Sunday, August 30, 2015

Tema-tema hari kebangsaan Malaysia


Menjelang hari kebangsaan kali ke 58, eloklah kita merenung kembali tema-tema yang pernah digunakan untuk hari-hari kebangsaan negara kita. 

Di samping itu, marilah kita memanjatkan syukur dan berdoa agar Malaysia sentiasa dinaungi oleh rahmat dan redha Allah S.W.T

Tema tahun 1978

  • 1970 Muhibah dan Perpaduan 
  • 1971 Masyarakat Progresif 
  • 1972 Masyarakat Adil 
  • 1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
Tema tahun 1988

  •  1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
  •  1975 : Masyarakat Berdikari 
  • 1976 : Ketahanan Rakyat 
  • 1977 : 20 Tahun Bersatu Maju 
  • 1978 :Kebudayaan Seni Perpaduan 
  • 1979 : Bersatu Berdisiplin 
  • 1980:  Berdisiplin Berbakti
Tema tahun 1991

  • 1980 Berdisiplin Berbakti 
  • 1981 Berdisiplin Berharmoni 
  • 1982 Berdisiplin Giat Maju 
  • 1983 Bersama ke Arah Kemajuan 
  • 1984 Amanah Asas Kejayaan 
  • 1985 Nasionalisme Teras Perpaduan 
  • 1986 Bangsa Tegas Negara Teguh 
  • 1987 Setia Bersatu Berusaha Maju 
  • 1988-1989 Bersatu 
  • 1990 Berjaya
Tema tahun 2000-2006



  • 1991 Wawasan 2020 
  •  1992 Wawasan Asas Kejayaan 
  • 1993 Bersatu Menuju Wawasan 
  • 1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan 
  • 1995 Jatidiri Penggerak Wawasan 
  • 1996 Budaya Penentu Kecapaian 
  • 1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya 
  • 1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita 
  • 1999 Bersatu Ke Alaf Baru 
  • 2000-2006 Keranamu Malaysia
Tema tahun 2008
  • 2007 Malaysiaku Gemilang 
  • 2008 Perpaduan Teras Kejayaan 
  • 2009 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan 
  •  2010 1Malaysia Menjana Tranformasi 
  •  2011 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. 
  •  2012 1Malaysia. Janji Ditepati
  •  2013 Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku 
  • 2014 Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
  • 2015 Sehati Sejiwa

Sumber: 
  1.  Berita Harian 30.Ogos. 205
  2.  Jabatan Penerangan Malaysia 

 Info Tambahan: 

Apapun idealogi politik yang kita junjung, apa sahaja bangsa dan agama yang kita anuti, negara kita tetap tanggungjawab kita. Jangan sesekali memusnahkan negara tercinta ini.Untuk membina negara kita memerlukan puluhan tahun lamanya, namun untuk memusnahkannya cukup sekadar sekelip mata. Untuk memajukan negara amatlah sukar, namun untuk menjahanamkannya sangatlah mudah.

HUKUM TULISAN KHAT BERBENTUK MANUSIA: JAKIM


Keputusan: 

  • 1.Khat yang berkaitan dengan dua kalimah syahadah, ayat Al-Quran, Al-Hadis, kalimah zikir dan sebagainya, dengan membentuk huruf-huruf dan tulisan tersebut menjadi seperti bentuk manusia dan haiwan adalah dilarang. 
  • 2. Penulisan ayat Al-Quran dan Hadis dalam bentuk khat yang sukar untuk dibaca dan boleh berlaku kesalahan dalam pembacaan adalah dilarang, kecuali dijelaskan dibawahnya dengan tulisan yang terang lagi boleh dibaca. 

HUKUM MENULIS AYAT-AYAT AL-QURAN MENGIKUT REKA BENTUK ALAT PERMAINAN SEPERTI WAW, TUMBUHAN, BUNGA-BUNGAAN DAN SEUMPAMANYA

Keputusan:

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Sya’ban 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-69 berkenaan Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya dengan sighah seperti berikut : 

Mesyuarat telah memutuskan bahawa: Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang; 

Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca; 

Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca; Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna 

Susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya; dan Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.

Sumber: JAKIM

Saturday, August 29, 2015

BERSIH 4.0, IKTIBAR DAN RENUNGAN.


