Wednesday, December 30, 2015

INGIN BELI BUKU MATLUTHFI.


Matluthfi, sememangnya amat dikenali dalam kalangan anak-anak muda negara kita. Jika sebelum ini, beliau dikenali sebagai seorang vlogger yang hebat dan popular. Namun, kini buku-bukunya juga mendapat perhatian. 

Buku Catatan Matluthfi, telah terjual melebihi 200 ribu naskah. Tidak setakat itu sahaja, malah buku tersebut turut menduduki carta top bestseller kedai-kedai buku utama di negara kita. Kini buku terbarunya, Momen2 Matluthfi mula memasuki pasaran. 

Jika anda berminat ingin memiliki buku-buku ini, atau kedua-duanya sekali(Kombo Matluthfi), tetapi:

  • Tidak ingin ke kedai-kedai buku, 
  • Tidak ingin membazir masa meredah kesibukan jalan raya
  • Tidak ingin membayar parkir kereta.
  • Tidak ingin menanggung kos pengangkutan awam.

Maka anda bolehlah menghubungi saya (WhatsApp/SMS) di talian ini, 019-5776730. Insya-Allah, penghantaran akan dilakukan sesegera mungkin.

Monday, December 21, 2015

Angkor Wat, Kuil purba yang menakjubkan



Angkor Wat merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Kunjungan ke Kemboja terutamanya ke Siem Reap dianggap tidak lengkap seandainya tidak berkunjung ke sini. Angkor Wat telah dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaannya mengambil masa lebih kurang 30 tahun. Angkor Wat juga merupakan monumen keagamaan yang terbesar di dunia. 

Abadikan kenangan di Angkor Wat

Pembinaan Angkor Wat amat dipengaruhi oleh agama Hindu. Malah antara matlamat pembinaanya ialah sebagai sebuah penghormatan kepada Dewa Vishnu. Angkor Wat juga merupakan simbolik kepercayaan Hindu terutamanya perihal Gunung Meru sebagai pusat dunia. dan dikatakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu. 

Namun, setelah agama Budha mendapat tempat di Angkor, Angkor Wat mula menerima ‘sentuhan’ Budha. 



Jika diperhatikan setiap ukiran(bas-relief) yang terdapat pada dinding kuil ini, jelas sekali ia menerima sentuhan pengaruh Hindu yang amat kuat. Malah kebanyakkan ukiran ini adalah terjemahan atau simbolik kepada kisah-kisah yang dimuatkan di dalam epik Hindu yang terkenal iaitu Ramayana dan Mahabharata. 

Ini termasuklah ukiran yang mengambarkan Pertempuran Lanka (Battle Of Lanka), Pertempuran Kurushektra(Battle Of Kurushektra), dan kisah "Churning of the Ocean Milk". 


Abadikan kenangan di celahan tiang Angkor Wat



Asalnya ialah sebuah kolam yang mengandungi air untuk tujuan keagamaan



Untuk mengetahui cerita di sebalik Angkor Wat secara mendalam, bolehlah merujuk buku berjudul Ancient Angkor yang ditulis oleh Michael Freeman dan Claude Jacques. Buku setebal 239 muka surat ini amat bagus untuk memahamkan kita akan sejarah silam kerajaan Angkor. 

Segala-galanya tentang sejarah silam Angkor dibicarakan secara mendalam di dalam buku ini. Kisah tentang Angkor Wat pula dimuatkan pada halaman 46 hingga 67.


Claude Jacques adalah seorang sarjana Perancis. Beliau mengkaji dan mendalami sejarah Angkor selama 30 tahun. Beliau juga turut mendiami Kemboja selama Sembilan tahun dan mengajar sejarah bangsa khmer di Jabatan Arkelogi di Phnom Penh Kemboja, dan kemudiannya meneruskan kajiannya mengenai tamadun Khmer. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam memahami tulisan Sanskrit, Khmer dan Cham. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan: Tembok China, Binaan Hebat Sepanjang Zaman

Wednesday, December 16, 2015

Isu Halal dan Haram serta cara fikir orang Melayu yang keliru dan celaru.


Ini kisah benar. Ceritanya begini, beberapa orang kenalan termasuklah beberapa orang ustaz begitu bertegas dalam isu ASB. Haram tanpa khilaf, seolah-olah begitulah. Sejujurnya ASB ini masih lagi terdapat perbezaan pandangan oleh sarjana islam di negara kita. 

Namun, dalam keghairahan mengharamkan ASB, mereka ini seringkali kali pula menggunakan wang Haram. Contoh mudah, bila terlibat/perlu hadir ke mana2 kursus, mereka akan buat tuntutan seolah-olah menggunakan kereta masing-masing padahal mereka berkongsi kereta, sebuah kereta dikongsi 5 orang. Bila jadi pengawas exam (SPM dan STPM), mereka 'berjihad' sakan untuk menambah jumlah kilometer. Jika jarak sebenar tak, sampai 5KM, mereka akan jadikan 7KM. 

Hairannya mereka tidak pula rasa bersalah dan tidak pula menganggap wang tuntutan /claim itu, sebagai haram. Rasanya keharaman menipu dalam membuat tuntutan adalah muktamad dan tak pernah ada mana-mana sarjana islam yang mengharuskannya.

Lagi hebat, sang ustaz ini berhujah untuk menghalalkan tindakannya. Katanya, apalah sangat duit yg kita claim berbanding wang yang digunakan oleh Rosmah Mansor. 

Info Tambahan: 

Penggunaan perkataan Melayu di sini bukanlah bermaksud keseluruhan orang Melayu, tetapi ia merujuk kepada segelintir orang Melayu, terutamanya yang tidak memahami konsep halal dan haram secara tuntas.

Monday, December 14, 2015

Enam perkara yang perlu dielakkan selepas makan.



Seringkali terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh kita apabila selesai menjamu selera. Kesilapan tersebut sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kita. 

Di sini saya paparkan enam perkara yang perlu dielakkan sesudah kita menjamu selera. Ia dipetik dan diubahsuai dari Harian Metro bertarikh 10. April.2014. 

1. Jangan merokok. 

Pakar menasihatkan merokok selepas makan adalah sama seperti menghisap sepuluh batang rokok. Oleh itu, kemungkinan untuk menghidap kanser adalah tinggi. 

2. Jangan makan buah- buahan serta –merta. 

Seeloknya ambilah buah-buahan selepas sejam atau dua jam sesudah makan.Ini untuk mengelakkan perut menjadi kembung. Namun, paling baik ialah ambilah buah-buahan terlebih dahulu sebelum mengambil makanan utama. Ini kerana ia membantu megelakkan sembelit. 

3. Jangan minum teh.

Teh mengandungi asid yang tinggi. Bahan ini menyebabkan kandungan protein dalam makanan menjadi keras dan sukar dihadamkan. 

4. Jangan mandi.

Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah di tangan. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan proses penghadaman menjadi lemah. 

 5. Jangan berjalan selepas makan. 

Berjalan selepas makan akan menyebabkan perut sistem pencernaan terganggu dan menganggu penyerapan nutrisi daripada makanan yang diambil. Adalah lebih baik untuk merehatkan diri seketika dan memberi laluan untuk proses penghadaman yang lebih lancar. 

6. Jangan tidur dengan segera.

Makanan yang diambil tidak dapat dicerna dengan baik sekiranya kita terus tidur sesudah makan. Gangguan proses pencernaan ini sekali gus berisiko membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus. 
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang dilakukan ketika menjamu selera.

