Wednesday, July 30, 2014

Kesilapan yang sering dilakukan ketika menyambut Hari Raya



Beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :- 

 1) Sentuhan ;Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi. 

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. 

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. 

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin).

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini. 

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.


 
Tajuk Lain Yang Berkaitan :Hukum Menziarahi Kubur Pada Hari Raya

Monday, July 28, 2014

Panduan Pemakanan Secara Sihat Pada Hari Raya


Ini adalah entry ulang siar, kerana saya pernah menyiarkannya pada tahun lepas, -->lihat sini

Namun, disebebkan ia amat releven setiap kali Syawal menjelma, lantas saya menyiarkannya kembali sebagai perkongsian untuk manfaat bersama.. Sepanjang bulan Syawal yang mulia ini tentu sahaja kita akan ziarah menziarahi sanak saudara dan rakan taulan serta menghadiri rumah-rumah terbuka yang diadakan.

Lazimnya masyarakat kita akan beraya selama sebulan, ini bermakna sepanjang syawal kita tidak akan pernah sunyi daripada menjamah hidangan-hidangan yang disediakan. Masalahnya, seringkali kita jadikan hari raya sebagai hari untuk melunaskan dendam setelah sebulan menahan lapar dan dahaga, dengan makan secara berlebihan. 

Tabiat makan sebegini tentu sahaja mengundang keburukan, terutamanya terhadap kesihatan. 

Sebagai langkah berjaga-jaga Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan tujuh panduan makan secara sihat pada hari raya. 

Tujuh Panduan Tersebut Ialah: 

  1. Makan dalam saiz atau kuantiti yang kecil
  2. Pilih makanan yang rendah kandungan kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak ,lemak dan santan. (Sila rujuk jadual di atas untuk info mengenai kandungan kalori dalam juadah hari raya.)  
  3. Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit  
  4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol 
  5. Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. 
  6. Hadkan pengambilan makanan yang tinnggi kandungan garam seperti kerepek. 
  7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis. 

 Rujukan:Kosmo,Sabtu, 10 Ogos 2013,M/S 16.

 P/S: 7,700 kalori menyumbang kepada 1 kg ( rujuk: Kevin Zahri )

Sunday, July 27, 2014

Ramadhan, beza antara negara kita dan negara orang.

TERKORBAN GARA-GARA MERCUN BUATAN SENDIRI.
TERKORBAN KERANA INGIN MERAIH PAHALA BERIBADAT

Wednesday, July 23, 2014

Jokowi Presiden baharu Indonesia.


Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi disahkan presiden baharu Indonesia semalam. Keputusan rasmi menunjukkan Jokowi memperoleh 53 peratus undian berbanding pencabarnya, Prabowo Subianto 47 peratus. 

Keputusan itu mencatatkan peningkatan mengagumkan Jokowi yang dibesarkan di kawasan setinggan di Jawa, merendah diri dan dianggap orang luar dalam arena politik yang sekian lama dikuasai dinasti elit sejak zaman Suharto. 

Jokowi, bekas pengeksport perabot, menjadi popular apabila dilantik sebagai Gabenor Jakarta pada 2012 berikutan kejayaannya sebagai Datuk Bandar Solo. Pendekatan mesranya ternyata popular di kalangan rakyat yang bosan dengan ahli politik yang rasuah dan enggan bercampur dengan masyarakat. 

Beliau kerap melawat kawasan setinggan di Jakarta, yang mempunyai kira-kira 10 juta penduduk, dengan berpakaian kasual dan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pegawai bagi memastikan mereka menjalankan tugas. 

Jokowi amal sikap rendah diri

Di sebalik bebanan tugas, bapa kepada tiga anak itu masih mempunyai masa untuk menikmati minatnya kepada muzik ‘heavy metal’ dan kadang-kadang kelihatan di konsert di Jakarta.

Sikap rendah diri Jokowi bertentangan dengan dinasti politik dan tokoh bekas tentera ketika zaman Suharto yang menguasai politik Indonesia sejak berakhirnya pemerintahan bekas diktator itu pada 1998. 

Presiden Susilo Bambang Yudhoyoni ialah bekas jeneral dan Prabowo ialah bekas tokoh atasan tentera ketika Suharto yang mengaku menculik aktivis demokrasi. 

 “Ini sesuatu yang baharu bagi rakyat Indonesia, untuk memiliki pemimpin yang juga tokoh bawah,” kata penganalisis Pusat Strategik dan Kajian Antarabangsa beribu pejabat di Jakarta, Tobias Basuki. 

