Wednesday, February 25, 2015

Senarai jamu dan majun yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kementerian Kesihatan Malaysia, sebagaimana disiarkan di dalam Harian Metro, bertarikah 24 Febuari 2015, telah mengharamkan beberapa produk jamu dan majun yang mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan,termasuklah mengandungi kimia steroid atau dexametshone. 

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Mazlan Ismail, dexametshone yang digunakan untuk rawatan masalah bengkak dan radang yang serius. 

 Menurutnya lagi, pengunaan dexametshone secara berpanjangan akan memberi kesan sampingan yang serius yang pastinya membahayakan kesihatan pemakannya. Ini termasuklah mengakibatkan kerapuhan tulang, melemahkan otot dan meningkatan kandungan gula di dalam darah. 

Malangnya jamu dan majun tersebut dijual dengan berleluasa di kedai runcit dan premis menjual ubat tradisonal dan dengan harga yang murah, iaitu RM1.50 sepaket. Ramai yang terpengaruh dengan produk majun dan jamu tersebut kerana ia didakwa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit termasuklah gout dan asma. 

Berikut adalah senarai jamu dan majun yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • 1. Majun Dua Istimewa
  • 2. Majun Syafiq 3 Istimewa  
  • 3. Majun Taufiq 2 Istimewa  
  • 4. Majun Penawar Tulang Sendi  
  • 5. Pil Resdung  
  • 6. Raja Ubat Resdung  
  • 7. Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule 
  • 8. Reepo   
  • 9. Air Ikan Haruan  
  • 10. Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)  
  • 11. Majun Tenaga Herba- Ubi Jaga 

 Tajuk Lain Yang Berkaitan: 

6 comments:

anajingga said...

bagus info ni, kak ana memang tak pernah makan atau beli jamu2 ni semua, memang mencurigakan .

Eye_nee said...

Boleh makan jamu2 ni asalkan pandai memilihnya...lihatlah dulu samada ada kelulusan KKM ker tidak waktu membeli..jgn main sebat jer...

shameel Iskandar said...

anajingga.
Sekadar perkongsian utk manfaat bersama.

shameel Iskandar said...

Eye_nee .
Benar tu Kak.. majun dan jamu digunakan sejak zaman berzaman utk kesiahatan.

Cuma kita kena bijak memilih dan yg disenaraikan di atas atas antara majun dan jamu yg telah diharamkan oleh kementerian kesihatan. Pengharaman tu dibuat setelah dilakukan penyelidikan oleh kementerian

teh ramuan said...

tak pernah aku makan jamu atau makjun
nak beli kat mana pun aku tak tahu

Mizta Qidz said...

Boleh bagi sy info terkini tak tentang maajun dua istimewa..
Sy dah cari tpi tak jumpa yg terkini...
Maaf sy perlu kn bantuan....