Thursday, September 25, 2014

KHASIAT DAN KEBAIKAN PEGAGA.



Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica, atau lebih dikenali sebagai Gotu Kola, berasal dari family Umbelliferae. Ia merupakan sejenis saka yang kekal hidup speanjang tahun. Di Malaysia, pegaga biasanya dijadikan ulam, namun kini terdapat pelbagai produk berasaskan pegaga seperti teh , kapsul dan tablet. Berikut adalah antara khasiat dan kebaikan pegaga, iaitu: 

  • Membantu menyembuhkan luka dengan membantu menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di tempat luka. 
  •  Pegaga juga digunakan untuk merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung dan juga baik untuk ibu-ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengekalkan kembali keremajaan golongan tersebut. 
  • Pegaga juga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultraunggu
  • Pegaga juga boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.
  •  Daun pegaga yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat ulser mulut. 
  • Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat demam panas. Jus pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh.
  •  Pegaga juga dapat mengurangkan paras kolestrol dalam badan 
  •  Pegaga juga dipercayai dapat membantu mencerdaskan mental dan emosi. 

Sumber: dipetik dan diubahsuai daripada Utusan Malaysia, Agro Mega, 7 Julai 2014.

Wednesday, September 24, 2014

AZWAN ALI INGIN JADI PERDANA MENTERI.


Lain hulu lain parang. Lain dahulu dan lain sekarang.

Dahulu lain, sekarang lain. 

Azwan yang dahulu bukannya Azwan yang sekarang. 

Tidak hanya sikap dan sifatnya berubah. Tidak sekadar watak dan perwatakannya yang bertukar. Tapi, perjalanan hidunya juga turut berubah. Azwan beralih arah ketika melakar peta masa depannya. 

Dahulu Azwan Ali pernah bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri. Tapi itu kisah dahulu kala. Tapi, Azwan yang dahulu bukannya Azwan yang sekarang. 

Dahulu, dia macho, tapi sekarang dia sangat lemah lembut. 

Dahulunya Azwan amat sopan santun, tapi sekarang celupar dan mulut longkang. 

Dahulu juga ramai yang menyenangi dan memuji Azwan, tapi kini ramai yang membenci dan mengejinya. 

Moga Azwan Ali yang kini kembali menjadi Azwan Ali yang dahulu. Kembali watak dan perwatakan serta sifat dan sikap. Kembali menjadi Azwan Ali ketika bersama Muzik-Muzik Dahulu. Ramai yang Malah, jika ingin kembali kepada cita-cita asal, juga tiada salahnya. Jujur! Sangat ramai yang merindui Azwan yang dahulu, dan amat ramai yang membenci Azwan yang sekarang.

P/S:Tahniah buat abang kandung Azwan, iaitu Azmin Ali kerana terpilih untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu bagi mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Thursday, September 18, 2014

TIPS MENJADI GURU CEMERLANG.


Tidak hanya pelajar dan sekolah yang berhajatkan guru cemerlang. Malah, negara juga amat menagih sumbangan mereka. Guru yang cemerlang akan memanfaatkan semaksimum mungkin segala kepakaran dan pengalamannya untuk mendidik pelajar. Sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu mereka akan membantu pelajar untuk melakar kejayaan. 

Tidak hanya kejayaan dalam peperiksaan, tetapi kejayaan dalam hidup dan kehidupan. Untuk menjadi guru cemerlang, ia tidaklah semudah yang disangka dan tidaklah sesenang yang diduga. Ia melelahkan akal dan memenatkan fizikal. Apa tidaknya, melaut pengorbanan dan melangit kesabaran yang diperlukan. Terdapat beberapa tips atau panduan untuk menjadi seorang guru cemerlang. 

Di sini ingin berkongsi sebahagian tips atau panduan tersebut. Tips dan panduan yang amat mudah untuk dilaksanakan. Mungkin anda tertanya-tanya dan mungkin anda tidak percaya.Tidak mengapa, kerana saya sekadar ingin berkongsi.


Tips tersebut ialah:


V


V



V



V



V


V


V


V


V




V

                                                         
V


V


V



Hahaha, saya tak pasti setakat manakah kebenarannya. Mungkin kaedah tersebut berkesan untuk dirinya, tapi tidak kepada individu yang lain. 

Begitu juga dengan ilham untuk menulis atau berkarya, sesetengah penulis memerlukan suasana yang sunyi dan sepi untuk mencari ilham dan idea, tetapi terdapat juga penulis yang didatangi idea ketika berada dalam suasana bising dan sibuk.

Jadi, marilah kita berperasangka baik.

