Saturday, May 31, 2014

Senarai pemenang Anugerah Kasut Emas Piala Dunia.


Pasti sahaja ramai yang menunggu dan menanti detik bermulanya Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil.  Christiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez adalah antara nama popular yang diramal bakal menggondol anugerah Kasut Emas dalam kempen Piala Dunia 2014.

Mengikut rekod, penyerang Perancis, Just Fortaine masih tersenarai sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak 13 jaringan di Piala Dunia 1958 di Sweeden.

Sebelum riuh di Rio, eloklah kita selongkar kembali senarai pemenang pemenang Anugerah Kasut Emas dalam 10 kejohanan sebelum ini. 
  
1.  Grzegorz Lato.  
  • 1974- Piala Dunia di Jerman Barat. 
  • Lato menjadi kebanggaan Poland selepas dianugerahkan Kasut Emas setelah merekodkan tujuh jaringan. 
 2.  Mario Kempes. 
  • 1978 –Piala Dunia di Argentina. 
  • Penyerang Argentina ini meledakkan enam gol. Dua jaringannya di final ketika menentang Belanda melayakkan Argentina menjulang Piala Dunia buat kali pertama. Kempes juga dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik dalam kempen tersebut. 

3. Paolo Rossi. 
  • 1982 – Piala Dunia di Sepanyol. 
  • Bintang Azzurri ini antara nadi utama kejayaan Itali merangkul kejuaraan Piala Dunia buat kali ketiga selepas menumpaskan German Barat, 3-1. 
  • Rossi meledakkan enam gol dibezakan dengan satu jaringan German Barat, Karl- Heinz Rummenigge. 
4. Gary Lineker 
  • 1986- Piala Dunia di Mexico. 
  • Penyerang England ini merekodkan enam jumlah jaringan sehingga membawa The Tree Lions ke peringkat suku akhir. 
  •  Liniker meledakkan dua jaringan di peringkat 16 pasukan terbaik, satu jaringan di peringkat suku akhir menentang Argentina dan selebihnya di peringkat kumpulan. 

5. Salvatore Schillaci
  • 1990- Piala Dunia di Itali. 
  • Schillaci telah meledakkan enam jumlah jaringan. Bagaimanapun hajat Itali ke final dinafikan oleh Argentina menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat, 1-1. 
6. Oleg Salenko dan Hristo Stoichkov 
  • 1994- Piala Dunia di Amerika Syarikat. 
  • Salenko yang meledakkan enam jaringan merupakan satu-satunya pemain yang dianugerahkan Kasut Emas walaupun Russia tersingkir diperingkat kumpulan. 
  • Manakala Stoichkov yang merekodkan jumlah jaringan yang sama telah membawa Bulgaria sehingga ke peringkat separuh akhir.
7. Davor Suker. 
  • 1998- Piala Dunia di Perancis. 
  • Penyerang kebanggaan Crotia ini menjadi nadi utama kebangkitan pasukannya di Perancis. 
  • Biarpun tewas di tangan tuan rumah dengan jaringan,2-1, enam jaringan Suker sudah cukup untuk dirinya dianugerahkan Kasut Emas.
 8. Ronaldo. 
  • 1998- Piala Dunia di Korea Selatan dan Jepun. 
  • Pemain lagenda Brazil ini berada di puncak kariernya dengan merekodkan lapan jaringan.
  • Dua jaringannya dalam perlawanan akhir menentang Jerman sudah cukup untuk melayakkan Brazil menjulang trofi Piala Dunia buat kali kelima.
 9. Miroslav Klose. 
  •  2006- Piala Dunia di Jerman. 
  • Penyerang yang kini menyarung jersi Lazio ini merekodkan jumlah lima jaringan buat negaranya ketika Jerman menjadi tuan rumah. 
  • Dalam kempen tersebut, Jerman menduduki tangga ketiga selepas menundukkan Portugal, 3-1. 
 10. Thomas Muller. 
  • 2010 – Piala Dunia di Afrika Selatan.  
  • Penyerang Jerman ini meledakkan lima jaringan sehingga membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir sebelum tewas di tangan Sepanyol,1-0.
  • Muller yang berkongsi jumlah jaringan bersama David Villa(Sepanyol) dan Wesley Sneider( Belanda) telah dianugerahkan Kasut Emas berdasarkan jumlah assist. 
Sumber: Sinar Harian, 27 Mei 2014.