Sunday, December 13, 2015

Miela Bedul menghina Profession Kedoktoran.


Inilah yang berlaku apabila budak ‘belum mumayyiz’ memiliki akaun facebook. Mereka akan 'menyalak' sesuka hati di facebok. 

Seorang wanita yang yang  menggunakan nama Miela Bedul, sangatlah tolol kerana begitu bernafsu menyerang dan menghina para doktor di Malaysia. 

Lantaran tidak berpuas hati dengan kaedah jahitan luka seorang pesakit di Hospital Sungai Buloh, atau mungkin kerana ingin mengejar populariti, dia telah menyerang para doktor Malaysia di facebook, dan kemudaainya menjadi viral di laman sosial tersebut. Dia mendakwa cara jahitan tersebut seperti cara menjahit guni, dan para doktor seluruh Malaysia pula dituduh tidak bertanggungjawab dan tidak Ikhlas melaksanakan tugas. 

Lagi malang terdapat juga beberapa individu yang mandul akal dan terliwat minda yang menyokongnya. 

Saya tertarik dengan jawapan atau lebih tepat lagi ialah perjernihan dan permurniaan daripada Dr. Mahyuddin Mohamed, seorang Pakar Ortopedik di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh. Saya paparkan sahaja di sini.

1. Buat saudari yang mengata ni, saya nak bagitahu satu perkara. Jahitan guni yang saudari katakan inilah jahitan yang TERBAIK bagi pesakit ini. Izinkan saya bercerita ringkas, nak fokus pasal jahitan luka sahaja. Tak perlu nak cerita bab lain pun. Bab ni pun saudari Dah silap besar. 

2. Buat pengetahuan pembaca sekalian, kulit manusia pada bahagian lutut adalah agak kendur bagi membenarkan pergerakan sendi lutut (seperti juga siku) dan tidak seperti kulit di kepala atau di kawasan muka. Luka pada bahagian lutut perlu dijahit menggunakan teknik "mattress suture" seperti yang telah dilakukan oleh doktor yang melakukan pembedahan ni. Doktor yang dikatakan "tak bertanggungjawab & tak Ikhlas" ni. 

3. Doktor ni boleh sahaja memilih untuk menggunakan teknik yang lebih mudah seperti simple interrupted suture atau memakai stapler bedah yang lebih cepat dan mudah. Namun doktor ini telah memilih untuk berdiri lebih lama dan menjahit menggunakan teknik ini kerana beliau tahu ia adalah teknik yang terbaik bagi luka di kawasan ini. 

4. Jahitan yang dilakukan kemas dan tidak terlalu ketat. Hujung2 luka dirapatkan dengan sempurna. Jika terlalu ketat, bahagian tepi luka (edge of wound) boleh mati dan menjadi hitam (necrosis). Luka pesakit ini merah dan berdarah menunjukkan bahagian tepi kulit itu hidup. 

5. Dalam Perubatan, Ilmu menjahit ni amat luas. Pegawai Perubatan Siswazah yang baru masuk kerja pun tak mampu melakukan jahitan ini. Kaedah jahitan (interrupted versus continuous, simple versus mattress, horizontal, vertical or hiding mattress etc), jenis jarum (curve versus straight, round body versus cutting etc) & jenis benang (absorbable vs non absorbable, synthetic vs non synthetic etc) yang perlu digunakan adalah berbeza bagi jenis luka, kawasan luka dan organ yang perlu dijahit. Bukan macam nak jahit guni yer cik Puan. 

6. Nasihat saya buat semua Rakyat Malaysia, kalau ada apa2 kemusykilan, TANYA kami. Kami sedia bercerita dan menjelaskan kemusykilan anda. Bukannya kami ada apa2 yang nak disembunyikan pun. Tugas kami ialah memberi Rawatan dan Perkhidmatan sebaik mungkin buat semua Rakyat Malaysia. Tiada apa yang kami mahu melainkan melihat pesakit kami kembali sembuh dan dapat berjalan seperti sediakala. Masalahnya segelintir Rakyat Malaysia ni berat mulut nak bertanya, lebih suka "assume" dan berprasangka buruk terhadap Perkhidmatan Kesihatan Awam. 

7. Melihat kepada keadaan luka lutut dan tulang keting pesakit yang ada besi (tibial pin traction on tibia bone), dan daripada komen2, pesakit yang terlibat dalam kemalangan jalanraya ini telah mengalami luka di lutut dan patah tulang peha beliau. Pesakit ini perlu menjalani Pembedahan lagi bagi membetulkan kepatahan tulang peha beliau. Saya doakan yang terbaik buat beliau. Semoga Pembedahan beliau berjalan lancar. Saudari tak malukah nak berhadapan dengan doktor2 yang masih merawat beliau ni? 

8. Buat saudari, saya nasihatkan anda mohon maaf kepada semua doktor di Malaysia terutamanya di hospital sungai Buloh. Takut nanti saudari pula yang merangkak mintak maaf kat akhirat. 

9. Buat kakitangan kesihatan, saya nasihatkan kita sama2 protect each other, defend each other dalam masa yang mencabar ni. Begitu ramai di luar sana yang berusaha mencari salah silap kita. Di hospital saya Skrg Dah Ada yang dengan sengaja merakam gambar dan video dengan harapan kita membuat kesilapan. Maklumlah, disaat ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang meningkat ni, jika dapat menang saman memang lega la hidup kan? Make sure setelah kita explain to patients, document properly. Protect ourselves. And maybe we can go on the offense too, insyaAllah. 

Ingat, KOMUNIKASI DAN DOKUMENTASI! 

Dr. Mahyuddin Mohamed Pakar Ortopedik HOSHAS Temerloh. 

Tajuk lain yang berkaitan: 

Wednesday, December 9, 2015

10 tasik semulajadi tercantik di dunia.


Alam yang terbentang dan terhidang adalah antara bukti kekuasaan Allah. Selain bukit bukau, gunung ganang, laut yang membiru, kewujudan tasik-tasik semulajadi juga adalah antara keindahan yang dicipta oleh Allah untuk manfaat hambaNya. Untuk entry kali ini, saya akan paparkan sepuluh tasik semulajadi yang tercantik di dunia. Tulisan asalnya disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 14. Oktober 2014. 

Dalam banyak-banyak tasik tersebut, hanya tasik Dal yang terletak di Kashmir yang pernah saya kunjungi pada penghujung tahun 2012. 

Subhanallah.. Maha Suci Allah, tasik tersebut memang cantik dan mempersona. Tentang Tasil Dal tersebut, langsung sahaja ke entry saya yang lepas, klik -->SINI 

Berikut adalah 10 tasik semulajadi tercantik di dunia. ) 

1.Tasik Gua Melissani, Greece.

Terletak di Pulau Kefolonia dan dikelilingi hutan, gunung serta laut. Tasik ini ditemui pada 1951 dan mempunyai banyak mitos berkaitan dengannya. Ia juga merupakan destinasi perlancongan terkenal dan dianggap salah satu tasik paling indah di dunia. 

2. Tasik Plitvice, Croatia.

Boleh ditemui Tasik Taman Negara Plitvice di Croatia. Taman negara ini adalah terbesar dan tertua di negara itu. Ia mengandungi 16 tasik di mana 12 daripadanya dikategorikan sebagai tasik atas tanah dan selebihnya tasik rendah. 