Tajuk Lain Yang Berkaitan:

Monday, September 15, 2014

Senarai kopi yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan beberapa produk kopi beracun kerana mengandungi kimia berbahaya yang memudaratkan kesihatan, termasuklah menyumbang kepada peningkatan kejadian serangan jantung. 

Hasil ujian mendapati kebanyakkan produk tersebut mengandungi kimia berbahaya seperti hydroquinone, sildenafil, steroid, antihistamin dan antibiotik. 

Berikut adalah senarai kopi yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 
  • 1. Cafe Abang Yes  
  • 2. Goji Guarana  
  • 3. Goji Guarana Extra 
  • 4. Guara Cafe  
  • 5. King Cappucino  
  • 6. Knight Cofee 
  • 7. Kolek Cafe Power Plus 
  • 8. Kopi Angguk  
  • 9. Kopi Asmara  
  • 10. Kopi Bagus AAA  
  • 11. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus  
  • 12. Kopi Pahlawan  
  • 13. Kopi Super Angguk 
  • 14. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus  
  • 15. Night Café  
  • 16. Kopi Panggung Al Ambiak  
  • 17. Kopi Jantan Tradisional 
  
Kimia Analog Penyebab Mati Muda. 

Pengunaan berleluasa kimia analog oleh sindiket atau syarikat penghasilan kopi ‘seks’ menyebabkan ramai lelaki muda mati mengejut. 

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Mazlan Ismail, Kimia Analog merupakan satu kaedah atau proses mengubah struktur kimia asal Taladafil atau Sildenafil kepada kimia baru. Kaedah ini mungkin membabitkan campuran beberapa kimia lain yang mempunyai bahaya tersendiri. 

Menurutnya lagi, kopi campuran untuk ransangan seks di pasaran mengandungi campuran satu atau dua kimia analog serentak. Ini amat merbahaya kepada kseihatan berikutan kajian menunjukkan kimia analog mempunyai kesan buruk berkali ganda kimia berbanding kimia asal yang belum diubahsuai. Kajian juga menunjukkan kamia analog ini bukan hanya menyebabkan serangan sakit jantung, malah boleh menyebabkan pendarahan pada otak , pendarahan dalaman, mata kabur, sakit buah pinggang dan pelbagai penyakit bahaya yang lain. 

Sumber : Dipetik dan diubahsuai dari Harian Metro, 4 September 2014.

Saturday, September 13, 2014

Khurafat di Tanah Suci Makkah


Gila dan memang gila apabila terdapat segelinitir jemaah umrah yang bertindak menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah(Kiswah).Ini berpunca daripada kecetekkan ilmu agama dan salah tanggapan terhadap Kiswah dan Kaabah. Mereka melakukan perbuatan tersebut kerana percaya ia akan mendatangkan nasib yang baik dan membawa keberkatan. 

Sebenarnya perbuatan tersebut tidak hanya mencacatkan kelambu Kaabah, malah lebih dari itu, ia turut mencacatkan akidah. Ini kerana kepercayaan dan perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran islam. 

Ustaz Dzulkarnain Hamzah pernah bercerita tentang pengalamannya ketika memasuki Kaabah. Apabila beliau keluar dari Kaabah, beliau dipeluk oleh para jemaah yang lain, dan baju serta seluarnya turut digunting hingga beliau kelihatan seperti seorang pengemis. Ini semua gara-gara kepercayaan khurafat kononnya ingin mengambil berkat daripada orang yang berpeluang memasuki Kaabah. Itu kisah dahulu kala, kisah puluhan tahun dahulu, ketika khurafat bermaharajalela. 

Dahulu, malah masih ada segelintir umat islam yang masih lagi mencuri kain Kaabah untuk dibuat azimat dan pelaris, serta sebagai bahan untuk rawatan. Mereka akan mengunting atau memotong kain tersebut dan dibawa pulang ke Tanah Air. 

Sebenarnya khurafat di Tanah Suci belum berakhir. Jika kita menunaikan haji atau umrah, atau lebih tepat lagi ketika bertawaf, kita akan dapati masih ada segelintir jemaah yang asyik mengosok-gosok serban,kopiah, baju di sekeliling Kaabah. Kononnya ambil berkat. 

Moga Allah memberikan hidayahnya kepada golongan tersebut. Jika pelakunya telah meninggal, moga Allah ampunkan dosa-dosa mereka, ini kerana perbuatan tersebut dilakukan oleh orang-orang yang jahil. Kepada bakal jemaah haji atau umrah, persiapkan diri dengan ilmu sebelum ke Tanah Suci, agar dengan ini kita dapat membezakan antara tuntutan agama dan khurafat.