Wednesday, May 28, 2014

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat


IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat sebentar tadi. 

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang sebentar tadi. Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry secara langsung melalui RTM, sebentar tadi. 

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu. 

Sumber: Sinar Harian

Saturday, May 24, 2014

TERLAJAK LARIS DAN TERLAMPAU HEBAT.

Friday, May 23, 2014

Andainya Panda menggunakan Losyen Pencerah D'Herbs

Dua ekor panda yang didatangkan dari China. Namanya Fun Wad dan Feng Yi. Tentu lawakkan jika mereka berdua menggunakan losyen Pencerah D’Herbs. Pasti mereka akan jadi putih seputih-putihnya.

Wednesday, May 21, 2014

Lirik Lagu Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises

Lirik Lagu Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju 
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati 

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karna bagiku engkaulah nyawaku 

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati 

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Kerna bagiku engkaulah nyawaku 
Kerna bagiku engkaulah nyawaku 

 

Tuesday, May 20, 2014

Darah Tinggi: Punca dan langkah mengatasinya.



Menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Dr Chia Yook Chin, sebagaimana yang dilaporkan di dalam akhbar Metro Ahad bertarikh 13. Oktober. 2013, peratusan penghidap penyakit darah tinggi di negara ini bertambah sebanyak 30 peratus sejak tahun 2006 dengan anggaran 4.8 juta individu menghidap penyakit itu ketika ini. 

Daripada jumlah tersebut, dua pertiga daripada mereka tidak menyedari perkara itu sehnngga mendapatkan pedalam meriksaan lanjut daripada doctor kerana penyakit ini tiada simpton.

Punca Darah Tinggi.
  1. Sejarah Hipertensi dalam keluarga
  2. Obesiti
  3. Pengambilan garam dan alcohol yang berlebihan
  4. Merokok
  5. Tekanan yang melampau

 Langkah Mengatasi Tekanan Darah Tinggi. 

  1. Elakkan memakan makanan yang banyak lemak dan garam
  2. Elakkan mengambil makanan dan ubat-ubatan yang mengandungi kandungan natirum yang tinggi
  3. Elakkan bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah
  4. Jangan merokok
  5. Elakkan daripada mengambil minuman beralkohol
  6. Sentiasa bersenam
  7. Kawal emosi dan jangan terlalu stress/tekanan atau kerisauan 

Tajuk Lain Yang Berkaitan:  Tekanan Darah Tinggi Mengancam Golongan Muda

MAKANAN UNTUK MENAMBAH SPERMA.


Saya tertarik untuk berkongsi tulisan Dr Ismail Thamby, yang disiarkan di dalam akhbar Metro Ahad bertarikh 18 Mei 2014. Artikel tersebut ialah mengenai makanan dan minuman yang dapat meningkatkan kuantiti air mani. 

Saya amat berharap agar perkongsian ini tidak dianggap sebagai lucah, dan anggaplah ia sebagai ilmu untuk manfaat bersama. Apatah lagi di luar sana masih berlambak pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga tapi masih gagal menimang cahaya mata. 

Berikut adalah antara makanan yang perlu diamalkan untuk menambah kuantiti dan kualiti air mani, baik untuk lelaki muda mahpun yang telah berumur.

1. Air. 

Air sangat mustahak kerana ia mempengaruhi isi padu air mani. Perlu minum air yang cukup sekurang-kurangnya empat liter sehari. 

Perlu diketahui, Lelaki menghasilkan antara dua hingga enam milliliter(ml) air mani setiap kali pancut. Jika pancutan lebih kerap, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak setengah ml atau hanya beberapa titik. 

2. Daging Merah, Ayam dan Ikan Tuna. 

Ia membekalkan pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Makanan ini mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma. Tiram dan Makanan Laut. Makanan ini mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. 

