Tuesday, June 24, 2014

Muslim stars to shine in Brazil World Cup




As Brazil prepares to host FIFA World Cup football tournament that would run from June 12 to July 13, 2014, dozens of Muslim players have been listed to take part in this summer's international games. Here are some of the names of Muslim stars participating in the international tournament. 

Edin Džeko 

Born in March 1986 in Bosnia's Sarajevo, the Manchester City striker has began his career as a midfielder in the youth team of Željezničar where he was recognized as one of the most talented boys in the blue team. 

In November 2009, Džeko became Bosnia’s first UNICEF ambassador. The Bosnian footballer was named top scorer of Group G in the 2014 World Cup qualifiers as his 10 goals granted his country Bosnia qualification for the first time in history to the FIFA World Cup (Brazil 2014).

Dzeko will play for Bosnia in the World Cup 2014.

Mesut Özil 

Mesut Özil is a German footballer who plays for Premier League club Arsenal and the German national team. 

Özil has been a youth national team member since 2006, and a member of the German national team since 2009. 

The 25-year-old talented player gained international attention during the 2010 FIFA World Cup and was nominated for the Golden Ball Award, which is awarded to the tournament's best player.

 At the age of 24, Özil became the youngest sportsman to figure in the Berlin museum.

Sami Khedira 

The Real Madrid midfielder, Sami Khedira, was named by Germany to play in World Cup 2014. 

Born in April 1987, the German footballer is currently playing for Real Madrid and the German national team.

In 2010, the Muslim player moved from VFB Stuttgart to Real Madrid, signing a contract until 2015 with an undisclosed fee.

Karim Benzema 

Playing for the Spanish Real Madrid and the French national football team, Karim Benzema, 26, was named as a forward player in the French squad travelling to Brazil 2014.  

At the age of 19, the Muslim striker was ranked as top goal-scorer in all European leagues in 2007 with 11 goals so far. 

He stole the limelight in 2005, when he made his first debut with the Lyonnais and scored a spectacular goal that gave him a foothold in the French national team at the age of 17.

Hailing from Algerian family, Benzema helped the Lyonnais maintain Ligue 1 title for 2005, 2006 and 2007.

His impressive performance at the UEFA Cup 2007 drew interests from European heavyweights Real Madrid, Barcelona, AC and Inter Milan. 

Mamadou Sakho 

Hailing form a Senegalese family, the 24-year-old Muslim defender will play for the French world Cup squad. 

The French footballer plays as a central defender for Premier League club Liverpool and the French national team.

In 2003, Sakho started his professional career after joining club Paris Saint-Germain, at the age of 12.

By 2007, the French defender signed his first professional three-year contract. In the same year he made his first league debut against Valeciennes in a 0–0 draw, becoming the youngest player ever to captain a Ligue 1 club.- 

SPESIES PENYU DI MALAYSIA.


Penyu! Pasti sahaja ramai yang mengenalinya meskipun tidak ramai yang pernah melihatnya. Di sini saya ingin berkongsi perihal spesies penyu yang terdapat di Malaysia.

Penyu Karah (eretmochelys imbricata ) 

Ada yang menggelarnya sebagai penyu sisik. Cengkerang penyu ini keras, diselaputi sisik perang gelap yang bertindih. Ia boleh membesar sehingga 90 sentimeter dengan berat antara 35 hingga 75 kilogram. Mulutnya menyerupai paruh helang dan makanan utamanya adalah span laut dan karangan lembut yang terdapat di terumbu karang. 

Musim bertelur penyu ini adalah antara Mac dan Jun dengan purata sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. 

Penyu Belimbing (dermochelys coriacea)

Penyu Belimbing adalah spesies terbesar di dunia dan diancam kepupusan. Ia merupakan satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras. Cengkerangnya lembut dan mempunyai tujuh jaluran panjang yang terbentuk dari bahagian kepala hingga ke ekor. Spesies unik ini boleh membesar sehingga mencecah dua meter dengan berat mencapai 600 kilogram.

Penyu ini menghabiskan keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400 hingga 1,200 meter. Walaupun memiliki tubuh besar, penyu ini hanya menghasilkan 60 hingga 120 biji telur sahaja pada suatu masa. 

Musim bertelur penyu ini ialah antara Mac hingga Ogos. Di Malaysia, tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur ialah di Rantau Abanf, Terengganu.

Penyu Agar (chelonian mydas)

Spesies ini turut dikenali sebagai penyu hijau kerana lemak dalam badannya. Warna sebenar penyu ini ialah coklat tua atau kehitaman. Ia boleh membesar sehingga mencapai saiz lebih satu meter dengan berat badan antara 135 hingga 270 kilogram. 

Makanan utama penyu ini adalah rumpai laut dan rumpair, manakala musim bertelur adalah antara April dan September. Setiap kali nai kke pantai , penyu ini mampu menghasilkan 100 hingga 140 biji telur. 

Antara lokasi persinggahan penyu agar ialah Terengganu, Pahang, Perak, Kedah,Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak 

Penyu Lipas (lepidochelys olivecia) 

Penyu ini merupakan spesies terkecil di Malaysia. Ia boleh membesar sehingga 70 sentimeter dengan berat biasanya antara 35 hingga 50 kilogram. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. 