Jokowi menamatkan program perhutanan di universiti Indonesia, memulakan perniagaan perabotnya sendiri dan kemudian memasuki politik pada 2005 sebagai Datuk Bandar Solo. 

Beliau dipuji kerana mengubah bandar raya itu selama tujuh tahun memegang jawatan berkenaan, memindahkan penduduk setinggan ke rumah pangsa dan menempatkan semula beratus vendor di kaki lima ke pasar. Tahniah buat Jokowi. 

Lebih lanjut langsung sahaja ke; Berita Harian
 
Info Tambahan:

Saya pernah menonton Filem Indonesia berjudul Jokowi. Filem yang cukup menarik yang menceritakan perjalanan hidup Jokowi. Ia dibintangi oleh Teuku Rifnu Wikana dan Prisia Nasution. Siapa sangka anak miskin ini akhirnya mampu menjadi Presiden Indonesia.

Tahniah buat Jokowi.

Monday, July 21, 2014

Waris 15 Anak Kapal MH17 Dan 12 Penumpang Layak Terima Bayaran Bulanan Perkeso





Waris 15 anak kapal serta 12 dari 28 penumpang warga Malaysia pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 layak menerima bayaran bulanan bermula RM475 berdasarkan tangga gaji di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). 

Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem berkata kesemua anak kapal layak mendapat bayaran di bawah Skim Bencana Pekerjaan kerana berada di dalam pesawat waktu bekerja.

 "Bagi 12 penumpang pula mereka telah mencarum dengan Perkeso dan layak mendapat sama ada Skim Bencana Pekerjaan jika semasa di dalam pesawat untuk urusan kerja atau Skim Pencen Ilat jika di dalam pesawat bukan untuk urusan kerja," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Isnin. 

Beliau berkata di bawah Skim Bencana Pekerjaan, jika mangsa memperoleh gaji bulanan RM3,000 dan ke atas mereka layak mendapat bayaran sehingga RM2,750 dan jika gaji bawah RM3,000 kadar harian minimum adalah RM30 sehari berdasarkan tangga gaji.

Katanya di bawah Skim Pencen Ilat pula waris atau tanggungannya layak mendapat 50 hingga 65 peratus daripada gaji bulanan dan jumlah minimum pembayaran RM475. Riot berkata dua penumpang yang telah dipastikan sebagai layak menerima bayaran bulanan tersebut ialah Ariza Ghazalee yang bekerja di Lembaga Kemajuan Bintulu dan Meling Mula iaitu pekerja sebuah syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan bertugas di Venezuela. 

 "Manakala waris 10 penumpang lagi yang telah mencarum dengan Perkeso diharapkan dapat berhubung dengan Malaysia Airlines (MAS) dan mengemukakan bukti supaya pihak Perkeso dapat menjalankan tugas dengan segera. "Ini kerana ada beribu nama yang sama dengan mangsa dan hanya boleh dipastikan dengan nombor kad pengenalan sahaja," katanya.

Beliau berkata bayaran tersebut akan diterima serta merta selepas semua urusan selesai dan selain itu waris serta tanggungan mangsa turut layak mendapat faedah pengurusan mayat berjumlah RM1,500. 

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia pada Khamis. 

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab. 

Sumber: BERNAMA

Sunday, July 20, 2014

WANITA BUKAN ISLAM MEMAKAI BAJU TERTERA SURAH AL-FATIHAH



Gempar di media sosial tentang kebiadapan seorang wanita bukan islam yang memakai baju yang tertera surah Al-Fatihah. Kejadian ini telah berlaku di sebuah pasar raya di Ampang, Selangor. 

 

Ada beberapa perkara yang perlu diperkatakan dalam isu ini. 

  • Ke mana hilangnya maruah orang-orang Melayu yang beragama islam kerana tidak berani menegur perbuatan perempuan bukan islam tersebut.Saya difahamkan terdapat ramai orang-orang Melayu/Islam yang melihat kebiadapan perempaun tersebut. Adakah mereka tidak ambil peduli dengan isu ini. Mujurlah, seorang lelaki Arab bertindak tegas menegur/memarahi perempuan terebut. 
  • Perempuan tersebut dipercayai pelancong dari Korea. Ada kemungkinan dia tidak memahami ayat-ayat yang dilakarkan dibajunya adalah ayat suci Al-Quran. Dan ada kemungkinan dia beranggapan itu hanyalah tulisan/huruf jawi atau Arab. Sememangnya di Korea Selatan mahupun korea Utara, umat islam terlalu sedikit jumlahnya. Walaupun begitu, perempuan tersebut perlu diberitahu dan difahamkan perbuatannya itu dianggap menghina islam. 
  • Isu paling utama, siapakah yang bertanggungjawab mencipta pakaian tersebut. Golongan inilah yang paling biadap dan perlu dikenakan tindakan undang-undang. Jadi, pihak berkuasa perlu menyoal siasat perempuan terebut untuk mengetahui akar puncanya.