3.Tasik Gua Yucatan, Mexico 

Tasik ini bukan sahaja tersenarai sebagai tasik terindah tetapi juga merupakan salah satu tasik paling misteri kerana mempunyai pelbagai mitos dan fakta menarik. Terletak di Tiger Che di Semenanjung Yucatan di utara Mexico dan berusia sekitar 2 juta tahun. 


4.Tasik Matheson, New Zealand 

Terletak berhampiran Fox Glacier, tasik ini dikelilingi Gunung Tasman dan Cook dan imej dua gunung yang dipantulkan ke dalam tasik membuatkan tasik kelihatan cantik. Tasik glasier ini terbentuk sekitar 14,000 tahun dahulu. 


5. Tasik Peyto, Kanada

 Nama tasik ini diambil sempena Rang Undang-Undang Peyto dan terletak di Taman Negara Banff di Alberta. Warna hijau semasa musim panas menjadikan ia sebagai tempat terkenal dengan pemandangan indah dan mengambil gambar.
 

6. Tasik Shangrila, Pakistan 

Juga dikenali sebagai Tasik Lower Kachura dan terletak di Shangrila Resort di Skardu, Pakistan. Selain daripada tasik yang indah, keunikan lain tasik ini adalah terdapat sebuah restoran yang dibina di atas badan pesawat yang terhempas di tasik tersebut. 


7. Tasik Bled, Slovenea 

Terletak di Julian Alps, ia mengelilingi sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Bled yang merupakan satu-satunya pulau semula jadi di Slovenea. Terdapat juga istana Bled di atas tengah-tengah tasik yang dianggap istana tertua di negara itu. Juga dikenali dengan sukan mendayung dan pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Mendayung. 




8. Tasik Dal, India 

Terletak di Srinagar, ia juga dikenali dengan nama Permata Mahkota Kashmir, juga merupakan sumber perlancongan, rekreasi, memancing dan digunakan untuk penuaian tumbuhan air. Terdapat juga rumah bot pelbagai warna yang dikenali sebagai shikaras untuk bersiar-siar dan bersantai.



9. Tasik Gua Reed Flute, China 

Adalah salah satu tasik tercantik di dunia yang terletak di Guilin dan merupakan tempat perlancongan yang terkenal. Ditemui pada 792 Masihi iaitu kira-kira 180 juta tahun dahulu. Kini ia dianggap mercu tanda Guilin. 






10. Tasik Lima Bunga, China

 Boleh didapati di Lembah Jiuzhaigou di barat daya China. Lembah ini adalah Taman Negara dan juga rizab alam semula jadi yang terkenal dengan air tasik berwarna warni, air terjun dan puncak salji. Tasik Lima Bunga atau Tasik Wuhua adalah salah satu daripada banyak tasik yang terdapat di sini dan namanya diambil daripada airnya yang berwarna biru, hijau gelap, kuning dan banyak lagi. 


Tuesday, December 8, 2015

TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2016.


Alhamdulillah takwim persekolahan 2016 telahpun dapat diketahui. Ia sangat penting untuk ibu-bapa, pelajar dan guru membuat perancangan untuk tahun hadapan. Berbekalkan takwim persekolahan ini, senanglah untk merancang percutian, perkahwinan dan apa jua aktiviti. 

Secara umunnya, takwim persekolahan ini berbeza mengikut Kumpulan Negeri, iaitu kumpulan A dan B. 

Kumpulan A melibatkan sekolah-sekolah di negeri Kelantan,Terengganu, Kedah dan Johor. Manakala Kumpulan B pula melibatkan Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,Johor, Pahang, Sabah,Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. 

Walaupun begitu perbezaan tersebut tidaklah ketara, sebagai contoh, jika sekolah-sekolah dari Kumpulan memulakan bercuti pada hari jumaat, sekolah-sekolah dari Kumpulan B pula mula bercuti pada hari Sabtu. Dan, apabila sekolah-sekolah dari Kumpulan A memulakan persekolahan pada hari ahad, sekolah-sekolah dari Kumpulan B pula memulakan persekolahan pada hari Isnin. 

Kepada guru-guru, semoga tahun 2016 menjanjikan keseronakkan untuk mendidik anak bangsa. Kepada pelajar-pelajar pula, semoga tahun hadapan menjanjikan kegemilangan kepada kalian. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan:

Monday, December 7, 2015

Jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2016.


Pada tahun 2016, kakitangan awam bakal menikmati dua kali pergerakan gaji tahunan. Itu antara intipati bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Itu sememangnya sebuah khabar yang mengembirakan, walaupun ia tetap tidak mampu mengikis kesengsaraan akibat kemelesetan ekonomi negara. 

Satu lagi perkhabaran gembira ialah, tarikh pembayaran gaji pada tahun hadapan juga didapati lebih mesra pengguna. Jika diperhatikan, tarikh pembayaran gaji untuk tahun 2016 adalah sekitar tarikh 20 hingga 25 haribulan sahaja. Jadi tiada jarak yang keterlaluan antara tarikh-tarikh tersebut. Sedangkan pada tahun-tahun sebelum ini, contohnya tahun 2015, penjawat awam begitu terseksa, malah ada yang terpaksa bernafas di dalam lumpur gara-gara jarak yang begitu jauh antara tarikh gaji bulan Julai, iaitu pada 9.Julai. 2015 dengan tarikh gaji bulan ogos, iaitu pada 24.Ogos.2015. 

Semoga gaji yang diperolehi ini diberkati oleh Allah S.W.T dan dibelanjakan ke jalan yang diredhai-Nya.

Sunday, December 6, 2015

Majlis perkahwinan, haram menetapkan hantaran yang tinggi.


Sesebauh perkahwinan akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan riak. 

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria , sebagaimana dipaparkan di dalam akhbar Kosmo bertarikh 10. Ogos. 2013, berkata , tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram. Menurutnya lagi, perasaan riak adalah salah satu dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik dalam islam. 

Menurut Harussani lagi, budaya meletakkan wang hantaran yang tinggi sebenarnya tidak digalakkan dalam islam kerana ia mendorong kepada pembaziran. Tegas Mufti Perak itu lagi, islam agama yang mudah dan kenapa perlu menyukarkan sesuatu yang mudah dengan meletakkan hantaran yang terlalu tinggi sehingga membebankan sebelah pihak. 

Menurutnya lagi, perkahwinan yang paling berkat dalam islam adalah yang paling rendah mahanrya. 



Sementara itu, bekas Mufti Johor yang juga merangkap Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, di dalam akhbar yang sama, menegaskan tujuan sebenar majlis perkahwinan adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa pasangan tersebut telah bernikah dan seterusnya mengelakkan timbulnya fitnah. Beliau yang juga merupakan bekas Mufti Negeri Johor berkata, umat islam tidak perlu mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran dengan meletakkan hantaran yang tinggi serta kenduri yang membazir kerana ia mengundang kemurkaan Tuhan. Katanya lagi, kebahagian dan keberkatan perkahwinan bukanlah terletak kepada wang hantaran yang tinggi atau belanja besar mengadakan majlis kenduri di tempat mewah. 

Bekas Mufti Johor itu juga menasihatkan orang ramai yang mempunyai kemampuan untuk membayar wang hantaran yang tinggi supaya menggunakannya untuk perbelanjaan selepas perkahwinan. “Kita tidak mahu masa majlis perkahwinan itu kita gembira, tetapi selepas itu merana kerana tidak cukup wang untuk menguruskan rumah tangga” Nasihat Ustaz Nooh Gadut kepada bakal pengantin baru. 

