Monday, February 23, 2015

AWAS, BAHAYA PIL CHI KIT TECK AUN



Rasanya ramai yang pernah menggunakan pil chi kit teck aun, atau setidak-tidaknya pernah melihat pil tersebut. Ia amat sinonim dengan cirit-birit, walaupun ia juga digunakan untuk penyakit atau masalah kesihatan yang lain, termasuklah senak perut, muntah-muntah dan mabuk kenderaan. Walaupun begitu, pil ini didakwa amat merbahaya dan mengancam kesihatan. 



Hahaha! Jika pakar pembunuh iblis,syaitan dan jin bunian ini mendakwa pil chi kit teck aun ada mengandungi bahan- bahan terlarang atau haram, saya masih boleh menerimanya. 

Tapi dakwaan kononnya pil cirit birit tersebut mengandungi jisim makhluk halus, ia amat lawak dan sangat tak cerdik. Lainlah kalau makhluk halus yg dimaksudkan itu adalah nyamuk dan semut. Memanglah kedua-duanya adalah makhluk yang halus. 

Agak-agaknya pil tersebut mengandungi 20% jisim syaitan, 20% jisim iblis, 20% jisim jin, 20% jisim bunian dan 20% jisim toyol.

14 comments:

Lynn Munir said...

Haha.....kalau cengitulah rasanya satu rumah saya dah kena sampuk sekarang ni.
Sebab kami memang simpan pil tu utk tujuan kecemasan sakit perut dan cirit birit - mujarab.

Zura Tahir said...

Hahaha...terkejut jgak baca...cmne tue erk...???kikiki...

si para para said...

orang yang post tu tgh mabuk pil chi kit teck aun rasanya..

shameel Iskandar said...

Lynn Munir .
Hehehe..saya pun selalu guna pil ni kalau kena cirit birit.. Takde pula perasa jin atau iblis dalam tu.. Rasa herba adalah.. hehehe.

shameel Iskandar said...

Zura Tahir
Hehehe.Tok bomoh zaman sekarang macam2 karut- marut dijaja rata-riti.

shameel Iskandar said...

si para para.
Kemungkinan besarlah tu. hehehe.. dia post masa cirit birit kot.

adrianna syaz said...

Bleh cmtu plak,,adoiii

shameel Iskandar said...

adrianna syaz
Hehehe. Macam2 org zaman skrg ni bila nak jahanamkan business org lain.. Tapi yg hairannya, ramai juga yg percaya.

el said...

laaaaaaaaa hahaha lawak betul
igtkan betul2 xleh makan ubat ni

tp iols mmg xpenah mkn ubat ni pun..

zgen said...

maaf ya,mahu tanye..pil ini halal ke? dr segi pembuatan sebab sedia maklum kandungan nye dr herba2 tumbuhan yg inshaAllah halal..cuma pil ni dapat sijil halal dari jakim ke?

shameel Iskandar said...

zgen.
Pil ni halal dan boleh digunakan tanpa was-was. Insha-Allah.

zgen said...

terima kasih info nye :)

Anonymous said...

Bodo...

shameel Iskandar said...

Anom.
Bagi org yg cerdik dan ada Pegangan agama tentu sahaja menanggap dakwaan tersebut sebagai bodoh, tapi bagi pentaksub tok bomoh terutamanya tok bomoh yg memperdagangkan agama dengan memakai uniform dan title agama mereka akan percaya tanpa ragu umpama mempercayai firman dan sabda