Tuesday, March 31, 2015

ANAK DERHAKA, ROGOL IBU SENDIRI.


Seorang penganggur berusia 28 tahun telah bertindak merogol ibu kandungnya sendiri. Anak derhaka tersebut telah merogol ibunya yang berusia dalam lingkunagan 50-an. 

Ketika kejadian, ibunya sedang tidur di dalam bilik dan kejadian tersebut disedari oleh adik tertuduh yang berada di bilik bersebelahan. 

Sebagai balasan si anak derhaka tersebut telah dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun dan 16 kali sebatan oleh Mahkamah. 

Info Tambahan:

Sudah terhapuskah sekelumit naluri kemanusiaan dalam diri tertuduh hinggakan sanggup memperlakukan ibu sendiri sebegitu rupa. 

Kejadian sebegitu tidak sepatutnya berlaku dalam hidup dan kehidupan manusia, sebab hanya dalam dunia binatang sahaja ia lazim berlaku. Atau, mungkinkah kebinatangan dan kehaiwanan sedang mengusai diri si anak derhaka tersebut.

Sunday, March 29, 2015

Lima tips menghadapi peningkatan kos sara hidup.


Peningkatan kos sara hidup benar-benar menatijahkan keperitan kepada semua. Golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah amat terseksa lantaran peningkatan kos sara hidup, apatah lagi apabila mempunyai jumlah tanggungan yang ramai dan menetap pula di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Kenaikan harga petrol dan peningkatan harga barang, serta kenaikan bayaran atau tambang pengangkutan awam benar-benar mengasak hidup. Namun seperit mana sekalipun, inilah realiti yang terpaksa dihadapi. 

Segetir mana sekalipun, kita terpaksa menerimanya walau tanpa tenang dan senang. Maka, sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu, kita perlu melaksanakan perbelanjaan berhemah untuk memastikan asakan hidup ini tidak melumpuhkan hidup dan kehidupan kita.

Di sini, saya ingin berkongsi ( dengan sedikit pengubahsuaian ) tips yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Mac 2015. Artikel asal tersebut bertajuk 5 Tips kawal kewangan .Saya kongsikan di sini untuk manfaat bersama. 


Berikut adalah tips untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup 

1.Kurangkan Makan Di Luar 

Tip ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutamanya di kawasan Kuala Lumpur adalah sangat tinggi sehingga 3 kali kos menyediakan makan sendiri di rumah. Jadi adalah lebih baik, jika kita makan dahulu di rumah sebelum keluar. 

Membawa bekal ke pejabat juga salah satu cara untuk kita mengurangkan makan di luar dan boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan serta memberikan lebihan wang yang kita miliki sehingga hujung bulan. 

2. Catat Perbelanjaan 

Catat perbelanjaan harian kita, berapa duit masuk dan berapa duit keluar. Kaedah ini boleh memberikan kita maklumat untuk mengawal trend perbelanjaan harian kita. Cara ini juga membantu kita mengkaji trend perbelanjaan dan menghalang pembaziran. 

Hari ini kita belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, di waktu itu kita dapat mengenalpasti tabiat perbelanjaan yang buruk dan mengubahnya. 

3. Menyimpan. 

Ramai yang beranggapan bahawa simpanan merupakan lebihan wang setelah menolak perbelanjaan daripada pendapatan. Ini adalah tanggapan yang silap. 

Sebenarnya perkara pertama yang perlu dibuat setelah mendapat gaji atau pendapatan ialah menetapkan satu jumlah daripadanya sebagai simpanan. Saranan yang paling popular ialah 10%, manakala orang Jepun pula mengamalkan menyimpan 20% dari pendapatan. 

Pastikan kita menyimpan di institusi kewangan yang menyebabkan kita susah untuk mengeluarkan duit tersebut, contohnya di Tabung Haji.

4. Jaga harta benda. 

Ini kerana membaik pulih sesebuah peralatan terutamanya yang sering dan menjadi keperluan untuk kita gunakan akan menyusutkan pendapatan dan simpanan kita. 

Oleh itu amat penting untuk kita sentiasa menjaga dengan baik dan mengadakan penyelenggraan berkala terhadap barangan yang dimiliki terutamanya kenderaan. 

5. Kurangkan pengunaan kad kredit.

Pengunaan kad kredit boleh menyebabkan kita berbelanja tanpa had kerana selesa dengan hakikat bahawa kad kredit ada had limit maksima dan kita masih boleh berbelanja selagi tidak mencapai tahap itu. 