INFO TAMABAHAN.

Rasulullah SAW memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda baginda yang bermaksud:

 “Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya." 

Sabda baginda lagi: Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya." 

Dalam perkahwinan, perkara yang perlu dikejar dan menjadi fokus ialah keberkatan. Keberkatan yang menatijahkan kesefahaman dan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga. 

Jadi, berpada-padalah ketika mendirikan rumah tangga, janganlah semata-mata ingin kelihatan hebat dan bergaya, namun akhirnya merana dalam jangka masa yang lama. 

Amat menyedihkan kerana terdapat sesetengah individu terpaksa membuat pinjaman peribadi dalam angka yang besar, dan terpaksa membayar secara bulanan kepada pihak bank selama bertahun-tahun lamanya. Lagi malang, dalam sesetengah kes, hayat hutang dengan bank dengan lama berbanding hayat perkahwinan. Mungkin inilah natijahnya apabila keberkatan hilang dan pudar. 

Untuk makluman semua, Secara purata terdapat tiga kes perceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di Malaysia. Menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, Profesor Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, maklumat tersebut berdasarkan statistik perceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) tahun 2011. 

Benar terdapat banyak faktor yang menoktahkan rumah tangga, namun faktor keberkatan jangan dinafikan. Ini kerana ia adalah pesanan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W 

 Tajuk lain yang berkaitan: Tiga pasangan muslim bercerai setiap jam

Monday, November 30, 2015

Putu halba makanan popular ketika musim tengkujuh.


Hujan lebat, langit hitam,awan mendung dan kesejukan, itulah musim tengkujuh. Suasana sebegini amat mudah mengundang rasa lapar. 

Tidak menghairankanlah, ketika musim tengkujuh orang ramai tidak memilih menu. Ubi kayu rebus cicah kelapa, ubi keledek atau dikenali sebagai ubi setelo di Kelantan, ikan pekasam, malah nasi berlaukkan ikan rebus turut membangkitkan selera. 




Putu halba adalah sebahagian daripada juadah yang menjadi perhatian ketika musim tengkujuh. Makanan yang diperbuat daripada ubi kayu dan didalamnya manisan(gula Melaka) dan dikukus serta diimakan bersama kelapa itu amat laris dan mendapat ambutan amatlah menggalakkan. 

Dari pasar malam hinggalah gerai-gerai di tepi jalan, ia tetap mendapat sambutan. Malah, kadang-kadang terpaksa berbaris panjang untuk membelinya. Dua hari lepas, saya terpaksa beratur agak panjang untuk membeli putu halba di sebuah gerai di Padang Melintang Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan. Memang berbaloi beratur panjang sebab amat enak menikmatinya bersama kopi O panas. 

Sempena musim tengkujuh, marilah kita doakan agar disember tahun ini tidak lagi menjadi disember kelabu seperti tahun 2014. Moga-moga banjir besar seperti 2014 tidak lagi menjelma di negara kita.

Thursday, November 26, 2015

Enaknya Roti Titab di Kopitiam Kita, Kota Bharu.


Walaupun saya orang Kelantan, namun inilah kali pertama saya menjejak kaki dan menjamu selera di Kopitiam Kita, Kota Bharu. Usai menghantar ibu,abang dan anak saudara saya ke Airport Pengkalan Chepa/Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, saya meninjau-ninjau lokasi untuk bersarapan. 

Pada mulanya, saya ingin bersarapan dengan nasi berlauk gulai serati, namun tiba-tiba terlintas di fikiran untuk mencuba roti titab, lagipun isteri saya tidak makan serati.  Jadi ke manakah lagi jika ingin menikmati roti titab jika tidak ke Kopitiam Kita. 




Lokasi Kopitiam Kita ialah sekitar pusat bandar Kota Bharu sahaja, namun ia agak terselindung.Tidak mengapa, berbekalkan teknologi hari ini, usaha menjejak mana-mana lokasi menjadi sangat mudah. 

Saya secara peribadinya lebih selesa menggunakan aplikasi waze untuk menjejak mana-mana lokasi yang belum pernah saya jejaki, termasuklah untuk mencari lokasi Kopitiam Kita. 

Saya difahamkan ia di buka pada setiap hari kecuali bulan puasa dan hari raya. Ia beroperasi seawal jam 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari sahaja. Mohon pembetulan dan pemurnian andainya saya tersilap info. 





Antara pengunjung yang sedang menjmau selera di Kopitiam Kita

Antara gambar selebriti dan orang kenamaan yang pernah menjamu selera di Kopitiam Kita

Lebih kurang pukul 8.30 pagi saya sampai ke Kopitiam Kita. Alhamdulillah dengan menggunakan Waze, kerja mencari menjadi mudah walaupun kopitiam tersebut tersorok dan terlindung. Namun yang pasti, sekitar pukul 8.30 pagi, pengunjung sudah mula memenuhi Kopitiam Kita, malah tempat parking juga hampir penuh. . 

Ini saya punya bil. Roti Titab dua , nescafe tarik satu dan teh o ais limau satu

Menu Sarapan di Kopitiam Kita

Sebenarnya terdapat beberapa menu untuk bersarapan pagi Kopitiam kita. Antaranya ialah nasi berlauk Air Dingin. Namun, menu popular dan menjadi kegemaran para pengunjung ialah Roti Titab. Jadi, jika anda berkunjung ke sini, mencuba Roti Titab adalah satu kemestian. 

Apakah keistimewaan roti titab. Sebenarnya agak sukar untuk mengulas tentang hal ini. Sebabnya soal selera dan citarasa sememangnya berbeza dan tidak sama. 

Sejujurnya saya juga agak kesal dengan sikap sesetengah blogger yang bersikap zalim dan kejam ketika menulis tentang restoran atau kedai makan. Mereka menyerang menu dan restoran tersebut, dan seakan-akan ingin menyeru orang ramai yang membaca blognya agar menjauhi restoran tersebut. 

Sebenarnya, mungkin menu tertentu itu sedap dan istimewa pada selera kita, namun tidak kepada orang lain. Sebagai contoh,pernah upload gambar sup belut di facebook. Namun, terdapat segelintir sahabat facebook yang tidak menggemari belut lalu mereka membuat ulasan/komen yang macam-macam. Macam ularlah dan macam-macam lagi. Semuanya berpunca kerana belut itu tidak menepati seleranya. 

Kembali kepada tajuk, secara peribadi, roti titab sememangnya sedap dan istimewa serta menepati selera saya. Kaya yang digunakan juga tidak terlampau manis dan ditambah pula dengan telur separuh masaknya yang memukau selera. Saya difahamkan kaya yang digunakan untuk ini dibuat khas untuk roti titab. Malah, saya difahamkan juga Roti Titab ini adalah hasil cetusan resepi pemiliknya sendiri. 

Disebabkan ia terkenal di Kota Bharu, maka tidak menghairankanlah apabila Kopitiam Kita turut dikunjungi oleh beberapa selebriti terkenal negara, antaranya ialah Datuk Siti Nurhaliza dan orang-orang kenamaan. Kebanyakan foto-foto kunjungan mereka terpampang di barisan layan diri sebagai tatapan pengunjung pernah bertandang ke sini. 