Musim bertelur penyu lipas adalah dari Mac hingga Jun dengan purata mencecah 100 biji setiap kali. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini, spesies penyu ini diancam kepupusan. 

Sumber : Harian Metro, 13 Jun 2014. m/s v3.

Monday, June 23, 2014

Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia


AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pembantunya, Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi. Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera. Kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang. Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar. Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan. 

Biodata 

  • Tarikh Lahir: 18 Ogos 1950 
  • Tempat Lahir: Kg. Masjid Tepoh, Kuala Terengganu 
  • Nama Isteri: To’ Puan Zaitun Binti Salleh Bil. 
  • Anak: 8 Orang (5 Lelaki, 3 Perempuan) 
  • Alamat Rumah: 1026, KM 14 Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu 
  • Alamat Email: ust_abc@yahoo.com 


Pendidikan 

  • 1973 – 1977: Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian Islam (Syariah) Dan Diploma Pendidikan UKM.
  • 1987 – 1988: Melawat Sambil Belajar Bahasa Inggeris Di Fort Wayne Community College, Indiana, USA
  • 1995 – 1996: Melawat Sambil Belajar Bahasa Arab Di Jami’ah Afriqiyyah Alamiyyah, Khourtoum, Sudan.
  •   2011 – 2012: Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM) 

Pengalaman Kerja

  • 1977 – 1981: Pengetua Institut Berakan. Kuala Terengganu. 
  • 1982 – 1986: Wakil Rakyat (ADUN Jeram), Terengganu
  • 1997 – 1999: Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian Sek. Rendah Islam Pintar (SRIP) 
  • 1999 – 2004: Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu 
  • 2000 – 2004: Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu
  • 2004 – Kini: Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT) 
  • 2008 – Kini: Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan 

Politik 

  • 1981: Menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS)
  • 1984 – 1986: Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting 
  • 1989 – 1999: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 13
  • 1999 – 2011: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu 
  • 2000 – Kini: Ahli Jawatankuas PAS Pusat 
  • 2000 – 2007: Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat 
  • 2007 – Kini: Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat 
  • 2008 – Kini: Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat

Kegiatan Pelajar & Belia 

  • 1968 – 1970: Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu. 
  • 1975 – 1977: Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM 
  • 1976 – 1977: Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM 
  • 1977 – 1981: Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Terengganu & Negeri Terengganu. 

Kegiatan Kemasyarakatan & Pendidikan 

  • 1979 : Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM 
  • 1983: Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu
  •  1987: Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu 
  • 1989 – 1999: Pengerusi PASTI Malaysia 
  • 2006 – 2008: Penasihat (Luar) Yayasan Amal Malaysia
  •  2009 – Kini: Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)
  •  2013: Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN) 

Kegiatan Antarabangsa 

  • 1989: Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan 
  • 1989 & 1993: Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2 
  • 1994, 1995 & 1996: Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki 
  • 1997 & 1998: Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan. 
  • 2003: Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan
  • 2005 – 2013: Presiden AFMY
  • 2007: Mengasaskan Internasional Muslim Busines Network (IMBNet) 

Penulisan Buku 

  • 1987: Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd
  • 1998: Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd 
  • 1999: Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan 
  • 2007: Pilihanraya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai 
  • 2011: PAS 60 Tahun – Pustaka Damai 
  • 2013: Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb – Pustaka Damai 

Darjah Kebesaran & Anugerah Tokoh 

  • 2002: Setia Mahkota Terengganu (SMT) 
  • 2003: Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT) 
  • 2003: Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Trg 
  • 2003: Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Pusat 
  • 2009:Tokoh PASTI Malaysia 

Sumber; Harakah Daily

Thursday, June 19, 2014

Fadhilat dan Kelebihan Solat Tarawih adalah Hadis Palsu


Walaupun dijelaskan berkali-kali dan diterangkan berjela-jela namun masih macam itu juga. Masih ramai yang tidak mengerti dan tetap memahami. Saban tahun, pasti akan ada ulama atau golongan agama yang berpesan agar jangan terpengaruh dengan hadis-hadis mengenai fadhilat dn kelebihan solat Tarawih, ini kerana ia adalah dusta dan bersumberkan hadis palsu. 

Timbalan Dekan Jabatan al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd Fauzi Amin, pernah menyarankan agar hadis palsu tentang fadilat solat tarawih ini disekat daripada disebarkan (Majalah al-Islam,Ogos 2011 halaman 18 hingga 20 ), Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Agama Islam Selangor juga telah membongkar kepalsuan hadis tersebut. Begitu juga dengan ulama atau tokoh-tokoh agama yang lain, namum hadis palsu ini tetap mendapat tempat di hati segelintir umat islam di negara kita. 

Memandangkan Ramadhan bakal menjelma sedikit masa lagi, jadi amat wajar untuk mengingatkan kembali perihal ini. Moga-moga kita dapat bertarawih dengan tenang dan senang tanpa mengharapkan ganjaran pahala yang bukan-bukan dan melampaui batas ini. 





Di sini saya paparkan sahaja artikel daripada Jabatan Negeri Terengganu. Artikel yang membongkar kepalsuan hadis tentang kelebihan atau fadilat solat tarawikh yang bermula sejak malam pertama hingga malam terakhir bulan Ramadhan

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). 
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. 
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman. 
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S. 
  •  Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. 

Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu. Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim) Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. 

Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib). 

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. 

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam. 

Seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4)

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah.. 

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari) Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir) Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

  • Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi. 
  • Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih
  • Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih 
  • Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini. 


Info Tambahan:

Mengikut ulama-ulama hadis, salah satu tanda-tanda kepalsuan sesebuah hadis ialah menjanjikan ganjaran pahala yang terlalu besar bagi mereka yang menunaikan ibadat tertentu( sila rujuk Dr Abdul Hayei Abd Sukor , Islam & Manusia 1001 Kemusykilan, M/S : 246). Namun, kaedah ini tidak boleh digunapakai dalam semua keadaan untuk menentukan status hadis.

Amy Search kecewa dengan Nabila Huda



BAPA merupakan ketua dan pemimpin yang berdepan dengan tanggungjawab berat dalam memastikan kesejahteraan keluarga. Namun, apabila setiap kali nasihatnya itu dipandang sepi, sudah pasti ia memberi kesan buat dirinya sendiri. 

 Begitulah situasi yang dialami oleh legenda rock terkenal, Amy Search, dalam menggalas tugasnya sebagai bapa. Sebelum ini, dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya yang juga pelakon, Nabila Huda, namun kali ini dia enggan. Walaupun ramai mula berbicara mengenai anaknya itu, namun Amy mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen dan nasihat lagi. 

Menurut Amy, berita mengenai anaknya yang diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui pada hari ini (semalam). "Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. 

Saya dah malas! Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. 

Saya tidak akan bercerita kepada media. "Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia,' kata Amy lagi. Mendengar butir bicara Amy, jelas menunjukkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini. 

Ini bukanlah kali pertama Nabila dilanda kontroversi malah, kebanyakan daripada pengikut laman sosial pelakon ini sentiasa meninggalkan pesanan dan komen yang kurang enak di setiap foto yang dimuat naik. 

Terbaru, melihat kepada kehidupan peribadi Abil yang gemar bersosial dan bercuti bersama kekasih, seorang pengikut laman Instagramnya, bernama, Darian Christ telah meninggalkan komen berbaur sinis kepada pelakon drama, Masih Ada Cinta, ini.

Antaranya, pengikut itu mengajak Abil untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Abil tidak berhasil apabila pelakon ini kini sedang bercuti di Barcelona. 

Lebih lanjut,langsung sahaja ke Sinar Harian

Bulgogi Brothers Korean Bbq :CPUV Terbaru dari Nuffnang.



Alhamdulillah, satu lagi campaign BE atau CPUV sudi bertamu di blog saya. Kali ini datangnya dari Bulgogi Brothers Korean Bbq Restaurant. Terima kasih buat Bulgogi Brothers Korean Bbq dan banyak-banyak terima kasih buat Nuffnang


Ini adalah BE yang ke-6 untuk tahun ini dan untuk kali yang ke-39 sejak saya bersama Nuffnang. Harap-harap BE dari Bulgogi Brothers Korean Bbq ini bertahan lama status ‘on goingnya’. Ayat bodek gitu. Hehehe.


 

 Bulgogi Brothers Korean Bbq merupakan restoran makanan Korea. Sejujurnya saya belum pernah ke sana, dan teringin sekali ingin ke sana sebab saya merindui makanan dan masakan Korea. Terkenang-kenang saat berkunjung ke Korea pada penghujung tahun 2013. 

Berikut adalah lokasi Bulgogi Brothers Korean Bbq di Malaysia, 
  
  • Paradigm Mall, Kelana Jaya Lot GB 13, Ground Floor Boulevard, 1, Jalan SS 7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya 03-7887 3541
  • Pavilion KL Lot 6.01.03, Level 6, No. 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur 03-2141 9620 
  • eCurve, Mutiara Damansara G-03A, Ground Floor, No. 2A Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya 03-7722 3633
  • Mid Valley Megamall Lot T-013B, 3rd Floor, Mid Valley City Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur 03-2282 2292 

Untuk info lebih lanjut tentang libresse, langsung sahaja ke websitenya, Bulgogi Brothers Korean Bbq dan ke Facebook Bulbogi Brother

Monday, June 16, 2014

SEJARAH PIALA DUNIA / WORLD CUP

Kosmo, 6 Jun 2014.


Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa(FIFA) yang menjadi badan induk gab Ungan bola sepak dunia ditubuhkan pada tahun 1904.

Namun idea untuk melahirkan satu kejohanan bola sepak berprestij peringkat dunia hanya muncul kira-kira 24 tahun kemudian. Idea tersebut hanya dapat direalisasikan pada tahun 1928 apabila Presiden FIFA ketika itu, Jules Rimet ( nama aal trofi Piala Dunia) kecewa selepas bola sepak tidak disenaraikan sebagai salah satu acara dalam sukan olimpik musim panas. 

Susulan daripada itu, beliau bertindak mempromosikan sukan tersebut melalui satu kejohanan khas. Impiannya tercapai apabila Montovideo, Uruguay dipilih menjadi tuan rumah pertama kejohanan selama 17 hari yang bermula 13 Julai 1930 dengan hanya melibatkan 13 pasukan tanpa format pusingan kelayakan. Signifikannya Uruguay dipilih menjadi tuan rumah adalah kerana negara tersebut telah memenagi acara bola sepak pada aksi Sukan Olimpik tahun 1924 dan 1928. 

