Thursday, February 26, 2015

Mat Sabu enggan ulas dakwaan ‘usaha jatuhkan Hadi’



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas mengenai kemungkinan tindakan disiplin yang mungkin dihadapinya atas tuduhan penglibatan dalam usaha untuk menjatuhkan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Dakwaan tersebut timbul apabila rakaman kononnya beliau merancang untuk menjatuhkan Hadi muncul di beberapa blog. Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata beliau hanya akan memberi kepada jawatankuasa khas siasatan berhubung segala tuduhan terhadapnya. “Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain media perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ianya masalah dalaman parti, sekiranya diminta.

 “Berkenaan kedudukan saya dalam parti, saya serahkan kepada Muktamar serta kebijaksanaan perwakilan,” kata Mohamad dalam satu kenyataan.

Sementara itu ketika ditemui di Butterworth hari ini, Mohamad berkata apa jua tindakan terhadapnya beliau serahkan kepada muktamar parti itu, 

Sumber : MalaysiaKini

Wednesday, February 25, 2015

Senarai jamu dan majun yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kementerian Kesihatan Malaysia, sebagaimana disiarkan di dalam Harian Metro, bertarikah 24 Febuari 2015, telah mengharamkan beberapa produk jamu dan majun yang mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan,termasuklah mengandungi kimia steroid atau dexametshone. 

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Mazlan Ismail, dexametshone yang digunakan untuk rawatan masalah bengkak dan radang yang serius. 

 Menurutnya lagi, pengunaan dexametshone secara berpanjangan akan memberi kesan sampingan yang serius yang pastinya membahayakan kesihatan pemakannya. Ini termasuklah mengakibatkan kerapuhan tulang, melemahkan otot dan meningkatan kandungan gula di dalam darah. 

Malangnya jamu dan majun tersebut dijual dengan berleluasa di kedai runcit dan premis menjual ubat tradisonal dan dengan harga yang murah, iaitu RM1.50 sepaket. Ramai yang terpengaruh dengan produk majun dan jamu tersebut kerana ia didakwa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit termasuklah gout dan asma. 

Berikut adalah senarai jamu dan majun yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • 1. Majun Dua Istimewa
  • 2. Majun Syafiq 3 Istimewa  
  • 3. Majun Taufiq 2 Istimewa  
  • 4. Majun Penawar Tulang Sendi  
  • 5. Pil Resdung  
  • 6. Raja Ubat Resdung  
  • 7. Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule 
  • 8. Reepo   
  • 9. Air Ikan Haruan  
  • 10. Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)  
  • 11. Majun Tenaga Herba- Ubi Jaga 

 Tajuk Lain Yang Berkaitan: 

Monday, February 23, 2015

AWAS, BAHAYA PIL CHI KIT TECK AUN



Rasanya ramai yang pernah menggunakan pil chi kit teck aun, atau setidak-tidaknya pernah melihat pil tersebut. Ia amat sinonim dengan cirit-birit, walaupun ia juga digunakan untuk penyakit atau masalah kesihatan yang lain, termasuklah senak perut, muntah-muntah dan mabuk kenderaan. Walaupun begitu, pil ini didakwa amat merbahaya dan mengancam kesihatan. 



Hahaha! Jika pakar pembunuh iblis,syaitan dan jin bunian ini mendakwa pil chi kit teck aun ada mengandungi bahan- bahan terlarang atau haram, saya masih boleh menerimanya. 

Tapi dakwaan kononnya pil cirit birit tersebut mengandungi jisim makhluk halus, ia amat lawak dan sangat tak cerdik. Lainlah kalau makhluk halus yg dimaksudkan itu adalah nyamuk dan semut. Memanglah kedua-duanya adalah makhluk yang halus. 

Agak-agaknya pil tersebut mengandungi 20% jisim syaitan, 20% jisim iblis, 20% jisim jin, 20% jisim bunian dan 20% jisim toyol.

Caliph Buskers beri amaran kepada Adam Adli


Aktivis, Adam Adli dan penyokong perhimpunan 'Kita Lawan' diberi amaran supaya tidak menggangu lokasi buskers membuat persembahan di sekitar pusat beli-belah, Sogo dengan perhimpunan haram yang hanya membawa ketakutan kepada masyarakat.

