu laju, sebelum bas kami masuk ke laluan bertentangan," katanya. 

Norfazilah yang bekerja sebagai kerani di Kuala Lumpur berkata, ketika itu, dia hanya sempat menjerit 'Awas, abang!', sebelum bas itu terbabas dan terbalik. 

Katanya, kejadian terlalu cepat dan kepalanya cedera akibat terhantuk pada cermin hadapan bas, selain lututnya luka akibat terhimpit. “Saya masih sedar dan hanya dapat melambai-lambai pengguna jalan raya lain, berharap ada yang membantu mengeluarkan kami yang tersepit,” katanya yang mahu pulang ke kampung di Tumpat, Kelantan. 

 Menurutnya, insiden itu tidak mungkin dilupakan, namun dia bersyukur kerana terselamat. Sementara itu,Suhaila Ismail, 32, berkata, dia yang pertama kali menaiki bas tersebut sangat trauma dengan kemalangan ngeri itu. Katanya, dia dan abangnya terpaksa menaiki bas itu, selepas tiket bas yang selalu dinaiki habis dijual. 

"Sebelum kejadian, abang memang dah perasan bas tersebut dipandu laju dan pemandu bas juga asyik menekan brek. "Saya cedera di bahagian tulang belakang serta rusuk. Kejadian ini buat saya serik dan trauma naik bas," katanya.

Seorang lagi penumpang, Razali Musa, 47, turut menceritakan detik cemas insiden itu. “Saya naik bas bersama isteri, ketika dalam perjalanan saya tertidur, sebelum tiba-tiba terdengar bunyi dentuman serta cermin pecah. "Semua penumpang menjerit. Tiba-tiba saya ditindih tiga individu lain termasuk isteri," katanya. 

Menurutnya, memang dia terkejut dengan kejadian itu tetapi mujur dia tidak panik manakala penumpang yang selamat dan tidak cedera keluar dari bas berkenaan melalui cermin depan yang pecah. 

Sumber:Sinar Harian

ULASAN:

Jika benar sebagaimana yang didakwa, pemandu tersebut perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana tidak mempedulikan keselamatan penumpang. Juga, supaya menjadi pengajaran kepada pemandu-pemandu bas yang lain.

Wednesday, April 9, 2014

10 NEGARA TERBESAR DI DUNIA.

Dunia dihuni oleh manusia yang pelbagai agama, bangsa dan budaya. Sejajar dengan perkembangan tamadun manusia, maka terbinalah negara-negara yang mempunyai sempadan geografi dan corak pentadbiran yang tersendiri. Negara-negara ini mungkin berbeza dari segi kemajuan dan pencapaianya, namun entry kali ini adalah untuk menyelongkar sepuluh buah negara yang paling besar di dunia. 

Berikut adalah 10 negara paling besar di dunia. 


1. Russia. 
  • Russia merupakan negara paling besar di dunia.  
  • Keluasan negara tersebut ialah 8.5 kilometer persegi (KM²)).
  • Russia dihuni oleh 186 juta orang penduduk. 

2. Kanada. 
  • Keluasannya ialah 3.9 juta KM²  
  • Jumlah penduduknya pula seramai 32 juta orang. 

 3. Amerika Syarikat. 

  • Keluasaan negara Uncle Sam ini ialah 9.6 juta KM² 
  • Jumlah penduduknya pula ialah seramai 296 juta orang

 4. China. 

  • Keluasannya ialah 9.56 juta KM² 
  • Jumlah penduduknya ialah 1.3 billion 

5. Brazil 

  • Keluasaan negara ini ialah 8.5 juta KM² 
  • Jumlah penduduknya pula ialah seramai 186 juta orang

6. Australia. 

  • Keluasaan negara ini ialah 7.68 juta KM² 
  • Jumlah penduduknya pula ialah seramai 20 juta orang 

 7. India.

  •  Keluasaan negara ini ialah 3.2 juta KM² 
  • Jumlah penduduknya pula ialah seramai 1.08 billion orang

 8. Argentina. 

  • Keluasaan negara ini ialah 2.7 juta KM²  
  • Jumlah penduduknya pula ialah seramai 39 juta orang

 9. Kazakhstan 

  • Keluasaan negara ini ialah 2.7 juta KM²  
  • Jumlah penduduknya pula ialah seramai 15 juta orang 

 10. Sudan

  •  Keluasaan negara ini ialah 2.5 juta KM²  
  • Jumlah penduduknya pula ialah seramai 40 juta orang 

Rujukan:
  1.  Metro  
  2. Travelog Wartawan Islam, Roslan Ahmad, Terbitan Kemilau publika 


INFO TAMBAHAN. 

Sebelum ini Russia dikenali sebagai Soviet Union yang merupakan sebuah negara Komunis. Presiden Soviet Union yang terakhir ialah Mikhail Gorbachev.

Berakhirnya Soviet Union bukan sahaja menyaksikan kejatuhan Republik Komunis di negara tersebut, malah turut menyaksikan kemunculan 15 negara Republik yang baru, termasuklah Russia yang dipimpin oleh Presiden Boris Yeltsin. 