Sebagaimana siri perhimpunan Bersih sebelum ini, Bersih 4.0 juga pastinya mengegagarkan negara. Awal-awal lagi penganjurnya ,Maria Chin Abdullah telah menasihati peserta agar member kerjasama kepada pihak berkuasa dan tidak membawa sebarang senjata serta anak-anak. Setakat manakah ia akan dipatuhi? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti. 

Saya tertarik dengan pandangan Ustaz Salman Ali menerusi laman facebooknya. Katanya, 

"Pengalaman negara arab baru-baru ini memberi isyarat menjatuhkan pemimpin melalui kekerasan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. keruntuhan sistem pemerintahan jauh lebih memudaratkan berbanding membiarkan para pemimpin mengaut kekayaan negara secara rakus... ..."


“Jangan menggunakan air yang kotor untuk membersihkan benda yang kotor”

Tuesday, August 25, 2015

STACY AF MEMELUK ISLAM


PELANTUN lagu I'm Not For Sale, Stacy dikhabarkan sudah memeluk agama Islam berikutan sekeping foto penyanyi itu bertudung bertebaran di media sosial hari ini. Penyanyi dikatakan menggunakan nama Islam Ummu Syaikah Stacy Abdullah memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Johor Bahru pagi tadi sambil ditemani kedua ibu-bapa Akim serta ibunya. 

Sementara itu, memetik laporan portal berita tempatan, Ketua Bahagian Muzik & Bakat Astro, Prakash Swami Nathan berkata, Stacy akan mengadakan sidang media bagi merungkai khabar angin tersebut Sebelum ini Stacy digosipkan bercinta dengan penyanyi Akim Ahmad malah selebriti itu jua dilihat mengenakan pakaian sedondon ketika Aidilfitri lalu.

Tema Sehati Sejiwa bukti Lim Guan Eng seorang pengecut


Kerajaan Pulau Pinang akhirnya akur dengan desakan supaya menarik balik tema sambutan kemerdekaan peringkat negeri iaitu 'Bersih, Cekap, Amanah'. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam pengumuman pada Isnin berkata, sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri akan menggunakan tema yang sama dengan kerajaan pusat 'Sehati Sejiwa'. Lebih lanjut langsung sahaja ke : Awani
 
INFO TAMBAHAN: 

Terang lagi bersuluh, Lim Guan Eng seorang yang tidak tetap pendirian dan dia bukannya seorang pejuang yang kental. Bimbang dan takut ketidakhadiran tentera dalam perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang menyebabkan Lim Guan Eng menjilat balik kahaknya.

Monday, August 24, 2015

AFDLIN SHAUKI SINDIR NAJIB RAZAK


Seluruh warga Malaysia dikejutkan dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan perkataan kesat dan kasar untuk mengugut orang-orang Melayu demi kelangsungan kuasanya. Kata PM, bangsa Melayu akan jadi bangsa yang bangsat andainya UMNO kehilangan kuasa. 

Ramai yang menyindir PM kerana kekasaran bahasa itu temasuklah pelakon, pelawak dan pengarah terkenal Afdlin Shauki. Di laman facebooknya beliau menulis 

 “Nak tanya kepada lembaga penapisan filem atau censorship board negara Malaysia, kenapa aku tak boleh guna perkataan 'bodoh' dalam dialog cerita aku tapi perkataan 'bangsat' boleh publish sampai keluar suratkhabar? Ini tak adil.”

Thursday, August 20, 2015

Leka layan WhatsApp boleh mengundang perceraian.


Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz, sebagaimana disiarkan dalam akhbar Harian Metro hari ini, mengingatkan pasangan suami isteri agar tidak terlalu leka bersembang di laman sosial terutamanya WhatsApp dan WeChat. 


Sejujurnya inilah realiti hari ini, kemesraan antara suami dan isteri makin terhakis. Kasih sayang makin terkikis. Dihakis dan dikikis oleh ledakan teknologi. 

Perhatikanlah di mana-mana warung atau restoran, pasti sahaja kita akan terpandang pasangan suami dan isteri yang masing-masing leka bersembang dengan rakan-rakan serta Group WhatsApp sambil menunggu atau menikmati hidangan. 



Media sosial teruatamanya WhatsApp sepatutnya digunakan untuk mengeratkan kasih sayang dan mendekatkan ahli keluarga yang dipisahkan oleh jarak. Jika dahulu, semuanya dilakukan dnegan surat menyurat yang memakan masa yang mungin berminggu-minggu lamanya. 

