Sunday, May 31, 2015

JAWI SERU BOIKOT PROGRAM REALITI TV


Program hiburan berasaskan realiti TV perlu diboikot berikutan rancangan itu tidak mematuhi garis panduan syariat Islam. Demikian kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi khutbah Jumaat, semalam. 

"Kita disajikan dengan pelbagai program atau rancangan televisyen dan radio yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. "Setiap masyarakat dapat memperoleh rangkaian penyiarannya walaupun berada jauh di kawasan pedalaman," katanya menerusi khutbah Jumaat itu. 

Namun, berapa banyak program yang disajikan itu menepati kehendak dan aturan syariat Islam? Katanya, jika diamati ada daripada rancangan-rancangan itu berbentuk fitnah sesama artis, mengumpat atau mengeji, melaga-lagakan sesama artis dan membuka aib artis. 

Menurutnya, rancangan realiti itu membawa kesan negatif seperti membuat lawak lucah, pendedahan aurat dan lelaki berpakaian wanita. "Inilah salah satu bentuk gejala hedonisme yang diwujudkan semata-mata untuk merosakkan pemikiran umat Islam terutama remaja. 

INFO TAMBAHAN. 

Mesti ada yang melenting dengan seruan JAWI ini. Apa tidaknya, hari ini, masyarakat terlalui diulit oleh hiburan. Untuk semua peringkat usia kanak-kanak, disediakan rancnagan realiti khas. Idola Kecil untuk kanak-kanak yang belum akil baligh, Akademi Fantasi untuk remaja dan Kilauan Emas untuk golongan yang berusia senja. 

Berhibur memang tidak salah, tapi ada had dan kadarnya. Dan, teguran JAWI ini adalah bertujuan untuk mengingatkan mana-mana yang leka dan menyedarkan mana-mana yang lena.

Sunday, May 24, 2015

KOSMO : LELAKI KELANTAN DIBAHAM SINGA



Hahahaha. Kosmo oh kosmo. 

Tak pernah wujud dalam dunia ni mana-mana akhbar yang seteruk dan sehina akhbar Kosmo. Tidak keterlaluan, jika dikatakan, kosmo adalah akhbar yang paling tidak bermaruah. Wartawan atau editor?. Saya amat yakin. editor dan ketua editorlah yang menjadi penentu, sebab dia yang akan menyemak dan menyuting sesuatu berita yang ditulis oleh seseorang wartawan.

Kalau tak kerana dikutuk dan diperangi oleh orang ramai, mungkin inilah tajuk yang akan akan digunapakai oleh akhbar tak bermaruah tersebut untuk mengulas kekalahan Kelantan kepada Kelab Singapura, Lions XII semalam. Atau mungkin, pihak Kosmo akan memilih tajuk yang lagi hebat iaitu, Lelaki Kelantan dibaham singa.  Mungkin, saya ulangi mungkin.



 


DIANA JOHOR BERHIJRAH DEMI JATI DIRINYA.


Mungkin inilah penghijrahan paling teruk, atau mungkin juga paling terkutuk. 

Pelakon yang juga produser drama dan filem, Diana Johor atau nama sebenarnya, Nordiana Johor Zainal Abidin yang kini memilih untuk meninggalkan hijab dan kembali seksi atas alasan mencari jati diri. 

Bermula sebagai seorang agak seksi, dan kemudiannya bertudung pada awal tahun 2014, namun kini dia mula meninggalkan tudung dan kembali kepada imej seksinya. Semuanya ini gara-gara ingin menjadi diri sendiri. 

Rupa-rupanya Diana ni belum faham makna jati diri wanita islam. Wanita islam atau Muslimah ialah seseorang wanita yang menutup dan menjaga auratnya. 

Semoga Diana kembali ke pangkal jalan dan diberikan hidayah oleh Allah S.W.T

Thursday, May 21, 2015

Mulianya hati Dr. Fauzi Deraman


Mulia sungguh hati Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman. Walaupun dizalmi oleh peompak, namun Ulama terkenal tersebut tidak menaruh sekelumit dendam pun terhadap orang yang menzaliminya. 

Sebaliknya, beliau mendoakan agar perompak-perompak tersebut diberi hidayah oleh Allah S.W.T 



Sejujurnya, saya benar-benar terkejut setelah mengethui berita beliau ditetak oleh perompak di kediamannyadi Taman Batu Muda, Jinjang. 

Dalam kejadian tersebut, beliau yang juga merupakan penceramah program Al-Kuliyyah yang dita¬yangkan di TV3, dikatakan berusaha menyelamatkan isterinya daripada di¬serang suspek sebelum dia ditetak pada kepala menggunakan sebilah parang kecil.

Tuesday, May 19, 2015

DUA ORANG MEMBUNUH DIRI SETIAP HARI DI MALAYSIA.