Namun, sedar atau tidak, itu semua menyebabkan kita alpa dalam berbelanja hingga berlebihan. Apa mahu risau, kita sentias sahaja boleh bayar setiap bulan, sangka kita. Tetapi jika diteliti dengan mendalam, pemikiran tersebut telah menyebabkan sejumlah besar pendapatan kita hanya untuk membayar hutang.

Friday, March 20, 2015

Aisyah Tajuddin menghina hukum hudud


Pengguna laman sosial Facebook (FB) malam tadi dikejutkan dengan penyiaran satu klip video dilakonkan seorang gadis Melayu, yang didakwa menghina langkah Kerajaan PAS Kelantan membentang dan meluluskan undang-undang hudud di negeri itu. 

Gadis yang dikesan meletakkan nama AishahTajuddin dalam akaun Instagramnya itu didapati melakonkan aksi dan mengeluarkan kata-kata yang didakwa menghina hukum hudud. Antara kata-kata gadis itu dalam klip video berkenaan ialah: 

“…Banyak pula pindaan dia. Pastu boleh pulak MB Kelantan panggil orang yang kritik hudud ni tak beriman…Eh awak nie… tak beriman lah..“. 

“Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat dari isu yang penting macam ekonomi, pentadbiran. Sama la macam isu negara ni. Orang gaduh pasal bangsa, agama tapi ekonomi negara merosot, pastu hutang kita meningkat. Bila dah sampai masanya tak tahu lah kalau hudud tu boleh isi periuk nasi kita.”

Pada minit 1:33, gadis itu membuka satu bungkusan yang dia sendiri katakan ada nasi lemak. Tetapi apabila dibuka nasi lemak itu tiada dan dia berkata: “…eh tak pe la, hudud kan ada“. Lebih lanjut, langsung sahaja ke ISMAWEB

 

INFO TAMBAHAN:

Bertaubatlah wahai betina gila dan sial. Perbuatan dan ucapan kamu itu sudah mengeluarkan kamu dari daerah iman dan islam. Jika kamu mendiami negara umat islam tertentu seperti di Timur Tengah, Pakistan dan Afghanistan, kamu mungkin dah dibunuh. Kalau di sana mungkin akan ada pencinta agama yang menawarkan ribuan mungkin juta jutaan ringgit kepada sesiapa yang dapat memenggal kepalamu. 

Kamu bernasib baik wahai betina gila kerana kamu mendiami negara yang umat islam terlampau bertolak ansur. Jujur, kalau kau di hadapanku, akan aku tumbuk mulutmu yang hodoh itu.

KHASIAT DAN KEBAIKAN SIRIH



Umumnya penggemar sirih terdiri daripada orang-orang tua, terutamanya yang menetap di kampung. Secara peribadi, saya masih terkenangkan arwah nenek yang gemar memakan sirih. Masih ternampak-nampak kegigihannya mengacip pinang dan menyapu kapur pada daun sirih, dan kemudiannya sirih tersebut ditumbuk lumat dengan menggunakan peralatan tertentu(di Kelantan di kenali sebagai gobek). 

Secara peribadi juga, saya pernah menikmati jus sirih ketika berkunjung ke Medan, Sumatera Utara, Indonesia beberapa tahun dahulu. Saya hanya mampu menelan seteguk dua sahaja, ternyata saya tak terdaya untuk menikmatinya. 



Sebenarnya sirih turut mempunyai kebaikan dan khasiat tertentu yang dapat dimanfaatkan untuk kesihatan. 

Untuk entry ini saya akan paparkan khasiat dan kebaikannya sebagaimana disiarkan di dalam akhbar Harian Metro bertarikh 26 Januari 2015. 

Berikut adalah Khasiat dan kebaikan Sirih. 

  • 1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak di bahagian tekak dan batuk berkahak 
  • 2. Sebagai pencuci bahagian faraj bagi menangani masalah keputihan, menghilangkan bau, gatal-gatal atau jangkitan bacteria 
  • 3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk wanita berpantang
  •  4. Menghalang dan menghentikan hidung berdarah 
  • 5. Daun sirih mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal kulit seperti kurap dan kayap 
  • 6. Membantu menghilangkan bisa dan bengkak kesan gigitan serangga dan tebuan 
  • 7. Menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan 
  •  8. Mengurangkan demam panas serta kembung kanak-kanak 
  • 9. Menghilangkan sakit kepala, gatal dan kelemumur 
  • 10. Membantu menghilangkan parut jerawat dan jeragat selain melembapkan kulit, melebatkan bulu kening dan dijadikan masker. 
  • 11. Sebagai bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah 
  • 12. Merawat penyakit sendi dan bisa tulang.