Kini semuanya menajdi sekelip mata dengan terciptanya media sosial seperti WhatsApp,WeChat, Skype dan Facebook. Si suami yang ‘out station’ boleh menghubungi isterinya dengan cepat dan mudah dengan menggunakan WhatsApp dan lain-lain media sosial. Anak-anak yang menuntut di luar negara boleh menghubungi orang tuanya bila-bila masa dengan cepat dan selamat berbekalkan WhatsApp. 

Jadi, kita perlulah bijaksana dalam memanfaatkan media sosial. Manfaat atau mudaratnya media sosial terlatak di tangan kita. Kita yang menentukan dan kita juga yang bakal menerima kesannya.

Wednesday, August 19, 2015

LANGKAH KAJANG, LANGKAH KECUNDANG : TAN SRI KHALID IBRAHIM


LANGKAH KAJANG, LANGKAH KECUNDANG: TAN SRI KHALID IBRAHIM 

KENYATAAN MEDIA 

16 OGOS 2015 Alhamdulillah, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik. 

Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana Dato’ Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya. 

Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut. 

Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut. 

Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta Dato' Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain. 

Sama seperti kes Saman Fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan. 

Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Tidak dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat. 

Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit. 

Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan “grassroots” dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan. 

Permainan politik yang begitu dahsyat ini hanya merugikan rakyat terutama di Selangor dimana isu-isu pokok telah diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancar sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur. 

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih secara sah oleh rakyat, saya mahu berusaha untuk mewujudkan satu suasana politik yang menguntungkan rakyat. Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini. 

Terima kasih saya ucapkan kepada barisan peguam saya Edmund Bon, Joshua Tay dan Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang telah diberikan, 

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini. 

Saya sedar ramai yang agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima pernyataan maaf dari para Defendan namun pada saya ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam. 

Sekian Terima 
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM 
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK &
ADUN PELABUHAN KLANG 

Sumber : Khalid Ibrahim

INFO TAMBAHAN:
RAMALANKU BENAR BELAKA. SUDAHKU RAMAL DAN KUJANGKA SEMUA INI.

Tuesday, August 18, 2015

Penggunaan vape haram - Majlis Fatwa Kebangsaan


IPOH 17 Ogos – Penggunaan rokok elektronik atau vape yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada masa kini, difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah diputuskan sebelum ini. “Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram. 

“Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan maklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita telah mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak 2015 yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd. Nizar Zakaria di Auditorium Institut Tadbiran Islam (Intim), dekat sini hari ini. 

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan tentang hukum shisha yang memutuskan bahawa shisha adalah haram dan umat Islam dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha. 

Perkara itu diputuskan setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar yang dihadapi akibat dan terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang. 

Sumber: JAKIM

Sunday, August 16, 2015

19,498 pesakit buah pinggang menunggu penderma.


19,498 pesakit buah pinggang menunggu penderma. Begitulah yang dilaporkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 15.Julai. 2015, pada halaman 15. 

Kira-kira 6,000 rakyat Malaysia disahkan mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir pada setiap tahun. Kegagalan tersebut menyebabkan mereka memerlukan pemindahan organ tersebut. Namun, kekurangan penderma buah pinggang menyebabkan ada pesakit terpaksa menunggu lebih dari lima tahun untuk menjalani pemindahan di negara ini, sekali gus membuatkan buah pinggang menjadi organ paling diperlukan. 

Menurut Ketua Pengurusan Klinikal Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Datin Fadhilah Zowyah Lela Yasmin Mansor, sebagaimana yang dilaporkan menerusi Berita Harian, 15.Julai. 2015, peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang mengalami kegagalan buah pinggang berpunca daripada penyakit kencing manis, darah tinggi dan pengambilan pil makanan maknan tambahan yang tidak sesuai. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata, mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar pendermaan organ di negara ini berada pada kedudukan paling rendah di dunia.

Saturday, August 15, 2015

DOA MEMOHON ZURIAT.


DOA MEMOHON ZURIAT.

Setiap pasangan suami isteri tentu sahaja mengimpikan zuriat. Zuriat sebagai pelengkap kehidupan berumahtangga dan juga sebagai penyambung keturunan. Namun, tidak semua suami isteri mampu memperolehi zuriat dengan mudah. 