Mengantung diri, meminum racun tikus, dan terjun dari bangunan. Itu antara kaedah yang digunakan untuk membunuh diri. Ngeri dan menyakitkan, namun mengapa sesetengah individu begitu nekad mengambil keputusan untuk menoktahkan hayatnya sendiri. 



Tekanan hidup merupakan antara sebab utama yang menyebabkan seseorang itu membunuh diri. Contohnya seseorang yang berhutang dengan along dan gagal melunaskan hutang-hutang tersebut. Saban detik, dia diburu resah dan dihambat gelisah kerana ugutan dan ancaman along. Lantas, jalan pintas untuk melarikan diri dari asakan dan desakn tersebut ialah dengan menamatkan hayatnya sendiri. 

Begitu juga dengan kehancuran rumah tangga yang turut menyebabkan seseorang isteri atau suami hidup dalam keserabutan yang tidak berpenghujung. Lalu mereka menemui penghujung tersebut dengan menamatkan degup jantung dan denyut nadi sendiri.

Faktor-faktor lain termasuklah kegagalan dalam peperiksaan, kerugiaan dalam perniagaan, putus cinta, ketidaksanggupan menanggung penderitaan kerana menghidap sesuatu penyakit dan lain-lain lagi. 

Di Malaysia, secara purata, terdapat dua kes membunuh diri setiap hari. Begitulah artikel yang ditulis oleh Abd Jalil Ali di dalam ruangan Mata Hati, Majalah I, edisi Mac 2011. Artikel tersebut memaparkan, mengikut perangkaan dari Pendaftar Bunuh Diri Nasional(NRSM), antara Januari hingga ogos tahun 2010, sebanyak 425 kejadian bunuh diri yang telah direkodkan, dan terdapat lebih kurang 60 kejadian bunuh diri setiap tahun, atau dua kejadian setiap hari. 

Artikel tersebut turut memetik kata-kata Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Prof Dr T. Maniam. Menurut pakar psikologi tersebut, kadar bunuh diri di negara kita dianggarkan sekitar 10 hingga 13 orang bagi setiap 100,000 orang. Kadar tersebut hampir menyamai kadar bunuh diri di Amerika Syarikat. Manakala kadar bunuh diri di Jepun pula ialah 30 orang dalam setiap 100,000 orang. 

Ini adalah data-data pada tahun 2011. Bagaimana pula dengan jumlah terkini? 

INFO TAMBAHAN: 

Bunuh diri merupakan antara dosa-dosa besar yang dilaknat oleh Allah. Sebagai hamba Allah, kita tiada hak untuk menoktahkan hidup kita sendiri. Seperit mana sekalipun dugaan dan segetir mana sekalipun ujian hidup, kita perlu tabah untuk mengaharunginya. 

Hidup ini terlalu indah dan kita sepatutnya mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan ini. Kita sepatutnya lebih dekat dengan-Nya dan lebih lama bersujud kepada-Nya di atas anugerah hidup dan kehidupan ini yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Eratkan ukhwah, jom like page saya --> Bicara Tanpa Sempadan

Saturday, May 16, 2015

ROSSHIDA ABDULLAH MANGSA KEKEJAMAN KEYBOARD WARRIOR


Kematiannya mencetuskan tanda tanya. Bunuh diri, terbunuh atau dibunuh itulah persoalan yang mengasak benak sebaik sahaja mengetahui berita kematiannya. Apatah lagi, bersama jenazahnya, selain beg tangan dan kad pengenalan, turut dijumpai juga sekeping nota bertaip. Nota tersebut antara lain menceritakan masalah yang dihadapinya termasuklah tertekan kerana diburu along akibat berhutang RM50,000.

Syukurlah misteri tersebut dapat dirungkaikan dalam tempoh yang singkat, sekali gus mewangikan kembali nama Allahyarham Rosshida Abdullah. Hasil bedah siasat membuktikan, beliau mati dibunuh/cekik sebelum mayatnya dicampak dari jambatan tersebut. Malah, hasil siasatan mendapati, belau dibunuh oleh tunangnya di Pantai Rhu Sepuluh Setiu, Terengganu sebelum dibawa ke Selangor. 



Namun, sebelum misteri tersebut dirungkai dan dibongkar, kita dapat melihat gelagat segelintir rakyat Malaysia yang terburu-buru dan tergesa-gesa serta berlagak sebagai Tuhan. Lihat sahaja di halaman online beberapa akhbar di Malaysia ketika berita tersebut mula tersebar.

Bagi golongan yang matang dalam berfikir serta mempunyai kefahaman dalam beragama, mereka tidak akan terburu-buru atau tergesa-gesa untuk menjatuhkan hukum. Mereka juga tidak melontarkan ulasan atau komentar sesuka hati apabila membaca berita kematian Rosshida di halaman online akhbar-akhbar . Bagi mereka, ada hati yang perlu dijaga dan ada perasan yang perlu diawasi. Hati dan perasan ahli keluarga mangsa jangan sesekali terluka dan terguris dengan komentar yang tidak sewajar dan sepatutnya. Simpati dan empati masih menebal dalam jiwa mereka. 