3. Kekacang. 

Bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium. 

4. Bijiran seperti Oat dan Granola, Buah-buahan Citrus, Bayam, Brokoli, Bendi dan Asparagus. 

Elok dimakan kerana mengandungi asid folik 

5. Buah Nangka dan Betik.

Mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. 
 
6. Herba Akar Tongkat Ali

Teruji secara saintifik oleh pakar tempatan bertujuan menambah isi padu air mani.

Sunday, May 18, 2014

KISAH PEROKOK TEGAR.

Saturday, May 17, 2014

Rebecca Nur Islam perlu contohi Natasha Hudson.

Mungkinkah Rebecca belum puas berimej seksi


Rebecca Nur Islam telah mengistiharkan dirinya telah berhijrah, dan kisah penghijrahannya juga telah dijaja ke sana- sini. 

Tapi sayang beliau sendiri keliru dan celaru dengan konsep hijrah. Malah penampilannya sesudah berhijrah ternyata lebih seksi dan menggoda berbanding penampilannya ketika era ‘jahiliahnya’ dahulu. 

Hakikatnya, Rebecca masih dalam kategori ‘berbogel’ walaupun bertudung, atau istilah sopannya bertudung tapi bertelanjang. 


Rebbeca masih berbisa seksinya sesudah berhijrah

Beralih pula kepada cerita Natasha Hudson, penghijrahannya menepati konsep dan selari dengan tuntuan agama. 

Sebab itulah dia nekad dan muktamad untuk mendekati agama dan Maha Pencipta. Natasha sentiasa mencari ruang dan mengintai peluang untuk mematangkan diri dalam beragama. 

Selain berpakaian mengikut tuntutan agama, Natasha juga gigih mempelajari ilmu agama, dan terkini beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat diploma dalam jurusan islam di sebuah IPTS. Dan, difahamkan beliau juga bercadang untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan agama hingga ke tahap yang lebih tinggi. 

Syabas buat Natasha Hudson dan kepada artis-artis lain yang mengistiharkan diri telah berhijrah, cubalah fahami erti dan makna hijrah.

Wednesday, May 14, 2014

FENOMENA TANGGANG MODEN, LIMA IBU BAPA DIBUANG SETIAP MINGGU.


Beratus-ratus ibu bapa dibuang setiap tahun oleh zuriat mereka sendiri di hospital dan rumah kebajikan di seluruh negara. 

Fenomena menyedihkan ini menunjukkan semakin ramai anak zaman sekarang yang tidak tahu mengenang budi terhadap pengorbanan orang tua yang membesar dan memelihara mereka. 

Lebih menyedihkan ada warga tua yang tidak dijenguk waris atau anak hingga mereka meninggal dunia dan dikebumikan tanpa pengetahuna serta kehadiran anak. 

Dalam kebanyakkan kes, ibu bapa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun apabila sudah sembuh, anak tidak datang mengambil mereka. 

Sumber: Harian Metro, 14. Mei.2014. 

ULASAN. 

Seorang ibu( dan bapa) dapat menjaga sepuluh orang anak, namun sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu(dan bapanya). 

Saya terkenang kembali, kisah seorang lelaki meninggalkan ibunya yang telah tua dan uzur di sebuah hotel dengan harapan akan ada pihak yang menjaga ibunya. Alasannya dia tidak mampu untuk menyara ibunya lantaran kesempitan hidup. Lagi menyedihkan, ibu malang tersebut akhirnya pulang menyahut seruan Ilahi setelah beberapa minggu berita tersebut mengegarkan negara. 

Kepada sahabat- sahabat yang masih mempunyai orang tua, hormatilah dan sayangilah mereka. Tanpa mereka siapalah kita. 



Hayati Lagu ini. Mungkin ia memberi seribu erti dan sejuta makna kepada kita.
Erti kasih dan makna cinta kepada orang tua kita.

Monday, May 12, 2014

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu yang baharu


Tahniah! Datuk Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu yang baharu Tahniah buat Datuk Ahmad Razif Abd Rahman , ADUN Seberang Takir, di atas perlantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru . 