Wednesday, September 10, 2014

JAKIM : ISU PRODUK YANG DIKOMERSIALKAN MELALUI BACAAN AYAT AL-QURAN


Saya ingin berkongsi tulisan DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA, Ketua Pengarah JAKIM sebagaimana yang disiarkan di fanpage JAKIM 

Telah dimaklumi bahawa Al-Quran adalah syifa’ (kesembuhan) dan rahmat kepada semua makhluk (al-alamin).

Menurut Sumber Perundangan Islam di sana ada konsep Sad Al-zarai’e (سد الذرائع) iaitu menutup segala punca atau pintu yang boleh membawa kepada kerosakan (mafsadah) atau penyelewengan.

Melalui konsep ini pemerintah atau pihak berkuasa mempunyai hak untuk menghalang sesuatu yang pada asalnya harus dengan menggubal peraturan atau undang-undang untuk menjaga kemaslahatan Agama sekiranya sesuatu yang harus tersebut dikhuatiri akan menimbulkan penyelewangan atau implikasi yang buruk kepada Agama Islam. 

Merujuk kepada isu produk yang dibacakan ayat Al-Quran adalah sesuatu yang baru dilakukan. 

Persoalannya adalah
  • Adakah ayat Al-Quran tersebut dapat dipastikan dibaca dengan betul, 
  • Apakah tujuannya juga dapat dipastikan betul, 
  • Adakah produk yang diruqyah itu mengikut kaifiat yang betul
  • Adakah orang yang melakukan ruqyah itu mempunyai kelayakan?


Akan timbul pula isu adakah setiap makanan perlu dibacakan ayat Al-Quran atau produk-produk yang lain seperti hartanah, kereta dan lain-lain lagi juga perlu dibacakan ayat Al-Quran untuk memberi nilai tambah tertentu lalu dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi? 

Sekadar membaca ayat Al-Quran di premis tertentu untuk mendapatkan barakah dan yang lebih penting mengimarahkannya dengan Al-Quran adalah sesuatu yang harus namun untuk dikomersialkan adalah sesuatu yang akan membuka pintu-pintu penyelewengan. 

Oleh itu saya lihat bahawa pengkomersilan ayat Al-Quran yang dilakukan oleh sesetengah pihak adalah tidak wajar dan ia akan menimbulkan salah tanggapan terhadap Agama Islam. Lebih malang lagi ia akan menjejaskan akidah jika pembeli beranggapan bahawa makanan yang dibacakan Al-Quran adalah lebih tinggi kedudukannya/mulia, halal, selamat dan lebih baik daripada produk lain yang sama, sedangkan dalam Islam yang dititikberatkan adalah kaedah penyembelihan/proses yang menepati Syariat, kebersihan dan kualiti makanan itu sendiri. 

Bayangkan sekiranya produk yang diisytiharkan telah dibacakan ayat Al-Quran tersebut tercemar atau ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan pembeli yang memakannya ditimpa penyakit, apakah ini juga tidak akan menjadi isu?

Kesimpulannya; pihak Jakim sentiasa melihat sesuatu isu itu menurut pelbagai sudut pertimbangan yang mana syarak adalah sebagai terasnya.

Saturday, September 6, 2014

Al-Quran bukanlah sebuah calculator


Ramai orang sebar teori ni di laman sosial, terutamanya melalui WhatsApp: 

Surah di dalam al Quran ada 114 surah, cuba tolak dengan tahun anda dilahirkan, maka anda akan dapat angka umur anda pada tahun ini. 

Contohnya 114 - 79 = 35. Selamat mencuba! 

Namun ada masalahnya : Jika lahir tahun 2001, kiraannya menjadi 114 - 01 = 113...masuk akal ker? 

Oleh itu, fahamilah sesungguhnya Al- Quran adalah untuk dibaca, difahami dan diamalkan. Jika ingin tahu umur atau usia, guna sahaja calkulator.... 

Info Tambahan: 

Org kita ghairahnya tak bertempat. Sebelum ini golongan pemuja nombor telah sedaya upaya mengaitkan tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 dengan dengan ayat-ayat tertentu dari Surah Yassin. Karut-marut tersebut kini disebarluaskan di facebook. 

Begitu juga apabila Tsunami melanda Acheh pada 26 Disember 2004, sibuklah orang-orang kita mencari ayat dan surah yang berkaitan dengan 26,12,2004 yang boleh dikaitkan dengan peristiwa tersebut. 

Begitu juga apabila berlakunya persitwa 11 september 2001, sibuklah mencari mana ayat dan surah yang berkaitan dengan angka 11,9,2001 untuk dikaitkan dengan tragedi tersebut. 

Jahil sungguh jahil.mereka menyamatarafkan kitab suci Al-Quran dengan buku teks Matematik. 