Sunday, March 15, 2015

TIGA PASANGAN MUSLIM BERCERAI SETIAP JAM DI MALAYSIA.



TIGA PASANGAN ISLAM BERCERAI SETIAP JAM DI MALAYSIA. 

Secara purata terdapat tiga kes perceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di Malaysia. 

Menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, Profesor Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, maklumat tersebut berdasarkan statistic perceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) tahun 2011. 




Berikut adalah sebab-sebab utama berlakunya perceraian dalam kalangan pasangan Islam. Ia merupakan hasil kajian Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 

Tujuh sebab utama berlakunya perceraian ialah:  
  • 1. Masalah Agama atau Budaya 
  • 2. Seksual  
  • 3. Pihak Ketiga 
  • 4. Suami Atau Isteri Tidak Bertanggungjawab 
  • 5. Kesihatan 
  • 6. Isu Sosial atau Akhlak 
  • 7. Ekonomi 

INFO TAMBAHAN: 

Rumah tangga tercipta melalui proses penyatuan dan perpaduan. Bersatu sebagai suami dan isteri, dan berpadu dalam ikatan perkahwinan. Ia seharusnya dipertahankan dari sebarang ancaman.

Dalam kebanyakkan kes, ancaman mula singgah apabila usia perkahwinan semakin meningkat. Tika itulah cinta mula terhakis dan saat itu jualah kasih mula terkikis. Jika dibiarkan atau diabaikan, cinta dan kasih yang terhakis dan terkikis tadi, bisa beralih dan berpindah kepada insan yang lain. 

Sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu setiap pasangan perlu menyelamatkan rumah tangga yang terbina. Jangan biarkan ia bernoktah, dan bersatu serta berpadulah hingga ke akhir nyawa.

Selanjutnya, lihat juga kisah -->INI. Mungkin ia dapat dijadikan sebagai sekerat tauladan dan secebis pedoman dalam melayari kehidupan berumahtangga. 

Eratkan persahabatan, jom like page saya-->Bicara Tanpa Sempadan

Thursday, March 12, 2015

Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu.

Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu; menggantikan penyandangnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu. 

Perkara tersebut diputuskan sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama Pas selepas mendapati Dr. Haron merupakan calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang dipetik sebuah portal memberitahu, pelantikan tersebut diputuskan pada Ahad lalu dalam satu mesyuarat di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur. 

"Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am Pas yang baharu. "Perlembagaan Pas menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya. 
Lebih lanjut, langsung sahaja ke : Sinar Harian 

Tahniah buat Datuk Dr Haron, dan moga dapat melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin. Paling penting sebagai Mursyidul AM, beliau dan para ahli Majlis Syura Ulama perlu memastikan PAS tidak tergelincir dari orbit islam. Sedari awal lagi, PAS tidak sekadar sebuah parti politik, tetapi lebih dari itu ialah sebagai sebuah gerakan islam sebagaimana pergerakan Islam. 

Berikut adalah senarai Mursyidul AM PAS. 


Mursyidul AM Pertama :  Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi, atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Mursyidul AM Kedua: Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat 


Mursyidul AM Ketiga:  Dato' Dr. Haron bin Din 



Wednesday, March 11, 2015

RAJA SHAMRI TERIMA UGUTAN BUNUH.



Banjir besar yang melanda Kelantan pada penghujung tahun 2014 turut mewangikan nama Raja Shamri. Ini kerana beliau adalah antara aktivis yang banyak menyumbang tenaga untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. 

Sepanjang tragedi banjir di Kelantan, beliau banyak menyalurkan maklumat, termasuklah perkembangan semasa dan aktivitinya sebagai sukarelawan. Facebooknya menjadi wadah penyaluran maklumat tersebut.

OKU! Sememangnya Raja Shamri dikategorikan dalam golongan Orang Kurang Upaya, namun dia juga tergolong dalam kategori ORANG KUAT USAHA. Walaupun ketiadaan sebelah kaki, dan mengalami kecacatan di jari, namun itu bukanlah penghalang untuknya menabur bakti. Tanpa mengenal jemu dan tanpa menghiraukan penat dan lelah, beliau telah meredah kampung demi kampung untuk misi bantuan mangsa banjir. 

