Thursday, October 22, 2015

Pesanan Ustaz Don Daniyal kepada pengguna WhatsApp


Sikap pengguna WhatsApp dan lain-lain media sosial yang terlampau bernafsu ingin berkongsi apa jua maklumat yang diterima, telah mengundang keresahan masyarakat. Lagi malang, aplikasi WhatsApp turut berjaya membutakan mata dan memandulkan akal sebahagian pengguna-penggunanya, terutamanya dari kalangan orang-orang Melayu. Mereka mempercayai secara membuta tuli segala maklumat yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp, lalu secara membabi buta maklumat tersebut disebarkannya kepada kenalan yang lain, terutamanya ke Group WhatsApp. 



Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah menegur sikap membabi buta dan membuta tuli sesetengah pengguna WhatsApp. Apatah lagi, dalam perkara yang melibatkan agama, terutamanya akidah. Beliau memberi contoh mengenai mesej berantai yang mengancam atau mengugut si penerima agar menyebarkannya kepada orang lain. Jika tidak si penerima tersebut akan menerima musibah. 

Sebenarnya mesej tersebut telah lama tersebar dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita. Pada tahun 1980-an dan 1990-an dahulu ia dalam bentuk surat berantai, dan penerimanya disyaratkan agar membuat 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain. Walaupun kesyirikan surat berantai tersebut telah dibongkar sejak tahun 1990-an lagi, tetapi para aktivis khurafat dan musuh-musuh agama terus menyebarkannya kepada orang ramai. 

Apabila media sosial tercipta, mereka menggunakan media sosial untuk menyebarkannya. Beberapa tahun lepas agak ramai yang menyebarkannya di facebook, tapi kini ia menular ke WhatsApp. Mengenai mesej beranitai ini, Ustaz Don menasihatkan orang ramai, terutamanya pengguna WhatsApp agar menyelidik terlebih dahulu sebelum berkongsi kepada orang lain. Tentang mesej berantai yang sesat dan fatwa mengenainya bolehlah langsung ke -->  SINI 

Sebenarnya mesej berantai tidak terhad kepada mesej berantai tersebut sahaja, malah terdapat beberapa mesej berantai yang kurang popular tetapi tetap mengancam akidah.

Antaranya ialah pesaan supaya berselawat atau mengeratkan tali persaudaraan, atau apa jua amalan yang baik, tetapi diakhiri dengan ancaman dan ugutan. Contoh ugutan dan ancaman tersebut ialah,

 “tolong sebarkann pesanan ini kepada rakan- rakan anda dan tuah akan datang dalam masa 24jam dari sekarang.jika tidak, anda akan di timpa bencana."


Golongan Fasik turut memfitnah Dr Haron Din di Media Sosial.

Selain daripada mesej berantai, ramai juga pengguna WhatsApp yang berkongsi dan beuirita-berita yang tidak jelas atau diragui sumbernya. Berita tersebut sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada rakan-rakan. 

Saya tertarik dengan tulisan Dr Asyraf Wajdi Dasuki dalam ruangan Fikrah, akhbar Sinar Harian bertarikh 21 Oktober 2015. Tulisannya yang bertajuk Islam Menegah Pemikiran Prejudis perlu dibaca dan dihayati oleh segenap individu Muslim, terutamanya yang menggunakan WhatsApp dan lain-lain media sosial. 

Saya petik sebahagian darpada tulisan Dr Asyraf Wajdi tersebut. 

“Apabila kita membaca mendengar,melihat atau mendengar sesuatu berita yang tidak jelas sumbenrya, lebih-lebih lagi daripada sumber yang meragukan seperti media sosial, maka hendaklah kita selidiki terlebih dahulu berita tersebut dan tidak mudah bersangka buruk. Tambahan pula jika ia melibatkan orang-orang islam yang beriman, kerana mungkin berita tersebut dibawa oleh orang yang fasik atau berita tersebut adalah berita yang fasik, sebagaimana yang diajarkan di dalam Al-Quran kepada kita"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini-Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan” Surah al-Hujuraat, ayat 6. "

Benar dan amat benar, hari ini orang-orang yang fasik mungkin juga musuh-musuh islam sedang giat ‘menjual’ nama tokoh-tokoh agama atau ulama untuk menyebarkan fitnahnya di media sosial. Pernah beberapa ketika dahulu, golongan fasik ini menyebarkan fitnah kononnya Prof Dr Haron Din berpesan agar jangan menggunakan perkataan SALAM, kerana salam itu membawa maksud celakalah kamu. 

Orang yang mencipta fitnah tersebut telah melakukan dua dosa besar, iaitu:

  • Dosa Pertama: Si pencipta fitnah telah menjadikan islam sebagai agama yang hodoh dan bodoh. Secara tidak langsung, dia juga telah mendefinisikan islam sebagai agama yang sarat dengan kecelakaan dan kesialan. Salam sebenarnya berasal daripada Bahasa Arab , yang bermaksud selamat, sejahtera dan aman. Malah perkataan islam juga ada kaitan dengan perkataan salam, iaitu aslama – yuslimu . Jadi amatlah jahat dan sangatlah kejam apabila mendakwa Salam bermaksud celaka. Ini kerana ia juga membawa maksud agama islam itu agama yang penuh kecelakaan dan kesialan. 
  • Dosa Kedua : Telah melakukan fitnah terhadap Dr Haron Din, seolah-olah ini( salam bermakna celaka) adalah dakwaannya. Umum mengetahui Dr Haron Din adalah Mantan Professor Pengajian Islam dan amat mustahil dia tidak memahami makna Salam. Tapi, malangnya ramai juga pengguna WhatsApp yang bekerjasama menyebarkan atau memanjangkan karut marut tersebut di laman sosial termasuklah di WhatsApp. Antaranya ialah beberapa orang rakan saya di beberapa Group WhatsApp. 