Moga dapat berkhidmat dengan baik, terutamanya membela nasib rakyat.

Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno negeri di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal menteri besar baharu Terengganu untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, 57. 

"Saya datang jumpa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti dimaklumkan ada pertukaran (Menteri Beasr), saya maklum balas dan mereka terima dan tiada masalah, memang betul ada pertukaran. "Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak Istana," katanya kepada kepada pemberita selepas selesai perjumpaan itu.

Katanya pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada Umno di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti. – Bernama 

Sumber: Sinar Harian

Friday, May 9, 2014

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN BERBEKAM


Sudah lama saya ingin menulis tentang kebaikan berbekam. Apatah lagi setelah beberapa kali berbekam. Namun, kekurangan maklumat menyebabkan saya terpaksa menagguhkan hasrat tersebut. Dari sudut pengalaman, setelah beberapa kali berbekam, saya dapati perubahan yang ketara pada diri. Paling ketara ialah tubuh akan rasa lebih ringan dan tidur juga semakin senang dan tenang. Syukur kepada Allah, kerana info atau maklumat mengenai berbekam termasuklah kebaikannya turut disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada minggu lepas. Jadi untuk entry kali ini, saya sekadar ingin melebar luaskan info tersebut. 

KAEDAH rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik. 

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. 

Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit. 

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.

Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik. 

Kekeliruan perubatan bekam 

Kegagalan menjelaskan secara saintifik rawatan bekam dan kebaikannya mungkin antara punca wujudnya andaian-andaian itu. 

Pengusaha dan pakar rawatan bekam, Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad, Dr (homeopati) Ibrahim Burhanuddin berkata seseorang pengamal rawatan perubatan bekam harus mempunyai ilmu bukan sahaja ilmu bekam tetapi ilmu-ilmu berkaitan dengannya seperti psikologi dan saraf. 

Beliau yang telah berpengalaman lebih 17 tahun dalam rawatan bekam berkata, masyarakat hari ini yang berpendidikan tinggi dan terbuka, mahu mengetahui secara saintifik satu-satu rawatan itu sebelum bersetuju untuk melakukannya.

“Ramai pengusaha yang kurang mahir, jadi apabila ditanya apa tujuan bekam, macam mana fungsi setiap rawatan itu kepada anggota badan, mereka gagal menjelaskannya. “Ini menyebabkan masyarakat tidak faham dan ia antara kekangan mengapa rawatan bekam sukar untuk pergi lebih jauh sepertimana bidang perubatan akupuntur yang mendapat pengiktirafan dunia,” katanya.

Berkongsi pengalamannya sendiri, beliau berkata segalanya bermula pada tahun 1991 setelah mencuba rawatan bekam bagi mengubati penyakit gastrik dan paru-paru berair yang dialami sejak sekian lama. 

Setelah mencuba pelbagai ubat, masih gagal merawat penyakit yang dihidapi hingga beliau mencuba rawatan bekam dan kemudian pulih dari penyakit itu. “Dari situlah saya mengkaji dan belajar kaedah rawatan bekam daripada beberapa guru termasuk seorang guru bekam dari Korea. Saya kaji bagaimana bekam boleh menyembuhkan penyakit dan bagaimana ia menjadi perubatan terbaik sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi,” katanya, yang turut mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang homeopati dari Universiti Sumatera Utara, Indonesia. 

Toksin punca penyakit?

Daripada kajian-kajian perubatan, penyakit yang singgah dalam tubuh individu itu berpunca daripada toksin. Ia diumpamakan seperti sampah yang menyebabkan tiga pembuluh darah iaitu ateri, vena dan kapilari menjadi sempit dan lemah hingga tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna. 

Ketiga-tiga pembuluh darah ini jika disambungkan akan menjadi sepanjang 96 kilometer, menurut Ibrahim. Ia perlu dibersihkan bagi membolehkan ia mengalir dengan lancar. 