Ramai yang mengikuti perkembangannya tatkala banjir besar menimpa Kelantan tempoh hari, malah laman facebooknya kini juga dikatakan mempunyai hampir setengah juta pengikut. 

Walaupun disenangi oleh banyak pihak, namun terdapat juga segelintir manusia durjana yang membenci dan memusuhinya, malah ingin menghapuskannya dari muka bumi ini. Jujur, saya benar-benar terkejut apabila membaca kisah ini di dalam Majalah Al-Islam, edisi Mac 2015. 

Golongan ini telah mengancam Raja Shamri hinggakan ke tahap ugutan bunuh. Terbaharu, pihak polis menasihatkan Raja Shamri agar tidak bersendirian baik ketika berjalan mahupun ketika menaiki kenderaan/kereta. Ke mana-mana perlu berteman demi keselamatan nyawa. Malah polis juga menasihatkannya agar tidak mendedahkan keluarga kerana faktor keselamatan. 

Beginilah lumrah hidup. Buat baik pun ada yang benci. Salahkah beliau menolong mangsa-mangsa banjir. Salahkah beliau menabur bakti walau dengan kekurangan yang dimiliki.

Saturday, March 7, 2015

PEROGOL BERSIRI DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 1,535 TAHUN.


Hukuman penjara selama 1,535 tahun, itulah hukuman yang diterima oleh Albert Muraki, seorang perogol bersiri di Johanesberg, Afrika Selatan. 

Dia dijatuhi hukuman tersebut kerana kesalahannya merogol 29 orang wanita. Semua mangsa tersebut dirogol olehnya dalam tempoh enam tahun. 

INFO TAMBAHAN. 

Albert Muraki dan mana-mana perogol,terutamanya perogol bersiri memanglah manusia yang kejam dan tidak berhati perut. Tapi hukuman yang penjara selama 1,535 tahun juga agak keterlaluan. 

Tapi, pasti sahaja ia memberikan seribu pengajaran dan sejuta peringatan kepada perogol-perogol bersiri yang lain.

Wednesday, March 4, 2015

APABILA PEROGOL MEMPERJUANGKAN HAK DAN KEBEBASAN UNTUK MEROGOL.


Andainya diwujudkan Persatuan Rogol Merogol, mungkin Mukesh Singh yang paling layak menjadi Presidennya. Dia bukan sahaja tidak diburu rasa bersalah dan tidak dijentik penyesalan, malah dengan penuh bangga dia mewajarkan tindakan para perogol, dan baginya yang bersalah bukanlah perogol tetapi manga rogol. Mungkin baginya, rogol merogol adalah salah satu aktiviti di masa lapang atau setaraf dengan sukan dan permainan. 



"Perempuan patut dipertanggungjawabkan dalam kes rogol," itu katanya yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh mangsanya, Jyoti Singh. 

Alasan dan hujah yang dilontarkannya juga cukup hebat dan bernas, iaitu. 

"Apabila dirogol, mangsa tak sepatutnya melawan. Mangsa patut diam dan biarkan (dirogol). Kemudian perogol akan bebaskan mereka.” 

Sebagai perogol tegar yang amat menyanyangi profesion rogol merogol, Mukesh turut membantah dan mempertikaikan hukuman mati yang dikenakan terhadap perogol. 

Dia mendakwa, andainya hukuman mati tidak diperkenalkan, perogol akan merogol secara budiman, tapi oleh kerana perlaksanaan hukuman tersebut, perogol terpaksa bertindak ganas dan kejam. 

"Sebelum ada hukuman mati, perogol akan tinggalkan mangsa selepas merogol. Sekarang (ada hukuman mati) perogol akan merogol dan membunuh mangsa rogol mereka," akhiri Mukesh. 

INFO TAMBAHAN: 

Manusia akan mencipta seribu alasan untuk mewajarkan tindakannya. Mereka akan membentangkan sejuta hujah untuk merelevenkan perbuatannya. Mereka inginkan khalayak menerima perbuatan dan tindakannya dengan senang dan tenang. 

Begitu juga dengan penjenayah, termasuklah perogol. Seboleh-bolehnya mereka ingin merogol dengan senang dan tenang tanpa gangguan.