Negara-negara lain yang wujud setelah kejatuhan Soviet Union ialah Lithunia, Latvia, Estonia, Belarus, Ukraine, Georgia, Arnmenia, Azerbaijan, Turmenistan, Kazakhastan, Krygystan, dan Uzbekistan. 

Majoriti penduduk Azerbaijan, Turmenistan, Kazakhastan, Krygystan, dan Uzbekistan adalah beragama islam. 

Chehnya, yang juga merupakan sebuah wilayah islam masih lagi berjuang untuk menuntut kemerdekaan daripada Russia.

Tuesday, April 8, 2014

Internet dibanjiri teori konspirasi tentang MH370


MH370 Selepas hampir sebulan berlalu, dengan maklumat yang tidak banyak, pelbagai teori konspirasi telah muncul untuk mengisi kekosongan maklumat itu dalam usaha untuk menjelaskan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Malah terdapat sebuah lamanweb di ensiklopedia dalam talian Wikipedia yang menyenaraikan teori-teori tersebut. 

 "Bagaimana boleh pangkalan tentera paling canggih di dunia tidak dapat mengesan sebuah pesawat komersial?" soal beberapa pengguna Twitter. 

 Antara teori tersebut, yang nampaknya paling popular dan terus berkisar ialah yang dikaitkan dengan Diego Garcia, sebuah pangkalan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom di tengah-tengah Lautan Hindi. Sepertimana dengan mana-mana teori konspirasi, butir-butir dan motivasinya dikatakan berbeza-beza, tetapi ia mendakwa MH370 dirampas - sama ada melalui kaedah kawalan jauh atau oleh unit pasukan khas - dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia di mana kru dan penumpangnya menjadi tahanan.

Malaysiakini telah memantau Twitter berkenaan MH370 sejak tiga minggu lalu dan mendapati kebanyakannya menyebut Diego Garcia (kanan), khususnya di kalangan tweet yang telah dikongsi oleh beberapa pengguna lain. Kisah Diego Garcia berterusan walaupun muncul teori-teori lain tentang apa yang berlaku kepada pesawat Boeing 777-200ER yang turut diperkatakan dalam wacana awam. 

Sehingga semalam, terdapat 1,000 hingga 2,000 tweet setiap jam tentang MH370 bergantung kepada masanya, manakala tweet yang menyebut tentang Diego Garcia ialah sekitar 50 tweet sejam. 

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pegawai Rumah Putih telah menolak teori tentang Diego Garcia itu. Pangkalan tentera itu terletak lebih 4,000 kilometer dari tempat di mana analisis satelit menyarankan sebagai lokasi terakhir MH370. Pada ketika ini, analisis satelit itu merupakan sumber yang paling konkrit untuk menentukan lokasi pesawat itu. 

Sumber:Malaysia Kini

Kerja lebih masa berisiko menghidap penyakit jantung.


Pekerja yang obses bekerja lebih masa sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta wajar berhati-hati kerana mereka dikenal pasti sebagai golongan paling mudah terdedah kepada penyakit jantung yang membawa maut.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana di Kota Damansara, Selangor, Dr. Haizal Haron Kamar berkata, mereka yang bekerja lebih masa berdepan tekanan dan berakhir dengan stres yang mengganggu sistem peredaran darah ke jantung. 

Beliau berkata, keadaan akan menjadi lebih buruk apabila stres menyebabkan seseorang tidak mengambil peduli jenis makanan yang diambil. 

Sumber: Kosmo 

INFO TAMBAHAN: 

Tidak salah untuk bekerja lebih masa, tetapi berpada-padalah. Kadang-kadang kita terpaksa bekerja lebih masa kerana desakan hidup.

Monday, April 7, 2014

Cpuv atau BE dari Nuffnang : 2014 Oral Health Month (OHM) Colgate



Alhamdulillah BE atau Cpuv bertandang lagi ke blog saya. Ini adalah BE yang ketiga untuk tahun ini dan untuk kali 36 sejak saya bersama Nuffnang. 

BE atau CPUV kali ini datangnya dari 2014 Oral Health Month(OHM) Colgate yang bermula pada 4. April.2014. Harap-harap BE dari 2014 OHM Colgate itu bertahan lama status ‘on goingnya’ . Hehehe. 

Diruangan yang terhad dan terbatas ini,saya ingin mengucapkan jutaan  terima kasih kepada Oral Health Month Colgate dan tidak lupa juga kepada Nuffnang . Dan, percayalah saya tidak pernah menduakan Nuffnang

Sunday, April 6, 2014

Pelajar UITM Arau dicabul pakar motivasi terkenal, Prof Izzi Hj Ali.




Bimbang gagal dalam subjek diambil, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mendakwa terpaksa merelakan dirinya dicabul seorang pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sejak beberapa bulan lalu. 