Saturday, July 19, 2014

MAS MH17: Haji Ghaffar Abu Bakar, Ketua Pramugara yang cakna agama


Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin. 

Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya. 

"Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial. 

Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut. Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu. 

Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS. 

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas. "Sekarang salah seorang pejuang dalam jihad kita menentang alkohol dijemput pergi dahulu... tetapi kita akan teruskan perjuangan ini," kata beliau dalam Whatsapp. 

Sumber : Malaysian Insider 

Info Tambahan: 

Al-Fatihah buat arwah dan para krew serta penumpang yang beragama islam. Moga-moga MAS ambil peduli segala teguran yang pernah Haji Ghaffar Abu Bakar lontarkan selama ini.

MAS MH17: MACAM NI PUNYA ORANG PUN ADA

Gagal membezakan MH370 dan MH17

DAH TAK BOLEH BEZAKAN ANTARA MH370 DENGAN MH17.

Friday, July 18, 2014

MH17 terhempas: Mayat ditemui di lokasi, serpihan bersepah sejauh beberapa kilometer


KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP. 

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer. Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi. 

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat. Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter. 

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA. 

Lebih lanjut, langsung sahaja ke :http://www.astroawani.com

Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine, dipercayai ditembak.


Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan). 

Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu. Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine. 

Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk. “Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu. 

Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu. Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.” Reuters melaporkan, wakilnya di kawasan itu mengesahkan melihat serpihan MH17 dan mayat. 

Sumber: Sinar Harian

Thursday, July 17, 2014

Mesut Ozil derma bonus kemenangan kepada penduduk Gaza



Bintang sensasi Jerman, Mesut Ozil dilapor akan mendermakan bonus kemenangan yang diterimanya berjumlah RM1.9 juta (350,000 pound) kepada kanak-kanak Gaza selepas membantu negara itu menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil. 

Konflik yang terus berlanjutan di Timur Tengah susulan rundingan genjatan senjata menemui jalan buntu, membuatkan pemain berkenaan bersedia mendermakan bonus sebanyak RM1.5 juta (270,000 pound) yang diterimanya apabila membantu Jerman muncul juara dan RM644,796 (118,000 pound) lagi daripada aksi separuh akhir.

Sumber: Berita Harian 

Ulasan: 

Mesut Ozil telah membuktikan dirinya masih lagi cakna agama. Dia masih lagi ambil tahu dan ambil peduli terhadap nasib malang yang menimpa umat islam di Palestin. 

Tidak sia-sia dan amat berbaloi saya menyokong German.

Sunday, July 13, 2014

ANAK MELAYU BERJIWA ZIONIS




Gila dan amat gila.. Orang macam ini layak digelar tali barut Zionis.
Kredit buat Naim Nikmat untuk gambar ini

Friday, July 11, 2014

2014 FIFA WORLD CUP : NEYMAR AND NIKMA



Siapa tak kenal Neymar, pemain Brazil yang bisa berbisa. Ketiadaannya semasa pertemuan antara Brazil dan German ternyata mencalar imej Brazil sebagai sebuah kuasa bola sepak dunia. Kena belasah 7-1 kepada German pastinya menjadi mimpi ngeri buat pemain, jurulatih dan peminat pasukan Brazi. 

Saya yakin pasti ramai yang masih membenci dan memarahi pemain Colombia yang menyebabkan keretakan tulang belakang Neymar. Sekali gus menyebabkan Neymar tidak diturunkan ketika aksi Brazil menentang Germany


Ini pula kisah Nikma. Beliau adalah seorang guru yang berkhidmat di sebuah sekolah menengah di Kelantan. Namanya menjadi popular dalam kalangan kami kerana nama tersebut agak hampir dengan nama pemain Brazil yang bisa berbisa itu. 

Walaupun begitu Cikgu Nikma bukanlah peminat Neymar mahupun brazil, sebaliknya beliau merupakan penyokong tegar Germany. Kini Cikgu Nikma tidak sabar untuk menunggu saat-saat Germany membelasah Argentina.