Kadang-kadang setelah bertahun lamanya mendirikan rumah tangga barulah beroleh zuriat, malah kadang-kadang hingga ke akhir hayat gagal memberoleh seorang zuriat pun. Setiap suami dan isteri mestilah selalu berusaha dan berdoa agar dikurniakan zuriat. Malah, jika menghadapi masalah kesuburan sekalipun, ikhtiar dan doa tidak diharuskan dinoktahkan. Ini kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa. 

Berdoalah, Insya- Allah, Allah akan memakbulkan dia kita sebagaimana Allah memakbulkan doa Nabi Zakaria.

 “Hai Zakaria, sesungguhnya kami member khabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang bernama Yahya, yang sebelumnya kami belum menciptakan orang yang serupa dengan dia “ Maryam 7.

“Zakaria berkata: “ Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah seorang yang mandul dan aku(sendiri) sudah mencapai usia yang sangat tua” Maryam ,8. 

“...Demikianlah. “ Tuhan berfirman: “Hal itu sangat mudah bagiku, dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu(di waktu itu) belum ada sama sekali “ – Maryam, 9. 

Untuk entry ini, saya ingin berkongsi doa-doa yang dipetik dari kitab suci Al-Quran yang boleh digunakan oleh pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Jadi, selain berikhtiar dengan segala bentuk perubatan, baik perubatan moden dan tradisional,berdoa dengan penuh pengharapan juga merupakan salah satu usaha murni yang perlu kita lakukan. 

Doa-doa ini dinyatakan oleh Haji Lokman Abdul Hamid dalam runagan Perubatan Islam yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 30.12. 2012, pada halaman 18. 1. 

Bagi pasangan suami dan isteri yang menghadapi masalah kesuburan disebabkan gangguan jin dan sihir mereka bolehlah mengamalkan ayat-ayat berikut untuk mengeluarkan jin dan sihir di dalam badan sebelum melakukan rawatan moden seperti intrauterine insemination(IUI) atau invitro fertilization (IVF). Ayat- ayat tersebut ialah. 

  • 1. Surah Al-Mukminun, ayat 105 hingga 118
  • 2. Surah Fussilat, ayat 25 hingga 44 
  • 3. Surah Al-Baqarah, ayat 165 hingga 186 
  • 4. Surah An- Nahli, ayat 40 hingga 62. 

Manakala untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan disebabkan yang bersifat perubatan yang tidak ada kena mengena dengan masalah gangguan jin dan sihir, bolehlah mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang berikut sebagai doa. 

  • 1. Surah Maryam, ayat 31 hingga 48 
  •  2. Surah An-Nahli, ayat 81 hingga 89 
  •  3. Surah Ibrahim, ayat 32 hingga 43 
  •  4. Surah Maryam, ayat 75 hingga 98 
  •  5. Surah An-Nahli, ayat 66 hingga 74 
  •  6. Surah An-Nisaa’, ayat 127 hingga 140.

Oleh itu, selain berikhtiar, setiap pasangan Muslim perlulah berdoa kepada Allah. Yakinlah akan kekuasaan-Nya yang tiada bandingan. Yakinlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa. Di samping itu, yakin dan redhalah dengan takdirnya.


Tajuk Lain Yang Berkaitan: Makanan Untuk Menambah Sperma

Tuesday, August 11, 2015

Waspada dengan ubat tidak berdaftar di media sosial


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar berwaspada dengan penjualan ubat yang tidak berdaftar dan tidak mendapat kelulusan KKM menerusi laman sosial terutamanya Facebook. 

Ubat-ubat tersebut tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan ia juga dijual dengan harga yang murah. 

Ketua Penolong Pengarah Farmasi, Jabatan Kesihatan Kelantan Mohammad Aswady Adenan berkata, kaedah perniagaan online atau dalam talian menjadi medium kumpulan peniaga yang ingin meraih keuntungan mudah. 

Menurutnya lagi, kumpulan peniaga ini juga semakin berani apabila menjual ubat tidak berdaftar seperti ubat perangsang seks, penenang saraf dan kosmetik secara dalam talian. Selain itu. 

Mereka juga akan mempamerkan hasil testimoni ubat yang mereka jual untuk menarik pelanggan. 