Jadi, golongan sebegini akan membaca dengan tenang dan bersikap berdiam diri tanpa sebarang komentar, atau sekurang-kurangnya mereka melontarkan komentar berbunyi, 

“Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan.” 

Itu golongan yang matang, tapi lain pula dengan golongan yang mandul akal dan terliwat minda. Nafsunya amat buas dan ganas, sebab itulah mereka terburu-buru dan tergesa-gesa. Terburu-buru menjatuhkan hukum dan tergsa-gesa melontarkan komentar. Ketika menjatuhkan hukum, mereka telah bertindak sebagai pemegang kunci syurga dan penjaga pintu neraka. Lihat sahaja di halaman online beberapa akhbar di Malaysia. Ramai antara pembaca species sebegini yang telah bertindak menjatuhkan hukum terhadap Rosshida. 

Mereka telah mendakwa Rosshida telah membunuh diri kerana mayatnya ditemui di bawah jambatan setinggi 14 meter di susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti, Cyberjaya. Keyakinan mereka semakin kukuh dan teguh kerana bersama mayat Rosshida terdapat nota yang menceritakan Allahyarham tertekan diancam oleh along. 

Macam-macam ulasan atau komentar yang mereka lontarkan, termasuklah sindiran terhadap Allahyarham yang mereka anggap membunuh diri. Tidak kurang juga pembaca yang berlagak sebagai Tuhan, dengan mendakwa si mangsa tidak akan dapat ke syurga kerana mati membunuh diri. 

Sepatutnya golongan sebegini, cuba bertenang dan mewaraskan diri. Malah, cuba juga untuk memahami hati dan perasaan keluarga si mangsa. Jika mereka menggunakan akal tentu sahaja mereka dapat mewaraskan diri. Mungkin juga mereka perlu meluangkan banyak masa untuk menonton Detektif Conan. Mudah-mudahan dengan ini mereka tidak lagi mandul akal dan terliwat minda. Mudah-mudahakan mereka mengerti, jika diketemui mayat di dalam air, belum tentu lagi si mati tersebut seorang mangsa lemas. Ada kemungkianan si mati adalah mangsa bunuh yang kemudiannya dicampakkan ke sungai. Begitu juga apabila ditemui mayat di bawah jambatan atau bawah bangunan, belum tentu lagi si mati bertindak membunuh diri dengan terjun jambatan atau bangunan, kerana ada kemungkinan si mati dbunuh dan dicampak. 

Kepada keluarga Rosshida Abdullah, salam takziah saya ucapkan dan semoga kalian cekalkan hati kuatkan semangat. Moga keadilan dapat ditegakkan dan pembunuh Rosshida dijatuhi hukuman yang selayaknya. Dan, moga Rosshida damai di sana di persemadian yang abadi. 

Dapatkan lebih info, jom like page saya --> Bicara Tanpa Sempadan

Wednesday, May 13, 2015

Petua mengatasi kehitaman pada siku dan lutut.


Siku dan lutut yang hitam dan kasar pasti sahaja memburukkan penampilan individu. Orang yang mengalami masalah siku hitam terutamanya, pasti sahaja akan keberatan untuk memakai baju berlengan pendek. Ini kerana tindakan tersebut sedikit sebanyak berupaya mengundang aib. 

Antara petua untuk mengatasi masalah kehitaman pada siku dan lutut ialah dengan menggunakan buah lemon. Petua ini ada disiarkan di dalam Berita Harian, bertarikh 31 Mac 2015, dan saya kongsikan di sini untuk manfaat bersama.

Langkah-langkahnya ialah. 
  •  1. Ambi sebiji lemon dibelah dua. 
  •  2. Ramas sebelah lemon pada siku atau lutut yang bermasalah. 
  •  3. Biarkan dalam keadaan basah selama 10 minit.
  •  4. Lakukan perkara yang sama pada satu lagi siku atau lutut 
  •  5. Cuci bersih siku dan lutut dan sapukan losen 

Jadi, kepada sesiapa yang mengalami masalah kehitaman pada siku dan lutut, bolehlah amalkan petua ini.  

Sumber : Hidup Biar Sihat

Tuesday, May 12, 2015

Denda dan penjara jika tidak menunaikan Solat Jumaat di Kedah


Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, menurut Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK). 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. 

 "Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri. "Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita akan memohon waran tangkap daripada Hakim Mahkamah Syariah," kata Syeikh Ahmad Fisol pada sidang media di pejabatnya di Alor Setar.

Beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat. 
 