Cukup di sini saya bercerita perihal Roti Titab dan Kopitiam Kita. Jadi kepada sesiapa yang belum berkunjung ke sana,atau andainya anda berkunjung ke Kelantan, eloklah meluangkan sedikit masa untuk menikmati roti titab di Kopitiam Kita. 

Alamat Kopitiam Kita : 4357-A, Taman Desa Jaya Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan. Telefon:+60 19-981 0888

Tuesday, November 24, 2015

10 perkara mesti dibuat jika melancong ke Seoul, Korea.


Korea Selatan, terutamanya sekitar Seoul sememangnya destinasi pelancongan yang memukau persona. Sesiapa yang pernah berkunjung ke sana pasti sahaja dapat menikmati keindahan dan keunikan Korea. 

Secara peribadi, saya pernah berkunjung ke Seoul, Korea Selatan pada penghujung tahun 2013. Jujur dan ikhlas, kenikmatan hampir seminggu berada di sana masih lagi terbayang-bayang di ruang mata. 



Walaubagaimanapun, di sini saya bukanlah ingin bercerita tentang kunjungan saya ke sana tempoh hari. Ini kerana, semua itu telah saya paparkan dalam entry saya yang lepas, lihat sinis  --> SINI

Sebaliknya untuk kali ini, saya ingin kongsikan mengenai perkara-perkara yang perlu dibuat jika kita melancong ke Seoul Korea. Tulisan asalnya saya petik daripada akhbar Harian Metro bertarikh 04.Disember.2014. Saya paparkan di sini untuk manfaat bersama, terutamanya kepada rakan-rakan yang berhasrat ingin berkunjung atau melancong ke Korea.

 1. Melawat Nami Island.

 Pulau Nami adalah lokasi wajib dikunjungi andainya anda ke Korea. Ia terkenal kerana menjadi lokasi penggambaran drama popular Korea, Winter Sonata. Pemandangan yang cantik dengan pokok dan sungai menjadikan pulau ini sebagai salah satu tarikan utama. Menariknya Nami Island bukanlah terletak di tengah laut, tetapi terletak di tengah sungai. Anda perlu menaiki bot(namun admin menggunakan feri) untuk ke Pulau Nami dan menikmati pemandaangan pesisir sungai yang sukar digambarkan.

 2. Membeli belah di Pasar Namdaemon. 

Pasar Namdaemon adalah antara pasar terbesar dan tertua di Korea Selatan.Dahulunya, pasar ini merupakan pusat ekonomi rakyat di bandar Seoul. Pasar Namdaemun menawarkan hampir segala-galanya dengan harga yang murah. Pakaian,barang kemas, beg, permainan kanak-kanak,cenderamata dan makanan, semuanya ada dijual di sini. 

3. Padlock cinta di Menara Namsan.

‘Lock of Love’ di Menara Namsan menawarkan pemandangan unik dengan berjuta-juta padlock(mangga kunci) pelbagai warna dan bentuk. Korea sememangnya terkenal dengan tempat romantikterutamanya di Seoul. Salah satu daripadanya ialah Menara Namsan. 4. Merendam kaki di Cheongae Stream. Cheonge Stream sungai yang dahulunya kotor dan buruk, tapi dibersihkan dan dihias cantik untuk tujuan pelancongan. Rehatkan diri anda sambil merendam kaki di Cheong Stream yang jernih sambil berbual-bual dengan rakan. Suasana yang cantik dan tenang walaupun di tengah bandar raya Seoul sangat menenangkan jiwa. 

5. Menaiki Seoul Subway. 

Pengangkutan utama di bandar Seoul adalah subway, iaitu kereta api bawah tanah. Ia bukan sahaja memudahkan perjalanan tetapi selamat dan menjimatkan masa. Dalam stesyen Seoul Subway terdapat banyak kedai untuk membeli belah dengan harga yang berpatutan. Namun, risiko pengangkutan ini ialah anda mungkin tersesat kerana dunia bawah tanah di Korea sangat luas. 

6. Ikan bakar di Dongdaemon.

Antara masakan korea yang sedap dan menjadi menu paling dirindui pelancong ialah ikan bakar di Dongdaemun. Banyak ikan bakar yang sedap dan segar di Grilled Fish Street ini. Selain daripada ikan bakar, anda boleh rasa menu masakan laut lain seperti sambal sotong. 

 7. Makan Kimchi.

Kimchi adalah makanan tradisional Korea. Perapan sayur kubis yang digaul dengan cili ini adalah sajian sampingan utama masyarakat Korea. Kimchi mempunyai banyak zat dan mampu mencegah obesiti. Semakin lama kimchi diperap, maka semakin mahal harga dan semakin sedap rasanya. Kebanyakan restoran Korea akan menyediakan Kimchi secara percuma. 

 8. Lepak dan santai di kafe. 

Antara tempat yang menjadi tumpuan di Korea ialah kafe. Jika anda berjalan di bandar Seoul, anda akan menemui banyak kafe cantik dan mempunyai reka hias yang menarik. Kafe di Korea ibarat kedai mamak di Malaysia. Orang Korea memilih kafe untuk berjumpa rakan atau melepak minum kopi dan membaca majalah. 

 9. Berbasikal di persisiran Sungai Han. 

Sungai Han adalah sungai terbesar di bandar raya Seoul dan menjadi tumpuan masyarakat Korea. Mereka datang ke Sungai Han untuk beriadah dan menenangkan fikiran. Pelancong juga ramai datang ke Sungai Han kerana mempunyai taman yang sangat cantik, terutamanya ketika musim bunga dan musim panas. 

10. Syurga kosmetik di Myeongdong.

Korea terkenal dengan produk kosmetik dan kecantikan. Bagi anda yang mencari barangan kosmetik dan kecantikan berkualiti, popular dan harga berpatutan, Myeongdong adalah tempat yang wajib dilawati. Tidak seperti negara lain, hampir semua kedai kosmetik di Korea memberi anda sample produk mereka. Malah promoter kedai kosmetik di Korea juga akan memberi nasihat mengenai produk yang sesuai untuk kulit anda. 

Info Tambahan:

Moga info yang disajikan ini mampu dijadikan tips dan panduan kepada pembaca yang berhasrat untuk melancong ke Seoul Korea Selatan. Jujur dan ikhlas, anda akan teruja dengan Seoul sebaik sahaja anda menjejak kaki ke sana.

Monday, November 23, 2015

GANGGUAN SEKSUAL DI SEKOLAH.




Gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja, termasuklah di rumah, tempat awam atau di tempat kerja. Malah, di sekolah juga tidak terkecuali, baik terhadap kanak-kanak di sekolah rendah mahupun remaja di sekolah menengah. 

Untuk kali ini, saya akan bicarakanperihal gangguan seksual di sekolah. Entry ini adalah berdasarkan tulisan Lt.Kol.(Dr) Lofti Anuar di ruangan Doktor Menulis akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 20 Mei 2012. Beliau merupakan seorang Pakar Perunding Psikiatri Am dan Aviasi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur. 




Berikut adalah jenis-jenis gangguan seksual yang berlaku di sekolah. 
  • 1. Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah 
  • 2. Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah 
  • 3. Membuat perlakuan atau isyarat lucah 
  • 4. Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah 
  • 5. Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan lucah. 
  • 6. Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan lucah.
  • 7. Melakukan sentuhan yang berunsur seksual 
  • 8. Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar 
  • 9. Menyebar khabar angin berunsur seksual. 