Anggota Caliph Buskers, Fendy berkata, sebarang perhimpunan haram yang dicadang diharap dibatalkan segera demi kelangsungan rezeki pemuzik jalanan di kawasan berkenaan. 

 "Saya harap benda ini tidak berlanjutan. Bukan sahaja Caliph Buskers yang mencari rezeki di sana namun banyak lagi kumpulan buskers di sekitar Sogo. Orang ramai datang di sini bukan untuk melihat perhimpunan haram. "Kenapa mereka hendak menyekat periuk nasi pemuzik jalanan dengan perhimpunan sedemikian? Kalau ia menimbulkan kontroversi dan mengganggu keamanan, apa guna ia dianjurkan?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Fendy mengulas perhimpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu yang diadakan di Sogo sebagai tanda solidariti untuk pembebasan Ketua Pembangkang itu. Antara yang memberikan ucapan pada perhimpunan itu adalah anak Anwar, Nurul Nuha. 

Pada perhimpunan itu, Nurul Nuha turut meminta orang ramai untuk sekali lagi berhimpun pada perhimpunan kemuncak bagi kempen ‘Kita Lawan' pada 7 Mac depan. Adam Adli yang turut berucap pada perhimpunan berkenaan menyeru anak-anak muda untuk tidak takut dalam perjuangan mereka. 

Dalam pada itu kata Fendy, masyarakat menjadikan kawasan sekitar SOGO selain Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai lokasi membeli-belah dan bukan berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu.

 "Janganlah ganggu tempat orang ramai ini dan buskers lain mencari rezeki dari pagi sehingga malam di sekitar lokasi. Jangan timbulkan kontroversi di tempat tumpuan awam. "Tidak elok jika diadakan perhimpunan di sana. Orang hendak membeli-belah dan bergembira, bukan kecoh-kecoh seperti yang dilakukan mereka," jelasnya. 

Sumber : Astro Awani

Sunday, February 15, 2015

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Adab-adab menziarahi kubur


Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) baru sahaja meninggal dunia beberapa hari yang lepas. Puluhan ribu pengunjung telah menziarahi Almarhum di Masjid Pulau Melaka, yang terletak berhampiran kediamannya. Dan ,saya juga antara lauatan manusia tersebut yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Sang Murabbi Ummah ini. 

Selain kediamannya, pusara TGNA yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka tidak sunyi daripada diziarahi pengunjung, termasuklah dari luar Kelantan. Nik Mohamad Abduh, anak Allahyarham Mursyidul Am Pas,TGNA menasihatkan orang ramai supaya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW ketika menziarahi pusara ayahnya itu. Beliau berkata, orang ramai diminta untuk tidak melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai khurafat ketika menziarahi pusara Allahyarham. 

Di sini saya ingin berkongsi adab-adab atau tatacara menziarahi kubur sebagaimana yang disampaikan oleh TGNA di dalam kuliah agamanya sebelum ini. Sengaja saya upload untuk manfaat bersama, dan sebarluaskannya demi kebaikan ummah. 

Intisari penting Kuliah Tersebut.

Hukum menziarahi kubur adalah sunat kerana ia dapat membentuk jiwa.Menziarahi kubur akan mengingatkan kita kepada mati. Siapapun kita pasti akan mati sebagaimana orang-orang yang telah pergi. 

Antara adab-adab menziarahi kubur ialah: 