Nasib baiklah sebab tidak ada pula, mana-mana si tolol yang cuba mengaitkan kemenangan German ke atas Argentina ketika world cup 2014 dgn mana-mana surah atau ayat dalam Al-Quran. 

KETAHUILAH DAN FAHAMILAH: 

Selain berfungsi sebagai sumber hukum dan sumber ilmu, Al-Quran juga banyak menerangkan kisah-kisah umat terdahulu. Ia bukanlah untuk bernostalgia semata-mata, tetapi untuk diambil iktibar dan dijadikan panduan dalam melayari kehidupan, baik kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat, mahupun bernegara. 

Contohnya kisah Luqmanul Hakim, mengenai nasihatnya kepda anak-anaknya, antaranya ialah agar tidak menyukutukan Allah dan menjauhi syirik, dan nasihat agar berbuat baik kepada ibu bapa. Inilah mesej penting di yang perlu diambil iktibar dari surah Luqman.

Thursday, September 4, 2014

Berita rancangan pemindahan Makam Nabi Muhammad adalah bohong.


Berita mengenai rancangan pemindahan makam Nabi Muhammad S.A.W yang disiarkan oleh akhbar Britain 'The Independent' adalah suatu pembohongan, kata Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Islam (ISISCO). 

Dalam siaran akhbar yang dihantar kepada Bernama hari ini, ISISCO yang berpangkalan di Rabat, Mahgribi, mengecam sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dalam artikel ditulis oleh wartawan akhbar itu, Andrew Johnson. Akhbar itu pada hari ini menyiarkan artikel itu yang menyebut cadangan kontroversi itu terkandung dalam satu dokumen kajian yang disediakan oleh seorang tokoh akademik Arab Saudi. Laporan itu menyebut makam Nabi Muhammad S.A.W akan dipindahkan daripada kedudukannya sekarang dalam Masjid al-Nabawi di Madinah ke kawasan perkuburan Baqi yang terletak berdekatan masjid itu dan pihak berkuasa Arab Saudi sedang berbincang berhubung cadangan itu. 

ISISCO berkata laporan tidak bertanggungjawab itu merupakan suatu pembohongan besar berpunca daripada rasa benci dan konspirasi terhadap umat Islam dan kerajaan Arab Saudi yang menjadi tuan rumah kepada tempat-tempat suci Islam. 

Tuduhan palsu itu juga bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan dan kekacauan yang mampu mengancam keselamatan dan perpaduan serta memburukkan lagi keadaan di rantau ini di mana peperangan dan keganasan antara agama berlaku, menurutnya. 

ISISCO menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mempercayai tuduhan jahat itu dan berkata makam Rasulullah S.A.W akan kekal di tempat mulianya sehingga hari kiamat. ISISCO juga menuntut pihak berkuasa Arab Saudi menyaman penulis dan akhbar yang menerbitkan artikel pembohongan itu.

Sumber: Harakah 

Info Tambahan:

Tahniah dan syabas buat ulama muda umno, Ustaz Fathul Bari kerana turut menjernihkan isu ini. Menurut beliau dakwaan kononnya Arab Saudi ingin mengubah/memindahkan makam Nabi Muhammad S.A.W bukanlah cerita baru. Ia tersebar sejak beberapa tahun dahulu lagi. Malah ulama-ulama Arab Saudi tak pernah tahu menahu mengenainya, kecuali mengenai pengubahan kubah makam Nabi.

Penyebaran berita karut ini adalah bertujuan memburukkan imej Arab Saudi dan juga untuk memecahbelahkan perpaduan sesama ahli sunnah wal jamaah. 

P/S: Tapi malang sekali kerana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria adalah antara manusia yang menelan bulat-bulat dakwaan tersebut.  Beliau sepatutnya mengkaji dan menyelidik setiap berita yang diterima.

Monday, September 1, 2014

Lelaki warga emas diserang sawan ketika melakukan hubungan seks.


Seorang lelaki warga emas terpaksa dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya di sebuah hotel di bandar raya Miri. 

Lelaki yang berusia 60-an itu tiba-tiba mengalami kekejangan seluruh badan semasa sedang berasmara dengan teman wanitanya berusia 20-an. 

Tindakan pantas paramedic Hospital Miri telah berjaya menyelamatkan lelaki warga emas tersebut. 

Info Tambahan: 

Sebelum melakukan apa-apa perbuatan ingatlah dosa dan pahala. Dan ingatlah syurga dan neraka. 

Paling penting ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Walaupun maksiat dilakukan di tempat yang tersembunyi dan terselindung dari pandangan dan pengetahuan sesiapa. Namun, ia tetap terbongkar dan terdedah dengan kehendak-Nya.