Kesemua 13 pasukan yang mneyertai kejohanan julung kali itu ialah , Amerika Syarikat, Argentina, Uruguay, Yugoslavia, Belgium, Perancis, Romania, Mexico, Bolivia, Brazil, Chile, Paraguay dan Peru. 

Pada kejohanan sulung itu, perlawanan pertama menyaksikan pertemuan antara Perancis dan Mexico yang berkesudahan dengan Perancis menang 4-1 dan pemainnya Lucien Laurent menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam kejohanan Piala Dunia. 

Perlawanan akhir kejohanan sulung itu mempertemukan antara tuan rumah dan Argentins dengan kesudahan Uruguay berjaya merangkul kejuaraan pertama dengan membenam cabaran lawan mereka dengan keputusan 4-2 manakala Guillermo Stabile dari Argentina dinobat selaku penjaring terbanyak dengan lapan gol. 

Dua edisi penganjuran selepas itu pada tahun 1934 dan 1938, FIFA telah memilih Itali dan Perancis sebagai tuan rumah yang menyaksikan Itali mengungguli kedua-dua siri kejohanan sebelum ia dihentikan buat sementara waktu ekoran Perang Dunia Kedua.

Kejohanan Piala Dunia kembali pada tahun 1950 apabila Brazil dipilih menjadi tuan rumah dengan melibatkan 13 pasukan yang bertanding. Perlawanan akhir menemukan pasukan tuan rumah dan Uruguay , namun Brazil gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tumpas 1-2. Apa yang paling diingati adalah perlawanan akhir tersebut yang berlangsung di Stadium Maracana menarik lebih 200,000 penonton. 

Piala Dunia 1974 yang berlangsung di Jerman Barat cukup bermakna apabila buat pertama kalinya, trofi baharu yang digunakan sehingga sekarang diperkenalkan selepas trofi lama yang sebelum ini dicuri dan dijumpai semula diserahkan kepada Brazil secara tetap selepas negara itu muncul juara sebanyak tiga kali pad 1958,1962 dan 1970. 

Pada tahun 1982 format Piala Dunia telah ditukar dengan pasukan yang bertanding ditambah sebanyak 24 negara buat kali pertama dalam sejarah pertandingan itu. Ia diteruskan sehingga 1994. Pada tahun 1998, format diubah sekali lagi di mana pasukan yang bertanding ditambah penyertaannya kepada 32 pasukan. 

Sehingga kini selepas 19 edisi kejohanan Piala Dunia dipertandingkan, Brazil masih mengungguli apabila memenangi lima kejuaraan diikuti Itali (empat), Jerman (tiga) dan masing-masing dua kali untuk Argentina dan Uruguay. Sementara England, Perancis dan Sepanyol berkongsi satu kejuaraan. 


Info Penting Piala Dunia 

  • Piala Dunia edisi yang Pertama ialah pada 13 Julai 1930. 
  • Juara Piala Dunia edisi yang pertama,1930 ialah Uruguay. 
  • Pemain Perancis, Lucien Laurent merupakan pemain pertama yang menjaringkan gol dalam kejohanan Piala Dunia pada tahun 1930 
  • Penjaring terbanyak kejohanan Piala Dunia yang pertama ialah Guillermo Stabile dari Argentina dengan meledak lapan gol di Piala Dunia 1930. 
  • Penyerang Perancis, Just Fortaine masih tersenarai sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak 13 jaringan di Piala Dunia 1958 di Sweeden. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan: Senarai Pemenang Kasut Emas Piala Dunia

Saturday, June 14, 2014

Lirik Lagu Tema Piala Dunia 2014: We Are One (Ole Ola) –Pitbull, Jennifer Lopez and Claudia Leitte



Put your flags up in the sky (put them in the sky)
And wave them side to side (side to side)
 Show the world where you’re from
(show them where you’re from)
Show the world we are one (one love, life)

Ole ole ole ola
Ole ole ole ola
Ole ole ole ola
Ole ole ole ola

When the going gets tough the tough
get going
One love, one life, one world
One fight,  whole world, one night, one place
Brazil, everybody put your flags
in the sky and do what you feel

It’s your world, my world, our world today
 And we invite the whole world, whole world to play
 It’s your world, my world, our world today
And we invite the whole world, whole world to play

 Es mi mundo, tu mundo, el mundo de nosotros
Invitamos a todo el mundo a jugar con nosotros

Put your flags up in the sky
 (Put them in the sky)
And wave them side to side (side to side)
Show the world where you’re from
(show them where you’re from)
Show the world we are one (one love, life)

Ole ole ole ola
Ole ole ole ola
Ole ole ole ola
Ole ole ole ola

One night watch the world unite
Two sides, one fight and a million eyes
Full heart’s gonna work so hard
Shoot, fall, the stars
Fists raised up towards the sky

Tonight watch the world unite, world unite, world unite
For the fight, fight, fight, one night
Watch the world unite
Two sides, one fight and a million eyes

 Hey, hey, hey, força força come and sing with me
Hey, hey, hey, allez allez come shout it out with me
Hey, hey, hey, come on now
Hey, hey, hey, come on now
 Hey, hey, hey, hey, hey