Thursday, July 10, 2014

Oldtown True White Coffee :CPUV Terbaru dari Nuffnang.


Alhamdulillah dengan izin-Nya, Nuffnang bermurah hati menganugerahkan CPUV terbaru untuk saya, iaitu Oldtown True White Coffee

Jutaan terima kasih kepada pihak pengiklan iaitu Oldtown True White Coffee kerana sudi memilih blog saya yang tak seberapa ini. Terima kasih juga kepada pihak Nuffnang. Jasa kalian amatlah dihargai.


Ini adalah BE yang ke-8 untuk tahun ini dan untuk kali yang ke-41 sejak saya bersama Nuffnang. Harap-harap BE ini bertahan lama status ‘on goingnya’. 

Lebih lanjut mengenai Oldtown True White Coffee, langsung sahaja web sitenya web sitenya atau facebooknya

Saturday, July 5, 2014

2014 FIFA World Cup : Senarai Pemain Muslim Dalam Pasukan Perancis.

Karim Benzema

 
Penyokong dan peminat Perancis tentu sahaja masih bersedih kerana Perancis baru sahaja tersingikir dalam saingan Piala Dunia 2014, setelah ditewaskan oleh German. 

Kehadiran pemain beragama islam dalam Pasukan Perancis bukanlah perkara baharu. Apatah lagi di Perancis agak ramai juga warganya yang beragama islam, terutamanya dari keturunan Imigran seperti dari Algeria. 

Zinedine Zidane atau Zizou merupakan pemain Muslim yang banyak berjasa kepada Pasukan Perancis sebelum ini. Itu kisah lampau dan sekarang Zinedine Zidane sudah bersara dari arena bola sepak, namun Pasukan Perancis masih lagi dibanjiri beberapa pemain yang beragama islam. 

Malah, agak ramai juga pemain Muslim yang bersama Pasukan Perancis untuk bersaing dalam Piala Dunia 2014. Di sini saya senaraikan pemain-pemain beragama islam yang beraksi bersama Perancis. 

Berikut adalah pemain Muslim dalam pasukan Perancis. 
  • Karim Benzema 
  • Bakari Sagna 
  • Mamadou Sakho 
  • Moussa Sissoko 
  • Paul Pogba 

Info ringkas mengenai Karim Benzema

Karim Benzema merupakan rakan sepasukan Sami Khedira(pemain German yang beragama Islam) dalam kelab Real Madrid tetapi mewakili Perancis dalam Piala Dunia kali ini. 

Ketika usianya 19 tahun, pada 2007, dia menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Eropah. Sebelum itu, pada usia 17 tahun dia telah menjaringkan gol yang cantik ketika turun kali pertama mewakili kelabnya Lyon. 

Benzema kemudiannya membantu Lyon mempertahankan juara liga bagi tahun 2005, 2006 dan 2007. Persembahan cemerlangnya ketika piala UEFA 2007 menarik perhatian kelab ternama seperti Real Madrid, Barcelona, AC Milan dan Inter Milan

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia



Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. 

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. 

Al-Fatihah. 

Sumber: Roti Kaya

Friday, July 4, 2014

World Cup 2014 : Senarai Pemain Muslim Dalam Pasukan German

Mesut Ozil.



German merupakan antara gergasi bola sepak sejak sekian lama. Untuk Piala Dunia 2014, German layak ke suku akhir setelah berjaya menumpaskan Algeria ,2-1. 

Dan, pada pukul 12 tengah malam ini, kita akan dapat menyaksikan pertemuan antara German dan Perancis, sebuah pertarungan yang ditunggu-tunggu oleh jutaan peminat bola sepak seantero dunia. 

Ketika bertemu dengan Algeria, gol kemenangan German turut disumbang oleh Mesut Ozil. Beliau merupakan pemain Muslim yang menyertai pasukan German. Walaupun jaringan yang disumbang olehnya sepanjang Piala Dunia 2014 tidak sehebat jaringan yang dihasilkan oleh rakan sepasukannya Thomas Mueller, namun Mesut Ozil amat berjasa kepada pasukan German. 

Selain Mesut Ozil, German turut disertai oleh beberapa pemain beragama islam yang lain, dan mereka mempunyai jasa dan peranan yang tersendiri untuk membolehkan German muncul sebagai sebuah pasukan yang digeruni. 

Berikut adalah pemain Muslim dalam pasukan German. 
  • Mesut Ozil 
  • Sami Khedira 
  • Shkodran Mustafi. 