Lebih lanjut, langsung sahaja ke Bernama

INFO TAMBAHAN. 

Syabas dan tahniah buat Kerajaan Negeri Kedah. Harap Kerajaan Negeri Kedah tegas dan nekad dalam melaksanakan peraturan ini, dan jangan sesekali tunduk terhadap bantahan dan tentangan daripada musuh-musuh agama. 

Saya yakin, pasti ada golongan yang akan menentang usaha murni ini, termasuklah daripada peguam-peguam yang anti- islam. 

Tidak lama dahulu, Pengarah eksekutifnya Lawyers for Liberty(LFL) Eric Paulsen telah menentang dan membantah usaha murni kerajaan negeri Kelantan yang ingin mengenakan tindakan terhadap lelaki Islam yang gagal hadir tiga kali solat Jumaat berturut-turut. 

Katanya, tindakan Kerajaan Kelantan itu melanggar beberapa perkara dalam perlembagaan, berkaitan kebebasan individu, kebebasan bergerak dan kebebasan beragama. Tidak berapa lama kemudian, si tolol ini telah menghina mengaitkan khutbah Jumaat dengan kegiatan pelampau agama. 

Malangnya, terdapat segelintir umat islam yang menyokong perjuangannya. Ini semua berlaku kerana kemaruk ingin mengusai Putrajaya hinggakan terpaksa menyokong musuh agama asalkan cita-cita terlaksana.

Monday, May 11, 2015

Penyelewengan Tabung Haji, Sampai bilakah Datuk Seri Azeez Abdul Rahim ingin berdusta.


Saya tidak ingin membicarakan kontroversi pembelian 1.56 ekar tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji (TH). Ini kerana ia telah perkatakan dan diulas oleh banyak pihak termasuklah ahli akademik, Mufti dan pakar-pakar ekonomi. 

Cuma , saya ingin meluahkan rasa manyampah dan meluat terhadap Pengerusi Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim Terbaharu, beliau mendakwa , Jawatankuasa Fatwa telah mengesahkan pembelian tersebut menepati syariah. 



Inilah putar belit persis biawak lidah bercabang. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah membincangkan tentang pembelian 1.56 ekar tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji. Ini yang ditegaskan oleh Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin. Tentang penjelasan Mufti Perlis, langsung sahaja ke MK 

Hairan sungguh, bagaimanakah Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim boleh mendakwa Jawatankuasa Fatwa telah mengesahkan pembelian tersebut menepati syariah, sedangkan para Mufti dan ahli Majlis Fatwa tidak pernah bersidang dan berbincang tentang isu ini,.

Gila memang gila dan sungguh gila. 

Sudah tiba masanya untuk memisahkan Tabung Haji daripada politik dan orang politik. Biarlah orang-orang berkelayakan yang bukannya politikus mengurus dan mengendalikan Tabung Haji. Jika berterusan dikuasai oleh orang politik, percayalah Tabung Haji akan terus dibelenggu masalah yang mampu menggugat kepercayaan penyimpannya.

Sunday, May 10, 2015

Hukum Sambutan Hari Ibu


Prinsip yang dipegang dalam menilai sesuatu sambutan ialah selagi tiada perkara yang secara jelas bertentangan dengan prinsip agama sama ada dari segi kepercayaannya atau amalan dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam sambutan tersebut, maka ia adalah harus. 

Dalam konteks Hari Ibu, ianya adalah sambutan yang bertujuan untuk mengingati sumbangan dan pengorbanan golongan ibu dan ia lazimnya diisi dengan ucapan dan pemberian hadiah kepada para ibu. 

Adapun pandangan yang mengatakan bahawa Hari Ibu berasal dari perayaan agama Kristian yang diambil dari tradisi penyembahan ibu kepada dewa-dewa di zaman Yunani Kuno, ciri-ciri tersebut tidak lagi wujud dalam sambutan Hari Ibu yang ada sekarang. 

Walaubagaimanapun, dalam Islam, semangat memuliakan dan menghormati ibu seharusnya ditanamkan pada setiap masa dan ketika dalam diri semua masyarakat. Ini kerana nilai penghormatan terhadap ibu adalah nilai teras yang ditekankan oleh al-Qur’an bersama-sama dengan tauhid sepertimana yang terkandung dalam ayat

 “Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua Ibu Bapa” (al-Nisa’ 4:36 dan juga Isra’ 23-24) 

Nilai ini juga dikaitkan dengan sikap syukur kepada Allah seperti mana yang terdapat dalam ayat, 

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang Ibu Bapanya, Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang Ibubapamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu.” (Surah Luqman: 14) 

Sementara hadis nabi menyebut “Keridhaan Allah ada pada keridhaan orang tua dan kemurkaan Rabb (Allah) ada pada kemurkaan orang tua”(Hadis riwayat Tirmizi). 

Sumber: e-fatwa