Dr. Zahazan Muhammad turut menjadi mangsa firnah golongan Fasik


Baru-baru ini tersebar di laman sosial termasuklah WhatsApp kononnya starbucks telah diharamkan oleh JAKIM kerana mengandungi bahan terlarang dan haram, iaitu babi. Malah Ustaz Dr. Zahazan Muhammad didakwa turut mendakwa starbucks haram dan mengandungi unsur-unsur babi. Betapa jahatnya dan fasiknya si pencipta fitnah ini. 

Mereka telah ‘menjual’ JAKIM dan Ustaz Zahazan untuk melariskan fitnahnya. Akibatnya ramailah Bani Melayu yang mandul akal dan terliwat minda yang memanjangkan mesej karut dan fitnah itu ke Group WhatsApp. 

Apa yang pasti, tindakan sebegini telah mencalar imej dan nama baik JAKIM dan Ustaz Zahazan. Sebenanrya, ini semua tidak akan berlaku, jikalau pengguna WhatsApp melakukan sedikit penyelidikan. Ini kerana cerita kononnya sturbacks menggunakan bahan-bahan berasaskan babi telah lama tersebar, dan setiap kali tersebar berita karut tersebut, nama Ustaz Zahazan akan turut dikaitkan. 

Sebelum ini sudah berulang kali Ustaz Zahazan menafikan dirinya pernah mengeluarkan kenyataan tersebut. Namun, kerana kemandulan akal, walaupun berjuta kali lagi munculnya fitnah tersebut,pengguna WhatsApp terutamanya dari keturunan Bani Melayu akan tetap mempercayai dan menyebarkannya di laman sosial. Inilah yang berlaku orang kita mulai mandul akal dan terliwat minda. 

Saya akhiri entry saya ini dengan memetik sebahagian daripada tulisan Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed di dalam ruangan Cetusan, akhbar Sinar Harian, bertarikh 30.09.2015. Moga ia mampu mencairkan antartika kejahilan segelintir pengguna WhatsApp, terutamanya dari kalangan Bani Melayu. Moga-moga dengan ini akal yang mandul bisa disuburkan, dan minda yang terliwat bisa disucikan kembali.

Petikan tersebut ialah:

"Siapa-siapa pula ‘mamat’ yang meuar-uarkan sesuatu yang palsu dengan cara mengedit foto dan tulisan hingga menjadi seolah-olah sesuatu yang benar? 

Siapa yang menyolek atau mengandam sesuatu yang salah hingga punyai wajah kebenaran? 

Dalam pada itu, ada lagi satu golongan yang sedar hukum-hakam menyebar penipuan, tetapi melakukannya juga. Mereka adalah golongan yang memanjangkan apa sahaja yang ‘mamat-mamat’ itu sebarkan. Apa sahaja bahan yang merangsang emosi akan dipanjangkan tanpa usul periksa. Yang penting, berita yang diterima itu dapat dibaca oleh anggota keluarga dan sahabat handai. Kononnya mereka hendak memberi pengetahuan kepada orang yang hampir dengannya.” 

Tajuk Lain Yang Berkaitan: 

6 comments:

Eye_nee said...

Tabiat "gatal Jari" ni mmg tak pernah berhenti-henti....dah byk kali dipesan-pesan kan...jika kamu sendiri tidak tahu sahih kebenaran benar palsunya sesuatu berita itu lebih baik diamkan saja...baca buat ingatan pada diri kamu.takut menyebarkan nnt menjadi fitnah...namun itulah dianya kelemahan manusia ni cikgu....khilaf yg kita sedari namun tertewas juga dan akhirnya "with one single click"....tersebar merata....Semoga kita masih lagi mampu menahan diri dari berbuat sedemikian...

shameel Iskandar said...

Eye_nee.
Betul tu Eynee. Tabuat gatal jari ini banyak mengundang musibah. Jika dulu, kerana mulut badan binasa, tapi hari ini kerana jari agama terfitnah.

Kakzakie said...

Sebab itulah mengapa Islam sudah kata fitnah itu jahat. Kalau dulu dikatakan lidah lebih tajam dari pedang tetapi sekarang lagi dahsyat bila informasi yg tidak diketahui kebenarannya sudah berlegar seantero dunia. Bertambah parah bila dikatakan konon apa yg dititip itu adalah hadith/ayat Quran. Utk membuat org lebih percaya diletak gambar ustaz/ustazah/ulama'.

Dunia benar-benar sudah tua dik. Sama-sama kita saling ingat-mengingatkan hal ini. Sebaiknya rajin ke majlis tazkirah/ilmu jgn berguru dari alam maya aje.

shameel Iskandar said...

Kakzakie .
Malang sekali kak apabila kemungkaran dan difitnah dijaja melalui media sosial. Lagi malang ia begitu laris di kalangan org2 melayu islam. Golongan fasik amat bijak dalam mempromosi fitnah2 yg mereka cipta. Mereka sanggup melacurkan agama dgn menitipkan ayat suci Al-Quran dan Hadis serta menjual nama ulama spt meletakkan gambar2 tokoh2 agama tertentu.

aTieYusof Family said...

Salam cikgu.. sy memang tak layan klu ada masuk message berantai ni..
sebab takut tambah dosa.. dah lah tak tahu betul @ tidak kita main sebar ja..
memang tak lah..huhu
harap kita semua lebih berhati2 kan...

Anonymous said...

Keji & hina org yg sebar berita fitnah ni. Lebih hina dri Yahudi