Tuesday, March 3, 2015

KISAH PEROGOL YANG MALANG


Seorang perogol, Richard Thomas telah pitam, kerana tidak pernah menyangka wanita yang menjadi mangsa kerakusan nafsunya itu merupakan seorang penghidap HIV. 

Richard Thomas telah menceroboh rumah mangsa dan merogol mangsa yang ketika itu sedang tidur. 

INFO TAMBAHAN: 

Apakah perasaan anda terhadap Richard Thomas?

Simpati atau anda mentertawakannya. 

Benarlah kata orang-orang tua: 

 “Ikutkan hati membawa mati, ikutkan rasa membawa binasa"

Sunday, March 1, 2015

Senarai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia


Ketua Pembangkang merupakan satu jawatan penting di Parlimen. Jawatan ini akan disandang oleh mana-mana Ahli Parlimen(MP) daripada parti-parti Pembangkang. Kepada sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan politik Tanah Air, pasti sahaja mengetahui kekosongan jawatan Ketua Pembangkang di Malaysia, ekoran Mahkamah Persekutuan memutuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari. 

 Siapakah yang bakal mengii kekosongan tersebut? 

Adakah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang, atau sesiapa sahaja dari kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. 

Biarlah semua itu menjadi teka-teki. 

Berikut merupakan senarai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. 
  
  • 1. Dr. Burhanuddin Muhammad Nur al-Hilmi (PAS): 1959 – 1964 
  • 2. Tan Sri Dr Tan Chee Koon (Parti Buruh Malaya – LPM): 1964-1969 
  • 3. Tan Sri Muhammad Asri Muda ( PAS) : 1971 – 1973
  • 4. Lim Kit Siang (DAP) : 1973 – 1974 
  • 5. Datuk James Wong Kim Min (SNAP) : 1974 
  • 6. Datuk Seri Edmund Langgu (SNAP) : 1974-1975 
  • 7. Lim Kit Siang (DAP) : 1975-1999
  •  8. Datuk Fadzil Mohd Noor ( PAS) : 1999-2002 
  • 9. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) : 2002-2004 
  • 10. Lim Kit Siang (DAP) : 2004-2008 
  • 11. Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR) :2008 
  • 12. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) : 2008-2013 
  • 13. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) : 2013 –(dipenjarakan) 

Sejarah  Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. 

Sejujurnya saya lebih tertarik dengan tulisan Subky Abdul Latif dalam bukunya berjudul Fadzil Noor, Dia Guru Dia Kawan, berbanding fakta daripada Berita Harian ini. Buku yang diterbitkan oleh Kemilau Publika, cetakan Disember 2012 ini memerihal kisah hidup dan kehidupan serta perjuangan Almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor, bekas Presiden PAS. Pada Bab 11, iaitu Ketua Pembangkang,ia mengenai perlantikan dan peranan serta perjuangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Ketua Pembangkang. Dalam bab tersebut juga ada menceritakan sedikit sebanyak fakta mengenai sejarah jawatan Ketua Pembangkang. 

Dan, saya beranggapan tulisan beliau yang lebih sahih dan lebih tepat tentang sejarah Ketua Pembangkang di Malaysia, ini memandangkan beliau selain daripada aktivis politik, beliau juga merupakan bekas wartawan dan penulis yang amat berpengetahuan dan sangat berpengalaman. Boleh jadi juga, jawatan Ketua Pembangkang sebelum tahun 1972, merupakan jawatan tidak rasmi. 

Mengikut Subky Latif, jawatan Ketua Pembangkang diperkenalkan pada tahun 1972. Parti-parti pembangkang selepas kejadian 13 Mei 1969 menuntut supaya jawatan Ketua Pembangkang diwujudkan seperti di Britain, Australia dan lain-lain kerajaan demokrasi berparlimen. 

Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdul Razak bersetuju untuk mewujudkannya, dan meminta parti-parti pembangkang berunding siapa di antara mereka yang hendak dicalonkan. 

Semua parti pembangkang bersetuju agar ia digilirkan setahun seperti giliran Ketua Menteri Sabah di bawah Dr. Mahathir. Tetapi PAS bersetuju kalau ketuanya menjadi Ketua Pembangkang yang pertama. Semua pihak akhirnya bersetuju untuk mencalonkan Dato Muhammad Asri Haji Muda menjadi Ketua Pembangkang sepanjang tahun 1972.