 Put your flags up in the sky
(Put them in the sky)
And wave them side to side (side to side)
Show the world where you’re from
(show them where you’re from)
Show the world we are one (one love, life)

Ole ole ole ola
Ole ole ole ola
Ole ole ole ola
Ole ole ole ola

Claudia Leitte, obrigado

 É meu, é seu
Hoje é tudo nosso
Quando chamo o mundo inteiro pra jogar é pra mostrar que eu posso
Torcer, chorar, sorrir, gritar
Não importa o resultado, vamos extravasar

Put your flags up in the sky
(Put them in the sky)
And wave them side to side (side to side)
Show the world where you’re from
(show them where you’re from)
Show the world we are one (one love, life)

Ole ole  ole ola
Ole ole  ole ola
Ole ole ole ola
Ole ole ole ola

Hari Bapa 2014: Datuk Seri Ahmad Said layak terima anugerah Bapa Mithali Satu Malaysia.



Demi perkahwinan anak, Mad Said sanggup keluar parti dan merisaukan Perdana Menteri. 

Demi perkahwinan anak Mat Said menjadikan Umno/Bn Terengganu terumbang ambing dan bernafas di dalam lumpur.

Demi perkahwinan anak, Mat Said sanggup menoktahkan perjalanan politiknya. Bekas Menteri Besar yang lain seperti Datuk Seri Idris Jusuh dan Dato Seri Shahidan Kassim, meskipun tidak lagi menjadi Menyeri Besar namun kerjaya politik mereka masih bernyawa, dan mereka dilantik menjadi menteri. Tapi Mat Said, pasti sahaja tidak akan dicalonkan lagi di peringkat negeri, apatah lagi peringkat negara. Hayat politiknya bakal berkubur. Tapi dia rela demi anak tercinta. 

Walaupun rajuk Mat Said hanyalah seketika, namun kasih sayang yang dicurahkan kepada anaknya perlulah dihargai. Bagi menghargai kasih sayangnya itu, amat wajar untuk menganugerahkannya sebagai Tokoh Bapa Mithali Satu Malaysia 2014.

Wednesday, June 11, 2014

Senarai pasukan yang akan beraksi dalam Piala Dunia 2014.


Piala Dunia 2014 akan bermula tak lama lagi. Brazil selaku tuan rumah bakal menjadi tumpuan dunia. 

13 Jun 2014, merupakan detik yang dinanti-nanti oleh peminat bolasepak seantero dunia. Pada perlawaan pembukaan itu, Brazil akan bertarung dengan Crotia. 

Kali ini, 32 pasukan bakal beraksi dan pasti sahaja, anda mengharapkan pasukan kesayangan anda yang menjuarai Piala Dunia 2014. 

Sebelum sepak mula bermula, eloklah kita ketahui senarai pasukan-pasukan yang akan beraksi dalam Piala Dunia 2014 nanti. 


 Kumpulan A. 

1. Brazil 
2. Crotia 
3. Mexico 
4. Cameroon 

Kumpulan B 

1. Sepanyol 
2. Belanda 
3. Chile 
4. Australia 

Kumpulan C 

1. Colombia 
2. Greece
3. Ivory Coast
4. Jepun 

Kumpulan D 

1. Uruguay 
2. Costa Rica 
3. England 
4. Itali 

Kumpulan E. 

1. Switzerland 
2. Ecuador 
3. Perancis 
4. Honduras 

Kumpulan F. 

1. Argentina 
2. Bosnia Herzegovina 
3. Iran 
4. Nigeria 

Kumpulan G 

1. Jerman 
2. Portugal 
3. Ghana
4. Amerika Syarikat

 Kumpulan H. 

1. Belgium 
2. Algeria 
3. Rusia 
4. Korea Selatan

Tuesday, June 10, 2014

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan


Saya terbaca maklumat ini di Facebook Dr Abu Anas Madani dan saya rasa ia amat menarik untuk dikongsi untuk manfaat  bersama.

Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:- 

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang. 

 2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

 3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

 4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan. 

 5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

 6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

 7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan. 

 8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika” 

 9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan. 

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit. Sumber 


Sumber Asal: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=521265741257650&set=a.140501556000739.30439.140501459334082&type=1&theater

Friday, June 6, 2014

Agama Islam Mesra Wanita.

KOSMO,28.10.2013. M/S :46
Kedatangan islam membawa seribu erti dan sejuta makna kepada wanita. Erti penghormatan dan makna pembelaan. Sebelum kedatangan islam, wanita tidak dihargai dan diperlakukan dengan begitu hina. Malah, dalam tamadun-tamadun yang hebat seperti Yunani, Greek dan Rom, wanita tidak diberi ruang dan peluang untuk hidup dengan senang dan tenang. Islam adalah agama rahmatan lil 'alamin telah berjaya menoktahkan zaman gelap kaum wanita dan membawa mereka ke era yang penuh kemuliaan. 