Berdasarkan kajian, majoriti pemangsa merupakan rakan-rakan pelajar itu sendiri yang sama-sama belajar di sekolah. Namun, terdapat juga segelintir pemangsa yang terdiri daripada kakitangan sekolah atau pekerja khidmat kontrak. 

Jenis gangguan seksual yang paling popular adalah ejekan seksual ke atas pelajar perempuan. Manakala gangguan terhadap pelajar lelaki pula biasanya berlaku di asrama dan kebiasaanya bercorak perlakuan homoseksual atau onani. 

Panduan kepada ibu bapa dan guru. 

Pada peringkat awal, tekanan emosi akan menyebabkan mangsa merasa malu dan rendah diri. Di tambah pula dengan khabar angin yang cepat tersebar dalam kalangan pelajar lain. Ini menyebabkan mereka sering ponteng sekolah atau tidak menghadiri aktiviti kokurikulum. Jika mangsa belajar di sekolah asrama penuh, mereka akab meminta untuk ditukarkan ke sekolah harian. 

Di rumah mangsa akan kelihatan murung dan kerap menyendiri. Adakalanya mangsa cepat melenting dan membuli adik yang lebih kecil.  Malah ada yang lari dari rumah. 

Di sekolah pula, mangsa kelihatan cemas dan takut. Mereka selalu kelihatan termenung semasa sesi pembelajaran. Akibatnya prestasi akademik menurun secara mendadak. Kadang-kadang mangsa mengadu sakit kepala dan perut. Ada juga yang mengalami histeria. Ini berlaku di bawah sedar apabila mereka tidak mampu meluahkan masalah secara terbuka.Bagi pelajar remaja pula, mereka cenderung untuk menghisap rokok atau mengambil dadah. 

Dalam kes pencabulan seksual atau perkosaan, perubahan tingkahlaku yang ditunjukkan berbeza mengikut umur. 

Kanak-kanak biasanya tidak membenarkan ibu bapa menyentuh bahagian bawah semasa membersihkan diri. Mereka mengadu sakit di kawasan kemaluan atau anal. Apabila diperiksa tanda kecederaan seperti kemerahan dan pengeluaran cairan dari kemaluan boleh dilihat. 

Pelajar remaja pula biasanya gagal menyembunyikan tanda-tanda kehamilan sekiranya ia berlaku. Perubahan bentuk badan, penambahan berat badan dan muntah-muntah pastinya mengundang kecurigaan. Ibu bapa terutamanya dinasihatkan agar bertanya tarikh haid terakhir pelajar. Trauma yang dialami oleh remaja yang mengandung luar nikah ini boleh menyebabkan kemurungan yang teruk dan percubaan membunuh diri.

Sunday, November 15, 2015

Tips mengelakkan mengantuk semasa memandu.


Tips mengelakkan mengantuk semasa memandu. 

Gambar di atas adalah gambar kereta saya yang terbabas sewaktu pulang bercuti hari raya Aidilfitri. Peristiwa berlaku pada tahun 2010 dan lokasi kejadiannya ialah di Lenggong Perak, ketika saya dalam perjalanan dari Ipoh ,Perak menuju ke kampung halaman saya di Bachok,Kelantan. Mengantuk dan seterusnya terlelap, itulah puncanya. 

Walaupun, sekarang ini, saya bertugas di Kelantan, namun saya terpaksa berulang alik dengan jarak perjalanan 100KM sehala dan 200KM pergi dan balik. Saya menetap di Bachok dan bertugas di Jeli, tentu sahaja seringkali diserang oleh rasa mengantuk ketika dalam perjalanan. 

Jadi untuk entry ini, saya ingin berkongsi tips untuk menggelakkan rasa mengantuk ketika memandu. Tips atau panduan tersebut adalah berdasarkan pembacaan saya di beberapa akhbar dan majalah, dan juga pengalaman saya sendiri. 

Mula-mula sekali kita kenal dan mengerti. Tak kenal maka tak cinta. Memang kita perlu mencintai rasa mengantuk sebab terdapat segelintir manusia termasuk rakan saya yang langsung tidak boleh melelapkan mata untuk tempoh yang agak lama. Mereka mengalami masalah gangguan tidur. Jadi bersyukurlah sebab kita dianugerahkan rasa mengantuk. Cuma yang penting biarlah rasa mengantuk itu adalah rasa mengantuk yang bertempat. Tapi, seboleh-bolehnya biarlah rasa mengantuk itu datang pada situasi dan lokasi yang tepat dan betul , antaranya ketika kita ingin tidur. 

Jadi fokuslah sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu semasa memadu. Untuk mengusir rasa mengantuk dan seterusnya fokus ketika memandu kita perlulah mengetahui atau mengenali tanda-tanda rasa mengantuk. 

Untuk entry ini, saya ingin berkongsi tips menggelakkan rasa mengantuk ketika memandu. Ia adalah berdasarkan pembacaan saya di beberapa akhbar dan majalah, dan juga pengalaman saya sendiri. Tanda-tanda rasa mengantuk. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini, kemungkinan anda akan mudah terdedah kepada kemalangan. 

Jadi, pastikan anda mengambil langkah-langkah yang wajar apabila anda merasai tanda-tanda di berikut, iaitu.

1. Pedih mata atau berat mata 
2. Berangan-angan 
3. Keletihan seluruh badan 
4. Penukaran gear lemah 
5. Bertambah kelajuan atau berkurang kelajuan 
6. Telinga berdesing atau berdengung. 

Berikut adalah tips menggelakkan mengantuk ketika memandu. 
  1. Rancang perjalanan anda. Yakinlah ia adalah usaha yang bijak dan berharga. 
  2. Mulakan perjalanan jauh pada waktu pagi, selepas anda mendapat tidur yang secukupnya.  
  3. Pastikan anda berada dalam keadaan cergas dan bertenaga. 
  4. Jangan minum minuman keras atau mengambil ubat yang mengakibatkan rasa mengantuk sebelum atau sewaktu dalam perjalanan. 
  5.  Mulakan perjalanan anda dalam suasana yang ceria. 
  6. Jangan memandu melebihi dua jam tanpa henti. Seeloknya tukar pemandu setiap dua jam walaupun anda tidak rasa mengantuk. 
  7. Langkah terbaik andainya rasa mengantuk sukar untuk diusir ialah tidur walau untuk seketika. Sebaik-baiknya tidurlah di tempat-tempat yang selamat seperti di masjid atau surau, namun jika terpaksa tidurlah walaupun di dalam kenderaan anda. Namun pastikan anda tidur di tempat yang selamat supaya tidak menjadi mangsa jenayah.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada pembaca. Kita memandu dalam keadaan yang berhemah dan sihat serta segar bugar dan selebihnya kita serahkan kepada Allah. Moga-moga perjalanan kita semua diberkati-Nya. 

P/S: Jika anda mempunyai tips/panduan, baik melalui pembacaan mahupun pengalaman, harap sudi dikongsi di sini untuk manfaat bersama.

Tuesday, November 10, 2015

Negara-negara yang mengharamkan vape.


Negara-negara yang mengharamkan vape.

Vape masih lagi menjadi satu isu yang hangat di Malaysia. Dari Parlimen hinggalah ke kedai kopi, perihal vape masih hangat dan sensasi. Menteri, pakar perubatan, ulama hinggalah golongan buruh, nelayan dan petani turut memperkatakannya.