Jelas beliau, apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna, ia tidak dapat menghantar oksigen dan pemakanan yang diperlukan ke seluruh organ-organ tubuh.

“Apabila semakin banyak toksin dalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah-tambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup,” katanya. 

Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang. 

Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok. “

Cara untuk membuang toksin ini dengan cara membuang darah kotor yang terkumpul. Semakin banyak darah kotor yang dibuang semakin lancar dan bersih darah yang tinggal dan penghantaran oksigen dan pemakanan dalam tubuh akan berjalan lancar,” katanya.

Punca toksin 

Ramai yang menyatakan toksin dalam badan diperoleh melalui pemakanan dan minuman. Ia mungkin satu daripada puncanya. Namun punca sebenar toksin terkumpul dalam tubuh kerana terganggunya sistem buah pinggang dan hati yang bertindak sebagai penapis terbaik di dunia. 

Buah pinggang yang sihat bekerja sebagai penapis darah daripada segala kekotoran yang akan dikeluarkan melalui air kencing, manakala hati pula bertindak sebagai penapis bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh badan. 

Apabila seseorang itu alami penyakit kronik, fungsi hati dan buah pinggang yang akan terganggu terlebih dahulu. 

“Tidak akan berlakunya penyakit kronik kepada diri individu sebelum menurunnya fungsi kedua-dua organ ini. Selama buah pinggang dan hati seseorang itu sihat, dia akan sihat,” katanya. 

Cara perubatan dan penyembuhannya ialah dengan menyihatkan kedua-duanya kerana selagi organ utama ini tidak sihat, penyakit dihadapi tidak akan sembuh.

Bekam untuk pesakit kronik 

Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi menyebabkan luka sukar untuk disembuhkan.

Ibrahim berkata pendapat itu tidak benar, kerana beliau sendiri telah merawat pesakit kencing manis kronik melalui bekam dan pesakit telah menunjukkan kesan yang positif melalui kaedah itu. 

Katanya, seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu. 

Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat di dalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka. 

“Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya. “

Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul,” katanya. 

Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu. Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih. 

Dapatkan lebih info mengenai kesihatan, jom like page saya --> Hidup Biar Sihat

Thursday, May 8, 2014

Pian Cecupak, Boy Iman, Nash terima gelaran Datuk dari Kerajaan Naning


Aktor komedi, Pian Cecupak yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi pengakuannya yang melakukan suntikan wajah, dikhabarkan telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, baru-baru ini. 

 Meskipun gelaran itu menjadi pertikaian oleh segelintir pihak, namun Pian tetap bersyukur kerana dia terpilih menerima gelaran itu bersama dua rakan artis lain, iaitu penyanyi Boy Iman dan Nash.

 “Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini,” katanya yang kini banyak menghabiskan waktunya menyumbangkan keringatnya membantu golongan yang kurang bernasib baik selain menjadi orang yang bertanggungjawab menguruskan majlis-majlis keramaian bagi Kerajaan Naning.

Lebih lanjut,langsung sahaja ke ;--> SINI 

INFO TAMBAHAN: 

Saya tidak berminat untuk mempersoalkan kelayakan mereka bertiga untuk menerima gelaran datuk, cuma saya tertanya-tanya perihal kerajaan Naning. Seingat saya, Naning dahulunya merupakan sebuah wilayah yang merdeka dan berasingan daripada Melaka.

Tapi, apabila British menduduki Melaka, Naning telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Melaka, dan British turut melaksanakan dasar-dasar pentadbirannya di Naning. Ini menyebabkan berlakunya kebangkitan rakyat pimpinan Dol Said. Isunya sekarang, macam mana boleh wujudnya Kerajaan Naning.

Wednesday, May 7, 2014

AL-FATIHAH BUAT PAK CIK JAMAL


PENGIKUT setia program 'Mini Parlimen' yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada era 80-an, pasti mengingati watak 'speaker' dalam mengendalikan 'ahli Parlimen' yang petah berhujah. 