Kaedah perniagaan online digunakan kerana kumpulan ini merasakan aktiviti mereka tidak dapat dikesan anggota penguatkuasa selain merasakan ia lebih selamat kerana kebanyakan mereka ini beroperasi di rumah. 

Katanya lagi, setiap ubat yang ingin dijual di Malaysia perlu mendapat kelulusan KKM, jika tidak ubat itu mungkin mempunyai risiko tertentu seperti ia telah dicampur dengan racun atau steroid. 

 "Jika kita guna ubat yang dicampur dengan bahan seperti steroid ia akan memudaratkan kesihatan. Memanglah ia akan beri kesan segera tetapi masa akan datang kesihatan akan terjejas," tegasnya lagi..

Mohammad Aswady berkata, cara mudah untuk mengesan ubat yang tidak berdaftar ialah tidak mempunyai Nombor Pendaftaran 'MAL' dan juga pelekat hologram KKM. Jadi kepada orang ramai atau pengguna perlulah memastikan botol ataupun kotak ubat tersebut mempunyai dua elemen itu, barulah ubat itu selamat untuk digunakan. 

Berita penuh, langsung sahaja ke -->Sinar Harian

 


INFO TAMBAHAN. 

Itu mengenai ubat yang tidak berdaftar dan dijual secara online di media sosial. Tapi bagaimana pula dengan ubat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia? 

Adakah ia benar-benar selamat untuk digunakan.?

Atau mungkinkah ubat yang berdaftar juga ‘dicemari’ oleh bahan-bahan yang membahayakan kesihatan pengguna?

Saya terumpa keratan akhbar lama, iaitu akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 8 Julai 2007. Pada halaman 5, ada tajuk berita bertajuk Kandungan produk herba ditukar selepas terima kelulusan. 

Kementerian Kesihatan Malaysia, pernah mendedahkan betapa terdapatnya beberapa pengeluar produk herba( pada pandangan admin : termasuklah juga ubat-ubatan) yang memasukkan bahan berbahaya ke dalam produk herba mereka setelah produk tersebut mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. 

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan pada ketika itu, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, pengeluar menghantar sampel produk yang mematuhi piawaian Kementerian bagi memperolehi kelulusan tersebut, dan kemudiannya menambah bahan berbahaya selepas produk mereka diluluskan bagi mempercepatkan kesan yang dijanjikan kepada pengguna. 

Antara produk yang terlibat ialah produk menguruskan badan dan juga kosmetik bagi memutihkan kulit. 

Itu kisah pada tahun 2007, namun adakah perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut sudah tidak berlaku lagi.? 

Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai jawapan untuk pertanyaan ini. 

Walau apapun, sebagai pengguna kita perlu berwaspada selalu ketika membeli dan menggunakan produk-produk sebegini. Apatah lagi, pada hari ini, media sosial berupaya menukarkan ‘iblis menjadi malaikat’ dan racun menjadi penawar. Hati-hatilah kerana tidak kurang juga produk-produk yang dijual secara online ini mengguna pakai nombor pendaftaran yang palsu.

Sunday, August 9, 2015

Mogok seks untuk desak Perdana Menteri letak jawatan




GAMBAR SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA




Sejarah pernah mencatatkan beberapa kisah mengenai kebangkitan rakyat yang berjuang menggulingkan pemerintah. Mereka bangkit berjuang dan mendesak serta mengasak pemerintah agar berundur dari tampuk pemerintahan. 

Dalam sejarah moden, tentu sahaja ramai yang masih ingat tentang kebangkitan rakyat, terutamanya para Mahasiswa di Indonesia yang berjaya menamatkan pemerintahan Presiden Suharto pada tahun 1998.

Begitu juga dengan peristiwa Arab Spring yang berlaku di Timur Tengah. Kebangkitan rakyat di beberapa negara tersebut berjaya mengubah landskap politik di  Mesir, Libya dan Tunisia. Mereka semua berjaya menggulingkan pemerintah yang sedia ada.Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali, Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Pemimpin Libya, Muammar al-Gaddafi berjaya digulingkan.

Walaupun begitu,terdapat segelintir masyarakat yang menjadikan seks sebagai senjata untuk menggulingkan pemerintah. 

Adakah ia berkesan?










Kaum wanita Togo memulakan mogok seks selama seminggu mulai hari - salah satu pendekatan kumpulan hak asasi sivil bagi menuntut presiden negara itu meletakkan jawatan. 