Walaupun begitu, ancaman-ancaman terhadap wanita dan kewanitaan tidak pernah lupus dan pupus. Pelbagai ancaman sebenarnya, termasuklah ancaman berbentuk salah faham dan salah tafsir terhadap wanita dan kewanitaan. Ancaman ini datangnya daripada gerakan feminism terlampau yang memperjuangan emansipasi wanita. Emansipasi atau kebebasan wanita memang tidak salah, tapi tuntutan mereka kadang-kadang melampau dan jauh tersasar. Ini termasuklah penentangan terhadap sistem poligami dan mempertikaikan konseb Kenabian yang khusus untuk lelaki. Adapun perjuangan untuk mendapatkan hak dan keadilan kepada kaum wanita dalam aspek politik, ekonomi dan sosial, ia adalah wajar dan tidak perlu digusarkan.

Salah faham dan salah tafsir juga datang dari golongan yang tidak sudi bertoleransi dalam menerima pandangan-pandangan agama. Mereka berpegang teguh kepada sesuatu pendapat dan tidak sekali-kali bertolak ansur dengan pendapat yang lain, sedangkan pendapat atau pandangan tersebut bukanlah bersifat qat’ie. 

Cuba bayangkan apakah pandangan orang-orang bukan islam apabila terbaca keratan akhbar di atas, iaitu mengenai tindakan pihak berkuasa Arab Saudi yang mendenda wanita-wanita yang memandu kereta. Tentu mereka terkejut dan tentu sahaja salaha faham mereka terhadap islam akan menjadi semakin menebal. Umum mengetahui Arab Saudi melarang wanita memandu kereta. Biarlah, itu cerita di Arab Saudi dan saya cuba berprasangka baik dan mewajarkan tindakan pemerintah negara tersebut. Di sana mungkin wanita terancam apabila memandu kereta. Terancam maruah dan juga nyawa.

Namun, masalahnya ialah, terdapat juga segelintir umat islam di Malaysia yang taksub dengan Arab Saudi. Jujur dan ikhlas, saya pernah berhadapan dengan individu sebegini, walaupun hanya beberapa kerat tapi ia sudah cukup untuk menyuburkan salah faham terhadap agama. Jika boleh mereka ini ingin meniru dan ‘mencetak’ seratus peratus ‘perlakuan’ Arab Saudi dalam segenap perkara. Mereka taksub serba serbi dan dalam segenap hal, termasuklah mengenai larangan wanita memandu kereta. 

Kita mungkin boleh bersetuju, jika mereka berpendapat, pengharaman wanita daripada memandu boleh mengurangkan kes jenayah terhadap wanita seperti rogol dan ragut. Tapi, amat tidak masuk akal jika terdapat yang berhujah, wanita perlu diharamkan daripada memandu kerana ia boleh menggelakkan penzinaan. Timbul kemusykilan, adakah wanita yang memandu kereta adalah wanita yang cenderung untuk berzina dan membuat maksiat. Cuba bayangkan juga, apakah pandangan orang-orang bukan islam jika hujah dan alasan sebegini menerjah pendengaran mereka. 


Begitu juga dalam isu wanita sebagai pemimpin. Memang benar ramai ulama dan ilmuan islam yang berpendapat tugas sebagai pemimpin, terutamanya pemimpin negara adalah hak milik lelaki. Dan memang benar terdapat hadis yang menyatakan kepimpinan wanita akan menemui kegagalan. Walaupun begitu ia menimbulkan perbahasan panjang dalam kalangan ulama dan pemikir-pemikir islam. Cuma, perlu ditegaskan di sini larangan terhadap wanita daripada menjadi pemimpin bukanlah qat’ie dan ia mengundang perbahasan dalam kalangan ulama. Saya tidak berminat untuk membincangkan ia secara panjang lebar, dan mungkin akan saya perkatakan dalam entry akan datang.

Cuma, di sini saya ingin berkongsi tentang pandangan melampau mengenai wanita dan kepimpinan. Di sebuah restoran di Kota Bharu, seorang rakan memberitahu saya tentang ‘keributan’ yang melanda semasa sesi pemilihan ketua pengawas di sekolah, tempatnya berkhidmat. Masing-masing ada pandangan, dan tiba-tiba terdapat satu ‘amaran’ daripada seorang Ustaz agar ketua pengawas wajib lelaki dan tidak sesekali perempuan. Katanya, jika ketua pengawas dipilih dari kalangan perempuan akan melaratlah masalah disiplin di ekolah. Katanya lagi, memilih wanita sebagai ketua pengawas adalah satu perlanggaran terhadap sabda Nabi. 

Begitulah hebatnya salah faham dan salah tafsir terhadap kepimpinan wanita hinggakan untuk menjadi ketua pengawas, malah mungkin untuk menjadi ketua tingkatan pun turut dipertikaikan dan dianggap menyeleweng dari agama. Itu baru diperingkat sekolah dan untuk menjawat jawatan ketua pengawas dan bukannya diperingkat negara atau untuk menjadi Presiden atau Perdana Menteri. Salah faham dan salah tafsir dan pandangan jumud sebegini hanyalah mencemarkan imej islam dan member ruang kepada golongan anti islam termasuklah golongan feminisme untuk menghentam dan memburukkan islam.