Populariti watak itu menjadikan Abdul Jamal Mohamed atau lebih mesra Pak cik Jamal ikon kanak-kanak ketika era berkenaan. Abdul Jamal, 75, meninggal dunia hari ini, sehari selepas dimasukkan ke Hospital Putrajaya setelah mengadu sesak nafas. Dilahirkan pada 15 Oktober 1939 di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur, personaliti televisyen itu meninggalkan balu Zainab Serat, 67; dan tiga anak iaitu Shahila, 47; Mohd Shahan, 45; dan Muhamad Eskandar, 30. 

Rancangan Mini Parlimen yang mula disiarkan pada 1983 menjadi tumpuan kerana kepetahan kanak-kanak yang memainkan peranan ahli Parlimen, membahaskan isu semasa di samping membuat keputusan dan meluluskan pelbagai dasar. Allahyarham yang turut dikenali sebagai Jamal Kerdil kerana bentuk badannya yang kerdil, mula bertugas di RTM pada 1960 dan bersara pada 1995. 

Beliau turut popular melalui rancangan 'Taman Kanak-kanak' yang mula bersiaran pada 1961, selain menerbitkan rancangan 'Pesta Pop' dan 'Pentas Aneka'. Selain bertugas di RTM, Jamal juga pernah berlakon dalam filem 'Sabaruddin Tukang Kasut' arahan Tan Sri P. Ramlee dan 'Jambatan Maut' arahan M. Yatim. Bakat seninya turut meliputi penulisan skrip, menyanyi, bermain alat muzik dan mengarah. Kesihatan beliau mula merosot apabila beliau menghidap sakit tulang belakang sejak 20 tahun lalu, serta beberapa penyakit lain. 

 Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semasa menziarahi beliau di rumahnya pada 1 Januari lepas menyifatkan Jamal sebagai legenda dunia penyiaran serta insan yang berjiwa besar yang berjaya mempengaruhi pemikiran sebahagian besar rakyat menerusi program 'Mini Parlimen' itu. "Ini kerana sebahagian besar daripada program tersebut bukan sahaja ada tarikan pada lawaknya tetapi ia lebih berunsur kepada pendidikan," katanya. – Bernama 

Tuesday, May 6, 2014

TAK KENAL MAKA TAK CINTA: MARI MENGENALI DIRI.


Harian Metro,4 Jun 2013.
Tak kenal maka tak cinta! Ungkapan itu sentiasa benar dan releven sepanjang masa.

Berapa ramaikah antara kita yang mengenai diri sendiri, bermula dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Sesungguhnya mengenali dan memahami diri sendiri akan memaknakan hidup kita, sekali gus menjadikan kita insan yang bersyukur kepada Maha Pencipta.

Jom! Kita selongkari diri sendiri bermula dari hujung rambut hinggalah ke hujung jari. Mudah-mudahan dengan ini akan mendekatkan kita kepada Allah. 

  • Mulut kita menghasilkan 1 liter air ludah setiap hari 
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari 
  • Rata-rata perkataan yang dibiacarakan manusia ialah 5,000 kata setiap hari. 
  • Purata jangka hayat manusia meminum air sebanyak 75,000 liter dan seandainya kuota air dalam tubuh berkurang 1 peratus, serta merta kita akan berasa haus. 
  • Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari, manakala wanita pula lebih kurang 70 helai 
  • Otot yang bekerja paling cepat di tubuh kita ialah di kelopak mata. Ini kerana ia membuat kita berkedip dengan jumlah kira-kira 5 kali kerdipan dalam satu minit 
  • Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki 
  • Kita sebenarnya melihat dengan otak. Mata hanya berfungsi seperti kamera yang menghantar imej data ke otak. ¼ bahagian daripada otak digunakan untuk mengatur apa jua kerja yang akan dilakukan oleh mata.

Sumber; Harian Metro,4 Jun 2013.

Al-Fatihah: Datuk Aziz Satar meninggal dunia.


PELAKON veteran, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Memetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 

Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital dan urusan pengebumian dijangka dilakukan pagi ini. 

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin popular menerusi filem Seniman Bujang Lapok. 