Wanita di negara itu digesa tidak mengadakan hubungan seks dengan suami atau pasangan masing-masing mulai hari ini, kata ketua sayap wanita kumpulan Let's Save Togo, Isabelle Ameganvi. 

Laporan Associated Press memetik Ameganvi berkata, tindakan itu akan mengenakan tekanan ke atas Presiden Faure Gnassingbe. Demonstrasi itu dianjurkan oleh satu perikatan yang membantah pembaharuan sistem pilihan raya, yang menurut mereka akan memudahkan Gnassingbe untuk menang dengan mudah dalam pilihan raya Oktober ini. 

Gnassingbe dipilih sebagai presiden pada 2005 ekoran kematian bapanya, Gnassingbe Eyadema yang memerintah negara di sebelah barat Afrika itu selama 38 tahun.

Berita Penuh, langsung sahaja ke: SINI 

INFO TAMBAHAN: 

Mogok seks, seingat saya belum pernah lagi dilakukan di Malaysia. Belum ada mana-mana pemimpin parti Pembangkang, mahupun NGO yang menganjurkan mogok sebegini. 

Agak-agaknya jika dianjurkan di Malaysia, adakah ia akan mendapat sambutan.? 


Saturday, August 8, 2015

Populariti Datuk Seri Najib Tun Razak semakin merosot.


Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin nombor satu negara semakin merosot. 

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ia bermula selepas kemelut 1MDB dan rombakan Kabinet yang menggugurkan bekas Timbalannya, Tan Sri Muhiyddin Yassin. “Orang Umno akan kekal Umno, tetapi protes mereka terhadap tindakan Najib dilihat secara ilmiah akan beri kesan besar kepada pola persepsi akar umbi dan mengurangkan pengaruh positif Umno dalam masyarakat. “Umno juga berada di tahap dilema protes dalam senyap atau protes sambil senyum. 

Walaupun Najib sebagai presiden parti boleh menamatkan hayat kerjaya seseorang ahli politik di bawahnya tetapi hayat cemuhan rakyat dan minda pengundi akan kekal berterusan,” katanya. Lebih lanjut, langsung sahaja ke Sinar Harian 

INFO TAMBAHAN: 

Memang tidak dapat dinafikan lagi, populariti dan pengaruh Perdana Menteri merosot dengan begitu ketara sejak akhir-akhir ini. Malah lebih teruk berbanding kemerosotan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Kemelut 1MDB dan rombakan Kabinet yang menggugurkan bekas Timbalannya, Tan Sri Muhiyddin Yassin, amat menyumbang ke arah kejatuhan popularitinya sebagai Perdana Menteri. 

Popularitinya semakin merundum apabila terbongkarnya isu dana 2.6 bilion, dan semakin merundum apabila dana tersebut didakwa sebagai derma daripada seorang dermawan dari timur tengah.

Terbaharu ialah pertuakran serta merta Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri 

Sebenarnya, Imej Datuk Seri Najib Tun Razak telah lama terhakis dan terkikis pada pandangan rakyat Malaysia. Ini terbukti apabila beliau gagal mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN ketika PRU ke 13. Malah, secara moralnya BN telah tewas dalam PRU ke 13 walaupun masih mentadbir Malaysia dan merampas kembali negeri Kedah. Ini kerana berdasarkan undi popular, BN hanya mampu meraih 47 peratus (5.2 juta) berbanding dengan PR sebanyak 51 peratus (5.5 juta). Dengan kata lain, lebih ramai rakyat Malaysia telah memilih/mengundi PR berbanding BN.

Banyak pihak berpendapat, imej Datuk Seri Najib Tun Razak juga banyak tercalar kerana isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. 

Kini, seantero Malaysia ternanti-nanti perkembangan terkini. Apakah episod seterusnya dalam arena politik negara. Adakah bekas Mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyddin Yassin dan penyokongya akan mencetuskan fenomena baru dalam politik Tanah Air. 

Sama- sama kita tunggu dan lihat. Sambil itu, sama-samalah kita mendoakan agar negara kita terpelihara daripada sebarang ancaman dan mara bahaya. Moga rahmat Allah sentiasa menyelimuti Malaysia dan seluruh warganya.

Tuesday, August 4, 2015

Risiko mengandung ketika berusia 40-an.