  • Seboleh-bolenya berwuduk terlebih dahulu sebelum menziarahi kubur 
  • Memakai pakaian yang berwarna putih. Ia laksana melatih diri kita menjadi orang mati
  • Berpuasa( saya tak pasti adakah ia bermaksud berpuasa atau sekadar tidak menjamah makanan sebelum ziarah kubur). Ia kerana ia lebih memberikan ruang dan peluang untuk menghayati situasi orang mati. Mereka yang berada dalam kubur telah sekian lama berlapar( tidak makan), dan bila kita berlapar, kita lebih memahami situasi penghuni kubur.
  • Berdiri ketika menziarahi kubur.Ini kerana perbuatan berdiri itu lebih memberi kesan letih dan penat. Letih dan penat ini akan sebenarnya beupaya menghadirkan keinsafan kepada diri. Ini kerana, akan terlintas di fikiran kita tentang penat dan letihnya para penghuni kubur. JIka kita yang hanya seketika ziarah kubur sudah terasa penat dan letih, bagaimana pula dengan penghuni kubur yang sudah bertahun-tahun, malah mungkin ribuan tahun yang bersemadi. Bagaimana penat dan lelahnya mereka berhadapan dengan azab kubur.
  • Elakkan daripada perbuatan melangkah kubur, kecuali jika terpaksa
  • Pada zaman awal islam, menziarahi kubur diharamkan kerana Nabi Muhammad S.A.W bimbang umat islam terbawa-bawa dengan budaya dan amalan masyarakat Arab Jahiliah. Amalan masyarakat Arab Jahiliah ialah meratap, meraung dan mengambil syafaat serta pelbagai lagi perbuatan khurafat. Namun, apabila akidah umat islam semakin kukuh dan kefahaman mereka terhadap islam semakin mendalam, larangan tersebut dimansuhkan, malah digalakkan.
  • Kita ziarah kubur sebenarnya untuk diri kita sendiri dan bukannya untuk si mati. Ziarah kubur hakikatnya adalah untuk membaiki diri dan bukannya membaiki orang mati. Matlamat ziarah kubur adalah untuk mendidik diri dengan rasa keinsafan. Suasana di kubur yang sunyi dan sepi dapat menginsafkan diri. Kalau setakat nak baiki orang mati, kita boleh mendoakan mereka walau di mana sahaja kita berada dan tak semestinya di kubur mereka. 


Mati akan sentiasa menghampiri walau kita menjauhi. Mati juga akan datang menemui, meskipun kita bersembunyi. Mengiganti mati tidak sesekali menganggu tenang hidup, tapi sebaliknya menjadikan hidup lebih bererti. Sehebat-hebat manusia dan setinggi-tinggi darjat dan pangkat, akan tetap menemui noktah hidupnya. Al-Fatihah buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

BIODATA TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT.



Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah pergi buat selama-lamanya. Pemergian Murabbi Ummah ini merupakan satu kehilangan besar buat umat islam. Di sini saya kongsikan biodata rinkas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Tarikh Lahir: 1931 Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan. 

Pengajian :

 1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut 2-Universiti Deoband India 3-Universiti Lahore Pakistan 4-Universiti Al Azhar 5-Sarjana Muda bahasa Arab 6-Sarjana Perundangan Islam 


Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat. Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid. Sewaktu usia 9 tahun, 

Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika. 

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah. Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952.

Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain. Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir, dan pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962. 

Perkhidmatan :

 Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah. 

Pendakwah : 

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah. 

Seorang Petah Bercakap 

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu Semoga Allah merahmati Tuan Guru Nik Aziz.

Tuesday, February 10, 2015

SEORANG DARIPADA TIGA RAKYAT MALAYSIA MENGHIDAP DARAH TINGGI.


Seorang daripada tiga rakyat Malaysia mengalami masalah tekanan darah tinggi disebabkan pengambilan garam yang berlebihan.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Feisul Idzwan Mustapha, sebagaimana dipaparkan di dalam akhbar Harian Metro, bertarikh 6 febuari 2014, halaman 17, kebanyakan kita mengambil garam berlebihan melebihi kadar yang diperlukan oleh badan. 

Ia termasuklah garam berbentuk putih biasa atau garam tersembunyi di dalam bahan perasa tambahan.

Mengikut Panduan Pemakanan Malaysia(2010), pengambilan garam yang disarankan adalah lima gram bersamaan 2,000 miligram(mg) sodium sahaja dalam sehari. Mengikut Dr Feisul, dalam ukuran biasa, jumlah pengambilan garam tidak boleh melebihi satu sudu teh sehari. 

Berikut merupakan kandungan garam tersembunyi di dalam makanan. 
  • Sos soya(kicap) mengandungi sodium sebanyak 507 mg  
  • Nasi goreng (339 mg)  
  • Nasi lemak (149 mg) 
  • Mi sup (124 mg)  
  • Roti canai (99 mg) 

Selain pengambilan garam yang tinggi, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan darah tinggi, iaitu 

Punca Darah Tinggi. 