Umum mengetahui, jika diperingkat sekolah, urusan disiplin bukanlah tanggungjawab ketua pengawas secara mutlak, malah ia dikendalikan oleh guru-guru yang menganggotai jawatankuasa disiplin dan berada di bawah pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 

Begitu juga dengan isu wanita berkerja. Terdapat segelintir umat islam yang tidak membenarkan wanita bekerja. Meskipun mereka tidak sampai ke tahap mengharamkan, tapi mereka tidak mengalakkan. Benar, tugas mencari rezeki adalah peranan suami. Dan memang benar, wanita lebih terjaga maruah dan keselamatan apabila berada di rumah. Juga benar, tugas utama wanita ialah mendidik anak-anak dan menguruskan urusan rumah tangga. 

Namun kita juga perlu ketahui, tiada larangan yang melarang atau mengharamkan wanita/isteri daripada bekerja. Apatah lagi untuk membantu suami dan meringankan beban suami dan membentuk rumah tangga yang lebih selesa. Keselasaan untuk kebahagiaan suami dan isteri dan untuk kejayaan anak-anak. Tiada masalah untuk seseorang wanita/isteri berkerja tetapi hendaklah mematuhi etikanya, antaranya ialah mendapat restu daripada suami, pekerjaan yang halal dan bersesuain dengan wanita serta tidak mengabaikan keluarga.

Dalam isu ini juga, kita memerlukan kebijaksanaan untuk membaca realiti agar kita dapat memahami situasi dengan sematang-matangnya. 

Realiti dan situasi hari ini ialah, 

  • Di mana-mana IPTA/IPTS di Malaysia, jumlah pelajar wanita jauh mengatasi pelajar lelaki. Jadi, jika mereka tidak dibenarkan berkerja, ilmu dan kepakaran mereka akan dipersiakan. Bagaimana pula dengan wanita- wanita bukan islam, mereka tidak dilarang dan tentu sahaja mereka akan mengisi kekosongan tersebut.
  •  Untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA/IPTS, pelajar perlu membuat pinjaman dengan PTPTN atau mana-mana agensi. Tempoh pembayaran hutang bukanlah setahun dua dan adakah semua suami berupaya atau sanggup untuk menjelaskan hutang-hutang isterinya jika isteri tidak dibenarkan bekerja. 
  • Kos hidup hari ini memerlukan kekuatan kewangan. Dalam Kosmo bertarikh 4 Jun 2014, pada halaman 1 dan 3, mengenai harga rumah yang semakin meningkat dan kemungkinan generasi akan datang akan menjadi penyewa hingga ke hujung nyawa. Akhbar tersebut melaporkan harga rumah di Malaysia meningkat kira-kira 30 peratus pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Menurut penganalisis ekonomi, Prof. Dr Amir Baharuddin, “setiap rakyat Malaysia memerlukan gaji atau pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk melayakkan mereka membuat pinjaman membeli rumah yang kini berharga lebih RM350,000 seunit dan kita kena faham mereka juga perlu menanggung perbelanjaan lain seperti kereta dan makan minum”. 

Inilah realiti dan inilah situasi yang melanda negara pada hari ini dan pasti sahaja semakin getir untuk tempoh 10 tahun akan datang. Realitiinya, harga untuk hidup cukup mahal dan situasinya, kita semakin tertekan. 

Dan,saya terkenagkan sindiran seorang kenalan FB, katanya 

 “Orang (saya rahsiakan namanya) yang menyarankan agar si isteri berhenti kerja dan fokus kepada urusan rumah tangga bukanlah sembarangan orang. Gajinya lima angka sebulan, malah kemungkinan besar sekitar RM50,000 sebulan. Tapi golonagan yang dinasihatkan/disarankan pula bergaji RM1,000 atau RM2,000 sebulan."

Wednesday, June 4, 2014

Isu coklat Cadbury, pandangan bernas daripada Dr Maszlee Malik

                                        
amat dialu-alukan dan lagi baik jika diadakan siaran langsung.

Isu coklat Cadbury masih lagi belum reda. Walaupun pihak JAKIM dan Jabatan Kimia telah mengesahkan dua sampel coklat Cadbury yang dianalisis bebas dari DNA babi, namun ia tidak dapat diterima dengan senang dan tenang.

Saya tertarik dengan penjelasan daripada Dr Maslzee Malik, seorang pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) mengenai isu ini. Ia dipaparkan di laman facebook beliau . Di sini saya paparkan sahaja pandangan tersebut untuk manfaat bersama.

1) Rakyat Malaysia beragama Islam wajar meletakkan kepercayaan kepada bahagian Halal JAKIM yang merupakan autoriti di dalam hal seumpamanya di Malaysia. Saya yakin SOP mereka dan juga tahap profesionalisme mereka di dalam isu pelabelan halal boleh diyakini. Sebarang penyalahgunaan label mereka adalah di luar kawalan makmal mereka. Keputusan JAKIM yang mengesahkan bahawa dua jenia coklat Cadbury yang dikatakan mengandungi DNA babi (porcene) adalah tidak benar dan status kehalalannya kekal adalah wajar dipercayai dan diiktiraf oleh rakyat Malaysia beragama Islam. 