Anak adalah anugerah Allah. Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga, pasti sahaja menginginkan zuriat. Tentu sahaja setiap ibu dan bapa mengimpikan anak-anak yang sempurna fizikal dan mental, dan seterusnya membesar dengan baik dan meraih kejayaan di dalam hidup. Namun, sebagai manusia kita sering kali diuji dengan pelbagai dugaan yang tentu sahaja menuntut kecekalan untuk mengharunginya.

Sindrom Down! Tentu sahaja ramai yang mengetahui tentangnya. Mungkin sesetengah daripada kita mempunyai sanak saudara atau anak rakan taulan yang menghidap penyakit ini. Atau setidak-tidaknya pernah melihat kelibat kanak-kanak yang mengalami sindrom tersebut. Atau paling kurang pernah terbaca mengenainya di mana-mana buku, akhbar, majalah ataupun laman sesawang. 

Secara ringkasnya Sindrom Down ini dinamakan sempena nama Dr. John Langdown Down. Beliau merupakan orang pertama yang mengambarkan keadaan sindrom ini pada tahun 1866. Sindrom Down sering kali dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir atau kognitif dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka,iaitu muka yang mempunyai mirip wajah Mongoloid. 

Mengenai Sindrom Down ini juga saya tertarik untuk berkongsi sebuah artikel yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain. Beliau merupakan Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita(Pakar Obstetrik & Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Artikel tersebut disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 30.Disember. 2012, pada ruangan Soal Jawab Doktor. 


Menurutnya, Sindrom Down merupakan penyakit keturunan yang disebabkan oleh Kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Itu antara ciri-ciri penyakit Sindrin Down iaitu Kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia, sama ada keseluruhan(trisomi 21) atau sebahagian(disebabkan translokasi kromosom).

Menurutnya lagi, perkara tidak normal yang berlaku pada kromosom 21 ini berasal daripada telur ibu. Disebabkan itu, wanita tidak digalakkan mengandung selepas berumur 40 tahun kerana risikonya meningkat berbanding wanita-wanita yang masih muda. 

Kaitan usia dan risiko untuk mendapat anak Sindrom Down.

  • Secara amnya, wanita berusia 20 hingga 24 tahun mempunyai risiko 1:1500 untuk mendapat anak Sindrom Down
  • Wanita berusia 40 tahun pula mempunyai risiko 1:60 
  • Wanita berusia 49 tahun risokonya terus meningkat kepada 1:11 
  • Walaupun begitu, 80 peratus kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down dilahirkan oleh wanita di bawah usia 35 tahun. 
  • Selain faktor usia ibu, tiada faktor risiko lain yang diketahui, malah tiada terdapat bukti usia bapa turut mempengaruhi Sindrom tersebut. 

Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain menyarankan kepada wanita atau bakal ibu agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengandung dan melahirkan anak sebelum usia mencecah 40-an. Ini adalah bagi mengurangkan risiko Sindrom Down kepada zuriat yang bakal dilahirkan. 

INFO TAMBAHAN: 

Bila memperkatakan perihal zuriat, ia bukanlah berdasarkan usaha kita semata-mata. Sesetengah orang, memang mudah untuk memperolehi zuriat, namun bagi sesetengah orang pula, amatlah sukar untuk memperolehinya. Masalah kesuburan antara yang menjadi penyebabnya. 

Terdapat beberapa orang kenalan saya yang berkahwin seusai menamatkan pengajian di Universiti, atau sekitar usia 24 tahun. Namun takdir Tuhan, dia sering kali kegagalan untuk melahirkan zuriat. Tidak subur dan beberapa kali mengalami keguguran, itulah masalah yang dihadapinya. Sesetengahnya pula hanya berkesempatan melahirkan anak ketika usianya di pertengahan 30-an, meskipun berkahwin ketika berusia 27 tahun. 

Selain itu terdapat juga perempuan yang berkahwin ketika usianya melewati 30-an, malah ramai juga yang berkahwin ketika berusia 40-an dan 50-an. Tak kisahlah sama ada mereka berstatus anak dara mahupun janda, namun mereka tentu sahaja meninginkan zuriatnya sendiri. 