Hingga ke detik entry ini ditulis, status vape masih lagi misteri di negara ini. Walaupun begitu, terdapat beberapa buah negara yang telahpun mengharamkan penjualan dan penggunaan vape. 

Antara negara-negara yang mengharamkan vape ialah. 

  • 1.Australia 
  • 2. Brazil 
  • 3. Kanada
  • 4. Emeriah Arab Bersatu
  • 5. Mesir
  • 6. Hong Kong
  • 7. Lubnan 
  •  8. Mexico 
  •  9. Panama  
  • 10. Singapura  
  • 11. Thailand. 

Info Tambahan:

Perihal vape di Malaysia agak menarik untuk diperkatakan. Kementerian Kesihatan Malaysia cenderung untuk mengharamkannya atas dasar kesihatan, namun Kabinet telahpun meluluskannya baru-baru ini. Ramai juga ahli politik yang turut mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Tapi, ramai yang beranggapan pihak yang ingin mengharamkan vape adalah kerana faktor ekonomi. Ini disebabkan vape tidak dikenakan cukai seperti rokok. Malah, jika membahayakan kesihatan dijadikan faktor untuk mengharamkan vape, mengapa rokok masih dijual sewenang-wenangnya, sedangkan rokok sudah terbukti membahayakan kesihatan.

Sunday, November 8, 2015

HUKUM MENGHISAP VAPE.


Saya tertarik dengan pandangan Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Dr Zaharuddin Abdul Rahman, sebagaimana dipaparkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 1 November 2015, berkata mengikut hukum syarak, penggunaan vape dengan niat mahu berhenti merokok adalah harus, namun ia boleh diperhalusi mengikut beberapa aspek, selain mengurangkan kadar nikotin secara berperingkat. 

Tegasnya lagi, penghisap vape tidak boleh mengubahsuai cecair keandungan sesuka hati atau menggunakan bahan tiruan kerana mudaratnya mungkin lebih teruk.. Selain itu, penghisap vape juga tidak boleh menghembuskan asap vape di tempat awam atau kepada orang sekeliling. 

Begitu juga ketika memandu, kerana asapnya boleh menghalang pemandangan dan boleh menyebabkan kemalangan. Katanya lagi, kos bulanan yang digunakan untuk vape juga perlu dikurangkan berbanding belanja membeli rokok, selain menjaga hubungan dengan keluarga. 

Walaupun begitu, Dr Zaharuddin menegaskan, umat islam yang tidak pernah merokok dan bukan perokok tegar diharamkan sama sekali menghisap vape. 

Selain itu, Pengarah Institut Perubatan Respiratori(IPR) Hospital Kuala Lumpur(HKL), Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif, sebagaiaman yang disiarkan menerisi akhbar Metro Ahad bertarikh 8. November. 2015,berkata, beliau tidak menafikan e-rokok(termasuk vape- pandangan admin) mampu mengurangkan kesan nikotin yang disebabkan oleh rokok konvensional, tetapi jika digunakan dengan cara yang betul dan sebaik-baiknya. 

Namun untuk jangka masa panjang, beliau berpendapat kaedah tampalan atau gula-gula getah bernikotin menerusi terapi gentian nikotin (NRT) atau terapi oral adalah lebih berkesan dan terbukti. Itupun disusuli dengan sesi kaunseling kepada perokok tegar tersebut. 

Info Tambahan:

Apabila penagih dadah bertukar kepada metadhone, Ia adalah langkah yang logik dan wajar untuk membasmi ketagihan terhadap dadah. Tetapi amat tidak waras dan sangat tidak wajar andainya orang-orang yang tak pernah menagih dadah tiba-tiba menggunakan metadhone. 

Begitu juga apabila perokok menggunakan vape sebagai penganti, maka ada logik dan wajarnya. Tapi, amat malang apabila orang-orang yang tidak pernah merokok tiba-tiba turut menghisap vape. Ini sangat pelik dan sungguh aneh.

Wednesday, November 4, 2015

Dua puluh negara paling aman di dunia.



Tahukah anda negara manakah yang disenaraikan sebagai negara paling aman di dunia? 

Setiap tahun sejak tahun 2007, Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan(IEP) menjadi kayu pengukur keamanan sesebuah negara. Ia diukur berdasarkan ciri dalaman dan luaran negara berkenaan.

Walaupun dunia hari ini dilihat semakin kejam, namun menurut GPI terdapat dua puluh negara yang disenaraikan paling aman di dunia. Di sini saya paparkan negara-negara tersebut yang saya petik(serta ubah suai) dari akhbar Harian Metro bertarikh 30 September 2014. 


20 negara paling aman di dunia. 

1. Denmark. 

Denmark mengungguli senarai memandangkan ia tempat paling selamat di dunia. Walaupun ibu negara Denmark, Copenhagen pernah ditakluk oleh Nazi pada Perang Dunia Kedua,namun mereka tidak melawan. 

Ini disebabkan rakyat Denmark lebih member fokus kepada ekonomi daripada terbabit dalam pelbagai konflik bersenjata. Rakyatnya juga terkenal kerana sangat ramah,terbuka dan gemar membantu. 



2. Norway.

 Mungkin ramai yang tidak menyangka Norway turut tersenarai sebagai negara paling aman di dunia. Ini kerana kes pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh Anders Behring Breivik yang telah mencemarkan nama negara tersebut. 

Namun menurut GPI, Norway adalah salah satu daripada negara paling aman, peramah dan selamat untuk didiami. 

3. Singapura. 

Sebagai negara kecil yang aktif dalam komuniti antarabangsa, Singapura tidak pernah memandang remeh soal keselamatan. Sejak pembentukan republic tersebut pada tahun 1965,Singapura telah member fokus untuk meningkatkan kerjasama dengan negara serantau melalui pembinaan hubungan sosial, keamanan, ekonomi dan diplomatik dengan semua negara. 

Justeru tidak hairanlah ia tersenarai dalam dua puluh buah negara paling aman di dunia.

4. Slovenia. 

Slovenia merupakan sebuah negara Eropah yang indah dan ia turut tersenarai sebagai negara paling aman di dunia. Negara tersebut menjadi penyumbang teredah kepada dana keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Selain itu, Slovenia juga mempunyai anggota polis dan pasukan keselamatan yang sedikit, namun kadar jenayah dalam masyarakatnya sangat rendah. Begitu juga dengan tunjuk perasaan yang ganas yang jarang berlaku di negara ini. 

 5. Sweden.

 Ia merupakan antara negara Scandinavia yang indah dan terletak jauh di utara Eropah. Walaupun terkenal sebagai pengesksport senjata terbesar di Eropah, kadar jenayah yang berlaku di negara tersebut sangat rendah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat. 



6. Iceland.

 Negara ini mengamalkan dasar tidak mahu masuk campur dalam sebarang konflik dunia, dan ini antara sebab yang menjadikannya tersenarai sebagai negara paling aman di dunia. Negara ini mengekalkan persekitaran semulajadinya yang menakjubkan. Kebanyakkan pelancong dari seluruh dunia yang datang Iceland adalah untuk melihat sendiri glasier besar dan gunung berapi di negara tersebut.

 7. Belgium. 

Belgium terletak di tengah Eropah dan mempunyai tarikan tersendiri untuk dilawati. Ibu negaranya, Brusslels menjadi ibu pejabat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara(NATO). Mereka yang melancong ke negara ini dapat melihat bandar zaman pertengahan yang tersergam indah, istana yang megah dan keindahan alam semulajadi yang mengasyikan. Walaupun Belgium pernah mengalami krisis pada tahun 2008 hingga 2011, namun kadar kes pembunuhan dan jenayahnya masih rendah. 