  1. Sejarah Hipertensi dalam keluarga  
  2. Obesiti  
  3. Pengambilan garam dan alcohol yang berlebihan 
  4. Merokok 
  5. Tekanan yang melampau 

Tajuk Lain Yang Berkaiatan:  Punca dan langkah-langkah mengatasi darah tinggi 

Dapatkan lebih info mengenai kesihatan, jom like page saya--> Hidup Biar Sihat

Sunday, February 8, 2015

Bekam kurangkan risiko penyakit jantung


Bukan sekadar mengawal kolesterol dan tekanan darah tinggi, sebaliknya bekam kini lebih menyeluruh fungsinya dalam mengurangkan risiko terhadap penyakit kardiovascular. 

Juru bekam Klinikal, Prof Dr Ab Aziz Al-Safi Ismail berkata, kaedah rawatan berbekam wujud sejak 1,500 sebelum Masihi dan ia diakui mempunyai keberkesanannya dalam mengawal penyakit kronik yang sering dihadapi rakyat negara ini. 

Malah kajian terbaru yang dijalankan bersama sepasukan penyelidik dari Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian mendapat penemuan baru apabila mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

 “Kajian yang dijalankan ke atas individu sihat, yang menghadapi masalah diabetes dan darah tinggi ini bertujuan mengenal pasti kesan terapi bekam basah dalam kalangan subjek ke atas indeks jisim tubuh, tekanan darah, parameter biokimia, fungsi ginjal dan fungsi endothelial,” katanya kepada Sinar Harian di sini. 

 Menurutnya, daripada 93 subjek berumur antara 30 hingga 60 tahun yang menyertai kajian itu, 62 daripadanya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, dan mereka dibahagikan secara rawak serta seimbang kepada kumpulan kontrol dan intervensi.

 “Manakala selebihnya merupakan kumpulan diabetes. Bekam dilakukan ke atas subjek dalam kumpulan intervensi dan diabetes, manakala tidak ada intervensi dijalankan ke atas subjek dalam kumpulan kawalan,” katanya. 

 Dr Ab Aziz berkata, dua sesi bekam dijalankan, iaitu pada permulaan kajian, kemudian pada bulan ketiga, sebelum penilaian dilakukan pada peringkat permulaan, bulan pertama, ketiga (sebelum sesi kedua bekam) dan bulan keempat untuk semua peserta. 

 “Dalam kumpulan bekam tanpa diabetes terdapat penurunan signifikan paras gula dalam darah (FBS) dan semua parameter fungsi ginjal (serum urea, kreatinin dan asid urik) daripada permulaan kajian kepada bulan pertama, ketiga, dan keempat.  "Serum trigliserida dan tekanan darah sistolik (SBP) juga menunjukkan penurunan yang signifikan di bulan pertama. Semua profil serum lipid kecuali trigliserida menunjukkan penambahbaikan yang signifikan pada bulan ketiga dan keempat," katanya. 

Sumber: Sinar Harian 

INFO TAMBAHAN: 

Berbekam memang mempunyai banyak manfaat dan kebaikkan. Kebaikannya dengan lebih terpenrinci, langsung sahaja di --> SINI

Selain itu, paling penting berbekam juga merupakan amalan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W 

Dapatkan lebih info mengenai kesihatan, jom like page saya  --> Hidup Biar Sihat

Thursday, February 5, 2015

Penyalahgunaan wang Bantuan persekolahan RM100


Inilah realiti yang harus diakui.. Dari satu aspek, ia memang mulia dan terpuji, iaitu tentang si anak yang menghargi orang tuanya Mudah-mudahan anak ini menjadi anak yang baik dan berbakti kepada orang tuanya kelak Namun, dari aspek yang lain, ia membuktikan kegagalan pemberian Bantuan persekolahan RM100 tersebut. 

Sejujurnya, inilah realiti..Inilah yang berlaku dan terjadi.. Wang RM100 digunakan oleh pelajar untuk tujuan lain dan bukannya untuk pembelajaran.. 

Lebih dari itu, si ibu ini amat berbangga dengan penyalahgunaan wang tersebut, hinggakan dia boleh post di FBnya. Benar sekali, duit itu dapat percuma, tapi ia adalah wang rakyat yang dikutip dan dipungut daripada rakyat dalam bentuk cukai dan sebagainya.

P/S: Ini kes kecil, sebab terdapat banyak lagi kisah malang tentang penyalahgunaan wang negara, terutamanya oleh para politikus dan sang penguasa..