Oleh itu, kepada wanita yang berusia 40-an yang ingin mengandung dan memiliki zuriat, mereka perlulah mendapatkan nasihat dan pandangan doktor. Di samping itu, mereka perlulah sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa, agar zuriatnya terpelihara daripada Sindrom Down dan kecacatan-kecacatan lain. Paling penting mereka perlu redha dengan ketentuan-Nya jika dianugerahkan zuriat yang di luar duga.

Ustaz Kazim Elias menegur Azalina Othman


Syabas dan tahniah kepada, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias(DUKE) kerana telah bertindak menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkenaan saranan Azlina terhadap Lembaga Penapisan Filem (LPF). Seperti diketahui umum, baru-baru ini Azalina telah bertindak bodoh dan melontarkan saranan yang amat tolol kepada LPF. Saranan agar LPF tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem. Azalina dalam satu kenyataan baru-baru ini telah bertindak menyokong adegan menghairahkan di dalam drama dan filem dengan alasan itu semua hanyalah lakonan semata-mata. Beliau berkata, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton. 



"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan."Kita tidak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" Beitulah kata-kata Azalina yang mengulas garis panduan penerbitan drama dan filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini. 

Akibatnya ramai yang tampil menentang ajaran sesat Menteri berkenaan. Malah, tidak kurang juga yang melabelkan sebagai Menteri Celaru Jantina, Menteri Tomboi, Menteri Kitar Semula dan macam-macam lagi. 

Lagi menarik, beberapa orang tokoh agama turut tampil membangkang ajaran sesat Azalina Othman. Antaranya ialah Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dan Ustaz Kazim Ellias. Berikut adalah teguran daripada Ustaz Mohd Kazim Elias, sebagaimana disiarkan menerusi akhbar Sinar Harian 

 "Lama sungguh saya mendiamkan diri di dalam arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pulak berfikiran terbuka jangan disempitkan.

 "Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah ALLAH wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawak-bawaklah insaf, hidup didunia tidak lama, kuasa menteri pun apa sangat. Kita ini makhluk ALLAH, hamba ALLAH, kalau kita tidak mampu jadi baik tapi janganlah halang orang lain nak jadi baik…Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan,"

INFO TAMBAHAN:
Perdana Menteri, Dato Seri Najib sepatutnya lebih cermat dan teliti ketika membuat perlantikan menteri-menteri yang baharu setelah melakukan rombakan kabinet baru-baru ini. Selama ini Hassan Malek dan Ahmad Maslan sudah serasi dengan imej badut dalam Kabinet, kini Azalina pula memainkan fungsi tersebut setelah Hassan Malek digugurkan.

Sunday, August 2, 2015

ALHAMDULILLAH, NILAI RM SEMAKIN KUKUH.


Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia(RM) benar-benar mencemaskan rakyat. Nilai RM yang semakin susut betul-betul merimaskan orang ramai. Tidak hanya pakar ekonomi, malah golongan buruh,nelayan dan petani turut memperkatakan isu ini. 

Kejatuhan RM kali ini dianggap paling teruk dalam sejarah ekonomi negara sejak 2005. Har ini , nilai RM terlalu kerdil jika nak dibandingkan dengan Euro, Amerika Dollar, British Pound atau Singapura Dollar. 



Itu kisah Mata Wang Malaysia yang dikenali sebagai Ringgit Malaysia, tetapi, kita jangan lupa, RM tidak hanya bermaksud Ringgit Malaysia. Malah terdapat RM yang jauh lebih bermakna dan berharga berbanding wang, emas dan permata. 

Walaupun nilai Ringgit Malaysia(RM) semakin merosot dan susut, namun RM yang satu lagi semakin meningkat dan kukuh. Secara tidak langsung, ia mengukuhkan lagi imej negara. 

RM yang saya maksudkan ialah First Lady Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor. Baru-baru ini, melalui satu kajian yang dilakukan oleh listabuzz.com yang berpengkalan di Chicago, Amerika Syarikat, mereka telah mengeluarkan senarai 10 First Lady paling cantik di Asia. 


Dalam 10 senarai tersebut, Datin Sri Rosmah Mansor telah menduduki tangga kedua First Lady paling cantik di Asia di belakang Puteri Hayana daripada Dubai. 

Kejayaan Datin Seri Rosmah Mansor yang tersenarai dalam kategori wanita-wanita hebat ini tentu sahaja membanggakan seantero rakyat Malaysia, dan sekali gus mengharumkan nama negara.