2) Keputusan Jabatan Kimia menguatkan lagi dan mengesahkan lagi kredebiliti pengesahan JAKIM. Jabatan Kimia merupakan pihak yang tiada kepentingan di dalam isu ini, dan pihak yang lebih lama mempunyai reputasi dan kredebiliti di dalam hal ini. Hasil kajian mereka sewajarnya diterima dan dijadikan kata pemutus berhubung penemuan DNA babi di dalam dua jenis coklat Cadbury. Kedua-dua JAKIM dan jabatan Kimia adalah 'ahl dhikr' (pihak yang mempunyai autoriti di dalam bidang mereka) yang wajar dijadikan rujukan oleh rakyat Malaysia beragama Islam di dalam isu halal dan haram.

3) Pihak KKM wajib bertanggungjawab untuk bersikap telus demi menjaga kredebiliti mereka. Sumber coklat yang mereka uji, pihak yang telah menyerahkan sampel tersebut dan juga pihak yang telah membocorkan maklumat hasil kajian mereka kepada media sosial yang sepatutnya dirujuk kepada JAKIM sebagai pihak yang berautoriti perlulah didedahkan dan mengambil tanggungjawab. Hal ini amat perlu berteraskan konsep transparency (ketelusan) dan akauntabiliti. Tindakan ini juga perlu memandangkan apa yang berlaku dan ditumbilkan oleh pihak KKM telah menyebabkan suasana tidak tenteram dan kegelisahan melampau di kalangan rakyat Malaysia beragama Islam.

 4) Pihak Cadbury sebagai sebuah syarikat pengeluar coklat bertaraf antarabangsa wajar diakui ketinggian integriti mereka, terutamanya di dalam proses pengeluaran dan persijilan. Kekeliruan yang timbul tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menjatuhkan langsung nama dan juga reputasi syarikat berkenaan yang telah bersikap profesional dan tidak gopoh di dalam mendepani isu tersebut. Walau bagaimanapun, demi memperbaiki kerosakan imej mereka yang kritikal di kala ini, samada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, mereka perlulah menubuhkan badan penasihat Syariah atau Halal advisory council untuk memantau proses pembuatan mereka dan memberikan keyakinan kepada para pelanggan Muslim samada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Penubuhan Syariah advisory council di pihak Cadbury juga akan meningkatkan kredebiliti Cadbury untuk jangkamasa yang panjang. 

5) Bagi pihak konsumer Muslim di Malaysia pula, sikap kepekaan dan sensitiviti berhubung halal haram berhubung isu Cadbury amatlah dihargai. Hal ini menunjukkan bahawa penjagaan Syariat, walaupun dalam isu terpilih, masih mengalir di dalam pengamalan rakyat Muslim terbanyak. Walau bagaimanapun, sikap reaksi melampau sesetengah pihak yang merupakan kesan normal di kalangan rakyat Melayu Muslim di dalam berhadapan isu yang berkaitan sentimen perlulah diperbaiki di masa-masa hadapan. Konsep bertenang dan tidak mudah melatah, sikap profesional di dalam menerima sebarang maklumat di media-media sosial dengan bersikap kritikal dan memastikan kesasihan sumber perlu dipertingkatkan. Islam amat menitil beratkan sikap profesional dan sikap berhati-hati di dalan menerima maklumat, bertindak di atas maklumat yang tersebar mahupun di dalam membuat apa-apa hukuman ke atas pihak yand dituduh aehinggalah bukti dan juga penghukuman telah dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti.

6) Di samping itu, umat Islam juga perlu mengelakkan menghukum sebelum sesuatu isu itu diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab perlu diamalkan. Sikap kegopohan dan tidak cermat di dalam membuat kenyataan seperti ingin membakar kilang Cadbury, ingin menyaman, memaksa Cadbury menanggung prosea penyucian darah dan juga menyebarkan teori konspirasi bahawa pihak musuh Islam ingin merosakkan umat Islam melalui coklat Cadbury ataupun lebih malang menuduh bahawa JAKIM atau kerajaan BN mempunyai kepentingan di dalam syarikat Cadbury adalah terlalu emosional, tidak berjejak di atas fakta dan terlalu prejudis serta tidak Islamik. Sikap tidak Islamik seperti ini tidak akan membantu umat Islam mahupun agama Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, dengan bersikap profesional, ia tidak bermaksud umat Islam tidak perlu peka dan tidak sensitif di dalam isu-isu pengguna. Umat Islam wajib pro-aktif di dalam memperjuangkan isu-isu kepenggunaan dan isu halal-haram berdasarkan tuntutan prinsip 'Islah' yang sentiasa lestari di dalam Syariat Islam. 

7) Berdasarkan sikap pro-aktif di dalam isu halal haram, umat Islam di Malaysia juga wajib meluaskan momentum mereka di dalam memerangi riba, rasuah, penyalahgunaan wang awam dan juga ketirisan di dalam penggunaan dana negara. Keharaman riba, rasuah dan salahguna wang rakyat di pihal mana sekalipun adalah lebih besar dari isu coklat Cadbury.

8) Golongan intelektual Muslim perlulah menjadi kumpulan yang memberikan pencerahan, bimbingan dan panduan ketika rakyat dilanda kegelisahan kolektif kerana dilanda isu sensasi yang berkait dengan sentimen. Mereka tidak seharusnya bersikap gopoh, melatah dan terlalu populis dengan mengikuti arus yang timbul tanpa berpihak di atas fakta, metod yang sahih dan juga tahap profesionalisme yang tinggi.