Info ringkas mengenai Mesut Ozil 

Mesut Özil mewakili pasukan remaja Jerman sejak 2006 dan kemudiannya untuk pasukan kebangsaan Jerman sejak 2009. Kelibat Özil di peringkat antarabangsa mula menyerlah ketika mewakili Jerman 

Semasa Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan – dia dianugerahkan Anugerah Bola Emas– untuk pemian terbaik kejohanan. Pada tahun lepas ketika berusia 24 tahun, Özil menjadi ahli sukan termuda di Jerman yang dibina patung lilin di Muzium Berlin.

PANDUAN KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH SEBULAN


Bacalah kitab Suci Al-Quran ketika nadi masih berdenyut dan jantung masih berdegup Usahlah terlalu berharap untuk mendapat pahala bacaan Al-Quran yang disedekahkan oleh orang lain sesudah kita meninggal dunia. 

Rebutlah peluang ketika kita masih bernyawa dan bukannya mengharapkan belas ihsan daripada orang lain sesudah kita meninggalkan dunia.

Andainya tidak mampu melaksanakan semua, jangan pula ditinggalkan semua. Jika tidak mampu atau tidak sempat khatam dalam tempoh sebulan, jangan pula langsung tak dbaca Al quran. Bacalah Al-Quran ikut kemampuan dan biarlah ia menjadi satu kelaziman atau lumrah kebiasaan dalam hidup kita. Sesungguhnya rumah-rumah yang tidak dibacakan Al-Quran diibaratkan seumpama tanah perkuburan.

Thursday, July 3, 2014

Beer and Food festival during Ramadan


Sengaja saya print screen pandangan Dr Maszlee Malik. Ini kerana beliau adalah anak Johor. Lebih lanjut langsung sahaja ke :SINI  

ULASAN: 

Ramadhan adalah bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Tidak wajar sama sekali ia dicemari dengan acara-acara mungkar sebegini rupa. Apatah lagi Malaysia adalah negara islam atau sekurang-kurangnya negara umat islam.

Piala Dunia 2014 : Senarai Pemain Muslim Dalam Pasukan Switzerland.

Xherdan Shaqiri

Piala Dunia 2014 menyaksikan Switzerland tersungkur dalam pertandingan kalah mati kepada Argentina. Walaupun gagal mara ke peringkat suku akhir, Switzerland berhak dipuji kerana telah beraksi dengan begitu hebat dan Argentina hanya menang tipis sahaja. 

Sempena Ramadhan yang penuh keberkatan dan bersempena juga dengan kehangatan Piala Dunia 2014, elok juga kehangatan Piala Dunia diserikan dengan sedikit info mengenai agama. Tahukah anda, Switzerland merupakan antara negara bukan islam yang menggunakan khidmat pemain islam dalam jumlah yang ramai. Sekurang-kurangnya lapan orang pemainnya adalah Muslim. Di sini saya senaraikan pemain-pemain beragama islam yang beraksi bersama Switzerland. 

Berikut adalah pemain Muslim dalam pasukan Switzerland. 
  1. Philippe Senderos 
  2. Valon Behrami 
  3. Blerim Dzemaili 
  4. Gokhan Inter 
  5. Xherdan Shaqiri 
  6. Admir Mehmedi 
  7. Haris Seferovic 
  8. Granit Xhaka. 


Wednesday, July 2, 2014

2014 FIFA World Cup : Senarai Pemain Muslim Dalam Pasukan Belgium.


Penyokong dan peminat Belgium tentu sedang bergembira kerana Belgium baru sahaja menewaskan Amerika Syarikat(USA) 2-1. 

Di sini saya senaraikan pemain-pemain beragama islam yang beraksi bersama Belgium. Mereka turut menyumbang tenaga untuk memastikan Belgium meraih kemenangan.

Berikut adalah pemain Muslim dalam pasukan Belgium. 

  • Naser Chadli
  • Mousa Dembele 
  • Maroune Fellaini
  • Adnan Januzaj. 

Info ringkas mengenai Marouane Fellaini.

Pemain tengah Belgium ini dilahirkan di Etterbeck, Maghribi pada November 1987. Beliau adalah pemain kelab Manchester United sejak 2013 hingga kini.

Tuesday, July 1, 2014

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2014/ 1435H



Sumber : Afzalsukasuki 

Info Tambahan: 

Selamat berpuasa dan jangan lupa mengeluarkan zakat fitrah nanti.