Bagaimanapun, mangsa berusia 20 tahun yang tidak sanggup diperlakukan sedemikian oleh pensyarah yang sering muncul dalam beberapa program televisyen dan radio itu tampil membuat laporan di Balai Polis Arau di sini, selepas selesai peperiksaan akhir semester. Difahamkan, dalam kejadian terbaru pada Jumaat lalu, mangsa mendakwa dicabul kehormatan termasuk payu daranya diramas oleh pensyarah berusia 40-an iaitu ketika di bilik lelaki berkenaan. 




Sumber berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan bagi melakukan ulang kaji sebelum lelaki itu duduk di sebelah mangsa. 

“Ketika itu mangsa didekati suspek dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali. “Mangsa yang terkejut cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit di dalam subjek diambilnya sebelum hanya membiarkan suspek bertindak sedemikian,” katanya. 

Laporan polis yang dibuat oleh mangsa di Balau Polis Arau, Perlis telah menamakan Profesor Madya Md Izuddin Ali atau Prof. Izzi cukup dikenali dengan tagline 'renung-renungkan dan selamat beramal' di radio swasta Hot FM secara khusus. 

"Pada 28/3/2014 jam lebih kurang 2.30 petang saya telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik. 

Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama:Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina. Kemudian Prof Izzi telah datang kearah saya dan duduk bersila disebelah saya. Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada prof izzi berkenaan dengan subjeknya. Tiba-tiba Prof Izzi telah meraba saya bermula dibahagian kaki sehingga kebahagian dada saya tanpa kerelaan saya. dalam masa yang sama juga prof izzi telah meramas buah dada saya dengan beberapa kali. dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang prof izzi melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya kerana saya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari ahad 30/03/2014 gagal. 


Sebelum ini prof izzi pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya prof Izzi berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya. Saya juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis. 

Tujuan saya buat repot adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan prof Izzi memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya dikemudian hari. Datang balai buat laporan". 

Sumber: Omak Kau

BILA PELAJARKU JADI PEROGOL.

TIADA KAITAN DENGAN ENTRY.

JELI - Seorang gadis yang mendakwa menjadi mangsa rogol melahirkan anak kira-kira tiga jam selepas membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Jeli, Sheikh Azhar Sheikh Omar berkata, gadis berusia 15 tahun itu mendakwa dirogol seorang rakan lelaki dikenali dengan nama ‘Abang Long’, September tahun lalu. 

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa yang berasal dari Kampung Nibong, Tanah Merah, meminta bantuan suspek menghantarnya ke tempat kerja di sebuah kedai makan di Bukit Bunga, dekat sini. “Suspek sebaliknya bawa mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun ke satu kawasan hutan di Ayer Lanas, Jeli, dengan alasan bertemu kawan sebelum menarik mangsa ke dalam semak dan merogolnya.

“Mangsa hanya buat laporan polis pada jam 2.55 pagi, Selasa lalu dan kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa melahirkan anak di rumahnya di Kampung Nibong, Tanah Merah,” katanya, semalam. Sheikh Azhar memaklumkan, mangsa mengenali suspek yang merupakan pelanggan di kedai makan tempat kerjanya kira-kira sebulan sebelum kejadian dan sering berhubung melalui telefon. 

“Selepas merogol mangsa, suspek didakwa mengambil telefon bimbit dan wang milik mangsa sebelum meninggalkan mangsa seorang diri di tempat kejadian. “Mangsa berjalan keluar dari kawasan hutan itu dan menghubungi seorang kawan lelaki menggunakan telefon awam dan meminta rakannya itu menghantarnya ke tempat kerja tetapi tidak menceritakan mengenai kejadian,” katanya. 

Tambahnya, tiga hari selepas dirogol, mangsa pergi ke rumah bapa saudaranya di Perlis untuk bekerja sebelum menyedari dirinya mengandung kira-kira dua bulan selepas kejadian. 

“Pada awal tahun ini, mangsa pergi ke Johor untuk bekerja di kedai makan dan perubahan pada dirinya hanya disedari ahli keluarga apabila dia pulang ke kampung pada 25 Mac lalu.

 “Setelah didesak ibunya, mangsa yang tidak berani memberitahu kejadian tersebut sebelum ini kerana takut dimarahi akhirnya menceritakan perkara sebenar dan mereka mengambil keputusan membuat laporan polis,” kata Sheikh Azhar. 

Menurutnya, susulan laporan itu, polis menahan suspek berusia 17 tahun dan masih belajar di sebuah sekolah menengah di Ayer Lanas di rumahnya di Kampung Ayer Chanal, dekat sini. 

“Suspek direman tujuh hari bermula Selasa lalu, manakala mangsa masih ditahan di Hospital Tanah Merah untuk rawatan susulan dan kaunseling. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya. 

Sumber: Sinar Harian

INFO TAMBAHAN: 

Perogol tersebut adalah pelajar saya. Saya pernah mengajarnya ketika dia di tingkatan tiga. Tak sangka pula, pelajar saya ini menjadi perogol.