 8. Republik Czech. 

Republik Czech mencapai kemerdekannya dari blok Soviet pada tahun 1989 berikutan Revolusi Velvet dan pemisahannya dengan Slovakia. Selepas Czechoslovakia berpecah, Republik Czech member lebih fokus kepada pembangunan ekonomi kapitalis yang mapan dan membentuk persekitaran yang stabil untuk pelaburan. Negara tersebut juga disenaraikan sebagai sebuah negara dengan “pembangunan modal insan yang sangat tinggi” oleh Indeks Pembangunan Modal Insan(HDI) pada tahun 2009. Terkenal dengan ibu negaranya, Prague yang menakjubkan serta alam semulajadinya yang mendamaikan, Republik Czech menjadi antara tarikan pelancong dari seluruh dunia. 

 9. Switzerland 

Menurut IEP, Switzerland mengekalkan corak pentadbiran yang kukuh dan budaya politik terbuka di negaranya. Ketidakstabilan politik pada kadr yang rendah memberikan gambaran jelas kualiti kerajaan itu.Begitu juga dengan kadar jenayah yang sememangnya rendah turut menyumbang ke arah keamanan dan kedamaian Switzerland. 

Walaupun Switzerland sering mengambil pendekatan neutral dalam isu negara, antarabangsa dan politik dunia, namun ia tetap mengekalkan hubungan diplomatik yang erat dengan pelbagai negara di seluruh dunia. 

10. Japan 

Sebagai sebuah negara dengan budaya yang menakjubkan, Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia. Sejak Perang Dunia Kedua, Jepun mencorak suasana negara yang sangat aman dengan konflik dalaman dan kadar jenayah yang rendah.

Sesungguhnya Jepun adalah sebuah negara yang aman dan mempunyai keindahan yang mempersona untuk dilawati.


11. Ireland. 

Terkenal dengan pelbagai tempat yang bersejarah, dataran hijau yang mengagumkan serta rakyatnya yang peramah, jadi tidak menghairankanlah jika ia disenaraikan sebagai antara negara paling aman di dunia. Secara keseluruhannya, Ireland adalah sebuah negara yang hebat dengan pelbagai tarikan pelancongan. 

12. Findland. 

Findland dianggap sebagai negara paling aman dan jarang menghadapi sebarang konflik. Ia masih lagi mengekalkan khidmat awam dan tentera mandatori buat generasi muda. Pembabitannya dalam perang hanyalah melalui penyertaannya dalam pasukan tentera pengaman PBB. Findlad juga sangat menitikberatkan pendidikan dalam segala aspek dan sistem pendidikannya adalah adalah yang kelima terbaik di dunia. 

13. New Zealand 

Negara ini sering tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia sejak tahun 2007. Dengan populasi di penjara yang rendah, kemampuan tentera yang terhad, hubungan rapat dengan Australia serta layanan yang baik, New Zealand adalah sebuah negara yang hebat untuk didiami. New Zealand juga mempunyai keindahan tersendiri yang menjadikannya unik dan tidak tergambar dengan kata-kata sehinggalah kita nmerasainya sendiri.


14. Kanada

Walaupun dengan populasi kira-kira 33 juta penduduk, namun Kanada merupakan negara kedua terbesar di dunia. Bandar yang bersih dan cantik, pemandangan mengagumkan serta warganya yang sangat peramah menjadikan Kanada sebagai pilihan yang tepat untuk mereka yang gemarkan suasana tenang. 

 15. Austria.

Terletak di Eropah Tengah, Austria tersenarai sebagai negara paling aman di dunia berikutan pendiriannya berhubung isu politik antarabangsa. Sejak pemisaha Empayar Austria- Hungary, Perang Dunia Pertama dan Kedua, negara itu memilih untuk lebih mengutamakan kehidupan yang damai dan tenang. Ramai yang melabel ia sebagai negara yang hebat dengan resort terkenal di banjaran Alps serta pusat kebudayaan yang menakjubkan di Vienna. 

16. Bhutan. 

GPI 2013 turut menyaksikan Bhutan tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia. Ini berikutan peratusan yang tidak berubah berhubung berhubung konflik tempatan dan antarabangsa sejak 6 tahun lalu dengan markah yang diperoleh 1.6 daripada 5.1. Laporan berkenaan menggunakan 22 penanda aras untuk mengukur keamanan dalaman termasuk jumlah anggota polis setiap 100,000 rakyat dan kadar jenayah. Rakyat Bhutan disifatkan sebagai komuniti yang cintakan keamanan dan mempunyai budaya yang tertib. Ditambah lagi dengan pelbagai tempat untuk dilawati. Bhutan sememangnya destinasi pelancongan pilihan ramai. 

17. Australia. 

Australia adalah negara yang aman dan indah serta menawarkan budaya, pantai , alam semulajadi yang memukau dan rakyatnya yang peramah. Warga negara ini dikatakan mempunyai sentuhan humor yang bakal membuatkan anda tidak kering gusi sepanjang berada di Australia. Walaupun keluasan negaranya sama dengan Amerika Syarikat, namun populasi penduduknya hanya kira-kira 20 juta orang. Negara ini juga mempunyai kadar jenayah yang rendah,sistem politik yang stabil, standard kesihatan yang tinggi serta jaringan jalan raya yang baik 

18. Portugal

Portugal merupakan anggota Kesatuan Eropah(EU) dan merupakan negara ke 43 penyumbang ekonomi terbesar dunia. Berbekalkan pemandangan yang cantik dan kadar jenayah yang rendah, ia merupakan sebuah negara yang selamat untuk didiami. 

19. Qatar. 

Menurut GPI, Qatar adalah negara paling aman di Timur Tengah dan antara yang paling aman di dunia. Insiden keganasan sangat jarang berlaku di Qatar berbanding negara perindustrian yang lain. Malah, ia merupakan antara paling fleksibel dan liberal di Timur Tengah. Negara itu kini melalui fasa perubahan di bawah Visi Nasional 2030 untuk mencapai status ekonomi pelbagai, mampan dan maju. 

20. Mauritius

Dengan status negara paling aman di Afrika yang diberikan oleh GPI pada tahun 2013, Mauritius menampilkan kelainan tersendiri dari sudut ekonomi, pembangunana dan masyarakat. Ia sekali gus menjadikan Qatar sebagai platform kukuh untuk pengurusan kekayaan dan hartanah. 

Demikianlah 20 buah negara yang disenaraikan sebagai paling aman dan paling selamat untuk dikunjungi dan didiami. Namun, jika kita perhatikan senarai tersebut, ternyata kebanyakkan negara tersebut merupakan negara-negara yang bukan islam, kecuali Qatar. 

Semoga ini semua menjadi satu tamparan yang hebat kepada negara-negara islam. Amatlah memalukan jika imej bersih, aman, dan peramah menjadi hak milik masyarakat dan negara bukan islam, sedangkan keganasan, letupan, kemunduran, huru-hara dan penindasan terhadap wanita menjadi sinonim dengan negara dan umat islam. Padahal keamanan dan kedamaian amat sinonim dengan islam. Malah kalimah islam sendiri ada perkaitan dengan perkataan salam yang bermaksud selamat atau sejahtera. Sama-samalah kita muhasabah diri.