Sumber; Sinar Harian 


Info Tambahan: 

"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu. "

Walaupun Datuk Aziz Sattar telah tiada, namun arwah tetap hidup dan sentiasa segar dan bugar dalam ingatan para peminat filem Melayu. 

Lakonannya terutamanya lakonan bersama Allyarham P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin sentiasa diminati dan dinanti-nanti oleh generasi dulu dan kini.

Sunday, May 4, 2014

KHASIAT DAN KEBAIKAN PISANG.


Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi, iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. 

Selain itu pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian. Pisang juga berfungsi sebagai penawar beberapa penyakit, antaranya ialah: 

Tekanan atau Stress. 

Buah pisang mengandungi tryptophan,iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia yang menyebabkan seseorang menjadi tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira. Neutralkan paras glukosa. Vitamin b6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan perasaan hati. 

Anemia. 

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu kes-kes anemia. 

Tekanan darah tinggi

Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi- garam yang rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. 

Penghadaman. 

Gentian tinggi menjadikan pisang sebagai diet harian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. 

Keletihan.

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula mmperbetulkan semula sistem hidrasi semula.

Panas Jantung. 

Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu,sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung,cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. 

Demam Pagi 

Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi 

Gigitan nyamuk 

Caranya dengan menyapukan kawasan gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Saraf Pisang mengandung kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf Ulser. Ini kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti dinding perut. 

Penyakit Kulit. 

Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis,parut, kurap dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah.

AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi penyakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisangadalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%) 

Sumber: Berita Harian, 30 April 2014.

Saturday, May 3, 2014

MH370: MAS bayar pampasan sebanyak RM163,274 kepada waris penumpang China.


BEIJING: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) akan memperuntuk sejumlah US$50,000 (RM163,274) kepada setiap waris terdekat penumpang warga China bagi Penerbangan MH370 sebagai bayaran pendahuluan pampasan. Menurut kenyataan MAS yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido di sini hari ini, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka. 

Kenyataan itu juga menyebut MAS akan memaklumkan para waris berhubung butiran pembayaran dalam tempoh dua minggu. "Pemberitahuan butiran pembayaran akan dipapar di platform rasmi MAS dan kami akan turut menghantar notis bertulis kepada waris," katanya. 

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, syarikat penerbangan itu akan melunas bayaran pendahuluan pampasan secepat mungkin kepada waris yang berhak bagi memenuhi keperluan kewangan mereka. Beliau berkata, bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang di kemudian hari dan ia akan diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan pampasan yang mereka layak terima. - Bernama 

Sumber: Metro

Friday, May 2, 2014

Libresse Long Term Phase :CPUV Terbaru dari Nuffnang.



Alhamdulillah, satu lagi campaign BE atau CPUV sudi bertamu di blog saya. Kali ini datangnya dari libresse long term phase 

Ini adalah BE yang ke-5 untuk tahun ini dan untuk kali yang ke-38 sejak saya bersama Nuffnang. Harap-harap BE dari libresse long term phase Uniten Awareness ini bertahan lama status ‘on goingnya’. Ayat bodek gitu. 

Orang berbudi, kita berbahasa dan atas dasar itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kepada libresse dan tidak lupa juga kepada Nuffnang 

Libresse amat sinonim dengan perempuan, hehehe, sebab hanya perempuan yang memerlukan tuala wanita. Jadi, untuk info lebih lanjut tentang libresse, langsung sahaja ke websitenya, libresse ,sebab pelbagai info menarik yang ada disini.

Thursday, May 1, 2014

Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2014 Secara Online Dan SMS


Menerusi makluman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia, keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi Mac 2014 akan diumumkan keluar pada 5 Mei 2014. Sehubungan itu, calon juga boleh membuat semakan menerusi atas talian (Online) atau Sistem Mesej Singkat (SMS) pada hari berkenaan.

Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2014 Online
  1. On-Line : www.mpm/edu.my 
  2. mulai jam 09:00 pagi , 5 Mei 2014 
 Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2014 SMS 
  1. Semak melalui SMS mulai 12:01 tengah malam, 5 Mei 2014:
  2. taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

Kredit buat:mummy nemo.com